Ghazal
-
Upload
yvonne-hew -
Category
Documents
-
view
504 -
download
23
Transcript of Ghazal
GHAZAL
1.0 PENGENALAN DAN SEJARAH GHAZAL
Perkataan „ghazal‟ dipercayai berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud
„bahasa kasih‟. Ia dikatakan sejenis puisi yang popular pada zaman Jahilliah untuk
masyarakat Arab. Menurut kajian, ghazal yang datang dari Parsi ini dikatakan
sebagai sejenis nyanyian dalam kalangan pemuda yang sedang bercinta.
Berdasarkan buku „Rangkaian Rubait‟ yang dihasilkan oleh Prof Dr. Syed Naquib al-
Attas, ghazal dikatakan sebagai sejenis seni yang iramanya mirip 22 kepada irama
di dalam Rubaiyat yang dinamakan „Hajat‟. Kebiasaannya, ghazal mempunyai 20
atau 40 baris(10 atau 12 bait). Bentuk ghazal dikatakan menyerupai Qasidah dan
pengisiannya adalah tentang tasawuf dan nilai kasih sayang.
Muzik ghazal adalah seni yang datang dari Tanah Arab sekitar abad ke- 18.
Raja- raja Bani Umaiyah dihiburkan oleh penyanyi Ghazal dari Parsi dan Greek yang
dibawa ke Tanah Arab. Dari tanah Arab, ia dikembangkan ke Parsi, Turki, India
(Hindustan), termasuk Johor (Malaysia). Kesenian ini juga bersoalkan tentang
pemujaan terhadap raja, negara keramat dan lain- lain.
Di Johor(Malaysia), Dato‟ Bentara Luar(Mohd. Salleh Perang) merupakan
tokoh yang menyemarakkan lagi muzik ghazal ini. Hal ini kerana, seni ini akan
diperkenalkan olehnya kemana sahaja dia pergi. Secara ringkasnya, susur ghazal
datang ke Malaysia adalah dari Tanah Arab, Parsi(dimainkan di istana), India(di
istana dan ubahsuai), Riau-Lingga, Teluk Belanga(istana, tidak diubah), Tanjung
Puteri(di istana dan sedikit diubahsuai), Batu Pahat(dimainkan di rumah penghulu
dan ketua kampung dan berlaku pengubahsuaian) dan daerah – daerah lain di
Johor.
Di Johor, Dato‟ Bentara Luar(Mohd Salleh Perang) telah membuka Batu
Pahat pada tahun 1893 dan beliau juga telah menubuhkan Wayang Bangsawan.
Wayang ini merupakan sejenis hiburan yang berbentuk nyanyian lagu- lagu Melayu.
Alatan yang digunakan adalah seperti gambus, biola, harmonium, tabla atau
dol(gendang). Pada tahun 1900, ghazal mula dipelajari oleh anak- anak Melayu
Johor yang dimana gurunya adalah berketurunan India bernama „Alpa‟ iaitu seorang
ustaz. Lagu- lagu yang dimainkan adalah lagu Parsi dan Hindustan tulen. 23
Rentak ghazal pula adalah daripada „langam‟ iaitu rentak hindustan tetapi
disesuaikan dengan jiwa masyarakat Melayu. Alatan asalnya adalah sharinggi, sitar,
harmonium dan tabla serta kemudiannya sitar digantikan dengan gambus dan
sharinggi ditukar kepada gitar. Lama- kelamaan, alatan ini diperbanyakkan dengan
penambahan alatan seperti biola, kecapi Jepun atau mendolin. Pada masa itu,
secara kebetulannya, alatan seperti mendolin dan biola ini pandai dimainkan oleh
orang Melayu.
Tidak lupa juga kepada Pendeta Ghazal Melayu Johor iaitu Pak Lomak(Musa
bin Yusof) yang menceburkan diri dalam bermain harmonium, tabla dan menyanyi
syair bahasa Parsi dan Hindustan. Selain itu juga, beliau telah mula belajar lagu2
Melayu dengan Encik Besar bin Md. Salleh. Pak Lomak telah memasukkan lagu-
lagu ini dengan laram- laram(stail) Parsi. Kesannya, lagu- lagu ini bertambah baik
dan sesuai dengan penggemar permainan atau kesenian ghazal Melayu. Beliau pula
telah mempelajari gitar dan menyesuaikan alat ini ke dalam permainan ghazal.
Akhirnya, telah ramai yang mendekati seni ghazal.
PERKEMBANGAN GHAZAL DI TANAH MELAYU
Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai asal usul ghazal di Tanah Melayu.
Pendapat pertama ialah daripada:
i) Dato Abdullah bin Mohamed
Beliau merupakan seorang peminat ghazal sebelum perang dunia ke-II. Beliau
mengatakan bahawa ghazal mungkin dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-
pedagang India pada abad ke-19 dan telah diperkembangkan di kawasan Riau-
Lingga oleh orang-orang bangsawan Melayu. Selepas kerajaan Temenggong Abu
Bakar berpindah dari Telok Belanga (Singapura) ke Johor Bharu, ghazal turut
dibawa bersama. Di Johor Dato Bengara Luar (Mohamed Salleh bin Perang) telah
memainkan peranan penting untuk memperkembangkan muzik ghazal dengan lebih
meluas bila beliau diarah oleh Sultan Johor supaya membuka bandar-bandar baru
seperti Muar, Batu Pahat dan Endau.
Pendapat ke-2 ialah daripada:
ii) Adibah Amim
Beliau mengatakan bahawa perkembangan ghazal di Malaysia telah dikaitkan
dengan kedatangan wayang Parsi dari India ke Johor pada awal abad ke-20.
Beberapa pegawai tentera seperti Colonel Musa, Colonel Yahya dan Major Lomak
yang begitu tertarik dengan muzik ghazal itu telah mempelajari alat-alat muzik
harmonium dan tabla daripada kumpulan Parsi itu. Mereka menyanyi melodi ghazal
dengan senikata pantun asli. Alat-alat muzik seperti gambus dan biola ditambahkan.
Adibah Amim juga berpendapat bahawa ghazal sangat popular di kalangan orang
bangsawan dan orang berpangkat tinggi terutamanya pada dekad 1930-an.
Walaupun tarikh dan cara sebenar ketibaan ghazal ke Malaysia tidak dapat
ditentukan, namun apa yang dapat dipastikan ilah bahawa ghazal telah dibawa ke
Tanah Melayu dari India.
2.0 CIRI-CIRI MUZIK GHAZAL
Ghazal digubah dalam bentuk kuplet, lima atau lebih.
Baris kedua bagi setiap kuplet (atau sher) dalam ghazal berakhir dengan
pengulangan baris ulang (refrain) bagi satu atau beberapa perkataan yang
dikenali sebagai radiif (walaupun radiif pada hakikatnya adalah ciri pilihan),
didahului oleh rima yang dikenali sebagai qaafiyaa. Dalam kuplet pertama
yang memperkenalkan tema, kedua-dua baris berakhir dengan rima dan baris
ulang supaya skima rima ghazal adalah AA BA CA dan seterusnya.
Tiada enjambement sepanjang kuplet dalam ghazal ketat; setiap kuplet mesti
adalah satu ayat lengkap (atau beberapa ayat) dalam dirinya sendiri.
Keseluruhan kuplet dan setiap baris dalam setiap kuplet mesti berkongsi
ukuran yang sama.
Secara mudah, ghazal adalah nama bagi satu bentuk dan bukan spesifik-
bahasa.
Dalam bahasa-bahasa Asia Selatan, sesetengah ghazal tidak mempunyai
sebarang radiif. Bagaimana pun ini adalah sesuatyang jarang. Ghazal
sebegitu dipanggil "ghair-muraddaf" ghazal. Qasidah Arab pra-Islam berima
tunggal; seperti qasidah yang lain, ghazal itu sendiri tidak mempunyai radiif.
Walaupun setiap sher itu sendiri mungkin adalah puisi bebas yang
berasingan, adalah mungkin bagi semua sher mempunyai tema yang sama
malahan kesinambungan pemikiran yang sama. Ini dipanggil musalsal ghazal
(ghazal berkait atau bersambung).
3.0 FUNGSI MUZIK GHAZAL
Memperkenalkan kebudayaan bangsa dan negara di mata dunia.
Menunjukkan warisan seni muzik ini sebagai warisan Melayu tradisional Johor
Memeriahkan majlis dan memberi hiburan kepada mereka yang hadir ke
majlis tersebut.
Terdapat unsur lawak jenaka dan tarian ala Arab bagi tujuan menarik orang
ramai untuk turut bersama-sama dalam majlis tersebut.
4.0 JENIS GHAZAL
Ghazal Johor
Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan
kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang daripada golongan bangsawan Johor
sering berulang alk ke Riau.
Mereka sering dihiburkan dengan persembahan ghazal
Ada diantara mereka itu telah mempelajari lalu memperkenalkan kesenian ini
di istana sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,
Singapura.
Bermula dari Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat
perhatian daripada Sultan, pembesar-pembesar negeri dan golongan istana.
Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat
dan pesat.
Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri,
kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar
Johor.
Perkembangan seni muzik ghazal di negeri Johor sering dikaitkan dengan
nama Allahyarham Datuk Benara Luar, Mohd Salleh bin Perang.
Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara juga turut
memperkenalkan seni muzik ghazal.
Muzik ghazal ini sering dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada
hari-hari keramaian tertentu.
Allahyarham Hj. Musa bin Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Lomak
merupakan orang yang mempopularkan kesenian ini.
Beliau banyak mencipta lagu dan menubuhkan kumpulan-kumpulan ghazal di
seluruh negeri Johor.
Generasi tua di Johor menganggap Pak Lomak adalah ghazal dan ghazal
adalah Pak Lomak.
Lagu-lagu ghazal Melayu termahsyur seperti Seri Mersing, Seri Banang,
Embun Menitik, Puteri Ledang, Gunung Banang, dan banyak lagi.
Ciri-ciri Ghazal Johor
Merupakan lagu Melayu asli juga, tetapi bezanya terletak pada cara lagu-lagu
itu dinyanyikan.
Seni kata lagu ialah pantun dan juga digunakan syair apabila membawa lagu-
lagu rancak.
Bahasa yang digunakan adalah mengikut loghat Johor-Riau. Tiga komponen
penting dalam susunan lagu ghazal ialah Khasidah, Parsi dan Hindustan.
Lagu-lagu yang dibawa juga bukannya tertumpu kepada lagu Melayu asli
sahaja, tetapi juga membawa lagu seperti irama Joget, Zapin, Masri dan
sebagainya.
Intro dan penutup lagu ghazal boleh diubah atas kreativiti tetapi tidak boleh
diubah sehingga menghilangkan identity Muzik Ghazal.
Pemain Ghazal bermain secara “By Heart” mengikut kemahiran masing-
masing.
Dipersembahkan di dalam ruang rumah. Tatatertib penting terutamanya cara
keluar masuk serta pakaian
Dipersembahkan secara duduk
Pemain secara bertimpuh
Penyanyi secara bersila
Pakaian seragam ialah baju Teluk Belanga Johor bagi lelaki dan Baju Kurung
Cekak Musang bagi perempuan
Alat-alat Muzik Ghazal Johor
1. Peti Harmonium
Iaitu sejenis alat muzik yang berasal dari India. Peti harmonium
digunakan sebagai alat mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu ghazal.
Ia merupakan alat muzik erofon.
2. Tebela/Tabla
Sepasang gendang kecil yang berasal dari India. Yang kecil
dinamaakan Din dan yang besar dinamakan Bam. Alat ini penting bagi
memainkan rentak dan juga tempo. Ia merupakan alat muzik
membranofon.
3. Biola/Violin
Violin biasa disebut biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit
daripada violin. Biola tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi
violin adalah lebih sesuai. Alat ini berasal daripada Barat, Jepun dan
negeri China. Alat ini digantikan dengan alat muzik sharinggi India. Ia
merupakan alat muzik kordofon.
4. Gambus
Sejenis alat muzik yang berasal dari nergara Arab, juga dikenali
dengan sebutan Od. Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India.
Alat muzik ini juga perlu ada dalam permainan muzik ghazal Johor. Ia
merupakan alat muzik kordofon.
5. Gitar
Sejenis alat muzik dari Negara Barat. Alat ini juga perlu ada bagi
memainkan melodi dan rentak muzik ghazal Johor. Ia merupakan alat
muzik kordofon.
6. Tamborin
Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan
(India). Alat ini digunakan sebagai alat rentak dan tempo. Ia
merupakan alat muzik Idiofon.
7. Marakas
Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor.
Alat ini juga berperanan sebagai alat tempo. Ia merupakan alat muzik
Idiofon.
Ghazal Parti
Perkataan „Parti‟ bermaksud keramaian
Persembahan ghazal ini adalah bagi hiburan rakyat.
Terdapat di daerah utara Pantai Barat Semenanjung seperti di Pulau Pinang
dan Kedah.
Lazimnya, ia membawakan lagu-lagu berirama padang pasir.
Sebuah persembahan yang menggabungkan muzik, lagu, lawak dan tarian.
Gaya bahasa yang digunakan cenderung kepada dialek utara iaitu dialek
Kedah dan Pulau Pinang
Lagu-lagu yang popular ialah seperti “Alabaladi”. “Anawintal Wahdina”,
“Ahbabinna”, “Wai Ya”, “Ya Gamil”. “Istak nay a albi”, “Ah-Yazid”, “Yaana”,
“Ifrah Ya Albi” dan banyak lagu.
Lagu-lagu yang disampaikan adalah berunsur cinta da nada jugga berunsur
dakwah/nasihat.
Ciri-ciri Ghazal Parti
1. Penari Ghazal Parti
Pada akhir tahun 1940 an, wanita tidak dibenarkan menjadi penari. Hal ini
demikian kerana, ulama ketika itu iaitu haji Ahmad Badawi telah melarang
wanita menari.
Kesannya, lelaki yang menjadi penari gelek kepada lagu-lagu berirama
padang pasir yang memerlukan merka memakai pakaian wanita.
Fungsi tarian ala wanita diadakan untuk meramai dan memeriahkan
setiap persembahan ketika itu.
Pada waktu itu, pakaian wanita yang dipakai ialah tudung, kain batik dan
baju kurung. „Mak Nyah‟ atau pondan hanya muncul pada tahun 1950 an.
Pada tahun 1970 an, penari sudah tidak digalakkan ada persembahan
Ghazal Parti.
2. Cara Persembahan
Pada awal persembahan, Ghazal Parti akan memainkan instrumental
yang berentak Arab sebagai pembuka lagu yang menjadi pengenalan
kepada sesebuah kumpulan yang membuat persembahan.
Selepas itu, beberapa lagu akan didendangkan dan disampaikan oleh
seorang penyanyi sambil berdiri. Lagu utama yang dimainkan adalah lagu
yang berunsur Arab. Lagu sampingan yang turut dipersembahankan
seperti lagu Hindustan dan Dangdut.
Semasa lagu dimainkan, penari-penari akan masuk mengiringi
persembahan. Tarian yang ditarikan akan dilakukan secara bebas
mengikut rentak lagu tersebut. Penari-penari adalah terdiri daripada kaum
lelaki yang menyerupai kaum wanita.
Ghazal Parti turut menylitkan lakonan berunsur lawak jenaka/sketsa
pendek yang biasanya disampaikan dipertengahan persembahan.
Lawak jenaka bertujuan memberi masa kepada pemuzik untuk berehat
seketika kerana persembahan ghazal ini memerlukan masa yang panjang
untuk satu-satu persembahan.
Lawak yang disampaikan bukan berunsur seliptik tetapi berbentuk verbal.
Lagu Arab yang disampaikan mempunyai alunan taranum antaranya
bayati, hijjaz, nahwan dan rast. Contohnya:
Lagu „Albaladin‟ – alunan bayati sahaja
Lagu „Irfah Ya Albi‟ terkandung alunan bayati dan hijjaz (di awal dan
akhir lagu) dan hijjaz (dipertengahan lagu).
Tempo lagu – rentak masri, samba, inang, dangdut.
Alat-alat Muzik Ghazal Parti
1. Gambus
Sejenis alat muzik yang berasal dari nergara Arab, juga dikenali
dengan sebutan Od. Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari
India. Alat muzik ini juga perlu ada dalam permainan muzik ghazal
Johor. Ia merupakan alat muzik kordofon.
2. Violin
Violin biasa disebut biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit
daripada violin. Biola tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal
tetapi violin adalah lebih sesuai. Alat ini berasal daripada Barat,
Jepun dan negeri China. Alat ini digantikan dengan alat muzik
sharinggi India. Ia merupakan alat muzik kordofon.
3. Akordion
Merupakan satu alat muzik yang berbentuk seperti kotak. Alat
muzik ini tergolong dalam keluarga erofon. Ia dimainkan dengan
cara memampatkan atau mengembangkan peti suaranya sambil
menekan butang atau kekunci.
4. Marakas
Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal
Johor. Alat ini juga berperanan sebagai alat tempo. Ia merupakan
alat muzik Idiofon.
5. Tamborin
Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan
(India). Alat ini digunakan sebagai alat rentak dan tempo. Ia
merupakan alat muzik Idiofon.
6. Double Bass
Dabal bes atau double bass, juga dipanggil kontrabes, ialah sejenis
alat muzik bertali bebusur besar, dengan ketinggian 2 1/2 kaki. Ia
dalam keluarga biola dan merupakan alat biasa dalam orkestra
simfoni moden. Double bass merupakan alat muzik keluarga
kordofon.
7. Bongo
Bongo berasal dari Negara Cuba dan dikenali sebagai „Oriente‟.
Bongo merupakan alat muzik keluarga perkusi. Ia terdiri daripada
dua buah drum yang berlainan saiz - satu kecil dan satu lagi yang
lebih besar. Bongo merupakan alat muzik membranofon.
8. Seruling Flut
Seruling flut berasal dari Indonesia. Ia biasanya digunakan dalam
permainan gamelan. Seruling ini biasanya dijumpai di Sunda, Jawa,
Maluku, dan Bali di Indonesia dan Mindanao dan Sulu di Filipina.
Seruling merupakan alat muzik erofon.
Perbezaan Antara Ghazal Johor Dan Ghazal Parti
Ghazal Parti Ghazal Johor
Lagu Banyak membawakan
lagu-lagu Melayu Asli
seperti Sri Mersing, Siti
Payung, Patah Hati dan
Seri Banang
Membawa lagu-lagu
berirama padang pasir
seperti lagu „Alabaladi‟,
„Anawintal Wahdina‟,
„Ahbabinna‟, „Wai Ya‟, „Ya
Gamil‟, „Istak na ya albi‟,
„Ah-Yazid‟, yaana dan
Ifrah Ya Albi
Cara Persembahan Penyanyi menyanyi
secara berdiri/ ada lawak
Penyanyi menyanyi
secara duduk/ tiada lawak
Alat Ada 8 alat muzik – iaitu
gambus, akordian, violin,
seruling flut, marakas,
tamborin dan double bass
Ada 7 alat muzik – iaitu
harmonium, tabela/table,
violin, gambus, gitar,
tamborin dan marakas
Tarian Ada tarian
Tiada tarian
5.0 Kesimpulan
Keunikan muzik ghazal menjadi akar tunjang yang kuat menjadikan ghazal
masih mampu bertahan hingga kini. Pelbagai cara telah dilakasanakan untuk
memperkembangkan muzik tradisional ghazal di Malaysia supaya ia tidak hilang
ditelan zaman. Sebagai contoh, Yayasan Negeri Johor telah memperkenalkan muzik
ini sebagai salah satu matapelajaran kokurikulum di sekolah-sekolah rendah di
Johor Bharu. Hal ini adalah untuk menggalakkan pelajar dari generasi muda
memahami dan sekaligus meminati muzik tradisional ini.
Selain itu, muzik ghazal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Ghazal
Johor dan Ghazal Parti. Kedua-dua ghazal ini mempunyai alat muzik tradisional
yang tersendiri dan bertujuan untuk memberi hiburan kepada pendengar. Perbezaan
kedua-dua jenis ghazak ini dapat dilihat dari segi cara persembahan, bilangan alat
yang digunakan dan juga jenis lagu yang dibawa. Lagu Ghazal Johor tidak
mengandungi tarian dan jenaka manakala lagu Ghazal Parti mengandungi unsur
lawak jenaka dan diiringi oleh tarian.
Kesimpulannya, adalah penting untuk kita mengekalkan muzik tradisional ini
supaya ia tidak pupus ditelan zaman kerana muzik tradisional ini mampu
menggambarkan adat dan tradisi rakyat Malaysia.
6.0 REFLEKSI
HEW JING TING, MICHELLE
920229-08-6060
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan
sekumpulan saya yang telah membantu saya dengan berkongsi maklumat dan
bersama-sama menyiapkan kerja kursus ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus
ini, terdapat banyak cabaran yang saya hadapi. Antaranya, masalah internet yang
menyukarkan saya untuk mencari bahan maklumat. Selain itu, rangkaian internet
yang dbekalkan oleh pihak maktab juga telah menyekat scrib dan ini menyukarkan
penvarian maklumat yang lengkap. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, saya telah
menggunakan „broadband‟ sendiri.
Seterusnya, pelbagai aktiviti maktab yang dijalankan telah menyebabkan saya
perlu merangka jadual waktu supaya masa saya lebih terancang dan kerja kursus
dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Selain itu, saya berasa amat bangga dapat melaksanakan kerja kursus ini
kerana saya dapat memperoleh pelbagai manfaat hasil daripada kerja kursus ini.
Antara manfaat yang saya peroleh hasil daripada pelaksanaan kerja kursus ini ialah
saya dapat mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam lagi tentang muzik
tradisional Ghazal. Saya juga berpeluang untuk mengetahui jenis-jenis alat muzik
yang digunakan dalam muzik Ghazal. Bukan itu sahaja, saya juga telah mampu
mengenalpasti perbezaan antara Ghazal Johor dengan Ghazal Parti, sejarah dan
perkembangan muzik ini di Malaysia.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah Pendidikan Muzik
saya kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan kerja
kursus ini. Tanpa bantuannya,tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna. Begitu juga kepada ibu bapa saya yang telah membantu saya
dengan memberi saya sokongan sepanjang masa saya menyiapkan kerja kursus ini
Akhir kata, saya bersyukur kerana dapat belajar dan memperoleh banyak maklumat
serta pengalaman sepanjang membuat tugasan ini yang mampu saya aplikasikan
dalam pengajaran saya sebagai seorang guru muzik pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
YVONNE HEW JING PEI
930604-08-5748
Saya, Yvonne Hew Jing Pei, berasa amat bersyukur kerana dapat
menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua ahli kumpulan saya dan pensyarah subjek Pendidikan Muzik kami, Pn
Hanizah Abdul Bahar, kerana membantu dan memberi sokongan kepada saya
sepanjang kerja kursus ini.
Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan yang
berguna serta dapat memantapkan lagi pengetahuan saya terutamanya mengenai
kepentingan muzik tradisional Ghazal. Saya juga memperoleh banyak faedah,
pengalaman dan pengetahuan melalui tugasan ini. Melalui tugasan ini saya dapat
memahai muzik tradisional Ghazal dengan lebih mendalam dan terperinci. Selain itu,
tugasan ini mengajar kami untuk bekerja secara sistematik dan berkumpulan dalam
mengumpul sumber maklumat dengan lebih mudah dan cepat. Saya akan mencuba
untuk mengaplikasikan segala pengetahuan yang saya peroleh dari tugasan dalam
keadaan sebenar.
Saya akan mencuba sedaya upaya untuk menerapkan apa yang telah saya
belajar dalam Pendidikan Muzik ke dalam pengajaran saya di kelas kelak agar muzik
tradisional ini tidak akan pupus di kalangan generasi masa depan.
Melalui tugasan ini, saya telah belajar untuk menghargai muzik tradisional kita
seperti Ghazal. Terutamanya sebagai seorang guru muzik. Saya mempunyai
tanggungjawab untuk terus mengembangkan muzik tradisional dan memastikan ia
tidak pupus. Oleh itu, tugasan ini telah membantu saya memahami muzik Ghazal ini
dan saya boleh menerapkannya dalam pengajaran saya di dalam kelas kelak.
Saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada
masa dan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang
lain kerana telah memberi kerjasama yang baik dan berusaha keras dalam
penyiapan tugasan ini. Tanpa bantuan dan kerjasama mereka tugasan ini tidak
mungkin dapat disiapkan dengan begitu jayanya. Saya berasa amat gembira kerana
dapat menyiapkan tugasan ini kerana saya dapat menambahkan pengetahuan saya
dalam bidang muzik Ghazal ini.
ALIAA IRYANI BINTI MD. ZELAN
930118-02-5336
Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya
akhirnya dapat juga kami menyiapkan kerja kursus Pendidikan Muzik ini.Sepanjang
menjalankan kerja kursus ini, terdapat banyak kekangan dan cabaran yang kami
hadapi. Antaranya, masalah internet yang menyukarkan kami untuk mencari bahan
maklumat. Hal ini kerana rangkaian internet yang kadang-kala tidak memuaskan.
Selain itu, ada juga bahan maklumat dari internet telah disekat. Masalah ini
menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk meminjam ‟broadband‟ dari rakan kami
yang lain ataupun pergi ke pusat internet yang berdekatan.
Di samping itu, kami juga mengalami masalah dalam pembahagian masa
kerana terdapat banyak tugasan yang perlu diselesaikan dan dihantar pada masa
yang sama ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti di maktab ini yang padat. Hal ini
kadang-kadang menyebabkan diri masing-masing terlalu tertekan. Saya faham
bahawa kami perlu tahu dan bijak untuk mengatur dan menguruskan masa kami.
Rentetan itu, saya telah merangka jadual waktu supaya pengurusan masa saya
lebih tersusun dan sistematik,seterusnya membolehkan saya membuat tugasan ini
dengan sempurna.
Sungguhpun begitu, saya berasa amat bangga dan rela hati untuk membuat
kerja kursus ini. Hal ini kerana melalui tugasan ini saya dapat mempelajari banyak
input-input baru berkenaan muzik Ghazal dengan lebih mendalam. Oleh itu,
walaupun terdapat pelbagai kekangan sepanjang penghasilan tugasan ini,kami
menghadapinya dengan sabar dan tabah. Tambahan pula, melalui tugasan ini, kami
dapat menklasifikasikan alat-alat yang terdapat dalam ghazal. Ghazal merupakan
salah satu muzik yang popular di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kami
seharusnya tahu sedikit sebanyak tentang muzik ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Puan
Hanizah binti Abdul Bahar kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.Tanpa
bantuannya,tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna.Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan sekumpulan saya iaitu
Yvonne dan Michelle kerana memberikan kerjasama yang sangat baik semasa
menjalankan tugasan ini.Mereka juga banyak membantu saya dalam memahami
perkara-perkara baru yang tidak saya ketahui. Akhir kata, saya bersyukur kerana
dapat belajar dan memperoleh banyak maklumat serta pengalaman sepanjang
membuat tugasan ini.
7.0 RUJUKAN
Diperolehi daripada, Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Royal & Sinkretik, 1997 oleh
Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng.
Perbandingan Jenis Ghazal. Diakses pada 1 Oktober 2012 daripada http://ghazal-
smp2252.blogspot.com/2010/09/perbandingan-jenis-ghazal.html
Muzik Ghazal Johor. Diakses pada 1 Oktober 2012 daripada http://ghazal-
smp2252.blogspot.com/2010/09/ghazal-johor.html
Genre Muzik. Diakses pada 1 Oktober 2012 daripada
http://id.wikipedia.org/wiki/Genre_musik