Guru Penyayang Dan Borang Mentor Mentee
-
Upload
cahaya-hidupku-nur -
Category
Documents
-
view
259 -
download
1
Transcript of Guru Penyayang Dan Borang Mentor Mentee
GURU PENYAYANG dan BORANG MENTOR MENTEEPANDUAN
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG
TUJUAN
1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di SMK Gerik
KONSEP
2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid merekamerupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
5. Objektif Guru Penyayang;
5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
AKTIVITI
6. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
6.1 Mengalu-alukan kehadiran murid
6.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3 Memberi penghargaan kepada murid
7. Jawatankuasa Program Sekolah Penyayang
7.1. Pengerusi : Pengetua
7.2. Timbalan Pengerusi : PK HEM
7.3. Naib Pengerusi : PK Pentadbiran
PK KO
PK Ting 6
7.4. Setiausaha : En Norshamsuddin bin Mohamed Noor
7.5 Pen Setiausaha : Pn. JamaliaH bt Abd Hamid
7.6. Bendahari : Pn Ratnamala a/p Kalimuthu
Ahli Jawatankuasa :
7.7. Semua Guru Kanan
7.8. Ketua Guru Disiplin
7.9. Ketua Warden
7.10. Ketua Guru Pengawas
7.11 KP Pendidikan Agama Islam
7.12 Setiusaha Majlis Ketua Tingkatan
7.13 Pen Setiusaha 2 RIMU
7.14 Penyelaras 3K
7.15 Setiausaha JK Kebajikan Murid
7.16 Setiausaha JK Kantin
7.17 Setiausaha JK Biasiswa
7.18 Penyelaras Tingkatan
8. Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti diLAMPIRAN A.
9. Senarai Mentor dan Mentee seperti di LAMPIRAN B
10. Jadual Perlaksanaan Program
TARIKH HARI MASA TEMPAT22/03/2012 KHAMIS 2.00 PM KELAS29/03/2012 KHAMIS 2.00 PM KELAS12/04/2012 KHAMIS 2.00 PM KELAS03/05/2012 KHAMIS 2.00 PM KELAS17/05/2012 KHAMIS 2.00 PM KELAS14/06/2012 KHAMIS 2.00 PM KELAS
11. Kos
Fail - 37 x 1.00 = RM 37.00
Bahan Edaran - 37 x 2.00 = RM 74.00
Jumalah = RM 101.00
Disediakan Oleh;
--------------------------------------------------
(NORSHAMSUDDIN BIN MOHAMED NOOR)
Guru Cemerlang B & K
Diluluskan Oleh ;
------------------------------
(ARFAH BINTI ISMAIL )
Pengetua
SMK Gerik, 33300 Gerik
LAMPIRAN A
PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG
Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut;
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
1. MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID
a. Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah
Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru
Semasa murid datang ke sekolah
Semasa murid pulang dari sekolah
i. Menyambut kedatangan murid;
a. Penampilan guru yang kemas dan ceria
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
ii. Membuat sapaan
a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah
Contoh: “selamat pagi” “selamat datang” “jemput masuk”
b. Lambaian pulang
Barisan kepimpinan sekolah dan sekumpulan guru yang diatur oleh pihak pentadbir sekolah
Contoh: “selamat pulang” “jaga diri baik-baik” “jumpa lagi”
c. Bertanya khabar
Contoh: “apa khabar hari ini?”
“dah makan ke belum?”
iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah
Contoh
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dll
iv. Membuat publisiti/promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan kain rentang
Contoh:
‘Kehadiran Anda Impian Kami’
b. Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah
i. Semasa di bilik darjah
ii. Semasa di kantin/dewan makan
iii. Semasa aktiviti kokurikulum
iv. Semasa perhimpunan
Interaksi Guru (rapport)
i. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa
ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid
iii. Membuat sapaan
iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap murid
Semua guru
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA2. MENTOR
MENTEE1. Pelaksanaannya
bertujuan untuk;
Membangunkan sahsiah diri murid
1. Guru dengan penuh rasa kekeluargaanmelaksanakan aktiviti mentor mentee.
2. Strategi pelaksanaannya;
MENTOR
Guru terpilih
MENTEE
Membina jati diri murid
Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid
2. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut;
i. Sesi ramah mesra
ii. Sesi makan bersama
iii. Meraikan hari lahir
iv. Bimbingan hala tuju hidup
v. Lawatan/ziarah keluarga
vi. Sesi perkongsian masalah
Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas mengikut kesesuaian sekolah
Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan diselaraskan dalam jadual waktu harian.
3. Pengisian semasa perjumpaan;
i. Membuat sapaan
ii. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee
iii. Membimbing mentee mengatasi masalah
iv. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya
v. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri
Semua murid
4. Tugas guru yang dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai salah satu tugasnya di sekolah
5. Aktiviti didokumentasikan
6. Menyediakan profile setiap mentee
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA3 PENG
HARGAAN MURID
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui;
Aktiviti meraikan murid;
i. Hari lahir murid
ii. Sambutan hari kanak-kanak
iii. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas termasuk perayaan
i. Guru meraikan murid dalam suasana gembira, rasa hormat, rasa dihargai dengan penuh kasih sayang
ii. Antara kaedah yang boleh digunakan;
a. Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah
b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan
Semua guru
termasuk pentadbir sekolah
utama di Sabah dan Sarawak
tema sambutan
Contoh:
Lagu Hari Lahir
Lagu Perayaan Utama
c. Menghantar kad ucapan
Contoh:
Kad Hari Lahir
Kad Hari PerayaanAktiviti meraikan murid boleh
dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.
LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM MENTOR MENTEE
SMK GERIK, 33300 GERIK
PERAK DARUL RIDZUAN
No. rujukan
KumpulanNama MentorNama MentorNama Ketua MenteeTarikh Kehadiran /Lokasi Tajuk modulMasa Kali ke
LAPORAN PERTEMUAN
Bahagian A : Jenis Aktiviti
Tandakan Yang Berkaitan
Bil Aktiviti √1 Sesi ramah mesra2 Sesi makan bersama3 Meraikan hari lahir4 Lawatan / zaiarah keluarga
5 Sesi perkongsian masalah6 Lain : Nyatakan :8 Lain : Nyatakan :
Bahagian B : Pengisian Semasa Perjumpaan
Tandakan Yang Berkaitan
Bil Pengisian √
1 Membuat sapaan2 Menyemak dan prihatin latar belakang3 Membimbing mentee mengatasi masalah4 Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya5 Membimbing mentee membantuk jati diri dan sahsiah6 Akhlak dan moral7 Lain : Nyatakan :8 Lain : Nyatakan :
Bahagian C : Kekuatan Membina Sekolah Penyayang
PERMERHATIAN MENTORKEKUATAN MENTEE KELEMAHAN MENTEE
CADANGAN PENYELESAIAN
Tanda Tangan Ketua Mentee Tanda Tangan Mentor
................................................ ..........................................................
( ) ( )
Tarikh ..........................................
Borang ini perlu diserahkan kepada PKHEM/KAUNSELOR selewat-lewatnya SEMINGGU selepas aktiviti dijalankan seperti yang dijadualkan. Terima kasih.