Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

93
Globalisasi

description

aa

Transcript of Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Page 1: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Globalisasi

Page 2: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

KONSEP DAN TEORI GLOBALISASI

• Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi biasanya diertikan sebagai merujuk kepada “rapid growth of interdependency and connection in the world of trade and finance.”

• Tetapi beliau sendiri berpendapat bahawa globalisasi tidak boleh dihadkan kepada fenomena perdagangan dan pengaliran kewangan yang berkembang dan kian meluas. Ini kerana “There are other trends driven by the same explosion of technological capability that have facilitated the financial changes. Globalization of communications is one such trend.”

Page 3: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Dalam terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya, Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi, Universiti Warwick, England juga menolak pengertian globalisasi yang yang terhad kepada fenomena ekonomi. Di samping itu, ia tidak dapat menerima pandangan yang mengatakan bahawa apa yang disebut globalisasi hanyalah merupakan fenomena Amerika Utara, bukannya fenomena Eropah.

• Insitut itu menekankan pendiriannya bahawa kefahaman tentang globalisasi mengambil pelbagai dimensi, iaitu politik, ideologi, ekonomi dan budaya. Banyak benda boleh diglobalisasikan. Antaranya, “goods, services, money, people, information, effects on the international order as well as less tangible things such as ideas, behavioural norms and cultural practices.”

Page 4: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Selaras dengan cakupan luas fenomena globalisasi ini, CSGR mempunyai dua pandangan terhadap fenomena itu. Pertama, globalisasi dilihat sebagai satu himpunan proses. Globalization is “the emergence of a set of sequences and processes that are increasingly unhindered by territorial or jurisdictional barriers and that indeed enhance the spread of trans-border practices in economic, political, cultural and social domains.”

• Kedua, globalisasi dilihat sebagai satu wacana. Globalization is “a discourse of political and economic knowledge offering one view of how to make the post-modern world manageable.”

Page 5: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• David Loy, seorang pensyarah dari Universiti Bunkyo, Jepun dan salah seorang pembentang kertas di Persidangan Globalisasi anjuran JUST melihat globalisasi sebagai “a complex set of developments: economic, political, technological and cultural.”

• Perisytiharan yang dikeluarkan di akhir Persidangan yang sama telah membuat kesimpulan berikut: “Globalization refers to the interconnectedness of human activity on a global scale, to the unprecendented flows of capital and labour, technology skills, ideas and values across state and national boundaries, but in ways which neither states nor nations can adequately control.”

Page 6: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Akhirnya, memandangkan bahawa globalisasi ekonomi pada umumnya dianggap sebagai teras fenomena yang dinamakan globalisasi, maka ingin diturunkan di sini satu definisinya yang dikira dapat membantu kita merumuskan erti dan ciri-ciri globalisasi secara komprehensif.

• “Economic globalisation is a deepening process of interdependence of world economies in various fields, including production and market, which optimize the distribution of various production factors and resources by promoting cross-border flows of human resources, capital, commodities, services, technology and information.”

Page 7: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Dengan mengambil kira ide-ide ini kita dapat mengemukakan makna komprehensif globalisasi seperti berikut.

• Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat, ide, nilai, institusi, atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat kian kait mengait, saling bergantung dan kompleks sifatnya.

Page 8: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Kita juga mengambil pendirian di sini bahawa hakikat yang dinamakan globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. “Globalization was a reality without a name.”

• Globalisasi tanpa nama ini sudah wujud bukan sahaja dalam era penjajahan dan imperialisme Barat yang bermula di sekitar tahun 1500 tetapi juga sebelumnya dalam era tamadun Islam menguasai dunia. Malahan trend globalisasi dalam era dominasi Islam pula dapat dikesan akar umbinya ke zaman pra Islam.

Page 9: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

GLOBALISASI DALAM ERA DOMINASI ISLAM

• Globalisasi dalam era Islam tertonjol dalam empat bidang iaitu bidang ilmu, bidang ekonomi khususnya perdagangan, bidang agama dan bidang sains dan teknologi.

• Bukanlah suatu perkara yang menghairankan kita kalau Islam muncul sebagai pencetus dan penggerak utama globalisasi pada masa lampau atau pada bila-bila masa. Sesebuah kuasa atau sesuatu peradaban tidak boleh menjadi penggerak globalisasi sekiranya ia tidak memiliki semangat globalisme.

Page 10: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Salah satu sumbangan besar Islam terhadap peradaban dunia ialah semangat globalisme dan kesejagatan yang telah dipupuknya dan ditiupnya ke segenap penjuru dunia. Semangat inilah yang telah memungkinkan Islam menjadi pengasas penulisan sejarah dunia, ilmu perbandingan agama, sosiologi, tradisi sains sejagat, institusi saintifik bertaraf “antarabangsa” dan penggembaraan dunia.

• Tanpa terasas semua amalan yang berdimensi global ini, sudah pasti kemajuan dunia dan proses globalisasi di zaman-zaman berikutnya lebih perlahan.

Page 11: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Di samping mempunyai semangat globalisme, Islam juga mempunyai institusi yang berperanan besar dalam meniupkan roh globalisasi di sepanjang zaman. Institusi haji merupakan agen terpenting globalisasi dalam peradaban Islam. Peranan institusi ini memang unik. Ia mencetuskan dan menggerakkan globalisasi dalam berbagai-bagai bidang termasuklah globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi politik.

• Oleh kerana institusi ini kekal sifatnya, maka peranannya sebagai agen terpenting globalisasi dalam Islam juga berkekalan. Hari ini pun, pada ketika dunia Islam tidak bermaya menghadapi cabaran globalisasi kontemporari, institusi hajilah satu-satunya institusi yang dapat menjamin semangat globalisme akan terus dihayati oleh dunia Islam.

Page 12: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Sikap positif Islam terhadap semua jenis ilmu pengetahuan telah memungkinkan tercetusnya gelombang pertama globalisasi ilmu yang pernah disaksikan oleh dunia.

• Dalam zaman kemegahannya, institusi ilmu seperti universiti betul-betul telah berperanan sebagai agen globalisasi ilmu dalam pengertian yang difahami hari ini.

• Pelajar-pelajar bukan Islam dari Cina di sebelah Timur dan dari England sebelah Barat seperti Roger Bacon dari Oxford telah menuntut di pusat-pusat ilmu dunia Islam untuk menimba ilmu pengetahuan.

Page 13: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Globalisasi moden tidak mungkin menjadi suatu kenyataan sekiranya tidak ada tradisi pelayaran dan penggembaraan global sebelumnya. Kemunculan peradaban Islam sebagai sebuah peradaban global telah membuka suatu era baru dalam dunia pelayaran dan pengembaraan.

• Zaman yang sama juga telah menyaksikan peningkatan globalisasi keagamaan menerusi aktiviti global dakwah Islam.

Page 14: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Kedatangan Shaykh Isma’il, utusan Sharif Mekah, ke Samudra pada kurun ketigabelas M. untuk berdakwah dengan disertai oleh bekas Raja Ma’abri (Coromandel coast), Sultan Muhammad, yang sanggup turun takhta demi dakwah dan kedatangan Makhdum Karim (Tuan Sharif Awliya’) ke Sulu pada kurun keempatbelas M. untuk menyebarkan Islam di kawasan itu harus dilihat dalam konteks globalisasi dakwah yang mendapat momentum baru mulai kurun ketigabelas M.

• Sebagai akibat dua dimensi globalisasi ini, Islam telah berkembang pesat di alam Melayu. Peradaban Melayu-Islam muncul sebagai peradaban terbesar dan paling berpengaruh di Asia Tenggara

Page 15: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Amat munasabah jika gelombang besar kedua globalisasi dianggap sebagai bermula di sekitar 1500 M. Tarikh ini menandakan bermulanya kejatuhan Islam sebagai kuasa dunia dan Islam sebagai peradaban terkemuka dunia.

• Serentak dengannya ialah bermulanya era dunia Barat Kristian sebagai kuasa dunia dan era peradaban Barat sebagai peradaban tergagah di dunia.

Page 16: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Dari perspektif global, ada tiga peristiwa besar lagi penting yang melambangkan era baru globalisasi.

1. Peristiwa pertama ialah kejatuhan benteng terakhir Kerajaan Islam Andalusia (Sepanyol) di Grenada pada tahun 1491.

2. Peristiwa kedua, pelayaran Christopher Columbus ke “Dunia Baru” dan penemuan benua Amerika olehnya pada tahun 1492.

3. Peristiwa ketiga ialah kejatuhan Kerajaan Islam Melaka di tangan bangsa Portugis pada tahun 1511M.

Page 17: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Dunia Islam dan peradabannya tidak jatuh seluruhnya serentak. Peradaban naik dan turun mengikut hukum-hukum alamnya sendiri. Ia tidak naik secara tiba-tiba dan tidak turun dengan serta merta.

• Setelah merosot ke suatu tahap, ia boleh naik semula ke puncak baru. Dalam era yang diperkatakan ini masih muncul kuasa baru dari kalangan umat Islam. Khasnya, Turki telah muncul sebagai kuasa dunia yang digeruni Eropah. Seluruh Balkan ditaklukinya. Tentera Turki mara hingga ke “gates of Vienna.” Tetapi pada umumnya, proses kemerosotan peradaban Islam telah bermula.

Page 18: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Dari segi pandangan kuasa-kuasa Barat sendiri, semangat globalisasi dalam gelombang kedua ini disemarakkan oleh tiga G yang masyhur, iaitu God, Gold and Glory.

• Dalam bahasa Melayunya, 3 K, iaitu “Ketuhanan, Kekayaan dan Keagungan.” Amat mustahak kita memahami semangat tiga G ini sekiranya kita ingin menyelami psiki (psyche) Barat yang mendorong mereka untuk mendominasi bukan sahaja globalisasi era penjajahan ini tetapi juga globalisasi kontemporari. Ada kesinambungan semangat antara dua era globalisasi ini.

Page 19: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Merujuk kepada G atau K yang pertama (“God” atau “Ketuhanan”), Barat berminat untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh dunia. Agama Kristian macam juga agama Islam adalah agama tabligh. Tetapi Islamlah yang mula-mula menglobalisasikan agama. Dunia Barat menglobalisasikan agama Kristian sebagai reaksi dan persaingan kepada Islam yang telah pun menjadi agama global.

• Fakta ini akan terus menjanjikan perebutan pengaruh dan pengikut antara dua agama ini. Implikasi politiknya juga banyak. Sepanyol dan Portugal yang merupakan dua kuasa dunia terawal dari Barat dalam era globalisasi yang diperkatakan ini telah berjaya menjadikan benua Amerika Selatan sebagai benua Katolik.

Page 20: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Asia Tenggara turut menerima kesan globalisasi agama Sepanyol yang mula tiba di kawasan ini di pertengahan kedua kurun keenambelas M. Kepulauan Filipino telah diKristiankan. Hanya keberanian dan kegagahan bangsa Moro yang telah menyekat kemaraan Kristianisasi ke Filipina Selatan.

• Apa pun, konflik 300 tahun di Filipina Selatan yang masih berterusan adalah kesan berpanjangan globalisasi agama yang diterajui oleh Sepanyol. Walaupun selepas kurun ketujuhbelas M pengaruh agama Kristian di Barat mengalami kemerosotan, namun di Afrika dan Asia agama itu terus berkembang. Dewasa ini, banyak kumpulan gereja di Barat bergerak cergas sebagai agen globalisasi agama Kristian. Kumpulan evangelical muncul sebagai penggerak yang paling aktif dan agresif.

Page 21: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Merujuk kepada G dan K yang kedua (“Gold” atau “Kekayaan” yang dilambangkan oleh emas), kuasa-kuasa Barat berminat untuk mengaut kekayaan tanah jajahan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

• Perebutan emas dan sumber kekayaan lain di tanah jajahan di tiga benua dan monopoli perdagangan dunia merupakan penggerak utama globalisasi era ini.

• Mereka telah berperang sesama sendiri kerananya. Alam Melayu terjejas bermacam cara dengan konflik di kalangan kuasa-kuasa kolonial ini. Khususnya, pembangunan dan kemajuan peradaban Melayu-Islam terjejas teruk.

Page 22: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Di peringkat awal era penjajahan ini, maksud “glory” yang meliputi ide kebanggaan dan kemegahan ditujukan kepada raja dan bangsa.

• Kemudian, apabila timbul kesedaran meluas terhadap hakikat peradaban Barat yang dikongsi bersama oleh pelbagai bangsa Eropah, konsep keagungan mula dipindahkan kepada peradaban Barat. Hari ini yang diagungkan ialah nilai-nilai Barat seperti nilai dan sistem demokrasi, yakni sistem pemerintahan.

• Dalam konteks zaman ini, tiga G merujuk kepada “gold, governance, and God.”

Page 23: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

GLOBALISASIDefinisi umum ekonomi

• Globalisasi merupakan satu proses: Peningkatan pergantungan ekonomi negara

terhadap negara lain

Kerterbukaan ekonomi negara kepada dunia luar

• Proses globalisasi: Pertumbuhan perdagangan antarabangsa

Aliran modal yang pesat

Peningkatan komponen perkhidmatan dalam perdagangan

Proses pengeluaran secara global dan kesediaan negara untuk bekerjasama dama ada dalam konteks liberalisasi pelbagai hala atau serantau

Page 24: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Faktor-faktor yang meransang globalisasi

• Perkembangan/perubahan dalam teknologi:– ICT

• Perubahan dalam teknologi pengeluaran:– mass production– transferable technology

• Suasana pasaran yang liberal:– sekatan pada paras yang minimum– liberalisasi dan komitmen di bawah WTO

Page 25: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

– Perjanjian-perjanjian serantau seperti EU, NAFTA dan ASEAN.

Perjanjian-perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Duahala, seperti Singapore-New Zealand FTA.

• Proses liberalisasi undang-undang dan peraturan domestic

Page 26: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Kesan Globalisasi

Page 27: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PENGARUH GOBALISASI TERHADAP PERADABAN

• Menurut Chandra, lapan aspek positif globalisasi ialah

(1) peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara,

(2) peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah,

(3) peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru komunikasi dan maklumat,

(4) komunikasi yang lebuh mudah dan juga murah,

Page 28: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

(5) peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi,

(6) peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia,

(7) penonjolan idea-ide dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia dan akhir sekali

(8) penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Page 29: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Jika diperhatikan, maka kita dapati bahawa sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial.

• Namun seperti yang ditegaskan oleh Chandra, semua aspek globalisasi yang dianggap positif ini sepatutnya dialu-alukan oleh semua agama.

Page 30: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Dari segi keburukan globalisasi pula, tigabelas perkara yang disenaraikan oleh Chandra ialah:

1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.

2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.

Page 31: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

3. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara Selatan

4. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.

5. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatann yang semakin melebar di negara-negara Utara sendiri.

6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.

Page 32: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

7. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.

8.Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan pancaindera dan mematikan roh”.

9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat.

10.Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

Page 33: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

11. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.

12. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.

13. Pengantarabangsaan penyakit.

Page 34: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Senarai buruk baik globalisasi yang diberikan oleh Chandra ini sudah cukup komprehensif.

• Perspektif peradaban adalah perspektif jangka panjang.

• Dalam perspektif jangka panjang, kita lebih mengutamakan isu-isu yang lebih pokok sifatnya seperti isu nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu pembentukan institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih kekal sifatnya.

Page 35: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Senarai buruk baik globalisasi tersebut mengesahkan kedudukan dimensi ekonomi sebagai dimensi terpenting globalisasi masa kini dan juga yang paling berpengaruh.

Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkan banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat dan ciri fenomena kapitalisme global yang menjadi teras dan tumpuan dimensi globalisasi berkenaan.

Page 36: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Kapitalisme menekankan ide dan amalan perdagangan bebas, liberalisasi pasaran kewangan dan pengaliran bebas modal tetapi nampaknya konsep kebebasan dan liberalisasi yang difahami dan diamalkan ini betul-betul bebas dari nilai-nilai murni yang diperjuangkan oleh Islam dan agama-agama lain.

Page 37: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Globalisasi ekonomi dalam era Islam juga mengamalkan pasaran dan perdagangan bebas tetapi amalan itu berdasarkan nilai-nilai kerohanian dan moral seperti keadilan dan kamakmuran bersama. Peradaban ekonomi yang negara ini perlukan ialah sistem, institusi dan amalan ekonomi yang didasarkan kepada nilai-nilai seperti itu.

• Prinsip-prinsip ekonomi dan ajaran-ajaran lain yang relevan dengan ekonomi seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. boleh memberi sumbangan besar terhadap usaha untuk membentuk peradaban ekonomi yang dihajatkan ini. Tetapi malangnya, dari segi teori dan amalannya, prinsip-prinsip ini agak terbiar. Apa yang disebut-sebut sebagai ekonomi Islam oleh beberapa kalangan perlu dikaji semula

Page 38: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Di Barat sendiri ada wacana tentang konsep pembangunan yang berasaskan keimanan dan kepercayaan agama (faith-based development). Misalnya, baru-baru ini dialog telah diadakan di Universiti Harvard antara agama-agama tentang konsep pembangunan ini.

• Dialog itu dianjurkan oleh beberapa pihak dan beberapa buah badan termasuk World Peace Foundation, Archbishop of Canterbury, Aga Khan Foundation dan World Bank. Tumpuan perbincangan ialah kepada pendekatan Islam terhadap isu pembangunan yang berasaskan keimanan.

• Institusi ekonomi yang didasarkan kepada ibadat haji dan prinsip zakat adalah contoh penting pembangunan ekonomi dalam pengertian yang diperkatakan. Ini menunjukkan bahawa ide pembangunan ekonomi yang berteraskan ajaran-ajaran Islam boleh diglobalisasikan.

Page 39: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Dari segi globalisasi maklumat dan ilmu, Chandra telah menyimpulkan dengan baiknya apabila beliau menyatakan bahawa kesan terburuk dimensi ini ialah pembanjiran maklumat yang tidak berguna. Islam sebagai agama yang menekankan kecintaan terhadap ilmu dan hikmah memandang dengan cukup serius masalah maklumat dan ilmu yang tidak berguna.

• Bahaya maklumat tidak berguna ini perlu diatasi dengan segera kerana ia boleh membantut usaha kita untuk melahirkan manusia yang benar-benar berilmu dan usaha mewujudkan budaya ilmu yang sihat.

Page 40: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Merujuk kepada globalisasi politik, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran ide-ide seperti demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaran-ajaran yang ada dalam agama dan tradisi kita. Yang nyatanya, wacana tentang ide-ide tersebut perlu dipertingkatkan.

• Sebilangan intelektual Muslim yang menetap di Barat menegaskan bahawa demokrasi bukanlah sistem yang ideal tetapi mereka juga berpendapat bahawa dalam konteks zaman ini ia merupakan yang terbaik untuk manusia.

• Apa pun pandangan kita tentang demokrasi, isu ini perlu ditangani dalam suasana bebas dan tenang. Kita yakin boleh diwujudkan sistem demokrasi yang lebih baik lagi dan yang serasi pula dengan ajaran Islam.

Page 41: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Begitu juga dengan isu pluralisme dalam pengertiannya yang luas, termasuklah pluralisme keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan politik.

• Dari segi globalisasi keagamaan, kami berpendapat bahawa trend masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian akan berterusan dan mungkin berkembang jika kita asaskan kepada perkembangan keagamaan masyarakat keturunan Cina di Taiwan, Singapura dan Hongkong. Apa implikasinya kepada masa depan pluralisme keagamaan di negara ini sukar hendak diramalkan.

Page 42: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

42

Kesan-kesan Negatif globalisasi

• Keupayaan untuk bersaing dari negara-negara yang sedang membangun:

– tahap teknologi– kos yang kompetitif dari pengeluar di kalangan negara-negara

maju (economies of scale)• Globalisasi telah mendorong mergers and acquisition oleh MNCs:

– bidang automotif, kewangan, industri pengeluaran ubat-ubatan.• Menimbulkan kuasa monopoli/oligopoli

Page 43: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

43

• Dalam sektor kewangan, globalisasi telah memberikan implikasi negatif:

spekulasi matawang krisis ekonomi dan kewangan industri belum matang produk-produk baru yang tidak difahami oleh

negara-negara membangun.

Page 44: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Ekonomi Malaysia dalam Pasaran Global

Page 45: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Kawasan Perdagangan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China Bebas ASEAN-China

(ACFTA)(ACFTA)

Page 46: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Coverage of Agreement

• Trade in Goods• Rules of Origin (ROO)• Certificate of Origin

(CO)• Trade in Services• Investment

KANDUNGANKANDUNGAN

• Pendahuluan• Rangka Kerja• Perdagangan Barangan• Peraturan Tempasal

(ROO)• Sijil Keutamaan (Form E)• Liberalisasi Sektor

Perkhidmatan• Pelaburan• Kerjasama Ekonomi

• Dana Pelaburan ASEAN-China

• Ekspo ASEAN-China• Prospek Kawasan

Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA)

• Impak ACFTA• Kesimpulan

Page 47: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUAN

• Rangka Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China telah ditandatangani oleh peminpin-peminpin negara ASEAN dan China semasa sidang Kemuncak ASEAN-China di Phnom Penh, Kemboja pada 4th November 2002.

• Pelaksanaan ACFTA telah bermula sepenuhnya pada 1 January 2010.

Ministry of International Trade and Industry

Page 48: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Pada 1 Januari 2010, duti import bagi 90% produk-produk dagangan antara ASEAN-6 (Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand and Singapore) dan China telah dimansuhkan.

• Pemansuhan duti bagi 150 baris Kod Kastam (NT2) akan dimansuhkan secara berperingkat menjelang 2012.

• Bagi negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Viet Nam (CLMV) pemansuhan duti kategori NT1 akan tercapai menjelang 2015. Walau bagaimanapun, pemansuhan duti secara berperingkat adalah dibenarkan ke atas 250 baris tarif bagi kategori NT2 sehingga 2018.

Ministry of International Trade and Industry

PENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUAN

Page 49: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• PERDAGANGAN BARANGAN: - Pelaksanaan bermula 1 Julai 2005. - (Early Harvest Programme (EHP) pada 2004. Pemansuhan duti secara berperingkat menjelang 2010.

• PERJANJIAN PERDAGANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN: - Pakej Pertama telah ditandatangani pada 14 Januari

2007 dan dikuatkuasakan pada July 2007. Protokal

bagi pakej kedua dijangka dikuatkuasana pada 1 Januari 2012.

• PELABURAN: - Perjanjian Pelaburan ASEAN-China telah ditandatanga pada 15 Ogos 2009 dan dikuatkuasan pada 1 Januari 2010 .

Ministry of International Trade and Industry

RANGKA KERJA

Page 50: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

- Peralatan Fotografi- Peralatan Elektrik- Gandum dan beras- Tembakau- Minyak sayuran- Tepung- Barangan kimia- Lain-lain: kopi & lada, gula, makanan &

minuman tin, bahan api galian, barangan plastik dan

getah

Ministry of International Trade and Industry

PERDAGANGAN BARANGAN

Page 51: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PERATURAN TEMPASAL (ROO)

• ASEAN dan China telah menguatkuasa ASEAN dan China telah menguatkuasa 527 baris 527 baris tariftarif bagi Peraturan Produk Spesifik ( bagi Peraturan Produk Spesifik (PSRPSR) seperti: ) seperti:

- tekstil and pakaian; - tekstil and pakaian; - produk plastik; - produk plastik; - produk kasut; - produk kasut; - produk besi dan keluli; - produk besi dan keluli; - Produk ikan tin- Produk ikan tin- minyak kelapa sawit dan aiskrim- minyak kelapa sawit dan aiskrim- barangan kemas. - barangan kemas.

Ministry of International Trade and Industry

Page 52: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Dengan pelaksanaan Peraturan Produk Spesifik, pengeksport/pengeluar dari ASEAN and China mempunyai pilihan dalam memenuhi kriteria produk tempasal i.e., samada 40% Regional Value Content (RVC) atau Peraturan Produk Spesifik (PSR), untuk layak ACFTA preferential rate.

• Pengeksport dari Malaysia perlu mendapatkan Sijil Keutamaan Syarat Tempasal (Form E) daripada MITI untuk menikmati konsesi tarif yang ditawarkan oleh China di bawah ACFTA.

Ministry of International Trade and Industry

PERATURAN TEMPASAL (ROO)

Page 53: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

LIBERALISASI PERKHIDMATAN

• Komitmen Malaysia Bagi Pakej Pertama:

i) WTO Doha Round; dan

ii) Sektor-sektor bagi pakej Pertama, Kedua dan Ketiga Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS):

- arkitek; - telekomunikasi;- kejuruteraan; - perkhidmatan

kewangan;- pendidikan; - perubatan; - pelancongan.

Ministry of International Trade and Industry

Page 54: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Tawaran China bagi Pakej Pertama:

- Perkhidmatan berkaitan komputer;- Perkhidmatan konsultasi pentadbiran;- Pembinaan;-Perkhidmatan alam sekitar;-Perkidmatan rekreasi; - Perkhidmatan pengangkutan

Ministry of International Trade and Industry

… LIBERALISASI PERKHIDMATAN

Page 55: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Rundingan bagi Pakej Kedua Perjanjian Perdagangan Dalam Perkhidmatan telah dimuktamadkan dan akan dikuatkuasa pada I January 2012.

Ministry of International Trade and Industry

…LIBERALISASI PERKHIDMATAN

Page 56: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PELABURAN

• Perjanjian Pelaburan ASEAN-China telah ditandatangan pada 15 Ogos 2009 dan mula dikuatkuasa pada 1 Januari 2010.

• Objektif Perjanjian Pelaburan Asean-China adalah untuk meningkatkan aliran pelaburan dan mewujudkan persekitaran pelaburan yang liberal, fasilitasi, telus dan berdaya saing antara ASEAN dan China.

Ministry of International Trade and Industry

Page 57: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Aliran FDI ke ASEAN Aliran FDI ke ASEAN

Partner country/regionValue

2007 2008 2009 2007-2009

ASEAN 9,682.0 10,461.5 4,428.9 24,572.4

USA 8,067.6 5,132.6 3,357.7 16,557.9

Japan 8,828.7 4,657.8 5,308.4 18,794.9

European Union (EU) 17,765.5 9,520.1 7,297.2 34,582.8

China 1,684.3 2,109.5 1,509.5 5,303.3

Republic of Korea 2,715.5 1,583.5 1,421.8 5,720.8

Australia 1,491.5 919.7 700.9 3,112.1

India 1,466.2 698.6 983.6 3,148.4

Canada 394.1 799.4 310.9 1,504.4

Russia 31.0 82.3 157.3 270.6

New Zealand 100.7 (165.1) 239.9 175.5

Pakistan 21.1 5.9 8.0 35.0

Total selected partner countries/regions 52,248.2 35,805.7 25,724.2 113,778.1

Others 22,147.1 13,694.1 13,898.8 49,740.0

Total FDI inflow to ASEAN 74,395.3 49,499.8 39,623.0 163,518.1

(US$ Million)(US$ Million)

Source : ASEAN Secretariat

Ministry of International Trade and Industry

Page 58: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

KERJASAMA EKONOMIKERJASAMA EKONOMI

• Bidang Kerjasama Ekonomi :

– Pertanian;– Meningkat daya saing syarikat-syarikat SME;– Standard, kerjasama kastam dan halangan-

halangan teknikal dalam perdagangan;– ICT;– Pembangunan Sumber Manusia (HRD);– Pelaburan; dan– Mekong River Basin Development

Ministry of International Trade and Industry

Page 59: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

DANA PELABURAN ASEAN-CHINA

• Perjanjian Dana Pelaburan ASEAN-China berjumlah US$ 10 billion telah diumumkan pada April 2009.

• Dana tersebut diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat ASEAN dan China untuk meningkatkan perjanjian ekonomi antara China dan negara-negara ASEAN.

Ministry of International Trade and Industry

Page 60: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Dana pelaburan bagi setiap projek adalah antara US$50 juta – US$150 juta.

• Projek-projek Infrastruktur terlibat:- Pengangkutan (jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan dan lapangan

terbang);- Tenaga (tenaga termal dan nuklear, tenaga grid);

- Tenaga yang boleh diperbaharui (angin, hidro, solar, biomas and geothermal);

- Utiliti (pelupusan sisa kumbahan dan pembentungan, sistem bekalan air bersih, sistem bekalan gas);

- Telekomunikasi (menara dan kabel telekomunikasi);- Saluran paip dan tangki simpanan (tangki simpanan dan saluran

bagi penghantaran minyak dan gas );

- Infrastruktur Sosial (sekolah, hospital, dan pusat perubatan dan kesihatan).

DANA PELABURAN ASEAN-CHINA

Page 61: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

EKSPO ASEAN-CHINAEKSPO ASEAN-CHINA

• Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) yang ke-7 telah diadakan pada 19-24 Oktober 2010 in Nanning, China. Ekspo ini merupakan acara tahunan dan Malaysia melalui Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) telah menyertai ekspo ini sejak mula diperkenalkan pada tahun 2004.

• Tema bagi CAEXPO ke-7 ialah "CAFTA and New Opportunities”.

• Sebanyak 101 buah syarikat Malaysia dengan 128 gerai pameran terlibat dalam ekspo ini.

• CAEXPO ke-8 akan diadakan pada 21-26 October 2011 di Nanning.

Ministry of International Trade and Industry

Page 62: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Produk-produk yang dipamerkan oleh syarikat Malaysia:Produk-produk makanan dan minuman;Produk-produk kesihatan dan kecantikan;Produk-produk am;Perkhidmatan;Motosikal;Agensi Kerajaan Tempatan; Agensi Kerajaan.

EKSPO ASEAN-CHINA EKSPO ASEAN-CHINA

Page 63: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Ekspo ini dilihat oleh syarikat-syarikat Malaysia sebagai platform penting dalam usaha menembusi dan mempromosikan barangan dan perkhidmatan bagi pasaran China.

• Hasil Jualan pada CAEXPO ke-7:

• Jumlah Jualan Sebenar   =        RM   23.1 juta• Jumlah Potensi Jualan =   RM 42.6 juta • Jumlah Potensi Pelaburan = RM 129.0 juta• Jumlah Pertanyaan =   6,270

Ministry of International Trade and Industry

Ekspo China-ASEANEkspo China-ASEAN

Page 64: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Pencapaian PerdaganganPencapaian Perdagangan ASEAN-China ASEAN-China

ASEAN-CHINA PERDAGANGAN / PELABURAN

Perdagangan

(Jumlah US$ billion)

Tahun Export Import Jumlah Dagangan

2009: 81.4 95.3 176.7 2008: 85.5 106.0 191.5 2007: 77.9 93.2 171.1Pelaburan

• Pelaburan China ke ASEAN bagi tahun 2009 berjumlah US$1.5 billion, berbanding US$2.1 billion pada 2008.

• Kadar purata pertumbuhan pelaburan 19.8% (2004-2009) – China rakan dagang terbesar ASEAN

Ministry of International Trade and Industry

Page 65: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PERDAGANGAN DUA HALA PERDAGANGAN DUA HALA MALAYSIA – CHINA (2005-2010)MALAYSIA – CHINA (2005-2010)

Year Total Export

(US$ bil)

Growth of Export

(%)

Total Import

(US$ bil)

Growth of Import

(%)

Total Trade

(US$ bil.)

Growth of Total Trade

(%)

Trade Balance(US$ bil.)

2010 25.03 19.86 20.63 9.52 45.66 14.95 4.40

2009 19.14 6.00 17.34 -9.26 36.48 -1.83 1.80

2008 19.05 19.60 20.08 3.35 39.13 10.48 -1.03

2007 15.42 24.44 18.81 11.08 34.23 16.72 -3.39

2006 11.61 21.24 15.88 16.8 27.49 18.64 -4.27

2005 9.28 8.88 13.16 27.01 22.44 18.83 -3.88

Page 66: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PERDAGANGAN DUA HALA MALAYSIA– CHINA

Page 67: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PENCAPAIAN PERDAGANGAN PENCAPAIAN PERDAGANGAN ASEAN-CHINA ASEAN-CHINA

• 2010, China merupakan:- Rakan dagangan terbesar (2 tahun berturut-turut);- Eksport destinasi kedua terbesar; - Penyumbang import kedua terbesar.

Ministry of International Trade and Industry

Page 68: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

5 EXPORT TERTINGGI KE 5 EXPORT TERTINGGI KE CHINACHINA

Export Utama (2010) % • Produk Elektrik dan Elektronik 50.8• Minyak Kelapa Sawit 12.3• Bahan kimia dan produk

berasaskan bahan kimia 8.7• Produk berasaskan getah 5.1• Pembuatan logam 4.4

Page 69: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Import Utama (2010) %

• Produk Elektrik & Elektronik 46.4

• Jentera , komponen dan perkakas 10.7

• Bahan kimia dan produk

berasaskan bahan kimia 7.8

• Pembuatan logam 5.9

• Peralatan Optik and saintifik 4.3

5 IMPORT TERTINGGI DARI 5 IMPORT TERTINGGI DARI CHINACHINA

Page 70: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

FAEDAH KAWASAN FAEDAH KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-

CHINA CHINA • Meningkatkan akses produk Malaysia menembusi

pasaran negara China melalui penurunan dan pemansuhan duti.

• Memansuhkan non-tariff barriers bagi eksport produk Malaysia ke China.

• Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi eksport perkhidmatan Malaysia.

• Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas akan mengurangkan peraturan-peraturan perdagangan eksport dan import.

Ministry of International Trade and Industry

Page 71: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Mewujudkan pasaran yang besar berjumlah 1.9 billion pengguna, GDP serantau US$2 trillion dan jangkaan jumlah dagangan US$1.23 trillion.

• Pemansuhan halangan-halangan tarif antara ASEAN dan China akan mengurangkan kos pengeluaran melalui peningkatan skala ekonomi, perdagangan antara rantau serta kecekapan ekonomi.

• Syarikat-syarikat ASEAN dan China akan lebih efisyen dan menggalakkan pengkhususan. Maka ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan taraf ekonomi serta menarik lebih banyak pelaburan ke rantau ini.

Ministry of International Trade and Industry

FAEDAH KAWASAN FAEDAH KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-

CHINA CHINA

Page 72: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PROSPEK KAWASAN PERDAGANGAN PROSPEK KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-CHINABEBAS ASEAN-CHINA

• Dengan liberalisasi pasaran China, terdapat prospek yang lebih bagi barangan Malaysia menembusi pasaran China yang besar.

• Faktor WTO - penurunan halangan tarif dan bukan tarif (tariff and non tariff barriers).

• Proses perindustrian yang pesat di China, mewujudkan peningkatan permintaan bagi keperluan barang metah dan barangan separuh siap.

Ministry of International Trade and Industry

Page 73: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

• Prospek eksport perkhidmatan Malaysian ke China adalah lebih terbuka dengan termeterainya perjanjian perdagangan dalam sektor perkhidmatan. China penawarkan peluang-peluang dalam pelbagai sektor untuk diterokai oleh Malaysia:

- perkhidmatan pembinaan;- ICT;- kesihatan;- projek-projek utiliti;- pendidikan;- kursus/latihan/kemahiran;- pelancongan; - konsultasi.

Ministry of International Trade and Industry

PROSPEK KAWASAN PROSPEK KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN CHINAPERDAGANGAN BEBAS ASEAN CHINA

Page 74: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

IMPAK KAWASAN PERDAGANGAN IMPAK KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN-CHINABEBAS ASEAN-CHINA

• Dengan liberalisasi pasaran barangan dan perkhidmatan, pesaingan di pasaran global akan lebih mencabar dan sengit.

• Syarikat-syarikat Malaysia perlu bersedia untuk menawarkan barangan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti pada harga yang kompetitif. Syarikat perlu sentiasa kompetitif dengan merangka strategi jangka panjang bagi pemasaran dan pembangunan produk.

Ministry of International Trade and Industry

Page 75: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

KESIMPULANKESIMPULAN

• Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) adalah salah satu pendekatan bagi mempercepatkan liberalisasi perdagangan.

• Melalui ACFTA Malaysia akan mendapat faedah pengecualian pengurangan tarif bagi barang-barang yang dikategorikan sebagai senarai sensitif dan amat sensitif .

• Dalam rundingan ACFTA, Malaysia akan: Mewujudkan dan meningkatkan peluang-peluang

perniagaan; Memastikan kepentingan produk-produk dan

sektor-sektor yang berkaitan terpelihara serta menyediakan persekitaran ekonomi yang kondusif bagi perdagangan .

Page 76: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Isu Dan Cabaran Masa Hadapan

Page 77: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

ISU-ISU UTAMA EKONOMI

1. Pertumbuhan & agihan

Pertumbuhan dan pembangunan yang tidak seimbang contohnya antara pantai barat & pantai timur dan antara bandar dan desa.

Agihan kekayaan dan pendapatan yang tidak adil antara kelas sosial dan kelompok etnik.

Page 78: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

ISU-ISU EKONOMI…….

2. Equality & Special Privileges

Perkara 153: Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Perkara 8: Semua orang sama rata dari segi undang-undang.

Perkara 8 (2):“kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan.

3. Pegangan ekuiti

Tidak mencapai matlamat DEB.

Page 79: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Dasar diwujudkan berikutan menangani cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh negara dalam membangunkan lagi sektor pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

DEFINISI DASAR NEGARAGaris panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang.

Dasar Negara

Page 80: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

TUJUAN DASAR

MEMBANTU NEGARA MENCAPAI

1. Matlamat keselamatan negara.

2. Perpaduan dan kestabilan negara.

3. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.

Page 81: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

DEFINISI DASAR AWAM

“Public Policy is Whatever Goverments choose to do or not to do”.

(Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975)

Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk kebajikan umum.

“SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN ATAU MASALAH DI DALAM MASYARAKAT.”

Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan Pelaksanaan Dasar Awam.

Page 82: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

ISU –ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU EKONOMI Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Masalah pengeluaran yang menurun dan

kekurangan tenaga buruh. Asas sektor pembuatan/perkilangan yang

sempit.(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil dan beberapa jenis industri gantian inport).

Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih rendah.

Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar.

Page 83: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN Polarisasi kaum. Penyalahgunaan dasar dan pengedaran

dadah antarabangsa. Keperluan pembentukan budaya kerja dan

sikap yang positif untuk pembangunan. Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan

walaupun menurun dari segi peratusnya. Saiz sektor awam yang masih besar beban

perbelanjaan yang tinggi. Isu pencemaran alam yang lahir daripada

aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.

Page 84: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.

ISU ANTARABANGSA Pergeseran politik kuasa-

kuasa besar di rantau ini. Masalah politik di rantau

Asia. Pendatang tanpa izin. Kecenderungan kuasa

besar untuk menguasai dan menentukan arus politik dan sistem ekonomi antabangsa dan lain-lain.

Page 85: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN

I. DASAR-DASAR EKONOMI

Wawasan 2020 RRJP (RM 6)/ DPN Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar pertanian Negara Dasar Halacara Baru Dalam

Pembangunaan Kampung Dan Luar Bandar

Page 86: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN

II. DASAR-DASAR SOSIAL/ETIKA KERJA

Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar/Program Pembaharuan

Dan Peningkatan Produktiviti:-• Dasar Pandang Ke Timur• Dasar Bersih, Cekap Dan

Amanah• Kepimpinan Melalui Teladan• Program-program

Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran

Dasar Wanita Negara Dasar Sosial Negara

III. DASAR-DASAR LUAR NEGERI

Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)

Antartika

Page 87: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PENERANGAN DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN

DASAR EKONOMI BARU• Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13 Mei

1969. Ia merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990)

• Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

• Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua Mata iaitu:-

i. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira kaum.

ii. Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

iii. Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek perkembangan ekonomi negara yang berterusan.

Page 88: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT MELIPUTI:-

• Usaha meninggikan pengeluaran pendapatan dan mutu kehidupan golongan miskin di mana 64.8% adalah Melayu, 26.2% Cina dan 38.2% India. (86% berada di luar bandar)

• Usaha menseimbangkan struktur gunatenaga supaya menjelang 1990 ianya mencerminkan susunan penduduk mengikut etnik.

• Usaha menambahkan pemilikan modal rakyat Malaysia khususnya Bumiputra dalam Syarikat Berhad. (Bumiputra 2.4%, bukan Bumiputra 34.3% dan pelabur asing 63.3%)

• Usaha membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputra supaya pada 1990 mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% daripada kegiatan dagangan dan perindustrian.

• Usaha memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui Program Pembangunan Wilayah.

Page 89: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

“SUNGGUHPUN TEMPOH DEB TAMAT PADA TAHUN 1990, MENGIKUT YAB

PERDANA MENTERI USAHA MENCAPAI MATLAMATNYA AKAN

DITERUSKAN DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG

MALAYSIA KEDUA 1991-2020”.

Page 90: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Rancangan Malaysia Ke 10Teras:

Mencarta pembangunan ke arah negara berpendapatan tinggi

Sasaran pertumbuhan 6 peratus Pendapatan perkapita dijangka meningkat kepada

RM38,845 (US$12,139) pada 2015 Membentuk ekonomi yang diteraju sektor swasta Menyokong pertumbuhan yang diteraju oleh inovasi Pekerjaan sepenuhnya Penstrukturan subsidi

Page 91: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Peruntukan

• RM230 bilion: 60 peratus pembangunan fizikal; 40 peratus pembangunan bukan fizikal

• Peruntukan sektor: ekonomi 55 peratus, sosial 30 peratus, keselamatan 10 peratus, pentadbiran am 5 peratus

Page 92: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

MENCARTA PEMBANGUNAN KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

• Ekonomi dipacu faktor dalam negeri, disamping mengambil kira persekitaran luar negara

• Memanfaatkan kepelbagaian di arena antarabangsa • Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi

pengkhususan• Menjayakan pertumbuhan yang diterajui produktiviti dan inovasi• Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan• Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah

terjejas• Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif• Menyokong perkongsian pintar dan berkesan• Menghargai khazanah alam sekitar• Kerajaan umpama syarikat berdaya saing

Page 93: Globalisasi Dan Ekonomi Malaysia

Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi

• Sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera kekal

• Membangunkan komuniti komersil dan perindustrian Bumiputera

• Mewujudkan peneraju industri yang lebih kukuh dan berdaya saing

• Memperluas dan mempertingkat pemilikan kekayaan secara kekal dan berterusan

• Menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan berpendapatan tinggi melalui peningkatan keupayaan dan insentif permintaan pasaran