Hadith Sahih,Hasan Dan Dhaif

download Hadith Sahih,Hasan Dan Dhaif

of 53

description

hadith

Transcript of Hadith Sahih,Hasan Dan Dhaif

Hadith hasan lighairih

MARTABAT HADIS DAN HUKUM BERAMAL DENGANNYAPensyarah : Dr. Paharudin Bin Arbain

Disediakan Oleh : Nursaidatul Asma Binti Ab Aziz : Nuzula Binti Mat Zain @ ZahariKuliah : Pismp 4.01PQE3023E : ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITHPEMBAHAGIAN SAHIHSAHIH LIZATIHDHAIFHASANSAHIH LIGHAIRIHHASAN LIZATIHHASAN LIGHAIRIHDHAIF PADA MATANDHAIF PADA SANADSANAD TIDAK BERSAMBUNGKECACATAN PERAWIHADITH SAHIHHadith Sahih LizatihBahasa :Selamat, sihat atau benar

Istilah :Hadith yang bersambung sanadnya dari permulaan hingga akhir dan perawi ini perlu mempunyai sifat adil, dhabit(kuat ingatan) yang sempurna, sejahtera dari illat (kecederaan yang memburukkan) dan tidak janggal(tidak terdapat hadis yang bertentangan yang lebih kuat kedudukannya daripada hadith ini).Contoh : Riwayat sahih al-Bukhari: : : : : .Maksudnya: Hadis tersebut memenuhi kesemua syarat sahih iaitu:Sanad sampai kepada baginda

Sanadnya muttasil ( bersambung-sambung) dari awal hingga akhir, iaitu Anas bin Malik yang merupakan seorang sahabat mendengar hadis daripada baginda, Sulaiman bin bin Tarkhan(ayah Mutamir) pula menjelaskan bahawa beliau mendengarnya dari Anas bin Malik, kemudian Mutamir pula mendengar daripada bapanya Sulaiman. Begitu juga guru Imam Al-Bukhari, Musaddad menyatakan beliau mendengar daripada Mutamir dan Imam al-Bukhari dengar daripada Musaddad.3. Kesemua perawi bermula dari Anas bin Malik sehingga Imam al-Bukhari adalah adil dan dhabit.Anas bin Malik- seorang sahabat (setiap sahabat adalah adil)Sulaiman bin Tarkhan thiqah dan abidMutamir bin Sulaiman thiqahMusaddad bin Musarhad- thiqah dan hafizImam al-Bukhari- digelar sebagai (gunung hafalan-kiasan bagi orang yang sngat mantap,kukuh dan banyak hafalannya) dan

4. Hadis ini bersih dari segala penyakit hadis yang mencacatkan dan tidak wujud riwayat yang bertentangan dengan perawi thiqah yang lain.Taraf Hadith Sahih LizatihKedudukannya adalah paling tinggi antara hadith-hadith yang lainHadith Sahih LighairihPengertian :

Hadith yang bersambung sanadnya dari permulaan hingga akhir dan perawi hadith ini perlu mempunyai sifat adil, dhabit,(kuat ingatan) dengan kekuatan ingatan kurang sedikit daripada perawi hadith sahi lizatih, sejahtera dari illat(kecederaan yang memburukkan) dan tidak janggal. Ia menjadi sahih lighairih dengan sokongan hadith lain yang lebih kuat atau sama tarafnya.Contoh: : : .

Maksudnya: daripada Muhammad bin Amru daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah r.a : Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang.Hadith ini menjadi sahih lighairi kerana:Ia memenuhi syarat hasan lizatih

Salah seorang perawinya iaitu Muhammad bin Amru merupakan seorang perawi ang dikenali kethiqahannya, namun kakuatan ingatannya tidak memenuhi syarat kekuatan ingatan yang sempurna bagi seorang perawi hadith.

Hadith ini pada asalnya merupakan hadith hasan lizatih. Namun, ia telah dikuatkan dengan adanya jalan periwayatan oleh Imam Bukhari. Maka tarafnya menjadi sahih lighairih.

Taraf Hadith Sahih Lighairih:Hadith ini lebih tinggi tarafnya daripada hadith hasan lizatih dab lebih rendah daripada hadith sahih lizatih.Perbezaan Hadith Sahih Lizatih Dan Sahih Lighairih:SAHIH LIZATIHSAHIH LIGHAIRIHSemua perawi hadith ini mempunyai kekuatan ingatan yang sempurnaTahap kekuatan ingatan perawinya kurang sedikit daripada perawi hadith sahih lizatih*Kekuatan ingatan yang dimaksudkan adalah kekuatan hafazan iaitu jenis penjagaan di dalam dada dan bukan penulisan kerana hanya kekuatan hafazan yang dapat dinilai sebagai sempurna atau tidakHukum Beramal Dengan Hadith Sahih:Wajib beramal dengan hadith sahih mengikut jumhur ulama hadith, ulama usul dan para fuqaha. Hadith sahih juga merupakan salah satu hujah syara.Kitab-kitab Yang Menjadi Sumber Utama Hadith Sahih al-Imam malik bin Anas al-Asbahi - al-imam Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-Bukhari - imam muslim bin Hajjaj al-Qusyairi - al-Imam Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah - al-Hafiz al-Kabir Abu Hatim Muhammad bin Hibban al-Tamimi - al-Hafiz Diya al-Din Muhammad bin Abd al-Wahid al-Maqdisi

Martabat Hadith Sahih:Hadith yang disepakati kesahihan oleh imam Bukhari dan imam Muslim dan ia dinamakan muttafaqun alaih.Hadith yang diriwayatkan oleh imam Bukhari sahaja.Hadith yang diriwayatkan oleh imam Muslim sahaja.Hadith yang menepati syarat Imam Bukhari dan imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkannya di dalam sahih masing-masing.Hadith yang menepati syarat imam Bukhari tetapi beliau tidak meriawayatkannya di dalam sahihnya.Hadith yang menepati syarat imam Muslim tetapi beliau tidak meriawayatkannya di dalam sahihnya.Hadith yang dianggap sahih oleh ulama-ulama selain keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang daripada mereka.HADITH HASANHadith Hasan LizatihBahasa: Cantik

Istilah:Hadith yang bersambung sanadnya dari permulaan hingga akhir dan perawi hadith ini perlu mempunya sifat adil, dhabit(kuat ingatan) dengan kekuatan ingatan kurang sedikit daripada perawi hadith sahih lizatih, sejahtera dari illat(kecederaan yang memburukkan dan tidak janggal.Contoh: : : : ....

Maksudnya : telah diceritakan kepada kami oleh Qutaibah, sebagaimana yang diceritakan oleh Jaafar bin Sulaiman as-Sibaie daripada Abu Imran al-Juuni daripada Abu Bakar bin Abu Musa al-Asyari, beliau berkata: Aku mendengar Abu Khudrah al-Aduw berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya pintu-pintu syurga itu berada dibawah bayang-bayang pedangal-Hadith.Hadith ini merupakan hadith Hasan Lizatih kerana:

Ia memenuhi syarat-syarat hasan lizatihKeempat-empat perawi hadith ini adalah thiqah kecuali Jaafar bin Sulaiman as-Sibaie. Tarafnya adalah siddiq. Maka, taraf hadith ini turun kepada hadith hasan lizatih

*siddiq ialah taraf perawi hadith yang lebih rendah daripada taraf thiqah. Siddiq bermaksud benar manakala thiqah bermaksud boleh dipercayai dan diyakini.Hadith Hasan LighairihHadith yang pada asalnya dhaif, tetapi dinaikkan tarafnya kepada hasan lighairih dengan sokongan hadith lain yang sama taraf atau tinggi daripadanya dengan syarat kedhaifan itu tidak keterlaluan seperti lemahnya ingatan seorang perawi hadith, namun perawi itu tetap dikenali sebagai seorang yang benar dan amanah.Contoh Hadith Hasan Lighairih : .Maksudnya: Daripada Abdul rahman bin Ishak, telah diceritakan kepada kami oleh an-Numan bin Saad daripada Ali, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.(Hadis riwayat ad-Darami)Hadith ini menjadi Hasan Lighairih kerana :Salah seorang daripada perawi hadith ini bertaraf dhaif iaitu Abdul Rahman bin Ishak. Beliau disifatkan sebagai lemah ingatannya oleh ulama jarh dan tadil.Kedhaifan hadith ini dinaikkan kepada martabat hasan lighairih kerana terdapatnya hadith lain yang menyokong hadith ini.Syarat-syarat Hadith Hasan LighairihKedhaifan perawi tidak sampai ke tahap banyak melakukan kesilapan atau disifatkan sebagai seorang fasiq.Hadith ini diriwayatkan oleh seorang perawi daripada perawi sebelumnya yang ditemui secara langsung.Hukum Hadith HasanKedudukannya sebagai hujah adalah sama dengan hadith sahih, begitu juga dalam beramal dengannya. Tetapi ia berbeza dari sudut kekuatannya. Maka apabila bertembung diantara hadith sahih dengan hasan, hadith sahih akan diutamakan sebagai hujah.Martabat Hadith HasanUlama hadith telah membahagikan hadith hasan kepada martabat paling tinggi dari sudut sanad dan paling tinggi dari sudut matan.Dari sudut sanadApabila disebut oleh para ulama muhaddithin bahawa sanad hadith tersebut adalah hasanMartabat Hadith Hasan2. Dari sudut matan :Hadith yang diperselisihkan oleh para ulama sama ada ia merupakan hadith sahih atau hasan. Ini adalah martabat hasan yang paling tinggi pada matanHadith yang diperselisihkan oleh para ulama sama ada ia merupakan hadith hasan atau dhaif.HADITH DHAIFPengertian Hadith DhaifBahasa : LemahIstilah : Hadith yang tidak terkumpul padanya sifat-sifat penerimaan. Kebanyakan ulama mengatakan bahawa hadith dhaif ialah semua hadith yang tidak terkumpul padanya sifat-sifat sahih dan hasanSebab Hadith Dhaif Lemah Untuk Digunakan Sebagai Hujah :Hadith dhaif tidak boleh digunakan sebagai hujah kerana salah satu atau lebih sebab daripada sebab-sebab berikut :

Hukum Meriwayatkan Hadith DhaifUlama muhaddithin telah menetapkan bahawa harus meriwayatkan hadith dhaif tanpa menerangkan kedhaifannya dengan syarat tertentu iaitu : Hukum Beramal Dengan Hadith DhaifUlama berselisih pendapat dalam hukum beramal dengan hadith dhaif. Namun jumhur ulama membenarkan penggunaan hadith dhaif dalam perkara-perkara kelebihan sesuatu amalan, kisah-kisah teladan dan perkara-perkara yang mengajak kepada kebaikan. Ibnu Hajar al-Asqalani telah meletakkan tiga syarat dalam mengharuskan penggunaan hadith dhaif :Pembahagian Hadith DhaifDhaif Pada MatanDhaif Pada SanadHadith MauqufHadith MaqtuSanad yang tidak bersambungKecacatan pada perawi iaitu hilang salah satu daripada syarat seorang perawi hadith.Dhaif Pada MatanKelemahan atau dhaif dalam hadith ini berlaku pada matan hadith tersebut. Terdapat dua jenis hadith dhaif pada matan iaitu :

HADITH MAUQUFIaitu hadith yang disandarkan kepada sahabat r.a sama ada kata-kata , perbuatan atau pengakuan dengan sanad yang bersambung atau tidak.HADITH MAQTUSegala apa yang disandarkan kepada tabiin dan tabi at-tabiin sama ada dalam bentuk perkataan, pekerjaan, perbuatan atau seumpamanya.Dhaif Pada SanadSanad yang tidak bersambungMuallaqMunqatiMuaddhalMursalMudallasKecacatan pada perawi Hilang syarat adilHilang syarat kuat ingatanHilang syarat terpelihara daripada kejanggalana atau syuzuzHilang syarat terpelihara daripada kecacatan atau illatSanad Yang Tidak Bersambung1. MuallaqHadith yang di awal sanadnya terhapus seorang perawi atau lebih secara berturut-turut hingga ke akhir sanad.

2. MunqatiHadith yang dalam sanadnya gugur seorang perawi sebelum sahabat sama ada pada satu tempat atau di beberapa tempat.

3. MuaddhalHadith yang dalam sanadnya gugur dua orang perawi atau lebih secara berturut-turut pada mana-mana generasi, seperti hilangnya dua perawi dari generasi sahabat dan tabiin atau dua orang perawi pada generasi sesudahnya.

4. MursalHadith yang dalam silsilah sanadnya terputus kerana hilangnya seorang sahabat iaitu daripada tabiin terus kepada Nabi SAW

5. MudallasHadith yang di dalamnya terdapat seumpama penipuan yang dilakukan oleh seorang perawiKecacatan Pada PerawiKecacatan pada perawi iaitu hilang salah satu daripada syarat seorang perawi hadith. Ia dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :1. Hilang syarat adil :i) MaudhuKhabar dusta yang dibuat-buat yang dikaitkan dengan Rasulullah, sahabat atau tabiin. Hadith seperti ini adalah batal, haram meriwayatkannya kecuali untuk tujuan memberi perhatian atau untuk dipelajari oleh orang-orang yang ahli agar dapat dikenali.

ii) MatrukHadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja dan disepakati kelemahannya.iii) MungkarHadith yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi, dimana matannya tidak diketahui kecuali melalui riwayatnya, baik melalui riwayat-riwayat yang biasa ataupun dari jalur perawi lain.

iv) MudhaafHadith yang tidak memenuhi syarat hadith sahih atau hadith hasan

v) MubhamHadith yang pada sanad atau matannya terdapat seorang lelaki atau wanita yang tidak disebut namanya tetapi disebut dengan lafaz umum.2. Hilang syarat kuat ingatan(dhabit) :i) MudrajHadith yang terdapat perubahan pada sanad atau matannya sehingga orang menyangka bahawa ia adalah daripada lafaz Rasulullah SAW.

ii) MaqlubHadith yang pada matan atau sanadnya terdapat umpama perubahan, seperti penggantian lafaz tertentu dengan lafaz lain, mendahulukan lafaz tertentu dari lafaz lain atau sebaliknya.

iii) Mudhtarib :Hadith yang periwayatannya berlawanan antara satu dengan lainnya, tetapi sama-sama memenuhi syarat diterima. Perselisihan tersebut terjadi pada banyak segi, sehingga tidak mungkin ditolak, menghapus salah satu hukumnya atau memilih salah satu dan meninggalkan yang lain.

iv) Musahhaf dan MuharrafTashif adalah kesalahan dalam meletakkan titik huruf. Maka, hadith tersebut dinamakan hadith musahhaf. Manakal tahrif pula ialah kesalahan yang terjadi pada baris huruf. Maka, hadith tersebut dinamakan hadith muharraf3. Hilang syarat terpelihara daripada kejanggalan atau syuzuz :

i) Hadith syaz :Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah tetapi riwayatnya menyalahi riwayat perawi-perawi thiqah yang lain.4. Hilang syarat terpelihara daripada kecacatan atau illat :

i) Hadith muallilIaitu hadith yang mempunyai cacat yang tersirat bilamana pada zahirnya seolah-olah hadith tersebut bebas daripada cacat kerana sudah memenuhi syarat riwayat yang diterima.Martabat Hadith DhaifTerdapat dua peringkat hadith dhaif seperti yang telah dinyatakan oleh para ulam bermula dari peringkat yang paling tinggi dan diikuti dengan peringkat yang paling rendah yang tidak boleh digunakan sama sekali.