GWP penulisan akademik.ppt

33
Penulisan Penulisan Akademik Akademik Pensyarah: Pensyarah: EN. MOHD ASRI BIN HARUN EN. MOHD ASRI BIN HARUN Disediakan oleh: Disediakan oleh: Aziyad bin Ahmad @ Abdullah Aziyad bin Ahmad @ Abdullah Muhammad Shukri bin Sa’adul Khadri Muhammad Shukri bin Sa’adul Khadri Abdul Rahim bin Tasrif Abdul Rahim bin Tasrif

Transcript of GWP penulisan akademik.ppt

  • Penulisan Akademik

    Pensyarah:EN. MOHD ASRI BIN HARUN Disediakan oleh:Aziyad bin Ahmad @ Abdullah Muhammad Shukri bin Saadul Khadri Abdul Rahim bin Tasrif

  • 5.1 Pengenalan kepada penulisan akademikPengertian penulisan akademikJenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikel jurnal, kertas projek, abstrak/ ringkasan eksekutif dan lain-lain.

    5.2 Kejelasan dan Gaya PenulisanPengertian/ KonsepPenggunaan bahasa formalPenulisan secara objektifPenulisan ayat yang jelasPerkembangan idea secara logik: koheren dan kohesifLangkah-langkah dalam penulisan Perkara yang akan dibincangkan

  • PengenalanDalam penulisan atau pengucapan ada yang dikatogerikan sebagai formal dan tidak tidak formal. Ciri utama dalam penulisan akademik adalah formal, dan bersifat objektif. (Jordan, 1999)Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. (bukannya khayalan atau rekaan) Pengenalan penulisan akademik

  • PengenalanPenulisan akademik melibatkan kajian secara teratur dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangkan.Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikal, kertas kerja, abstrak, ringkasan eksekutif, dan lain-lain. Pengenalan penulisan akademik

  • Ciri-ciri penulisan akademikMenyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik.Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian. Pengenalan penulisan akademik

  • Ciri-ciri penulisan akademikPenulisan menggunakan bahasa formal, tatabahasa yang betul, ilmiah dan jelas.Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.Penulisan akademik selalunya disertakan sumber rujukan daripada penulis lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang dibincangkan.

    Pengenalan penulisan akademik

  • Proses menghasilkan penulisan akademikAntara langkah-langkahnya ialah;Pengumpulan data dan faktaPengamatan data dan faktaPemilihan data dan faktaPenafsiran data dan faktaMembuat kesimpulan umum

    Pengenalan penulisan akademik

  • Proses menghasilkan penulisan akademikAntara langkah-langkahnya ialah;Membuat hipotesisPengujian terhadap hipotesis melalui kajianPenilaian; menerima atau menolak hipotesisPerumusan teori ilmu pengetahuanPerumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

    Pengenalan penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahAntaranya ialah;esei ilmiahkertas kerjalaporan kajianabstrak/ringkasan eksekutif/tesisdisertasi Pengenalan penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahEsei ilmiahmerujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional dan objektif.

    Pengenalan penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahKertas kerjaialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengkel, konvensyen dan sebagainya

    Pengenalan penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahLaporan kajianLaporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.

    Pengenalan penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahTesisTesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel. Pengenalan penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahDisertasiDisertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D).Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel. Pengenalan penulisan akademik

  • Jelas bererti mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang untuk disalahtafsirkan, tidak bersifat samar-samar dan tidak kabur.Menggunakan kata-kata yang pendek, ringkas, tajam, daripada kata-kata yang berbelit, dan panjang.

    Kejelasan Dan Gaya Penulisan

  • Penulisan akademik merangkumi ciri-ciri berikut:penggunaan bahasa formal yang tepatbergaya formal dan bukan peribadipembinaan ayat yang jelas dan tepatberhati-hati dengan pengunaan kata singkatan dan akronimperkembangan idea / hujah secara logik dan sistematik.

    Gaya Penulisan

  • Dalam penulisan akademik kita menggunakan bahasa formal, dan elakkan diri daripada mengguna bahasa sehari-hari.Penulisan akademik yang mempunyai kejelasan akan menggunakan bahasa formal untuk menerangkan pendapat sendiri dengan merujuk kepada pandangan orang lain.

    Bahasa Formal

  • Secara umum, dalam penulisan akademik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:Meminimumkan penggunaan perkataan saya dalam teks. Pendek kata, perlu elak daripada menulis "Apabila saya melihatnya semula, saya tidak berfikir ini adalah pendekatan yang boleh terima . kecuali dalam pendekatan kualitatif yang menggunakan gaya naratif....

    Bahasa Formal

  • Menggunakan kata kerja formal, dan kurangkan penggunaan frasa kata kerja seperti mempertimbangkan daripada melihat kepadaMenggunakan ekspresi impersonal seperti Ini menimbulkan....

    Bahasa Formal

  • Menggunakan lebih banyak kata nama daripada kata kerja seperti keprihatinan daripada membimbangkanJangan mengguna ekspresi emosional, seperti Itu begitu jelas (lebih baik menggunakan nampaknya), atau hanya kerana (lebih baik menggunakan diberikan berdasarkan)Bahasa Formal

  • Menggunakan kata ringkas yang tepat dan padat serta jelas maksudnya terutamanya ekspresi abstrak, seperti perkataan gender digunakan, daripada lelaki atau perempuan.

    Bahasa Formal

  • *Bahasa Formal

    InformalFormal Dengan begitu banyak doktor meletak jawatan di wad kecemasan, saya bimbang tentang rawatan pesakit di wad tersebut kelakDengan kadar perletakan jawatan doktor yang semakin tinggi, terdapat kebimbangan tentang kapasiti hospital untuk memelihara nisbah doktor-pesakit yang mencukupi.Sangat jelas bahawa pekerjaan telah ditawarkan kepada pemohon berdasarkan sama ada mereka adalah lelaki atau perempuan. Saya berfikir bahawa pendekatan ini tidak boleh diterima bahkan ia melanggar undang-undang. Adalah jelas bahawa terdapat beberapa kes di mana pemilihan pekerja adalah berdasarkan gender. Dengan wujudnya undang-undang anti-diskriminasi gender, keadaan ini menimbulkan kebimbangan serius.

  • Ekspresi/ Pernyataan Pendapat

    PeribadiPenulisan ObjektifMenurut pendapat saya... Saya percaya bahawa... Dalam pandangan saya ...

    Telah dikatakan bahawa... Beberapa penulis mendakwa ...Jelasnya, ...Jelas bahawa ...Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa ...

  • *PENULISAN OBJEKTIF

    Agen atau PelakuBukan Agen atau PelakuSaya melakukan kajian ... Kajian ini dilakukan ... Saya mencadangkan untuk ... Dicadangkan untuk ...

  • Untuk kejelasan isi yang dihuraikan, adalah penting untuk menyemak semula panjang-pendek ayat.Jika ayat terlalu pendek, penulisan akan nampak terlalu mudah dan bertahap rendah dan jika ayat terlalu panjang, pembaca akan kehilangan fokus.Ayat pendek boleh membantu koheren (kesinambungan) sementara ayat panjang membantu kohesi (kekuatan tarikan) dalam penulisan.

    *Penulisan Ayat Yang Jelas

  • KoherenDalam penulisan yang koheren. idea-idea dihuraikan dengan jelas dan dalam urutan logik, serta disokong dengan bukti dan contoh.

    Faktor-faktor ini memudahkan pembaca untuk mengikuti hujah dan tujuan penulis dalam menulis artikel itu.

    *Perkembangan Idea Secara Logik

  • KohesiDalam penulisan yang kohesi, terdapat kesinambungan idea di mana satu idea telah dihubungkan dengan idea lain secara mantap pada: Tahap ayat Tahap perenggan Tahap keseluruhan teks *Perkembangan Idea Secara Logik

  • KohesiCiri-ciri penulisan kohesif adalah seperti berikut: berbagai-bagai struktur ayat menggunakan tanda baca dengan betul perenggan dibina dengan baik penggunaan kata-kata kesinambungan dengan berkesan peralihan antara perenggan-perenggan dan bahagian-bahagian lain adalah licin.*Perkembangan Idea Secara Logik

  • Jelaskan semua terminologi (kajian tentang istilah) yang tidak difahami atau diketahui oleh pembaca.Selalu menulis nama penuh pada kali pertama, tidak kira nama singkatan adalah terkenal atau patut diketahui oleh pembaca. Kata singkatan standard bagi kata nama khas boleh digunakan dalam penulisan akademik. Untuk rujukan pertama, istilah penuh harus digunakan dalam teks dengan kata singkatan yang diletak dalam kurungan.

    *Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan

  • Pemilihan masalah / topik penulisanMengumpul maklumat atau data untuk penulisanMenyusun / mengorganisasi data untuk menghasilkan penulisan yang baikMeneliti hasil penulisan dengan membuat penambahbaikanMenyemak hasil penulisan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan kesalahan teknikal

    Langkah-langkah Dalam Penulisan

  • Bahasa melayu. (2011). Contoh penulisan ilmiah. Diakses pada 15 Mac dari laman web http://azman-hashim.blogspot.com/2011/11/contoh-penulisan-ilmiah.htmlPelangi petang. (2009). Wacana. Diakses pada 15 Mac, dari laman web http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/wacana.html

    Rujukan

  • Analisis wacana

  • SekianTerima Kasih