Guidelines for Schematic Design
-
Upload
ali-aimran -
Category
Documents
-
view
153 -
download
10
description
Transcript of Guidelines for Schematic Design
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 1 of 14
Guidelines for Schematic Design
1.0 Penamaan Papan Agihan
One of steps in schematic drawing is the naming of the distribution board. The DE will name it as follows: DB E 2 A L – R
Red Phase (For single phase DB only)
Lighting (L) / Socket (S) /Power (P) / Mechanical (M)
Location (Zone / Wing)
Level (2 for second floor)
Essential (for Essential supply) Example:
A) DB Essential (Power)
1 Single phase DB at level 1 zone A yellow phase - DB E1AP – Y
2 Three phase DB at level 2 - DB E2P
B) DB Normal, without Essential supply (Lighting)
1 Single phase DB at level 1 - DB 1L – R
2 Three phase DB at level 2 zone B - DB 2BL
2.0 Maklumat Yang Perlu Dalam Satu Lukisan Skematik
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 2 of 14
A) Jumlah Beban Tersambung (Total Connected Load) 1 Jumlah Beban Tersambung (TCL) adalah kesemua beban elektrik yang
direkabentuk dalam sesuatu pemasangan. (Sila rujuk lampiran 1)
2 Nyatakan dalam lukisan skematik dalam bentuk TCL Watt (Current Amp) contohnya: 4434W (21.74A)
B) Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor, DF)
1 Perbezaan atau nisbah di antara Kehendak Maksimum dengan TCL.
2 DF lazimnya tidak dapat ditentukan dengan tepat. DF hanyalah satu anggaran
sahaja berdasarkan panduan atau pengalaman atau data-data terdahulu.
3 Berbeza-beza mengikut fungsi dan penggunaan peralatan atau sistem. (Sila rujuk lampiran 2)
4 Kebiasaannya DF bagi lampu ialah 0.8 dan soket pula ialah 0.4. (Bergantung
pada penggunaan pada bangunan itu sendiri)
C) Kehendak Maksimum (Maximum Demand)
1 Kehendak Maksimum (MD) adalah beban yang digunakan oleh sesuatu pepasangan pada satu-satu masa sahaja kerana tidak semua beban elektrik digunakan serentak.
2 MD dan DF mestilah dianggarkan supaya tidak ‘overdesigned /
underdesigned’.
3 Kurang atau sama dengan TCL. 4 Nyatakan dalam lukisan skematik dalam bentuk MD Watt (Current Amp)
contohnya: 4000W (19.6A)
MD = TCL x DF
D) Protective Current Device / Incoming Switch Gears 1 Untuk tentukan kadaran rujuk di bawah:
a. Bagi DB adalah berdasarkan TCL b. Bagi SSB dan MSB terdapat 2 opsyen yang bergantung kepada
pertimbangan teknikal dan ekonomik yang tidak bercanggah:
i. berdasarkan MD + 20% (mengambil kira beban di masa akan datang)
ii. berdasarkan TCL
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 3 of 14
3.0 Contoh Praktikal
Lukisan dan Rekabentuk Papan Agihan (DB) Lampu dan Kipas
Rujuk pada lukisan skematik 1;
1 Setiap litar lampu dan kipas mestilah tidak melebihi 1000 watt atau tidak melebihi 10 punca bagi satu litar.
2 Setiap litar lampu dan kipas menggunakan MCB ber saiz 6 Amp.
Bagi lampu berkuasa tinggi saiz MCB DE perlu pertimbangkan menurut beban lampu tersebut.
3 Menentukan Bilangan Hala DB.
Tambah 20% kepada bilangan litar yang digunakan. Iaitu (R) = 8 + 20% (1.2) = 9.2 litar (Y) = 8 + 20% (1.2) = 9.2 litar (B) = 8 + 20% (1.2) = 9.2 litar Oleh itu bilangan hala yang paling hampir dalam pasaran ialah (10 hala x 3 fasa). Pemilihan bilangan hala kebiasaannya adalah angka genap.
4 Penentuan saiz MCCB / Suis Gear.
Daripada lukisan skematik 1, kita dapati:
Jumlah TCL = 1549W (25.35A) Oleh itu berdasarkan pada TCL kadaran MCCB untuk DB ini adalah 40A DP 10 kA
DF = 0.8
MD = TCL x DF = 1549 x 0.8 = 1239W (20.28A)
MD akan digunakan untuk jumlah di peringkat SSB kelak
5 Kepekaan RCCB yang ditetapkan bagi litar lampu dan kipas ialah 100mA, kadaran arus ambil yang maksimum iaitu 63A
6 Penentuan saiz kabel daripada MCB ke litar akhir.
Untuk litar lampu dan kipas, kabel yang digunakan ialah kabel PVC 1.5 mm². Bagi lampu kuasa tinggi DE perlu pertimbangkan menurut beban lampu tersebut.
7 Namakan DB dengan mengambil kira tempat di mana DB tersebut hendak
diletakkan
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 4 of 14
Lukisan Skematik 1
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 5 of 14
4.0 Lukisan dan Rekabentuk DB Soket Alir Keluar (S/S/O) Rujuk pada lukisan skematik 2;
1 Setiap litar soket mestilah tidak melebihi 1500 watt. dan punca soket 13A
pula tidak lebih dari 6. Sebagai norma setiap bilik dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya 2 bilangan soket untuk kegunaan am. Bagi setiap bilik yang akan dilengkapkan dengan point komputer, perlu tambahan 2 lagi soket.
2 Menentukan saiz MCB
MCB yang biasa digunakan adalah 20A dan 32A. Bergantung kepada jenis litar yang digunakan Ring circuit – 30A (tidak lebih daripada 10 bilangan S/S/O). Radial circuit – 20A (tidak lebih daripada 6 bilangan S/S/O).
3 Menentukan Bilangan Hala DB.
Tambah 20% kepada bilangan litar yang digunakan. Iaitu (R) = 5 + 20% (1) = 6 litar (Y) = 5 + 20% (1) = 6 litar (B) = 5 + 20% (1) = 6 litar Oleh itu bilangan hala yang paling hampir dalam pasaran ialah (6 litar x 3 fasa). Pemilihan bilangan hala kebiasaannya adalah angka genap.
4 Penentuan saiz MCCB / Suis Gear. Daripada lukisan skematik 2, kita dapati:
Jumlah TCL = 19500W (31.9A) Oleh itu berdasarkan pada TCL kadaran MCCB untuk DB ini adalah 40A DP 10 kA
DF = 0.5
MD = TCL x DF
= 19500 x 0.5 = 9750W (16.0A)
MD akan digunakan untuk jumlah di peringkat SSB kelak
5 Menentukan Kepekaan RCCB
Perlu buat 2 DB berasingan untuk S/S/O. a) DB untuk peralatan mudah alih
Untuk DB peralatan mudah alih, kepekaan RCCB ditetapkan 30mA, selaras dengan Peraturan 36 (3) Peraturan – Peraturan Elektrik 1994.
b) DB kegunaan komputer
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 6 of 14
Untuk DB komputer, kepekaan RCCB perlu dikira berdasarkan bilangan komputer yang akan digunakan. Arus bocor 1 set komputer (monitor+CPU+printer) dianggarkan antara 1.5mA hingga 3mA. Mengambil ’worst case scenario’, RCCB kepekaan 30mA hanya membolehkan anggaran 10 komputer sahaja dalam DB tersebut. Dengan itu DE perlu mengira dan menimbang bilangan komputer yang akan disambungkan ke sesuatu DB S/S/O, supaya tidak terlampau banyak dan juga tidak terlalu banyak DB yang kecil. Kebiasaannya RCCB kepekaan 100mA digunakan. Amalan ini selaras dengan Peraturan 36 (4) Peraturan – Peraturan Elektrik 1994. Dalam keadaan ini bilangan hala DB perlu diselaraskan.
Kadaran arus ambil yang maksimum iaitu 63A.
6 Bagi DB komputer SPD type B diwajibkan. Refer Chapter 17 untuk maklumat lanjut SPD.
7 Penentuan saiz kabel daripada MCB ke litar akhir.
Untuk litar jejari (radial), kabel PVC 4 mm² digunakan. Untuk litar gelang (ring), kabel PVC 2.5 mm² digunakan.
8 Namakan DB dengan mengambil kira tempat di mana DB tersebut hendak
diletakkan
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 7 of 14
Lukisan Skematik 2
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 8 of 14
5.0 Lukisan dan Rekabentuk DB bagi beban - beban lain Rujuk pada lukisan skematik 3;
1 Sebaik-baiknya peralatan mekanikal seperti split air cond unit, dsb yang dalam jumlah yang munasabah, mempunyai DB tersendiri.
2 Menentukan saiz MCB
Untuk Aircond (window atau split unit) dengan compressor tidak melebihi 2 h.p, saiz MCB yang digunakan ialah 32A. Pemanas air juga menggunakan saiz MCB yang sama. Bagi peralatan lain penentuan saiz mengikut beban yang sebenar.
3 Kebiasaannya DF = 1 bagi beban mekanikal.
4 Cara untuk menentukan bilangan Hala DB sama seperti untuk lampu dan
soket.
5 Penentuan saiz MCCB / Suis Gear. Daripada lukisan skematik 3, kita dapati:
Jumlah TCL = 40330W (66.0A) Oleh itu berdasarkan pada TCL kadaran MCCB untuk DB ini adalah 100A TPN
DF = 1
MD = TCL x DF
= 40330 x 1 = 40330W (66.0A)
MD akan digunakan untuk jumlah di peringkat SSB kelak
6 Pemilihan kepekaan RCCB
Kepekaan RCCB yang ditetapkan bagi litar yang mempunyai beban mekanikal seperti motor, kompressor dll. ialah 100mA untuk satu fasa dan 300mA untuk peralatan tiga fasa. Kepekaan RCCB yang ditetapkan bagi litar yang mempunyai beban water heater atau berkaitan dengan air ialah 10mA. Kadaran arus ambil yang maksimum iaitu 100A.
7 Penentuan saiz kabel daripada MCB ke litar akhir
Perlu dikira mengikut beban sebenar biasanya yang diberikan oleh CKM. Untuk Aircond (window atau split unit) dengan compressor tidak melebihi 2 h.p, kabel 4 mm² PVC digunakan dan peralatan yang menggunakan beban
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 9 of 14
mencapai 3 h.p menggunakan kabel bersaiz 6 mm² (bergantung pada voltan jatuh (volt drop), jenis motor, jarak, dsb). Rujuk jadual 1.
Current Rating
Cable Size
IEE 14th. Edition Table 1M & 2M
IEE 16th. Edition Table 9D1
Cross-sectional area (mm²)
Vd / A /m Cross-sectional area (mm²)
Vd / A /m
15A SPN TPN
2 x 2.5 16mV 2 x 1.5 28mV
4 x 2.5 14mV 4 x 2.5 15mV
20A SPN TPN
2 x 4.0 10mV 2 x 2.5 17mV
4 x 4.0 8.8mV 4 x 2.5 15mV
30A SPN TPN
2 x 6.0 6.8mV 2 x 4.0 11mV
4 x 10.0 3.5mV 4 x 6.0 6.2mV
45A SPN TPN
2 x 16.0 2.6mV 2 x 10.0 4.2mV
4 x 16.0 2.2mV 4 x 10.0 3.7mV
60A SPN TPN
2 x 25.0 1.6mV 2 x 16.0 2.7mV
4 x 25.0 1.4mV 4 x 16.0 2.3mV
100A SPN TPN
2 x 50.0 0.97mV 2 x 35.0 1.3mV
4 x 50.0 0.84mV 4 x 35.0 1.1mV
160A TPN 4 x 70.0 0.62mV 4 x 70.0 0.62mV
200A TPN 4 x 120 0.42mV 4 x 120 0.42mV
Jadual 1
8 Namakan DB dengan mengambil kira tempat di mana DB tersebut hendak
diletakkan
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 10 of 14
Lukisan Skematik 3
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 11 of 14
Lampiran 1: Panduan TCL
Tarikh Dikemaskini: 15.5.2006
BIL BUTIRAN ANGGARAN BEBAN
1 18W Fluorescent 24W
2 36W Fluorescent 42W
3 60W Tungsten 60W
4 100W Tungsten 100W
5 1 × 8W (F) EL 10W
6 2 × 8W (F) LAMPU ‘K’ SIGN 20W
7 9W PLC 15W
8 11W PLC 17W
9 13W PLC 19W
10 18W PLC 24W
11 9W PLCE 10W
12 11W PLCE 12W
13 13W PLCE 14W
14 18W PLCE 20W
15 50W Halogen Bulb 50W
16 70W Metal Halide/SON 80W
17 150W Metal Halide/SON 170W
18 250W Metal Halide/SON 280W
19 400W Metal Halide/SON 440W
20 Obstruction Light 100W
21 Loceng Elektrik Abaikan
22 2 × 8W (F) Insect Killer 20W
23 1500mm Kipas Siling 80W
24 1200mm Kipas Siling 60W
25 400mm Kipas Dinding 60W
26 500mm Kipas Dinding 80W
27 400mm Kipas Automatik 80W
28 200mm Kipas Pelawas 15W
29 250mm Kipas Pelawas 25W
30 300mm Kipas Pelawas 40W
31 13A 3P Switched Socket Outlet 250W
32 15A Switched Socket Outlet 500W
33 15A SPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
34 20A SPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
35 30A SPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 12 of 14
Lampiran 1: Panduan TCL (sambungan)
BIL BUTIRAN ANGGARAN BEBAN
33 15A SPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
34 20A SPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
35 30A SPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
36 15A TPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
37 20A TPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
38 30A TPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
39 45A TPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
40 60A TPN Isolator Ikut Kadar K.K Motor
Alat Penghawa Dingin
41 1 HP 746W
42 1.5 HP 1119W
43 2 HP 1492W
44 2.5 HP 1865W
45 3 HP 2238W
46 Pemanas Air 3Kw
47 Cooker 7.5Kw
48 Booster Pump Ikut Kadar K.K Motor
49 Fire Fighting Pump Ikut Kadar K.K Motor
50 Panel Penggera Kebakaran 250W
51 CO2 Point 500W
52 SATS System 500W
53 HI KLEEN System Ikut Kadar K.K Motor
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 13 of 14
Lampiran 2: Faktor Kepelbagaian (DF) Tarikh Kemaskini: 17 Januari 2007
Bangunan
Sekolah
Kesihatan
Masjid
Dewan
Asrama
Dewan Makan/Kantin
Pejabat
Makmal
Kuarters
Essential
Non-Essential
Sekolah
Eksekutif
Komputer
Sains
Lampu / Kipas
0.8 0.8 0.9 0.9 0.8 0.8 0.8 0.8 0.8 0.8 0.8 0.8
13A S/S/O
0.1 0.4 0.4 0.4 0.4 0.1 0.4 0.4 0.4 0.6 0.6 0.5
AC Motor Pump
1 1 1 1 1 - 1 1 1 1 1 1
Outdoor Lighting
1 1 1 1 - - - - 1 1 1 -
Water Heater
- - - - - - 1 1 - - - 1
Cooker Unit
1 1 1 - - - - - - - - -
Isolator
1 1 1 1 1 1 1 1 1 - - -
Nota: * Jika S/S/O terlalu banyak, faktor kepelbagaian perlu direndahkan kepada 0.2 * DF mungkin perlu dipertimbangkan berdasarkan waktu penggunaan – profil beban siang dan malam
Panduan Teknik Edisi Ke-4 2008 Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pg 14 of 14