Garis panduan ads1 m
-
Upload
wan-bygn -
Category
Government & Nonprofit
-
view
165 -
download
13
Transcript of Garis panduan ads1 m
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA
1MALAYSIA (ADS1M)
Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | i
KANDUNGAN
Bil. Perkara Halaman
1. Latar Belakang 1
2. Objektif 1
3. Syarat Penyertaan 1 – 2
4. Taklimat/ Kursus 2 – 3
5. Jawatankuasa 3 – 4
6. Penghakiman 4
7. Hadiah Pemenang 4 – 5
8. Insentif Sambutan Kemerdekaan 5
9. Penutup 5
Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | ii
LAMPIRAN
Lampiran Perkara Halaman
Lampiran 1 Borang Penyertaan ADS1M 6
Lampiran 2 Jawatankuasa ADS1M 7
Lampiran 3 Takwim Tahunan ADS1M 8
Lampiran 4 Panel Hakim / Skema Pemarkahan ADS1M 9
Lampiran 5 Kadar Nilai Hadiah ADS1M 10
Lampiran 6 Tatacara Pelaksanaan Sambutan Kemerdekaan
11
Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)
1. LATAR-BELAKANG
1.1 Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 09 Oktober 2013 telah bersetuju dengan penggabungan pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) dan Anugerah Desa Sejahtera (ADS) yang membawa kepada nama baru pertandingan, iaitu
Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M). 1.2 Berdasarkan keputusan di atas, pertandingan ADS1M akan
dilaksanakan mulai tahun 2014 secara tahunan bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Jabatan/Agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
2. OBJEKTIF
2.1 Merealisasikan program transformasi luar bandar untuk
melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin kerja.
2.2 Menyuburkan semangat 1Malaysia, patriotisme merdeka dan
nilai-nilai murni tradisi secara istiqamah di peringkat akar umbi yang merentas sempadan kaum, agama, budaya serta geografi.
2.3 Merangsang kelestarian desa yang maju, menarik dan
menguntungkan serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.
3. SYARAT PENYERTAAN
3.1 Pertandingan bagi kategori Kampung Tradisional / Rumah Panjang dibuka penyertaan kepada kampung yang ditadbir oleh JKKK/P sahaja.
Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 2
3.2 Hanya satu (1) Rumah Panjang berJKKK yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 pintu akan dicalonkan oleh Pejabat Residen bagi mewakili Bahagian masing-masing untuk bertanding dalam kategori khas Rumah Panjang.
3.3 Kampung Tradisional / Rumah Panjang yang terpilih untuk
melaksanakan projek/program berskala besar seperti Program Desa Lestari Abad Ke-21, tiga (3) pemenang teratas ADS 2012, MyKampung MyFuture, Program Agropolitan dan
sebagainya adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini.
3.4 Kampung Tradisional yang menjadi Johan ADSIM Peringkat
Negeri / Rumah Panjang yang menjadi Rumah Panjang Terbaik ADS1M; dan Kampung Tradisional / Rumah Panjang yang pernah menjadi Johan Peringkat Negeri / Zon dalam pertandingan ADC atau Anugerah Ilham Desa (AID) antara
tahun 2010-2013 adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai pertandingan ini selama lima (5) tahun berturut-turut.
4. TAKLIMAT / KURSUS
4.1. TAKLIMAT a. Semua Kampung Tradisional / Rumah Panjang akan
dijemput secara rasmi ke suatu sesi taklimat Garis Panduan ADS1M. Taklimat akan diberikan oleh pihak KEMAS selaku urus setia.
b. Sesi taklimat ini akan disempurnakan oleh Pengerusi
Jawatankuasa ADS1M. Tiada elaun hilang punca pendapatan, elaun makan atau elaun minyak akan disediakan untuk sesi taklimat ini.
c. Di akhir sesi taklimat tersebut, Kampung Tradisional /
Rumah Panjang yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu mengisi dan mengembalikan borang
penyertaan sepertimana di Lampiran 1 pada hari yang sama (atau mengikut tarikh yang ditetapkan).
Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 3
4.2. KURSUS (a) Kursus khas akan diadakan kepada semua Kampung
Tradisional/ Rumah Panjang yang diputuskan oleh
Jawatankuasa ADSIM sebagai LAYAK menyertai pertandingan ini.
(b) Tujuan kursus khas adalah untuk memberi penerangan
yang jelas mengenai tatacara penyediaan dokumen penghakiman dan jadual lawatan/pergerakan panel hakim (oleh pihak KEMAS); serta skema penilaian panel hakim (oleh Naib Ketua Hakim).
5. JAWATANKUASA
5.1 Jawatankuasa ADS1M sepertimana di Lampiran 2 perlu ditubuhkan di ketiga-tiga peringkat pelaksanaan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengesah dan meluluskan perkara-perkara berikut:-
(a) Kadar hadiah, peruntukan yang telah diluluskan; serta
unjuran perbelanjaan keseluruhan; (b) Kelayakan Kampung Tradisional / Rumah Panjang untuk
menyertai ADS1M berdasarkan Para 3; (c) Senarai pegawai yang mendapat pelepasan rasmi
Jabatan/ Agensi untuk dilantik secara rasmi sebagai panel hakim;
(d) Keputusan pemarkahan panel hakim (mengikut format
sepertimana di FORMAT A) serta penentuan pemenang; dan
(e) Isu-Isu berbangkit yang berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan dan penghakiman ADS1M.
5.2 Takwim tahunan ADS1M yang ditetapkan mengikut peringkat daerah/jajahan/bahagian/parlimen, negeri dan kebangsaan
adalah sepertimana di Lampiran 3.
Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 4
6. PENGHAKIMAN
6.1 Sejumlah sembilan (9) orang panel hakim berdasarkan gred
jawatan dari pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan peringkat negeri/ persekutuan akan dilantik oleh Jawatankuasa ADS1M Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen, Negeri dan Kebangsaan.
6.2 Sejumlah tujuh (7) aspek yang terbahagi kepada markah teras (pemberat 65%) dan markah elektif (pemberat 35%) akan dinilai oleh sembilan (9) orang panel hakim sepertimana di
Lampiran 4. Naib Ketua Hakim akan memberi bengkel khas kepada Ketua/Ahli Panel Hakim.
6.3 Panel Hakim ADS1M Peringkat Negeri Sarawak akan
membuat penilaian bagi kedua-dua kategori; iaitu Kategori Khas Rumah Panjang dan Kategori Kampung Tradisional.
7. HADIAH PEMENANG
7.1 Kampung Tradisional yang diisytiharkan sebagai pemenang
peringkat daerah/jajahan/bahagian/parlimen dan negeri akan menerima hadiah dalam bentuk wang tunai dan sijil penyertaan sempena Majlis Ringkas Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Negeri.
7.2 Kampung Tradisional yang diisytiharkan sebagai pemenang
peringkat kebangsaan; dan Rumah Panjang yang dinobatkan sebagai Johan peringkat negeri akan menerima hadiah dalam bentuk wang tunai, projek ekonomi, trofi piala dan plak sijil. Keputusan pemenang kedua-dua kategori ini akan diumumkan sempena Majlis Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Kebangsaan.
7.3 Hadiah wang tunai, trofi piala dan plak sijil akan diberi semasa
majlis penyampaian; manakala hadiah projek ekonomi akan disalurkan sebaik sahaja kertas cadangan projek ekonomi dikemukakan oleh pihak JKKK/P mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 5
7.4 Kadar nilai hadiah ADS1M adalah tertakluk kepada bajet peruntukan tahun semasa yang diluluskan. Siling minimum
kadar nilai hadiah ADS1M adalah sepertimana di Lampiran 5.
8. INSENTIF SAMBUTAN KEMERDEKAAN
8.1 Pemenang Johan ADS1M Peringkat Daerah/Jajahan/ Bahagian/ Parlimen; serta Rumah Panjang yang mewakili Bahagian akan menerima insentif sambutan kemerdekaan dalam bentuk wang tunai. Insentif ini akan diberikan semasa Majlis Ringkas Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Negeri.
8.2 Insentif ini perlu digunakan untuk membiayai majlis sambutan
kemerdekaan sepertimana yang telah dibentangkan kepada panel hakim. Tatacara pelaksanaan sambutan kemerdekaan
ini adalah sepertimana di Lampiran 5.
9. PENUTUP
Komitmen dan kerjasama semua pihak di semua peringkat pelaksanaan adalah diharapkan bagi menjayakan pelaksanaan ADS1M dalam usaha merangsang kelestarian luar bandar sebagai suatu kawasan yang maju, menarik dan menguntungkan selaras dengan wawasan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Februari 2014 Unit Pengupayaan Komuniti Luar Bandar Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 6
LAMPIRAN 1
BORANG PENYERTAAN
ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALYSIA (ADS1M)
Nama JKKK/P : ________________________________________
Mukim / Daerah (Kel shj) : ________________________________________
Dae. / Jjhn. / Bhg. / Par. : ________________________________________
DUN : ________________________________________
Parlimen : ________________________________________
Alamat Surat Menyurat : ________________________________________
________________________________________
.
Kami pihak JKKK/P dengan ini bersetuju untuk menyertai Anugerah Desa
Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Tahun _______ dan bersetuju dengan syarat-syarat
yang telah ditetapkan.
_______________________________
(Tandatangan JKKK/P)
Nama :
No. KP :
Jawatan :
Tel. HP :
Pengesahan Jawatankuasa ADS1M Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen _______________________________
(Tandatangan)
Nama :
Tarikh :
Cop Jbtn :
Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 7
Lampiran 2
JAWATANKUASA
ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALYSIA (ADS1M)
BIL. PENGERUSI
JAWATANKUASA
SETIAUSAHA/
URUSETIA
AHLI
TETAP
DAERAH / JAJAHAN / BAHAGIAN / PARLIMEN
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Pejabat Daerah Pejabat Pembangunan Negeri (Perlis) Pejabat Kemajuan Zon (Selangor / Pulau Pinang) Pejabat Pembangunan Jajahan (Kelantan) Pejabat Residen (Sarawak) Perbadanan Labuan
KEMAS Daerah
Ketua Hakim
Naib Ketua Hakim
Panel Hakim
Penghulu / Pentadbir Mukim
NEGERI
1. 2. 3. 4. 5.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pejabat Pembangunan Negeri (Selangor / Pulau Pinang) Jabatan Pembangunan Persekutuan (Kelantan) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Sabah / Sarawak) Perbadanan Labuan
KEMAS Negeri
Ketua Hakim
Naib Ketua Hakim
Panel Hakim
KEMAS Daerah
KEBANGSAAN
1.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
KEMAS Ibu Pejabat
Ketua Hakim
Naib Ketua Hakim
Panel Hakim
Bhg KI, KKLW
Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 8
Lampiran 3
TAKWIM TAHUNAN
ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)
BIL PERINGKAT PERISTIWA JADUAL
1.
DAERAH/ JAJAHAN/
BAHAGIAN/ PARLIMEN
(i) Penyaluran peruntukan pelaksanaan ADS1M
(ii) Taklimat kepada kampung mengenai garis
panduan & dokumen yang akan dinilai oleh panel hakim – oleh KEMAS
(iii) Taklimat kepada Ketua Panel Hakim/
Panel Hakim mengenai skema penghakiman – oleh Naib Ketua Hakim
(iv) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahan
keputusan peringkat daerah/jajahan/ bahagian/parlimen
Jan – Jun
2. NEGERI
(i) Taklimat kepada Ketua Panel Hakim/ Panel Hakim mengenai skema penghakiman – oleh Naib Ketua Hakim
(ii) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahan keputusan peringkat negeri
(iii) Majlis Ringkas Penyampaian Hadiah
ADS1M Peringkat Negeri (Kategori Kampung Tradisional)
(iv) Sambutan kemerdekaan oleh Kampung
Tradisional Johan ADS1M Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen; serta Rumah Panjang yang mewakili Bahagian
Jul – Sept
3. KEBANGSAAN
(i) Bengkel skema pemarkahan kepada ketua/ahli panel hakim (Ketua Hakim)
(ii) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahan keputusan peringkat kebangsaan
(iii) Majlis Penyampaian Hadiah ADS1M
Peringkat Kebangsaan (Kategori Kampung Tradisional & Rumah Panjang)
Okt – Feb Tahun Berikut
Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 9
Lampiran 4
PANEL HAKIM / SKEMA PEMARKAHAN
ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)
Bil. Aspek
Penilaian
Markah
Pemberat
Peringkat
Daerah/Jajahan/
Bahagian/Parlimen
Peringkat
Negeri
Peringkat
Kebangsaan
GRED
JAWATAN
Gred
41 - 44
Gred
44 - 48
Gred
48 - 54
1. Ketua Hakim 100% Dilantik oleh Jawatankuasa ADSIM
2. Naib Ketua Hakim 100% MARA KKLW * KKLW
GRED
JAWATAN
Gred
27 - 44
Gred
41 - 48
Gred
41 - 54
3. Kepimpinan & Pentadbiran
15% Teras
PPN / SUK / Belia & Sukan / JPNIN
Pendidikan / Penerangan
KE
ME
NT
ER
IAN
K
EM
AJ
UA
N L
UA
R B
AN
DA
R &
WIL
AY
AH
4. Pendidikan & Latihan
15% Teras
Pendidikan / Institut Kemahiran
IPTA / IPTS Negeri
5. Ekonomi & Keusahawanan
15% Teras
Agensi Pertanian / PERDA / FELDA
SKM / MARA / UPUB / SEDC
6. Patriotisme & Kemerdekaan
20% Teras
Penerangan / PDRM / RELA
BTN / ATM / Jab. Penyiaran
7. Kerohanian & Kemasyarakatan
15% Elektif
JAIN / MAIN / JPNIN / JASA / JKM
JAIN / MAIN / JPNIN / JASA
8. Teknologi Maklumat & Komunikasi
10% Elektif
Institusi Latihan / PBT / SAINS
SKMM / ICT, SUK
9. Kebersihan, Kesihatan & Keceriaan
10% Elektif
Kesihatan / PBT / Kg Desa Lestari
Johan ADC / AID Zon / Negeri
(2010 – 2013)
* Naib Ketua Hakim (Negeri) :
KEDA (Kedah), KESEDAR (Kelantan), KETENGAH (Terengganu), KEJORA (Johor)
FELCRA - Pahang / Perak / Sabah / Sarawak
RISDA - Pulau Pinang / Selangor / Negeri Sembilan / Melaka / Perlis
KEMAS WPKL – Labuan
Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 10
Lampiran 5
KADAR NILAI HADIAH
ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)
BIL. TAHAP
PENCAPAIAN
KADAR HADIAH
- WANG TUNAI -
Peringkat
Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen
1. Johan* RM4,000
2. Naib Johan RM3,000
3. Ketiga RM2,000
JUMLAH KESELURUHAN RM9,000
Peringkat Negeri
1. Johan RM10,000
2. Naib Johan RM8,000
3. Ketiga RM6,000
JUMLAH KESELURUHAN RM24,000
Peringkat Kebangsaan
Bil. Tahap
Pencapaian
Kadar Hadiah
Wang
Tunai
Projek
Ekonomi
1. Kampung Wawasan
Skor Markah Melebihi 85%
RM100,000 RM400,000
RM500,000
2. Kampung Cemerlang
Skor Markah 75% - 84%
RM50,000 RM200,000
RM250,000
3. Kampung Harapan
Skor Markah 60% - 74%
RM30,000 RM120,000
RM150,000
4. Rumah Panjang Terbaik
Skor Markah Tertinggi
RM30,000 RM120,000
RM150,000
JUMLAH KESELURUHAN RM240,000 RM810,000
RM1,050,000
* Tidak Termasuk Insentif (Kewangan) Sambungan Kemerdekaan
Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 11
Lampiran 6
TATACARA PELAKSANAAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN
BIL PERINGKAT PENGHAKIMAN TARIKH
PELAKSANAAN
1.
KAMPUNG TRADISIONAL Johan Peringkat Daerah/Jajahan/ Bahagian/Parlimen
Tiada penghakiman akan dibuat.
Ditentukan oleh KEMAS Negeri
2. RUMAH PANJANG Dicalonkan untuk mewakili Bahagian
Penghakiman akan
dibuat oleh panel
hakim peringkat
negeri (Sarawak) bagi Aspek Patriotisme & Kemerdekaan.
Ditentukan oleh KEMAS Negeri
3.
KAMPUNG TRADISIONAL Johan Peringkat Daerah/Jajahan/ Bahagian/Parlimen yang turut diiktiraf sebagai Johan Peringkat Negeri
Penghakiman akan
dibuat oleh panel
hakim peringkat
kebangsaan bagi Aspek Patriotisme & Kemerdekaan.
Ditentukan oleh KEMAS Ibu Pejabat