Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

5
PENGENALAN. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang murid cenderung untuk mempunyai gaya tertentu. Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan pemerosesan maklumat yang berlaku pada manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah individu hanya boleh melihat sesuatu secara konkrit manakala sesetengah individu boleh melihat sesuatu secara abstrak. Ini bermakna setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran secara umumnya merujuk kepada cara atau stail pembelajaran seseorang individu. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran merupakan suatu cara bagaimana seseorang pelajar itu memberi tumpuan atau mengambil tindakan dalam usaha untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu, atau pengalaman yang baru. Menurut Dunn (1980), gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memproses serta mengekalkan maklumat baru. Gaya pembelajaran bergantung kepada ciri-ciri biologi dan perkembangan sahsiah seseorang dan ia dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu. Akibatnya, sesuatu pengajaran boleh jadi berkesan bagi seorang pelajar tetapi tidak berkesan bagi pelajar yang lain kerana gaya pembelajaran mereka berbeza. Renzulli and Smith (1978) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai satu bidang strategi pengajaran yang mana pelajar cuba menuntut pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan sekiranya pengajaran guru selari dengan gaya pembelajaran pelajar. Dengan ini, penyesuaian dalam pengajaran perlu dilakukan untuk melayani gaya pembelajaran pelajar. Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasil daripada gabungan pengalaman pelajar dan keperluan persekitaran. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, semua pelajar yang berkesan perlu berkebolehan dalam aspek

Transcript of Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

Page 1: Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

PENGENALAN.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang murid cenderung untuk mempunyai

gaya tertentu. Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan

pemerosesan maklumat yang berlaku pada manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah individu

hanya boleh melihat sesuatu secara konkrit manakala sesetengah individu boleh melihat

sesuatu secara abstrak. Ini bermakna setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang

tersendiri.

Gaya pembelajaran secara umumnya merujuk kepada cara atau stail pembelajaran

seseorang individu. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran merupakan

suatu cara bagaimana seseorang pelajar itu memberi tumpuan atau mengambil tindakan

dalam usaha untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu, atau pengalaman yang

baru.

Menurut Dunn (1980), gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memproses

serta mengekalkan maklumat baru. Gaya pembelajaran bergantung kepada ciri-ciri biologi

dan perkembangan sahsiah seseorang dan ia dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh

sosial serta perasaan individu. Akibatnya, sesuatu pengajaran boleh jadi berkesan bagi

seorang pelajar tetapi tidak berkesan bagi pelajar yang lain kerana gaya pembelajaran mereka

berbeza.

Renzulli and Smith (1978) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai satu bidang

strategi pengajaran yang mana pelajar cuba menuntut pembelajaran. Mereka berpendapat

bahawa pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan sekiranya pengajaran guru selari dengan

gaya pembelajaran pelajar. Dengan ini, penyesuaian dalam pengajaran perlu dilakukan untuk

melayani gaya pembelajaran pelajar.

Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasil

daripada gabungan pengalaman pelajar dan keperluan persekitaran. Beliau berpendapat

bahawa dalam proses pembelajaran, semua pelajar yang berkesan perlu berkebolehan dalam

aspek pengalaman konkrit (concrete experience), pemerhatian reflektif (reflective

Page 2: Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

observation), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization) dan eksperimentasi aktif

(active experimentation).

Keefe (1987) berpendapat bahawa gaya pembelajaran merangkumi tiga aspek, iaitu

kognitif, afektif dan psikologikal. Gaya kognitif melibatkan pememprosesan maklumat, gaya

afektif melibatkan tindak balas yang berasaskan motivasi manakala gaya psikologikal bersifat

tabiat yang berkaitan dengan unsur-unsur seks, kesihatan dan alam sekitar. Beliau

mentakrifkan pembelajaran sebagai satu proses dalaman dan berpendapat bahawa

pembelajaran hanya berlaku apabila terdapatnya perubahan tabiat sama ada secara kekal atau

sementara bagi seseorang individu.

Beberapa perspektif dan dimensi gaya pembelajaran yang berlainan telah dikemukakan oleh

pakar pendidik dan pengkaji dalam masa setengah abad yang lepas. Terdapat model-model

gaya pembelajaran yang mengambil kira dimensi personaliti (Wilkin, 1954; Myers, 1978),

ada yang memfokuskan pemprosesan maklumat (Schmeck, 1983; Kolb, 1984), ada yang

membawa dimensi interaksi sosial pelajar (Reichmann & Grasha, 1974) dan ada juga model-

model yang multi-dimensi dan menekankan kecenderungan cara pengajaran dan

kecenderungan persekitaran (Keefe,1989; Dunn & Dunn, 1978). Dengan ini, banyak

instrumen telah digubal dan banyak kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti gaya

pembelajaran pelajar dengan harapan pembelajaran yang berkesan boleh diadakan. Dapatan-

dapatan kajian juga membantu para pendidik memahami terdapatnya perbezaan gaya

pembelajaran di kalangan pelajar dan memberi kesedaran bahawa sebenarnya tidak ada satu

cara yang unggul untuk menjalankan pengajaran.

2. MODEL PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN.

Dunn dan Dunn (1982) telah menghuraikan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi gaya

pembelajaran seseorang. Mereka telah menyenaraikan lima rangsangan yang mempengaruhi

gaya pembelajaran iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi, dan psikologi. Unsur-unsur

tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan

pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.

Page 3: Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

2.1 Rangsangan Persekitaran.

Apa yang dikategorikan sebagai rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur

utama iaitu cahaya, bunyi, suhu, dan reka bentuk tempat belajar. Kadar terangnya cahaya

menjadi faktor penting yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran. Walaupun kebanyakan

dari kita selesa belajar dengan kadar pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada

di antara kita yang lebih suka belajar dalam suasana yang malap. Begitu juga dengan unsur

bunyi yang mampu menghasilkan gaya pembelajaran yang beranika jenis. Misalnya terdapat

murid yang suka belajar dengan diiringi alunan muzik, atau tidak kisah jika belajar dengan

pelbagai bunyi yang terhasil di persekitaran, namun ada juga dikalangan murid yang hanya

boleh memberi tumpuan terhadap pembelajaran dalam suasana yang sunyi tanpa sebarang

bunyi.

Unsur suhu seperti yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn, turut boleh mempengaruhi

gaya pembelajaran seseorang. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat

mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Ramai murid yang tidak suka atau tidak

selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa kipas atau alat penghawa dingin.

Manakala unsur reka bentuk tempat belajar pula boleh mempengaruhi gaya pembelajaran

melalui susun atur kerusi dan meja dalam bilik darjah sama ada selesa ataupun tidak. Susun

atur yang selesa boleh mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Tempat duduk yang

selesa boleh mengurangkan keletihan murid sepanjang tempoh pembelajaran.

2.2. Rangsangan Emosi.

Rangsangan emosi mempunyai perkaitan yang rapat dengan perasaan seseorang.

Elemen yang terkandung dalam rangsangan emosi temasuklah motivasi, keazaman, sikap

tanggungjawab, dan juga struktur. Elemen motivasi boleh dibahagikan kepada motivasi

intrinsik dann juga motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik merupakan sesuatu yang datang

dari dalam diri murid itu sendiri. Seseorang yang mempunyai motivasi intrinsik yang kuat

boleh belajar dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Manakala pelajar yang

mempunyai motivasi ekstrinsik hanya akan belajar apabila disuruh atau diarahkan oleh orang

lain.

Page 4: Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

2.3 Rangsangan Sosial.

Rangsangan sosial diwakili oleh unsur-unsur kendiri, pasangan, rakan sebaya,

pasukan, guru, dan pelbagai cara. Unsur kendiri merujuk kepada seseorang yang suka belajar

bersendirian, manakala, unsur pasangan pula melibatkan gaya pembelajaran secara

berpasangan. Bagi murid yang hanya suka belajar dengan rakan sebaya sahaja, mereka

memperlihatkan kewujudan unsur rakan sebaya. Begitu juga dengan unsur pasukan, di mana

seseorang murid itu selesa belajar secara berpasukan. Terdapat juga di kalangan murid yang

gemar berbincang dengan guru dan tidak kurang di kalangan murid yang boleh belajar dalam

mana-mana unsur seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

2.4 Rangsangan Fizikal.

Ramai penyelidik berpendapat bahawa apabila pelajar diajar mengikut kecenderungan gaya

pembelajaran masing-masing, pencapaian akademik mereka akan meningkat secara

signifikan. Disebabkan itu, Dunn, et al. (1990), berpendapat adalah tidak patut sekiranya

satu-satu gaya pembelajaran seperti belajar secara berkumpulan dipaksa ke atas semua

pelajar. Ini kerana langkah sedemikian boleh menjejaskan pencapaian pelajar yang

mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap gaya yang lain. Selain pembelajaran dari

segi akademik, kajian lain menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam sikap dan

perlakuan pelajar apabila gaya pengajaran guru dipadankan dengan gaya pembelajaran

pelajar. (Brown, 1978; Cafferty, 1980; Della Valle, 1984; Dunn, 1980; Krimsky, 1982;

Murrain, 1983; Pizzo, 1981 dan Shea, 1983). Semasa ditemubual tentang gaya pembelajaran,

Dunn (1990) berpendapat bahawa pelajar dengan tahap akademik yang berlainan boleh

menunjukkan peningkatan

JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

45

yang signifikan dalam pencapaian akademik apabila gaya pengajaran guru

disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar juga boleh menunjukkan

sikap positif terhadap persekolahan selepas mereka ditunjuk cara belajar dengan

mengambil kira kecenderungan gaya pembelajaran mereka. Misalnya, Model

Page 5: Gaya Pembelajaran-Assignment Individu

Gaya Pembelajaran Dunn telah digunakan sebagai satu program dalam pengajaran

dan pembelajaran di Center for Educating Students with Handicaps in Regular

Education Settings (CESHRES), North Carolina, USA. Program ini telah memberi

kesan yang positif terhadap pelajar-pelajar pendidikan khas. Selain daripada itu,

Dunn (1990) juga melaporkan bahawa pelajar-pelajar pencapaian rendah

pembelajaran di Center for Slow Learners, Richardson, Texas juga menunjukkan

kejayaan tinggi setelah diberi pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran mereka.