HASNI 201405290625_T1A3.doc
Transcript of HASNI 201405290625_T1A3.doc
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI 2014HBEF3603
AMALAN PROFESIONAL
TUGASAN T1A3 NAMA PELAJAR : HASNI BIN ASTAN NO. MATRIKULASI : 690324125311001 NO. KAD PENGENALAN : 690324125311 NO. TELEFON : 0135560577 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SANDAKAN
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
22. Objektif Kajian
53. Kumpulan Sasaran
54. Pelaksanaan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
75. Laporan Pelaksanaan Konsep Inovasi
96. Lampiran
111. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran.
Refleksi ini dibuat berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada tarikh 26 Februari 2014 bersamaan hari Rabu dan 23 April 2014 (Rabu) . Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas tahun 4 Cerdik seramai 38 orang. Murid-murid Tahun 4 Cerdik adalah kelas yang boleh dikatakan dalam kategori sederhana. Berlatarbelakang dari kawasan penempatan semula penduduk dari kawasan setinggan, murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itulah kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka.
Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah kemahiran membuat balingan dalam permainan bola baling. Ia melibatkan kemahiran balingan atas, sisi, dada dan lantunan. Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid kurang menguasai kemahiran-kemahiran balingan tersebut. Saya telah menggunakan pendekatan kaedah tunjuk cara dan penerangan bagi aktiviti perkembangan isi pelajaran langkah pertama yang mana penggunaan bola getah yang bersaiz tiga digunakan untuk mengantikan bola yang sebenar. Ini kerana ia lebih ringan dan senang dikendalikan Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses rakaman pengajaran dan pembelajaran ini,pertama ialah kekurangan alatan seperti bola, di mana hanya terdapat dua biji bola sahaja yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti. Kemahiran motor murid juga agak kurang memberansangkan. Ini mungkin kerana mereka kurang didedahkan dengan kemahiran-kemahiran motor terutamanya kemahiran membaling dalam bola baling.
Untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah berusaha untuk menyediakan 6 biji bola getah saiz tiga dan menggunakan bola kecil untuk pengajaran dan pembelajaran. Latih tubi melontar telah dijalankan kepada murid-murid tersebut mengikut perancangan harian mengajar. Aktiviti permainan kecil berlandaskan kemahiran melontar telah saya gunakan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik minat murid untuk menguasai kemahiran lontaran tersebut.
Saya dapati murid-murid dalam kelas ini, dapat menerima penerangan dengan baik dan mudah memahami penerangan yang diberikan. Tunjuk cara oleh saya dan beberapa orang murid telah saya gunakan dan murid-murid memberi respon dengan baik. Walau bagaimana pun, saya dapati ada beberapa orang murid yang kelihatan kurang melibatkan diri dalam pembelajaran yang saya sampaikan. Ini adalah kerana slatar belakang murid itu sendiri yang tidak biasa dengan pergerakan fizikal , kurang bersukan dan bersenam. Aktiviti permainan kecil yang dijalankan telah dapat mengatasi masalah tersebut.
Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai kecergasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang aktif dan kurang aktif bagi setiap kumpulan . Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran yang memerlukan bantuan dari murid-murid yang cergas bagi murid-murid yang kurang cergas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cergas dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini.
Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah bahan bantu mengajar iaitu peralatan sukan terutamanya bola. Didapati kuantiti bola masih tidak bola menampung jumlah murid yang ramai terutamanya yang melibatkan aktiviti latih tubi. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kumpulan seramai 4 5 orang bagi setiap kumpulan untuk melakukan aktiviti latih tubi lontaran dan 8-10 orang bagi aktiviti pertandingan dan permainan kecil. Antara aktiviti permainan kecil yang telah saya laksanakan adalah Penembak Tepat(Gorri), Bola Beracun , Target and Intercept dan Bombard. Suasana kelas kedengaran sedikit bising tetapi terkawal kerana penglibatan murid yang aktif dan pada mulanya ,ada pula beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan pada mulanya mungkin kerana mereka belum dapat menyesuaikan diri dalam kumpulan ataupun belum menguasai sepenuhnya kemahiran melontar yang ditekankan. Namun begitu, terdapat kemajuan yang ketara pada minggu- minggu seterusnya dalam melaksanakan kemahiran-kemahiran lontaran bagi murid yang dinyatakan tadi.
Penilaian kemahiran membaling telah saya jalankan sebanyak 2 kali, iaitu pra dan post. Semasa pra ujian, keputusan yang diperolehi adalah kurang memberansangkan. Skor purata murid adalah antara 20 60 peratus sahaja. Selepas 5 kali sesi pembelajaran, saya telah membuat penilaian kedua (post). Data yang diperolehi adalah memberansangkan. Melalui penilaian yang dibuat melalui skor markah perlakuan dan pemerhatian semasa menjalankan aktiviti, saya dapati murid-murid dapat mencapai objektif yang diharapkan kerana semua kemahiran yang ditekankan pada hari itu dapat dilaksanakan dan skor purata meningkat kepada 40 80 peratus , walaupun tidak mencapai tahap penguasaan yang tinggi.
Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan dapat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan dengan lebih jelas. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.
Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang lebih sesuai perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan lebih berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan kemahiran dan isi pelajaran konsep-konsep yang diterjemahkan dapat difahami dan dipraktikkan dengan lebih tepat dan mencapai kualiti yang tinggi. Aktiviti yang dipilih harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta mampu untuk menjelaskan pengajarannya
2. Objektif Kajian2.1 Objektif UmumKajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaling secara atas, sisi, dada dan lantunan responden supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaling dalam permainan bola baling.2.2 Objektif khusus:i.Meningkatkan kemahiran membaling secara atas, sisi, dada dan lantunan responden supaya tepat kepada sasaran.
ii.Menggunakan kaedah latih tubi permainan dalam pengajaran dan pembelajaran.2.3 Kajian ini telah menimbulkan persoalan.
i.Adakah latih tubi permainan dapat membantu meningkatkan kemahiran membaling dengan tepat responden?ii.Adakah penggunaan latih tubi permainan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menjadikan kelas menarik dan menyeronokkan kepada responden? 3. Kumpulan Sasaran.
Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid tahun 4 Cerdik, Sekolah Kebangsaan Kem Tentera , Sandakan, Sabah. Sekolah ini dipilih kerana pengkaji sedang mengajar di sekolah berkenaan dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Dalam kelas tahun 4 Cerdik ini, terdapat 38 orang murid. Mereka terdiri daripada 21 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Murid-murid di kelas ini terdiri daripada pelbagai bangsa. Seramai 10 orang berbangsa Melayu, 16 orang Bumiputera Sabah, 10 orang lain bangsa dan 2 orang Timor.
Mereka semua menetap di sekitar kawasan sekolah iaitu dari perumahan tentera, Taman Murni dan Kampung Tinosa II. Jarak perjalanan murid dari rumah ke sekolah adalah kira-kira 1 5 kilometer. Kebanyakkan murid-murid ini datang ke sekolah menaiki bas sekolah dan berjalan kaki, yang selebihnya pula dihantar oleh ibu bapa dengan menaiki motosikal dan kereta.
Di sekolah ini, terdapat 5 kelas bagi satu tahun, iaitu Kelas Aktif, Bijak, Cerdik, Didik dan Elit. Kelas 4 Cerdik telah dipilih sebagai responden untuk kajian saya. Pencapaian akademik murid-murid adalah pada paras sederhana dan lemah. Hal ini boleh dilihat dengan jelas dalam keputusan peperiksaan mereka. Dalam bidang kokurikulum pula, terdapat seorang murid lelaki yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan ragbi di peringkat daerah.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, boleh dikatakan hampir keseluruhan murid tahun 4 Cerdik menunjukkan minat yang sangat tinggi dan bersemangat ketika melakukan aktiviti. Mereka sangat menyukai aktiviti berunsurkan larian dan permainan yang menggunakan bola.
Selain itu, mereka juga mempunyai keinginan untuk menang yang tinggi dalam setiap aktiviti yang diadakan semasa setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Dalam soal taraf hidup pula, hampir keseluruhan murid tahun 4 Cerdik adalah berasal daripada keluarga yang sederhana. Ini kerana majoriti ibu bapa mereka bekerja sebagai anggota keselamatan, kakitangan kerajaan dan swasta atau pekerjaan sendiri di kampung.
Kesimpulannya pemilihan murid tahun 4 Cerdik sebagai responden saya untuk kajian ini sangat sesuai. Ini adalah kerana pengkaji telah mengajar mata pelajaran pendidikan Jasmani untuk kelas ini. Jadi dengan masa yang telah diperuntukkan itu saya telah berjaya mengesan masalah yang dialami oleh hampir keseluruhan murid kelas ini. Selain mengesan, adalah menjadi tanggungjawab pengkaji juga untuk mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.4. Pelaksanaan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.
4.1 Perancangan Tindakan.
Untuk mengatasi masalah menguasai kemahiran membaling secara ini, satu tindakan yang terancang dan berterusan perlu dilakukan. Ini untuk menjamin keberkesanan tindakan ini. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah latih tubi untuk mengatasi masalah ini.
4.1.1 Latih Tubi 1 : Responden yang berada di dalam kumpulan 4-5 orang.
Cara permainan:Responden dibahagikan kepada lapan kumpulan. Kemudian responden 1 akan membaling bola kepada responden yang berada di tengah kumpulan. Responden yang berada ditengah dikehendaki menangkap bola yang dibaling, dan membaling bola secara atas /sisi/paras dada/lantunan kepada rakan kumpulannya secara bergilir-gilir. Aktiviti ini, akan diulangi oleh responden lain akan berapa di tengah kumpulan mengikut kemahiran balingan secara satu persatu. Guru menentukan kumpulan mana yang lebih pantas untuk mennyelesaikan kemahiran balingan tersebut. Kumpulan yang berjaya menghabiskan baling dahulu mendapat 3 mata, manakala kumpulan kedua akan mendapat 2 mata, kumpulan ketiga akan mendapat 1 mata dan kumpulan 4 dan 5 tidak akan mendapat mata. Aktiviti ini diteruskan sehingga ke kemahiran balingan lantunan. Kumpulan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang.4.1.2 Latih Tubi 2. Responden berapa di dalam kumpulan 18 orang.
Cara Permainan: Responden dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki berbaris sama rata menghadap satu sama lain pada jarak 3 meter. Responden 1 memulakan lontaran atas/dada/sisi/lantunan kepada responden 2 dan terus ke responden ke 3 sehingga ke responden terakhir. Responden terakhir dikehendaki membaling semua kepada responden kedua terakhir sehinggalah kepada responden 1 secara bersilang. Pemenang ditentukan apabila bola kembali ke responden 1. Latih tubi kemahiran balingan seterusnya boleh diteruskan selepas selesai kemahiran balingan pertama. 4.1.3 Latih Tubi 3 : Penembak Tepat(Gorri).Responden berada dalam 2 kumpulan , 18 orang satu kumpulan.
Cara Permainan: Kumpulan berada pada jarak 12 meter berhadapan . Setiap kumpulan diberikan 2 biji bola getah. Sebiji bola baling diletakkan di tengah-tengah sebagai sasaran. Responden dikehendaki membaling sasaran supaya melepasi garisan pihak lawan dan akan jadi pemenang. Permainan boleh dijalankan berdasarkan jantina di mana jika responden lelaki yang bermain, responden perempuan dalam kumpulan yang sama akan menjadi penyokong dan sebaliknya. 4.2. Ujian Pemerhatian Kemahiran Pra dan Post .( 5 percubaan)4.2.1 Balingan Atas. Murid membaling bola melepasi garisan 5 meter4.2.2 Balingan Paras Dada . Murid berdiri pada jarak 2 meter daripada dinding. Murid dikehendaki membaling bola getah ke dinding dan menyambut lantunan bola tersebut.
4.2.3 Balingan sisi. Murid dikehendaki membuat balingan sisi kearah rakan melepasi halangan pihak lawan.4.2.4 Lantunan. Murid dikehendaki membaling bola getah secara melantun ke lantai dan kemudiannya melepasi ketinggian sketel pada jarak 4 meter.
5.0 Laporan Pelaksanaan Konsep Inovasi .5.1 Pengumpulan Data
Pengumpulan data merupakan langkah yang seterusnya perlu dilakukan selepas menjalankan kajian. Untuk pengumpulan data kajian tindakan, kesahan dan kebolehpercayaan data amat penting. Jadi pengkaji boleh memungut data dengan menggunakan instrumen-instrumen seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian ujian dan analisis dokumen (Chua Yan Piaw, 2006).Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih instrumen pemerhatian dan soal selidik sebagai cara pengumpulan data pengkaji. Pemilihan instrumen ini telah dibuat mengikut kesesuaian perancangan tindakan pengkaji.5.1.1 Pemerhatian.
Instrumen pemerhatian dipilih kerana, dalam kajian yang melibatkan perubahan tingkah laku ini, pemerhatian yang berterusan perlu dijalankan untuk mengenalpasti perubahan tersebut. Dalam kajian ini, saya telah menjalankan kaedah pemerhatian berstruktur. Pemerhatian berstruktur ini dilakukan dengan menyediakan senarai semak mengenai perkara yang diperhatikan, iaitu bilangan responden yang dapat melakukan kemahiran membaling dengan betul. Pemerhatian ini telah dilakukan sebanyak dua kali.Pemerhatian ini dilakukan oleh dua orang pemerhati yang mengajar pendidikan Jasmani. Sebelum pemerhatian ini dijalankan, Satu sesi taklimat telah diberikan kepada dua orang guru yang terlibat dengan pemerhatian ini. Tujuan taklimat tersebut adalah untuk menerangkan tentang perkara yang perlu diperhatikan.(Rujuk lampiran D1-D4)5.1.1.1 Borang Analisis Peratus(+) Balingan BilKemahiran BalinganPurata Peratus SkorPeratus Kenaikan
PraPost
1Atas326533
2Sisi335927
3Dada457328
4Lantunan436623
Daripada dapatan analisis seperti di atas, adalah dapat dilihat terdapat perbezaan yang ketara dalam ujian kemahiran yang dijalankan antara pra dan post ujian. Data analisis bagi ujian kemahiran balingan atas menunjukkan kemajuan /kenaikan sebanyak 33 peratus. Bagi data ujian balingan sisi pula, terdapat kenaikan sebanyak 27 peratus. Ujian balingan paras dada pula menunjukkan kenaikan sebanyak 28 peratus dan pada ujian membaling secara lantunan pula, didapati terdapat kenaikan sebanyak 23 peratus. Daripada data-data yang diperolehi ini, adalah dapat disimpulkan bahawa aktiviti latih tubi yang telah dijalankan telah dapat mecapai objektif kajian, dimana terdapat kenaikan peratus yang ketara daripada pra ujian dan post ujian.
5.1.2 Soal Selidik
Bagi instrumen soal selidik, pengkaji telah menjalankan satu bentuk ujian yang mengandungi item-item yang disusun secara teratur untuk ditadbirkan ke atas responden. Ujian ini telah dijalankan selepas dua sesi tindakan dijalankan ke atas responden. Item dalam soal selidik ini merupakan ayat penyata yang menggunakan skala likert. Kandungan item ini pula adalah untuk mengetahui kebolehan kemahiran membaling dengan tepat kepada sasaran selepas tindakan dilakukan. Antara item dalam soal selidik tersebut ialah:1.Permainan sasaran telah menjadikan kelas Pendidikan Jasmani lebih menarik dan menyeronokkan.2.Saya dapat membaling secara dengan tepat kepada sasaran selepas membuat latih tubi .
3.Saya dapat melakukan balingan tepat kepada sasaran kerana teknik-teknik membaling saya betul.4.Saya dapat bermain bola baling dengan baik selepas latih tubi membuat balingan.5. Berlatih sambil bermain boleh meningkatkan kemahiran membaling saya.
5.1.2.1 Analisis Soal Selidik.
ItemPeratus(%) Skor Skala Likert
12345
10025705
200306010
300255520
400157015
50056035
Purata Peratus00206317
Analisis data pada skala rikert di atas menunjukkan skor bagi 5 item yang telah dijalankan kepada seramai 38 orang murid Tahun 4 Cerdik selepas membuat post ujian.Bagi item 1, sebanyak 25 peratus tidak pasti, 70 peratus setuju dan 5 peratus sangat setuju. Item 2 pula menunjukkan 30 peratus tidak pasti, 60 peratus setuju dan sebanyak 10 peratus sangat setuju.
Item 3 menunjukkan 25 peratus kurang pasti, 55 peratus setuju dan 10 peratus sangat setuju.
Item 4 menunjukkan 15 peratus tidak pasti, 70 peratus setuju dan 15 peratus sangat setuju.
Item 5 pula menunjukkan 20 peratus tidak pasti, 63 peratus setuju dan 17 peratus lagi memilih sangat setuju.
Secara kseluruhannya, sebanyak 20 peratus tidak pasti, 63 peratus setuju dan 17 peratus sangat setuju.
6. LampiranLampiran 1
Kemahiran Balingan Atas(5 Percubaan).
BilNama MuridJenis BalinganPeratus +
Atas
Pra%Post%
1ABDUL FAZIR BIN MOHD NOOR24048040
2AYU SARINIE BINTI JUNNAIDI12036040
3CHARFIQA BINTI MADSARA12036040
4JULIA BINTI YUSUP12036040
5KAMARUL NA'IM BIN KAMAROZAMAN24048040
6LAILA TIARA BINTI REMY RAHIM 12024020
7MAHADI BIN JULI12036040
8MAIZATUL ASMA BINTI ABDUL MUIS12036040
9MOHAMAD AZMAL BIN AMAT24036020
10MOHAMAD HAYQAL BIN ISMAIL24048020
11MOHAMAD HAZIQ BIN MUHD ROZI24036020
12MOHAMAD SHAH INDRAWAN BIN SUIS12036040
13MOHAMMAD ADZRUL AIMAN 12048060
14MOHAMMAD ALIF YAN SHAH BIN MOHD 24048040
15MOHAMMAD AMIRUL BIN HAMIDY12036040
16MOHAMMAD HASNIN BIN MOSOS24036020
17MOHAMMAD ZAMIRUL MOHD ZAINAY24048020
18MOHAMMAD ZULHAIRI BIN EJALI12036020
19MUHAMMAD ADLIZAN BIN ALDIN12036020
20MUHAMMAD HAKIMI BIN AMBO360510040
21MUHAMMAD KAMARUL BIN SALLEH12036040
22MUHAMMAD RISJAN BIN JAMRAN24048020
23NUR AIMAN BIN AWANG24036020
24NUR FARAH ATIKAH BINTI EFFENDAY24036020
25NUR QISDYANNA ATIERRA BT MUIN24048040
26NURALIAH AFIFAH BINTI ALFIAN12024020
27NURIZZATUL SHANIZA BINTI HAMID24036020
28NURSAFIKAH BINTI MUCHIS12036040
29NURUL FATIHAH BINTI MUHAMAD ZAIDI24036020
30NURUL SHAEZLISHA LAI BINTI PHILIP LAI CHEE VUI24036020
31NURUL SYAZWANI BINTI BUDIMAN12036040
32NURUL WAHEEDA BINTI EDDIE12024020
33RAMIZAH HAMIZAH BINTI MUHD RAZLY24036020
34SHARIFAH NAZURAH BINTI SH AMBREDZHAR12036040
35WEEDAH BINTI VINHYA12024020
36ABDUL AZIZ AHMAD24036020
37MATIUS WELSON OPPEL360510040
38DANEAL EDWARD24048040
Lampiran 2
Kemahiran Balingan Sisi (5 Percubaan).
BilNama MuridJenis BalinganPeratus +
Sisi
Pra%Post%
1ABDUL FAZIR BIN MOHD NOOR24048040
2AYU SARINIE BINTI JUNNAIDI12024020
3CHARFIQA BINTI MADSARA24036040
4JULIA BINTI YUSUP12024020
5KAMARUL NA'IM BIN KAMAROZAMAN24048040
6LAILA TIARA BINTI REMY RAHIM 12024020
7MAHADI BIN JULI12036040
8MAIZATUL ASMA BINTI ABDUL MUIS24036020
9MOHAMAD AZMAL BIN AMAT12036020
10MOHAMAD HAYQAL BIN ISMAIL24036020
11MOHAMAD HAZIQ BIN MUHD ROZI36036020
12MOHAMAD SHAH INDRAWAN BIN SUIS12036040
13MOHAMMAD ADZRUL AIMAN 12048060
14MOHAMMAD ALIF YAN SHAH BIN MOHD 24048040
15MOHAMMAD AMIRUL BIN HAMIDY12036040
16MOHAMMAD HASNIN BIN MOSOS12036020
17MOHAMMAD ZAMIRUL MOHD ZAINAY24036020
18MOHAMMAD ZULHAIRI BIN EJALI12024020
19MUHAMMAD ADLIZAN BIN ALDIN24024020
20MUHAMMAD HAKIMI BIN AMBO360510040
21MUHAMMAD KAMARUL BIN SALLEH12036040
22MUHAMMAD RISJAN BIN JAMRAN24036020
23NUR AIMAN BIN AWANG12036020
24NUR FARAH ATIKAH BINTI EFFENDAY12036020
25NUR QISDYANNA ATIERRA BT MUIN24036020
26NURALIAH AFIFAH BINTI ALFIAN12024020
27NURIZZATUL SHANIZA BINTI HAMID24036020
28NURSAFIKAH BINTI MUCHIS24036040
29NURUL FATIHAH BINTI MUHAMAD ZAIDI12036020
30NURUL SHAEZLISHA LAI BINTI PHILIP LAI CHEE VUI24036020
31NURUL SYAZWANI BINTI BUDIMAN12036040
32NURUL WAHEEDA BINTI EDDIE12024020
33RAMIZAH HAMIZAH BINTI MUHD RAZLY24036020
34SHARIFAH NAZURAH BINTI SH AMBREDZHAR22036020
35WEEDAH BINTI VINHYA12024020
36ABDUL AZIZ AHMAD24036020
37MATIUS WELSON OPPEL36048020
38DANEAL EDWARD36036020
Lampiran 3
Kemahiran Balingan Paras Dada (5 Percubaan).
BilNama MuridJenis BalinganPeratus +
Dada
Pra%Post%
1ABDUL FAZIR BIN MOHD NOOR360510040
2AYU SARINIE BINTI JUNNAIDI24048040
3CHARFIQA BINTI MADSARA36048020
4JULIA BINTI YUSUP24036020
5KAMARUL NA'IM BIN KAMAROZAMAN240510060
6LAILA TIARA BINTI REMY RAHIM 24048040
7MAHADI BIN JULI24048040
8MAIZATUL ASMA BINTI ABDUL MUIS24036020
9MOHAMAD AZMAL BIN AMAT36048020
10MOHAMAD HAYQAL BIN ISMAIL36048020
11MOHAMAD HAZIQ BIN MUHD ROZI36048020
12MOHAMAD SHAH INDRAWAN BIN SUIS24048040
13MOHAMMAD ADZRUL AIMAN 24048060
14MOHAMMAD ALIF YAN SHAH BIN MOHD 24048040
15MOHAMMAD AMIRUL BIN HAMIDY36048040
16MOHAMMAD HASNIN BIN MOSOS24036020
17MOHAMMAD ZAMIRUL MOHD ZAINAY24036020
18MOHAMMAD ZULHAIRI BIN EJALI24036020
19MUHAMMAD ADLIZAN BIN ALDIN360510020
20MUHAMMAD HAKIMI BIN AMBO360510040
21MUHAMMAD KAMARUL BIN SALLEH360510040
22MUHAMMAD RISJAN BIN JAMRAN340510020
23NUR AIMAN BIN AWANG24036020
24NUR FARAH ATIKAH BINTI EFFENDAY24036020
25NUR QISDYANNA ATIERRA BT MUIN24036020
26NURALIAH AFIFAH BINTI ALFIAN36048020
27NURIZZATUL SHANIZA BINTI HAMID36038020
28NURSAFIKAH BINTI MUCHIS24036040
29NURUL FATIHAH BINTI MUHAMAD ZAIDI24036020
30NURUL SHAEZLISHA LAI BINTI PHILIP LAI CHEE VUI24036020
31NURUL SYAZWANI BINTI BUDIMAN24036040
32NURUL WAHEEDA BINTI EDDIE24036020
33RAMIZAH HAMIZAH BINTI MUHD RAZLY24036020
34SHARIFAH NAZURAH BINTI SH AMBREDZHAR36036020
35WEEDAH BINTI VINHYA24036020
36ABDUL AZIZ AHMAD36048020
37MATIUS WELSON OPPEL360510020
38DANEAL EDWARD36048020
Lampiran 4
Kemahiran Balingan Lantunan (5 Percubaan).
BilNama MuridJenis BalinganPeratus +
lantunan
Pra%Post%
1ABDUL FAZIR BIN MOHD NOOR24048040
2AYU SARINIE BINTI JUNNAIDI24036020
3CHARFIQA BINTI MADSARA24036020
4JULIA BINTI YUSUP24036020
5KAMARUL NA'IM BIN KAMAROZAMAN360510040
6LAILA TIARA BINTI REMY RAHIM 24036020
7MAHADI BIN JULI24048040
8MAIZATUL ASMA BINTI ABDUL MUIS24036020
9MOHAMAD AZMAL BIN AMAT360510040
10MOHAMAD HAYQAL BIN ISMAIL360510040
11MOHAMAD HAZIQ BIN MUHD ROZI24048040
12MOHAMAD SHAH INDRAWAN BIN SUIS24048040
13MOHAMMAD ADZRUL AIMAN 24048020
14MOHAMMAD ALIF YAN SHAH BIN MOHD 240510060
15MOHAMMAD AMIRUL BIN HAMIDY360510040
16MOHAMMAD HASNIN BIN MOSOS24048040
17MOHAMMAD ZAMIRUL MOHD ZAINAY24048040
18MOHAMMAD ZULHAIRI BIN EJALI24048040
19MUHAMMAD ADLIZAN BIN ALDIN240510060
20MUHAMMAD HAKIMI BIN AMBO360510040
21MUHAMMAD KAMARUL BIN SALLEH360510040
22MUHAMMAD RISJAN BIN JAMRAN240510060
23NUR AIMAN BIN AWANG24048040
24NUR FARAH ATIKAH BINTI EFFENDAY24036020
25NUR QISDYANNA ATIERRA BT MUIN24036020
26NURALIAH AFIFAH BINTI ALFIAN24048040
27NURIZZATUL SHANIZA BINTI HAMID24048040
28NURSAFIKAH BINTI MUCHIS24036040
29NURUL FATIHAH BINTI MUHAMAD ZAIDI24036020
30NURUL SHAEZLISHA LAI BINTI PHILIP LAI CHEE VUI24048040
31NURUL SYAZWANI BINTI BUDIMAN24036020
32NURUL WAHEEDA BINTI EDDIE24036020
33RAMIZAH HAMIZAH BINTI MUHD RAZLY24048040
34SHARIFAH NAZURAH BINTI SH AMBREDZHAR24048040
35WEEDAH BINTI VINHYA12036020
36ABDUL AZIZ AHMAD24048040
37MATIUS WELSON OPPEL360510040
38DANEAL EDWARD24048040
Lampiran 5BORANG SOAL SELIDIK.
MURID TAHUN 4 CERDIK. SK KEM TENTERA SANDAKAN, SABAH.
Bahagian I: Latar BelakangBagi setiap item, sila tandakan (/) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.1. Jantina : [ ] Lelaki [ ] Perempuan
2. Keturunan : [ ] Melayu[ ] Bumiputera Sabah Lain-lain [ ]
Bahagian II: Kemahiran membaling dan menangkap.Baca penyataan di bawah dan fahaminya. Kemudian tanda (/) pada nombor yang paling sesuai bagi mewakili pendapat anda mengikut skala berikut.1 = Sangat tidak setuju2 = Tidak setuju3 = Tidak pasti4 = Setuju5 = Sangat setujuBilPenyataanSkala
1Permainan sasaran telah menjadikan kelas Pendidikan Jasmani lebih menarik dan menyeronokkan.12345
2Saya dapat membaling secara dengan tepat kepada sasaran selepas membuat latih tubi12345
3Saya dapat melakukan balingan tepat kepada sasaran kerana teknik-teknik membaling saya betul.12345
4Saya dapat bermain bola baling dengan baik selepas latih tubi membuat balingan12345
5Berlatih sambil bermain boleh meningkatkan kemahiran membaling saya.12345
PAGE 11