Gaya Pembelajaran

38

description

psikologi pendidikan

Transcript of Gaya Pembelajaran

  • UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

    KURSUSPSIKOLOGI PENDIDIKANTAJUKPROSES PEMBELAJARAN DAN GAYA PEMBELAJARANNAMA AHLINUR LIYANA BT IDRIS (CB13107)NUR FARIHAN BT DZULKIFLEE (CB13108)SITI KHATIJAH BINTI HASHIM (CB130049)NOR FITRIYANA BINTI ALIAZIZAN (CB130062)NURFARAHIN BINTI AHMAD KAMAL (CB130071)NAMA PENSYARAHPUAN LUTFIAH NATRAH BINTI ABBAS@AHMAD

  • SAMB. GAYA PEMBELAJARAN.

  • 11.6GAYA PEMBELAJARAN Ialah hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah.Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan tersendiri (kenneth & dunn, 1984).

  • Antara teori gaya pembelajaran ialah teori gaya pembelajaran kolb, teori gaya pembelajaran fleming (VAK) dan teori gaya pembelajaran Dunn & dunn. Secara ringkasnya, aplikasi gaya pembelajaran mengambil kira proses yang berikut :

  • Mengenal pastiGaya pembelajaranMerancang P&PAktivitiBahan bantu proses pembelajaranMenguruskan P&P

  • 11.7Implikasi Gaya Pembelajaran Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

    1)KurikulumGuru meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan, sensing dan imaginasi utk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun.2)Bimbingan Guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi dan ujikaji

  • Penilaian

    Guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yang memberikan fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara keseluruhan yang ada kaitan dengan gaya pembelajaran. Guru boleh mendedahkan murid dengan pelbagai unsur pengalaman di dalam bilik darjah seperti unsur bunyi, muzik, visual, pergerakan, perbualan dan percakapan.

  • GAYA PEMBELAJARAN

  • 12.1 DEFINISI GAYA PEMBELAJARAN

    Menurut Kamus Dewan edisi keempat, gaya bermaksud cara atau kelakuan. Gaya bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara pembelajarannya. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses maklumat bagi membentuk konsep dan prinsip.

  • Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang digemari oleh seseorang pelajar. Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through Their Indivudial Learning Styles: A Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru.

    Di dalam buku mereka Learning Style Inventory Development and Research (1982), Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan , iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya.

  • Gregorc (1979) mentakrifkaan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya.

    Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang.

    Slavin (1994) mengaitkan personaliti dengan gaya pembelajaran dan menyatakan: Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.

  • 12.2 Teori Pembelajaran KolbDefinisi Gaya Pembelajaran Kolb

    Gaya Pembelajaran Kolb Kolb (1985) telah mengenalpasti empat gaya pembelajaran iaitu diverger, converger, assimilator dan accommodator hasil daripada gabungan pengalaman pelajar dan keperluan persekitaran.Gaya Pembelajaran Kolb Pengubah (Accomodator) Mereka mempunyai ciri-ciri seperti mengambil kesempatan,membuat tindakan dan mengambil risiko. Mereka mempunyai kebolehan menyesuaikan diri dengan perubahan. Mereka lebih suka menyelesaikan masalah dengan percubaan tanpa membuat pemerhatian terlebih dahulu.

  • Mereka lebih banyak bergantung dengan orang lain untuk mendapatkan maklumat daripada menggunakan menganalisis sendiri.Cara pembelajaran untuk pengubah termasuk pengalaman konkrit and percubaan yang aktif.

    Gaya Pembelajaran Pemusat (Converger) Berupaya menyelesaikan masalah dengan efektif, membuat keputusan dan mengapplikasikan idea untuk menyelesaikan masalah. Mereka dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang ada dengan membuat penaakulan dan memikirkan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu. Mereka bersikap praktikal(pragmatic)dan kurang emosional. Mereka boleh mempengaruhi orang lain dalam situai tertentu. Mereka berfokus,membuat ramalan dan boleh membuat keputusan.

  • Pelajar Bercapah(Diverger)

    Berupaya menggumpul pelbagai maklumat dan menjadikannya satu.Mereka banyak idea, mempunyai daya imaginasi serta peka dan sensitive terhadap sesuatu nilai atau perasaan. Mereka boleh membuat tugasan secara individu. Mereka berfikiran terbuka. Mereka bijak mencari dan menilai maklumat. Mereka boleh meramal sebab-sebab berlakunya sesuatu.

  • Asimilator(Assimilator)

    Mereka bersifat logik, tepat, saitifik dan sistematik. Mereka bersifat analatikal dan bijak mengira. Mereka juga boleh membuat teori dan eksperiment. Dapat organisasikan maklumat dan boleh juga membuat penaakulan

  • AKOMODATOR

    i.PENGALAMAN KONKRIT hebat melakukan sesuatu perkara melibatkan diri sendiri secara menyeluruh bijak berhadapan dengan sesuatu yang rumit

    ii. EKSPERIMENTASI AKTIF menyelesaikan masalah dengan cara cuba jaya. berani mengambil risiko. bijak menyesuaikan diri

    CIRI-CIRI Bergantung lebih kepada informasi pihak lain berbanding keupayaan analisis sendiri Mampu melihat hubungan antara aspek- aspek yang terdapat dalam sistem Bersesuaian untuk pekerjaan yang berorientasikan tindakan cth: bisnes, pemasaran, jualan produk

  • KEPELBAGAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN aktiviti yang menggalakkan penemuan kajian secara berdikari membolehkan seseorang itu untuk menjadi ahli aktif dalam apa-apa proses pembelajaran pengajar yang bekerjasama dengan golongan ini akan menghadapi soalan-soalan yang memutar belitkan seperti ; kenapa tidak? bagaimana jika..

    APLIKASI DALAM SUBJEK Pelajar diberi peluang untuk mengamalkan cara pembelajaran sendiri dan diberikan tugasan yang khusus dan mempunyai hasil yang tepat. Bagi cara pembelajaran ini ia memerlukan bahan teori dan latihan-latihan kertas kerja berkaitan pelajaran bagi subjek-subjek yang disediakan.

  • ASIMILATORi.konseptual abstrak Memahami secara pemahaman konsep dan prinsipal. mempunyai kelebihan dalam mencipta model teori.

    ii.pemerhatian reflektif Memerhati dari pelbagai aspek. tidak berasa yakin apabila mengkaji sesuatu sistem secara rawak.

    CIRI-CIRI

    Bermotivasi mengenai perkara yang boleh dipelajari. lebih bercirikan asas sains dan matematik. Menyukai penyampaian maklumat yang sistematik dan tepat. kagum dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh ahli yang pakar. mencari jawapan yang tepat untuk sesuatu permasalahan.

  • KEPELBAGAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN Cara kuliah yang diikuti dengan demonstrasi Mengkaji sesuatu subjek di dalam makmal, mengikuti dan menyiapkan tutorial dimana jawapannya telah disediakan. Kurang menggunakan tenaga pengajar sebagai sumber pembelajaran. Lebih mengutamakan latihan-latihan dan mampu menjawab soalanAPLIKASI DALAM SUBJEK Dalam subjek Pemakanan Tumbuhan, kita digalakkan untuk mencari maklumat tambahan berkenaan sesuatu topik. Cth: kitaran nitrogen

  • KONVERGER - Konseptualisasi abstrak Menyusun maklumat yang diterima secara sistematik, kemas dan logik. Maklumat diatur dalam bentuk konsep, teori dan idea. Pemikiran merupakan aspek terpenting berbanding dengan intuisi.- Eksperimentasi Aktif Mengaplikasi teori yang dibelajar dalam bentuk eksperimen. Kajian dilakukan untuk mencari punca dan penyelesaian yang tepat dan praktikal bagi sesuatu masalah.

    CIRI-CIRI Menggabungkan teori dan praktis Tidak pasif Menggunakan akal waras Menggunakan pengetahuan abstrak Mahir dalam menerap idea-idea praktikal dalam pembelajaran

  • KEPELBAGAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN Arahan melalui penggunaan komputer Penyelesaian masalah atau penggunaan buku latihan untuk pelajar mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Interaksi, hands-on, tidak pasif, menerima arahan(makmal,kerja lapangan)

    APLIKASI DALAM SUBJEK Dalam kerja makmal, penganalisisan harus dilakukan apabila mengendalikan eksperimen. Teori yang telah dipelajari dalam kuliah diaplikasikan dalam pengendalian eksperimen serta praktikal setelah menerima arahan daripada pensyarah. Sebagai contoh, komposisi tanah dianalisis dalam makmal untuk mengetahui kandungan nutrisi seperti nitrogen, fosforus dan kalsium di bawah pengawasan pensyarah.

  • DIVERGER

    Pengalaman konkrit

    melibatkan diri dalam meneroka pengalaman baru. lebih menekankan Intuisi dan penglibatan aktif. harus fleksible, berfikiran terbuka.

    Pemerhatian reflektif

    menguasai kemahiran mendengar dan memerhati serta sensitif dengan perubahan. menjadi pemerhati yang objektif. memberi perhatian dalam perbincangan orang lain. menjalankan sesuatu tugasan. kurang keyakinan dan mengambil masa yang lama untuk berfikir apabila soalan diajukan.

  • CIRI-CIRI Mempunyai kelebihan dalam menjana idea Berminat dalam mendengar idea orang lain dan kongsi idea sendiri Mempunyai daya imaginasi yang baik Melihat sesuatu perkara dalam pelbagai sudut

    KEPELBAGAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kuliah Explorasi hands-on Pencernaan minda

  • APLIKASI DALAM SUBJEK Pensyarah menyampaikan maklumat tentang sesuatu mata pelajaran melalui teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,pelajar memberi focus dalam kuliah ketika pembelajaran disampaikan oleh pensyarah.Pelajar mengutamakan maklumat yang terperinci dan sistematik. Pelajar dapat berfikir dari pelbagai perspektif dalam apa jua keadaan untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, apabila tumbuhan menunjukkan simptom- simptom tidak normal seperti kekuningan daun dan tumbesaran terbantut,pelajar harus berfikir dari pelbagai sudut untuk mencari punca serta penyelesaiannya.

  • 12.3 Teori gaya pembelajaran Fleming (VAK) Gaya VAK

  • Matriks Gaya Pembelajaran VAK

  • 12.4 Teori gaya pembelajaran Dunn & Dunn Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedahseseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip dimanakebanyakan individu mampu dan boleh belajar, setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu,gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumberdan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapatdisesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran.

  • CIRI-CIRI MODEL PEMBELAJARAN DUNN & DUNNRangsangan Persekitaran

    Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan persekitaran cahaya terang semasa belajar. Individu juga memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Proses pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk dan akan menyebabkan produktiviti seseorang.

  • Rangsangan Emosional

    Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan, tanggungjawab dan struktur.

    Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang panjang

    Tahap kecekalan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza

  • Rangsangan Sosiologi

    Rangsangan sosiologi terdiri daripada elemen-elemen seperti diri sendiri, berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya atau orang dewasa.

    Dunn dan Dunn (1978) menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terus oleh guru kepada pelajar.

    Terdapat individu yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka belajar.

  • Rangsangan Fizikal

    Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti persepsi, makanan, minuman, waktu belajar dan pergerakan

    Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar.

    Model beliau menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual, auditif, taktual dan kinestetik.

    Terdapat individu belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka makan dan minum semasa belajar. Selain itu, tekanan ketika belajar dapat dikurangkan melalui makan dan minum.

  • Rangsangan Psikologi

    Rangsangan psikologi terdiri daripada elemen-elemen yang berikut iaitu analitik/global, impulsif/reflektif, dominan otak kiri/dominan otak kanan.

    Model Dunn dan Dunn di atas menunjukkan individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berdasarkan kecenderungan belajar individu tersebut.

    Gaya pembelajaran individu didapati bertindak balas dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, sumber dan iklim.

  • 12.5 Impikasi teori gaya pembelajaran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan hasil kajian didapati para pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama lain Guru memainkan peranan penting bagi mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar dan menyesuaikan cara penyampaian pengajaran supaya pelajar lebih memahami kandungan pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Pensyarah boleh mempelbagaikan teknik pengajaran supaya menarik minat pelajar dan mengelakkan pelajar daripada cepat bosan. Para pelajar juga perlu berusaha bagi mengenali gaya pembelajaran yang sesuai untuk mereka dan menggunakan bahan yang boleh membantu mengembangkan potensi dan bakat mereka supaya mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

  • END OF SLIDE

    THANKS FOR YOUR ATTENTION

    ANY QUESTION?