Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)
-
Upload
sanusi-barawi-sanusi -
Category
Documents
-
view
4.545 -
download
1
Transcript of Garis panduan memeriksa kertas 012(2011)
GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012
(SECARA UMUM)
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 2
Panduan dan Cara Memeriksa Kertas Penulisan Pemeriksaan kertas Bahasa Malaysia Penulisan
dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan.
Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan.
Idea-idea yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk menilai atau memberi markah.
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 3
Langkah-langkah Memeriksa Pemeriksa hendaklah membaca setiap ayat
dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut.
Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut.
Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan.
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 4
Langkah-langkah Memeriksa Pemeriksa hendaklah membaca karangan
itu sekali lagi. Bacaan kali kedua diikuti dengan
menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.
13/04/23 PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH
5
Tanda-tanda semakan PenulisanTanda-tanda semakan Penulisan
Bil. Kesalahan Simbol
1. Kesalahan Penggunaan kata/kosa kata/imbuhan
_____
2. Kesalahan Penggunaan kata/kosa kata/imbuhan yang berulang
3. Kesalahan Struktur Ayat
4. Kesalahan Tanda Baca
5. Kesalahan Tanda Baca berulang
13/04/23 PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH
6
Tanda-tanda semakan PenulisanTanda-tanda semakan Penulisan
Bil. Kesalahan Simbol
6. Ejaan
7. Ejaan berulang
8. Kesalahan idea/isi ( )
9. Tanda Betul (Idea betul)
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 7
Langkah-langkah Memeriksa Karangan yang tersasar dan terpesong
ialah ayat dan karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal.
Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 8
Langkah-langkah Memeriksa Bagi karangan yang berformat khusus, jika
karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 9
Langkah-langkah Memeriksa Bagi karangan berformat umum tetapi
ditulis dalam bentuk format khusus, ditolak markah.
Format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 10
Langkah-langkah Memeriksa Penilaian keseluruhan (impression) bagi
karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya.
Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 11
Bahagian A Markah akan diberi berdasarkan
kemampuan murid-murid memahami arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar.
Terdapat 3 kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi, aktiviti atau ayat lengkap.
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 12
Bahagian A Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid-
murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti, memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan sebagainya.
Bina ayat berdasarkan tema gambar. Ayat yang tidak berdasarkan tema tidak diberi
markah walaupun ayat tersebut ayat gramatis. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat.
Ayat-ayat yang lebih tidak diberi markah.
Bahagian A Pemberatan jumlah ayat jika bukan gambar
tunggal. Cth: Jika 2 Gambar- 3:2 atau 2:3. Jika murid membina 4:1/1:4, skor akan menurun.
Gambar bertema – Jadikan tema sebagai ayat pertama atau yang terakhir..
Contoh….
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 13
Bahagian A Jangan sesekali buat pernyataan umum.
Cth: Gambar di atas menunjukkan… Setiap ayat MESTI dinomborkan. Jangan tonjol nilai negatif. Namakan watak…Boleh??? Hanya yang tersurat
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 14
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 15
Bahagian B Markah akan diberi berdasarkan kemampuan
murid-murid mempersembahkan idea minimum sebanyak tiga (3) idea penting.
Idea karangan yang diikuti dengan keterangan, huraian dan contoh juga akan diberi markah.
Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh.
Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 16
Bahagian C Markah akan diberi berdasarkan
kemampuan murid-murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-nilai murni.
Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi lima (5) isi layak memperoleh markah yang cemerlang.
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 17
Bahagian C Pengajaran atau nilai-nilai murni yang
dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi.
Jumlah perkataan juga mesti tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Mesti jelmakan nilai. Jangan mengambil/menyalin semula nilai
yang diberi/terdapat dalam petikan.
Bahagian C Penggunaan kata bilangan dalam ulasan
tidak digalakkan.
Contoh : nilai murni yang pertama… Ayat permulaan - boleh guna ayat terus.
Contoh : Sebagai murid sekolah, kita wajar mengamalkan nilai kerajinan agar…..
13/04/23PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN
MARKAH 18