Golongan Pertengahan
Transcript of Golongan Pertengahan
-
7/29/2019 Golongan Pertengahan
1/15
Sejarah Eropah Awal
KEHIDUPAN DAN PENGKELASAN GOLONGAN PERTENGAHAN PADA
PENGHUJUNG ZAMAN PERTENGAHAN
1.0 Pengenalan
Zaman Pertengahan Akhir berlangsung dari tahun 1000 hingga 1300 AD, dan dikenali
sebagai High Middle Ages atau zaman Pertengahan Kemuncak. Dalam tempoh masa ini,
masyarakat bangsawan, dan gereja menjadi lebih kuat. Sistem feudal lebih dominan pada
zaman ini. William the conquerormenjadi Raja England. Magna Carta telah ditandatangani
oleh Raja John pada tahun 1215, maka buat pertama kalinya perjanjian ini telah mengehadkan
kuasa atau kekuatan raja.1
Benua Eropah pada tahun 1000 merupakan salah satu kawasan yang tidak berkembang
di dunia. Menurut penyataan Professor Philip Daileader dalam kuliahnya: In fact, Europe in
the year 1000 was one of the worlds more stagnant regions- an economically undeveloped,
intelectually derivetive, and geopolitically passive backwater.2 Pada penghujung zaman
Pertengahan, masyarakat Eropah terdiri daripada masyarakat yang dikelaskan mengikut
hierarki sosial berdasarkan corak ekonomi iaitu pekerjaan yang dilakukan oleh mereka.
Mobiliti sosial tidak berlaku ke atas masyarakat Eropah pada masa zaman Pertengahan.
Masyarakat Eropah pada zaman Pertengahan masih lagi terikat dengan sistem feudalisme.
Sungguhpun pada penghujung zaman Pertengahan pengaruh feudalisme semakin lemah tetapi
pengaruh feudalisme masih lagi dominan di Benua Eropah. Sistem feudalisme yang menjadi
tunjang kepada kehidupan masyarakat Eropah lenyap selepas kemunculan Renaissance dan
Reformation. Dunia moden yang wujud pada masa kini merupakan produk daripada zaman
Pertengahan.3
Berdasarkan tajuk Kehidupan dan Pengkelasan Golongan Pertengahan pada
Penghujung Zaman Pertengahan, skop perbincangan lebih menfokuskan tentang bagaimana
pengkelasan golongan pertengahan terbentuk dan bagaimana mereka menjalani kehidupan
mereka sepanjang tempoh penghujung zaman pertengahan tersebut.
2.0 Sistem feudal
1The Middle Ages, (07 sep 2008 )2 Philip Daileader,High Middle Ages, (07 sep 2008)3 Philip Daileader,High Middle Ages, (07 sep 2008)
1
http://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htmhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htmhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20Ancient%20and%20Medieval -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
2/15
Sejarah Eropah Awal
Sistem feudal ialah: a way of government based on obligations between the lord or
king and vassal.
Starting around 800 AD, a system called feudalism developed to bring more more
order to the countries of Europe. Feudalism is where nobles swear an oath of loyalty to a
leader and fight for him in exchange for land and other needs. The nobles were called
vassals. People in a feudal society would enter into a contract of right and obligations. Plots
of land, called fiefs, were given out, and leaders collected taxes and services from anyone
living on these land. This system of feudalism dominated the late middle ages for several
centuries.4Menjelang abad ke-12 sistem feudal ini boleh didapati hampir keseluruhannya di
Eropah Barat. The king gave large estates to his friends and relatives. Ladang-ladang ini
dikenali sebagaifiefterdiri daripada rumah, bangsal, peralatan, binatang dan petani (peasant).
Raja juga berjanji untuk melindungi vassalsama ada di ladang atau di mahkamah. Sebagai
balasan noble yang dikurniakan dengan fiefbersumpah untuk taat setia kepada raja. Nobleberjanji untuk tidak menentang raja. Mereka juga perlu menunaikan apa sahaja permintaan
raja. Raja mungkin meminta lelaki untuk berperang, wang atau nasihat. Noble juga
memberikan raja tempat untuk tinggal apabila raja pergi mengembara.
Setiap vassal raja juga ada seorang tuan tanah atau ketua penyewa dengan petani
miliknya. Setiap vassalakan menjadi tuan besar kepada sesiapa diberikan fiefdan masih kekal
sebagai vassalraja. Subtenantsecara bergilir-gilir membahagi-bahagikan tanah. Kadang-kala
4
Adele, The Medieval World, (07 sep 2008)
2
http://www.rockwood.k12.mo.us/RSOUTH/team62/worldhistory/midage/medievalworld.htmhttp://www.rockwood.k12.mo.us/RSOUTH/team62/worldhistory/midage/medievalworld.htm -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
3/15
Sejarah Eropah Awal
terdapat banyak peringkat tuan tanah yang mempunyai vassal di bawah mereka. The most
important promise of the vassal to the lord was the military. Vassalbiasanya berkhidmat
sebagai knight. Perkhidmatan ini berterusan kira-kira 40 hingga 60 hari setahun. Jika mereka
benar-benar diperlukan dalam peperangan mereka biasanya akan berkhidmat selama dua
bulan. Jika tidak terdapat peperangan knightakan melakukan latihan di istana selama 40 hari.
Hanya terdapat sedikit bilangan noble. Kebanyakan orang, kira-kira 9/10 merupakan
petani yang mengerjakan tanah untuknoble. Petani dibatasi oleh tanah. Jika noble menjual
tanah, petani juga akan turut terjual. Ini adalah kurang baik berbanding menjadi seorang
hamba. Kampung petani mempunyai antara 10 hingga 60 keluarga. Setiap keluarga tinggal
dalam pondok yang dibuat daripada kayu dan jerami. Lantai diliputi dengan jerami atau
buluh. Katil dibuat daripada timbunan daun-daun kering atau jerami. Kulit binatang
digunakan sebagai selimut. Api untuk memasak dinyalakan di tengah-tengah pondok dengan
asap keluar melalui lubang pada atap.5
3.0 Pengkelasan golongan pertengahan
Sistem feudal yang diamalkan pada zaman Pertengahan telah membentuk dan
mewujudkan pengkelasan masyarakat kepada pelbagai kelas atau tingkat hierarki iaitu
golongan noble (bangsawan), golongan knight, golongan peasant dan golongan borjuis.
Masyarakat zaman Pertengahan adalah terdiri daripada beberapa hierarki dan masih lagi
bergantung pada pertanian. Peasant yang bekerja di ladang adalah tulang belakang kepada
pembentukan ekonomi pertanian. Tanaman yang mereka hasilkan merupakan sumber bekalan
makanan kepada hierarki masyarakat.6 Kedudukan yang tinggi pada peringkat golongan
pertengahan ialah noble dan knight yang mengembangkan komitmen tentang idea tingkah
laku berdasarkan chivalry yang mereka sendiri tidak selalu amalkan. Bandar yang
berkembang menempatkan golongan tukang dan pedagang. Pedagang memperoleh kekayaan
dan kuasa dalam bidang ekonomi kewangan yang sentiasa meningkat tetapi keadaan keluarga
pedagang boleh berubah dan bilangan mereka selalunya tidak lebih daripada beberapa
generasi. Golonganpeasantbukanlah kelas yang teguh, merentasi Eropah dan masa, peasant
berbeza dari segi darjah perhambaan yang mereka lalui atau kebebasan yang mereka nikmati.
Paderi menarik diri daripada semua kumpulan ini peasant, townsfolk, knight, noble dan
wanita. Semua orang memberi sumbangan kepada gereja, dan membolehkan gereja untuk
5
Adele, The Middle Ages, (07 sep 2008 )
6 Masyarakat yang lain amat bergantung kepada tenagapeasantdalam menghasilkan sumber makanan.
3
http://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htmhttp://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htm -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
4/15
Sejarah Eropah Awal
berkembang. Daripada hamba kepada tuan tanah, daripada wanita peasant kepada abbsess,
daripada paderi yang menerima gaji kepada archbishop, masyarakat zaman Pertengahan
menjadi lebih kompleks. Tetapi peasantmasih lagi memainkan peranan sebagai asas kepada
masyarakat dan tuan tanah, sama ada paderi atau bukan ahli yang menuntut supaya perintah
dituruti dan mendapat manfaat daripada kelas bawahan yang bergantung pada kelas atasan.7
4.0 Corak kehidupan golongan pertengahan
4.1 Kehidupan bandar
Orang yang tinggal di bahagian bandar biasanya dikelompokkan oleh perdagangan.
Kebanyakan bandar mempunyai tembok dan pintu gerbang kota yang akan ditutup pada
waktu malam. Di pusat bandar, jalan adalah sempit dan rumah adalah tinggi (tiga atau empat
tingkat). Adalah standard untuk keluarga tinggal di tingkat pertama, tingkat kedua dan tingkat
ketiga. Manakala tingkat empat merupakan tempat tinggal untuk hamba. Api akan dikawal di
bilik tengah. Bandar zaman Pertengahan selalu berada dalam risiko kebakaran kerana
kebanyakan rumah dibuat daripada kayu. Hanya pedagang yang benar-benar kukuh sahaja
mampu memiliki rumah batu.8
Townswomen golongan pertengahan pada zaman pertengahan memiliki ukuran
kebebasan ekonomi, mereka bergantung lebih kepada pasar dan pengedar untuk barangan
mereka dan bagi wanita di kawasan desa, mereka memiliki hamba yang membantu keluarga
dalam tugas memasak dan mencuci.9
Kehidupan bandar mempunyai ruang terbuka bagi pameran barang-barang, gereja dan
terdapat bunyi bising daripada pencanang bandar (orang yang membuat pengumuman rasmi),
binatang, tukang besi, loceng dan kanak-kanak bermain. Kawasan kejiranan adalah sesak dan
kanak-kanak sibuk memusingkan gasing, bermain lingkaran, lumba lari dan bermain bola di
lorong yang sempit di mana mereka bertemu dengan golongan remaja yang sukar dikawal,
pelacur, perlawanan atau sabung ayam jantan, berjudi dan adanya berlaku rusuhan. Jalan-jalan
dipenuhi dengan pengedar, hamba dan orang daripada setiap ciri sosial, memakai fabrik dan
pakaian yang terdiri daripada pelbagai warna. Suasana di bandar adalah rancak sungguhpun
7J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926,
hlm.405
8Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time., hlm.400
9
Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time., hlm.399
4
-
7/29/2019 Golongan Pertengahan
5/15
Sejarah Eropah Awal
kehidupan adalah rapuh dalam lingkungan mereka. Bandar juga dilanda banjir dan kawasan
bandar menjadi tempat pembiakan penyakit. Pihak kerajaan amat bimbang dan kurang berjaya
dalam menangani penjagaan kebersihan kawasan bandar daripada kekotoran serta cara untuk
menghalau babi daripada jalanan.10
4.2 Kehidupan Noble
Golongan noble adalah antara kelas masyarakat yang wujud pada penghujung Zaman
Pertengahan. Noble mengambil kesempatan ke atas golongan yang berada di bawah
tanggungan mereka dan pada penghujung zaman Pertengahan kebanyakan orang di Eropah
terikat dengan bayaran cukai, memberi perkhidmatan tentera dan membantu dalam urusan
pentadbiran tempatan. Pegawai-pegawai rasmi kerajaan menjadi kelas profesional dan
bilangan pegawai rasmi kerajaan bertambah.11
Perubahan dari segi ekonomi dan politik telah berlaku di Eropah pada penghujung
zaman Pertengahan. Golongan noble berbanding kumpulan lain terganggu oleh pembangunan
ekonomi dan politik pada kurun ke-13. Noble mewakili tradisi tempatan dan amatur dalam
kerajaan dan kecenderungan untuk pemusatan dan profesionalisme menyebabkan mereka
kehilangan banyak peranan mereka. Sesetengah noble juga memasuki perkhidmatan
pemerintah yang berkuasa dan menjadi pentadbir yang lebih profesional atau kurang di
kalangan mereka, tetapi golongan ini merupakan minoriti dalam kelas sosial pada masa itu. 12
Sungguhpun kepentingan politik noble berkurangan secara mendadak, tetapi dari
aspek ketenteraan, kepentingan ketenteraan noble tidak berkurang.Noble masih menyediakan
tentera yang terbaik dan tentera berkuda yang terlatih. Tentera berkuda masih merupakan
senjata dominan dalam tentera Eropah. Walaupun noble kekal sebagai kelas tentera tetapi
noble kurang terlibat dalam peperangan semasa kurun ke-13 berbanding sebelumnya.
Sungguhpun noble telah kehilangan banyak fungsi politik mereka dan tidak mampu menyerap
tugas ketenteraan mereka tetapi mereka kekal sebagai satu kelas dengan kedudukan politik
yang dijamin, pendapatan besar yang diperoleh bukan melalui kerja dan hiburan yang
penting.13
10J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926,
hlm.40011 Strayer, Joseph R. and Munra Dana Carleton,. The Middle Ages 395-1500, United States Of America:Appleton Century Company, Inc., 1947, hlm 369
12The Middle Ages 395-1500, hlm 37113 Strayer, Joseph R. and Munra Dana Carleton,. The Middle Ages 395-1500, United States Of America:
Appleton Century Company, Inc., 1947,hlm 371
5
-
7/29/2019 Golongan Pertengahan
6/15
Sejarah Eropah Awal
Seperti kelas yang lain, golongan noble telah mencipta standard yang palsu dan
aktiviti-aktiviti sosial untuk menghalalkan hak istimewa mereka dan meneruskan kekuasaan
mereka. Standard dan aktiviti noble biasanya diringkaskan kepada perkataan chivalry.
Sebagai satu kod moral, chivalry memperkatakan tentang pemerintahan nobleman oblige
pahlawan sebenar merupakan pembela agama, pelindung kepada yang lemah dan tertindas,
contoh kepada kesetiaan, keberanian dan kemurahan hati. Chivalry adalah berdasarkan
kepada beberapa tradisi yang nyata. Dalam aspek ketenteraan chivalry diperoleh secara
langsung daripada feudalisme.14
Noble yang kaya menghabiskan kebanyakan masa mereka dalam istana. Pada masa ini
pengaruh idea romantic love telah muncul. Idea untuk mengagung-agungkan cinta atau
menjadikan cinta sebagai tarikan dalam hidup dan kesusasteraan adalah sesuatu yang baru dan
mengganggu. Tidak wujud idea romantic love sebagai pembukaan kepada perkahwinan.
Pekahwinan adalah perkara tentang perniagaan dan bukannya perasaan. Romantic love wujud
selepas perkahwinan dan biasanya dalam bentuk pemujaan isteri orang lain. Hal ini selalunya
permainan sosial yang tidak berbahaya tetapi adakalanya mendatangkan akibat yang serius
dan penzinaan selalunya dibiarkan berlaku atas nama chivalry. Terdapat juga tradisi agama
dalam chivalry meskipun ini kurang berkesan berbanding dengan bidang ketenteraan dan
tradisi bersopan-santun.15
4.3 Kehidupan Knight
Dalam zaman Pertengahan, kebanyakan knight diarahkan untuk berperang. Those
who fought on horseback, the knights of medieval Europe, rose in status in the High Middle
Ages, breaking into the ranks of the aristocracy by the twelfth century. They evolved a
chivalric ethos that justified and idealized a career based on war. Knight were mounted
combatants, military superior to other unmounted fighting forces, serving a lord or king. The
medieval Church justified the role of the knight in protecting the unprotected and pursuing
the Churchs enemies.16
Knight melakukan penawanan ke atas istana lain, terlibat dalam pertempuran yang
sengit dan mempertahankan istana mereka daripada ditawan. Tetapi knight tidak selalunya
14The Middle Ages 395-1500, hlm 37215The Middle Ages 395-1500, hlm 37316
J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926, hlm.
386
6
-
7/29/2019 Golongan Pertengahan
7/15
Sejarah Eropah Awal
baik dan berjaya dalam pertempuran. Maka dengan itu knight perlu melalui latihan demi
latihan yang lama, sukar dan membosankan. Pertama sekali knight perlu menjadi budak
pembantu ataupage kepada knight. Jika mereka melakukan kerja mereka dengan baik mereka
akan menjadi ketua tuan tanah. Dan jika mereka layak menjadi ketua tuan tanah, mereka akan
diberi gelaran dan menjadi knight.17
Apabila budak lelaki yang dilahirkan daripada keturunan knightmencapai umur enam
atau tujuh tahun dia akan dihantar daripada rumahnya ke istana yang berdekatan. Di istana
tersebut budak lelaki itu akan dilatih oleh tuan istana untuk menjadi seorang knight. Budak
tersebut merupakan seorang page.Page membantu tuannya untuk memakai pakaian dan
mengenakan baju besi. Page bermain banyak permainan latihan termasuklah bergusti, gusti
piggy-back, latihan pedang dengan pedang kayu yang tumpul dan perisai bulat yang sangat
kecil dikenali sebagai kancing dan latihan tombak di atas gulungan kayu yang telah dipotong
ditolak oleh dua orangpage yang lain ke arah quintain.18
Seseorang page jarang diberikan peluang untuk belajar membaca kerana mereka
beranggapan bahawa membaca bukanlah bercirikan kepahlawanan. Wanita di istana mengajar
knighttentang tingkah laku di meja makan. Page menunggu tuan bersama isterinya. Adalah
menjadi kewajipan dan hak istimewapage mengiringi tuannya dan isteri tuannya pada setiap
masa. Page belajar bagaimana untuk memburu dan menjaja. Apabila baju besi tuannya
berkarat,page akan menggulingkan baju besi tersebut di atas pasir agar karat tersebut hilang.
Page diajar agar menjadi bertindak pantas, bersopan dan boleh menyesuaikan diri. Page
kadang-kala menerima training-in-arms daripada ketua tuan tanah.19
4.4 Kehidupan borjuis
Abad ke-13 merupakan zaman Keemasan bagi penduduk yang tinggal di bandar.
Golongan noble dan pendeta mengalami kesengsaraan tetapi golongan borjuis mendapat
17 Jake,Life In The Middle Ages. ( 05 sep2008)18Quintain ialah sasaran pada penghujung papan yang berayun. Pada penghujung lain papan tersebut merupakanbeg yang dipenuhi dengan pasir. Apabila tombak mengenai sasaran penunggang perlu menundukkan kepala
dengan cepat atau beg pasir tersebut akan memukul belakang kepalanya19 Jake,Life In The Middle Ages. ( 05 sep
2008)
7
http://www.kyrene.k12.az.us/schools/Brisas/sunda/ma/1jake.htmhttp://www.kyrene.k12.az.us/schools/Brisas/sunda/ma/1jake.htmhttp://www.kyrene.k12.az.us/schools/Brisas/sunda/ma/1jake.htmhttp://www.kyrene.k12.az.us/schools/Brisas/sunda/ma/1jake.htm -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
8/15
Sejarah Eropah Awal
manfaat daripada pertubuhan ekonomi yang baru di Eropah. Perniagaan dan penghasilan
barang-barang meningkat, penduduk bandar bertambah besar dan corak aktiviti perdagangan
yang baru mula muncul. Golongan borjuis ialah kumpulan sosial yang giat tetapi agak sukar
untuk keluarga borjuis mengekalkan diri mereka atau hubungan mereka dengan perdagangan
lebih daripada dua atau tiga generasi. Kadar kematian penduduk di bandar adalah tinggi dan
kadar kelahiran sangat rendah dan akibatnya kadang-kala sesebuah keluarga akan pupus.
Anak perempuan borjuis akan menjadi nuns atau mengahwini keluarga aristokrat.
Secara umumnya, kerap berlaku kemasukan dan kewujudan ke dalam kelas atau keluar
daripada kelas borjuis.20 Sebagai orang yang bebas, keluarga borjuis beransur-ansur
menubuhkan dinasti mereka. Kebanyakan suku yang memerintah, secara dasarnya adalah
yang terlibat dalam perniagaan, mereka akan menjadi kuasa politik yang dominan di kota
kecil. Secara kebetulan, institusi baru yang melindungi hak golongan pedagang dan
infrastruktur yang membenarkan penyertaan aktif dalam pemerintahan masyarakat tempatan
diwujudkan semasa tempoh ini. Disebabkan penduduk beralih ke kawasan bandar, jawatan
baru sekitar kawasan perdagangan diwujudkan. Kerani, penulis, akauntan dan pengurus bank
merupakan antara pekerjaan yang memerlukan kebolehan menulis dan membaca dan
kebolehan mengira. Pendidikan untuk orang biasa merupakan satu tugas yang perlu dijamin
pada skala yang hingga kini tidak mungkin boleh berlaku. Dalam masyarakat feudal,
kebanyakan orang, termasuklah golongan bangsawan secara umumnya adalah buta huruf dan
pendidikan sebahagian besarnya adalah untuk golongan pendeta.21
Golongan borjuis di Eropah muncul sebagai golongan yang kaya pada abad ke-13.
Golongan borjuis ini menguasai perdagangan di Eropah. Kebijaksanaan golongan borjuis
menguasai peluang ekonomi yang wujud bukan sahaja menyebabkan mereka kaya malahan
kekayaan golongan borjuis ini telah membolehkan mereka memperoleh kuasa politik. Sikap
dan kepercayaan terhadap golongan borjuis menjadi penting kerana kekayaan dan kuasa
politik yang diperolehi mereka. Tingkah laku mereka mempengaruhi kelas yang lain dan
menjelang penghujung abad ke-13 tamadun Eropah telah memiliki ciri-ciri tertentu borjuis
untuk kali pertama. Banyak perkembangan yang berlaku dalam bidang ekonomi di Eropah
adalah hasil daripada kemunculan golongan borjuis. Perbankan dan pertubuhan pemodal
kapitalis merupakan sesuatu yang baru dalam abad ke-13 dan wujud daripada kemunculan
20J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926,
hlm.397
21 (05 sep 2008)
8
http://www.csupomona.edu/~plin/ls201/medieval1.htmlhttp://www.csupomona.edu/~plin/ls201/medieval1.html -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
9/15
Sejarah Eropah Awal
golongan borjuis. Kemunculan golongan borjuis ini akhirnya meruntuhkan sistem ekonomi
zaman Pertengahan.22
4.5 Kehidupan Wanita
Pada penghujung zaman Pertengahan, wanita memiliki kedudukan yang sukar dalam
masyarakat tidak kira sama ada mereka golongan noble ataupeasant. Sebahagian besar tugas
wanita ialah melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membakar roti, menjahit,
menenun dan memintal benang. Bagaimanapun, wanita juga memburu untuk mendapatkan
makanan dan berlawan dalam pertempuran, belajar menggunakan senjata untuk
mempertahankan rumah mereka dan istana. Sesetengah wanita zaman Pertengahan melakukan
pekerjaan lain. Terdapat wanita yang bekerja sebagai tukang besi, pedagang dan menjual ubat.
Yang lain ialah bidan dan ada yang berusaha secara kreatif seperti menulis, bermain alat
muzik, menari dan melukis.23
Sesetengah wanita dikenali sebagai ahli sihir, berkebolehan untuk menyihir dan
menyembuh penyakit. Yang lain menjadi nuns dan mendedikasikan hidup mereka kepada
Tuhan dan perkara rohani. Wanita yang terkenal dalam zaman Pertengahan termasuklah
penulis Christine de Pisan; ketua biara wanita dan pemuzik Hildegard of Bingen dan penaung
seni Eleanor of Aquitaine. Anak perempuan seorangpeasantberbangsa Perancis, Joan of Arc
atau Saint Joan, mendengar suara memberitahu dirinya untuk melindungi Perancis terhadap
pencerobohan tentera Inggeris. Joan of Arc berpakaian baju besi dan memimpin tenteranya
kepada kemenangan pada awal abad ke-15.24
Berikut merupakan sebuah cerita yang diselitkan oleh Kimberly mengenai kehidupan
seorang wanitapeasantdalam menjalani kehidupannya sehari-hari:
Yawn! I stretched my arms as I slowly climbed out of my straw filled pallet. I quickly dressed in my long tunicand splashed last nights water on my face and hands. I peeked out the door way at the chilly morning sky. Not
much of a greeting for tomorrows holiday I told my geese. Last year I paid my only penny to a band oftraveling men to teach me my letters and numbers. I cant write but I can count up to twenty. I can read fairly
well. I looked back at my bed where my two sisters were fast asleep. Our father had been killed in the peasant
revolt after my mother had died from the Black Death, that was five years ago. As I put out the breakfast of
bread and water I planned my day.
Breakfast-bread and water
Dressing my sisters-May and Melinda
Feeding my geese-corn and water
Dropping my sisters off at the garden to work
Spinning, weaving, sewing, embroidery, and carding wool
22 Strayer, Joseph R. and Munra Dana Carleton,. The Middle Ages 395-1500, United States Of America:
Appleton Century Company, Inc., 1947, hlm 38123The Middle Ages, (05 sep 2008)24The Middle Ages, (05 sep 2008)
9
http://www.learner.org/interactives/middleages/morefeud.htmlhttp://www.learner.org/interactives/middleages/morefeud.htmlhttp://www.learner.org/interactives/middleages/morefeud.htmlhttp://www.learner.org/interactives/middleages/morefeud.html -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
10/15
Sejarah Eropah Awal
Dinner-bread, water, and fried goose eggs
Walking my sisters over to help with the sheep
Working in the fields of wheat
Praying at the church with my sisters
Delivering my cloth goods to the castle
Supper-fried fish, fried goose eggs, bread and water
Preparing for bedPrayers before bed then retiring
Only a regular day in the life of a peasant girl!25
Seperti kebanyakan tamadun zaman purba yang lain, zaman Pertengahan merupakan
dunia untuk lelaki. Wanita mempunyai hak yang sedikit dan kebanyakannya terhad kepada
membesarkan anak-anak dan membuat tugasan rumah. Wanita golongan bangsawan
mempunyai hak yang lebih banyak berbanding wanita yang miskin, tetapi kualiti hidup
mereka hanya sedikit lebih baik daripada wanita miskin. Sesetengah wanita bangsawan diajar
untuk membaca dan menulis tetapi menjelang 1100, kod chivalry mula meletakkan
bangsawan wanita di atas kekaki (pedestal) sebagai objek yang perlu dihargai dan
dilindungi.26
4.6 KehidupanPeasant
Peasant merupakan penduduk luar bandar yang terlibat dengan pertanian dan
pembuatan kraf yang bekerja pada masa zaman Pertengahan dan membantu elemen
masyarakat yang lain contohnya berkhidmat kepada negara, tuan tanah, pedagang dan
townfolk.27 Masyarakat peasant tidak bersatu. Wujud pengklasifikasian golongan peasant
iaitu terdapat peasant yang kaya, peasant golongan pertengahan (sederhana) dan peasant
miskin yang bernasib baik sekiranya mereka dapat menyewa pondok dan terdapat tuan tanah
yang mengambil mereka bekerja. Kebanyakan peasant tidak bebas dan gelaran yang
seringkali digunakan untuk menggambarkan golonganpeasantialah serf. Peasantyang lain
adalah bebas dari segi undang-undang, sungguhpun mereka adalah ahli kelas sosial yang
rendah, mereka kekal merdeka. Sesetengah peasant ialah tukang dan mereka adalah tukang
kayu atau pekerja yang menghasilkan barangan daripada kulit binatang. Peasantmemperoleh
pendapatan dengan pembuatan dan mengurus rumah penginapan, menjual hasil di pasar,
membawa muatan barang-barang atau menenun pakaian di rumah.28 Masyarakat peasant
252 Kimberly, Women Of The Middle Ages,
( 05 sep 2008)26The Medieval World,
(07 sep 2008)27J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western
Civilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926,hlm.37828J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western
10
http://www.kyrene.k12.az.us/schools/Brisas/sunda/ma/1kimberly.htmhttp://www.rockwood.k12.mo.us/RSOUTH/team62/worldhistory/midage/medievalworld.htmhttp://www.kyrene.k12.az.us/schools/Brisas/sunda/ma/1kimberly.htmhttp://www.rockwood.k12.mo.us/RSOUTH/team62/worldhistory/midage/medievalworld.htm -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
11/15
Sejarah Eropah Awal
zaman Pertengahan bukan merupakan masyarakat perintis yang dapat memenuhi keperluan
sendiri tetapi bergantung pada pasaran dan artisan untuk membekalkan apa yang keluarga
individu tidak hasilkan. Biarpun benang ditenun di rumah, tetapi mereka lazimnya membeli
pakaian di pasar. Malahan roti dan bir turut dibeli daripada dihasilkan di rumah. Walaupun
banyak keluargapeasantmemiliki kebun sayur, ladang pokok buah-buahan dan tempat untuk
menyimpan babi, angsa atau arnab, mereka masih membeli makanan di pasar.29
Keluarga peasantyang lebih kaya memiliki satu atau dua orang hamba yang tinggal
bersama mereka tetapi secara umumnya keluarga mereka adalah kecil dan mungkin hanya
lima orang sahaja. Peasant tidak mempunyai bilangan anak yang ramai. Kadar kematian
dalam kalangan kanak-kanak adalah tinggi. Menjelang abad ke-12, kebanyakan peasant
tinggal di kawasan kampung yang mempunyai jalan yang lebih luas, rumah yang adakalanya
setinggi dua tingkat dan lantai kotor yang dibersihkan setiap hari. Sungguhpun kawasan
kampung adalah berbau dan orang biasanya berkongsi rumah dengan binatang, kebanyakan
orang mengamalkan nilai kebersihan. Suasana kehidupan mereka adakalanya adalah bising;
loceng gereja berbunyi, kedai-kedai tukang besi dipenuhi dengan bunyi bising, orang menjaja
barang dagangan mereka, kanak-kanak dan binatang merayau-rayau di jalan.30
Tugas atau pekerjaan peasant ialah mengerjakan tanah, membina jambatan dan
membaiki jalan. Sebagai ganti rugi atau ganjaran daripada perkhidmatan yang mereka
lakukan,peasantmenerima kurniaan makanan tetapi mereka juga kehilangan masa dan tenaga
untuk mengerjakan tanah mereka sendiri.Peasanttidak boleh meninggalkan tanah milik tuan
tanah, mengahwinkan anak mereka atau menyekolahkan anak lelaki mereka tanpa izin tuan
tanah. Keizinan biasanya melibatkan denda yang dibayar di mahkamah tuan tanah di mana
peasant tertakluk kepada keadilan lord. Apabila seseorang peasantmeninggal dunia adalah
perkara biasa untuk menguruskan heriot iaitu tugas kematian (biasanya salah satu daripada
binatangnya yang terbaik) untuk menandakan bahawa peasantmemegang barang-barangnya
dengan perintah tuan tanah.31
Civilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926,
hlm.379
29J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926,
hlm.382
30J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926,
hlm..38231
J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926,
hlm.379
11
-
7/29/2019 Golongan Pertengahan
12/15
Sejarah Eropah Awal
Penduduk kampung biasanya terlibat dalam memilih pembantu pendeta kariah dan
kerani dalam menjaga lampu, buku, perhiasan dan fabrik untuk bangunan. Peasant
menghadiri jemaah gereja bagi pembaptisan, jamuan makan malam di gereja, perarakan,
pengebumian dan khutbah. Kadang-kala persekolahan berlaku di sini dan semakin meningkat,
perlangsungan perkahwinan di kalangan mereka diraikan di gereja berbanding di rumah.32
5.0 Budaya masyarakat zaman pertengahan
5.1 Pakaian golongan noble
Kebanyakan orang dalam Zaman Pertengahan memakai pakaian yang dibuat daripada
bulu kambing dengan pakaian dalam dibuat daripada kain linen. Warna yang lebih terang,
bahan yang lebih baik dan jaket yang lebih panjang biasanya merupakan tanda orang yang
yang lebih kaya. Corak pemakaian aristokrasi dan pedagang yang kaya cenderung lebih
panjang dan berubah mengikut fesyen yang ditentukan. Menghampiri penghujung Zaman
Pertengahan, lelaki daripada kelas yang kaya berpakaian stokin dan jaket, selalunya dengan
skirt atau baju panjang yang mencecah paras lutut dengan kot yang dibuat daripada bahan
yang yang mahal. Wanita memakain gaun dan topi berbentuk kon yang dipanjangkan.33
Dalam zaman Pertengahan, bagi golongan yang kaya, kebanyakan pakaian dibuat oleh tukang
jahit. Some fabrics tailors used were: burnet, perse, lincoln, scarlet, kersey, russet, chalons,
damask, and sandal. (Most of the population, however, made their clothing themselves)34
Bagi golongan kaya, bulu dan permata selalu digunakan untuk melapik pakaian
mereka. Permata mereka adalah mewah dan kebanyakannya diimport dan selalu digunakan
sebagai jaminan terhadap pinjaman. Potongan permata tidak dicipta sehingga kurun ke-15 dan
kebanyakan batu permata kurang berkilau. Kerongsang cincin merupakan barang perhiasan
paling popular bermula abad ke-12. Intan menjadi popular di Eropah dalam kurun ke-14.
Menjelang pertengahan kurun ke-14 terdapat undang-undang untuk mengawal individu yang
memakai permata dan undang-undang tidak membenarkan knight untuk memakai cincin.
Adakalanya, pakaian dihias dengan perak tetapi hanya golongan kaya sahaja yang mampu
untuk memakai pakaian yang dihiasi dengan perak.35
32J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of WesternCivilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926,
hlm.383
33The Middle Ages, (05 sep 2008)34The Middle Ages, (05 sep 2008)35 Adele, The Middle Ages, (07 sep 2008 )
12
http://www.learner.org/interactives/middleages/morefeud.htmlhttp://www.learner.org/interactives/middleages/morefeud.htmlhttp://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htmhttp://www.learner.org/interactives/middleages/morefeud.htmlhttp://www.learner.org/interactives/middleages/morefeud.htmlhttp://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htm -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
13/15
Sejarah Eropah Awal
5.2 Pakaian golonganpeasant
Lelakipeasantmemakai stokin atau baju yang mencecah paras lutut manakala wanita
memakai gaun yang panjang dengan baju yang mencecah paras lutut tanpa lengan dan
penutup kepala untuk menutup rambut mereka. Jubah kulit kambing biri-biri dan topi yang
diperbuat daripada bulu biri-biri dan sarung tangan dipakai pada musim sejuk untuk
perlindungan daripada cuaca yang sejuk dan hujan. But kulit binatang ditutupi dengan kayu
untuk mengelakkan kaki daripada kering. Pakaian luaran pula hampir tidak pernah dicuci
tetapi seluar dalam yang diperbuat daripada linen selalu dicuci. Bau daripada asap kayu yang
menyerap pakaian bertindak sebagai deodoron. Wanita peasant memintal kapas ke dalam
benang yang ditenun bersama dengan kain untuk dijadikan pakaian.36
5.3 Bidang Pendidikan
Pendidikan di Eropah pada awal zaman Pertengahan hampir keseluruhannya berada di
bawah kawalan gereja, dan gereja mengekalkan pengaruhnya yang besar dan tidak merosot
selama lebih seribu tahun.37 Tetapi semasa zaman Pertengahan akhir, terdapat banyak jenis
sekolah contohnya seperti yang terdapat di England. Sungguhpun begitu hanya sedikit kanak-
kanak yang menerima manfaat daripada penubuhan sekolah ini. Terdapat sekolah kecil dan
tidak rasmi yang diadakan di kariah gereja, sekolah nyanyian di cathedrals, sekolah almonry
yang dikaitkan dengan biara, sekolah gereja kecil, sekolah persatuan, sekolah persediaan
tatabahasa dan sekolah penuh tatabahasa. Kurikulum sekolah ini terhad kepada perkara asas
seperti mempelajari huruf, ayat-ayat Bible serta upacara keagamaan dan pengajaran seperti
Hukum Sepuluh dan Tujuh Dosa Membawa Maut. Tatabahasa sekolah ditambah ke dalam
tatabahasa Latin, rencana dan terjemahan.38
Terdapat juga sekolah persendirian yang dianugerahkan seperti Winchester dan Eton.
Sekolah umum yang paling terkenal iaitu Eton ditubuhkan oleh Henry VI pada tahun 1440.
Kebanyakan sekolah tidak mempunyai buku dan pelajar diajar menghafal dan kemahiran
perseorangan guru. Kebanyakan guru merupakan paderi bawahan yang mana diri mereka
sendiri kurang menerima pendidikan. Kelas di sekolah yang lebih besar boleh menampung
36 Adele, The Middle Ages, (07 sep 2008 )37J.H., Robinson ,.Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western
Civilization from the Dissolutionof the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. 1926, hlm
13638 David Ross and Britain Express,Medieval Schools and Universities,
(07 sep 2008)
13
http://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htmhttp://www.britainexpress.com/History/Medieval_Schools_and_Universities.htmhttp://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htmhttp://www.britainexpress.com/History/Medieval_Schools_and_Universities.htm -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
14/15
Sejarah Eropah Awal
sehingga 100 atau lebih budak lelaki (tidak terdapat budak perempuan sungguhpun mereka
diterima di beberapa sekolah tempatan yang kecil) dan hari persekolahan adalah selama 13
jam dengan sarapan pagi sebagai makanan.39
Institusi pendidikan tinggi seperti universiti juga wujud semasa penghujung zaman
Pertengahan. Salah satu universiti yang terkenal dalam zaman Pertengahan ialah Universiti
Oxford. Menurut legenda, Universiti Oxford ditubuhkan oleh Raja Alfred pada tahun 872M.
Penubuhan Universiti Oxford dimulakan oleh Raja Alfred untuk menggalakkan pendidikan
dan Raja Alfred menubuhkan sekolah di seluruh wilayahnya. Kemungkinan terdapat sekolah
tatabahasa di Universiti Oxford pada kurun kesembilan. Universiti Oxford sebenarnya
bermula pada kurun ke-12 sebagai tempat berkumpulnya pelajar dengan guru-guru yang
terkenal. The university consisted of people, not buildings. Bangunan universiti muncul
kemudiannya sebagai pengiktirafan kepada kumpulan pelajar dan guru-guru yang telah wujud
lebih dahulu.In a way, Oxford was never founded; it grew. Universiti Cambridge ditubuhkan
oleh para pelajar yang melarikan diri daripada Oxford selepas banyak kejadian keganasan
antara universiti dengan bandar Oxford.40
Pelajar universiti memilih bidang pembelajaran mereka, mengupah profesor mereka
sendiri dan memilih masa belajar mereka sendiri. Mereka bebas untuk meninggalkan seorang
profesor sekiranya mereka bosan dengan profesor tersebut dan menyertai profesor yang lain
dan menghadiri beberapa kuliah sebelum memutuskan sama ada hendak membayar profesor
tersebut atau tidak. Satu-satunya buku ialah profesor itu sendiri dan pelajar menulis nota di
atas kulit kambing atau yang lebih umum di atas buku penggilap berlilin.41
Kesimpulan
Biarpun Eropah pernah mengalami Dark Ages sepanjang 500 hingga 1000 AD,42
namun Eropah mula berubah dan mencapai kemajuan pada akhir zaman Pertengahan. Hal ini
39 David Ross and Britain Express,Medieval Schools and Universities, (07 sep 2008)40 David Ross and Britain Express,Medieval Schools and Universities, (07 sep 2008)41 David Ross and Britain Express,Medieval Schools and Universities,
(07 sep 2008)42Adele, The Middle Ages, (07 sep 2008 )
14
http://www.britainexpress.com/History/Medieval_Schools_and_Universities.htmhttp://www.britainexpress.com/History/Medieval_Schools_and_Universities.htmhttp://www.britainexpress.com/History/Medieval_Schools_and_Universities.htmhttp://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htmhttp://www.britainexpress.com/History/Medieval_Schools_and_Universities.htmhttp://www.britainexpress.com/History/Medieval_Schools_and_Universities.htmhttp://www.britainexpress.com/History/Medieval_Schools_and_Universities.htmhttp://www.mce.k12tn.net/middleages/middleages.htm -
7/29/2019 Golongan Pertengahan
15/15
Sejarah Eropah Awal
dinyatakan oleh Profesor Philip Daileader bahawa The modern world is the product of the
medieval world.43 Sistem feudal yang telah runtuh memberikan impak kepada masyarakatEropah. Keruntuhan sistem feudal menyebabkan mereka tidak lagi terikat dengan corak
sistem tersebut yang mengongkong kehidupan mereka. Kebebasan yang diperolehi mereka
menunjukkan mereka telah bebas untuk berfikir, belajar, berdikari, mencari kebenaran dan
berusaha untuk keluar daripada kepompong kehidupan mereka yang sebelum ini dikawal oleh
golongan atasan yang lebih berkuasa. Setelah itu, maka wujudlah golongan intelektual dan
pemikir yang berperanan dalam mencetuskan idea-idea seperti humanisme dan sekularisme.
Ekoran daripada keruntuhan sistem feudalisme itu, maka Eropah telah mengalami
Renaissance dan Reformation yang menyebabkan mereka maju sehingga kini dan menjadi
contoh kepada negara-negara yang lain.
43 Philip Daileader,High Middle Ages, (07 sep 2008)
15
http://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20%20%20%20%20%20%20%0D%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20%20%20%20%20%20%20%0D%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20%20%20%20%20%20%20%0D%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20%20%20%20%20%20%20%0D%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20%20%20%20%20%20%20%0D%20Ancient%20and%20Medievalhttp://www.teach12.com/ttcx/CourseDescLong2.aspx?cid=8296&pc=History%20-%20%20%20%20%20%20%20%0D%20Ancient%20and%20Medieval