hak asasi 15.7

download hak asasi 15.7

of 27

Transcript of hak asasi 15.7

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    1/27

    1

    PENDAHULUAN

    Hak asasi manusia wujud dalam masyarakat yang mendokong nilai-nilai demokratik

    seperti kebebasan untuk bercakap, kebebasan untuk berekspresi dan kebebasan untuk

    mengutarakan pemikiran. Demi menjamin setiap individu memiliki hak ini tanpa diskriminasi,

    semua orang harus dilayan secara sama rata tidak mengira agama, bangsa dan keturunan.

    Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Malaysia memiliki perspektifnya yang tersendiri

    terhadap kebebasan asasi. Kewujudan pelbagai fahaman politik,agama,etnik dan keturunan

    menyebabkan kebebasan asasi di Malaysia lebih bersifat kebebasan yang dikawal dan terbatas.

    Hal ini adalah untuk menjamin ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

    Hak asasi manusia di Malaysia ini dijamin melalui peruntukan dalam Bahagian Kedua,

    Kebebasan Asasi, Perlembagaan Persekutuan. Terdapat sembilan peruntukan hak asasi manusia

    iaitu Perkara 5. Kebebasan diri, Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang, Perkara 7.

    Perlindungan daripada undang-undang jenayah dan perbicaraan berulang, Perkara 8. Sama rata,

    Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, Perkara 10. Kebebasan bercakap

    berhimpun dan berpersatuan, Perkara 11. Kebebasan beragama, Perkara 12. Hak terhadap

    pendidikan dan Perkara 13. Hak terhadap harta. Kebebasan asasi ini bukan satu konsep

    kebebasan yang mutlak tetapi ia mempunyai batasan-batasan untuk mengelakkan kebebasan

    daripada membawa kepada ketidakstabilan. Pelbagai peruntukan lain membataskan kebebasan

    asasi ini selain kewujudan undang-undang sekatan.

    Tugasan ini bertujuan menyatakan hak asasi menurut barat dan Islam serta perbincangan

    dari sudut peruntukan perlembagaan terutamanya dalam Perkara 10. Diperjelaskan juga

    mengenai hak asasi Islam adalah berlandaskan al Quran dan Hadith. Perbandingan dikemukakan

    bagi mendapatkan perbezaan dan situasi sebenar mengenai hak asasi manusia tersebut. Rumusan

    yang dikemukakan bahawa hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan adalah selari

    dengan ajaran Islam. Ianya bukanlah ilmu yang baru diperkenalkan malahan sudah dinyatakanterlebih dahulu dalam al Quran dan Hadith. Menjadi harapan bagi saya agar tugasan ini akan

    memberikan manfaat pada diri saya khusunya dalam memahahami hak-hak asasi

    manusia,sekaligus dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan menambahkan

    iman terhadap ajaran Islam. Wassalam.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    2/27

    2

    PENGERTIAN HAK ASASI MANUSIA

    Hak berasal daripada kalimah Arab al-Haq. Menurut Kamus al Muhit, Haq adalah nama

    atau sifat Tuhan atau Al-Quran. Ia bermakna kebenaran yang menjadi lawan kebatilan. Ia juga

    bermakna keadilan,Islam,raja atau kerajaan yang wujud dan tetap. Perkataan jamaknya

    (plural) ialah al-Huquq. Dari sudut bahasanya membawa lapan maksud:

    1. Allah s.w.t. sepertimana yang disebutkan dalam firman Allah dalam surah al Mukminunayat 7:

    2. Sifat Allah sebagaimana dalam surah al-Anam ayat 62:

    3. Keadilan sebagaimana dalam surah al-Ghafir ayat 20:

    4. Islam sebagaimana dalam surah al-Baqarah ayat 119:

    5. Kebenaran sebagaimana dalam surah as-Sad ayat 84:

    6. Yakin atau keyakinan yang benar sebagaimana dalam surah Adz-Zariyat ayat 23:

    7. Hikmah atau kebijaksanaan sebagaimana dalam surah Ibrahim ayat 19:

    8. Habuan, peruntukan iaitu sesuatu yang anda berhak mengenainya,sebagaimana dalam

    surah al-Hud ayat 79:

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    3/27

    3

    (Al-Maaarij ayat 24-25):

    Menurut istilah parafuqahapula,Hak bermakna suatu hukum yangthabituntuk

    seseorang. Definisi ini dianggap tidakjami danmani ,justeru semua hak adalah hukum namun

    bukan semua hukum boleh dikira hak.

    Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaili pula hak-hak insan ialah himpunan beberapa hak tabii

    yang dimiliki oleh seseorang yang sangat berkait rapat dengan kewujudan tabiinya; yang

    diperakukan secara alami walaupun belum diiktiraf atau yang dicerobohi oleh mana-mana kuasa.

    Ia merangkumi hak asasi seperti hak untuk hidup, persamaan, kebebasan dalam segala

    bentuknya,hak politik dan sivil, hak bangsa-bangsa untuk menentukan nasibnya,hak mereka

    untuk merdeka,hak untuk mempunyai identiti bangsa,hak berpendapat,hak menyatakan pendapat,

    hak beragama,hak belajar dan mendapat pendidikan,hak ekonomi dan sosial,hak milik khusus,

    hak bekerja dan menjawat jawatan umum, hak mendapat rawatan kesihatan dan sosial,hak

    mendapat jaminan dan perlindungan negara,hak keibubapaan,hak kanak-kanak, hak remaja dan

    belia untuk mendapat asuhan, hak kekeluargaan, hak tempat tinggal dan lain-lain.

    Istilah hak asasi manusia ( human rights ) atau kebebasan asasi ( fundamental liberties )

    umumnya merujuk kepada perkara atau hal yang sama:yakni hak-hak yang dianggap asas dan

    penting dalam perkembangan rohani dan jasmani seseorang manusia. Bagaimanapun oleh

    kerana manusia hidup di bawah tradisi dan kepercayaan yangberbeza maka timbul keperlbagaian

    dari segi jenis atau ruang lingkup apa yang dikatakan hak asasi itu. Sebab itu apa yang dianggap

    asasi di Malaysia mungkin tidak sedemikian di negara-negara lain. Meskipun demikian tidak

    mustahil sekiranya wujud titik pertemuan dari segi perspektif,jenis atau ruang lingkup hak-hak

    yang dikatakan asasi itu. Ini kerana manusia mempunyai titik persamaan dalam beberapa hal

    baik yang bersifat keperluan jasmani mahupun rohani. ( Abdul Aziz Bari,2002 ).

    Berhubung hak juga para sarjana memberikan perlbagai maksud dan pengertian,namun

    rumusannya memberikan pengertian bahawa manusia itu berhak untuk mendapatkan hak dan

    kebebasan dalam beberapa hal dan keadaan dalam kehidupannya. Kamus Dewan memberikan

    pengertian hak sebagai kuasa untuk berbuat sesuatu. Manakala kebebasan sebagai perihal bebas

    atau merdeka iaitu tidak terhalang atau lepas dari kewajipan atau tuntutan. Dalam Bahasa Arab

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    4/27

    4

    hak diungkapkan dengan perkataan haqq yang bermaksud kebenaran. Perkataan haqqa kerana

    dalam konteks menggunakan ayat tertentu ia bererti sesuatu yang tetap atau tuntutan. ( Jaafar

    Salleh,2010 )

    Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ( SUHAKAM ) contohnya menghadapi masalah

    definisi konsep hak asasi manusia. Bagi menyelesaikan kecelaruan konsep hak asasi

    manusia,terdapat 2 sumber bagi menentukan praktik hak asasi manusia iaitu Deklarasi Hak Asasi

    Manusia ( DUHAM ) atau Universal Declaration of Human Rights ( UDHR ) dan perlembagaan

    persekutuan. Namun,SUHAKAM dipersoalkan pula dipersoalkan pula kredibilitinya dalam

    memperjuangkan hak asasi manusia kerana apabila SUHAKAM menjadikan DUHAM sebagai

    rujukan ia dituduh mementingkan hak individu dan bersikap kebaratan.

    Konsep hak asasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu hak semula jadi ( natural rights )

    dan hak sivil ( civil rights ). Hak semula jadi merupakan hak manusia yang ada secara automatik

    sejak mereka lahir. Menurut John Locke,hak semula jadi bagi manusia ialah hak kepada

    hidup,bebas anggota badan dan harta. Hak sivil pula ialah hak yang diperolehi seseoarng

    warganegara bagi sesebuah negara melalui kuatkuasa undang-undang. Contohnya seseoarng

    rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun memiliki hak untuk mengundi apabila mencapai tahap

    umur tersebut.

    HAK-HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

    Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen perundangan utama Malaysia yang

    mana telah didrafkan pada 1995 oleh sesebuah Jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh

    perwakilan British,penasihat-penasihat Majlis Raja-Raja dan ketua-ketua ahli politik. Draf itu

    kemudiannya telah dihalusi oleh Suruhanjaya Reid yang membawa kepada kemerdekaan

    Persekutuan Tanah Melayu. Hak Asasi manusia telah disenaraikan di dalam Bahagian II

    Perlembagaan Malaysia.

    Hak asasi di Malaysia diperuntukkan dalam undang-undang yang tertinggi di negara ini

    iaitu perlembagaan Persekutuan. Hak-hak tersebut yang dikenali sebagai kebebasan fundamental

    (fundamental liberties) dan diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan bermula daripada

    Perkara 5 hingga perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan perundangan negara

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    5/27

    5

    mengiktiraf ketinggian Perlembagaan4,secara teorinya hak-hak asasi yang diperuntukkan oleh

    Perlembagaan sepatutnya dilindungi dan sekaligus berhak dinikmati oleh rakyat negara ini.

    ( Mohamed Hanippa Maidin,2007 )

    Di Malaysia kebebasan hak asasi sebagai hak individu dijelaskan dalam Bab 2

    Perlembagaan Persekutuan meliputi beberapa perkara dan perkara kecil seperti kebebasan

    diri,kebebasan bersuara,kebebasan berhimpun,kebebasan beragama dan kebebasan memiliki

    harta. Dalam perkara 10 pula,Perlembagaan menyatakan hak kebebasan bersuara,mengemukakan

    idea dan pendapat kepada setiap warga negara tanpa halangan serta paksaan daripada mana-mana

    pihak.( Jaafar Salleh,2010).

    Menurut Abdul Aziz Bari ( 2002 ) menyatakan hak-hak asasi di Malaysia terkandung di

    dalam Sembilan peruntukkan di bawah Bahagian 2 Perlembagaan persekutuan di bawah tajuk

    Kebebasan Asasi. Ia bermula dengan perkara 5 yang mengkanunkan apa yang dipangil

    kebebasan diri dan berakhir dengan perkara 13 yang melindungi hak terhadap harta. Satu aliran

    yang jelas dalam tiap-tiap peruntukkan di bawah Bahagian 2 itu ialah betapa hak-hak tersebut

    tidak bersifat mutlak. Semua peruntukan-peruntukan itu tertakluk kepada sekatan yang

    dikenakan melalui undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Apa yang menjadi masalah

    adalah tafisran kepada ungkapan undang-undang itu sendiri. Kesan negatif pendekatan ini

    ialah betapa perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara pada hakikatnya ianya tidak

    menjadi rujukan asas kepada hak-hak yang dikatakan sebagai kebebasan asasi itu. Sebaliknya

    hak asasi itu pada praktiknya merujuk kepada kehendak parlimen serta tafsiran mahkamah.

    Kearah menghalang salah faham dan menyelaraskan tafsiran hak asasi agar selari dengan

    perlembagaan dan akta-akta parlimen yang digubal dari masa ke semasa,pihak kerajaan telah

    menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM ) pada 1999 dan

    diwartakan pada 9 September 1999.

    Hak asasi manusia difahami umum sebagai prinsip-prinsip asas dalam kehidupan politiksesebuah masyarakat seperti hak bebas mengeluarkan pendapat,menganuti sesuatu

    agama,bergerak dan lain-lain. Di bawah Seksyen 2, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

    Malaysia 1999 (Akta 597), pengertian hak asasi manusia merujuk kepada kebebasan asasi yang

    termaktub dalam Bahagian II, Perlembagaan Malaysia.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    6/27

    6

    Seksyen 4(4) Akta 597 juga memperuntukkan bahawa rujukan harus dibuat kepada

    Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 setakat yang tidak berlawanan dengan

    Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna hak asasi manusia yang tidak disebut dalam Bahagian

    II tetapi dimaktubkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1948 harus dirujuk setakat tidak

    berlawan dengan Perlembagaan Persekutuan. Secara adatnya, Perisytiharan Hak Asasi Manusia

    Sejagat 1948 dianggap sebagai undang-undang antarabangsa yang mengikat. Dengan terteranya

    Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, konsep hak asasi manusia di Malaysia

    telah diperluaskan sejajar dengan perkembangan sejagat.

    Walaupun terdapat 28 perkara di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948

    yang menjamin hak asasi individu,terdapat satu klausa khas iaitu Perkara 29 yang menyebut

    bahawa setiap orang tertakluk hanya kepada batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang

    semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap

    hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi

    akhlak,ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik.

    Menurut pandangan seorang ahli akademik,perkara 10 sebenarnya bukannya memberi

    hak tersebut tetapi mengambil hak tersebut. Hak-hak tersebut di atas sebenarnya tertakluk

    perkara 10 ( 2 ) dimana parlimen diberi kuasa untuk mengawal hak tersebut dan ia boleh

    dikurangkan melalui Akta-akta Parlimen berasaskan lapan alasan. Alasan-alasan tersebut ialah

    kepentingan awam,keistimewaan Parlimen dan Dewan Negeri,penghinaan terhadap

    mahkamah,akhlak,fitnah atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan serta

    mempersoalkan kedudukan yang dilindungi bawah Bahagian 3,perkara 152,153 dan 181.

    Kelapan-lapan alasan tersebut boleh dikategorikan secara umumnya dibawah hak ramai. Dengan

    itu,perkara 10 walaupun memberikan hak kepda individu tetapi tertakluk kepada lapan hak

    ramai.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    7/27

    7

    HAK-HAK ASASI DALAM PERUNTUKAN PERKARA 10 MENURUT

    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

    Sebagaimana dijelaskan terdahulu,hak asasi manusia menurut perlembagaan Malaysia

    mempunyai banyak perkara,yang ingin sentuh disini adalah berkenaan dengan perkara 10 adalah:

    1. Hak untuk bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan di bawah perkara 10

    Perlembagaan persekutuan

    Kebebasan setiap warganegara untuk bercakap atas tujuan mengembangkan

    fikiran,berhimpun secara aman dengan syarat tidak bersenjata dan menubuhkan persatuan.

    Kebebasan ini juga tertakluk kepada fasal-fasal seterusnya seperti perkara-perkara yang

    menjejaskan ketenteraman awam,perkara-perkara fitnah dan sensitiviti kaum.

    Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

    ( UDHR ) perlulah dihormati. Artikel ini menyatakan setiap orang mempunyai hak kepada

    kebebasan berpendapat dan bersuara termasuk kebebasan memberi pendapat tanpa sekatan dan

    untuk memperoleh,menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui media tanpa

    sempadan. Mohd Azizuddin Mohd Sani ( 2000 ) menyatakan kebebasan mengeluarkan pendapat

    atau 'freedom of expression'sentiasa menjadi perdebatan penting apabila dibangkitkan persoalan

    berhubung tuntutan kebebasan yang diperlukan bagi kesejahteraan manusia. Dalam sesebuah

    negara yang mengamalkan pemerintahan sistem demokrasi, kebebasan mengeluarkan pendapat

    adalah salah satu hakasas dalam sistem. Sistem ini menjamin hak rakyat menyatakan pendapat

    dan bersuara dalam pembentukan undang dan dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan ke atas

    mereka.

    Hak kebebasan mengeluarkan pendapat diberikan jaminan bukan sahaja oleh

    perlembagaan,malah rakyat boleh sama-sama melibatkan diri dalam proses pembentukan

    undang-undang dan dasar negara oleh kerajaan. Konsep kebebasan mengeluarkan pendapatadalah berasaskan kepada perkataan bebas atau kebebasan itu sendiri. Idea kebebasan

    mengeluarkan pendapat mengeluarkan pendapat sebenarnya ialah salah satu konsep dasar dalam

    pemikiran liberalism berkaitan dengan prinsip utamanya tentang kebebasan individu. ( Mohd

    Azizuddin,2000 ).

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    8/27

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    9/27

    9

    HAK ASASI MANUSIA MENURUT ISLAM

    Menurut Jaafar Sallleh ( 2010 ) menyatakan dalam Islam hak asasi manusia telah lama

    diisytiharkan dan terkanun dalam al Quran dan al Hadis. Nabi Muhammad mengumumkan

    piagam hak-hak asasi manusia yang pertama kali ketika beliau menyampaikan pidato pada bulan

    suci tahun ke 10 Hijrah ( 632 M ) yakni ketika Haji Wada. Manakala Hak Asasi Manusia turut

    disentuh dalam Piagam Madinah yang dilaksanakan pada tahun 622 M ( Tahun 1 Hijrah )

    dimana dokumen Rasulullah antara Muhajirin,Ansar dan orang-orang yahudi itu mempunyai

    beberapa fasal yang memberikan hak-hak tertentu terhadap suku-suka berkenaan yang ada di

    dalam pemerintahan Islam di Madinah.

    Menurut Prof Dr Yusuf al Qaradhawy ( 2010 ) menyatakan perhatian islam terhadap hak

    asasi manusia merupakan satu perkara penting. Islam dengan tegasnya mengatakan bahawa

    Allah SWT memuliakan manusia. Firman Allah dalam surah al Isra ayat 70 yang bermaksud:

    Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Islam juga memberikan hak-hak

    asasi manusia yang sebahagiannya dijadikannya sebagai kewajipan atau kemestian. Manusia

    boleh melepaskan haknya,berbeza dengan kewajipan yang mengikat mesti dilakukan;manusia

    tidak dapat melepaskannya begitu sahaja. Islam mengenal pasti perlbagai hak yang mesti

    dipenuhi,membezakan antara suatu hak dengan hak lainnya. Hak asasi manusia menurut Islam

    merangkumi hukum yang berkenaan dengan hak-hak peribadi yang bersifat

    peribadi,pemikiran,politik,undang-undang,sosial dan ekonomi.

    Islam turut memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat umum secara

    setara. Hak asasi manusia dalam Islam merangkumi kemaslahatan lelaki dan

    perempuan,merangkumi kepentingan muslim mahupun bukan muslim,warga negara ataupun

    warganegara asing kerana konsep kebaikan menurut Islam merangkumi seluruh manusia dan

    seluruh dunia umumnya. Hak asasi manusia menurut Islam juga menjamin hak setiap orang

    samada secara individu,kumpulan ataupun negara kerana perintah amar makruf dan nahimungkardiwajibkan bagi semuanya. Salah satu bukti nyata keunggulan hukum Allah di atas

    hukum positif dalam hak asasi manusia dan kebebasan umum adalah bahawasanya hak asasi

    manusia dalam konsep Islam dilandaskan ke atas kriteria keimanan. Ini adalah asas yang

    fundamental dan asas pertama,yakni akidah tauhid yang berupa kalimah La ilahaillallah.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    10/27

    10

    Penentuan hak-hak asasi manusia apa terdapat di tangan Tuhan yang menciptakan

    manusia akan mewajibkan pelaksanaan dan merealisasikan sesatau hak menjadi kewajipan bagi

    kedua-kedua belah pihak. Islam turut memberikan legtimmasi bagi perlaksanaan jihad untuk

    membela hak asasi manusia, makahak asasi manusia menurut Islam secara umumnya

    mempunyaikeistimewaan kerana mempertimbangkan adanya keseimbangan antara hak dan

    kewajipan. Memuliakan manusia ini adalah asas kedua kerana dimuliakan lantaran Allah

    mengangkatnya menjadi khlaifah,menciptakan manusia dalam rupa yang paling baik,melebihkan

    manusia denagn unsur rohani yang dengan unsur ini manusia menjadi berbeza dengan makhluk

    lain. ( Jaafar Salleh,2010 ).

    Menurut Abdul Monir Yaacob ( 2000 ) menyatakan dalam al Quran dan as Sunnah

    terdapat perkara perkara yang menyentuh hak-hak manusia. Ini lebih jelas apabila meneliti

    kandungan Sahifah Madinah. Jaminan ke atas hak-hak rakyat adalah bertujuan supaya keadilan

    dan kesaksamaan dapat dicapai dan dinimati oleh rakyat. Jaminan kepada hak-hak rakyat atau

    individu adalah menjadi Maqasid Syariah. Ini bagi membolehkan manusia mencapai

    kemaslahatan dan menghindari kemudharatan. Prinsip ini dinyatakan sebagai jalbul masalih wa

    darul mafasid. Prinsip inilah yang mendasari maqasid iaitu maksud atau tujuan syariat Islam.

    Dengan itu aturan hukum hukum yang Allah tentukan hanyalah demi kesejahteraan dan

    kemaslahatan manusia itu sendiri. Sehubungan dengan ini, Imam al Shatiby membahagikan

    objektif atau maqasid itu sendiri kepada dua iaitu objektif Tuhan ( al Shari ) dan objektif

    manusia ( al-mukallaf ).

    OBJEKTIF TUHAN DAN OBJEKTIF MANUSIA

    Menurut al Shatibyy ada tiga objektif yang ditentukan oleh Tuhan ( al Shari ) s upaya

    dicapai melalui pensyariatan dan penentuan hukum dalam syariat Islam( takalif al Shariah ).

    Objektif objektif tersebuat ialah kepentingan asas ( al daruriyyat ), kepentingan biasa ( al hajat )

    dan kepentingan mewah ( al Tahsinat ).

    Kata beliau lagi yang dimaksudkan dengan al daruriyyat ialah hal-hal yang menentukan

    survival manusia itu sendiri. Al Hajiyyat pula lebih bersifat kemudahan hidup, sementara al

    Tahsinat lebih bersifat hal-hal kemewahan dan tambahan. Beliau selanjutnya menerangkan

    maqasid daruriyyat atau objektif kepentingan asas itu ada lima iaitu menjaga agama (Hifz al

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    11/27

    11

    Din), menjaga nyawa ( Hifz al nafs ), menjaga keturunan ( Hifz al nasl ),menjaga harta ( Hifz al

    mal ) dan menjaga akal ( Hifz al aql ). Dalam Syariat Islam, kata beliau ada dua cara

    kepentingan-kepentingan ini dijaga iaitu dengan mengadakan unsur-unsur yang boleh menjamin

    kewujudannya dan menghapuskan unsur-unsur yang boleh mengganggu kedudukannya,

    Lima kepentingan asas ini merupakan tonggak kepada semua kepentingan lain.

    Berasaskan kedudukan ini, kepentingan biasa ( al Hajiiyat ) perlu mendokong kepentingan asas

    ( al Daruriyyah ) ini,sementara kepentingan mewah ( al Tahsinat ) pula mendokong kepentingan

    biasa ( al Hajiyyat ). Tingkatan dalam kedudukan ini membangkitkan prinsip yang sangat

    penting iaitu prinsip keutamaan dalam menjaga kepentingan-kepentingan berkenaan. Berasaskan

    prinsip ini,kepentingan bawahan tidak boleh menggangu atau bertentangan dengan kepentingan

    atasan.

    Adalah menjadi prinsip yang jelas dalam syariat Islam bahawa objektif daripada

    perbuatan seseorang mukallaf itu perlu menepati objektif syariat sendiri. Maka oleh kerana

    syariat Islam itu mempunyai tiga kategori objektif, maka objektif perbuatan mukalaaf juga perlu

    tertakluk kepada tiga kategori ini, iaitu kepentingan asas ( al daruriyyat ), keperluan biasa ( al

    hajiyyat ) dan keperluan mewah ( al tahsinat ). Oleh yang demikian sesiapa sahaja melakukan

    sesuatu berasaskan objektif yang berbeza daripada objektif syariat islam dalam perbuatan

    berkenaan, maka dia dianggap sebagai menyanggahi syariat Islam dan perbuatannya itu batal.

    ( Prof.Madya Datin Dr Paizah Haji Ismail, ( 2003 ). Huraian secara terperinci pembahagian

    Maqasid ini secara dasarnya adalah:

    1. DARURIYYAT

    Ulamak membahagikan maqasid kepada tiga bahagian iaitu al daruriyyat,al hajiyyat dan al

    tahsiniyyat. Pembahagian ini digunakan oleh ulamak seperti Imam al Haramayn,al Ghazali,al

    Izz al Din Abd Salam dan ramai lagi terutamanya Abu Ishaq al Shatibi. Terdapat pengertian

    mengenai maqasid Syariah di antaranya

    1. Perkara yang diperlukan atau dihajati hingga ke peringkat darurah2. Perkara maslahahnya pada tahap darurah3. Perkara yang tidak boleh tidak dalam menegakkan maslahah agama dan keduniaanandainya apabila luput nescaya tidak menuju maslahat di dunia bahkan berlaku fasal gangguan

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    12/27

    12

    dan hakisan dalam kehidupan dan begitu juga luput kejayaan dan kenikmatan dan kembali

    dengan kerugian yang nyata

    Kedudukan darurah adalah lebih khusus dari maslahah umum. Ia ( darurah ) adalah maslahah

    yang mana keperluannya sampai kepada peringkat yang sangat genting dan mendesak sehingga

    berada dalam keadaan merbahaya dan mengancam termasuk agama,nyawa,hartadan

    kehormatannya. Tanpanya nescaya cacatlah hidup di dunia dan hilanglah kenikmatan dan

    menggantikan azab yang pedih di akhirat kelak. Maqasid itu berlaku dalam bidang

    ibadat,muamalat dan adat. Sebagai contoh,wajib qisas adalah untuk memelihara nyawa atau

    darah. Memelihara nyawa dan akad adalah termasuk dalam perkara adat,memelihara agama

    dalam perkara ibadat dan memelihara keturunan dan harta dalam perkara muamalat.

    Daruriyyat yang termasuk dalam kategori memelihara agama adalah mengucapkan kalimah

    syahadah,sembahyang,zakat,puasa,haji dan seumpamanya yang menyentuh usuluddin iaitu jika

    tiada nescaya hilang sebahagian dari agama. Menjaga nyawa dan akal adalah dalam perkara adat

    iaitu tergolong dalam makanan,minuman,tempat tinggal dan pakaian adalah keperluan asas.

    Menjaga keturunan disempurnakan dengan adanya perkahwinan dan menjaga kehormatan.

    Menjaga harta terlaksana dengan keharusan tukar ganti dan mengambil manfaat. Perkahwinan

    dan jual beli adalah dalam bab muamalat.

    Terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulamak tentang memelihara al-Ird atau kemuliaan diri.

    Sebahagian dari ulamak usul seperti al Subki meletakan ird ( pangkat ) maksud yang keenam

    dalam kategori daruriyyat. Menurut pendapat Ibn Ashur memelihara kemuliaan diri termasuk

    dalam kategori hajiyyat sependapat Imam al Ghazali dan Ibn Hajib tidak memasukkannya dalam

    kategori daruriyyat. ( Dr Abdul Basit, 2009 ).

    Dalam perlaksananaannya apabila al daruriyyat al kamsah bertembung seperti menjaga nyawa

    dan harta dalam keadaan demikian perlulah mendahulukan maslahah yang lebih utama.Bagaimanapun ulamak berselisih pendapat dalam memberikan keutamaan kepada memelihat

    agama apabila bertembung dengan kepentingan atau maslahat yang lain.

    i) Kepentingan agama diutamakan dari kepentingan lain seperti diutamakan maslahah

    agama dari nyawa. Ini adalah pendapat jumhur.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    13/27

    13

    ii) Kepentingan nyawa,akal,keturunan dan harta diutamakan dari agama. Menurut pendapat

    ini maslahah agama dikemudiaankan dan diutamakan maslahah manusia kerana:

    a) Hak Allah diasaskan kepada musamahah dan musalahah sedangkan hak manusia asasnya

    tidak dipertikaikan dan sempit.

    b) Tidak mendatangkan mudarat kepada Allah oleh sebab hilang haknya sedangkan manusia

    akan mendapat mudarat apabila haknya hilang. Oleh demikian memelihara hak yang boleh

    memudaratkan tuannya diutamakan dari memelihara hak yang tidak memudaratkan tuannya.

    ( Dato Dr Abdul Monir, 2000 )

    Secara umumnya pula dinyatakan Imam al Mahalli dalam Syarhu JamI Jawami pula,

    Dharuriyyat ialah sesuatu yang diperlukan sehingga sampai ke tahap terdesak,terpaksa dan tidak

    dapat dielakkan. Maksudnya perkara yang tidak dapat dielakkan demi menegakkan kepentingan

    agama dan dunia sehingga jika perkara itu tidak ada,maka kemaslahatan dunia akan rosak dan

    kerugian di akhirat akan terjadi. Al Imam Asy Syatibi menerangkan maqasid dhururiyyah ialah

    maqasid yang asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan diakhirat. Ia dianggap

    dhururiyyah kerana kaitannya secara langsung dengan nizam atau peraturan hidup di mana nizam

    itu wujud di alam nyata dan berjalan sebagaimana yang sepatutnya apabila wujudnya

    dhururiyyah. Apabila dhururiyyah tidak wujud maka rosaklah nizam hidup dan membawa

    kehancuran sama peringkat individu ataupun peringkat ummah,yakni negara dan pentadbiran.

    Huraian al Dharuriyyat ada lima perkara iaitu hak asasi manusia iaitu:

    i. Agama

    Bagi memelihara dharuriyyah pertama ini, Islam mengharamkan semua perkara yang

    boleh mengancam agama seperti kufur,syirik,nifak riddah ( kemurtadan ) dan sebagainya.

    Ekoran itu Islam mengenakan hukuman yang tegas atas jenayah keagamaan. Orang yang murtad

    dikenakan hukuman bunuh seperti mana yang disebutkan dalam hadis sahih yang diriwayatkan

    oleh Ahmad al Bukhari,Abu Dawud,at Tarmizi,an Nasai dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas

    bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: sesiapa yang menukarkan agamanya ( iaitu

    keluar daripada Islam kepada kufur ),maka hendaklah kamu membunuhnya.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    14/27

    14

    Lantaran hendak menjaga agama,dapat dilihat Sayyidina Abu bakar ash Shiddiq telah

    memimpin para sahabat melancarkan Perang Kemurtadan pada zaman pemerintahan beliau bagi

    memerangi golongan murtad yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Nabi SAW.

    Sayyidina Ali turut pernah membakar sekumpulan golongan pelampau Syiah yang

    bertuhankan kepada Sayyidina Ali dimana permulaanya beliau menyuruh mereka bertaubat dan

    kembali ke pangkal jalan,namun mereka enggan kemudian beliau memancung kepala meraka

    dan menggali parit kemudian menyalakan api di dalamnya lalu mereka dicampakkan ke

    dalamnya. ( Wan Mohd Nasir,2011 )

    Contohnya dalam konteks memelihara agama juga diwajibkan mengucapkan dua kalimah

    syahadah,sembahyang,zakat,puasa,haji,menyeru kepada Islam ,menyuruh kepada kebaikan dan

    sebagainya. Begitu juga dengan dengan perintah jihad untuk menjaga agama.

    ii. Jiwa atau Nyawa

    Bagi merealisasikan pemeliharaan dharuriyyah kedua ini, Islam mengharamkan apa jua

    perbuatan yang boleh mengancam diri,jiwa atau nyawa seseorang,sama ada diri sendiri atau

    orang lain. Lantaran itu,apa jua tindakan yang boleh membahayakan diri,jiwa atau nyawa

    seseorang adalah haram dan dikenakan hukuman setimpal. ( Wan Mohd Nasir,2011 ). Ini dilihat

    dalam hukuman qisas.

    Menurut Statistik PDRM menunjukkan bahawa ada 152 kes bunuh yang berlaku pada

    suku pertama 2006. Secara purata pada setiap 14 jam 13 minit berlaku satu kes pembunuhan.

    Jadi tiada hairan setiap hari terdapat kes pembunuhan di media massa. Di dalam Islam, menjaga

    nyawa manusia tanpa hak amat dilarang kewujudan hukuman yang keras disediakan bagi

    pelakunya.

    iii. Akal

    Islam memelihara dan menjaga dharuriyyah ketiga ini, Islam mengharamkan apa jua

    tindakan yang boleh mengancam akal seseorang,samaada pada diri sendiri ataupun orang lain

    seperti meminum dan menjual arak,dadah,gam,pil khayal dan sebagainya. Dalil asas bagi

    pengharaman arak dan sebagainya ialah Al Quran dan Sunnah sehinggalah diijmakkan oleh para

    ulamak Islam. Sesiapa yang didapati meminum arak akan dikenakan hukuman hudud iaitu

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    15/27

    15

    sebatan sebanyak 40 kali sebatan. ( Wan Mohd Nasir,2011 ). Bagi Islam kemuliaan akal

    seseoarang adalah bertolak daripada unsur keimanan. Apabila akal manusia mampu memilih

    kefahaman sendiri,maka ia memilih iman sebagai pegangan, disitulah letaknya kemuliaan akal.

    Islam menyediakan peraturan peraturan dalam usaha menjaga akal antaranya:

    a: Mengharamkan segala perkara yang merosakkkan akhlak dan melemahkan daya fikiran seperti

    arak dan semua benda yang memabukkan.

    b: Menjaga akal daripada segi fizikal dan spiritual dimana daripada segi fizikal perhatian diberi

    kepada pemkanan yang baik dan sesuai dengan pembinaan akal. Daripada segi spiritual pula

    perhatian diberi kepada makanan rohani yang berbentuk keilmuan dah thafaqah terutama Al

    Quran dan Hadis. ( Mohd Liki Hamid, 2006 ).

    Dalam konteks memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah,Jabatan Siasatan

    Jenayah Narkotik telah menangkap 43,093 orang dibawah Akta Dadah merbahaya 1952 kerana

    mengedar dadah,memilik dan menggunakan dadadh berbanding 33,187 orang pada tahun 2004

    atau penikgkatan sebanyak 29.8%. Seramai 1,894 pengedar telah ditangkap dibawah seksyen

    39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang membawa kepada mati mandatori berbanding 1823

    orang yang ditangkap pada tahun 2004 iaitu sebanyak 3.9%. Nilai rampasan dadah tradisional

    pada tahun 2005 melebihi RM8.8 juta manakala dadah sintetik melebihi RM43.7 juta. Maka

    memastikan manusia sentiasa dapat menjaga akalnya untuk beribadah kepada Allah,maka

    jelaslah Islam turut mengharamkan penggunaan bahan yangh bersifat menutupi akal seprti

    ganja,heroin dan seumpamanya. Penyalahgunaan dan pengedaran dadah akan dikenakan

    hukuman tazir yang berat dalam Islam.

    iv. Keturunan dan maruah

    Dharuriyyat keempat ialah keturunan. Ia merangkumi maruah. Namun ada juga ulama

    mengira maruah sebagai dharuriyyah yang berasingan sehingalah jumlah dharuriyyah menjadienam semuanya, Ini sebenarnya bukan masalah besar kerana semua ulamak tetap mengakui

    bahawa maruah adalah salah satu dharuriyyah samada secara bersendirian ataupun tidak.

    Dalam menjaga keturunan,Islam mengharam apa jua perkara yang boleh memudharatkan

    keturunan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung seperti zina,liwat,mendedahkan

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    16/27

    16

    aurat dan sebagainya. Cuma antara perkara disebutkan ini sedikit sebanyak perbezaan dari sudut

    besar atau kecil dosanya dan jenis hukuman yang ditetapkan syarak atas setiap kesalahan

    tersebut.

    Sebagai contoh zina diharamkan oleh semua agama di atas muka bumi ini. Bahkan Islam

    dengan tegas dan jelas sekali telah mengharamkan zina dan hukumannya adalah yang paling

    keras iatu direjam sampai mati bagi muhsan dan disebat 100 kali sebatan dan dibuang daerah

    selama setahun ke tempat yang jaraknya jarak musafir atau lebih.

    Dalam memelihara maruah pula,Islam telah mengharamkan perbuatan yang

    mencalar,menjejas atau menjatuhkan maruah diri sendiri ataupun orang lain. Oleh sebab

    itu,sikap mencaci,menuduh orang berzina tanpa bukti dan seumpamanya diharamkan dalam

    Islam. Secara khususnya pelaku jenayah qazaf ( menuduh orang berzina tanpa bukti yang sah

    pada syarak ) dikenakan hukuman hudud iaitu disebat 80 kali sebatan. ( Wan Mohd Nasir,2011 ).

    Bagi menjaga kemuliaan dan kesucian keturunan, Islam menyediakan peraturan peraturan

    yang menjamin lahirnya keturunan mengikut displin syarak iaitu melalui perkahwinan yang sah.

    Demi menjamin kekuatan sesebuah keluarga, Islam mengajar umatnya beberapa kaedah memilih

    pasangan seperti mengambil berat unsur agama,keturunan ,harta dan paras rupa. Selain itu Islam

    mengadakan peraturan bagi menyekat sebarang pencerobohan keatas kesucian keturunan,maka

    diharamkan zina,qazaf,mukadimmah zina iaitu melihat perkara haram dan seumpamanya.( Mohd

    Liki Hamid, 2006 ).

    Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Azmi Khalid,Jabatan Pendaftaran

    Negara mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun dari 1999 hingga 2003.

    Anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan iaiatu 30,978 orang. Jika data ini diproses

    secara purata tanpa mengira perubahan peratus tahunan, ia menunjukan secara purata bahawa

    setiap hari,sejumlah 39 kes pendaftaran anak luar nikah yang dicatatkan ( tanpa mengira agama )

    dan 17 kes adalah dari kalangan umat islam. Ini bermakna setiap 37 minit akan berlaku kes

    penzinaan dan dalam masa 1 jam 25 minit seorang bayi yang tidak berdosa ( tidak sah nasab )

    dilahirkan hasil penzinaan pasangan muslim. Kesan ini menunjukkan betapa pentingnya

    penguatkuasaan undang-undang Islam bagi memelihara keturunan dan nasab.

    v. Harta

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    17/27

    17

    Antara lima dharuriyyat yang dipelihara oleh Islam adalah harta. Lantaran itu,Islam telah

    mengharamkan apa jua perbuatan yang boleh mendatangkan kemudharatan,memusnahkan atau

    mensia-siakan harta seperti merompak,mencuri,membazir dan seumpamanya. Berhubung

    dengan hukuman jenayah merompak dan mencuri adalah melibatkan pemotongan tangan.

    Statistik membuktikan fenomena ini yang mana di dalam tiga bulan tahun 2009, PDRM

    mencatatkan 36,960 kes jenayah harta dan ini merupakan kadar tertinggi iaitu 65.9% dari

    keseluruhan Indeks Jenayah. Pencerobohan terhadap harta milik orang lain berlaku secara purata

    setiap 3 minit 30 saat. Tidak menjadi kehairanan bagaimana kepentingan harta menjadi

    keutamaan dalam Islam.

    Islam meletakkan kedudukan harta pada kedudukan kelima kerana dengan adanya harta

    manusia dapat melaksanakan kehidupan yang baik dan harta adalah tunggak pada tubuh badan

    dan kesihatan manusia. Islam menentukan manusia dapat memiliki harta benda mengikut displin

    yang betul dengan mensyariatkan kontrak jual beli,sewaan,hibbah pusaka dan lain-lain. Islam

    juga mengharamkan pemilikan yang tidak sah seperti mencuri,menipu,rasuah,riba,merosakkan

    harta benda dan pembaziran. Sehubungan dengan ini,maka jelaslah islam amat menitik berat hak

    asasi manusia berdasarkan kepada lima komponen asas tersebut. Hak-hak asasi tersebut dapat

    dipertimbangkan mengikut keutamaan apabila berlaku pertembungan diantara mereka.

    PROSES PEMBINAAN DASAR HAK ASASI MANUSIA MENURUT ISLAM

    Dasar-dasar hak asasi manusia dalam Islam berkembang melalui empat proses utama:

    1. Penjelasan maqasid al Quran dalam menegakkan prinsip-prinsip

    kebenaran,keadilan,kesaksamaan dan seruan kepada maaruf dan pencegahan terhadap mungkar.

    Proses ini dilaksanakan oleh Rasulullah selama 13 tahun di Makkah.

    2. Pementeraian perjanjian dan permuafakatan bagi melindungi hak-hak bersama dalam

    kehidupan kolektif di bawah satu sistem pemeritahan bernegara. Perjanjian dan permuafakatanini dimuatkan dalam apa yang dikenali sebagai Shahifah al Madinah. Sahifah yang merupakan

    piagam hak asasi manusia pertama di dunia ini dimerterai sebaik sahaja Rasulullah berhijrah ke

    Madinah

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    18/27

    18

    3. Penghuraian Maqasid Syariah dalam pembinaan sistem bermasyarakat bernegara yang

    wujud di dalamnya kedaualatan dan keluhuran undang-undang. Tahap ini meallui proses 10

    tahun di Madinah. Maqasid Syariah yang bersumberkan daripada al Quran dan as Sunnah ini

    juga merupakan satu kerangka prisnip-prisnip hak asasi manusia pertama di dunia.

    4. Pengsitiharan hak-hak,amanat dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Rasulullah

    semasa haji terakhir baginda. Pengistiharan yang dikenali sebagai Khutbah al Wida ini juga

    merupakan peristiharan hak asasi sejagat pertama di dunia.

    PERBEZAAN DI ANTARA HAK ASASI BARAT DAN ISLAM

    1. Perbezaan Matlamat

    Asas asas hak asasi manusia tajaan Barat bersumberkan pemikiran ahli-ahli falsafah dan

    pemikir. Bermatlamat kepada usaha untuk membebaskan manusia daripada sebarang kekangan

    dan ikatan. Matlamat ini dikhususkan kepada penolakan agama dan peranan Tuhan dalam

    mengatur kehidupan sosial dan bernegara. Pandangan meraka juga adalah berpaksikan kepada

    individu. Ini berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh pengasas-pengasas hak asasi manusia

    dalam Islam. Teras perjuangan mereka adalah untuk menempatkan hak-hak Allah dalam

    kehidupan social bermasyarakat dan bernegara seperti digariskan oleh al Quran dan as Sunnah.

    Dalam Islam,penyempurnaan hak-hak Allah akan menjamin kesejahteraan hak-hak seluruh

    manusia dan setiap makhluk ciptaan-Nya. Dasar hak asasi manusia dalam Islam bertunjangkan

    kepada penegakkan hak-hak kolektif melalui penyempurnaan tanggungjawab individu. Motif

    individu dalam menjalankan tanggungjawab pula adalah didorong oleh perasaan taat,pasrah dan

    cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. (Saari Sungip,2007 )

    2. Kedudukan manusia

    Islam beranggapan bahawa manusia mendapat penghormatan daripada Allah kerana

    tugas kekhalifahan. Manakala kekhalifahan ini berhubung erat dengan ketaatan

    (ubudiyyah) kepada Tuhan. Ini bermakna ada masa dan tempoh tertentu di mana manusia akan

    terjejas daripada mendapat penghormatan itu; apabila manusia bertindak bodoh, menderhakai,

    kufur dan menjauhi tuntutan ubudiyyah tersebut. Atau apabila ia menjauhi kebenaran yang

    menjadi nilai tambah yang penting untuk pengisian maksud kemanusiaannya. Hal ini tidak

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    19/27

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    20/27

    20

    mempertahankan hak tersebut dan menyerlahkannya di samping mekanisme untuk

    menguatkuasakannya.

    Senario ini berbeza dengan apa yang terserlah dalam pemikiran hak di negara kapitalis

    Barat yang mengikat sumber hak dan perundangannya kepada prinsip kebebasan. Mereka

    membiarkan golongan yang berkuasa dan berharta atau berpengaruh mengaut hak berlandaskan

    kepentingan mereka. Selepas itu baru mereka sibuk mahu menyekatnya dengan beberapa garisan

    khayali apabila terpaksa. Umpamanya dengan menegaskan bahawa hak dan kebebasan peribadi

    seseorang berakhir apabila bermula tapal batas hak orang. Kadang-kadang dengan penegasan

    bahawa kerajaan tidak akan masuk campur kecuali apabila berlaku pencerobohan terhadap hak

    kebebasan tersebut.

    Pemikiran Barat terhadap hak menjadikan tanggungjawab kerajaan yang utama adalah

    melindungi kebebasan bukannya urusan kesejahteraan mereka. Ini menyebabkan teori tentang

    hak terbatas dalam kandang teori semata-mata tanpa realisasi dalam alam nyata. Ini kerana

    persetujuan tentang maslahah atau kepentingan memang sukar kerana pengaruh kepentingan diri

    dan sifat egoistic yang ada dalam diri masing-masing. Keadaan ini akhirnya keutamaan

    kepentingan individu mengatasi kepentingan politik. Bertolak daripada pengertian ini lahir pula

    apa yang disebut sebagai kebebasan ekonomi yang menjadi teras kepada dasar atau sistem

    ekonomi liberal tanpa mempedulikan aspek moral atau fizikal dan yang berkaitan dengannya.

    4. Sifat perkauman atau chauvinistic

    Hak manusia menurut persepsi Islam adalah hak syumuliyyah; merangkumi semua

    manusia tanpa mengira bangsa. Apabila manusia dengan sengaja memilih untuk berpegang

    kepada agama atau ideologi tertentu dan rela melaksanakan tuntutannya, dengan itu ia telah

    menetapkan apakah jenis hak dan kewajipan yang akan dilaksanakannya dalam masyarakat

    Islam tersebut.

    Berbanding dengan hak dalam pemikiran Barat, ia dihubungkaitkan dengan kebebasan

    individu dan dengan keupayaan individu untuk meraihnya secara realiti. Hak yang mereka

    laungkan dalam lingkungan demokrasi liberal lebih merupakan hak manusia Barat serta hak

    orang yang memiliki kekayaan dan kekuatan kebendaan atau kuasa ketenteraan. Ia bukan hak

    yang bersifat sejagat untuk manusia amnya, walaupun mereka menafikannya bersikap

    sedemikian.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    21/27

    21

    Sebab itu hak manusia dari perspektif Islam berbeza dengan hak dari perspektif Barat.

    Dalam konteks Islam, hak ini tidak dihubungkaitkan dengan konsep hak tabii. Sebab pegangan

    seperti ini akan berakhir dengan bertukarnya hak itu menjadi hak chauvinistic sesuatu kaum.

    Oleh itu, hak manusia dari perspektif Islam adalah haksyumuliyyah yang merangkumi semua

    manusia. Ia bukan hak yang hanya memihak kepada golongan tertentu sepertimana hak tabii

    dalam perundangan Barat. ( Abdul Ghani Shamsuddin,2007 )

    HUBUNGAN JAMINAN HAK ASASI MANUSIA OLEH PERLEMBAGAAN

    PERSEKUTUAN DENGAN AJARAN ISLAM.

    Hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan adalah selari dengan

    ajaran Islam,malahan skop jaminan hak asasi manusia dalam Islam adalah lebih luas dari apa

    yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,khususnya dalam perkara 10.

    Antaranya adalah:

    1. Hak Beragama

    PANDANGAN ISLAM: Rakyat yang bukan beragama Islam diberi kebebasan mengamalkan

    agama mereka dan tiada sebarang tekanan yang boleh dibuat untuk memaksa mereka

    meninggalkan agamanya. Sebagaimana Firman Allah dalam surah al Baqarah,ayat 256 yang

    bermaksud: Tidak ada paksaan untuk ( memasuki) agama Islam. Sesungguhnya telah jelas

    jalan benar daripada jalan yang salah. Islam turut tidak menghalang rakyat bukan beragama

    Islam mengamalkan ajaran-ajaran mereka terutama di dalam rumah ibadat mereka selagi ianya

    tidak mendatangkan kemudharatan dan bahaya kepada masyarakat. Mereka mempunyai

    kebebasan membina rumah ibadat mereka,memuja dan menjalankan upacara ritual dan

    mengadakan perayaan perayaan keagamaan dan perarakan.

    2. Kebebasan Berhimpun

    PANDANGAN ISLAM: Islam memang agama berjamaah dan bermasyarkat. Hukum hukumislam bermula daripada asas-asas aqidah,syariah ( ibadah ),muamalah dan seterusnya amat

    menekankan tentang jamaah dan masyarakat. Berhubung perkara kebebasan berhimpun Islam

    lebih dahulu mengistiharkannya melalui firman Alllah dalam Surah al Imran ayat 104 yang

    bermaksud: Dan hendaklah ada dinatara kamu segolongan umat yang menyeru kepada maaruf

    dan mencegah dari yang munkar;merekalah orang-orang yang beruntung. Begitu juga dalam

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    22/27

    22

    surah al Isra ayat 64-65,Surah Hud ayat 28. Islam menitikberatkan jaminan kebebasan

    berhimpun dengan cara yang aman dan damai. Ini adalah salah satu dasar-dasar Islam yang

    wajib dipertahankan kesuciaanya dan tidak boleh diganggu.

    3. Kebebasan Bersuara dan Maklumat

    PANDANGAN ISLAM :

    Islam menjamin kebebasan berfikir,menyiarkan pendapat dan kebebasan mempertahankan

    pendapat maisng-masing dengan bersopan. Islam turut menyuruh manusia bertegas dalam

    memperjuangkan pendapat-pendapatnya serta menyiarkan kebenaran adalah menjadi kewajiban

    bagi umat Islam dan ianya tidak menjadi sebab untuk umat Islam teragak-agak dalam menyeru

    manusia kepada perlembagaan Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah az Zumat ayat 18

    yang bermakud: Mereka mendengarkan perkataan-perkataan lalu mengikuti apa yang paling

    baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Alah petunjuk dan mereka

    itulah orang-orang yang mempunyai akal. Begitu juga dapat dilihat dalam surah Ibrahim ayat

    14,Surah al Anam ayat 50,surah Yusif ayat 108 dan surah al Maidah ayat 67,Surah Fussilat ayat

    52-53 dan surah al Isra ayat 89 yang menghuraikan tentang kebebasan bersuara dan maklumat.

    Dasar pertama Islam dalam ketatanegaraan dan kontrak sosial bernegara adalah

    musyawarah. Asas kepada musyawarah adalah kepimpinan sebagai amanah dan kepengikutan

    sebagai ibadah. Pemerintah wajib bermusyawarah dengan rakyat dan rakyat wajib

    bermuhasabah terhadap pemerintah. Amanah pemerintah terbatal bila pemerintah

    membelakangkan musyawarah. Sebaik sahaja pemerintah membelakangkan musyawarah

    dengan rakyat,maka menjadi hak rakyat yang tidak boleh dipertikai untuk menafikan pemerintah.

    Dasar hak asasi manusia yang digariskan oleh syariat Islam menetapkan pemerintah tidak

    menguasi rakyat tetapi keputusan dan tindakan pemerintah tunduk kepada suara rakyat

    berpandukan prinsip-prinsip musyawarah.

    Hubungan di antara pemerintah dengan rakyat tidak dipaksikan di atas kekuasaan tetapi

    sebaliknya di atas kebebasan bersuara yang diberikan terhadap rakyat. Musyawarah adalah

    ekspresi kebebasan bersuara rakyat yang diperuntukkan oleh syariat Islam dalam

    menegur,menasihat,memberi pandangan terhadap pemerintah. Inilah yang diperjuangkan oleh

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    23/27

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    24/27

    24

    8. al Quran dan as Sunnah terdapat perkara perkara yang menyentuh hak-hak manusia. Ini

    lebih jelas apabila meneliti kandungan Sahifah Madinah. Jaminan ke atas hak-hak rakyat adalah

    bertujuan supaya keadilan dan kesaksamaan dapat dicapai dan dinimati oleh rakyat. Jaminan

    kepada hak-hak rakyat atau individu adalah menjadi Maqasid Syariah. Ini bagi membolehkan

    manusia mencapai kemaslahatan dan menghindari kemudharatan.

    9. Lima kepentingan asas ini merupakan tonggak kepada semua kepentingan lain.

    Berasaskan kedudukan ini, kepentingan biasa ( al Hajiiyat ) perlu mendokong kepentingan asas

    ( al daruriyyah ) ini,sementara kepentingan mewah ( al Tahsinat ) pula mendokong kepentingan

    biasa ( al Hajiyyat ).

    10. Lima kepentingan asas tersebut ialah menjaga agama,menjaga jiwa atau nyawa dan

    menjaga akal

    11. Dasar-dasar hak asasi manusia dalam Islam berkembang melalui empat proses

    utama:1.Penjelasan maqasid al Quran.2. Pementeraian perjanjian dan permuafakatan bagi

    melindungi hak-hak bersama dalam kehidupan kolektif di bawah satu sistem pemeritahan

    bernegara. 3. Penghuraian Maqasid Syariah dalam pembinaan sistem bermasyarakat bernegara

    4. Pengistiharan hak-hak,amanat dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Rasulullah semasa

    haji terakhir baginda.

    12. Perbezaan di antara hak asasi barat dan islam:1.Perbezaan Matlamat.2:Kedudukan

    manusia.3:Penganalisaan teori, sumber dan motif memperakukannya.4:Sifat perkauman atau

    chauvinistic

    13. Hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan adalah selari dengan

    ajaran Islam,malahan skop jaminan hak asasi manusia dalam Islam adalah lebih luas dari apa

    yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,khususnya dalam perkara 10.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    25/27

    25

    BIBLIOGRAFI

    1. Abdul Aziz Bari ( 2002 ). Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia: Raung Lingkup dan

    Masalahnya. Jurnal Syariah. 13:53-70.

    2. Abdul Samat Musa ( 2004 ). Perlembagaan ( Constitutionalism ): Antara Islam dan Barat.

    Dlm Zaini Nasohah (pnyt ) Syariah dan undang-undang:suatu perbandingan.Hlm 18-25.Kuala

    Lumpur: Utusan Publications & Distiributors Sdn Bhd

    3. Abdul Ghani Shamsuddin, ( 2007 ) Hak Asasi Manusia Dalam Islam: Konsep dan

    Falsafah,Kertas Kerja Seminar Nasional: Hak Asasi Manusia dan Hak Wanita Islam.Kuala

    Lumpur,26-27 Mei 2007.

    4. Dato Dr Abdul Monir bin Yaacob. ( 2000 ). Maqasid Syariah: Konsep dan Hubungannya

    dengan Nilai-Nilai Semasa di Malaysia dalam menentukan Hukum. In Paizah Hj Ismail dan

    Ridzwan Ahmad (Ed). Fiqh Malaysia Kearah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini. pp 167-

    192. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

    5. Dr Abdul Basit. ( 2009 ). Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara. In

    Hamidi Bin Abdul Ghani dan Nurul Akma Binti Mohamed ( Ed ). Maqasid Syariah dalam

    Pentadbiran Negara. Pp 1-26.Kelantan: KIAS

    6. Jaafar Salleh ( 2010 ). Melindungi Hak Asasi Manusia Sejagat.Kuala Lumpur: Mulia

    Terang Sdn Bhd

    7. Mohamed Hanipa Maiden ( 2007 ). Hak asasi,Undang-undang dan Pengamalannya di

    Malaysia,Kertas Kerja Seminar Nasional: Hak Asasi Manusia dan Hak Wanita Islam.Kuala

    Lumpur,26-27 Mei 2007.

    8. Mohd Liki Hamid. ( 2006 ). Pengajian Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    Dan Pustaka.

    9. Prof Madya Datin Dr Paizah Haji Ismail.( 2003 ). Keperluan Memahami Maqasid Al

    Syariah dalam Membina Fiqh Semasa. In Shofian Ahmad,Islamil Mahmood,Mat Noor Mat

    Zain,Md Yazid Bin Ahmad,Ismail Omar,Azizah Mohd Rapini,Anwar Fakhri Omar,Zamzuri

    Zakaria (Ed ) Prosiding Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa: Menghadapi Cabaran Globalisasi.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    26/27

    26

    UKM, Jilid 2, pp 11-27. Bangi: Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan

    Malaysia.

    11. Saari Sungib ( 2007 ). Pengisytiharan Hak Asasi Manusia: Islam dan Barat.Kertas Kerja

    Seminar Nasional: Hak Asasi Manusia dan Hak Wanita Islam.Kuala Lumpur,26-27 Mei 2007.

    10. Yusuf al Qardhawy ( 2010 ). Ad Din wa As Siyasah: Tashiilun wa Raddu Syubuhat. Terj..Ibnu

    Sham. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise.

    11. Wan Mohd Nasir Bin Wan Abd Wahab.( 2011 ). Maqasid Syariah: Cabaran dan

    Penyelesaian dalam Merealisasikannya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

    12. Wahbah az Zuhaili (1997 ).al Fiqh al Islami wa Adillatuhu.Terj..Ahmad Shahbari

    Salamon. Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka

    13. Zuliza Mohd Kusrin (2000 ) Sekatan-sekatan perundangan terhadap kebebasan beragama

    di Malaysia. In Dr Abdul Basir Mohamad, Isu Syariah dan Undang-undang siri 8.UKM: Jabatan

    Syariah fakulti Pengajian Islam.

  • 7/30/2019 hak asasi 15.7

    27/27

    8. URNAL SYARIAH JILID 10 JANUARI 2002 HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAN MALAYSIA RUANGLINGKUP DAN MASALAHNYA OLEH ABDUL AZIZ BARI (53-70)

    Jaafar Salleh,Islam Melindungi Hak Asasi Manusia Sejagat,Mulia Terang Sdn Bhd,Kuala Lumpur 2010.

    Isu Syariah dan Undang-undang siri 8 penyunting dr Abdul Basir Mohamad,ukm Jabatan Syariah Fakulti

    Pengajian Islam UKM ( Zuliza Mohd Kusrin ) SEKATAN-SEKATAN PERUNDANGAN TERHADAP KEBEBASAN

    BERAGAMA DI MALAYSIA.

    JURNAL SYARIAH JILID 10 JANUARI 2002 HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAN MALAYSIA RUANG LINGKUP

    DAN MASALAHNYA OLEH ABDUL AZIZ BARI (53-70)