HBEF2303

download HBEF2303

If you can't read please download the document

description

oum

Transcript of HBEF2303

Pengajaran Berbantukan KomputerPengajaran berbantukan komputerPengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar. Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan perisian pembelajaran yang sesuai dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio, video, animasi dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada pelajar menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai jenis maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia berteknologi tinggi. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia mereka. Pada masa depan, teknologi komputer akan menjadi lebih canggih dan menakjubkan memandangkan kemajuan pesat teknologi ini pada hari ini.Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubahdaripada sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dengan menggunakan teknologi terkini.Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan komputer untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan penggunaan teknologi masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan di samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan tentang apa yang di sampaikan.Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.1. Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan.2. Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT.3. Penggunaan komputer dapat mengurangkan bebantugas guru dan pelajar disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.Assalamualaikum w.b.tPada pendapat saya, dalam dunia pendidikan yang semakin moden ini pengajaran berbantukan komputer amat perlu bagi menarik minat pelajar di dalam satu-satu subjek. Perkembangan IT telah membawa implikasi yang sangat besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Antara satu yang sering diaplikasikan adalah seperti permainan pendidikan yang berorientasikan pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep itu secara tidak langsung di mana terdapat unsur-unsur hiburan dan keseronokan dalam mereka menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama pelajar mempelajari kemahiran baru dalam sistem pembelajaran mereka. Pengaplikasian pengajaran komputer di sekolah membawa satu anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, sejauh mana keberkesanannya serta penggunaanya dapat digunakan oleh semua sekolah di Malaysia. Adakah ada cara lain untuk membantu sekolah pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan komputer? Mereka akan jauh ketinggalan daripada pelajar yang berada di bandar yang sememangnya mahir dalam penggunaan komputer. Di sini, kita akan melihat jurang pendidikan itu sendiri mengalami suatu ketidakseimbangan dalam pendidikan.Ia di sini berdasarkan pengalaman saya mengajar di Miri, walaupun kemudahan disediakan ianya hanya pelajar-pelajar dari Kelas KRK yang dibenarkan menggunakan kerana termasuk dalam jadual waktu mereka dan biasanya pelajar-pelajar KRK ini datangnya dari SES yang baik. Bagaimana pula bagi pelajar-pelajar kelas lain yang mungkin datang dari SES yang rendah..sudahlah di rumah mereka tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet, di sekolah pula seperti di anak tiri kan oleh pihak sekolah. Seterusnya golongan ini akan terus ketinggalan dan pengajaran berbantukan komputer ini hanya dipelopori dan di kuasai oleh sebahagian kecil sahaja.Pelajar-pelajar yang datang daripada SES yang rendah selalunya mempunyai pencapaian akademik yang rendah tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti kognitif dengan memuaskan dan ini menyebabkan mereka memperolehi markah yang rendah.Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Swanson dan Ransby (1994), Hulme dan Mackenzie (1992) membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar berpencapaian akademik rendah ialah untuk mengingat kembali maklumat yang penting. Mereka juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek. Tetapi, kajian Jones et al. (1988) membuktikan bahawa masalah seumpama ini boleh diatasi dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang sesuai. Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan, mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister & Rosenshine 1992). Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui pengajaran berbantukan komputer (PBK) kerana dengan menggunakan kaedah PBK pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dengan lebih baik dan berkesan.Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran berbantukan komputer.Menurut Yakop (1985) kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk meningkatkan prestasi mereka.Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham. (Hizamnuddin Awang 1997 dalam Fazilah 1998).Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.Dewasa kini, Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi yang boleh digunakan untuk membantu guru-guru mengajar dengan lebih effektif. Bentuk pengajaran ini dikenali sebagai Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)PBK adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dikenali sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.PBK ialah perisian pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan computer serta menerima maklum balas darinya. Pendidikan secara konvensional perlu digantikan dengan cara yang lebih menarik, seperti PBK. Melalui PBK ia seharusnya dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif. Murid- murid lebih tertarik dengan pengajaran yang diajar dan mereka dapat menumpukan perhatian didalam pembelajaran mereka. PBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial.Akan tetapi guru perlu memastikan teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya.PBK iaitu pengajaran berbantukan komputer adalah salah salah satu medium terkini yang sedang digunakan disemua sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran didalam kelas. Ini memberi kelebihan kepada guru-guru dalam sesi P & P dan memudahkan murid lebih mudah memahami dengan bantuan alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru.Akan tetapi ada sesetengah sekolah dipedalaman masih tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini. Ini kerana kemudahan prasarana seperti kemudahan elektrik tidak dapat menampung penggunaan elektrik. Ini menjejaskan sesi P & P dan menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan juga kepada pelajar. Berbalik kepada matlamat kerajaan untuk memastikan rakyat celik IT tidak tercapai dan pelajar di pedalaman tidak dapat didedahkan dengan IT dengan sepenuhnya serta menyebabkan jurang pendidikan semakin jauh berbanding pelajar di bandar yang majoriti terdedah dengan kecanggihan IT.Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu memandang serius dan perlu mengatasi masalah ini dengan kadar segera untuk membuat sesuatu perubahan supaya masalah pelajar di pedalaman dapat diatasi. Oleh itu, mereka dapat merasai segala kemudahan seperti apa yang dirasai oleh pelajar di bandar dan jurang pendidikan itu juga dapat diselesaikan.saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh sahabat di atas, cuma di sini sedikit tambahan kepada komen yang telah di berikan oleh sahabat. Berkenaan dengan pembelajaran berasaskan komputer, sememangnya tidak dinafikan penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin berkembang pesat seiringan dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi serata dunia. Hal ini selaras dengan dasar pendidikan serta cabaran ke enam wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif serta masyarakat yang memandang ke depan yang bukan hanya tahu menggunakan teknologi malah tahu menyumbang kepada penciptaan kepada teknologi baru.tidak dinafikan juga PBK merupakan antara salah satu medium pengajaran yang berkesan ke arah menarik minat pelajar serta meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ini dibuktikan dengan kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar di sekolah.Maksud Penggunaan ICT Dalam pengajaran da pembelajaran (p&p) ialah menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untukmeningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kerana membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti.Manfaat pengajaran berbantukan komputer ialah ianya lebih terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran. Selain itu pengajaran melalui berbantukan komputer berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran serta memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Tambahan lagi PBK dapat meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). PBK membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi dan mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. Justeru itu, PBK dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar serta membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. Proses pengajaran dan pembelajaran ini juga meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid serta memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum dan meningkat kemahiranSebenarnya pembelajaran berbantukan komputer ini sangat penting kerana kita mahu pelajar lebih aktif dan rasa tidak bosan untuk belajar tetapi kadang-kadang rasa pelik bila kemudahan yang disediakan tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana kekangan-kekangan pentadbiran itu sendiri..bayangkan peralatan ada di dalam kelas tetapi tidak dapat digunakan kerana wiring tak boleh pakai...dan tidak ada tindakan susulan oleh pihak sekolah..susah..benda beli mahal2 tapi buat macam takde nilai..yang paling kasihan pelajar..kerana hak mereka tidak dihargai..Pengajaran berbantukan komputer di mana pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh guru, sama ada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi. Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajran biasanya mengandungi kemahiran, permainan dan simulasi, analisis statistik dan mendapatkan maklumat. Pengajaran berbantukan komputer ini boleh dilaksanakan dalam bebrapa keadah seperti tutorial, latih tubi dan latihan. Dengan penggunaan pengajaran berbantukan komputer dalam proses P&P dapat menjimatkan masa, pemaparan maklumat lebih menarik, pemupukan budaya berfikir dan agen motivasi.Assalamualaikum, pendapat kawan-kawan di atas amat menepati dengan perkembangan pendidikan semasa. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai usaha murni kerajaan yang ingin merealisasikan pelajar yang celik komputer dan celik IT di sekolah.

LITERASI KOMPUTER

Pada tahun 1994, PPK telah mengubahsuai pelaksanaan program Literasi Komputer untuk menjadikannya lebih mantap serta dapat memenuhi keperluan IT negara.Umumnya, semua pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan negara ini perlu memiliki kemahiran asas mengendalikan komputer. Di samping itu, terdapat juga segelintir pelajar yang ingin mendalami bidang IT, tetapi tidaklah sampai menjadikannya sebagai bidang kerjaya.Keperluan kedua-dua kumpulan pelajar ini dapat dipenuhi melalui program Literasi Komputer yang yang telah diubahsuai oleh PPK dan mula dilaksanakan pada tahun 1996. Untuk membantu sekolah melaksanakan program ini, PPK telah menerbitkan buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Literasi Komputer. Bagaimanapun, buku garis panduan ini hanya meliputi pelajar-pelajar di sekolah menengah sahaja.

Pada tahun 1999, program Literasi Komputer ini dikembangkan ke sekolah rendah. Sesuai dengan perkembangan ini, PPK telah menerbitkan pula buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Literasi Komputer Di Sekolah Rendah. Sementara kandungan buku Garis panduan Pelaksanaan Program Literasi Komputer di Sekolah Menengah telah di kemaskini untuk menyesuaikannya dengan perkembangan terbaru ini.

Aktiviti literasi komputer di sekolah menengah dilaksanakan untuk memenuhi tiga keperluan iaitu pendedahan literasi tahap asas untuk semua pelajar tanpa pengecualian, pendedahan literasi tahap sederhana kepada pelajar-pelajar yang menjadi ahli kelab komputer dan literasi tahap lanjutan kepada ahli kelab komputer yang berminat serta berkebolehan.

Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan bahawa pelajar dengan kebolehan dan minat yang berbeza dapat memanfaatkan kemajuan teknologi komputer dan berkebolehan menggunakan teknologi komputer sebagai alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

Ketiga-tiga pendekatan di atas perlu bagi memastikan pelajar-pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan negara dapat memainkan peranan mereka secara berkesan untuk memajukan negara masa depan yang berteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat.

Pengajaran Berbantukan Komputer: Kepentingannya Masa Kini.

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menwujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum Perdagangan juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini.

Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );

1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data,

- memproses data penyelidikan

- memproses perkataan

3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

- pengaturan murid

- pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

Penggunaan multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (

Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan . Antaranya ialah multimedia boleh;

1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep sesuatu mata pelajaran.3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali

Penggunaan Internet

Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet.

Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama,.Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah:

menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruanmelatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakanmerancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.

Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTERPelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi.Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya mengandungi:KemahiranPermainan dan simulasiAnalisis statistikMendapatkan maklumatPengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:TutorialLatihtubi dan latihanmulasiDengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya dalam menghasilkan BBM. Sebelum kita melihat lebih jauh lagi contoh- contoh BBM yang boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan penggunaan lembaran kerja kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:Penjimatan masaPemaparan maklumat lebih menarikPemupukan budaya berfikirAgen motivasi

PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTERAssalamualaikumHari ini kebanyakkan masa kita dihabiskan dihadapan komputer dan segala hal berkaitan dengan kehidupan juga berkait rapat dengan komputer dan internet. kehidupan menjadi lebih mudah dengan penggunaan komputer ini. segala maklumat boleh kita perolehi hanya dengan menggunakan komputer. contohnya pembayaran bil-bil seperti bil elektrik, bil astro dan sebagainya dapat dilakukan dengan bantuan daripada komputer. kita tidak perlu lagi untuk pergi ke kaunter-kaunter untuk membayar bil.Bidang pendidikan juga terkena tempias daripada teknologi baru ini. pengajaran pada hari ini boleh menggunakan komputer supaya menjadi lebih menarik. guru boleh menggunakan komputer tidak hanya dengan menggunakan slide power point sebaliknya guru-guru boleh membina satu laman web untuk para pelajar dengan memasukkan segala nota dan latihan contohnya seperti moodller. kebanyakkan pelajar pada hari ini memiliki sebuah komputer di rumah. ini dapat membantu meningkatkan interaksi antara guru dan pelajar dengan adanya bantuan daripada komputer.

external image Untitled.png

JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Dalam mengkategorikan jenis-jenis PPBK, kita perlu melihat kepada fungsi danobjektif PPBK serta kaedah penyampaian yang digunakan. Dalam bahagian ini,kita akan membincangkan tentang enam jenis PPBK iaitu:

Latih TubiLatih tubi adalah jenis PPBK yang dilaksanakan untuk menilai pemahamanpelajar atau pengukuhan dan ia dilaksanakan secara kendiri. Dalam latih tubi,pelajar di berikan beberapa soalan dan komputer memberikan maklum balasberdasarkan jawapan mereka.Alessi & Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yangsesuai digunakan dalam latih tubi. Berikut adalah caranya:(a) Pilihan secara rawak di mana soalan dipilih dari senarai soalan-soalansecara rawak.(b) Tersusun di mana soalan di susun mengikut suatu susunan yangditentukan terlebih dahulu.(c) Teknik flashcard di mana selepas pelajar menjawab satu senarai soalan,soalan-soalan yang dijawab dengan salah di susun semula dan di berikansemula kepada pelajar. Proses ini berterusan sehingga pelajar menjawabke semua soalan dengan betul.

Anda mungkin berpendapat bahawa latih tubi tidak menggunakan sepenuhnyakemampuan komputer. Sebenarnya, ia mempunyai kelebihan tersendiri seperti:(a) PPBK jenis latih tubi membolehkan pelajar mengawal perjalanan perisiankursus mengikut kesesuaian.(b) Menggalakkan pelajar menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan danmelalui proses penilaian sebelum mempelajari bahagian-bahagianseterusnya.(c) Grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasidan memberi maklum balas.

Contoh-contoh Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer yang terdapat di Pasaran adalah seperti berikut :

i) Fun Math With Arti Level 1/Level 2

Perisian ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik dengan cara menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni.

ii) Counting With Arti

Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan dan menyusun nombor. Di samping itu murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor. Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang menarik.

iii) Matematik Metalogix1

Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan nota yang sistematik dan komprehensif. Teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya serap mental murid. Ia juga mengandungi permainan yang menarik dan menyeronokkan.

iv) Cerdas IQ

Melalui perisian ini, ia dapat menolong murid-murid mencapai kecemerlangan dengan menggunakan teknik multimedia. Merupakan perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.

Selamat pagi Cikgu!

Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tinggi (Yusup Hashim 1994). Keadaan yang sama juga telah berlaku di peringkat sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains, matematik,bahasa Inggeris dan pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan menggunakan komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains yang dijalankan dengan menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi tentang situasi makmal (Fred & Henry 1994).

Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer. Di dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Computer Aided Instruction dengan singkatan CAI. Panggilan lain seperti Computer Based Instruction/Education, Computer Augmented Instruction, Computer Administered Instruction, Computer Managed Instruction, Computer Based Learning, Computer Enriched Instruction, dan sebagainya. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu Samah, et al. 1991; Norhashim Abu Samah , et al. 1990; Zoraini Wati Abas 1994;Rao, et al. 1991; Norhashim Abu Samah, et al. 1996). Dua nama singkatan yang paling popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika Syarikat,manakala CAL lebih popular di negara-negara Eropah. Bagaimanapun kedua-duanyaadalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi media pengajaran terutamanya komputer perlu dieksploitasi oleh para pendidik untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini disebabkan oleh arus perkembangan dalam dunia komputer menjadi begitu pantas dengan wujudnya teknologi canggih, iklim dan falsafah ekonomi serta politik yang menggalakkan. Pada tahun 1990an, keaktifan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran nampaknya semakin terserlah bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara kita juga.Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu projek perintis kenal faham komputer di 60 buah sekolah pada tahun 1992. Projek ini merupakan usaha awal Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan guru dan murid menggunakan komputer sebagai alat pengajaran di samping meningkatkan program kesedaran dan literasi komputer di sekolah (Yusup Hashim 1998).

Saya setuju dengan pendapat dan pandangan rakan-rakan semua. Namun disebalik penerapan kaedah pembelajaran teknologi ini, terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi. Antara masalah yang dihadapi ialah faktor kepakaran, faktor teknikal, faktor masa dan faktor kewangan.

1 Faktor KepakaranPembangun perisian mestilah memiliki pelbagai kemahiran serta pengalaman yang luas bagimenghasilkan perisian yang berkualiti serta memenuhi kehendak pengguna pasaran. Kemahiran yang diperlukan adalah merangkumi kemahiran pengendalian komputer serta kemahiran penggunaan perisianperisian yang berkaitan dalam pembangunan perisian contoh PowerPoint 2003.

Perisian ini walaupun mudah untuk dikuasai tetapi masih banyak kelebihan dan kemampuan perisian ini yang tidak diketahui kerana ia tidak dapat dikuasai jika hanya membaca buku panduan tetapi perlu dikuasai dengan belajar daripada pengajar yang berkemahiran tinggi. Ia bagi memastikan perisian yang dihasilkan mesra pengguna dan tidaknmengelirukan. Beberapa rujukan dilaksanakan bagi memastikan kemahiran yang diperolehi bermakna. Oleh kerana disebabkan faktor kepakaran yang lemah, perisian yang dihasilkan tidak beberapa memuaskan dari aspek isi kandungan dan aspek perisian itu sendiri. Tiadanya pengalaman dalam mengajar mata pelajaran Sains menyebabkan isi kandungan perisian ini lemah. Pelbagai rujukan telah dibuat bagi menghasilkan visual yang benar-benar baik serta sesuai dengan pengguna sasaran.

2 Faktor TeknikalMasalah teknikal masih tidak dapat dielakkan walaupun spesifikasi peralatan yang digunakan untuk tujuan pembangunan perisian telah memenuhi keperluan minimum. Masalah yang timbul adalah seperti putus bekalan elektrik, komputer rosak, serangan virus, kehilangan data serta prestasi kelajuan komputer yang agak perlahan ketika proses membangunkan perisian menganggu keluaran hasil yang berkualiti. Walaubagaimanapun, hasil dari rujukan, bantuan pensyarah dan pembantu makmal serta pertolongan dari rakan-rakan telah menyebabkan masalah tersebut dapat diselesaikan dan diminimumkan.

3 Faktor MasaFaktor masa merupakan salah satu elemen yang penting dalam menghasilkan perisian yang mesra pengguna, interaktif dan berkualiti tetapi disebabkan masa yang diperuntukkan adalah terhad dan tidak mencukupi, maka proses pembangunan perisian ini berjalan tanpa mengkaji beberapa keperluan atau kehendak pengguna. Penghasilan sesuatu perisian yang berkualiti tinggi memerlukan masa bagi mendapatkan pelbagai bahan yang perlu diserapkan ke dalam perisian dan kadang kala perlu dihasilkan sendiri bagi menambah keupayaan perisian ini. Sebagai contoh, video yang dipaparkan tidak dapat diperolehi dari mana-mana sumber menyebabkan pembangun terpaksa merancang dan menghasilkan sendiri video-video tersebut bagi memenuhi kehendak isi kandungan. Kekurangan masa telah menghadkan kesempurnaan perisian ini.