GARIS PANDUAN PEMASANGAN STRUKTUR …...Struktur paparan iklan luar sebelum papan tanda trafik: 300m...
Transcript of GARIS PANDUAN PEMASANGAN STRUKTUR …...Struktur paparan iklan luar sebelum papan tanda trafik: 300m...
GARIS PANDUAN PEMASANGAN STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR
DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
JABATAN PERANCANGAN BANDARAYA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
1
1.0 LATAR BELAKANG
Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar raya yang pesat membangun dan merupakan tumpuan pelbagai aktiviti
ekonomi termasuklah permintaan yang tinggi terhadap sektor pengiklanan. Hal ini kerana perniagaan pengiklanan dapat
memberikan pulangan yang lumayan. Justeru, kriteria penilaian perancangan terhadap pemasangan struktur paparan
iklan luar ini perlulah dikawal dari aspek keselamatan, kualiti dan keselesaan persekitaran serta kandungan pengiklanan
supaya rekabentuk bandar dan elemen lanskap dipelihara dari aspek kualiti dan kesinambungan karakternya.
2.0 TUJUAN
Garis panduan ini disediakan untuk menjelaskan kriteria penilaian perancangan permohonan struktur paparan iklan luar di
bawah kawalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
3.0 OBJEKTIF
i. Memastikan permohonan pemasangan struktur paparan iklan luar seragam, teratur dan menjamin keselamatan
serta keselesaan warga kota.
ii. Membantu industri pengiklanan mengetahui kehendak yang perlu dipatuhi didalam pemasangan struktur paparan
iklan luar di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2
4.0 DEFINISI DAN KATEGORI IKLAN
4.1 Paparan iklan luar merupakan paparan yang mengiklankan barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang tidak
semestinya dijual di mana pengiklanan itu ditempatkan.
4.2 Jenis-jenis struktur paparan iklan luar adalah seperti berikut:
4.2.1 Paparan Iklan Luar di Atas Tanah (Free-Standing).
Paparan iklan luar di atas tanah yang disokong oleh tiang. Kategori ini boleh dipecahkan mengikut
saiz iaitu besar, sederhana dan kecil.
4.2.2 Paparan Iklan Luar Pada Struktur Bangunan.
i. Atas Bumbung Bangunan Paparan iklan luar yang dipasang pada bumbung bangunan.
ii. Permukaan Dinding Paparan Iklan luar yang dipasang pada dinding atau pada jarak dari dinding pada sebelah dinding luar bangunan.
iii. Lelilit Bangunan (Building Wrap) Merupakan pengiklanan yang dipasang pada saiz yang amat besar pada bangunan tinggi dengan menggunakan bahan Vinyl mesh atau yang bersesuaian.
4.2.3 Paparan Iklan Luar Pada Struktur Jejambat, Struktur Jejantas dan Lelilit Tiang (Pillar Wrap).
i. Struktur Jejambat Paparan iklan luar yang dipasang pada struktur jejambat laluan kenderaan atau jambatan.
ii. Struktur Jejantas Paparan iklan luar yang dipasang pada struktur jejantas laluan pejalan kaki.
iii. Lelilit Tiang (Pillar Warp) Paparan iklan luar yang dipasang pada tiang/pier pada laluan rel (contoh LRT, MRT, Monorel), jejambat dan jejantas.
3
4.2.4 Struktur Lain
i. Paparan Iklan Gantri
Paparan iklan gantri bersaiz besar merupakan paparan iklan yang merentangi keseluruhan jalan
kebiasaannya 6 lorong atau lebih di lebuhraya. Manakala paparan iklan gantri bersaiz kecil adalah
yang merentangi sebahagian atau keseluruhan jalan yang lebih kecil.
4
5.0 GARIS PANDUAN UMUM
Garis panduan umum merupakan kawalan am kepada semua jenis struktur paparan iklan luar dari aspek keselamatan
awam, kualiti persekitaran, keselesaan awam dan kandungan pengiklanan.
5.1 Keselamatan Awam
5.1.1 Struktur paparan iklan luar berikut adalah tidak dibenarkan:
i. Yang menimbulkan gangguan lalu lintas (traffic hazard).
ii. Yang menghalang atau mengganggu pandangan pengguna jalanraya terhadap papan tanda lalu lintas
dan peralatan kawalan lalu lintas.
iii. Yang menimbulkan kekeliruan dan mengganggu tumpuan pengguna jalan raya terutamanya pemandu
kenderaan.
iv. Yang dipasang di laluan awam, laluan pejalan kaki, laluan kecemasan dan infrastruktur umum bagi
mengelakkan gangguan atau halangan.
v. Yang dipaut atau disekalikan dengan papan tanda dan isyarat lalu lintas bagi mengelakkan gangguan
pandangan pengguna jalanraya.
vi. Yang menghalang kawasan liputan CCTV bagi memastikan alatan keselamatan awam berfungsi dengan
baik.
5.1.2 Struktur paparan iklan luar yang ditempatkan di dalam rizab sesuatu infrastruktur seperti rizab rentis elektrik,
rizab sungai, rizab telekomunikasi dan lain-lain kecuali mendapat kelulusan agensi pengawal rizab.
5.1.3 Struktur paparan iklan luar hendaklah mematuhi spesifikasi atau piawaian keselamatan yang ditetapkan
oleh agensi/jabatan yang berkaitan.
5
5.2 Kualiti Persekitaran
5.2.1 Struktur paparan iklan luar berikut adalah tidak dibenarkan:
i. Iklan yang menutup bangunan-bangunan warisan, bersenibina menarik dan berkepentingan seperti
tempat ibadat (contoh: masjid), kompleks/bangunan awam/institusi (contoh: muzium, balai polis, hospital,
sekolah), kediaman rasmi kerajaan (contoh: istana) dan mercu tanda sesuatu kawasan bagi pengekalan
nilai estetik.
ii. Iklan di dalam bulatan jalan (roundabout) atau road island yang mana akan menghalang aktiviti landskap
atau pengindahan bandar.
iii. Iklan luar yang berada di persimpangan utama di mana akan menjejaskan atau melindungi elemen reka
bentuk bandar seperti contoh seni landskap bandar.
iv. Sekiranya melibatkan pemotongan pokok-pokok besar yang menjadi sebahagian daripada landskap
bandar.
5.2.2 Bagi struktur paparan iklan luar atas tanah (free-standing), pemasangan mestilah di atas satu atau tiga tiang
dan bukan di dalam bentuk kerangka yang boleh menyumbang kepada kemerosotan visual persekitaran.
5.2.3 Struktur paparan iklan luar sediada tidak dibenarkan memaparkan paparan yang kosong pada bila-bila
masa dan yang sudah luput tarikh atau tidak lagi berkaitan dengan perkembangan semasa bagi
mengelakkan pencemaran pandangan. Mesej-mesej kerajaan hendaklah dipasang oleh pemilik struktur
sementara menunggu penyewa pengiklanan.
6
5.3 Keselesaan Awam
Di antara ciri-ciri dan tatacara iklan bagi menjamin keselesaan awam adalah seperti berikut:
i. Pemasangan struktur paparan iklan hendaklah tidak menyilaukan dan tidak bercahaya ke tahap yang boleh
menimbulkan gangguan penglihatan orang awam.
ii. Tahap kecerahan paparan iklan luar yang dibenarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah seperti
berikut:
a) Waktu siang diantara jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam ialah maksima 4,000 nits @ cd/m2;
b) Waktu malam diantara jam 7.00 malam sehingga 7.00 pagi ialah maksima 150 nits @ cd/m2.
iii. Pemasangan struktur paparan iklan luar berlampu yang menyilaukan pandangan dan bercahaya ke tahap
yang boleh menghadkan penglihatan pengguna jalanraya adalah tidak dibenarkan.
iv. Pemasangan struktur paparan iklan luar hendaklah tidak menghalang pandangan umum terhadap kehijauan
sesuatu kawasan lapang atau pemandangan serta keindahan semula jadi.
5.4 Kandungan Pengiklanan
5.4.1 Kandungan pengiklanan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
i. Paparan imej bersesuaian pada kandungan iklan melalui keutamaan di dalam penggunaan Bahasa
Melayu serta sentiasa menonjolkan nilai-nilai sosial, seni, budaya dan warisan masyarakat tempatan.
ii. Setiap paparan iklan luar hendaklah dalam Bahasa Melayu sama ada dengan sendirinya atau bersama
dengan mana-mana bahasa lain. Perkataan dalam Bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dari
segi saiz, warna dan kedudukan perkataan dari bahasa lain.
iii. Penggunaan Bahasa Melayu yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan
Bahasa dan Pustaka.
iv. Kandungan pengiklanan yang memberi gambaran positif terhadap pelbagai kaum dan budaya di
Malaysia adalah digalakkan.
7
v. Paparan iklan luar yang dipaparkan mestilah mempamerkan budaya selamat. Contoh gambar pemandu
kereta memakai tali pinggang keledar, penunggang motosikal memakai topi keledar dan sebagainya.
vi. Kandungan pengiklanan hendaklah ringkas dan menarik iaitu 85% grafik dan 15% perkataan supaya
tidak menjejaskan kelancaran memandu di atas jalan raya.
5.4.2 Kandungan pengiklanan yang dibenarkan dengan syarat adalah seperti berikut:
i. Bagi iklan ubat, rawatan perubatan dan fasiliti perubatan serta iklan makanan dan minuman terkawal
hendaklah dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu.
ii. Bagi iklan racun perosak hendaklah dirujuk kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
terlebih dahulu.
iii. Bagi iklan Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara hendaklah dirujuk kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia terlebih dahulu.
iv. Bagi iklan elektronik adalah tertakluk kepada garis panduan dan tatacara dibawah kod kandungan
dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
5.4.3 Kandungan pengiklanan yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:
i. Kandungan pengiklanan yang mengiklankan rokok, arak dan aktiviti yang menjurus kepada perjudian
atau perlakuan negatif.
ii. Kandungan pengiklanan yang memaparkan gambar wanita atau lelaki dalam perlakuan atau aksi yang
menjolok mata.
iii. Kandungan pengiklanan yang menggunakan perkataan seperti “BERHENTI”, “BAHAYA” atau apa-apa
perkataan, simbol atau warna yang menyerupai seakan-akan papan tanda lalulintas atau alat kawalan
lalulintas bagi mengelakkan kekeliruan semasa memandu.
8
6.0 GARIS PANDUAN KHUSUS
6.1 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Luar Bersaiz Besar di Atas Tanah
(Free Standing).
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan luar bersaiz besar di atas tanah adalah seperti berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR BERSAIZ BESAR DI ATAS TANAH
1. Saiz Dimensi Paparan Iklan
Dimensi Melintang:
18 meter (L) x 6 meter (T) / 60 kaki (L) x 20 kaki (T)
12 meter (L) x 9 meter (T) / 40 kaki (L) x 30 kaki (T)
Dimensi Menegak :
12 meter (L) x 18 meter (T) / 40 kaki (L) x 60 kaki (T)
2. Keluasan Dimensi Paparan Iklan
223 meter persegi (2,400 kaki persegi)
3. Ketinggian Tiang Ketinggian maksimum tiang adalah 12 meter (40 kaki) dikira daripada permukaan jalan (at grade) hingga ke struktur paparan iklan mengikut kepada kesesuaian tapak.
6m
(20’)
12m (40’)
18m (60’) 18m (60’)
Permukaan Jalan 12m
(40’) 12m
(40’)
9
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR BERSAIZ BESAR DI ATAS TANAH
4. Anjakan minima (Setback)
Anjakan penghujung struktur paparan iklan luar ke bahu jalan @ rel penghadang adalah minima 1 meter (3.28 kaki) supaya ianya tidak memasuki ruang udara jalan.
Bagi lot persendirian, anjakan penghujung struktur paparan iklan luar ke sempadan lot ialah 3 meter (10 kaki).
Permukaan Jalan
1 m (3.28’)
Permukaan Jalan
3 m (10’)
Rezab
Jalan Sempadan
Lot
10
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR BERSAIZ BESAR DI ATAS TANAH
5.
Jarak dari persimpangan
Struktur paparan iklan luar bersaiz besar tidak dibenarkan berada pada jarak 20 meter (66 kaki) sebelum mana-mana persimpangan mendatar (at grade), persimpangan bertingkat, kawasan Rehat dan Rawat dan Hentian Sebelah.
6. Papan Tanda Lalu Lintas/Isyarat Trafik.
Struktur paparan iklan luar sebelum papan tanda trafik: 300m (984 kaki),
Struktur paparan iklan luar selepas papan tanda trafik: 100m (328 kaki)
Nota: Hanya terpakai untuk lebuhraya sahaja.
7. Struktur Tambahan Struktur tambahan (embellishment) yang dibenarkan adalah maksimum 25% daripada saiz papan iklan.
11
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR BERSAIZ BESAR DI ATAS TANAH
Struktur tambahan (embellishment) (a+b)
Contoh: Keluasan iklan = 111.5m2 (1,200 kp). 25% dari keluasan papan iklan; 111.5 m2 x 25% = 28 m2 (300 kp).
Maka keluasan tambahan yang dibenarkan = 28m2 (300 kp).
8. Maksimum Paparan Dibenarkan maksimum 3 paparan.
Saiz dan ketinggian setiap paparan mestilah sama.
9. Jarak antara Dua Papan Iklan Saiz Besar
Jarak antara dua papan iklan bersaiz besar adalah 300 meter.
b
a
12
6.2 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Luar Bersaiz Sederhana di Atas Tanah
(Free Standing).
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan luar bersaiz sederhana di atas tanah adalah seperti berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR BERSAIZ SEDERHANA DI ATAS TANAH
1. Saiz Dimensi Paparan Iklan
Dimensi Melintang:
12 meter (L) x 3 meter (T) / 40 kaki (L) x 10 kaki (T)
Dimensi Menegak:
4 meter (L) x 6 meter (T) / 15 kaki (L) x 20 kaki (T)
2. Keluasan Dimensi Paparan Iklan
37 meter persegi (400 kaki persegi)
3. Ketinggian Maksimum Ketinggian maksimum adalah 12 meter (40 kaki) dikira daripada permukaan jalan (at grade) hingga ke bahagian atas struktur paparan iklan luar mengikut kepada kesesuaian tapak.
12m (40’)
3m (10’)
9m (30’)
12m (40’)
12m (40’)
4m (15’)
6m (20’)
6m (20’)
13
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR BERSAIZ SEDERHANA DI ATAS TANAH
4. Anjakan (setback)
Anjakan penghujung struktur paparan iklan luar ke bahu jalan @ rel penghadang ialah 1 meter (3.28 kaki) supaya ianya tidak memasuki ruang udara jalan.
Bagi lot persendirian, anjakan penghujung struktur paparan iklan luar ke sempadan lot ialah 3 meter (10 kaki).
5. Jarak dari persimpangan jalan
Struktur paparan iklan luar bersaiz sederhana tidak dibenarkan berada pada jarak 20 meter (66 kaki) sebelum mana-mana persimpangan mendatar (at grade), persimpangan bertingkat, kawasan Rehat dan Rawat dan Hentian Sebelah mengikut kepada kesesuaian tapak.
6. Struktur Tambahan Struktur tambahan (embellishment) yang dibenarkan adalah maksimum 15% daripada saiz papan iklan.
7. Jarak antara Dua Paparan Iklan Luar Saiz Sederhana
Jarak antara paparan iklan luar bersaiz sederhana perlulah 50 meter.
14
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR BERSAIZ SEDERHANA DI ATAS TANAH
Jarak antara paparan iklan bersaiz sederhana dengan paparan iklan bersaiz besar ialah 100 meter.
8. Maksimum paparan Dibenarkan maksimum 2 paparan
Saiz dan ketinggian setiap paparan mestilah sama.
15
6.3 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Luar Bersaiz Kecil di Atas Tanah (Free Standing).
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan luar di atas tanah bersaiz kecil adalah seperti berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR BERSAIZ KECIL DI ATAS TANAH
1. Saiz Dimensi Paparan Iklan
Dimensi Melintang:
3 meter (L) x 1.5 meter (T) / 10 kaki (L) x 5 kaki (T)
Dimensi Menegak:
1.5 meter (L) x 3 meter (T) / 5 kaki (L) x 10 kaki (T)
2. Keluasan Dimensi Paparan Iklan
4.6 meter persegi (50 kaki persegi)
3. Ketinggian Maksimum Ketinggian maksimum adalah 6 meter (20 kaki) dikira daripada permukaan jalan (at grade) hingga ke bahagian atas struktur paparan iklan luar mengikut kepada kesesuaian tapak.
4. Jarak dari persimpangan jalan
Pemasangannya tidak dibenarkan pada kedudukan 10 meter (33 kaki) di sekitar kawasan persimpangan.
6m (20’)
3m (10’)
1.5m (5’)
4.5m (15’)
6m (20’)
1.5m (5’)
3m (10’)
3m (10’)
16
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR BERSAIZ KECIL DI ATAS TANAH
5. Anjakan dari laluan pejalan kaki
Struktur paparan iklan luar mestilah tidak berada di atas laluan pejalan kaki.
6. Jarak antara Dua Papan Iklan
Jarak antara struktur paparan iklan luar bersaiz kecil adalah 15 meter.
Jarak antara struktur paparan iklan luar bersaiz kecil dengan paparan iklan luar bersaiz sederhana adalah 25 meter.
7. Maksimum paparan • Dibenarkan maksimum 2 paparan • Saiz dan ketinggian setiap paparan mestilah sama.
X X
17
6.4 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Luar Di Atas Bumbung.
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan luar di atas bumbung adalah seperti berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR DI ATAS BUMBUNG
1. Kategori Bangunan/ Iklan yang Dibenarkan.
Dibenarkan pada bangunan perdagangan sahaja.
Dibenarkan pada bangunan sesebuah yang menyediakan struktur khas bagi tujuan menampung paparan iklan (in-built structure)
Hanya iklan berbentuk logo, nama syarikat dan bangunan sahaja.
2. Ketinggian Struktur Tidak melebihi 3 meter (10 kaki)
3. Keutamaan Kawalan Adalah Ke Atas Kandungan Iklan Dan Pencahayaan
Keutamaan kawalan adalah ke atas kandungan iklan dan pencahayaan supaya selaras dengan matlamat mempertingkatkan keceriaan pusat bandar dan pencahayaan pada waktu malam.
4. Struktur Kerangka Iklan Iklan bumbung yang disokong dengan kerangka terbuka tidak dibenarkan sama sekali.
18
6.5 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Luar pada Dinding Bangunan.
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan luar pada dinding bangunan adalah seperti berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR PADA DINDING BANGUNAN
1. Kategori Bangunan Yang Dibenarkan.
Dibenarkan hanya pada bangunan perdagangan sahaja.
2. Struktur Kerangka Iklan
Iklan hendaklah dipasang pada struktur kerangka yang diunjurkan keluar tidak melebihi 1.5m (5 kaki) dari dinding dan ruangan bukaan tingkap tidak terhalang dengan struktur kerangka tersebut.
3. Keluasan Maksimum Iklan
Keluasan maksimum iklan yang dibenarkan adalah 90% dari keluasan dinding bangunan dan ianya hendaklah bermula dari tingkat satu (1) bangunan.
4. Saiz Dimensi Paparan Iklan
Tidak dibenarkan sama sekali terkeluar atau terlebih daripada perimeter dinding bangunan.
5. Perletakan Iklan Perletakan iklan yang seimbang pada dinding-dinding bangunan sahaja dibenarkan dan bukan di sudut-sudut bangunan.
6. Jarak Antara Pengiklanan Lain
Jarak dengan pengiklanan selainnya adalah 500 meter.
7. Keutamaan Kawalan Adalah Ke Atas Kandungan Iklan Dan Pencahayaan
Keutamaan kawalan adalah ke atas kandungan iklan dan pencahayaan supaya selaras dengan matlamat mempertingkatkan keceriaan pusat bandar dan pencahayaan pada waktu malam.
8. Meningkatkan Kualiti Persekitaran
Iklan yang mampu menutup cela pada dinding bangunan yang buruk dan meningkatkan kualiti persekitaran adalah digalakkan. Dinding bangunan yang buruk hendaklah terlebih dahulu di cat.
9. Kawasan Traffic Hazard Tidak dibenarkan di kawasan yang merupakan traffic hazard kepada pengguna jalan raya seperti yang melibatkan selekoh merbahaya.
19
6.6 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Luar pada Lelilit Bangunan (Building Wrap).
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan luar pada lelilit bangunan (Building Wrap) adalah seperti berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR PADA LELILIT BANGUNAN (BUILDING WRAP)
1. Kategori Bangunan Yang Dibenarkan.
Dibenarkan hanya pada bangunan perdagangan.
2. Jarak Antara Pengiklanan Lain
Jarak dengan pengiklanan selainnya adalah 500 meter.
Iklan dinding ini tidak dibenarkan berada berdekatan dengan Paparan iklan luar atas tanah (free-standing) bagi mengelak kecelaruan pandangan (clutter).
3. Kawalan Ke Atas Kandungan Iklan Dan Pencahayaan
Keutamaan kawalan adalah ke atas kandungan iklan dan pencahayaan supaya selaras dengan matlamat mempertingkatkan keceriaan pusat bandar dan pencahayaan pada waktu malam.
4 Mematuhi keperluan Undang-Undang Kecil Bangunan (WPKL) 1985.
Iklan pada fasad bangunan hendaklah mematuhi keperluan Undang-Undang Kecil Bangunan (WPKL) 1985.
Bahan yang digunakan perlu memastikan 30% kemasukan cahaya dan udara Semulajadi;
Tidak menghadkan bukaan pada bangunan bagi laluan semasa kecemasan dan tidak menghadkan pandangan ke luar.
20
6.7 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Luar Pada Struktur Jejambat.
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan luar pada struktur jejembat adalah seperti berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR PADA STRUKTUR JEJEMBAT
1. Saiz Dimensi Paparan
Iklan
Saiz dimensi struktur paparan iklan tidak dibenarkan mengunjur keluar dari struktur jejambat didalam kawasan bandar supaya tidak menutup rupa bentuk bandar.
Struktur paparan iklan hanya boleh dipasang pada jejambat yang terletak secara sejajar merentangi jalan dan tidak pada jejambat yang menyerong dari jalan.
2. Papan Tanda Lalu
Lintas
Iklan tidak boleh dipasang sekiranya terdapat papan tanda lalu lintas di pasang pada jejambat
Tidak boleh dibenarkan dalam jarak: - Papan iklan sebelum papan tanda trafik: 300m, - Papan iklan selepas papan tanda trafik: 100m
3. Jarak Antara
Pengiklanan Lain
Kategori pengiklanan selainnya tidak dibenarkan berada berdekatan bagi mengelak kecelaruan pandangan (clutter).
4. Had Pengiklanan Hanya satu pengiklanan sahaja yang dibenarkan dipasang pada satu- satu jejambat.
Struktur paparan iklan tidak boleh melebihi ruang lega (clearance) adalah 10kaki mengikut kesesuaian lokasi.
5. Aspek Keselamatan Dibenarkan dipasang dengan mengambilkira keselamatan pengguna jalanraya.
Lukisan stuktur perlu mengambilkira integriti struktur yang perlu disahkan oleh Jurutera Profesional (PE).
21
6.8 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Luar pada Struktur Jejantas.
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan luar pada struktur jejantas adalah seperti berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR PADA STRUKTUR JEJANTAS
1. Reka bentuk Mestilah dipasang di atas struktur jejantas dan tidak menutup pemandangan pejalan kaki.
2. Papan Tanda Lalu
Lintas
Tidak boleh dibenarkan dalam jarak:
Papan iklan sebelum papan tanda trafik: 300m,
Papan iklan selepas papan tanda trafik: 100m
3. Aspek Keselamatan Dibenarkan dipasang dengan mengambil kira bentuk keselamatan pengguna jejantas.
22
6.9 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Luar Pada Struktur Lelilit Tiang/Jajaran Tiang
(Pillar Wrap).
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan luar pada struktur lelilit tiang/jajaran tiang (pillar wrap) adalah seperti
berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN LUAR PADA STRUKTUR LELILIT TIANG/JAJARAN TIANG (PILLAR WRAP)
1. Saiz Dimensi Paparan
Iklan
Saiz tidak boleh melebihi 6 inci daripada saiz tiang.
Struktur paparan iklan tidak boleh menembusi / dilekatkan pada struktur tiang.
2. Had Pengiklanan Dibenarkan di pasang pada 4 bahagian tiang sahaja atau dalam bentuk yang
membolehkan apa-apa kerosakan/ keretakan pada tiang LRT, struktur jejantas dan
jejambat dapat diketahui.
3. Kawalan Pencahayaan Pencahayaan iklan pada waktu malam tidak dibenarkan menyilau dan
menjejaskan kelancaran memandu dan keberkesanan peralatan kawalan lalu lintas.
4. Kawasan Traffic Hazard Tidak dibenarkan di kawasan yang merupakan traffic hazard kepada pengguna jalan
raya seperti yang melibatkan selekoh merbahaya.
5. Jarak Antara
Pengiklanan Lain
Kategori pengiklanan selainnya tidak dibenarkan berada berdekatan bagi mengelak
kecelaruan pandangan (clutter).
6. Aspek Keselamatan Dibenarkan dipasang dengan mengambilkira keselamatan pengguna jalanraya.
Lukisan stuktur perlu mengambilkira integriti struktur yang perlu disahkan oleh Jurutera Profesional (PE).
23
6.10 Kriteria Penilaian Perancangan Struktur Paparan Iklan Gantri.
Kriteria penilaian perancangan struktur paparan iklan gantri adalah seperti berikut:
BIL KRITERIA PERANCANGAN
STRUKTUR PAPARAN IKLAN GANTRI
1. Lokasi Lebuhraya sahaja.
2. Saiz Dimensi Paparan Iklan
Tertakluk kepada kelebaran luas jalan.
3. Ketinggian Tiang Ketinggian struktur paparan iklan mestilah tidak kurang 5.5 meter (18 kaki) dari aras jalan.
4. Jarak Antara Pengiklanan Lain
Jarak dengan pengiklanan selainnya adalah 500 meter.
5. Papan Tanda Lalu Lintas/Isyarat Trafik.
Struktur paparan iklan luar sebelum papan tanda trafik: 300m, Struktur paparan iklan luar selepas papan tanda trafik: 100m
6. Anjakan Dari Tiang Struktur Iklan Ke Bahu Jalan
Anjakan dari tiang struktur paparan iklan luar ke bahu jalan ialah 9 meter (30 kaki).
24
7.0 CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN
7.1 Prosedur Operasi Standard (SOP) Permohonan Struktur Paparan Iklan Luar di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
PEMOHON MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
DI KAUNTER JPPP, DBKL
URUSETIA IKLAN, JPPP
MESYUARAT JAWATANKUASA IKLAN LUAR, WPKL
PERMOHONAN
- Pemohon kemukakan
permohonan mengikut senarai
semak permohonan paparan
iklan luar di WPKL.
- Bagi Tanah kerajaan, pemohon
perlu mengemukakan bukti
pengemukaan permohonan LMS.
KEPUTUSAN:
i. Lulus ii. Tidak Lulus
MAKLUM KEPUTUSAN
KEPADA PEMOHON
KEPUTUSAN
MESYUARAT
LESEN VISUAL, JPPP
Sekiranya Lulus
25
7.2 Prosedur Operasi Standard (SOP) Permohonan Struktur Paparan Iklan Luar pada Struktur Jejantas, Jejambat,
Pillar Wrap dan Bangunan Milik DBKL (Aset Milik DBKL).
PEMOHON MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
DI KAUNTER JPPP, DBKL
PERMOHONAN
- Pemohon kemukakan
permohonan lengkap mengikut
senarai semak permohonan.
MAKLUM KEPUTUSAN KEPADA
PEMOHON
LESEN VISUAL, JPPP
PERJANJIAN PENYEWAAN ASET (STRUKTUR)
(PEMOHON & DBKL)
KEPUTUSAN
MESYUARAT
MESYUARAT JAWATANKUASA
IKLAN LUAR, WPKL
KEPUTUSAN:
iii. Lulus
iv. Tidak Lulus
i. Kadar penyewaan yang ditetapkan
dan disahkan oleh JPPH dihantar
kepada JPPP.
ii. Perjanjian penyewaan disediakan
dan disahkan oleh JPPH dihantar
kepada JPPP.
URUSETIA IKLAN, JPPP
Sekiranya Lulus
26
8.0 KUASA DATUK BANDAR
Melalui peruntukan undang-undang dibawah seliaan Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan, Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur, walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam garis panduan ini, Datuk Bandar adalah mempunyai
kuasa penuh untuk membuat apa-apa keputusan yang difikirkan perlu dan munasabah bagi maksud menguatkuasakan
garis panduan ini tidak kira sama ada adalah menurut garis panduan ini atau tidak.
9.0 TARIKH KUATKUASA
Pemakaian Garis Panduan Pemasangan Struktur Paparan Iklan Luar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini mula
dikuatkuasa pada 1 Februari 2020.