GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi...

76
GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, PAHANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA NUR FATIN IRDINA BINTI ZULHAMIDI

Transcript of GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi...

Page 1: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN

MARAN-LUIT, PAHANG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NUR FATIN IRDINA BINTI ZULHAMIDI

Page 2: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, PAHANG

2019

NUR FATIN IRDINA BINTI ZULHAMIDI

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA

MUDA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

Page 3: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

17 Jun 2019 NUR FATIN IRDINA BINTI

ZULHAMIDI

A159562

Page 4: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

iii

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia saya Prof. Madya

Dr. Kamal Roslan Mohamed dan semua pensyarah geologi di atas tunjuk ajar tanpa

pernah jemu sepanjang proses saya menyiapkan kajian ini.

Terima kasih khas ditujukan kepada para pembantu makmal terutamanya En.

Faizan dan En. Farid dalam membantu saya sepanjang proses menyediakan irisan nipis.

Penghargaan yang selayaknya juga diberikan kepada wakil Anih Berhad, En Zaidi

kerana membantu mengawasi keselamatan ketika saya sedang melakukan kajian di

sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Maran.

Ucapan terima kasih tidak terhingga untuk keluarga dan tidak lupa rakan-rakan

geologi terutamanya Imaad Zahin bin Mohd Rosdi di atas sokongan yang tidak

terhingga sepanjang kajian dilakukan.

Page 5: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

iv

ABSTRAK

Kawasan kajian terletak di bahagian timur bandar Maran sehingga ke Luit di negeri

Pahang. Kawasan kajian berkeluasan kira-kira 123 km2 dengan disempadani garis

longitud 102°45'37.45"T - 102°51'36.17"T garis latitud 3°38'26.04"U - 3°32'26.54"U.

Berdasarkan kajian terdahulu, kawasan kajian telah dipetakan sebagai sebahagian

daripada Kumpulan Mersing dan Kumpulan Tembeling. Objektif kajian adalah untuk

mengemaskini peta geologi berdasarkan penemuan singkapan baru, menentukan

hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan

kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan kuno dan sejarah geologi kawasan.

Kaedah kajian yang dijalankan banyak tertumpu kepada pengumpulan maklumat

geologi di lapangan dari bandar Maran hingga Luit dan juga di sepanjang Lebuhraya

Pantai Timur Maran. Maklumat seperti jenis litologi, kedudukan lapisan, jenis struktur

sedimen, struktur tektonik dan kandungan fosil telah direkod. Log sedimen turut

direkod untuk menganalisis fasies sedimen. Log korelasi dibuat dan sebuah jadual log

komposit dihasilkan. Kumpulan Mersing di kawasan kajian terdiri daripada fasies

selang lapis batu pasir dan batu lodak, sekutuan fasies batu pasir tebal menghalus ke

atas dan sekutuan fasies batu pasir sederhana tebal menghalus ke atas manakala

Kumpulan Tembeling terdiri daripada fasies konglomerat dan fasies batu pasir.

Sekitaran pengendapan Kumpulan Mersing ditafsirkan sebagai bahagian atas lepas

pesisir manakala sekitaran pengendapan Kumpulan Tembeling ditafsirkan sebagai

subsekitaran medial kipas alluvium.

Page 6: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

v

GENERAL GEOLOGY AND SEDIMENTOLOGY OF MARAN-LUIT, PAHANG

ABSTRACT

The study area is located from the east of Maran to Luit, Pahang and its area

approximately is 123 km2 at longitude of 102°45'37.45"E - 102°51'36.17"E and latitude

of 3°38'26.04"N - 3°32'26.54"N. This study area has been mapped as part of Kumpulan

Mersing and Kumpulan Tembeling. The objectives were to update the geological map

of the study area prior to the finding of exposed outcrop recently, to correlate all the

lithology exposed in the study area, and to determine the depositional environment of

study area and its geological history. Research that had been carried out is focusing on

collecting geological information from Maran to Luit as well as along the Lebuhraya

PantaI Timur. Geological data collected from field such as lithology, bedding

orientation, sedimentary structures, secondary structures, and fossil. Sedimentary log

was recorded to allow the facies analysis being done. Composite log was built based on

the log correlation. Kumpulan Mersing of the study area consists of interbedded of

siltstone and sandstone, fining upward thick sandstone association and fining upward

medium thick sand association whilst Kumpulan Tembeling consists of conglomerates

and sandstone. The depositional environment of Kumpulan Mersing being inferred as

upper offshore whilst for Kumpulan Tembeling is from proximal to medial alluvial fan

environment.

Page 7: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

vi

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI ILUSTRASI viii

BAB I PENGENALAN 1

1.1 PENDAHULUAN 1

1.2 KAWASAN KAJIAN 1

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN 2

1.4 OBJEKTIF KAJIAN 3

1.5 GEOGRAFI KAWASAN KAJIAN 3

1.6 LIMITASI KAJIAN 3

BAB II KAJIAN KEPUSTAKAAN 5

2.1 PENGENALAN 5

2.2 KAJIAN TERDAHULU 5

2.3 RUMUSAN 8

BAB III BAHAN DAN KAEDAH KAJIAN 9

3.1 PENGENALAN 9

3.2 PERINGKAT KAJIAN AWAL DAN BERTERUSAN 9

3.3 PERINGKAT KERJA LAPANGAN 11

3.4 PERINGKAT ANALISIS DATA 11

3.5 PERINGKAT PENGOLAHAN DATA DAN

PENULISAN DISERTASI 15

BAB IV HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 17

4.1 PENGENALAN 17

4.2 GEOLOGI KAWASAN KAJIAN 17

Page 8: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

vii

4.3 LAPISAN SERI JAYA 19

4.3.1 Cerapan lapangan 19 4.3.2 Pengelasan batu pasir 29 4.3.3 Provenans/tempasal batu pasir Lapisan Seri Jaya 38

4.3.4 Fasies 41 4.3.5 Sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan 44 4.3.6 Paleontologi dan usia 48

4.4 KUMPULAN TEMBELING 51

4.4.1 Cerapan lapangan 51

4.4.2 Litologi dan petrografi 52

4.4.3 Fasies 55 4.4.4 Sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan 55

4.5 SEJARAH GEOLOGI 58

BAB V KESIMPULAN 61

5.1 PENGENALAN 61

5.2 PETA GEOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT,

PAHANG 61

5.3 HUBUNGAN STRATIGRAFI DAN SEDIMENTOLOGI 61

5.4 SEKITARAN PENGENDAPAN DAN SEJARAH

GEOLOGI 62

RUJUKAN 63

Page 9: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

viii

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 1.1 Peta menunjukkan kawasan kajian 2

Rajah 1.2 Peta menunjukkan kedudukan topografi kawasan kajian. 4

Rajah 2.1 Peta geologi kawasan kajian. Sumber daripada Mohamad

Pauzi (1986) 7

Rajah 3.1 Carta aliran metodologi kajian menunjukkan kaedah-kaedah

kajian yang dilakukan untuk menyiapkan tesis ini, terdiri

daripada empat peringkat; peringkat kajian awal, peringkat

kerja lapangan, peringkat analisis data dan peringkat penulisan

tesis. 10

Rajah 3.2 Peta menunjukkan lokaliti cerapan di kawasan kajian. 12

Rajah 3.3 Pengelasan batu pasir berdasarkan tiga mineral utama: Q =

kuarza, rijang, serpihan kuarzit; F = feldspar; L = butiran litik

tidak stabil (serpihan batuan). Istilah arenit diguna pakai hanya

untuk batu pasir yang kurang daripada 5% matriks; batu pasir

yang mengandungi matriks dikelaskan sebagai greiwak. 13

Rajah 3.4 Pengelasan batu pasir berdasarkan (A) McBride (1963) and (B)

Folk et al. (1970). Dalam pengelasan Folk, rijang termasuk

dalam serpihan batuan pada puncak R, dan granit dan serpihan

gneiss termasuk dalam feldspar pada puncak F. SS = batu

pasir, SH = syal, CRF = serpihan batuan karbonat, SRF =

serpihan batuan sedimen, IRF = serpihan batuan igenus, MRF

= serpihan batuan metamorf. 14

Rajah 3.5 Pengelasan kedudukan tektonik berdasarkan Dickinson &

Suczek (1979). Diagram (1) menggunakan keseluruhan butiran

kuartzos yang terdiri daripada jumlah kuarza monohablur

(Qm) dan kuarza polihablur (Qp) (Qt=Qm+Qp), jumlah

feldspar dan litik. Diagram (2) menggunakan tiga jenis butiran

utama iaitu kuarza monohablur (Qm), jumlah feldspar dan

jumlah litik yang terdiri daripada jumlah litik (L) dan kuarza

polihablur (Qp). 16

Rajah 4.1 Peta Geologi Kawasan Bandar Maran - Luit. Diubahsuai

daripada peta kawasan Maran yang dikeluarkan oleh

Direktorat Pemetaan Malaysia, 1995 18

Rajah 4.2 Keratan rentas dibina berdasarkan peta geologi kawasan

Maran-Luit. 19

Page 10: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

ix

Rajah 4.3 Log sedimen di lokaliti 18M13. Log menunjukkan selang lapis

batu lumpur dengan batu pasir sederhana. 21

Rajah 4.4 Log sedimen di lokaliti 18M15. Log menunjukkan selang lapis

antara batu lumpur dan batu pasir sederhana. Batu lumpur

lebih tebal berbanding batu pasir. 22

Rajah 4.5 Log sedimen lokaliti 18M16. Log menunjukkan selang lapis

batu lodak dan batu pasir halus. 23

Rajah 4.6 Log sedimen lokaliti 18M02. Log menunjukkan batu lumpur

dominan dan terdapat struktur laminasi selari serta fosil surih. 24

Rajah 4.7 Log sedimen lokalitii 18M03. Log menunjukkan selang lapis

batu pasir tebal dengan batu lumpur. 25

Rajah 4.8 Log sedimen di lokaliti 18M04. Log menunjukkan lapisan batu

pasir adalah dominan. 26

Rajah 4.9 Log sedimen di lokaliti 18M22. Log ini menunjukkan

perlapisan batu lumpur masif. 27

Rajah 4.10 Log sedimen lokaliti 18M19. Log menunjukkan selang lapis

lodak dengan batu pasir. 28

Rajah 4.11 Kuarzarenit. Sampel ini menunjukkan butiran kuarza adalah

dominan dan berbentuk subbulat. Pandangan tanpa silang nikol

(PPL) menunjukkan butiran kuarza terdiri oleh kuarza

monohablur. a) Pandangan dengan silang nikol (XPL). b)

Pandangan tanpa silang nikol (PPL), sampel 19M05. 31

Rajah 4.12 Kuarzarenit. Butiran kuarza pada sampel 19M06 mempunyai

sempadan antara kuarza polihablur jenis bersutura. a)

Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan

tanpa silang nikol (PPL). 32

Rajah 4.13 Sublitarenit. a) Diperhatikan terdapat mineral terkepung dalam

butiran kuarza. b) Diperhatikan wujud litik batu pasir di

bahagian tengah gambar. Pandangan dengan silang nikol

(XPL, sampel 18M04. 33

Rajah 4.14 Wak kuarza. Butiran kuarza polihablur dikelilingi oleh matriks

butiran amat halus berkemungkinan mineral lempung. a)

Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan

tanpa silang nikol (PPL). 34

Rajah 4.15 Wak kuarza. Batuan diisi oleh mineral oksida besi, butiran

tidak dapat dikenal pasti kerana telah tercabut dalam proses

irisan nipis. Sampel 18M12. a) Pandangan dengan tanpa silang

nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL) 35

Page 11: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

x

Rajah 4.16 Greiwak litik. Bahagian atas di sebelah kiri, terdapat litik

metamorf. Sampel 18M12. a) Pandangan dengan tanpa silang

nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL). 36

Rajah 4.17 Greiwak litik. Terdapat litik sedimen di bahagian atas di

sebelah kanan. Sampel 18M24. a) Pandangan dengan tanpa

silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL).. 37

Rajah 4.18 Plot menunjukkan kedudukan tektonik bagi setiap sampel. 39

Rajah 4.19 Rajah menunjukkan provenans orogen kerjaan semula. a)

Profil menunjukkan berlaku angkatan semula daratan depan. b)

Pandangan pelan perlanggaran benua-benua. c) Profil

menunjukkan berlaku angkatan semula daratan depan dan

kewujudan parit dann lembangan arka depan. 40

Rajah 4.20 Rajah mewakili geomorfologi profil pantai. Beberapa jenis

ciri-ciri geomorfologi pantai ditunjukkan termasuk juga zon

peralihan dan lepas pesisir. 45

Rajah 4.21 Korelasi log.unit batuan Lapisan Seri Jaya. 46

Rajah 4.22 Jadual log komposit unit batuan Kumpulan Mersing. 47

Rajah 4.23 Sampel fosil ammonoid yang ditemui di lokaliti 18M02. 49

Rajah 4.24 Morfologi fosil genus Paratirolites. 50

Rajah 4.25 Fosil daripada kelas Bivalvia yang ditemui di lokaliti 18M02. 51

Rajah 4.26 Konglomerat; kuarza monohablur sebagai butiran utama,

dikelilingi dengan matriks kuarza polihablur di bahagian

bawah kiri gambar. Sampel 19M02. a) Pandangan dengan

tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol

(PPL). 53

Rajah 4.27 Wak kuarza. Simen diisi oleh mineral besi. Mineral yang

terkepung di dalam kuarza dapat dilihat di bahagian atas

sebelah kanan, pandangan tanpa silang nikol (PPL). Sampel

18M11. a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b)

Pandangan tanpa silang nikol (PPL). 54

Rajah 4.28 Keratan rentas sekitaran kipas alluvium. 56

Rajah 4.29 Log unit batuan Kumpulan Tembeling dan tafsiran sekitaran

pengendapan. 57

Rajah 4.30 Rajah menunjukkan peristiwa geologi yang berlaku sepanjang

usia Perm hingga Kapur di kawasan kajian. 59

Page 12: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

xi

Rajah 4.31 Model tektonik ini menerangkan tentang peristiwa subduksi

ketika usia Perm-Trias dan pelanggaran blok Sibumasu dengan

Malaya Timur. Model 60

Page 13: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan dari kawasan bandar Maran hingga Kg. New Zealand di Maran,

Pahang. Kajian yang dilakukan diberi penekanan khusus terhadap aspek geologi am,

sedimentologi dan stratigrafi. Kawasan kajian terdiri daripada dua kumpulan iaitu

Kumpulan Mersing dan Kumpulan Tembeling. Bab ini bertujuan memberi gambaran

mengenai kedudukan kawasan kajian, permasalahan kajian dan tujuan kajian

dijalankan.

1.2 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian meliputi dari bahagian timur bandar Maran sehingga Luit yang terletak

di sebelah timur Negeri Pahang Darul Makmur dan berkeluasan kira-kira 123 km2

dengan disempadani garis longitud 102°45'37.45"T - 102°51'36.17"T dan garis latitud

3°38'26.04"U - 3°32'26.54"U (Rajah 1.1).

Page 14: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

2

Rajah 1.1 Peta menunjukkan kawasan kajian

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan di kawasan ini. Berdasarkan Mohamad

Pauzi (1986), pemetaan yang dilakukan oleh beliau membahagikan kawasan kajian

kepada dua formasi iaitu Kumpulan Tembeling dan Kumpulan Mersing. Namun, pada

masa ini terdapat beberapa singkapan baru seperti singkapan potongan batuan yang

terdapat di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Maran sehingga susur keluar Seri Jaya.

Dengan adanya beberapa singkapan baru ini, penulis ingin mengemaskini peta geologi

di kawasan kajian seterusnya cuba mentafsir sejarah geologi kawasan kajian. Kajian

yang akan dijalankan ini akan berfokuskan kepada sedimentologi untuk cuba menafsir

sejarah geologi kawasan.

Page 15: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

3

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Antara tujuan utama kajian yang ingin dicapai adalah:

1. Mengemaskini peta geologi berdasarkan penemuan singkapan baharu.

2. Menentukan hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit batuan yang

tersingkap di kawasan kajian

3. Menafsirkan sekitaran pengendapan kuno dan sejarah geologi kawasan kajian.

1.5 GEOGRAFI KAWASAN KAJIAN

Secara umum, topografi kawasan Maran-Luit ini berada pada julat ketinggian

40 hingga 300 meter. Pada bahagian barat kawasan, terdapat lembangan sinklin yang

berketinggian antara 100 hingga 300 m. Puncak kawasan paling tinggi adalah mencapai

ketinggian lebih 200 m. Kawasan bertanah rendah umumnya merupakan kawasan

penanaman getah dan hutan belukar. Peta kedudukan topografi kawasan kajian

ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2012), jumlah penduduk Daerah Maran

pada tahun 2012 ialah 116,800 orang atau 59 orang per km persegi. Teras ekonominya

tertumpu kepada sektor pembuatan dan pembinaan serta sektor perdagangan,

pengangkutan, kewangan dan perkhidmatan sosial.

1.6 LIMITASI KAJIAN

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi ketika melakukan kajian antaranya adalah

terdapat beberapa kawasan yang mengalami proses luluh hawa yang sangat teruk

sehingga menyukarkan penulis untuk mengambil sampel dan merekodkan maklumat

geologi kawasan.

Page 16: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

4

Rajah 1.2 Peta menunjukkan kedudukan topografi kawasan kajian.

Page 17: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

5

BAB II

KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Kajian dijalankan dari kawasan bandar Maran hingga Luit di Maran, Pahang. Kajian ini

memfokuskan terhadap aspek sedimentologi dan stratigrafi kawasan kajian. Bab ini

membincangkan hasil-hasil kajian terdahulu yang dilakukan di kawasan kajian dari

aspek nama dan taburan, litologi, paleontologi dan usia dan sekitaran pengendapan.

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Menurut Yap (1980), kawasan Maran terdiri daripada Kumpulan Tembeling

yang merupakan endapan sedimen kebenuaan berusia Jura terdiri daripada batu pasir,

syal, batuan volkanik Trias di bahagian baratnya dan di sebelah timur terdiri daripada

batuan tuf Karbon-Perm, batu pasir bertuf dan syal. Mohammed Ayob (1968)

memetakan kawasan Maran dalam Konglomerat Lanis, seterusmya Lee (1990)

memetakan semula kawasan Maran dan meletakkannya dalam Konglomerat Berkelah.

Mohamad Pauzi (1986) membahagikan kawasan kajian kepada dua kumpulan iaitu

Kumpulan Tembeling dan Kumpulan Mersing.

Secara umum,, hampir keseluruhan kawasan Maran dilitupi oleh batuan

sedimen dan metasedimen (Mohamad Pauzi, 1986). Mohammed Ayob (1968)

Page 18: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

6

memetakan kawasan Maran sebagai unit konglomerat dalam Konglomerat Lanis.

Konglomerat Lanis dibentuk dari batuan yang berdominan konglomerat merah yang

berselang lapis dengan batu pasir merah, batu lodak merah dan syal merah (Rajah 2.1).

Kemudian Lee (1990) memetakan semula unit konglomerat tersebut sebagai

Konglomerat Berkelah. Unit ini dibentuk oleh perselangan antara unit konglomerat dan

batu pasir berpebel dengan lapisan nipis batu lumpur, syal, batu lodak dan batu pasir.

Yap (1980) melaporkan pada singkapan sepanjang jalan raya Maran-Kuantan, kira-kira

2 km, 3 km dan 3.2 km daripada sebelah timur bandar Maran, terdiri daripada jujukan

turbidit yang berselang lapis nipis, lapisan tergred, batu pasir bertuf dan syal.

Fosil Paleodictyon imperfectum SEILACHER 1977 ditemukan dalam

Kumpulan Mersing oleh Yap (1980). Paleodictyon adalah sejenis fosil surih yang

menunjukkan sekitaran pengendapan turbidit laut dalam berusia antara usia Ordovisi

hingga Miosen. Kesan korekan Graphoglyptids yang terdedah dan tertutup dengan pasir

secara cepat oleh arus turbidit berhalaju rendah menyimpulkan sedimen turbidit di

kawasan Maran telah terendap sebagai jujukan turbidit laut dalam. Smiley (1970)

mengenal pasti dua turutan fosil flora sepanjang Sungai Maran, iaitu di dalam

Kumpulan Tembeling. Fosil flora Maran ini dikelaskan kepada bahagian bawah dan

bahagian atas. Bahagian bawah dicirikan oleh spesies Gleichenoides dan Cycadophytes.

Fosil flora ini ditemui dalam jujukan batu pasir-batu lumpur Batu Pasir Mangking.

Uyop et al. (2007) menyokong usia Kapur Awal berdasarkan kajian palinomorf.

Sekitaran pengendapan untuk Kumpulan Mersing ini tersebar di bahagian timur

daripada bandar Maran terdiri daripada jujukan turbidit laut dalam berdasarkan

penemuan fosil Paleodictyon imperfectum SEILACHER 1977 (Yap, 1980). Untuk

Kumpulan Tembeling pula, Smiley (1970) mencadangkan bahawa fosil flora Maran

hidup di kawasan hutan savanah yang beriklim panas dicirikan oleh musim kemarau

yang berpanjangan. Hal ini disokong oleh jumpaan palinomorf yang menunjukkan

lembangan mengalami iklim separa kering ketika Kapur Awal (Shamsudin & Morley

1994).

Page 19: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

7

Rajah 2.1 Peta geologi kawasan kajian. Sumber daripada Mohamad Pauzi (1986)

Page 20: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

8

2.3 RUMUSAN

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu yang dilakukan oleh beberapa pengkaji di kawasan

Maran sehingga Luit, terdapat beberapa nama unit batuan yang dicadangkan, antaranya

Kumpulan Tembeling, Konglomerat Lanis, Konglomerat Berkelah dan Kumpulan

Mersing. Unit batuan kawasan kajian terdiri daripada batuan sedimen klastik iaitu

konglomerat, batu pasir, batu lodak dan syal. Terdapat jumpaan fosil Paleodictyon yang

menunjukkan bahawa bahagian timur daripada bandar Maran merupakan sekitaran

pengendapan laut dalam yang memberikan usia antara Ordovisi sehingga Miosen

manakala berdasarkan jumpaan fosil flora Maran yang menunjukkan usia Kapur Awal.

Kesemua penemuan ini hasil daripada kajian yang dilakukan antara tahun 1968 hingga

1990. Dengan adanya data-data terkini dari singkapan-singkapan baharu, diharapkan

satu peta geologi yang terkini dapat disediakan dan masalah penamaan unit-unit batuan

yang ada serta sejarah geologi kawasan boleh diselesaikan.

Page 21: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

BAB III

BAHAN DAN KAEDAH KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Kaedah kajian telah dirancang sebaiknya sebelum memulakan kajian. Kaedah kajian

mestilah selari dengan tujuan kajian supaya objektif dapat dicapai. Umumnya, kaedah

kajian dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat kajian awal, peringkat kerja

lapangan, peringkat analisis data dan peringkat pengolahan data dan penulisan disertasi.

Kaedah-kaedah yang terlibat dan urutan kajian ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

3.2 PERINGKAT KAJIAN AWAL DAN BERTERUSAN

Kajian peringkat awal dilakukan sebelum ke lapangan. Beberapa perkara perlu

disediakan sebelum ke lapangan iaitu penyediaan peta dasar berdasarkan peta topografi

Maran siri L7030 lembar 4159 dan peta geologi Maran siri baru L7010 lembar 90 dan

kajian-kajian di kawasan kajian yang telah dilakukan penyelidik terdahulu. Kajian

kepustakaan ini juga dilakukan secara berterusan. Berdasarkan data-data kajian

terdahulu, penulis membandingkan dengan hasil kajian dan dibincangkan dalam Bab

IV.

Page 22: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

10

Rajah 3.1 Carta aliran metodologi kajian menunjukkan kaedah-kaedah kajian yang

dilakukan untuk menyiapkan tesis ini, terdiri daripada empat peringkat;

peringkat kajian awal, peringkat kerja lapangan, peringkat analisis data dan

peringkat penulisan tesis.

Page 23: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

11

3.3 PERINGKAT KERJA LAPANGAN

Kajian di lapangan dilakukan secara berperingkat, peringkat pertama adalah untuk

melakukan tinjauan awal kawasan yang boleh dicerap. Setelah kawasan yang boleh

dicerap telah dikenal pasti, bermulalah proses pengambilan data. Data seperti jenis

litologi batuan, kedudukan lapisan, jenis struktur sedimen dan fosil yang ditemui telah

direkodkan. Kompas digunakan untuk mengambil maklumat jurus dan kemiringan

lapisan. Sampel juga dibawa balik dan dilakukan keratan nipis untuk cerapan petrografi.

Setiap kawasan yang dicerap dilabelkan lokaliti, Bagi lokaliti yang menunjukkan

perlapisan yang baik, direkodkan log sedimen. Sebanyak 32 lokaliti telah dicerap, Peta

lokaliti ini ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

3.4 PERINGKAT ANALISIS DATA

Setelah melakukan kajian di lapangan, penulis dapat mengambil bacaan struktur primer

dan sekunder dapat diambil di lapangan. Struktur sekunder dapat dianalisis melalui

bacaan jurus dan kemiringan. Struktur sekunder ini juga merupakan maklumat penting

dalam menghasilkan peta geologi dan log komposit. Bagi lokaliti yang memperlihatkan

perlapisan yang jelas, proses penghasilan log sedimen dilakukan untuk menunjukkan

kedudukan perlapisan, struktur sedimen yang terdapat pada perlapisan dan penamaan

fasies juga dapat dibuat. Kajian petrografi dan petrologi memerlukan penggunaan

teknik yang sesuai untuk cerapan lapangan dan analisis di makmal Sampel yang telah

dibawa balik dari lapangan dipilih untuk dilakukan irisan nipis. Penyediaan irisan nipis

bermula daripada memotong sehinggalah melekatkan batuan pada slaid juga telah

dilakukan. Di makmal, mikroskop digunakan untuk mengkaji komposisi dan tekstur

batuan kawasan kajian dan batuan dikelaskan mengikut pengelasan Folk (1974) yang

ditunjukkan dalam Rajah 3.3 dan Rajah 3.4. Selain itu, fosil yang ditemui di lapangan

dicirikan dan ditentukan spesies untuk penentuan usia.

Page 24: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

12

Rajah 3.2 Peta menunjukkan lokaliti cerapan di kawasan kajian.

Page 25: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

13

Rajah 3.3 Pengelasan batu pasir berdasarkan tiga mineral utama: Q = kuarza, rijang, serpihan kuarzit; F = feldspar; L = butiran litik tidak stabil (serpihan

batuan). Istilah arenit diguna pakai hanya untuk batu pasir yang kurang daripada 5% matriks; batu pasir yang mengandungi matriks dikelaskan

sebagai greiwak.

Sumber:Williams, H., F.J Turner, dan C.M. Gilbert, 1982

Page 26: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

14

Rajah 3.4 Pengelasan batu pasir berdasarkan (A) McBride (1963) and (B) Folk et al.

(1970). Dalam pengelasan Folk, rijang termasuk dalam serpihan batuan

pada puncak R, dan granit dan serpihan gneiss termasuk dalam feldspar

pada puncak F. SS = batu pasir, SH = syal, CRF = serpihan batuan

karbonat, SRF = serpihan batuan sedimen, IRF = serpihan batuan igenus,

MRF = serpihan batuan metamorf.

Page 27: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

15

3.5 PERINGKAT PENGOLAHAN DATA DAN PENULISAN DISERTASI

Pada peringkat pengolahan data dan penulisan disertasi ini, maklumat dan data yang

diperolehi diperingkat kajian awal dan kajian di lapangan dianalisis dan seterusnya

ditafsirkan untuk mendapat maklumat tentang pengelasan sedimentologi, sekitaran

pengendapan kuno, dan sejarah geologi kawasan. Log sedimen yang telah dihasilkan

dapat dikorelasikan dan seterusnya dipersembahkan dalam log komposit. Berdasarkan

log komposit, analisis fasies boleh dibuat dan sekutuan fasies dapat dihasilkan.

Maklumat cerapan petrologi bagi setiap irisan nipis dianalisis dan disesuaikan

dalam pengelasan provenans oleh Dickinson. et al., (1983). Daripada maklumat fasies

dan sekutuan fasies, sekitaran pengendapan kuno dapat ditentukan. Terdapat empat

diagram segi tiga yang dikelaskan oleh Dickinson dan Suczek (1979) yang melibatkan

beberapa jenis butiran iaitu diagram QFL, QmFLt. QpLvLs, dan QmPK. Kedua-dua

diagram QFL dan QmFL menunjukkan kesuluruhan jenis butiran tetapi berbeza

daripada segi penekanan. Dalam diagram QFL, semua jenis butiran kuartzos diplot dan

penekanan adalah kepada aspek kestabilan butiran, kadar luluhawa, topografi

provenans, mekanisme pengangkutan dan jenis batuan punca. Dalam pengelasan

QmFLt, kesemua serpihan litik diplot bersama-sama, penekanan telah berubah kepada

saiz butiran batuan punca kerana batuan yang berbutir lebih halus menghasilkan

serpihan litik dalam julat saiz pasir. Diagram QpLvLs dan QmPK pula menunjukkan

sebahagian daripada jenis keseluruhan. Pengelasan ini dapat menerangkan ciri-ciri

komponren polihablur dan monohablur rangka batuan. Kesimpulannya setiap diagram

berfungsi untuk membezakan secara kritis antara beberapa jenis provenans dan jenis

lembangan. (Dickinson & Suczek, 1979).

Page 28: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

16

Rajah 3.5 Pengelasan kedudukan tektonik berdasarkan Dickinson & Suczek (1979).

Diagram (1) menggunakan keseluruhan butiran kuartzos yang terdiri

daripada jumlah kuarza monohablur (Qm) dan kuarza polihablur (Qp)

(Qt=Qm+Qp), jumlah feldspar dan litik. Diagram (2) menggunakan tiga

jenis butiran utama iaitu kuarza monohablur (Qm), jumlah feldspar dan

jumlah litik yang terdiri daripada jumlah litik (L) dan kuarza polihablur

(Qp).

Page 29: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

17

BAB IV

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN

Hasil daripada cerapan lapangan dianalisis untuk membuat tafsiran tentang kawasan

kajian. Bab ini membincangkan tentang hasil cerapan lapangan, litologi dan hasil

cerapan petrografi, fasies, sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan, dan paleontologi

serta usia Lapisan Seri Jaya dan Kumpulan Tembeling berdasarkan cerapan penulis.

4.2 GEOLOGI KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian adalah bermula dari bandar Maran sehingga Luit yang berkeluasan

kira-kira 123 km2 Kawasan kajian terdiri daripada dua formasi iaitu Kumpulan

Tembeling di sebelah barat dan Lapisan Seri Jaya di bahagian timur. Kumpulan

Tembeling merupakan endapan sedimen kebenuaan yang terdiri daripada konglomerat

dan batu pasir manakala Lapisan Seri Jaya merupakan endapan sedimen laut dalam

yang terdiri daripada batu pasir, batu lodak dan batu lumpur. Kedua-dua formasi ini

ditafsirkan dipisahkan oleh sesar yang mengarah hampir ke utara-selatan. Di kawasan

ini juga ditafsirkan terdapat empat paksi lipatan yang mengarah hampir ke utara. Sebuah

peta geologi telah dihasilkan berdasarkan maklumat cerapan di lapangan (Rajah 4.1)

Keratan rentas telah dibuat berdasarkan peta geologi kawasan Maran-Luit (Rajah 4.2).

Dalam keratan rentas tersebut ditunjukkan bahawa kawasan kajian telah mengalami

perlipatan. Berdasarkan data lapangan dan juga kajian terdahulu, Lapisan Seri Jaya

adalah unit paling tua, dijangkakan berusia Perm, manakala Kumpulan Tembeling pula

berusia Jura – Kapur.

Page 30: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

18

Rajah 4.1 Peta Geologi Kawasan Bandar Maran - Luit. Diubahsuai daripada peta

kawasan Maran yang dikeluarkan oleh Direktorat Pemetaan Malaysia,

1995

Page 31: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

19

Rajah 4.2 Keratan rentas dibina berdasarkan peta geologi kawasan Maran-Luit.

4.3 LAPISAN SERI JAYA

Lapisan Seri Jaya telah dipilih untuk mewakili batuan di bahagian timur kawasan kajian.

Lapisan Seri Jaya dalam kawasan kajian didominasi oleh batuan endapan sedimen

klastik laut dalam yang terdiri daripada batu lumpur, batu lodak, batu pasir halus hingga

kasar. Mohamad Pauzi (1986) memetakan kawasan tersebut sebagai Kumpulan

Mersing yang litologinya terdiri daripada batuan filit, sabak, tuf berfilit dan

metabatupasir, terdapat juga hornfels dan kiastolit dijumpai di kawasan bersentuhan

dengan batu igneus. Berdasarkan cerapan lapangan penulis, kawasan bahagian timur

kawasan kajian terdiri daripada litologi batu sedimen, metasedimen dan batuan asalan

volkanik. Oleh itu Kumpulan Mersing tidak sesuai digunakan untuk mencirikan formasi

kawasan kajian. Selain itu, penemuan fosil ammonoid dalam famili Dzulfitida

menandakan sempadan Perm-Trias iaitu setara dengan usia Lapisan Seri Jaya yang

berusia Perm (Lee, 1990).

4.3.1 Cerapan lapangan

Dalam Lapisan Seri Jaya, terdapat lapan lokaliti yang dapat direkodkan data log

sedimen iaitu lokaliti 18M13, lokaliti 18M15, lokaliti 18M16, lokaliti 18M02, lokaliti

18M03, lokaliti 18M04, lokaliti 18M19 dan lokaliti 18M22.

Page 32: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

20

Pada lokaliti 18M13, dapat dilihat dominan lapisan batu pasir berselang lapis

dengan lapisan batu lumpur nipis. Saiz butiran pasir adalah sederhana Lapisan batu pasir

umumnya lebih tebal dengan purata ketebalan 0.3 m berbanding lapisan lumpur dengan

purata ketebalan 0.1 m. Warna batu lumpur adalah kelabu cerah dan warna batu pasir

juga adalah putih hingga kelabu cerah (Rajah 4.3)

Pada lokaliti 18M15, lapisan batu pasir adalah kurang dominan iaitu dengan

ketebalan 0.5 m Dapat dilihat ketebalan lapisan batu lumpur yang menghampiri 2 m

adalah lebih tebal berbanding batu lumpur. Saiz butiran pasir adalah sederhana. Warna

batu lumpur adalah kelabu gelap dan warna batu pasir adalah lebih cerah. (Rajah 4.4).

Pada lokaliti 18M16, terdapat selang lapis antara batu pasir halus dengan batu

lodak. Lapisan batu lodak adalah lebih tebal dengan ketebalan berjulat 0.6 hingga 5 m

berbanding batu pasir dengan julat ketebalan antara 0.2 hingga 2 m. Warna batu pasir

adalah kemerahan manakala warna batu lodak adalah putih (Rajah 4.5).

Pada lokaliti 18M02, lapisan batu lumpur adalah yang dominan dengan

ketebalan melebihi 10 m dan ketebalan lapisan batu pasir menghampiri 1 m. Struktur

laminasi bergelombang ditemui di lokaliti ini. Terdapat juga klasta lumpur tercabut

dalam lapisan batu pasir. Warna batu lumpur adalah kelabu gelap manakala warna batu

pasir adalah lebih cerah (Rajah 4.6).

Pada lokaliti 18M03, ketebalan lapisan batu lumpur dan ketebalan lapisan batu

pasir hampir mencapai ketebalan yang sama iaitu 1.5 m. Pada ketinggian menghampiri

34 m, lapisan batu lumpur menjadi tebal menghampiri ketebalan 3 m. Warna batu

lumpur adalah cerah manakala warna batu pasir adalah kemerahan (Rajah 4.7).

Pada lokaliti 18M15, lapisan batu pasir adalah yang dominan dengan ketebalan

menghampiri 5 m berselang lapis dengan lapisan batu lumpur nipis yang ketebalannya

adalah kurang 1 m (Rajah 4.8). Lokaliti 18M22 terdiri hanya lapisan batu lumpur masif

dengan ketebalan setiap lapisan menghampiri 1 m. (Rajah 4.9)

Page 33: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

21

Lokaliti 18M19 terdiri daripada selang lapis batu lodak dengan batu pasir kasar

dengan ketebalan batu lodak secara puratanya adalah 0.3 m dan ketebalan batu pasir

secara puratanya adalah 0.1 m (Rajah 4.10).

Rajah 4.3 Log sedimen di lokaliti 18M13. Log menunjukkan selang lapis batu lumpur

dengan batu pasir sederhana.

Lapisan batu pasir

Petunjuk

Lapisan batu lumpur

Lapisan batu lodak

Rumpang

Lapisan konglomerat

Lapisan berklasta lumpur

Struktur laminasi selari

Fosil

Kekanta batu lumpur

Page 34: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

22

Rajah 4.4 Log sedimen di lokaliti 18M15. Log menunjukkan selang lapis antara

batu lumpur dan batu pasir sederhana. Batu lumpur lebih tebal

berbanding batu pasir.

Page 35: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

23

Rajah 4.5 Log sedimen lokaliti 18M16. Log menunjukkan selang lapis batu lodak dan

batu pasir halus.

Page 36: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

24

Rajah 4.6 Log sedimen lokaliti 18M02. Log menunjukkan batu lumpur dominan dan

terdapat struktur laminasi selari serta fosil surih.

Page 37: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

25

Rajah 4.7 Log sedimen lokalitii 18M03. Log menunjukkan selang lapis batu pasir

tebal dengan batu lumpur.

Page 38: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

26

Rajah 4.8 Log sedimen di lokaliti 18M04. Log menunjukkan lapisan

batu pasir adalah dominan.

Page 39: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

27

Rajah 4.9 Log sedimen di lokaliti 18M22. Log ini menunjukkan perlapisan batu

lumpur masif.

Page 40: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

28

Rajah 4.10 Log sedimen lokaliti 18M19. Log menunjukkan selang lapis lodak dengan

batu pasir.

Page 41: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

29

4.3.2 Pengelasan batu pasir

Batuan sedimen terbentuk apabila bahan terenap secara berepisod daripada air, udara,

ais, tanah, batu arang dan juga bahan gersik volkanik. Proses-proses diagenesis yang

berlaku seperti pemadatan, penyimenan dan penimbusan kadangkala mengaburi proses

pengendapan asal batuan. Pencirian petrografi batuan sedimen adalah penting untuk

mentafsir bagaimana dan dimana batuan terendap. Berdasarkan struktur dan tekstur

batuan, kita mungkin boleh menafsir asal mula batuan, bagaimana cara pengangkutan

dan pengendapan batuan dan sejarah penimbusan batuan. Hal ini dapat memberikan

idea sebelum kita dapat menentukan paleosekitaran sesuatu kawasan.

Boggs (2009) mengelaskan batu pasir kepada dua iaitu epiklastik dan

volkanoklastik. Batuan epiklastik terbentuk daripada serpihan batuan yang sedia ada

yang telah terurai akibat proses luluh hawa dan hakisan. Batu pasir jenis ini adalah

terdiri daripada mineral silika dan pelbagai jenis serpihan batuan igneus, metamorf dan

sedimen. Batuan volkanoklastik secara umumnya terdiri daripada bahan piroklas seperti

debu atau lapilli yang terhasil akibat letusan volkanik. Di samping itu, terdapat juga

bahan batuan volkanoklastik yang menjadi batuan epiklastik hasil daripada luluh hawa

batuan volkanik yang lebih tua. Batuan epiklastik dan volkanoklastik dikelaskan dengan

lebih lanjut berdasarkan komposisi batuan seperti dalam Rajah 3.3 dan Rajah 3.4.

Sampel batuan telah diambil daripada beberapa lokaliti dan beberapa sampel

terpilih telah dijadikan irisan nipis untuk cerapan petrografi. Antara lokaliti yang dipilih

adalah lokaliti 18M12, 18M04, 19M02, 19M05, 19M06, 18M11, 18M19, 18M21 dan

18M24.

a. Kuarzarenit

Kuarzarenit mengandungi lebih 90% - 95% butiran bersilika seperti kuarza, rijang, dan

serpihan batuan berkuarza. Kebanyakan kuarzarenit adalah matang berdasarkan

pengelasan tekstur kematangan oleh Folk (1951). Kuarzarenit Kumpulan Mersing

terdapat di lokaliti 19M05 dan 19M06. Rajah 4.11 dan Rajah 4.12 menunjukkan

Page 42: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

30

kuarzarenit bertekstur submatang sehingga matang. Butiran kuarza pada sampel lokaliti

19M05 adalah subbulat. Butiran kuarza pada sampel lokaliti 19M06 mempunyai

sempadan antara kuarza polihablur adalah jenis bersutura. Tekstur ini menunjukkan

kuarza polihablur ini berasal daripada batuan metamorf.

b. Sublitarenit

Sublitarenit dicirikan dengan komposisi kuarza antara 75% sehingga 95%. Sublitarenit

dibezakan dengan subarkos dengan kewujudan serpihan batuan yang lebih banyak

berbanding feldspar (Folk, 1974). Batu pasir di lokaliti 18M12 sebahagiannya dapat

dikelaskan sebagai sublitarenit. Butiran kuarza yang terdapat dalam batuan ini

mengandungi mineral yang terkepung (inclusion) yang ditunjukkan dalam Rajah 4.13.

c. Wak kuarza

Batuan di lokaliti 18M21 dan 18M12 dapat dikelaskan sebagai wak kuarza dengan

komposisi matriks melebihi 15%. Dalam batuan ini butiran kuarza polihablur adalah

dominan, berwarna cerah dan terdapat mineral terkepung di dalamnya. Sempadan

antara kuarza polihablur dalam batuan ini adalah lurus. Ini menunjukkan kuarza

polihablur ini merupakan daripada asalan batuan igneus atau batuan metamorf gred

sederhana hingga tinggi (Rajah 4.14 dan Rajah 4.15).

d. Greiwak litik

Folk (1974) mengelaskan greiwak litik mengandungi matriks lebih daripada 15% dan

kaya litik. Batuan di lokaliti 18M19 dan 18M24 ini diletakkan dalam pengelasan

greiwak litik kerana mempunyai asingan yang buruk dan merupakan sokongan matrik

(Rajah 4.16 dan Rajah 4.17).

Page 43: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

31

Rajah 4.11 Kuarzarenit. Sampel ini menunjukkan butiran kuarza adalah dominan dan

berbentuk subbulat. Pandangan tanpa silang nikol (PPL) menunjukkan

butiran kuarza terdiri oleh kuarza monohablur. a) Pandangan dengan silang

nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL), sampel 19M05.

a

b

Page 44: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

32

Rajah 4.12 Kuarzarenit. Butiran kuarza pada sampel 19M06 mempunyai sempadan

antara kuarza polihablur jenis bersutura. a) Pandangan dengan tanpa silang

nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL).

a

b

Page 45: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

33

Rajah 4.13 Sublitarenit. a) Diperhatikan terdapat mineral terkepung dalam butiran

kuarza. b) Diperhatikan wujud litik batu pasir di bahagian tengah gambar.

Pandangan dengan silang nikol (XPL, sampel 18M04.

a

b

Page 46: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

34

Rajah 4.14 Wak kuarza. Butiran kuarza polihablur dikelilingi oleh matriks butiran

amat halus berkemungkinan mineral lempung. a) Pandangan dengan tanpa

silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL).

a

b

Page 47: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

35

Rajah 4.15 Wak kuarza. Batuan diisi oleh mineral oksida besi, butiran tidak dapat

dikenal pasti kerana telah tercabut dalam proses irisan nipis. Sampel

18M12. a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan

tanpa silang nikol (PPL)

a

b

Page 48: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

36

Rajah 4.16 Greiwak litik. Bahagian atas di sebelah kiri, terdapat litik metamorf.

Sampel 18M12. a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b)

Pandangan tanpa silang nikol (PPL).

a

b

Page 49: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

37

Rajah 4.17 Greiwak litik. Terdapat litik sedimen di bahagian atas di sebelah kanan.

Sampel 18M24. a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b)

Pandangan tanpa silang nikol (PPL)..

a

b

Page 50: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

38

4.3.3 Provenans/tempasal batu pasir Lapisan Seri Jaya

Dickinson dan Suczek (1979), Dickinson et al. (1983), dan Dickinson (1985,1988)

mencadangkan semua provenans tektonik dikelaskan di bawah tiga jenis utama iaitu

blok kebenuaan dimana punca sedimen adalah daripada bahagian atas perisai dan

pelantar atau dalam blok dasar yang telah tersesar, arka magma dimana punca sedimen

adalah daripada dalam orogen arka aktif dalam arka kepulauan atau arka sempadan aktif

kebenuaan dan orogen kerjaan semula di mana punca sedimennya telah tercangga dan

jujukan stratigrafinya telah berlaku pengangkatan dalam zon subduksi di sepanjang

orogen pelanggaran atau dalam jalur perlipatan sungkup depan daratan. Setiap

kedudukan provenans terdapat kelas-kelas batuan punca yang berbeza yang

membahagikan setiap sedimen kepada sekutuan lembangan.

Sampel irisan nipis yang dilakukan cerapan petrografi, dikira peratusan

komposisi butiran berdasarkan gambarajah QmFLt yang telah disediakan oleh

Dickinson dan Suczek (1979). Enam sampel telah dicerap iaitu sampel 19M05, 19M06,

18M24, 18M21, 18M04, dan 18M19. Setiap sampel ini ditentukan kedudukan tektonik

berdasarkan pengiraan komposisi butiran yang terdiri daripada kuarza monohablur

(Qm), feldspar (F) dan jumlah serpihan litik (L) dan kuarza polihablur (Lt). Plot

kedudukan tektonik bagi setiap sampel ditunjukkan dalam Rajah 4.18.

Sampel 19M05 dan 19M06 diplot dalam kuartzos kerjaan semula, sampel

18M24 dan 18M19 diplot dalam kerjaan semula peralihan dan sampel 18M21 dan

18M04 diplot dalam kerjaan semula litik dalam pengelasan tektonik orogen kerjaan

semula. Dickinson dan Suczek (1979) mengelaskan provenans orogen ini kepada

kompleks subduksi yang terdiri daripada sedimen lautan dan magma yang telah

tercangga, orogen pelanggaran yang terbentuk di sepanjang sutura kerak yang berada di

antara blok kebenuaan dan pengangkatan depan daratan berasosiasi dengan jalur

perlipatan sungkup depan daratan. Pengangkatan depan daratan ini terbentuk sama ada

bersebelahan dengan jalur sutura atau di antara arka magma dan lembangan belakang

arka terletak dalam blok kebenuaan di bahagian belakang arka. Jalur orogeni yang lebih

kompleks boleh mengandungi ketiga-tiga jenis provenans.

Page 51: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

39

Punca sedimen provenans orogen kerjaan semula ini adalah daripada sedimen

yang terhakis daripada kawasan gunung-ganang yang akhirnya mengisi lembangan.

Provenans jenis ini kaya dengan batuan punca sedimen yang mengalami kerjaan semula

atau kitaran sekali lagi seterusnya menghasilkan kuarza yang banyak. Pelbagai jenis

litik yang terdiri daripada batuan sedimen, metamorf dan igneus boleh ditemui dalam

provenans jenis ini. Topografi dan geomorfologi provenans ini ditunjukkan secara

bergambar dalam Rajah 4.19.

Rajah 4.18 Plot menunjukkan kedudukan tektonik bagi setiap sampel.

Page 52: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

40

Rajah 4.19 Rajah menunjukkan provenans orogen kerjaan semula. a) Profil

menunjukkan berlaku angkatan semula daratan depan. b) Pandangan pelan

perlanggaran benua-benua. c) Profil menunjukkan berlaku angkatan semula

daratan depan dan kewujudan parit dann lembangan arka depan.

Sumber: Dickinson et. al., 1979

Page 53: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

41

4.3.4 Fasies

Fasies merupakan satu jasad batuan dengan ciri-ciri tertentu (Reading, 1996). Litofasies

merupakan batuan sedimen yang dibezakan berdasarkan litologi manakala biofasies

digunakan untuk lapisan yang mempunyai ciri-ciri biologi seperti fosil. Analisis fasies

telah dilakukan terhadap jujukan sedimen yang tersingkap di sepanjang jalan kawasan

bandar Maran ke Kg. Luit, dan juga sepanjang lebuh raya Pantai Timur Maran sehingga

susur keluar Sri Jaya. Sebanyak sembilan lokaliti telah diperolehi data log sedimen.

Terdapat beberapa fasies utama telah dikenal pasti. Fasies-fasies ini telah dibahagikan

kepada dua iaitu Lapisan Seri Jaya dan Kumpulan Tembeling. Antara fasies-fasies

dalam Lapisan Seri Jaya ialah fasies batu lumpur, fasies batu pasir halus, sederhana, dan

kasar, fasies batu pasir halus bertuf, fasies batu pasir berlaminasi, fasies batu pasir

tergred, fasies selang lapis lodak dan batu pasir, dan fasies lapisan berfosil. Fasies

Kumpulan Tembeling dibincangkan di bawah subtopik Kumpulan Tembeling.

a. Fasies batu lumpur (F1)

Fasies batu lumpur (F1) terdiri daripada lapisan batu lumpur yang berwarna coklat dan

kelabu kehitaman dan batu lodak yang berwarna cerah, lapisannya mempunyai tebal

lebih daripada 0.5 m hingga hampir 10 m tebal. Fasies ini adalah dominan di lokaliti

18M22, 18M02 dan 18M15. Fasies ini juga wujud sebgai lapisan berselang lapis dengan

batu pasir di lokaliti 18M03, 18M04 dan 18M13.

Tafsiran Fasies batu lumpur ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh arus yang

mengalir dengan kelajuan yang rendah secara ampaian. Warna batuan iaitu kelabu

kehitaman berkemungkinan mengandungi bahan karbon yang tinggi.

Page 54: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

42

b. Fasies batu pasir halus, sederhana dan kasar (F2)

Fasies batu pasir halus, sederhana dan kasar (F2) terdiri daripada lapisan batu pasir halus

hingga kasar, berwarna putih hingga kemerahan. Lapisan batu pasir mempunyai tebal

lebih 0.5 m hingga hampir 12 meter. Lapisan batu pasir ini tidak menunjukkan apa-apa

struktur yang jelas. Fasies ini dominan di lokaliti 18M03, 18M04 dan 18M13. Fasies

ini juga wujud sebagai lapisan berselang lapis dengan batu lumpur di lokaliti 18M02

dan 18M15.

Tafsiran Fasies arenit ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh arus yang

mengalir dengan kelajuan yang tinggi secara seretan.

c. Fasies batu pasir halus bertuf (F3)

Fasies batu pasir halus bertuf (F3) terdiri daripada batu pasir halus dan terdapat sedimen

tuf. Tebal lapisan antara 0.4 m hingga 3 m. Terdapat klasta lumpur pada beberapa

lapisan. Pada lapisan batu pasir halus ini, ditemui fosil surih dan terdapat struktur

biokacau. Fasies ini hanya tterdapat di lokaliti 18M02.

Tafsiran Fasies ini ditafsirkan terendap dalam sekitaran tenaga yang rendah

secara seretan. Akibat tenaga arus yang sedikit tinggi, lapisan batu lumpur tercabut,

membentuk klasta lumpur di dalam lapisan batu pasir sebelum berlaku proses litifikasi.

Kewujudan tuf menunjukkan sedimen volkanik yang terendap secara ampaian di dalam

lapisan batu pasir.

d. Fasies batu pasir berlaminasi (F4)

Fasies batu pasir berlaminasi (F4) terdiri daripada batu pasir halus, berwarna coklat

yang mempunyai struktur laminasi dengan lapisan batu lumpur yang berwarna kelabu

Page 55: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

43

kehitaman. Tebal lapisan batu pasir beraminasi ini adalah 2.7 m. Terdapat sesar sedimen

dalam lapisan batu pasir berlaminasi ini. Fasies ini hanya terdapat di lokaliti 18M02.

Tafsiran Fasies batu pasir berlaminasi ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh

arus yang mengalir dengan kelajuan yang tinggi secara seretan dwiarah.

e. Fasies batu pasir tergred (F5)

Fasies batu pasir tergred (F5) terdiri daripada lapisan batu pasir yang mempunyai

struktur tergred secara menghalus ke atas. Pada bahagian paling atas fasies ini, terdapat

butiran bersaiz lumpur. Lapisan batu lumpur berwarna kelabu kehitaman manakala

lapisan batu pasir berwarna lebih cerah. Tebal lapisan adalah menhampiri 1 m. Fasies

ini hanya terdapat di lokaliti 18M02.

Tafsiran Fasies batu pasir tergred ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh arus

yang mengalir dengan kelajuan yang beransur-ansur, bermula dengan kelajuan yang

tinggi kemudian rendah, struktur tergred ini terbentuk semasa fasa mereda dalam arus

turbidit. Fasies ini terendap secara seretan dan ampaian.

f. Fasies selang lapis batu lodak dan batu pasir (F6)

Fasies selang lapis batu lodak dan batu pasir (F6) terdiri daripada selang lapis antara

batu lodak dan batu pasir dengan ketebalan purata batu lodak adalah 30 cm hingga 3 m

dan ketebalan purata batu pasir kasar adalah 10 cm hingga 1 m. Batu lodak dan batu

pasir kasar sehingga mencapai ketebalan hampir 16 m di lokaliti 18M19 dan ketebalan

hampir 22 m di lokaliti 18M16. Di lokaliti 18M19, batu lodak berselang lapis dengan

batu pasir kasar manakala di lokaliti 18M16, batu lodak berselang lapis dengan batu

pasir halus. Lapisan batu lodak dalam fasies ini berwarna putih manakala lapisan batu

pasir juga berwarna putih. Fasies ini terdapat di lokaliti 18M16 dan 18M19.

Page 56: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

44

Tafsiran Fasies selang lapis batu pasir dan batu batu lodak (F6) ditafsirkan

mekanisme pergerakannya secara berguling dan melantun (rolling and saltation)

membentuk dasar. Butiran lodak seterusnya diangkut secara ampaian, mengikut arus

dan tidak menyentuh aliran dasar. Butiran pasir yang lebih halus dan ringan diangkut

dengan lebih laju berbanding butiran pasir yang berat dan kasar. Fasies ini diendapkan

oleh tenaga arus yang pelbagai. Fasies ini menunjukkan sekitaran berhampiran delta

dan tidak dipengaruhi oleh pasang surut.

g. Fasies lapisan berfosil (F7)

Fasies lapisan berfosil (F7) terdiri daripada batu lumpur dengan ketebalan menghampiri

2 m. Batu lumpur ini berwarna kelabu kehitaman. Dalam lapisan batu lumpur ini

ditemui dua spesies fosil yang berbeza iaitu fosil ammonoid dan serpihan bivalvia.

Fasies ini hanya terdapat di lokaliti 18M02.

Tafsiran Warna batu lumpur dalam lapisan ini adalah kelabu kehitaman

menunjukkan bahawa batu lumpur ini mempunyai kandungan karbon yang tinggi.

Kewujudan fosil menandakan bahawa batuan ini pernah menjadi habitat bagi aktiviti

organisma. Kandungan bahan karbon yang tinggi dalam lapisan ini berkemungkinan

adalah disebabkan oleh aktiviti organisma.

4.3.5 Sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan

Dalam Lapisan Seri Jaya, dapat disimpulkan terdapat dua sekutuan fasies iaitu sekutuan

fasies batu pasir tebal menghalus ke atas, dan sekutuan fasies batu pasir sederhana tebal

menghalus ke atas.

Sekutuan fasies batu pasir tebal menghalus ke atas terdiri daripada selang lapis

batu pasir tebal dengan batu lumpur dengan ketebalan purata batu pasir adalah 1.5 m.

Sekutuan fasies ini merupakan perulangan fasies batu lumpur dengan fasies batu pasir.

Page 57: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

45

Perulangan jujukan selang lapis ini ditindih oleh sekutuan fasies batu pasir sederhana

tebal menghalus ke atas dengan batu lumpur adalah lapisan yang dominan. Jujukan ini

juga menunjukkan terdapatnya struktur laminasi bergelombang dan wujud zon biokacau

yang sederhana. Terdapat serpihan bivalvia dan fosil ammonoid paratirolites ditemui

dalam lapisan batu lumpur.

Berdasarkan tafsiran kedua-dua sekutuan fasies ini, dapat disimpulkan, Lapisan

Seri Jaya di kawasan Maran-Luit ini berkemungkinan terendap di kawasan subsekitaran

bahagian atas lepas pesisir. Siri jujukan menghalus ke atas ini menunjukkan pernah

berlaku transgresi iaitu kenaikan paras air laut di kawasan ini.

Rajah 4.20 Rajah mewakili geomorfologi profil pantai. Beberapa jenis ciri-ciri

geomorfologi pantai ditunjukkan termasuk juga zon peralihan dan lepas

pesisir.

Page 58: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

46

Rajah 4.21 Korelasi log.unit batuan Lapisan Seri Jaya.

Page 59: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

47

Rajah 4.22 Jadual log komposit unit batuan Kumpulan Mersing.

Page 60: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

48

4.3.6 Paleontologi dan usia

Bahagian ini membincangkan tentang fosil yang ditemui di kawasan kajian, pencirian

spesies fosil tersebut dan penentuan usia. Terdapat dua jenis fosil yang ditemui iaitu

fosil ammonoid di bawah kelas sefalopod dan serpihan bivalvia. Pencirian lebih lanjut

dijelaskan di bawah.

a. Kelas Cephalopoda

Mohd. Shafeea (2000) mencirikan subkelas Ammonoidea dengan cengkerang aragonit

dan aptiki kalsit yang biasanya berlingkaran planisfera, dengan protokonca terbuka atau

terlindung. Septa dan garis sutura digunakan untuk pengelasan peringkat order dan lebih

rendah.

Spesimen ini ditemui dalam bentuk acuan dalam. Bentuk ammonoid yang

ditemui adalah berlingkaran planisfera jenis konvolut. Morfologi garis sutura adalah

jenis seratitik. Berikut merupakan taksonomi bagi fosil ammonoid yang dijumpai:

Phylum Mollusca

Kelas Sefalopod

Subkelas Ammonoidea

Order Ceratitida (Hyatt, 1884)

Suborder Paraceltitina (Shevyrev, 1968)

Superfamili Xenodiscoidea (Frech, 1902)

Famili Dzhulfitidae (Shevyrev, 1965)

Page 61: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

49

Rajah 4.23 Sampel fosil ammonoid yang ditemui di lokaliti 18M02.

Page 62: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

50

Rajah 4.24 Morfologi fosil genus Paratirolites.

Sumber: Diubahsuai daripada Korn et. al. (2015)

b. Kelas Bivalvia

Haiwan ini mempunyai dua keping cengkerang yang boleh dibuka dan ditutup seperti

injap (Mohd. Shafeea, 2000). Spesimen yang ditemui di lokaliti 18M04 ini adalah jenis

acuan luar. Pengawetan spesimen ini adalah tidak baik.

Page 63: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

51

Rajah 4.25 Fosil daripada kelas Bivalvia yang ditemui di lokaliti 18M02.

4.4 KUMPULAN TEMBELING

Mohamad Pauzi (1986) memetakan bahagian barat kawasan kajian sebgai Kumpulan

Tembeling dipisahkan dengan Kumpulan Mersing oleh sesar Cedung. Unit batuan

kawasan kajian adalah mencirikan Kumpulan Tembeling yang merupakan endapan

sedimen kebenuaan terdiri daripada konglomerat merah, batu pasir merah dan batu

lodak.

4.4.1 Cerapan lapangan

Dalam Kumpulan Tembeling, hanya terdapat satu lokaliti yang dapat direkodkan data

log sedimen iaitu di lokaliti 18M17. Pada lokaliti 18M17 ini, dijumpai lapisan

konglomerat sokongan butiran menindih lapisan batu pasir. Kedua-dua lapisan ini

berwarna kemerahan (Rajah 4.29).

Page 64: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

52

4.4.2 Litologi dan petrografi

a. Konglomerat

Konglomerat adalah batuan sedimen klastik yang mengandungi klasta bersaiz kelikir

(>2 mm). Klasta konglomerat terdiri daripada pelbagai jenis batuan. Matriks batuan

konglomerat biasanya terisi oleh butiran halus bersaiz lumpur atau pasir atau campuran

lumpur dan pasir (Boggs, 2009). Folk (1974) menetapkan jika terdapat lebih 30%

butiran bersaiz kelikir dalam batuan, maka batuan tersebut dipanggil konglomerat dan

jika kurang daripada 30% batuan tersebut diistilahkan batu pasir atau batu lumpur

berkelikir. Konglomerat dalam Kumpulan Tembeling dicirikan oleh konglomerat

dengan sokongan butiran, dengan klastanya secara purata melebihi 2 mm. Konglomerat

ini mempunyai asingan yang buruk. Butiran terdiri daripada butiran kuarza, litik

sedimen dan rijang. Batuan ini terdapat di lokaliti 19M02 (Rajah 4.26).

b. Wak kuarza

Folk (1974) mengelaskan batuan yang kaya matrik dengan melebihi 15% sebagai

greiwak. Wak kuarza dalam Kumpulan Tembeling ini dicirikan dengan batuan yang

berwarna kemerahan. Ditafsirkan warna kemerahan tersebut ditafsirkan sebagai mineral

besi yang mengisi simen. Butiran kuarza yang mengisi batuan diperhatikan terdapat

mineral yang terkepung di dalamnya atau kepungan (inclusion) menunjukkan batuan

ini berkemungkinan berasal daripada punca bersuhu rendah. Batuan ini terdapat di

lokaliti 18M11 (Rajah 4.27).

Page 65: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

53

Rajah 4.26 Konglomerat; kuarza monohablur sebagai butiran utama, dikelilingi dengan

matriks kuarza polihablur di bahagian bawah kiri gambar. Sampel 19M02.

a) Pandangan dengan tanpa silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang

nikol (PPL).

a

b

Page 66: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

54

Rajah 4.27 Wak kuarza. Simen diisi oleh mineral besi. Mineral yang terkepung di

dalam kuarza dapat dilihat di bahagian atas sebelah kanan, pandangan

tanpa silang nikol (PPL). Sampel 18M11. a) Pandangan dengan tanpa

silang nikol (XPL). b) Pandangan tanpa silang nikol (PPL).

a

b

Page 67: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

55

4.4.3 Fasies

a) Fasies konglomerat (F8)

Fasies konglomerat (F8) terdiri daripada lapisan konglomerat sokongan butiran.

Lapisan konglomerat ini mempunyai tebal menghampiri dua meter. Lapisan ini terdiri

daripada klasta bersaiz batu pasir sederhana hingga kasar dan julat saiz diameter adalah

2 cm hingga 10 cm.

Tafsiran Fasies konglomerat ini ditafsirkan terendap di bawah pengaruh arus

yang mengalir dengan kelajuan yang tinggi secara seretan yang sangat kuat dan juga

secara berguling dan melantun. Fasies ini menunjukkan ianya terendap di subsekitaran

beting alur.

4.4.4 Sekutuan fasies dan sekitaran pengendapan

Cerapan lapangan menunjukkan Kumpulan Tembeling terdiri daripada lapisan batu

pasir dan konglomerat. Berdasarkan cerapan petrografi, batuan konglomerat formasi ini

terdiri daripada klasta batu pasir dengan saiz diameter adalah pelbagai. Kedua-dua

maklumat ini menunjukkan Kumpulan Tembeling terendap dalam sekitaran kipas

alluvium bahagian proksimal hingga medial. Keratan rentas kipas alluvium ditunjukkan

dalam Rajah 4.28.

Page 68: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

56

Rajah 4.28 Keratan rentas sekitaran kipas alluvium.

Page 69: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

57

Rajah 4.29 Log unit batuan Kumpulan Tembeling dan tafsiran sekitaran pengendapan.

Page 70: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

58

4.5 SEJARAH GEOLOGI

a. Perm-Trias

Lapisan Seri Jaya terendap sebagai sedimen klastik endapan laut dalam terdiri daripada

batu lumpur dan batu pasir bersaiz halus hingga sederhana. Ditemui fosil ammonoid

dibawah subkelas Ammonoidea, dalam order Ceratitida yang menandakan usia lapisan

ini berkemungkinan dari Perm hingga Trias. Hidupan ketika ini merupakan hidupan

marin pelagik. Berdasarkan cerapan petrologi, plot dalam diagram Dickinson dan

Suczek (1979) menunjukkan provenans Lapisan Seri Jaya adalah daripada sekitaran

tektonik kerjaan semula. Data ini menyokong model tektonik yang dicadangkan oleh

Sevastjanova et. al. (2011) yang menerangkan bahawa pernah berlaku subduksi di

antara blok Sibumasu dan Malaya Timur ketika usia Perm-Trias (Rajah 4.31).

Berlaku pengangkatan menyebabkan Lapisan Seri Jaya yang dahulunya merupakan

lautan terangkat membentuk daratan dan kemudiannya terhakis membentuk

ketakselarasan. Peristiwa ini dikaitkan dengan penerobosan magma dari dalam bumi

yang menghasilkan zon sutura Bentong-Raub.

b. Jura – Kapur

Kumpulan Tembeling pada masa ini terendap sebagai sedimen kebenuaan terdiri

daripada konglomerat merah, batu pasir merah dan batu lodak. Kumpulan Tembeling

menindih Lapisan Seri Jaya secara tak selaras.

Page 71: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

59

Rajah 4.30 Rajah menunjukkan peristiwa geologi yang berlaku sepanjang usia Perm

hingga Kapur di kawasan kajian.

Page 72: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

60

Rajah 4.31 Model tektonik ini menerangkan tentang peristiwa subduksi ketika usia

Perm-Trias dan pelanggaran blok Sibumasu dengan Malaya Timur. Model

Sumber: Diubahsuai daripada Sejastjanova et al. (2011).

Page 73: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

61

BAB V

KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang kesimpulan kajian dan mennjawab kepada objektif

kajian iaitu mengemaskini peta geologi kawasan kajian, menentukan hubungan

stratigrafi dan sedimentologi unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian,

mentafsirkan sekitaran pengendapan kuno dan sejarah geologi kawasan kajian.

5.2 PETA GEOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, PAHANG

Berdasarkan maklumat dan data cerapan, sebuah peta geologi dapat dihasilkan.

Kawasan kajian terdiri daripada dua formasi iaitu Kumpulan Tembeling yang

merupakan sedimen endapan kebenuaan terdiri daripada konglomerat merah, batu pasir

merah dan batu lodak dan Lapisan Seri Jaya yang merupakan sedimen klastik endapan

lautan terdiri daripada batu lumpur dan batu pasir halus hingga sederhana. Kedua-dua

formasi ini dipisahkan oleh sesar. Terdapat empat paksi lipatan yang ditafsirkan

berdasarkan perbezaan kemiringan lapisan.

5.3 HUBUNGAN STRATIGRAFI DAN SEDIMENTOLOGI

Berdasarkan log komposit unit batuan Lapisan Seri Jaya, formasi ini terdiri daripada

tiga sekutuan fasies iaitu fasies selang lapis batu lodak dan batu pasir, fasies batu pasir

Page 74: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

62

tebal menghalus ke atas, dan fasies batu pasir sederhana menghalus ke atas. Fasies batu

pasir adalah dominan di bahagian bawah seterusnya menghalus kepada fasies batu

lumpur. Kumpulan Tembeling terdiri daripada fasies konglomerat menghalus ke atas

kepada fasies batu pasir.

5.4 SEKITARAN PENGENDAPAN DAN SEJARAH GEOLOGI

Sekitaran pengendapan Lapisan Seri Jaya ditafsirkan terendap di kawasan subsekitaran

bahagian atas lepas pesisir. Kumpulan Tembeling ditafsirkan terendap dalam sekitaran

kipas alluvium bahagian proksimal hingga medial. Pada usia Perm hingga Trias

sedimen klastik laut dalam Lapisan Seri Jaya terendap kemudian berlaku pengangkatan

dan terhakis yang dikaitkan dengan penerobosan magma menyebabkan berlaku

ketakselarasan. Pada usia Jura hingga Kapur, batuan Kumpulan Tembeling yang

merupakan sedimen endapan kebenuaan terendap menindih Lapisan Seri Jaya secara

tidak selaras.

Page 75: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

63

RUJUKAN

Boggs, S. 2009. Petrology of Sedimentary Rocks. Cambridge: University Press.

Reading, H.G. 1996. Sedimentary Environments and Facies. Oxford: Blackwell

Scientific Publications.

Dickinson, W.R. dan C.Suczek. 1979. Plate tectonics and sandstone compositions: Am.

Assoc. Pet. Geol. Bull., 63, 2164-2182.

Dickinson, W.R., dan L.S. Beard, G.R. Brakenridge, et al., 1983, Provenance of North

American Phanerozoic sandstones in relation to tectonic setting: Geol. Soc. Am.

Bull., 94, 222-235.

Dickinson, W.R., 1985. Interpreting provenance relations from detrital modes of

sandstones, in Zuffa. Provenance of Arenites: Reidel, Dordrecht, 333–361.

Dickinson, W.R.. 1988. Provenance and sediment dispersal in relation to paleotectonics

and paleogeography of sedimentary basins, in Kleinspehn, K. L. and C. Paola.

New Perspectives in Basin Analysis: Springer-Verlag, New York, NY. 3–25.

Folk, R.L. 1974. Petrology of Sedimentary Rocks: Hemphill Publishing Co. Austin,

TX.

Folk, R.L.1951. Stages of textural maturity in sedimentary rocks: J. Sediment. Petrol.,

21, 127-130.

Frech, F. 1897-1902. Lethaea geognostica oder Beschreibungund Abbildung der fur die

Gebirgs-Formationen bezeichnendsten Versteinerungen. I. Theil. Lethaea

palaeozoica. 2.Band 4. Schweizerbart, Stuttgart, pp. 257-452.

Hyatt, A. 1883-4. Genera of fossil cephalopods. Proceedings of the Boston Society of

Natural History, 22, 253-338

Korn, D., Ghaderi, A., Leda, L., Schobben, M. & Ashouri, A.R. 2015. The ammonoids

from the Late Permian Paratirolites Limestone of Julfa (East Azerbaijan, Iran).

Journal of Systematic Palaeontology.

Lee, A.K. 1990. The Geology and mineral resources of the Hulu Lepar area, Pahang.

Geological Survey of Malaysia District Memoir.

Mcbride, Earle. 1963. A Classification of Common Sandstones. Journal of Sedimentary

Research.

Mohamad Pauzi. 1986. Siri Baru L7010, Lembar 90. Ketua Pengarah Jabatan

Penyiasatan Kajibumi, Malaysia 1985.

Mohammed Ayob. 1968. Stratigraphy and sedimentology of the Tembeling Formation

in the Gunung Berantai area, Pahang. Tesis Sarjana, Jabatan Geologi,

Universiti Malaya.

Page 76: GEOLOGI AM DAN SEDIMENTOLOGI KAWASAN MARAN-LUIT, … · hubungan stratigrafi dan sedimentologi unit-unit batuan yang tersingkap di kawasan kajian dan metafsirkan sekitaran pengendapan

64

Mohd. Shafeea Leman. 2000. Pengenalan kepada paleontology invertebrate. 51-56.

Sevastjanova, I., Clements, B., Hall, R., Belousova E.A., Griffin, W.L., & Pearson, N.

2011. Granitic magmatism, basement ages, and provenance indicatoors in

Peninsula: Insights from detrital zircon U-Pb and Hf-isotope data. Gondwana

Research 19(2011) 1024-1039.

Shamsudin Jirin & Morley, R.J. 1994. Lower Cretaceous Palynomorphs from the

Termus and Mangking Formations (Tembeling Group), Peninsular Malaysia:

their stratigraphic and climatic significance. Abstract, Annual Geological

Conference ’94, Geological Society of Malaysia, 45.

Shevyrev, A. A. 1965. Nadortyad Ammonoidea. Trudy Paleontologicheskogo Instituta

Akademiya Nauk SSR. 108, 166-182.

Shevyrev, A. A. 1968. Triasovye ammonoidei Yuga SSSR. Trudy

Paleontologicheskogo Instituta Akademiya Nauk SSSR, 119, 1-272

Smiley, C.J. 1970. Later Mesozoic Flora from Maran, Pahang, West Malaysia. Part I:

Geologic Consideration. Geological Society of Malaysia Bulletin, 3, 77-88.

Uyop Said, Marahizal Malihan & Zainey Konjing. 2007. Neocomian palynomorph

assemblage from Central Pahang, Malaysia. Geological Society of Malaysia

Bulletin, 53, 21-25.

Williams, H., F.J. Turner, dan C.M. Gilbert, 1982, Petrography: An Introduction to

the Study of Rocks in Thin Sections. W.H. Freeman, San Francisco, CA.

Yap Kok Thye. 1980. Occurrences of Paleodietyon, a graphoglyptid burrow, from the

Upper Paleozoic of the Maran Area, Pahang. Warta Geologi 6(4): 93-96