Gst
-
Upload
heryani-mukhair -
Category
Documents
-
view
13 -
download
0
description
Transcript of Gst
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
Pendahuluan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan
pelaksanaan GST bermula 1 April, 2015 pada kadar 6% dalam pembentangan Bajet 2013 di
Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013 lalu. Cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan
satu sistem percukaian adil kerana ia mengagihkan beban percukaian dalam kalangan
kelompok penduduk secara lebih meluas berdasarkan jumlah penggunaan serta menetapkan
jeGSTnis dan kuantum cukai yang perlu dibayar seseorang pengguna bagi barangan dan
perkhidmatan yang digunakannya.
GST sistem cukai yang lebih telus
Ketika ini, negara terlalu bergantung pada cukai pendapatan individu dan badan korporat, lebih
kurang 28 juta penduduk Malaysia sekarang, tidak sampai dua juta adalah pembayar cukai
pendapatan. Sistem percukaian yang diperkenalkan ini lebih telus kerana pengguna mengetahui
jenis cukai yang mereka bayar serta jumlahnya.
Penduduk yang berpendapatan rendah hanya membayar jumlah minimum, memandangkan
mereka menggunakan barangan dan perkhidmatan perlu sahaja seperti makanan,
pengangkutan dan pendidikan, yang mungkin sifar kadarnya dan pengguna tidak perlu
membayar cukai tambahan. Cukai dikenakan terhadap mereka yang mampu berbelanja sahaja.
Memandangkan golongan lebih berada dan kaya menggunakan lebih banyak barangan dan
perkhidmatan, maka secara automatik, merekalah yang paling banyak dikenakan cukai di
bawah GST, bukan golongan berpendapatan rendah.
GST Menjana pembangunan
Pelaksanaan GST, kerajaan akan memperoleh hasil mencukupi bagi menjana pertumbuhan dan
membiayai lebih banyak projek pembangunan. Untuk membolehkan Malaysia mencapai status
negara maju menjelang 2020, kerajaan perlu melakukan reformasi terhadap sistem percukaian
sedia ada bagi memacu perniagaan dan pembangunan.
Transformasii percukaian seperti memperkenalkan GST, mungkin mengundang banyak kritikan
pada peringkat awalnya, namun dari segi ekonomi, ia merupakan suatu keputusan tepat.
Bagaimanapun, kerajaan perlu menghalang kenaikan harga barangan bagi memastikan ia tidak
membebankan kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.
Pakej bantuan GST
Pakej bantuan yang dirangka adalah tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak
RM300 pada tahun pertama pelaksanaan GST, tambahan BR1M kepada RM650 bagi yang
berpendapatan kurang RM3,000 dan BR1M sebanyak RM450 bagi yang berpendapatan antara
RM3,000 hingga RM 4,000.
Pelepasan Cukai
Bagi golongan berpendapatan sederhana iaitu pendapatan RM8,000 sebulan pula, mereka
diberi pelepasan cukai antara satu hingga tiga peratus, sekali gus boleh mencatat penjimatan
sehingga RM480, manakala bagi individu dengan pendapatan tahunan mencecah RM100,000
pula, penjimatan yang bakal diperoleh adalah RM1,950.
Malaysia, yang dianggap sebuah negara maju di rantau ini, akan ketinggalan jika masih
mengguna pakai sistem cukai sedia ada memandangkan Indonesia, Singapura, Kemboja dan
Vietnam telah lama melaksanakan GST. Pengguna harus sedar bahawa melalui pelaksanaan
GST, harga sesuatu barangan dan perkhidmatan adalah rendah berbanding di bawah
pelaksanaann sistem percukaian cukai sedia ada kerana ia mengelakkan cukai berganda.
Konsep nilai tambah
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada
pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak
berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika
jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu
yang ditetapkan.
Hanya satu cukai dikenakan
Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai
sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Kadar GST ditetapkan
pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.
Antara Faedah Pelaksanaan GST
o Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta
perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
o GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama
elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti
pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.
o Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman
serta perkhidmatan kewangan terpilih.
o Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar
kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan
dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun
semula.
o Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan diberi potongan cukai
tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
o Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan yang menghantar kakitangan
menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.
o RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli perisian perakaunan pada 2014 dan
2015.
o Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri
Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi memastikan kelancaran
pelaksanaan GST.
GST untuk Kesejahteraan Rakyat
Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan
rakyat. Kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara
yang mempunyai daya saing. Kerajaan telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah
untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk
bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat.
160 negara laksana GST
Dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum
memperkenalkan GST. Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan
meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi
menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.Sebanyak 160 negara di dunia melaksanakan
GST kerana ia diiktiraf struktur percukaian baik, menyeluruh dan efisyen.
Kesimpulan.
Pelaksanaan GST tepat pada masanya, sejajar dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status
negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. GST merupakan satu sistem
percukaian yang menyeluruh, cekap dan komprehensif, yang mana ia dapat menjana
pendapatan yang baik kepada negara, tapi pada masa yang sama, tidak membebankan rakyat.
Dengan kadar enam peratus itu, negara akan memperoleh RM23 bilion dalam tempoh sembilan
bulan pertama pelaksanaan GST, manakala dalam tempoh setahun pula ia akan mencecah
RM32 bilion dan seterusnya mencatat sedikit lebihan apabila ditolak BR1M dan pengurangan
cukai kepada individu dan syarikat. Cadangan orang ramai supaya kerajaan mengeluarkan buku
panduan harga yang menunjukkan perbezaan harga barangan dan perkhidmatan sebelum dan
selepas pelaksanaan GST.
FAHAMI KEBAIKAN GST SECARA TUNTAS
Kebanyakan kritikan pembangkang terhadap Bajet 2014 lebih bersifat politik semata-mata.
Antara yang menjadi sasaran ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang
akan dilaksanakan pada 1April 2015. Pembangkang mahu mengelirukan rakyat kononnya GST
menzalimi dan membebankan kehidupan rakyat. Ia sebenarnya adalah usaha pembangkang
untuk mewujudkan momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan. Pembangkang tidak
menghiraukan fakta sebenar GST yang akan dilaksanakan kerajaan mulai April 2015. Ia satu
sikap yang tidak bertanggungjawab dan satu usaha mensabotaj pelaksanaannya.
Sepatutnya pembangkang melihat pelaksanaan GST secara holistik dan realistik. Pembangkang
juga sepatutnya sedar bahawa ianya akan mula dilaksanakan kira-kira 17 bulan dari sekarang.
Tempoh ini memberi peluang kepada peniaga dan syarikat untuk membuat persediaan,
memberi rang kepada rakyat memahaminya di samping kerajaan masih bersedia menerima
pandangan mengenainya.
Namun, menyatakan pelaksanaan GST akan menindas rakyat terutama golongan
berpendapatan rendah (miskin) dan sederhana adalah satu tuduhan yang sangat tidak
bertanggungjawab sedangkan kebaikannya belum dirasai lagi. Nyata sekali bahawa
pembangkang cuba memberikan persepsi buruk mengenai pelaksanaan GST.
GST sebenarnya dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat. Sekiranya pengguna tidak
mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja. Ini
berdasarkan kepada GST adalah cukai penggunaan di mana lebih banyak anda pakai atau beli
lebih banyak anda bayar. Orang berada mungkin akan mengguna lebih. Ini secara tidak
langsung dapat menyumbang kepada pendapatan negara yang akhirnya dapat digunakan untuk
kepentingan rakyat juga.
Antara kebaikan lain GST ialah kadar GST adalah lebih rendah (enam peratus) berbanding
cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan enam peratus. SST adalah
cukai berganda, sebaliknya GST adalah sistem satu cukai terhadap barangan dan
perkhidmatan. Di bawah SST pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana
cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan
dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Pada masa sekarang, pengguna tanpa mengira kelas pendapatan telah membayar cukai jualan
dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar itu
terutamanya cukai jualan tidak tercatat di dalam resit kerana ia terselindung di dalam harga
bayaran. Apabila GST dilaksanakan beban cukai yang ditanggung akan turun. Ini bermakna
dengan pelaksanaan GST kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan
harga. Yang penting ialah apabila GST dilaksanakan pihak peniaga seharusnya menyalurkan
penjimatan tersebut melalui penurunan harga.
Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (HIP) akan mengalami penurunan
sebanyak 8-10 peratus. Kita yakin dengan penubuhan jawatankuasa pemantau GST yang
ditubuhkan kerajaan nanti dapat memastikan GST dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Kerajaan juga dari masa ke semasa akan menilai impak sosial terhadap rakyat kesan daripada
pelaksanaan GST.
Pengguna juga harus faham bahawa GST tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas,
pengangkutan awam, tol, pembelian dan penyewaan rumah kediaman, perkhidmatan kesihatan
dan pendidikan, pengeluaran pasport dan lesen, penggunaan elektrik bagi 200 unit pertama
bagi pengguna domestik dan pelbagai barangan asas dan perkhidmatan lain.
GST dapat meningkatkan aliran pendapatan negara. Kerajaan pusat dijangka akan menjana
lebih banyak pendapatan dengan pelaksanaan GST. Pendapatan kerajaan yang bertambah ini
dapat digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Lebih ramai
orang miskin akan dapat dibantu. GST juga membolehkan kerajaan mengurangkan cukai
korporat dan pendapatan.
Ini dapat menggalakkan pelaburan, mendorong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran
global yang berdaya saing. Pertumbuhan ekonomi negara pula akan mencipta pekerjaan dan
meningkat pendapatan. Pelaksanaan GST di 160 negara di dunia membuktikan GST adalah
sistem percukaian yang baik, cekap dan adil kerana semua orang membayar cukai berdasarkan
penggunaan.
Kesimpulan, GST membantu memperluaskan asas percukaian negara, memastikan negara
mempunyai sistem cukai yang lebih berdaya tahan serta memperbaiki pematuhan dalam urusan
kutipan cukai kerajaan. Agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Mata Wang
Antarabangsa (IMF) sudah lama mengingatkan kerajaan bahawa negara ini mempunyai sumber
percukaian yang kecil dan tidak dapat bertahan lama untuk jangka masa panjang. Hanya 1.5
juta sahaja pembayar cukai di negara ini, manakala sumber minyak pula tidak akan dapat
bertahan lama.
MOHD AYOP ABD RAZID
BPDN, Jabatan Penerangan,
Putrajaya