Hak Asasi Kanak-kanak
-
Upload
alvinadath -
Category
Documents
-
view
16 -
download
2
description
Transcript of Hak Asasi Kanak-kanak
HAK ASASI KANAK-KANAK
Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-
kanak 1989
Pengenalan
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentang Dalam
Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 44 pada 20 Nov.
1989 dan diterimapakai.
Hak Asasi Kanak-Kanak
Hak boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang adil dan saksama yang
boleh dimiliki atau dilakukan oleh seseorang. Hak asasi adalah perkara
dasar atau pokok yang boleh dilakukan atau dikuasai oleh seseorang
kanak-kanak mengikut undang-undang, agama, adat istiadat dan lain-lain.
Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir serta kepentingan hormat
kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Ini adalah kerana
kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan
khasnya daripada keluarga. Kanak-kanak pula ialah seseorang yang
berumur di bawah 18 tahun kecuali di bawah undang-undang negara di
mana kedewasaan dicapai lebih awal.
Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan
pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak?
Hak Setiap Kanak-Kanak
Untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan
damai;
Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang
aktif dan sihat;
Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi
diri;
Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian,
keganasan dan bahaya;
Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
Untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.
Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh
Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20
November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Perkara yang
berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung
dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.
PERKARA 6
1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak
mempunyai hak sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan sebanyak mungkin yang
boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.
Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan Negara
mempunyai obligasi (kewajiban) untuk memastikan kewujudan dan
perkembangan kanak-kanak itu.
PERKARA 18
1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka
untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa
mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan
kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,
penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi
didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-
kanak perlu menjadi perhatian asas.
Tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan anak-
anak dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara
hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam
pembesaran anak.
2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam
Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam
melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah
memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi
jagaan kanak-kanak.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar
untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja
berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan
anak yang mereka layak.
PERKARA 27
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada
taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental,
kerohanian, moral dan sosial kanak-kanak itu.
Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak pada taraf hidup yang mencukupi
bagi perkembangan fizikal, mental, rohani, moral dan pembangunan
sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan
bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan
Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh
dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material
kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.
2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab
bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin,
mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup
yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.
3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut
kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang
sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang
bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan
hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan
program sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan,
pakaian dan perumahan.
4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang
sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk
kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai
tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara
Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai
tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara
yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak
hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau
pembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang
sewajarnya.
PERKARA 28
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak terhadap
pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara
berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka
hendaklah, secara khususnya:
(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara
percuma kepada semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai
bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan
itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah
yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan
menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan
melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan
diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara
tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.
Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara
untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib,
menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah
diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan
tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah
hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara
hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk
melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang
sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan
mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan
menepati Konvensyen ini.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan
kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan
pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada
pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan
akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pe ngajaran
yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan
kepada keperluan negara-negara membangun.
PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak
hendaklah dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-
kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi,
dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu;
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti
kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara
yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal,
dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam
masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan,
toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang,
kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya
penduduk asli;
AKTA 308 dan Akta 550
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi
mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi
penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?
“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang
berumur dari empat hingga enam tahun.
FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
(a) Pendidikan prasekolah
(b) Pendidikan rendah
(c) Pendidikan menengah
(d) Pendidikan lepas menengah
(e) Pendidikan tinggi
Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah
antarabangsa.
FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU
PENGURUSAN TADIKA
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan
jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu
kesalahan.
FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan
menyenggarakan tadika.
FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH
DIGUNAKAN OLEH
SEMUA TADIKA
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua
tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka
akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan
Prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa
kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian,
memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang
ditetapkan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu
tahun atau kedua-duanya.
FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA
Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada
bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika,
tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa
kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib.
FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan
peruntukan bab ini.
Aktiviti 8:
1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap
penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika?
2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali
sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut
dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?
Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.
2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
secara umum