Hasil Kajian Sej T3.docx

28
Hasil Kajian a. maklumat asas produk i. nama produk produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah barangan berasaskan logam. Pengusaha ini mengeluarkan besi , aluminium dan zink. ii. kategori kimpalan membuat kerja-kerja besi. iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik produk logam ini telah diusahakan oleh encik azli bin baharom. Beliau telah menubuhkan perusahaan ini mulai tahun 2008 sehingga sekarang. Encik azli bin baharom merupakan pemilik tunggal perusahaan logam ini. iv. Lokasi tempat kajian yang dilakukan oleh saya beralamat di nombor 16 kampung bukit bendar, bukit kepong muar. Ianya terletak kira-kira 26 kilometer daripada Bandar muar. Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar Bandar. b. latar belakang i. sejarah kewujudan

Transcript of Hasil Kajian Sej T3.docx

Page 1: Hasil Kajian Sej T3.docx

Hasil Kajian

a. maklumat asas produk

i. nama produk

produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah barangan berasaskan logam. Pengusaha

ini mengeluarkan besi , aluminium dan zink.

ii. kategori

kimpalan membuat kerja-kerja besi.

iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik

produk logam ini telah diusahakan oleh encik azli bin baharom. Beliau telah menubuhkan

perusahaan ini mulai tahun 2008 sehingga sekarang. Encik azli bin baharom merupakan

pemilik tunggal perusahaan logam ini.

iv. Lokasi

tempat kajian yang dilakukan oleh saya beralamat di nombor 16 kampung bukit bendar,

bukit kepong muar. Ianya terletak kira-kira 26 kilometer daripada Bandar muar. Lokasi

tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar Bandar.

b. latar belakang

i. sejarah kewujudan

perusahaan logam ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 2008. Ianya

dilakukan oleh Encik Azli bin Baharom bersama ayahnya iaitu Encik Baharom bin

Jamal. Logam ini dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu permintaan daripada penduduk

kampung dan juga dari permintaan ramai.

ii. punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil

bantuan atau pinjaman

pada awal perniagaan barangan berasaskan logam ini, Encik Azli bin Baharom

meneruskan legasi keluarga iaitu ayahnya Encik Baharom bin Jamal. Kini,

Page 2: Hasil Kajian Sej T3.docx

perusahaannya dimiliki secara sendiri. Beliau menyatakan bahawa modal permulaan

perniagaan logamnya ini hasil dari simpanan sendiri yang berjumlah RM20 ribu ringgit.

iii. tujuan / kepentingan produk

produk dijual kerana ingin memenuhi keperluan setempat dan juga kerana hasil

permintaan umum yang banyak. Setiap hasil jualan setiap reka bentuk , ia dapat meraih

harga jualan yang tinggi. Natijahnya di sini, semakin cantik dan menarik hasil reka

bentuk, semakin banyak keuntungan yang dapat diperoleh oleh encik azli bin baharom.

c. kaedah atau cara penghasilan

i. tenaga kerja

tenaga kerja bagi perusahaan logam ini seramai 2 orang. Gaji bagi setiap pekerja ialah

rm50 untuk setiap hari. Umur para pekerja ialah 27 tahun dan 66 tahun. Mereka dari

golongan orang tempatan. Pengalaman bekerja sudah hampir 6 tahun. Mereka bekerja

sepenuh masa.

ii. senarai bahan yang digunakan

menurut encik azli bin baharom, bahan utama adalah besi. Selain itu, barang-barang

hiasan bagi menghias hasil reka bentuk.

Besi power weld

Page 3: Hasil Kajian Sej T3.docx

Paku cat

iii. senarai peralatan

antara senarai peralatannya ialah widing set, mig, pemotong besi, grender, lori, bengkel,

oxy cutter, sit drill, walding

MIG weld widing set grender

oxy cutter gergaji sit drill

Lori walding

iv. proses kerja / peringkat penghasilan bahan

Proses pembuatan

1        Dalam pemprosesan pemotongan 2. peyanbungan rod-rod besi.

3 . Proses meyembur cat 4 . proses pengeringan

5 . Pemasangan 6 . pemasangan selesai

v. spesifikasi produk / daripada segi timbangan / sukatan / ukuran

menurut Encik Azli bin Baharom, sebanyak 4 atau 5 buah grill dapat disiapkan dalam

sebulan. Ianya bergantung kepada permintaan dan tempahan orang ramai.

d. perkembangan produk

i. rangkaian pemasaran

Page 4: Hasil Kajian Sej T3.docx

mengikut tempahan dan permintaan orang ramai terhadap barangan yang akan dipasarkan

oleh AZLI BB ENTERPRISE.

ii. pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan

sambutan dari para pelanggan amat menggalakkan. Mengikut kajian saya perniagaan

berasaskan logam encik azli bin baharom ini sudah semakin berkembang. Permintaan

terhadap barangan juga semakin meningkat. Menurut encik azli bin baharom, kadang-

kala kerana terlalu banyak permintaan dalam satu masa membuatkan beliau dan para

pekerja terpaksa bekerja lebih pantas untuk mengimbangkan masa bagi menyiapkan

semua hasil tempahan pada waktu yang sudah diatur dan untuk memuaskan hati para

pelanggan.

iii. kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi

keuntungan yang diperoleh

perniagaan ini telah berkembang dan telah dipasarkan sehingga ke sime darby plantation

di kuala Selangor dan bandaraya Melaka. Keuntungan yang diperoleh dalam perniagaan

ini telah mencecah RM100 hingga RM200 untuk sebuah grill dan RM1000 hingga

RM1500 untuk sebuah garaj.

iv. cabaran / masalah yang dihadapi

antara cabaran yang dihadapi ialah wang pusingan modal tidak mencukupi. Selain itu,

pelanggan bayar lewat dan peralatan yang ingin digunakan mengalami kerosakan. hal ini

menyebabkan beliau susah untuk melicinkan perjalanan perniagaannya.

v. potensi produk

perniagaan ini berpotensi untuk ke luar Negara seperti di singapura dan Indonesia. Beliau

telah menerima tawaran untuk membuat kerja-kerja kimpalan di sana. Namun begitu,

beliau masih belum terfikir untuk melangkah sejauh itu. Namun, itulah peluang yang ada

baginya untuk terus mengembangkan lagi perniagaannya.

vi. perancangan masa hadapan

menurut encik azli bin baharom, beliau ingin mempelbagaikan lagi hasil rekaan beserta

memperluaskan kawasan perniagaan. Beliau juga berharap agar orang ramai dapat

Page 5: Hasil Kajian Sej T3.docx

menempah rekaan beliau dengan lebih banyak lagi. Beliau juga terfikir untuk mengupah

beberapa orang untuk bekerja dengan beliau di bangsal.

Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Khamis, Mei 03, 2012 0 ulasan

Reaksi: 

Isnin, 30 April 2012contoh hasil kajian--- bahulu Nur Fatihatul Namirah

 

HASIL KAJIAN

A. Maklumat asas produk

i) Nama Produk

Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu bahulu.

Pengusaha ini mengeluarkan Bahulu Cermai. Berikut merupakan contoh bahan yang

dihasilkan oleh pengusaha ini.

 

ii) Kategori

Produk tempatan yang dikaji ialah makanan tradisional iaitu Bahulu.

iii) Nama Pengusaha

Produk makanan tradisinal bahulu ini telah diusahakan oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj.

Idris. Beliau menubuhkan perusahaan makanan tradisional bahulu ini mulai tahun 2007

sehingga sekarang.Puan Hjh. Khatijah merupakan pemilik tunggal perusahaan makanan

tradisional bahulu ini.

iv) Lokasi

Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 200, Felcra Bukit

Kepong 84030, Labis, Johor. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Labis .

Page 6: Hasil Kajian Sej T3.docx

Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di luar bandar.Di bawah ialah lakaran

peta ke lokasi tempat kajian.

 

B. Latar Belakang

i) Sejarah Kewujudan

Pada mulanya kerja mengeluarkan bahulu ini dilakukan oleh pengusaha sebagai aktiviti

pada masa lapang dan dibuat di belakang rumah.   Perusahaan ini dilakukan oleh Puan

Hjh. Khatijah bt Hj. Idris bersama suaminya iaitu Encik Muhd Muharam bin Sujak.

Bahulu yang dikeluarkan dalam skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan

permintaan daripada penduduk kampung. Selepas itu,dalam beberapa jangka masa ,

sambutan daripada pelanggan beliau agak menggalakkan dan dihantar di merata tempat.

ii) Punca dan Jumlah Modal

Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris mendapat modal daripada Jabatan Pertanian Muar pada

tahun 2007. Beliau juga menerima bantuan barang seperti ketuhar, meja dan juga

bangunan untuk menghasilkan produk beliau. Bantuan yang beliau terima dalam

anggaran RM 30,000

iii) Pendaftaran Perniagaan

Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris telah memulakan perniagaan ini pada 25 Januari 2011.

Perusahaan ini dijalankan di alamat No 200, Felcra Bukit Kepong, 85300, Labis. Nombor

pendaftaran beliau ialah XXXXX

iv) Tujuan / Kepentingan Produk

Bahulu ini dijual oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris di beberapa kawasan di sekitar

daerah Muar dan juga beberapa pasar raya di bandar Segamat seperti di Pasaraya

KipMart dan Nirwana. Beliau juga menjual produk beliau di Hospital Segamat. Pegusaha

membekalkan bahulu ini dalam jumlah 150 bungkus seminggu. Satu bungkus bahulu

dijual dengan harga RM 16.00. Selain itu, beliau juga menghantar produk beliau di kedai-

kedai runcit di Felcra Bukit Kepong  dalam kuantiti yang kecil iaitu antara 60 hingga 70

bungkus. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan

Page 7: Hasil Kajian Sej T3.docx

dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadiakan sebagai

cenderamata semasa majlis perkahwinan.

C. Kaedah / Cara Penghasilan

i. Tenaga Pekerja

Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris menjalankan perniagaan ini bersama suaminya iaitu Encik

Mohd Muharam bun Sujak. Beliau tidak mempunyai tenaga pekerja yang lain. Biasanya

mereka bekerja daripada pukul 9 pagi sehinggalah pukul 6 petang. Mereka juga bekerja

tidak mengikut masa. Mereka juga bekerja mengikut permintaan pelanggan  produk

mereka.

ii) Senarai Bahan Yang Digunakan

Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut untuk

satu adunan :

Gula - 2 kilo setengah

Tepung  - 2 kilo setengah

Ising – 1 camca

Telur – 54 biji

 

iii) Senarai Peralatan

Bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :  Pemanas tepung                                               Mesin pemukul telur                      Acuan bahulu                                                            Ketuhar

  iv) Proses Kerja / Peringkat Penghasilan Barang

Bagi menghasilkan kuih bahulu ini, pertama sekali telur perlulah dibasuh sehingga

bersih. Hal ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar raya kadang-kadang masih

terdapat kekotoran pada lapisan luar telur itu terutama najis ayam dan bulunya. Keadaan

Page 8: Hasil Kajian Sej T3.docx

ini akan menjejaskan tahap kebersihan bagi proses pembuatan makanan. Selepas itu telur

akan dipecahkan sebiji-sebiji  dan telur tersebut perlulah dipukul atau digoncang

menggunakan peralatan tertentu sehingga kembang dan pekat bersama gula. Tepung pula

perlulah diayak dahulu menggunakan mesin khas. Seterusnya, campurkan kesemua bahan

tersebut. Kacau acuan tersebut dalam beberapa minit. Sementara itu, ketuhar hendaklah

dipanaskan terlebih dahulu. Apabila ketuhar telah panas, letakkan sedikit minyak di

dalam pencetak kuih supaya adunan tidak melekat. Kemudian, masukkan acuan tersebut

ke dalam pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.

Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan daripada ketuhar. Bagi

mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya memerlukan sebatang lidi yang

bersih. Lidi ini digunakan kerana ia mamudahkan kerja tersebut dan tidak menyebabkan

bahulu rosak .

D. Perkembangan Produk

i) Kemajuan yang Dicapai

Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris pada awalnya hanya membuat bahulu ini apabila ada

tempahan saja daripada kawan-kawannya. Beliau juga pada awalnya hanya menghantar

produk beliau di kedai runcit di Felcra Bukit Kepong sahaja dalam kuantiti yang sedikit.

Selepas itu, sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan daripada

pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Produk beliau juga

dihantar di merata tempat seperti di kawasan Muar dan Segamat dengan kuantiti yang

besar dan banyak. Produk beliau juga boleh didapati di pasaraya besar di Segamat dan

Muar. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan

beliau semakin bertambah dan mampu memperbesarkan lagi perusahaan beliau.

*ii) Cabaran / Masalah yang Dihadapi

Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang diperlukan seperti

masalah harga telur yang mula meningkat. Dengan telur sebagai bahan utama , pengusaha

tidak boleh mengurangkan jumlah telur bagi mengurangkan kos pembuatan bahulu

tersebut. Jika telur dikurangkan ia akan menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan

menjadi kurang . Contohnya kegebuan dan warna bahulu tersebut.

Page 9: Hasil Kajian Sej T3.docx

iii) Potensi Produk

Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris sangat

berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan. Antara faktornya adalah, beliau sering

mendapat permintaan yang memberangsangkan. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim

perkahwinan.

iv) Perancangan Masa Hadapan

Puan Hjh. Khatijah bt hj. Idris dan suami beliau, Encik Muhammad Muharam bin Sujak,

bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di merata tempat. Selain itu, mereka juga

ingin memperbesarkan perusahaan mereka ini dan lebih dikenali. Mereka juga berhasrat

untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM supaya produk mereka betul-betul

dijamin halal dan tiada keraguan bagi pembeli untuk membeli.

Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Isnin, April 30, 2012 6 ulasan

Reaksi: 

Ahad, 22 April 2012Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012

Cara tulis hasil kajian

1. Tajuk kajian

Perusahaan Makanan – Kerepek Pisang

2. Senarai kandungan

Bil Perkara

Page 10: Hasil Kajian Sej T3.docx

1 Tajuk kajian2 Senarai kandungan3 Penghargaan4 Objektif kajian5 Kaedah kajian6 Hasil kajian

6.1. maklumat asas produk6.2. latar belakang

6.3.kaedah / cara penghasilan6.4. perkembangan produk

7 Rumusan 8 Lampiran 9 Rujukan

3. Penghargaan

Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat

saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah pada kali ini yang

bertajuk Produk Kerepek Pisang. Saya juga ingin merakamkan ucapan

ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu

Encik Mohamad Bin Ali kerana telah membantu saya dalam

penyediaan kerja kursus ini. Hasil tunjuk ajar beliau sepanjang

penyediaan kerja kursus ini merupakan hasil komitmen yang jitu

daripada beliau.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa

saya iaitu Encik Abu Bin Isnin dan Puan Aminah Bt Talib yang memberi

kebenaran kepada saya dalam usaha menyudahkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya Rabu

Bin Harun dan Khamis Bin Syawal kerana turut sama menyumbang

tenaga dan masa kepada saya dalam proses melaksanakan kerja

kursus ini. Sekian terima kasih.

Page 11: Hasil Kajian Sej T3.docx

4. Objektif kajian

1.      Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan

tempatan di negara kita.

2.      Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada

segi prosedur dan langkah

3.      Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada

segi ekonomi dan sosial.

4.      Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk

keluaran tempatan di negara kita.

5. Kaedah kajian

Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan

melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2012 . Maklumat adalah seperti di

bawah.

1.                  Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku di

perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

2.                  Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara

berkaiatan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam .

3.                  Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui

dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.Saya

melawat tempat kajian pada 2 Mac 2012 pada pukul 2.30 petang di

lokasi XXXX.

4.                  Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar

dan majalah .

Page 12: Hasil Kajian Sej T3.docx

6. Hasil kajian

a. maklumat asas produk tempatan

  i.    nama produk

Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kerepek pisang.

Pengusaha ini mengeluarkan pisang tanduk ,kapok , berangan , nipah

dan pisang lang.

- masukkan gambar barangan yang telah dipacking

-         contoh barang keluaran lain ( kalau ada )

ii.    kategori

Produk tempatan yang dikaji ialah makanan ringan iaitu kerepek

pisang.

iii.    nama pengusaha / syarikat / status hak milik

Produk kerepek pisang ini telah diusahakan oleh Encik A bin B. Beliau

telah menubuhkan syarikat ABC ini mulai tahun 2000 sehingga

sekarang. Encik A Bin B merupakan pemilik tunggal ( tuan punya )

perusahaan kerepek pisang ini.

iv.    Lokasi

Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 13

Jalan Selasih , Felcra Bukit Kepong Muar. Ianya terletak kira-kira 85

kilometer daripada bandar Muar . Lokasi tempat kajian ini bolehlah

dikatakan berada di luar bandar.

Page 13: Hasil Kajian Sej T3.docx

- buat peta dari jalan utama menunju ke tempat kajian – ringkas

sahaja/ jadikan lampiran. Letakkan petujuk sekali / nama jalan /

kawasan sekeliling/ macam peta orang kerja kahwin tu tapi detail sikit .

b. latar belakang

  i.    sejarah kewujudan

(penerangan saya - bila produk ini dimulakan pengeluarannya. Siapa

yang terlibat , berapa banyak pengeluaran , di mana ia dijalankan )

Perusahaan kerepek pisang ini telah dimulakan secara kecil-kecilan

pada tahun 1990. Ianya dilakukan oleh Encik A Bin B bersama isterinya

iaitu Puan C Bt D. Kerepek yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja

iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk

kampung.

-         kalau ada gambar lama – scan / print/ untuk tunjukkan perbezaan

dahulu dan sekarang

ii.    punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil

bantuan atau pinjaman

- ( penerangan saya - bagaimana pengusaha memulakan

perusahaannya / adakah dengan menggunakan duit bank/ pinjaman /

pinjaman daripada saudara mara / ambil alih daripada orang lain atau

warisan keluarga / meneruskan legasi

Contoh - Pada awal pengeluaran kerepek pisang , Encik A bin B

menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan

dan pengeluaran kerepek pisang.

Sekitar tahun 2008 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank

pertanian sebanyak RM 10 000 untuk membeli mesin yang lebih baik

Page 14: Hasil Kajian Sej T3.docx

dan dapur. Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli

beberapa peralatan baru seperti xxxxxx.

Pihak Jabatan Pertanian juga ada memberikan bantuan daripada segi

xxx.

Pihak Fama dan Mardi membantu beliau dengan cara XXXX.

iii.    pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan

-         phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran

-         kalau dia tak bagi – ambil gambar sahaja

-         kalau tak ada lesen – tuliskan pengusaha ini tidak memiliki lesen

perniagaan

-         lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi

-         nama dan alamat lokasi perusahaan boleh ambil di sini.

iv.    tujuan / kepentingan produk

-         ( penerangan saya ) kenapa produk dijual

-         kepentingan produk – memenuhi keperluan setempat/ tempatan /

permintaan orang ramai / penuhi permintaan kedai runcit / untuk

majlis perkahwinan/ tempahan taman perumahan / syarikat pemaju/

kilang

Contoh huraian

Kerepek pisang jenama Kerepek Felcra ini dijual oleh pengusahanya di

beberapa kawasan di sekitar pekan Labis dan beberapa pasar raya di

bandar Segamat iaitu seperti Giant, Kip Mart dan Nirwana. Pengusaha

membekalkan kerepek ini dalam jumlah 100 bungkus seminggu.

Setiap pek ini beratnya ialah kira-kira 400 gram dan dijual dengan

harga RM 4.00.

Beberapa kedai runcit juga ada menempah kerepek ini tetapi dalam

jumlah pesanan yang agak sedikit iaitu kira-kira 40 peket sebulan.

Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang

Page 15: Hasil Kajian Sej T3.docx

membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan.

Biasanya ia dijadikan cendera mata semasa majlis perkawinan.

( kalau ada masukkan gambar packing kecil / besar )

c. kaedah / cara penghasilan

  i.    tenaga kerja

-         berapa tenaga kerja diperlukan

-         adakah bergaji- nyatakan jumlah gaji secara mudah ( antara RM

600 ke RM 900 )

-         bilangan pekerja/ umur / jantina

-         sumber pekerja dari mana( penduduk tempatan )

-         kemahiran yang ada pada pekerja

-         kalau rajin buat senarai nama pekerja / umur / 3hn pengalaman

berapa tahun bekerja

-         pekerja sepenuh masa / separuh masa

contoh

- Encik A bin B menggajikan kira-kira 3 orang pekerja bagi membantu

dalam penghasilan kerepek pisang beliau. Pekerja ini digajikan bagi

membantu kerja –kerja pengeluaran daripada awal hingga akhir.

Pekerja yang dimaksudkan ini datangnya daripada penduduk setempat

dan berumur dalam lingkungan 40 hingga ke 50 tahun. Pekerja akan

bekerja daripada pukul 8.00 hingga 4.00 petang. Mereka akan berehat

pada pukul 12.30 hingga pukul 2.00 petang. Encik A bin B tidak

bekerja pada hari Ahad. Pekerja ini boleh dikatakan mahir dalam

kesemua proses pengeluaran kerepek pisang kerana ianya tidak

memerlukan kemahiran yang tinggi bagi menghasilkannya.

Penggunaan mesin hanyalah pada peringkat pemotongan kecil pisang

mentah.

ii.    senarai bahan yang digunakan

Page 16: Hasil Kajian Sej T3.docx

-         bahan yang digunakan oleh pengusaha bagi menghasilkan produk.

Contoh

-         Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut

kuantiti yang berikut bagi menyiapkan satu pengeluaran / sehari

-         Pisang tanduk – 50 kg

-         Minyak masak – 5 kg

-         Garam – 200 gm

-         Kalau rajin ambil gambar bahan/ tuliskan apa bahan itu

-         Kalau tak ada cari kat internet contoh bahan yang digunakan

-         Tak perlu detail

iii.    senarai peralatan

-         bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan

peralatan seperti di bawah :

-         Kuali -

-         Tong gas – 1 unit

-         Alat Tapisan – 2 unit

-         Dulang – 10 unit

-         Plastik –

-         Mesin pemotong pisang

-         ambil gambar dengan nama mesin yang berkaitan/ tak perlu semua

iv.    proses kerja / peringkat penghasilan bahan

-         pembuatan barangan keluaran ini memerlukan beberapa proses

iaitu

-         aktiviti a

-         aktiviti b

-         aktiviti c

-         aktiviti d

Page 17: Hasil Kajian Sej T3.docx

-         buat gambar proses pengeluaran dijalankan

-   sediakan gambar rajah jika perlu bagi setiap peringkat pengeluaran

Bagi menghasilkan kerepek pisang , pisang tanduk yang dibeli akan

dibuang kulit luarnya dengan menggunakan pisau biasa. Setelah kulit

luar dibuang pisang tersebut akan direndam dengan air untuk

membersihkannya. Proses seterusnya ialah memotong pisang nipis-

nipis. Seorang pekerja akan memasukkan pisang tersebut ke dalam

lubang pada mesin pemotong pisang. Hasilanya akan mengeluarkan

satu bentuk hirisan yang standard dan dapat dilakukan dengan mudah

dan cepat. Masa yang diambil untuk memotong nipis pisang ini ialah

kira-kira setengah jam sahaja. Seterusnya pisang tersebut akan

dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak dan garam . Tujuan

garam diletakkan sedikit demi sedikit di dalam kuali ini ialah bagi

menyebatikan rasa garam dengan pisang tersebut. Sukatan garam

yang sesuai hendaklah dibuat supaya minyak bercampur garam

tersebut tidak terlalu masin. Jika terlalu masin pelanggan tidak akan

membeli kerepek ini lagi. Pada masa ini jumlah garam yang

dimasukkan adalah mengikut keperluan dan mengikut sukatan yang

seragam.

d. perkembangan produk

  i.    kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan /

teknologi / keuntungan yang diperoleh

sepanjang beberapa tahun pengeluaran kerepek pisang Encik Ali Bin

Abu ini beliau yang bermula dengan cara kecil –kecilan pada masa

sekarang telah mengedar dan memasarkan barangan keluarannya

dengan lebih meluas. Jumlah tempahan bulanan beliau mula

bertambah iaitu kira-kira 500 peket sebulan untuk memenuhi

permintaan setempat dan pasar raya. Dengan jumlah jualan yang mula

Page 18: Hasil Kajian Sej T3.docx

bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau bertambah dan

mampu membesarkan lagi perusahaan beliau.

ii.    cabaran / masalah yang dihadapi

Anara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah beliau pernah

berhadapan dengan masalah bekalan pisang yang tidak stabil. Pernah

juga beberapa ketika pisang tanduk yang menjadi menu utama

pengeluarannya tidak dapat dibekalkan oleh tuan punya kebun pisang.

Beliau terpaksa membeli pisang tersebut daripada pembekal yang lain.

Ini menyebabkan berlakunya perubahan daripada seri harga belian

pisang. Ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan harga jualan

setiap pek kerepek yang dijual. Keadaan ini menyebabkan jumlah

permintaan dikurangkan oleh pembeli.

Pengusaha juga berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak

masak. Keadaan ini menjejaskan margin keuntungan kerana kos

pengeluaran bagi pembelian minyak masak adalah besar.

iii.    potensi produk

Produk kerepek keluaran Encik Ali Bin Abu ini berpotensi untuk

dikembangkan . Ianya adalah memandangkan beberapa faktor seperti

permintaan yang agak tetap kerana kerepek ini selalu dimakan dan

dihidangkan dalam banyak keadaan. Contohnya semasa kenduri

kendara , majlis perkahwinan dan sebagainya.

-          

iv.    perancangan masa hadapan

Pada masa akan datang beliau bercadang untuk menambah

pengeluaran kerepek pisang daripada segi keluaran dan jaringan

pemasaran. Oleh yang demikian beliau ada bercadang untuk

mengusahakan kebun pisang di kawasan tempat tinggal beliau dan

Page 19: Hasil Kajian Sej T3.docx

mungkin menggunakan peraih yang tetap bagi mendapatkan bekalan

pisang untuk jangka masa yang panjang.

Beliau juga mungkin mengeluarkan kerepek pisang yang manis ,

kerepek pisang pedas iaitu mengambilkira daripada barangan

berasaskan ubi kayu. Namun begitu perkara ini masih belum

dilaksanakan kerana beliau tidak dapat menjangkakan sambutan

daripada masyarakat buat masa ini.

7. rumusan – unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini /

iktibar kepada diri calon , bangsa dan negara

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan

saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar

saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui

pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan

ini juga menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi.

Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita berbangga

sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di

dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor

yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat

perusahaan ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh

pihak pengurusan yang terdiri daripada pengusaha dan juga para

pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu,

bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa

bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan

diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam

belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada

Page 20: Hasil Kajian Sej T3.docx

dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk

perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.

Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap

tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan

sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang

sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan

dan langkah yang dilakukan .

Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah

menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan

tidak mudah putus asa  pada setiap masa sesuai dengan proses

pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

8. lampiran

a. gambar ( proses pengeluaran / barangan keluaran )

b. peta / lokasi di mana tempat kajian dijalankan/ ringkas

sahaja

c. dokumen – lesen / photostat/ gambar lesen

d. bahan lain yang berkaitan

9. rujukan – mengikut format penulisan yang diberi

buku

Nama pengarang,Tahun diterbitkan buku,Tajuk buku, tempat buku

diterbitkan , nama penerbit

Contoh

Dr Zambri Yahya, 2000, Melangkah ke Hadapan, Kuala Lumpur, DBP

Jurnal

Nama penulis, Tajuk Tulisan dalam Jurnal ( tajuk besar jurnal ) Bil

berapa, Bulan terbit, Tahun terbit

Contoh

Page 21: Hasil Kajian Sej T3.docx

Zakaria Abu, “ Majulah Sukan untuk Negara” dalam Jurnal Sukan

Malaysia, Bil 7 , April 2010

Ensiklopedia

Tajuk, jilid, tahun terbit

Akhbar

Nama Akhbar, tarikh akhbar( hari bulan tahun ) , halaman

Orang sumber

Nama orang, umur , alamat ( siap poskod ) negeri

Melawat tempat kajian

Nama tempat, alamat tempat ( siap poskod ) negeri

Majalah

Nama majalah, tarikh , tahun

Internet

http//www.geocities.com ( cursor letak kat adress, copy, paste kat sini,

enter,( nanti keluar biru )