Guru Sebagai Model Yang Boleh Dibanggakan 3
-
Upload
qifuat-liamsi -
Category
Documents
-
view
248 -
download
0
Transcript of Guru Sebagai Model Yang Boleh Dibanggakan 3
GURU SEBAGAI MODEL YANG BOLEH DIBANGGAKAN
Melalui soalan nombor empat “guru sebagai model dan bincangkan perkara-perkara yang boleh
dibanggakan” bagi menjawab soalan ini lima soalan asas telah dirangka khusus bagi kehendak
soalan diatas. Soalannya adalah seperti berikut
1. Siapakah guru ?
2. siapakah dia yang layak menjadi guru ?
3. Apakah perananguru ?
4. Apakah yang dikatakan Profesion guru ?
5. Guru sebagai Model dan Profesion yang boleh dibanggakan ?
Melalui kerangka soalan yang pertama siapakah guru dari sudut bahasa dan pandangan tokoh
pendidikan mengenai perkataan “GURU”. Perkataan secara asasnya berasal dari perkataan
Sanskrit lama yang digabungkan dari dua kosa kata yang berlainan iaitu kalimat ‘GU’ dan ‘RU’.
Dua perkataan ini memberi makna yang berbeza .Untuk perkataan‘GU’membawa maksud
“kejahilan ilmu yang dialami oleh manusia” manakala ‘RU’pula membawa maksud
“Pengetahuan yang menghilangkan kejahilan”. Bila kedua-dua perkataan ini digabungkan maka
ianya menjadi kalimat “GURU”yang memberi maksud “orang yang menghilangkan kejahilan
ilmu dengan menyampaikan ilmu pengetahuan”. Guru jika diterjemahkan dalam bahasa inggeris
ianya memberi maksud “TEACHER”maksud teacher melalui kamus oxford ialah “A ‘teacher’ is
a person who delivers an educational program, assesses student participation in an educational
program” bermaksud orang yang menjalankan aktiviti pendidikan dan menilai penyertaan
pelajar didalam aktiviti pembelajaran.
Dalam Bahasa Arab perkataan guru ialah ‘ , المؤدب, المربى .’المعلم Setiap perkataan tadi
membawa maksud yang berlainan tapi sama dari sudut tugas iaitu memberi atau menyampaikan
ilmu dan maklumat. Manakala guru juga dipanggil dengan istilah‘Ulama”oleh bangsa Arab iaitu
orang yang berilmu. Manakala mengikut kaca mata islam menurut Ibnu Mas’ud Radhiallahu
‘anhu katanya:
“ الله خشية العلم إنما الحديث، بكثرة العلم ”ليسMaksudnya:
( Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut kepada Allah.
– Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185 )
Setelah diberi maksud guru pada bahasa secara umum maka, persoalan yang kedua
dibawa iaitu siapakah dia yang layak menjadi guru ?
Sebelum individu itu digelar sebagai pendidik, paling tidak bagi individu haruslah menpunyai
peribadi yang unggul dan mempunyai daya pandang jauh yang melangkaui zaman. Pengetahuan
dan mahir dalam praktikal dan mampu merealisasi pelbagai jenis teori pembelajaran . Bakal guru
juga perlu dilatih dalam melaksana pelbagai pembelajaran induktif dan deduktif secara
berkesan.maka dalam hal ini guru perlu diberikan pengiktirafan yang selayaknya .
Sebenarnya amanah mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru
menandatangani perjanjian sebagai seorang guru, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas
bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )
Maka dalam hal ini guru perlu ada ketabahan hati dan bertindak secara produktif dalam
menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan , rajin dan tekun menjalani
kewajiban, kreatif dalam memberi galakan kepada murid-murid atas kebolehan dan kemajuan
dalam pelajaran, permainan dan akhlak, samaada galakkan atau pemberangsang itu berupa
hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat dan mengembelingkan
tenaga yang dinamis mereka. (Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam Guru, m.s: 2-4)
Melalui kerangka soalan yang ketiga pula perbincangan diteruskan dengan persoalan “apakah
peranan guru secara umumnya dalam pendidikan ?”
Peranan guru dalam pendidikan-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan Negara
Barangkali ada orang mengatakan bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar,
memberi arahan dan menyediakan soalan periksa. Jika ini peranan seorang guru maka ianya
terlalu kolot, maksudnya guru itu bukanlah pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan
pendidik tidak terhad kepada menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi mendidik, mengasah bakat
Jadi inilah sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh
dan ikutan. Demikian secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan
Guru dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 )
Demikian itu pentingnya amanah guru dan menjadi harapan rakyat Malaysia, maka keperluan
penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan tersusun. Pendapat ini ada betul dan ada silapnya.
Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk menjadi guru yang baik mungkin telah
diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai
seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai
pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. ( Atan Long :
1980: M.s: 1-2 )
Para guru adalah anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan
kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru
dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan
pencapaian sekolah. Antara peranan-peranan guru ialah:
1. Sebagai tenaga pengajar yang menolah aktiviti pengajaran bersumberkan sukatan pelajaran
dan dilaksanakan dalam situasi bilik darjah mengikut perancangan dan strategi pengajaran yang
bertepatan.
2. Sebagai peransang pembelajaran dengan memberikan galakan kepada murid-murid untuk
mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
3. Sebagai konduktor bilik darjah sepertimana menyusun rutin bilik darjah, menetapkan corak
penyusunan meja-kerusi dan peralatan bagi melahirkan keadaan pengajaran dan pembelajaran
yang bertepatan.
4. Sebagai pengasuh kepada murid-murid, untuk memelihara keselamatan dan kebajikan mereka.
Tugasan ini akan mendorong murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian
keluarga mereka.
5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab memelihara disiplin para pelajar serta membantu
mereka membudayakan sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarat.
6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru dijadikan ikutan teladan kepada murid.
Nilai positif yang dipersembahkan oleh guru di sekolah dapat diharmonikan dalam jiwa murid.
7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang
menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.
8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan
aktiviti sekolah.
9. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara pihak sekolah
dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 )
Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan masa yang
cukup agar mereka dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru
perlu mengetahui cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan
membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof Abdullah et al :
2009: M.s: 18 )
Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa
sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak
harus ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara mengejar arus
pembangunan. (Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ).
Dengan demikian, amanah mereka tidak sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar
mereka lulus . Tugas mereka adalah untuk mendidik para pelajar dan membantu melahirkan
insan yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelektual.
Dalam sistem pembelajaran termasukcara komunikasi, kognitif, afektif dan social. Unsur-unsur
pengetahuan yang perlu digarapkan dalam kurikulum di sekolah pula adalah berbagai seperti
pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic, dan
pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk
memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa
implikasi bahawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka
merupakan factor penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )
Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wata’ala
berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah
terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008:
M.s: 9 & 11 )
GURU SEBAGAI PEMIMPIN – buku jejak2 MS 103 – Metodologi Kepimpinan
Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh
orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan
ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya .
Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi
tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat
kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong
pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih
daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada
asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin
syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai
pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik
darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang
lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon
Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan
pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk
menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di
hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai
matlamat organisasi. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s:
207 ).
Dalam teori pelaksanaan kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang
dipatuhi arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku
dan perbuatannya. Ini bermakna bukan setakat ‘qiadah’ atau pemimpin tetapi ianya juga
merupakan ‘qudwah’ iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu ‘uswahatun’. Ini jelas
dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith yang memerintahkan kita tunduk dan
patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda Rasulullah, tidak mengingkari tegahan
Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwah dan
uswatun hasanah.
GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
Guru di dalam Islam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam mendidik murid-
muridnya agar arif tentang baik dan buruk, dosa dan pahala, tahu halal dan haram. Guru terus
berperanan mendorong mereka untuk mendapat keredaan Allah.
Soalan nombor empat pula membincangkan tentang apakah yang dikatakan profesion guru ?
maka disini secara umum menbincangkan secara umum mengenai Guru sebagai profesion atau
kerjaya secara menyeluruh. GURU SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYA
Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai
cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih
mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia
ini. ( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan
dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas
apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di
sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka yang
berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion
pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain.
Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan
membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti
kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan
seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah guru
mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 )
Adapun pada peranan guru dapat dinilai sebagai pemboleh ubah terpenting dalam usaha
sesebuah negara mencapai kegemilangan pendidikannya. Melalui dapatan kajian-kajian
terdahulu telah banyak menunjukkan bahawa wujud korelasi positif tinggi di antara tahap
akademik pelajar dengan peranan guru di dalam kelas. Maka, permehatian yang sewajarnya
harus diberikan kepada guru-guru disebabkan sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar
terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk
rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu
dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.( Mohd
Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).
Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi
social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu
pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu
diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai
tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan
hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet
Wah, 2010,M.s: 2-3 ).
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), ‘ profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era
baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding
sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara
pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan
pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa
memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar
sebagai “ knowledge worker” dalam era revolusi maklumat abad ke-21.
Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau
kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan
profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat
keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)
Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang
yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak
masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya,
malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion
keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu:
i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi
ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.
Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiah
yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku
dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa
keadaan sekalipun.
Guru yang professional juga perlulah menguasai teknik dan kemahiran menggunakan teknologi
maklumat. Ini disebabkan profesion pendidikan sentiasa bergerak kehadapan dan mengalami
perubahan mengikut peredaran zaman.
Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu
semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan
sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri
dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim
Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )
CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL
Berdasarkan pemerhatian secara umum tentang profesionalisme guru, kita dapat memberikan
kesimpulan bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran ,waras dalam tindakan
dan pengetahuan pedagogi serta maklum mengenai kandungan pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang
professional. Sejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak
dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan
inovasi dalam system pendidikan Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian
pesat. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )
Terus kepada kerangka soalan yang kelima Guru sebagai Model dan Profesion yang boleh
dibanggakan ?
Secara umumnya profesion perguruan merupakan satu pekerjaan yang amat dimuliakan. Guru
bukan sekadar yang mengajar didalam kelas dan memenuhi proses pelajaran dan pembelajaran
didalam kelas sahaja tetapi membabitkan ketamadunan sesebuah bangsa mahupun maju mundur
sesebuah negara itu. Guru merupakan satu pekerjaan tertua didunia dan tercatat didalam sejarah-
sejarah dunia mengenai guru dan pembinaan tamadun secara menyeluruh. Seperti mana yang
kita kenali tamadun-tamadun besar dunia sebagai contoh tamadun Rom, Mesir, China dan Parsi
yang pasti setiap tamadun ini ada mencatatkan tentang penglibatan guru dalam membina
peradaban dunia seperti mana seorang individu pendidik yang berpengaruh dalam perkembangan
peradaban tamadun china iaitu Kung Fu Tze pengasas falsafah confucianisme. Kung Fu Tze
hidup pada zaman Dinasti Zhou (1027-256 s.m), zaman menjadi kacau-bilau dan kurang
bermoral. Oleh itu, Confucius pun mendidik orang ramai mengikut prinsip-prinsip dan ajaran
pendeta dahulu dalam kelasnya. Ajaran dan teorinya sebar luas keseluruh China oleh anak
muridnya dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Antara kandungan kitab falsafah Kung Fu Tze
Ajaran Confucius dimuatkan dalam kitab Lun Yu (Analects) yang disusun oleh anak-anak
muridnya. Kitab Analects banyak mengandungi order sosiopolitik yang normatif,perlakuan-
perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Itu sedikit sebanyak mengenai seorang guru yang
berjaya mengangkat sebuah peradapan yang penuh dengan masalah moral dan korupsi dari
kalangan para pembesar china pada zaman itu. Sama juga dengan kebangkitan tamadun-tamadun
dunia yang lain penglibatan guru tidak terlepas dalam catatan sejarah dunia .
Jadi profesion guru bukanlah satu pekerjaan yang ketinggalan zaman tetapi tetapi satu pekerjaan
yang mulia dan bernilai disisi umat manusia sepanjang perjalanan zaman dan merupakan tulang
belakang bagi setiap kemajuan sesebuah negara itu. Maka profesion sebagai pendidik adalah satu
kebanggaan bagi sesiapa yang mengalasnya tanggungjawab sebagai guru ini kerana kerana guru
merupakan peribadi yang mampu membina sebuah tamadun melangkaui masa dan zaman.