Hasil Kajian 1 - Latar Belakang Sekolah

2
A. LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana yang ditubuhkan pada tahun 2009 ditubuhkan di kawasan perumahan di Taman Putra Perdana. Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan menumpang di SMK Cyberjaya selama 6 bulan. Pda 15 Jun 2009, SMK Putra Perdana telah berjaya mendapatkan bangunannya sendiri yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur. Disebabkan kekangan bangunan, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana pula berkongsi bangunan dengan SMK Putra Perdana. Sesi persekolahan dijalankan dalam dua sesi. Sesi pagi ditempatkan pelajar-pelajar kelas peralihan hingga Tingkatan 4, manakala pelajar Tingkatan 2 bersekolah di sesi petang. Bangunan sekolah ini dibina dengan menggunakan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) atau kaedah pasang siap. Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana merupakan sekolah pertama yang dibina menggunakan sistem ini dan siap sepenuhnya dalam tempoh 10 bulan. Kebanyakan pelajar sekolah ini tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah. Sekolah ini terdiri daripada pelajar pelbagai kaum. Sekolah ini mempunyai seramai 1152 orang pelajar. Pelajar Melayu lelaki seramai 472 orang manakala pelajar perempuan seramai 443 orang. Pelajar Cina lelaki seramai 66 orang dan pelajar Cina perempuan seramai 69 orang. Terdapat 96 orang

description

Folio Sejarah Tingkatan Dua SMK Putra Perdana

Transcript of Hasil Kajian 1 - Latar Belakang Sekolah

Page 1: Hasil Kajian 1 - Latar Belakang Sekolah

A.LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana yang ditubuhkan pada

tahun 2009 ditubuhkan di kawasan perumahan di Taman Putra Perdana.

Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini tidak mempunyai bangunan

sendiri dan menumpang di SMK Cyberjaya selama 6 bulan.

Pda 15 Jun 2009, SMK Putra Perdana telah berjaya mendapatkan

bangunannya sendiri yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur.

Disebabkan kekangan bangunan, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana

pula berkongsi bangunan dengan SMK Putra Perdana. Sesi persekolahan

dijalankan dalam dua sesi. Sesi pagi ditempatkan pelajar-pelajar kelas

peralihan hingga Tingkatan 4, manakala pelajar Tingkatan 2 bersekolah di

sesi petang.

Bangunan sekolah ini dibina dengan menggunakan Sistem Pembinaan

Berindustri (IBS) atau kaedah pasang siap. Sekolah Menengah Kebangsaan

Putra Perdana merupakan sekolah pertama yang dibina menggunakan

sistem ini dan siap sepenuhnya dalam tempoh 10 bulan.

Kebanyakan pelajar sekolah ini tinggal berdekatan dengan kawasan

sekolah. Sekolah ini terdiri daripada pelajar pelbagai kaum. Sekolah ini

mempunyai seramai 1152 orang pelajar. Pelajar Melayu lelaki seramai 472

orang manakala pelajar perempuan seramai 443 orang. Pelajar Cina lelaki

seramai 66 orang dan pelajar Cina perempuan seramai 69 orang. Terdapat

96 orang pelajar India lelaki dan perempuan. Seramai 4 orang pelajar lelaki

dan 2 orang pelajar perempuan menganuti agama lain. Sekolah ini

mempunyai 85 orang guru dan 5 orang guru praktikum.