Garis Panduan Senarai Semak bagi Penjagaan Kesihatan Ibu dan ...
GARIS PANDUAN KESIHATAN MENTAL 2.doc
-
Upload
alma-johnson -
Category
Documents
-
view
100 -
download
18
Transcript of GARIS PANDUAN KESIHATAN MENTAL 2.doc
Penilaian murid untuk guru
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN PELAKSANAANPSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL1. PENGENALANDalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami kecelaruan emosi (stres). Justeru, persekitaran sosial sekolah amat penting bagi melahirkan individu yang sihat serta suasana yang ceria bagi merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikososial yang sihat dan kesihatan mental yang baik bagi menyediakan kesejahteraan mental.Situasi di mana individu itu berupaya menyedari potensinya, boleh berdaya saing terhadap stres kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
2. KONSEPPelaksanaan awal Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian masalah Kesihatan Mental yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini. Kesihatan Mental bermakna pendidikan pengurusan stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Kesedaran untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku) akan dapat membentuk kesejahteraan murid. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres, cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam kalangan murid.3. OBJEKTIF PROGRAM KESEJAHTERAAN MENTAL3.1 Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid.3.2 Mengenalpasti tanda-tanda dan punca stres.3.3 Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan melaksanakan intervensi stres.3.4 Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
4. PELAKSANAAN PROGRAM MINDA SIHAT4.1 Program
Program utama yang dilaksanakan dalam Program Kesejahteraan Mental melalui
Program Minda Sihat iaitu;
a. Saringan DASS dan Saringan Gaya Daya Tindak
b. Intervensi
c. Program Pengukuhan
4.2 BidangPendekatan Program Kesihatan Mental yang dilaksanakan melalui pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah:
a. Pendekatan Pencegahan
b. Pendekatan Perkembagan
c. Pendekatan Pemulihan
d. Pendekatan Krisis
4.3 SasaranSemua murid sekolah.4.4 Tempoh pelaksanaan
Sepanjang Tahun
KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM MINDA SIHATa. STRATEGI 1 : SEBARAN MAKLUMATSTRATEGIAKTIVITIPERSONALIAMASASASARANINDIKATOR
1. Ceramah
2. Taklimat 1. Ceramah dan taklimat:
Perhimpunan
Dalam bilik darjah
Perjumpaan kokurikulum
-GBKSM
-Penceramah
Jemputan
-Pegawai
kesihatan
daerah
1. Minggu pertama Februari.Semua murid 1.Semua sekolah melaksanakan ceramah / taklimat.
2.Brosur dan Modul Minda Sihat KKM ada di sekolah
b. STRATEGI 2 : SARINGAN (Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid).STRATEGIAKTIVITIPERSONALIAMASASASARANINDIKATOR
1. Mengesan gejala awal stres
1. Saringan DASS
2. Saringan Gaya Daya Tindak
3. Laporan saringan GBKSM
Guru tingkatan
Saringan 1 (Januari)
Saringan 2 (minggu 1, Mac)
Laporan / rujukan saringan
(minggu2, Mac) Semua murid tingkatan 2 dan 41. Setiap murid sekolah disaring 2 kali sepanjang persekolahan tingkatan 1-5.
2. Laporan ke KPM (format disediakan)
3. Senarai murid rujukan kepada pegawai perubatan (PKD)
c. STRATEGI 3 : INTERVENSI (Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan melaksanakan intervensi stress)STRATEGIAKTIVITIPERSONALIAMASASASARANINDIKATOR
1. Ceramah
2. Taklimat
3. Modul
4. Simulasi
5. Main peranan
6. Sesi kaunseling individu dan kelompok
7. Latihan dalam kumpulan
8. Sesi bimbingan individu dan kelompok.1. Kawal marah
2. Teknik relaksasi
3. Berfikir secara positif
4. Penyelesaian masalah
5. Komunikasi interpersonal berkesan
6. Tegas diri (asertif)
7. Kemahiran keibubapaan
8. Katakan TIDAK kepada perbuatan negatif
9. Sayangi Nyawa Hidupkan Harapan
GBKSM
Pencera-mah jemputan Pegawai kesihatan daerah
1. Minggu kedua, ketiga dan keempat Februari.Semua murid
PIBG Semua sekolah melaksanakan aktiviti yang dinyatakan.
d. STRATEGI 4: PENGUKUHAN (Memastikan program minda sihat tersebar dalam kalangan murid sekolah)STRATEGIAKTIVITIPERSONALIAMASASASARANINDIKATOR
1. Pameran
2. Pertandingan
3. Kuiz
4. Ceramah
5. Taklimat
1. Sudut minda sihat
2. Hari minda sihat
3. Ceramah
4. Duta minda sihat
5. 5 minit saja
6. Lawatan
Pentadbir
GBKSM
Guru-guru persatuan
Guru kelas
Guru matapelajaran Sepanjang tahun persekolahanSemua muridSetiap sekolah melaksanakan sekurang-kurangnya dalam 3 aktiviti yang dirancang
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN SARINGAN 2012
PROGRAM MINDA SIHAT
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN SARINGANPROGRAM MINDA SIHAT
CARTA ALIRAN TATACARA MURID BAGI KES GANGGUAN EMOSI
CARTA ALIRAN KERJA MENANGANI KES BUNUH DIRI
LAMPIRANSENARAI SEMAK MENANGANI KES BUNUH DIRIBILPROSES KERJATANDAKAN
(/)CATATAN
1Mengenal pasti klien yang mempunyai tanda-tanda awal gejala bunuh diri melalui tingkah laku, ekspresi muka, kecederaan fizikal dan perubahan emosi luar biasa ataupun maklumat rakan-rakan klien dan warga sekolah
2Berjumpa dengan klien berkenaan dan menjalankan Ujian Saringan Minda Sihat untuk mengkategorikan tahap kes klien.
3Guru bimbingan dan kaunseling menjalankan intervensi terhadap klien mengikut tahap yang telah dikategorikan.
(i)NORMAL
Melaksanakan program pendidikan kesihatan dan tindakan susulan.
(ii)RINGAN
Meningkatkan kemahiran klien dengan Kemahiran Daya Tindak melalui sesi kaunselingTangani Stres 10B, Kawal Marah Penyelesaian masalah Asertif Berfikiran Positif Komunikasi Berkesan
(iii)SEDERHANA
Mendedahkan teknik relaksasi kepada klien melalui sesi kaunseling
Latihan Pernafasan Senaman Bahu dan Leher Urutan Bahu dan Leher Terapi Muzik Terapi Aroma
(iv)SERIUS
Perbincangan dengan pengetua sekolah berdasarkan analisa yang diperoleh dan memaklumkan kepada ibu bapa untuk dirujuk kepada psikaitri di hospital.
4Merekod hasil bimbingan dan kaunseling dengan klien dan laporan difailkan.
6. PENUTUP Pengetahuan mengurus stres dalam kalangan murid dilihat sebagai cara untuk meningkatkan kebolehan daya tindak dalam menghadapi permasalahan. Justeru , kemahiran mengurus stres wajar diketahui dan dipelajari oleh murid untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah. Maka, program minda sihat dilaksanakan di sekolah untuk menghadapi situasi ini.
SARINGAN MINDA SIHAT
NAMA: _________________________________KAD PENGENALAN : _________________________UMUR: _________________________________JANTINA :
BANGSA:
TINGKATAN/KELAS : ___________________________NO. TELEFON : _______________________SOAL SELIDIK DASS
SMS 1a
BAHAGIAN 1
Sila baca setiap kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3) yang menggambarkan keadaan anda SEMINGGU YANG LEPAS. Tidak ada jawapan betul atau salah. JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana kenyataan.
Skala markah adalah seperti berikut:
0 = Tidak pernah sama sekali 1 = Jarang 2 = Kerap 3 = Sangat Kerap
STidak Pernah JarangKerapSangat Kerap
1.Saya rasa susah untuk bertenang0123
2.Saya sedar mulut saya rasa kering0123
3.Saya seola-olah tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali0123
4.Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya, bernafas terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal)0123
5.Saya rasa tidak bersemangat untuk memulakan sesuatu keadaan.0123
6.Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan.0123
7.Saya pernah menggeletar (contohnya tangan)0123
8.Saya rasa saya terlalu gelisah0123
9.Saya risau akan berlaku keadaan di mana panik dan berkelakuan bodoh.0123
10.Saya rasa tidak ada apa yang saya harapkan (putus harapan)0123
11.Saya dapati saya mudah resah0123
12.Saya merasa sukar untuk relaks0123
13.Saya rasa muram dan sedih0123
14.Saya tidak boleh terima apa jua yang menghalangi saya daripada meneruskan apa yang saya sedang lakukan.0123
15.Saya rasa hampir panic0123
16.Saya tidak bersemangat langsung0123
17.Saya rasa diri saya tidak berharga0123
18.Saya mudah tersinggung0123
19.Walaupun saya tidak melakukan aktiviti fizikal, saya sedar akan debaran jantung saya (contoh degupan jantung lebih cepat)0123
20.Saya rasa takut tanpa sebab0123
21.Saya rasa hidup ini tidak bererti lagi0123
SOAL SELIDIK: JENIS PERSONALITI
SMS 2aBAHAGIAN 2
Sila baca setiap kenyataan dan Bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6)
SSangat Tidak
Kerap pernah
6543210
1.Adakah anda sentiasa merasa terburu-buru?6543210
2.Adakah anda berjalan dengan pantas?6543210
3.Adakah anda jenis bersaing?6543210
4.Adakah anda kurang sabar6543210
5.Adakah anda melakukan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh?6543210
6.Adakah anda mempunyai minat lain selain dari pekerjaan anda?6543210
7.Adakah anda menyembunyikan perasaan anda?6543210
8.Adakah anda bercakap dengan cepat6543210
9.Adakah anda cuba melakukan lebih dari satu perkara pada satu masa?6543210
10.Adakah anda seorang yang mendesak?6543210
11.Adakah anda sering mencelah percakapan orang lain?6543210
12.Adakah percakapan anda mengambil kira perasaan orang lain?6543210
13.Adakah anda mahu pengiktirafan daripada orang lain6543210
14.Adakah anda makan dengan cepat?6543210
15.Adakah anda bercita-cita tinggi?6543210
16.Adakah anda bersedia untuk tugasan seterusnya?6543210
SOAL SELIDIK : GAYA DAYA TINDAK
SMS 3BAHAGIAN 3
Sila baca setiap kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6)
STidak selalu guna guna
0123456
1.Merujuk kepada orang lain (kawan, ahli keluarga, dsd) untuk membincangkan masalah.0123456
2.Mendapatkan seseorang untuk mengadu nasib dan juga mendapat sokongan emosi dan keselesaan.0123456
3.Cuba melihat kepada perkara yang paling baik dalam situasi.0123456
4.Tidak melakukan sesuatu secara terus untuk mengubah situasi, mengundurkan diri dan melihat kepada situasi daripada sudut lain untuk menjadikannya kelihatan baik.0123456
5.Menyedari bahawa sesuatu dapat dilakukan untuk mengubah situasi lalu melaksanakannya.0123456
6.Samada merokok, minum alkohol, mendengar muzik yang kuat, menonton TV, makan atau hanya duduk-duduk sahaja, tetapi tidak berhadapan dengan masalah secara terus.0123456
7.Menggunakan teknik-teknik relaksasi dan meditasi (seperti meditasi dan latihan pernafasan) untuk menenangkan diri.0123456
8.Membuatkan diri sibuk supaya tidak memikirkan masalah yang dihadapi.0123456
9.Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang anda mahir (seperti sukan, melukis, memasak, dll) dalam usaha untuk membuatkan dirinya merasa baik sebelum cuba menangani masalah yang dihadapi.0123456
10.Mengambil masa untuk membuat rancangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi (ini termasuk meninjau balik pengalaman lepas)0123456
11.Bercakap dengan diri sendiri untuk memberi semangat bagi menghadapi situasi.0123456
12.Enggan mempercayai bahawa perkara itu telah berlaku.0123456
13.Melepaskan kemarahan dan perasaan (seperti menjerit dan memusnahkan barang)0123456
14.Merujuk kepada orang yang lebih mahir (seperti pensyarah, tokoh agama, doktor, peguam, dll) untuk nasihat terperinci mengenai cara menangani masalah. 0123456
15.Melihat kepada sudut yang baik iaitu mempercayai perkara akan menjadi lebih baik dan akan dapat diselesaikan pada masa depan.0123456
16.Mengabaikan gangguan lain dan hanya menumpukan pada masalah yang dihadapi.0123456
17.Membandingkan diri dengan seseorang, samada secara nyata atau bayangan.0123456
18.Beralih kepada agama dan pengalaman agama untuk membantu dalam memahami dan menghadapi situasi.0123456
19.Mengasingkan diri dari orang lain.0123456
20.Mengasingkan diri (meninggalkan situasi bermasalah)0123456
21.Menerima situasi seperti mana yang terjadi dan tidak melakukan sesuatu untuk mengubatnya.0123456
22.Tidak melakukan apa-apa berkenaan dengan masalah dengan segera, tetapi menunggu untuk masa yang lebih sesuai untuk bertindak.0123456
23.Hanya terikut-ikut dengan apa yang terjadi.0123456
24.Meninjau balik tindakan dan prosedur sebelumnya untuk melihat samada kesilapan telah dilakukan.0123456
Bahagian 1
Panduan Mengira Skor:-
Masukkan skala markah jawapan bagi soalan (S) bagi setiap kategori.
STRES
SoalanS1S6S8S11S12S14S18Jumlah
Markah
ANZIETI
SoalanS2S4S7S9S15S19S20Jumlah
Markah
KEMURUNGAN (DEPRESSION)
SoalanS3S5S10S13S16S17S21Jumlah
Markah
UJIANTAHAP
STRES
ANZIETI
KEMURUNGAN
Bahagian 2
KEPUTUSAN
Jumlah Keseluruhan skor
: ____________________
Jenis Personaliti
: ____________________
Bahagian 3
SKOR SARIGAN
Teruk 18
Ringan 19-72
Sederhana73-96
Baik 97
KEPUTUSAN
Jumlah Keseluruhan skor: __________________________
Gaya Daya Tindak: __________________________
Proses Kerja
AktivitiMelaksanakan Pembangunan Sahsiah Diri
SubaktivitiPsikososial dan Kesejahteraan Mental
Muka surat ini1
Proses KerjaAktiviti
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Menyediakan kertas konsep
Mengadakan perbincangan atau mesyuarat bersama Pengetua / pentadbiran
Menjalankan aktiviti berkaitan Menjalankan ujian-ujian berkenaan serta merujuk kepada pihak atas.Membuat penilaian / melaporkan kepada pihak Pengetua / Guru BesarMenyediakan laporan lengkap berkaitan.
Menyediakan alat ujian
Menjalankan ujian-ujian kepada semua pelajar
Merumus hasil penilaian
Melaporkan kepada Pengetua
- Bekerjasama dengan
agensi berkaitan- Kempen Cara Hidup sihat
- Program Sosialisasi
(Minggu Orientasi,
Hari-hari Perayaan)
- Ceramah Menangani Stres
Mula
Guru mengambil tindakan
Mengisi borang
Tamat
Merujuk kes kepada guru bimbingan dan kaunseling
Luahkan perasaan
Berjumpa dengan orang yang dipercayai.
Mengenal pasti tanda-tanda awal
fizikal
emosi
tingkah laku
Saringan Minda Sihat
TIDAK
Tindakan susulan guru bimbingan dan kaunseling
SERIUS
Normal
Tahap Ringan
Tahap Sederhana
Memaklumkan kepada pengetua
Intervensi
KAUNSELING
Kemahiran daya tindak
Tangani Stres 10B
Kawal Marah
Penyelesaian masalah
Asertif
Berfikiran Positif
Komunikasi Berkesan
KAUNSELING
Teknik Relaksasi
Latihan Pernafasan
Senaman Bahu dan Leher
Urutan Bahu dan Leher
Terapi Muzik
Terapi Aroma
Pendidikan kesihatan
Tindakan susulan
Memaklumkan kepada ibu bapa /penjaga
Dirujuk kepada psikiatri di hospital
Merekod hasil bimbingan dan kaunseling dan laporan.
Tamat
L
P
L
I
C
M
KEPUTUSAN UJIAN DASS
SKOR SOAL SELIDIK
JENIS PERSONALITI
SKALA SKOR SARINGAN
96 84 72 60 48 36 24 12 0
Jenis A Jenis B
SKOR SOAL SELIDIK
GAYA DAYA TINDAK
MULA
Saringan 1
( minggu 2, Ogos )
Intervensi
( minggu 2-4, September)
Saringan 2
( minggu 1, Oktober)
Senarai nama murid rujukan
Klinik Kesihatan/
Hospital
Pelaporan
( minggu 2, Oktober)
Murid sihat minda
TAMAT
MULA
Saringan 1
( minggu 1, Januari )
Intervensi
( minggu 1-4, Februari)
Saringan 2
( minggu 1, Mac)
Senarai nama murid rujukan
Klinik Kesihatan/
Hospital
Pelaporan
( minggu 2, Mac)
Murid sihat minda
TAMAT