Harry Potter

download Harry Potter

of 73

Transcript of Harry Potter

JBEA 2308 Penterjemahan Bahasa MelayuProf Madya Dr. Puteri Roslina Binti Abdul Wahid

Muhd Dinie Shaifullah JEA100714

Nurul Aini Ajmain JEA100711

Noorashikin Bte Md Ishak JEA100709

Muhd Fazli Bin Hamdan JEA100723

Sinopsis Mengisahkan Harry Potter, seorang anak yatim piatu yang tinggal menumpang di rumah ibu saudaranya selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia. Harry yang hidup terabai, sering dipandang pelik oleh orang sekelilingnya. Pengembaraannnya ke dunia kuasa ajaib bermula apabila dia

bertemu dengan lelaki berbadan gergasi bernama Hagrid danmendaftar diri di Sekolah Ahli Sihir Hogwards. Di sini, Harry berkenalan dengan Ron Weasley dan Hermione Granger, yang

menjadi sahabat sejatinya dalam perjuangan menentang kuasajahat. Di sekolah ini juga rahsia sebenar tentang asal usul Harry mulai terbongkar, selain kenyataan bahawa nyawanya terancam.

Pendahuluan1.0 PANDANGAN SARJANA BARAT

John Lyons (Semantics 1, 1976:1)

Semantics is generally defined as the study of meaning; J.W.M Verhaar (Pengantar Lingguistik, 1995:1) Semantik adalah cabang sistematik bahasa yang menyelidik makna atau arti (dalam lingguistik kedua istilah itu lazimnya tidak dibedakan).

Pendahuluan1.0 PANDANGAN SARJANA BARAT

F.R. Palmer (Semantik, 1989:1)Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna, dan oleh sebab makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik.

Pendahuluan1.0 PANDANGAN SARJANA MELAYUAbdullah Hassan (Linguistik AM, 2005:218) Dalam bahasa harian, perkataan semantik bermaksud

makna.

Dalam

ilmu

linguistik,

istilah

semantik

bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa.

Tuan Jah Tuan Yusof (Bahasa Melayu STPM:Kertas 1,2003:248) Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan

ayat dikenal sebagai bidang semantik.

Pendahuluan1.0 PANDANGAN SARJANA MELAYUIndirawati Zahid dalam makalah 4 Minit 19 Saat Dealova Yang MengasyikkanSemantik leksikal merujuk kepada kajian makna pada aras kata. Pada kata terdapat konsep-konsep seperti sinonimi, antonimi, homonimi, hiponim dan sebagainya. Dan apa yang lazim berlaku dalam komunikasi, konsepkonsep ini digunakan bagi mencapai objektif komunikasi, iaitu kelancaran dan keberkesanan maklumat yang hendak disampaikan.

Pendahuluan1.0 PANDANGAN SARJANA MELAYUPuteri Roslina Abdul Wahid (Pengantar Penterjemahan Bahasa Melayu, 2007:108) Semantik dalam peristilahan moden digunakan bagi maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama khas dan nama am), ekspresi predikat, dan ayat-ayat dengan item-item alam seperti benda, kejadian, keperihalan keadaan, nilai-nilai kebenaran dan situasi-situasi.

Pendahuluan 1.2 TAKRIF BERDASARKAN KAMUSsemantik (semantics) Sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa. Semasiologi dan sematologi ialah istilah kuno bagi semantik.(Kamus Linguistik, 1997:201)

Pendahuluan1.3 TAKRIF BERDASARKAN ENSIKLOPEDI

1. Semantik yang semula berasal dari bahasa Yunani, mengandung makna to signify atau memaknai. Sebagai istilah teknis, semantik mengandung pengertian studi tentang makna. Dengan anggapan bahwa makna menjadi bagian dari bahasa, semantik merupakan bagian dari linguistik. Seperti halnya bunyi dan bahasa, komponen makna dalam hal ini juga menduduki tingkatan tertentu. Apabila komponen bunyi umumnya menduduki tingkat pertama, tatabahasa pada tingkat kedua, komponen makna menduduki tingkat paling akhir.

Pendahuluan1.3 TAKRIF BERDASARKAN ENSIKLOPEDI

Hubungan ketiga komponen itu sesuai dengan kenyataan bahwa (a) bahasa pada awalnya merupakan bunyi-bunyi abstrak yang mengacu pada lambang-lambang tertentu, (b) lambang-lambang merupakan seperangkat sistem yang memiliki tataan dan hubungan tertentu, dan (c) seperangkat lambang yang memiliki bentuk dan hubungan itu mengasosiasikan adanya makna tertentu (Palmer, 1981:5).(Ensiklopedi:Bahasa-bahasa Dunia Peristilahan Dalam Bahasa, 2006:290291)

Pendahuluan1.3 TAKRIF BERDASARKAN ENSIKLOPEDI

2. Semantik adalah (1) ilmu yang mempelajari simbolsimbol dan artinya. Terutama simbol dalam bahasa; (2) bahagian dari struktur bahasa yang berhubungan dengan makna dari ungkapan dan juga dengan struktur makna suatu wicara; (3) sistem dan penyelidikan makna dalam suatu bahasa atau bahasa pada umumnya.

(Ensiklopedi:Bahasa-bahasa Dunia Peristilahan Dalam Bahasa, 2006:290-291)

Pendahuluan Mazhab terjemahan yang diamalkan di Malaysia adalah mazhab terjemahan linguistik. Mazhab ini mengutamakan terjemahan semantik perkataan, istilah, frasa dan ayat.Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (Teori dan Teknik Penterjemahan, 2008:15)

Konsep Semantik1.4 KONSEP-KONSEP SEMANTIK DALAM KAJIAN PENTERJEMAHAN INI

Konsep Semantik

Semantik Leksikal

Semantik Struktural

Semantik LeksikalSemantik Leksikal Penyelidikan makna kalimat dan makna kata atau makna morfem yang membentuknya.(Ensiklopedi:Bahasa-bahasa Dunia Peristilahan dalam Bahasa,2006:291)

Sinonim

Antonim

Hiponim

Polisem

Semantik Struktural 1. Istilah umum untuk pendekatan pada semantik yang menekankan hubungan makna antara kata atau kelompok kata, dan bukan pada aspek konseptual atau referensi dari makna; contoh : teori medan makna dan analisis komponen.(Ensiklopedi:Bahasa-bahasa Dunia Peristilahan dalam Bahasa,2006:291)

Semantik Struktural 2. Penyelidikan antara hubungan makna berdasarkan pada anggapan bahwa perbedaan makna itu jelas batasnya dan bergantung pada kontras-kontras relatif yang ada dalam bahasa.(Ensiklopedi:Bahasa-bahasa Dunia Peristilahan dalam Bahasa,2006:291)

Semantik Struktural Semantik Struktural

Rujukan

Konotasi

Denotasi

Budaya

Figuratif

Permasalahan Kajian Permasalahan yang ingin dibincangkan adalah seperti berikut:

1. Semantik dalam penterjemahan merupakan kajian baru dan tidak ramai

yang mengkaji teks terjemahan dari segi semantik.2. Bidang semantik sedikit sebanyak menyerupai bidang linguistik. Oleh sebab itu, berkemungkinan besar kajian semantik akan bertindan dengan

kajian linguistik.3. Budaya Barat sukar dihubungkan dengan budaya Melayu. Misalnya watak dalam buku Harry Potter seperti witch, wizard, dan muggle sukar dihubungkan dengan watak jin, hantu dan bunian dalam budaya Melayu.

Objektif Kajian Tiga objektif kajian adalah:

1. Membincangkan dan menghuraikan makna Semantik dalam penterjemahan;

2. Membincangkan dan menghuraikan ciri-ciri Semantik yang ada dalam penterjemahan;

3. Mengkaji dan mencari ciri-ciri Semantik tersebut melalui novel Harry Potter and the Sorcerors Stone.

Pendekatan KajianPendekatan Penterjemahan

Langsung

Semantik

Formal

Relevans

Harfiah

Literal

Terjemahan Semantik Menghuraikan makna konteks yang terdapat dalam teks asal setepatnya.

Mengekalkan unsur budaya asal dalam teks sumber. Menolong pembaca memahami konotasi yang melibatkan utusan dan mesej penting dalam teks asal.

Terjemahan Formal Menekankan bentuk formal (bentuk asas) dan isi kandungan teks yakni bentuk dan struktur asal tidak boleh diubah.

Terjemahan langsung yang setia kepada teks sumber. Menghasilkan terjemahan berkualiti dalam bentuk struktur nahu dan mesej teks asal. Unsur yang membezakan teks asal dan teks sumber ialah bahasa.

Terjemahan Relevans Bentuk komunikasi yang jelas dan nyata yang dapat difahami oleh penutur dan pendengar.

Mengambilkomunikatif.

pendekatan

semantik

dan

pendekatan

Menitikberatkan budaya, makna dan kesan sebenar teks sumber.

Terjemahan Harfiah Penterjemahan kata demi kata. Menterjemahkan perkataan teks sumber satu demi satu tanpa

satu kata pun ditinggalkan. Dibuat setepat mungkin berdasarkan makna teks sebenar.

Terjemahan Literal Mengekalkan bentuk dan struktur nahu bahasa sumber meskipun tidak semuanya. Pendekatan ini lebih setia kepada unsur nahu dan bukan unsur budaya. Masih memelihara kemurnian nahu bahasa sumber tetapi pada

masa yang sama menjaga kegramatisan nahu bahasa sasaran. Faktor ini membezakan pendekatan ini dengan pendekatan harfiah.

Pendekatan KajianPendekatan Penterjemahan

Tidak Langsung

Komunikatif

Dinamis

Bebas

Idiomatik

Terjemahan Komunikatif Menekankan semangat daripada isi, pesan dan mesej. Menulis dengan gaya bahasa penterjemah sendiri dalam

bentuk yang lebih baik daripada teks asal. Utamakan reaksi pembaca.

Terjemahan Dinamis Mesej teks asal yang hendak disampaikan ke dalam teks sasaran sama dari segi kesan pembacaan.

Tidak mengandungi unsur-unsur import, yakni, tidak berbauterjemahan sebaliknya ditulis dalam bahasa penerima. Lenggok ucapan dipentingkan, memperlihatkan nada

perasaan tertentu.

Terjemahan Bebas Menumpukan kepada teks sasaran agar teks kelihatan bersahaja, sejadi dan memudahkan pembaca.

Perkataan dalam teks asal kurang diberikan perhatian. Pengadaptasian, penyesuaian dan membetulkan segala

bentuk dan struktur nahu teks asal.

Terjemahan Idiomatik Bebas memilih sama ada menggunakan cara semantik, komunikasi atau kedua-dua sekali untuk mencapai

persamaan terdekat. Bergantung pada nilai estetik.

Semantik LeksikalSemantik Leksikal

Sinonim

Polisem

Hiponim

Antonim

Sinonim Beberapa kata yang mempunyai makna yang sama tetapi penggunaannya mengikut kesesuaian konteks dan situasi.

Contoh: Makan santap: menjamah, merasa, meratah; membaham, mencaruk, melahap, membedal, menyental, membalun, membantai, menggasak, menalak, mengisi perut, menyekang perut, menangsel perut, mencengam, mencekik, muntah kedarah; mengunyah, memamah, menggigit-gigit, mengunggis, mengerit, mengerip, mengerkah, mematuk, mencatuk; meragut, menelan, melulur; menghirup, menjilat, bahau, mendahar, menyunkah, mengganyang, menggerogot, meranggah;

Sinonim Ayat Bahasa Sumber (Inggeris) It was a dream, he told himself firmly. Page 71 Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Aku bermimpi, katanya dengan tegas kepada dirinya. MS 63 Makna dlm Inggeris Makna dlm bahasa Melayu adj not shaking or trembling; steady: a firm voice. adj kata atau ujar (yg tidak raguragu, tentu, tepat, dll) Kamus Dewan ed. 4 MS 1626

Sinonim Firmly dalam padanan BM berada dalam kategori sinonim. namun oleh sebab faktor konteks makna sesuatu perkataan itu akan berubah. Oleh itu, perkataan firmly mempunyai 2 kumpulan makna dlm. BM, iaitu:

(i) jelas: terang, nyata, ketara, lantang; (ii) tepat: tentu, pasti, nyata, getas;

Firmly dalam contoh yang diberikan tergolong dalam kata adjektif.

Antonim Pasangan kata yang mempunyai makna yang berlawanan.

Contoh:1. awal- akhir

2. buas- jinak3. tua- muda 4. miskin- kaya 5. sepi- bising

Antonim Ayat Bahasa Sumber (Inggeris) Harry tried to remember, left, right, right, left, middle fork, right, left, but it was impossible. Page 84 Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Harry cuba mengingat jalan yang dilaluinyakiri, kanan, kanan, kiri, simpang tengah, kanan, kiritetapi mustahil. MS 76 Makna dlm Inggeris Direction. Makna dlm bahasa Melayu Arah.

Antonim Dalam ayat tersebut penterjemah telah menggunakan perkataan berlawanan yang menunjukkan posisi iaitu right yang bermaksud kanan dan left yang bermaksud kiri. Kanan dan kiri merupakan perkataan yang berantonim dalam BM.

Polisem Satu kata yang boleh mempunyai lebih dariapada satu makna Contoh: Makan

1. Santap2. Tembus: telap, lut, mempan, kena, ayap, masuk

3. (Brek): mencengkam, berfungsi, berkesan, memakan4. (Nasihat): menerima, mengikut, menurut, mendengar, mematuhi, mentaati.

PolisemAyat Bahasa Asal (Inggeris) Hardly anyone had seen Polisem Harry play because Wood had decided that, as their secret weapon, Harry should be kept, well, secret. Page 196 Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Hampir belum ada sesiapa yang melihat Harry bermain kerana Wood memutuskan bahawa, sebagai senjata rahsia mereka, keterlibatan Harry akan dirahsiakan. MS 185

Makna dlm Inggeris 1. adj known only to initiates: a secret password 2. n something kept or to be kept hidden

Makna dlm bahasa Melayu 1. adj Secara tidak disiarkan tidak diketahui orang, diamdiam, gelap, sulit 2. kk sesuatu benda, akal, dll yang sengaja disembunyikan supaya orang lain mengetahuinya. Kamus Dewan ed. 4 Ms 1268/1269

Polisem Apabila pengkaji mengkaji perkataan rahsia dari sudut semantik struktural walaupun perkataan rahsia digunakan

dalam ayat yang sama tetapi dari sudut tatabahasanya,mempunyai perubahan dari sudut golongan kata.

Hiponim Makna setengah perkataan yang terangkum dalam makna yang lebih luas atau dikenali sebagai superordinat Contoh: Perabot (mempunyai makna umum)

Kerusi, meja, almari, katil, sofa (mempunyai makna khusus)

HiponimAyat Bahasa Asal (Inggeris) Gryffindor cheers filled the cold air, with howls and moans from the Slytherins. Page 203

Polisem

Ayat Bahasa Sasaran (Melayu)

Makna dlm Inggeris 1. n a cry or wail, as of pain, rage, or protest. 2. n complaint or lamentation.

Makna dlm bahasa Melayu 1. kn Kata-kata yang melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb) 2. kn Erangan yang menunjukkan kesusahan hati.

Sorakan pasukan Gryffindor memenuhi ruang udara yang dingin, disusuli dengan keluhan dan rintihan pasukan Slytherins. MS 191

Hiponim Perkataan sorakan mempunyai hubungan makna emotif yang luas apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Melalui

contoh yang diberikan, sorakan membawa makna emotif Katakata yang melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb) dan menunjukkan perasaan

susah hati.

Semantik Struktural Semantik Struktural

Rujukan

Konotasi

Denotasi

Budaya

Figuratif

Makna Rujukan Makna rujukan merupakan makna yang dirujuk oleh sesuatu perkataan yakni perkataan berfungsi sebagai simbol kepada objek, peristiwa, sifat dan kata hubung.

Ada pengkaji yang mengatakan makna ini makna kamus. Makna ini biasanya dilihat dari segi konteks kehadirannya. Yang menjadi masalah tentang makna ialah bagi perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Sekiranya penterjemah melakukan penterjemahan secara satulawan-satu, maka hasilnya akan mengalami kehilangan makna dan melencung daripada maksud sebenar dalam teks asal.

Makna Konotasi Makna konotasi ialah makna tambahan yang dimiliki oleh sesuatu perkataan. Istilah lain bagi konotasi ialah makna tersirat. 1. Afektif/Perasaan 2. Alusif/Makna Sipi 3. Asosiatif/Kaitan 4. Sikap 5. Kolokasi

6. Tercermin

Makna Denotasi/Humor Humor merupakan satu lagi emosi yang kadangkala sukar diterjemahkan. Hal ini kerana sesuatu yang lucu bagi sesebuah masyarakat tidak semestinya lucu bagi masyarakat lain. Humor sukar diterjemahkan kerana ciri-ciri yang dikatakan jenaka itu hanya dapat difahami oleh kelompok tertentu sahaja dan banyak juga unsur budaya yang mempengaruhi emosi sesebuah masyarakat itu.

Makna Budaya Merujuk kepada terjemahan perkataan yang dikaitkan dengan budaya asal bagi memperoleh kesesuaian makna yang baik. Ada perkataan yang wujud dalam budaya bahasa teks tidak terdapat dalam budaya bahasa sasaran.

Menyebabkan perluasan makna.

Makna Figuratif Peluasan makna pada kebiasaannya bersifat figuratif. Ungkapan-ungkapan yang disebut kiasan, simpulan bahasa, peribahasa, perumpamaan, metafora dan simili.Makna figuratif terbentuk melalui proses pengambilan salah satu daripada unsur makna sesuatu perkataan dan kemudiannya digunakan ke atas benda lain yang pada asalnya tidak terletak dalam bidang makna perkataan yang asal itu.

(Abdullah Hassan, 2001)

Dapatan Kajian : Makna RujukanAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

As he pulled into the driveway of number four, the first thing he saw and it didnt improve his mood was the tabby cat hed spotted that morning. (pg 11-12)

Ketika dia memandu Tidak langsung keretanya masuk ke jalan kecil ke rumahnya, benda pertama yang dilihatnya yang langsung tidak membuat anginnya bertambah baik ialah kucing betina yang dilihatnya pagi tadi. (m/s 5)

Komunikatif

UlasanPerkataan yang dipilih merujuk kepada konteks ayat dan mesej yang hendak disampaikan. Dalam teks sumber, ayat driveway of number four merujuk kepada rumah keluarga Dursley, iaitu rumah yang bernombor empat. Dalam teks sasaran, penterjemah menterjemah ayat tersebut sebagai jalan kecil ke rumahnya. Di dalam teks sasaran, penterjemah tidak menggunakan nombor empat untuk menyatakan rumah Encik Dursley. Menggunakan kata ganti nama rumahnya yang merujuk kepada orang yang memandu dan yang menginap rumah tersebut. Menurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu, 2002, perkataan tabby bermaksud belang. Dalam teks sasaran, penterjemah telah menterjemahkan sebagai kucing betina bagi menyesuaikan kepada konteks. Kucing betina merujuk kepada Profesor McGonagall, seorang profesor wanita di Hogwarts yang telah menyamar sebagai seekor kucing.

Dapatan Kajian : Makna RujukanAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

Severus? Quirell laughed and it wasnt his usual quivering treble, either, but cold and sharp. (pg. 310)

Severus? lelaki itu Langsung ketawa dan ketawanya itu bukan ketawa gementarnya yang biasa, tetapi sinis dan dingin. (ms. 298)

Literal

Ulasan Mengekalkan bentuk dan struktur nahu bahasa sumber meskipun tidak semuanya Memelihara kemurnian nahu bahasa sumber dan pada masa yang sama menjaga

kegramatisan nahu bahasa sasaran Dalam teks sumber, perkataan cold dan sharp merujuk kepada ketawa Quirell. Berdasarkan teks sasaran, penterjemah menggunakan kaedah harfiah apabila menterjemah perkataan cold dan sharp. Penterjemah menggunakan perkataan dingin untuk menterjemah perkataan cold dan bukannya sejuk, serta perkataan sinis untuk menterjemah sharp dan bukannya tajam. Menurut Kamus Dewan, perkataan dingin dalam teks sasaran bermaksud tidak mesra manakala perkataan sinis bermaksud bersifat mengejek atau memandang rendah.

Dapatan Kajian : Makna KonotasiAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

Harry, who could see a huge Dudley tantrum coming on, began wolfing down his bacon as fast as possible in case Dudley turned the table over. (pg 28)

Harry yang telah dapat Tak langsung mengagak yang Dudley akan mengamuk, memakan dagingnya dengan pantas kerana bimbang Dudley akan menterbalikkan meja. (m/s 22)

Komunikatif

UlasanContoh di atas menunjukkan konotasi emosi yang dialami Harry pada waktu itu. Perkataan wolfing down merujuk kepada keadaan Harry yang cemas dan cuba memakan daging itu seperti seekor serigala yang makan dengan pantas.

Menjelaskan emosi dan cara Harry memakan daging.

Dapatan Kajian : Makna KonotasiAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

Quirell moved close behind him. Harry breathed in the funny smell that seemed to come from Quirells turban. (pg. 314)

Quirell menghampiri dari belakang. Harry terbau sesuatu yang aneh yang seolah-olah datang dari serban Quirell. (ms. 302)

Langsung

Harfiah

Ulasan Penterjemahan kata demi kata. Dalam teks sumber, perkataan funny bermaksud difficult to explain or understand or strange or curious.

Dalam teks sasaran, perkataan funny diterjemahkankepada perkataan aneh yang bermaksud pelik atau

ganjil. Justeru, penterjemah menterjemahkan perkataan teks sumber satu demi satu tanpa satu kata pun ditinggalkan.

Dapatan Kajian : Makna FiguratifAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

Aunt Petunia often said that Dudley looked like a baby angel Harry often said that Dudley looked like a pig in a wig.

Mak Cik Petunianya Langsung sering berkata yang anaknya itu kelihatan seperti bayi malaikat tetapi bagi Harry, budak itu kelihatan seperti khinzir yang berambut palsu. (m/s 21-22)

Literal

Ulasan Menurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu, 2002, baby bermaksud bayi danangel bermaksud malaikat.

Unsur simile yang digunakan dalam teks sumber diterjemahkan secara langsungdalam teks sasaran tanpa perubahan.

Ungkapan looked like a pig in a wig diterjemahkan sebagai kelihatan sepertikhinzir yang berambut palsu yang dilakukan secara langsung yang menunjukkan keadaan rupa Dudley yang kelihatan seperti khinzir berambut palsu.

Kaedah literal digunakan bagi menjelaskan berambut palsu digunakan bagi memelihara kegramatisan ayat tersebut.

Dapatan Kajian : Makna FiguratifAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

You fed Draco Malfoy some cock-and-bull story about a dragon, trying to get him out of bed and into trouble. (pg. 263)

Kamu membualkan cerita Tak Langsung bohong tentang naga supaya didengari oleh Draco Malfoy, supaya dia merayau di tengah malam dan mendapat susah. (ms. 251)

Dinamik

Ulasan Tidak mengandungi unsur-unsur import, yakni, tidak berbau terjemahan sebaliknya ditulis dalam bahasa penerima. Dalam bahasa sasaran tidak wujud ungkapan cerita ayam-

dan-lembu (cock-and-bull) tetapi dalam teks asal, wujudsebagai satu perumpamaan. Diterjemahkan sebagai cerita bohong kerana maksud cockand-bull story dalam ungkapan Inggeris ialah a fanciful and unbelievable tale, iaitu sesuatu perkara yang tidak boleh dipercayai.

Dapatan Kajian : Makna BudayaAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

Only the photographs on the mantelpiece really showed how much time had passed. (pg 25)

Hanya gambar foto di Tak langsung atas tempat pendiangan marmar yang benar-benar menunjukkan berapa lama masa telah berlalu. (m/s 19)

Bebas

Ulasan Menurut Kamus Cambridge Advanced Learners Dictionary Edisi Ketiga, 2008,mantelpiece bermaksud a shelf above the fireplace, usually part of a frame which surrounds the fireplace.

Menurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu, 2002, mantelpiece bermaksud para perapian.

Dalam teks ini, mantelpiece telah diterjemah sebagai tempat pendiangan marmar

kerana di dalam budaya masyarakat Melayu, tidak terdapat tempat perapian. Tempatperapian ini lazimnya ada dalam budaya Barat yang selalunya dinyalakan pada musim sejuk untuk menghangatkan suasana.

Perkataan how much bagi mengukur waktu diterjemahkan sebagai berapa lama danbukan berapa banyak kerana dalam budaya Melayu, waktu dihitung dari segi berapa pendek atau panjang waktu itu. Oleh itu berapa lama lebih sesuai digunakan.

Dapatan Kajian : Makna BudayaAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

Dumbledore had convinced Harry not to go looking for the Mirror of Erised again and for the rest of the Christmas holidays the Invisibility Cloak stayed folded at the bottom of his trunk. (pg. 233)

Dumbledore telah meyakinkan Harry untuk tidak melihat Cermin Tarsah lagi dan sepanjang cuti Hari Krismas, Jubah Limunan kekal terlipat di dasar begnya. (ms.222)

Tak Langsung

Bebas

Ulasan Menumpukan kepada teks sasaran agar teks kelihatan bersahaja,

sejadi dan memudahkan pembaca. Dalam teks asal, Mirror of Erised merupakan sebuah cermin yang memberitahu seseorang yang melihat tentang keinginannya. Dalam kamus Inggeris, perkataan Erised tidak memberi sebarang maksud dan perkataan tersebut merupakan kata nama bagi

cermin itu. Penterjemah tidak menterjemah secara literal perkataan Erised mala penterjemah memberikan perkataan baru, iaitu Cermin Tarsah yang juga tidak mempunyai sebarang maksud.

Dapatan Kajian : Makna HumorAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

The poor toilets never had anything as horrible as your head down it it might be sick. Then he ran, before Dudley could work out what hed said. (pg 40)

Kasihan tandas itu. Tak langsung Tidak ada sesuatu yang seteruk kepala kamu di dalamnya. Harry kemudian melarikan diri sebelum Dudley dapat menangkap apa yang dikatakannya. (m/s 33)

Dinamis

UlasanMenurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu, 2002, poor bermaksud miskin,susah, kasihan, malap.

Dalam konteks ini, perkataan kasihan sesuai digunakan untuk menterjemahkandan menerangkan keadaan tandas tersebut dan seolah-olah memberi simpati kepada tandas bagi menimbulkan perasaan lucu dalam ayat tersebut.

Menurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu, 2002, perkataan horrible bermaksud menggerunkan, mengerikan, dahsyat, teruk.

Perkataan horrible telah diterjemahkan sebagai teruk dalam konteks ini bagi menyesuaikan kepada situasi tersebut dan menimbulkan suasana lucu.

Dapatan Kajian : Makna HumorAyat Bahasa Sumber (Inggeris) Ayat Bahasa Sasaran (Melayu) Pendekatan Kaedah

He must have had to bunny hop all the way up to Gryffindor Tower. (pg. 235)

Dia mungkin terpaksa melompat seperti arnab sepanjang jalan ke Menara Gryffindor. (ms. 224)

Langsung

Harfiah

Ulasan Penterjemahan kata demi kata. Dalam teks asal, bunny hop merupakan sifat yang

menerangkan lompatan yang dilakukan seperti seekorarnab. Dalam teks sasaran, bunny hop telah diterjemahkan kepada melompat seperti arnab. Justeru, penterjemahan dibuat setepat mungkin berdasarkan makna teks sebenar.

Penutup Semantik dapat dilihat dari sudut: Linguistik: Sinonim Antonim Hiponim Polisem Konsep Makna: Makna Rujukan Makna Konotasi Makna Humor Makna Budaya Makna Figuratif

Penutup Secara teori semua perkataan mempunyai kandungan semantik yang minimum, iaitu satu atau dua

komponen semantik asas yang membentuksebahagian daripada setiap maknanya, dan oleh demikian harus dipindahkan dalam sebarang terjemahan.