gangguan seksual
-
Upload
arinarodzi -
Category
Documents
-
view
443 -
download
6
Transcript of gangguan seksual
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
1.0 Pengenalan
Feminisme adalah sebuah gerakan wanita yang menuntut emansipasi atau kesamaan dan
keadilan hak yang sama seperti apa yang telah diperoleh golongan lelaki. Teori ini wujud
kesan daripada gerakan yang berkaitan dengan era pencerahan di Eropah ynag telah
dipelopori oleh Lady Mary Wortley Montayu dan Marquis de Condoreet. Pada masa
dahulu, wanita ini dilihat sebagai golongan yang paling bawah dan mereka tidak
mempunyai apa-apa keistimewaan melainkan sebagai hamba pemuas nafsu sahaja.
Dari sudut sejarah Islam pula, pada zaman jahiliah, golongan wanita sering
ditindas yang mana anak-anak perempuan yang baru dilahirkan akan ditanam hidup-
hidup kerana bapa mereka akan malu dan hina jika masyarakat mengetahui mereka
mempunyai anak perempuan. Disamping itu juga, walaupun terdapat ibu bapa yang tidak
membunuh anak perempuan mereka, anak-anak tersebut akan dihantar ke suatu pusat
perlindungan namun begitu, anak-anak perempuan tersebut akan dijadikan hamba-hamba
seks kepada lelaki arab jahiliah apabila mereka meningkat dewasa.
Walaubagaimanapun setelah kedatangan Islam di seluruh dunia, Islam telah
melarang umatnya untuk merendahkan martabat wanita akan tetapi meletakkan wanita di
tempat yang tinggi setanding dengan lelaki kerana Allah telah menciptakan manusia ini
adalah berpasang-pasangan dan perlu saling menghormati. Dalil kepada keterangan ini
ialah:
“ Dan segala sesuatu Kami menciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat
akan kebesaran Allah.”1
1 Al-Quran. Surah Adz-Dzaariyat: Ayat 49 dan Surah Yassin: Ayat 36.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
Walaubagaimanapun, kaum wanita telah mula bangkit untuk mendapatkan hak-
hak mereka seperti kaum lelaki. Teori-teori Feminisme gelombang pertama lebih
menekankan kepada pertanyaan yang bersifat sosialogi serta peranan wanita di dalamnya.
Selama itu juga, dilihat bagaimana peranan sistem patriarki di dalam menyekat kemajuan
wanita pada masa itu2.
Patriarki dapat didefinisikan sebagai suatu sistem yang mana lelaki mendominasi
wanita atau satu sistem sosial yang mana golongan lelaki atau bapa akan menjadi ketua
keluarga serta mempunyai autoriti terhadap golongan wanita dan anak-anak. Jika dilihat
budaya masyarakat di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India, amalan patriarki ini masih
wujud di mana golongan lelaki atau bapa akan bertindak sebagai pembuat keputusan di
dalam bab perkahwinan atau pun upacara tertentu3. Oleh yang demikian jelas dapat
dilihat bahawa amalan patriarki ini telah menimbulkan perjuangan golongan wanita yang
menginginkan lebih kebebasan daripada golongan lelaki. Antara penindasan terhadap
golongan wanitta yang sering berlaku ialah gangguan seksual. Gangguan seksual ini
sering berlaku di tempat-tempat awam, institusi pendidikan serta di tempat kerja.
Gangguan seksual menurut (Wilson, 1995), beliau menyatakan bahawa gangguan
seksual dikaitkan dengan perilaku lelaki yang berbentuk seksual dan biasanya
berlandaskan kepada kuasa jawatan yang disandang oleh lelaki berkenaan. Maksud ini
tidak dapat digambarkan dengan jelas tetapi dapat dilihat dari segi beberapa aspek iaitu
aspek kelakuan berbentuk seksual, kelakuan tidak dikehendaki, boleh mengancam
pekerjaan mangsa serta mewujudkan persekitaran yang bermusuhan.
2 Gadis Arivia (2006). Feminisme Sebuah Kata Hati. Hal: 18.3 Yeap Joo Kim (2006). The Patriarch. Hal: 55.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
2.0 Gangguan Seksual
2.1 Tempat - tempat awam
Gangguan seksual boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Kebiasaannya, tetapi
tidak selalu, pemangsa adalah berada dalam keadaan yang mempunyai kuasa atau
kelebihan terhadap mangsa, bergantung kepada perbezaan umur, sosial, politik,
pendidikan atau hubungan pekerjaan. Pemangsa boleh menjadi sesiapa sahaja seperti
klien, pekerja atasan atau majikan, pensyarah atau guru, pelajar serta orang asing yang
tidak dikenali. Mangsa tidak semestinya orang yang menerima gangguan secara sentuhan
sahaja tetapi bergantung kepada individu tersebut yang menilai perbuatan seseorang
terhadap mereka seperti tidak senonoh dan mereka berasa tidak selesa dengan tindakan
yang diterima oleh mereka. “It can result from a situation where one thinks he/she
making themselves clear, but is not understood the way they intended. The
misunderstanding can either be reasonable or unreasonable. An example of an
unreasonable is when a man holds certain stereotypical view of a women such that he did
not understand the woman’s explicit message to stop.(Heyman, 1994). Pemangsa
mungkin sepenuhnya tidak menyedari bahawa tingkah laku mereka adalah tidak senonoh
dan menyumbang kepada gangguan seksual dan tidak mengetahui perbuatan mereka
melanggar undang-undang.
Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk tempat awam
seperti taman rekreasi, pasaraya, tempat beriadah dan lain-lain. Gangguan seksual di
tempat awam atau gangguan jalanan boleh didefinisikan sebagai insiden kesalahan
terhadap ruang peribadi wanita oleh individu atau sekumpulan lelaki dimana dengan
tidak diundang mereka melakukan pergerakan, kata-kata kotor atau lucah, menghina
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
wanita, serta simbol seks atau lucah di tempat awam. Street harrasment teaches “women
that they belong to the private sphere of the home, not the public world of streets.”4
Tempat awam dikelaskan sebagai tempat yang terbuka kepada komuniti atau orang ramai
keseluruhannya, dalam pada itu, kebiasaannya tempat awam adalah tempat yang kurang
mesra terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. Kebanyakan tempat-tempat awam
didominasi untuk lelaki.5
Apa yang menyebabkan peningkatan terhadap fenomena yang tidak diingini ini
adalah hasil daripada perbandaran, pembangunan dan modenisasi yang semakin
mengambil tempat di Malaysia. Gangguan seksual di tempat awam dilihat sebagai cara
yang kejam dari pendominasian lelaki dan pengawalan terhadap wanita. Tetapi, gangguan
seksual di tempat awam ini tidak dititikberatkan oleh masyarakat sebagai masalah yang
besar. Mungkin ini adalah kerana kebanyakan institusi-institusi kerajaan dan swasta
dikawal atau diketuai oleh lelaki dan mereka seolah-olah tidak menekankan tentang
masalah ini yang menyebabkan gangguan seksual.
Berdasarkan kajian yang bertajuk “Sexual Harrasment in Public Places” oleh
Madhuri Sight et.al (1994) menyatakan dalam hasil kajian mereka 49% daripada
responden lelaki menyatakan bahawa mereka pernah mengganggu wanita dari segi fizikal
dan perkataan atau pengucapan di tempat-tempat awam. Dinyatakan juga dalam kajian
tersebut, 49% daripada responden wanita mengatakan mereka pernah diganggu secara
seksual di tempat awam. Lelaki yang melakukan gangguan atau kesalahan ini
menyatakan mereka sukakannya, berasa ‘macho’ dan berpuas hati dengan tindakan
mereka. Masyarakat tidak boleh menyalahkan mangsa dengan mengeluarkan komen-
4 Karen A. Foss, (1999), Feminist Rhetorical Theories, United States of America: SAGE Publication, Inc, hlm 465 Ibid, hlmn 46
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
komen seperti “Kenapa awak berpakaian dengan tidak senonoh?”, “Kenapa awak keluar
bersendirian?” serta “Kenapa awak berjalan bersendirian di kawasan yang gelap?”
Penyataan-penyataan yang menyalahkan wanita berpakaian, berjalan bersendirian serta
berjalan di kawasan yang gelap adalah tidak berasas sama sekali kerana gangguan seksual
ini juga berlaku di tempat-tempat awam. Kejadian ini boleh berlaku pada siang hari yang
cerah, tempat orang ramai lalu lalang serta mereka yang berpakaian sopan, menutup aurat
juga tetap menjadi mangsa gangguan seksual oleh lelaki. Ini adalah kerana lelaki
menganggap mereka mempunyai kuasa yang besar terhadap wanita dan sifat semulajadi
wanita yang lemah menjadikan mereka berasa mereka mampu untuk melakukan perkara
sedemikian terhadap wanita atau dikatakan kekuasaan lelaki terhadap wanita seperti yang
wujud di dalam sistem patriarki yang mewujudkan penindasan terhadap golongan wanita
melalui gangguan seksual.
Street harrasment is about power, not sexual attraction.6 Bagi beribu-ribu wanita
yang menjadi mangsa gangguan seksual di tempat awam setiap hari, adalah tidak
memeranjatkan jika masalah gangguan ini diertikan menjadi risiko kepada masalah yang
lebih besar seperti rogol. Ketakutan ini mendiami setiap kehidupan wanita dan menghakis
rasa selamat mereka. Pihak-pihak betanggungjawab sepatutnya mengambil langkah yang
relevan dalam menangani masalah gangguan seksual di tempat awam ini untuk
menghilangkan rasa takut dalam kalangan wanita untuk menjalani kehidupan sosial di
tempat-tempat awam. Seperti di New York, mereka menubuhkan satu laman web untuk
mangsa-mangsa gangguan seksual mengambil gambar pengganggu dan memuat naik
gambar tersebut di laman web tersebut dan pihak-pihak yang berwajib akan mengambil
6 Holly Kearl (2010), Stop Street Harrasment: Making Public Places Safe and Welcoming for Women, United States of America: Library of Congress Cataloging-in-Publication Data.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
tindakan mencuba untuk mencari pesalah berkenaan. Laman web ini telah mendapat
sambutan yang hangat dari wanita-wanita di sana. Malaysia sepatutnya menjalankan
lebih banyak tindakan yang sepatutnya untuk mengurangkan masalah gangguan seksual
ini dalam kalangan wanita-wanita di Malaysia.
2.2 Ganguan Seksual Di Intitusi Pendidikan (Pusat Pengajian Tinggi)
Pusat pengajian tinggi, merupakan sebuah tempat untuk menimba ilmu malahan
intitusi pendidikan ini boleh dijadikan model kepada masyarakat. Hal ini kerana,
matlamat sesebuah intitusi pendidikan adalah untuk mencapai tahap akdemik,
produktiviti, merit, dan kesaksamaan berada pada tahap maksimum bagi semua yang
terlibat dalam lingkungan tersebut, contohnya, penuntut, fakulti mahupun pentadbir
dalam intitusi tersebut. Namun begitu, kejadian gangguan seksual boleh menggugat
pencapaian kepada matlamat tersebut. Hakikatnya, isu gangguan seksual di pusat
pengajian tinggi di negara kita telahpun dikesan pada akhir tahun 1980-an (Badriyah,
1988).
Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua iaitu bentuk ancaman dan
persekitaran tidak selesa. Dalam konteks akademik sesuatu tingkah laku akan dianggap
sebagai sebuah ancaman apabila perkara tidak diingini, berunsur seksual, dan perkara itu
dijadikan sebagai syarat untuk membuat keputusan ke atas status pengajian penuntut
tersebut. Situasi ini biasanya berlaku kepada penuntut intitusi pengajian tinggi yang
mana, pemangsa biasanya ialah golongan pensyarah. Berbeza dengan ancaman
persekitaran tidak selesa pula berlaku apabila ganguan tingkah laku yang berlaku dalam
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
bilik-bilik kuliah, kaki lima mahupun asrama dan lain-lain tempat lagi. Hal ini
diperkuatakan lagi dengan kajian oleh Badriyah pula menunjukkan 80% daripada
responden yang ditemubual di pengajian tinggi pernah mengalami gangguan seksual dan
gangguan seksual dalam kalangan penuntut boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Faktor perkara ini berlaku adalah disebabkan faktor kuasa yang dipunyai oleh ahli
fakulti ke atas penuntut. Seorang pensyarah boleh memberi gred, menulis surat sokongan
untuk melanjutkan pelajaran atau pekerjaan, penganugerahan, atau apa sahaja yang boleh
menghalang pengijazahan kepada penuntutnya. Perkara ini akan membuatkan penuntut
tersepit kerana, penuntut akan bergantung pada gred yang diperolehi mereka kerana
kebanyakan daripada penuntut memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan
pengajian mereka. Perkara ini bergantung kepada sikap pensyarah itu sendiri, namun
begitu bukan hanya pensyarah sahaja tetapi semua ahli fakulti contohnya, Pegawai
Tadbir, turut terlibat dalam masalah ini dan ini menunjukan bahawa penuntut telah
ditindas.
Namun begitu kejadian ganguan seksual ini bukan sahaja berlaku di intitusi
pengajian tinggi sahaja namun ianya turut berlaku di sekolah-sekolah. Malahan perkara
ini bukanlah perkara yang baru, hal ini terbukti apabila (Zarina, 1995) telah menyatakan
bahawa perkara tidak senonoh itu bukanlah perkara yang masih baru dalam alam
persekolahan tetapi ianya sudah lama terjadi. Hal ini diperkuatkan lagi apabila sebuah
kajian telah menyatakan bahawa Sekolah Menengah Maxwell, Sekolah Menengah
Setapak dan Sekolah Menengah Victoria, didapati masalah itu memang wujud. Malahan
pernah juga dilaporkan mengenai seorang guru agama yang mencubit kemaluan
penuntutnya (Rohana, 1996).
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
Jadual : Taburan Mangsa Gangguan Seksual Mengikut Taraf Akademik
Taraf Akademik Bilangan Peratus(%)
SPM 2 2.7
STPM 4 17.9
Diploma 16 20.5
Sarjana Muda 43 55.1
Sarjana 3 3.8
Jadual 1: Masalah Ganggaun Seksual dalam Kalangan Guru-Guru Di Johor,
Melaka,N,Sembilan, Dan Selangor, Prof Madya Dr Haji Azizi Bin Haji Yahaya.
“Beberapa guru yang ditemui dalam tinjauan itu mengakui
perkara tidak senonoh itu bukanlah baru dalam alam
persekolahan”
Zalina, 1995
Kebiasaanya, penuntut atau pelajar yang mengalami gangguan seksual akan berasa diri
mereka sebagai mangsa keadaan dan akan berusaha untuk mengubah gaya hidup mereka untuk
mengelakkan perkara itu berulang lagi . Hal ini kerana, penuntut yang mengalami masalah ini
akan menanggung tekanan perasaan yang tinggi, perasaan takut, marah, murung, malu, sensitif
dan kurang motivasi untuk belajar. Kadang-kala gaya hidup yang diubah oleh mereka untuk
melarikan diri daripada keadaan ganguan seksual ini akan merosakkan peluang masa depan
mereka. Hal ini telah menjejaskan prestasi pelajar tersebut dalam tugasanya, malahan sehingga
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
ada penuntut yang sanggup menggugurkan diri dari kursus atau program itu, yang mana akhirnya
ia akan memberi kesan ke atas prestasi pelajar dan sekaligus imej institusi pengajian tersebut.
Sebenarnya, persepsi ganguan seksual ini berbeza, dan ramai yang masih kurang faham
mengenai gangguan seksual. Fitzgerald telah menyatakan bahawa kebanyakan ahli fakulti lelaki
tidak melabel tingkah laku mereka yang menepati definisi gangguan seksual sebagai gangguan
seksual. Hal ini membuktikan bahawa, ahli fakulti lelaki kurang cenderung dari ahli fakulti
wanita dalam mendefinisi tingkah laku unsur gurauan, komen-komen, pandangan, bahasa dan
isyarat yang berunsur seksual sebagai gangguan seksual. Berbeza situasinya dengan penuntut
wanita yang lebih cenderung untuk menyatakan sesebuah situasi itu sebagai sebuah ganguan
seksual.
Antara tingkah laku sebagai ganguan seksual ialah ialah memegang, menyentuh, ajakan
hubungan seksual dan sebagainya. Hal ini kerana, pihak lelaki selalu mempersepsi tingkah laku
wanita sebagai unsur seksual walaupun pada hakikatnya ia tidaklah sedemikian. Perbezaan
persepsi antara lelaki dan wanita terhadap persepsi gangguan seksual mungkin disebabkan lelaki
menyalah tafsir keramahan wanita sebagai sebagai ajakan hubungan seksual padahal ianya tidak
begitu. Perbezaan persepsi ini turut menjadi masalah ganguan sesual ini masih berleluasa. Oleh
itu, untuk mengatasi masalah gangguan seksual ini, haruslah ada pernyataan polisi terhadap
gangguan seksual yang tegas, sistem laporan yang jelas dan program latihan dan pendidikan
mengenai gangguan seksual dan perkhidmatatan kaunseling untuk semua pekerja dan pelajar
yang ada dalam institusi pengajian tersebut.
Oleh yang demikian jelas menunjukkan bahawa gangguan seksual di institusi-institusi
pengajian tidak kira di universiti mahupun sekolah adalah disebabkan oleh faktor kekuasaan
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
golongan lelaki terhadap golongan wanita. Maka, penindasan yang berlaku adalah didominasi
oleh golongan lelaki terhadap wanita menyebabkan golongan wanita mula bangkit untuk
memperjuangkan hak mereka melalui gerakan feminisme.
2.3 Gangguan seksual di tempat kerja
Gangguan seksual di tempat kerja bukanlah satu fenomena dan masalah baru di
Malaysia. Hal ini kerana, gangguan seksual ini telah berlaku sejak beberapa tahun
terdahulu. Menurut Abd Rahim Abd Rashid, dalam bukunya yang bertajuk Gangguan
Seksual, gangguan seksual ialah satu perlakuan dan perbuatan lucah yang dilakukan
secara sengaja serta tidak direlakan oleh mangsa (perempuan). Gangguan seksual adalah
suatu keadaan yang tidak boleh diterima sama ada secara lisan, fizikal, isyarat seksual
ataupun pernyataan yang bersifat menghina secara tegas atau keterangan secara
diskriminasi dengan tujuan untuk mengganggu pekerja lain.
Gangguan yang dibuat biasanya akan menyebabkan mangsa atau pekerja tersebut
berasa tidak selesa, terancam, dihina, dipermalukan, diperbodohkan, dicabul maruah dan
mengurangkan prestasi kerjanya serta memberi ancaman kepada persekitan tempat kerja
tesebut. Kesannya, mangsa yang mengalami gangguan seksual tersebut akan berubah
menjadi murung dan tidak bersemangat untuk datang bekerja ataupun melaksanakan
tanggungjawab yang telah diberikan.
Antara beberapa contoh gangguan seksual di tempat kerja adalah pencabulan
terhadap rakan sekerja seperti seorang rakan sekerja lelaki telah meletakkan tangannya di
atas bahu rakan sekerja perempuannya ataupun secara sengaja mengambil kesempatan
untuk memegang tangan rakan sekerja perempuan. Gangguan seksual bukan sahaja dapat
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
dilakukan secara fizikal sahaja, terdapat juga gangguan fizikal yang berbentuk verbal
contohnya pekerja lelaki menceritakan jenaka lucah kepada rakan sekerja perempuan.
Sebenarnya pekerja lelaki tersebut hanya ingin bergurau namun bagi golongan wanita
gurauan tersebut dapat mengganggu konsentrasinya dan akan berasa tidak selesa dengan
jenaka yang dibuat kerana telah menyentuh hal-hal peribadi wanita.
Menurut Kod Amalan gangguan seksual terbahagi kepada lima. Antaranya ialah
ganguan secara lisan. Gangguan secara lisan atau verbal berlaku dalam bentuk kata-kata,
komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan
seksual untuk menganggu para pekerja wanita.
Gangguan secara isyarat ataupun bukan lisan seperti pandangan atau kerlingan
yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau
memakan makanan dengan cara meggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang
membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat secara berterusan merupakan
salah satu jenis gangguan seksual di tempat kerja.
Manakala gangguan visual pula ialah pekerja lelaki menunjukkan bahan-bahan
lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur lucah kepada wanita yang diminati
dan menunjukkan bahagian alat sulit mereka yang tidak sepatutnya didedahkan kepada
rakan sekerja wanita mereka. Mereka melakukan perkara ini adalah untuk menarik
perhatian wanita yang diminati agar melayan nafsu mereka.
Gangguan psikologi dapat dilihat melalui perbuatan pekerja lelaki mengulangi
jemputan sosial yang tidak mendapat layanan, memujuk rayu secara berterusan kepada
pekerja wanita yang diminati untuk keluar bersama dengannya ataupun bercumbuan.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
Akhir sekali ialah gangguan fizikal. Gangguan ini terdiri daripada sentuhan secara
sengaja yang tidak diingini oleh golongan wanita, menepuk, mencubit, mengusap,
menggesel badan, memeluk, mencium dan melakukan serangan seksual terhadap
golongan wanita ditempat kerja.
Daripada jenis-jenis gangguan seksual yang dinyatakan, gangguan seksual ini
dilihat merupakan satu tindasan gender yang dibuat oleh pekerja lelaki terhadap pekerja
wanita. Hal ini kerana pekerja lelaki tersebut merasakan dirinya berkuasa dan
memandang rendah terhadap wanita yang selalu dianggap lemah di mata mereka.
Seharusnya perkara dan situasi seperti ini tidak berlaku di negara membangun seperti
Malaysia kerana imej negara akan merosot jika perkara ini berlaku secara berleluasa dan
tiada kawalan yang sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab.
Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir pekerja wanita yang masih tidak
menyedari bahawa tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan oleh pekerja lelaki
terhadap mereka adalah salah satu bentuk gangguan seksual di tempat kerja.
Kebiasaannya mereka menganggap situasi serta gurauan yang dilakukan oleh rakan
sekerjanya adalah normal kerana melalui gurauan seperti itulah hubungan antara rakan
sekerja akan menjadi lebih erat.
Sebenarnya tanggapan pekerja wanita itu adalah salah kerana, jika mereka tidak
bertindak tegas dengan gangguan seksual yang dilakukan oleh para pekerja lelaki, lama-
kelamaan pekerja lelaki tersebut mungkin akan bertindak di luar batasan daripada apa
yang pernah dilakukan oleh mereka sebelumnya. Pekerja lelaki tersebut akan merasakan
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
diri mereka berkuasa dan mempunyai hak untuk melakukan perbuatan yang tidak
senonoh terhadap pekerja wanita. Tambahan lagi sehingga hari ini, negara kita tidak
mempunyai kod undang-undang yang berkuat kuasa yang membabitkan gangguan
seksual secara khusus. Langkah pencegahan yang ada hanyalah Kod Amalan Untuk
Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di tempat kerja yang dilancarkan pada
tahun 1999.
Jika dikaji dan dilihat terhadap situasi masalah gangguan seksual ini, kebanyakan
mangsanya adalah golongan wanita. Hal ini kerana, gangguan seksual terhadap wanita
sudah dianggap seperti lumrah dan telah tercatat sejak pertama kali golongan wanita
memasuki pasaran kerjaya7. Menurut Lin Farley, gangguan seksual yang berlaku adalah
satu kaedah baru yang dikembangkan oleh kapitalisme dalam mengawal tenaga kerja
wanita. ‘Man have power over women in society’ merupakan satu slogan yang jelas dapat
dilihat kedudukan wanita dari pandangan mata masyarakat adalah rendah. Oleh itu,
kerana kuasa sosial yang diperolehi oleh pekerja lelaki adalah lebih tinggi dan berkuasa
daripada golongan wanita, maka mereka telah menyalahgunakan kekuasan tersebut untuk
mendapatkan keuntungan seksual terhadap wanita.
Salah satu perjuangan teori feminisme adalah untuk menentang patriarki kerana
tindasan gender yang berlaku terhadap wanita dianggap amat tidak bermoral dan
melanggari hak asasi manusia seperti yang telah ditetapkan. Jika masalah patriarki yang
berlaku ini masih lagi mengganggu kehidupan seharian wanita, situasi ini akan
menimbulkan perspektif buruk masyarakat luar terhadap Malaysia.
7 Lin Farley (1978) Sexual Shakedown: The Sexual Harassment of Women on the job
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
Sikap terhadap wanita umumnya dikenali sebagai model limpahan peranan
mengikut jantina. Model yang dibangunkan ini memberi saranan bahawa apabila sesuatu
pekerjaan didominasi oleh satu-satu jantina, maka jantina yang dominan dalam kumpulan
tersebut akan mempengaruhi jangkaan terhadap peranan yang harus dimainkan oleh
individu dalam melaksanakan tugas masing-masing. Limpahan peranan ini bermaksud,
pekerjaan mengikut jantina akan memberi kesan kepada kerja seseorang yang hanya
berkaitan dengan jantinanya serta tidak bersangkutan dengan sesuatu kerja yang
dilaksanakan.
Oleh itu gangguan seksual lebih cenderung untuk berlaku dalam pekerjaan yang
mempunyai limpahan peranan mengikut jantina. Contohnya, jika sesebuah pejabat itu
mempunyai bilangan pekerja lelaki adalah lebih ramai berbanding bilangan pekerja
wanita, maka masalah gangguan seksual akan lebih cenderung untuk berlaku kerana para
pekerja lelaki merasakan gologan wanita yang lemah ini boleh dijadikan bahan gurauan
dan pemuas nafsu mereka di tempat kerja. ‘Man should be trained for war and woman for
the recreation of the warrior’ 8. Daripada pepatah ini jelaslah bahawa sememangnya
wanita adalah lebih rendah martabatnya daripada gologan lelaki. Sikap prejudis lelaki
terhadap martabat kaum wanita ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam
kalangan wanita yang menganggap mereka telah ditindas oleh golongan lelaki yang
menganggap diri mereka berkuasa dalam segala aspek walhal tindasan gender dalam
kalangan masyarakat dianggap satu perbuatan terkutuk yang mampu mencemarkan imej
negara.
8 Nietzche, 1844-1900 (Mills 1991:248)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
Memang tidak dinafikan bahawa perilaku gangguan seksual merupakan suatu
ekspresi daripada tindakan hormon-hormon seksual lelaki dan wanita. Lelaki di anggap
memiliki dorongan seksual yang lebih kuat berbanding golongan wanita sehingga mereka
seringkali bertindak untuk mengekploitasi wanita secara seksual walaupun di tempat
kerja. Mereka tidak berfikir secara rasional sebelum melakukan perbuatan tersebut
asalkan kepuasan seksual mereka dapat dipenuhi. Sememangnya kita sedar bahawa,
golongan wanita adalah golongan yang lemah dalam semua keadaan, seharusnya sebagai
pekerja lelaki mereka seharusnya melindungi rakan sekerja wanita mereka bukan
mengambil kesempatan terhadap mereka di tempat kerja.
Selain itu, masalah gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja juga adalah
berpunca daripada perbezaan struktur dalam pasaran kerjaya. Maksudnya ialah wujud
organisasi pengurusan orang atasan dan pekerja bawahan. Perbezaan hierarki serta
kedudukan yang lebih tinggi memberi peluang kepada gologan atasan untuk menindas
golongan pekerja bawahan mereka yang terdiri daripada golongan wanita dengan
sewenang-wenangnya. Rakan sekerja lelaki dan pekerja atasan lelaki menyatakan bahawa
ketertarikan seksual terhadap golongan wanita adalah perkara yang alamiah dan dialami
oleh semua manusia, tetapi mereka tidak sedar bahawa tindakan yang dibuat oleh mereka
itu memberi kesan buruk kepada mangsa yang mengalami gangguan seksual. Antara
kesan yang akan timbul daipada masalah gangguan seksual ini adalah kesan kepada
kerjaya, fisiologi, mangsa akan berasa malu, mempunyai tahap ketakutan dan kecurigaan
yang tinggi, trauma dan mungkin akan ditolak dalam kalangan masyarakat selepas
mengetahui tentang gangguan seksual yang pernah berlaku keatas diri mangsa.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
3.0 Kesimpulan
Konklusinya, dapat dikatakan bahawa gangguan seksual ini boleh berlaku di
mana sahaja seperti di tempat-tempat awam, pusat pendidikan malahan di tempat kerja.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa gerakan yang dibawa oleh golongan feminis pada
masa ini dengan wujudnya teori feminisme ini adalah untuk menuntut hak dan keadilan
terhadap diri mereka supaya bebas dari segala ancaman darip pihak lelaki. Kekuasaan
golongan lelaki terhadap golongan wanita yang dikatakan sistem patriarki itu sendiri
telah menyebabkan wujudnya gangguan seksual ini. Penindasan terhadap golongan
wanita melalui gangguan seksual ini dapat disimpulkan bahawa lelaki sering menganggap
golongan wanita ini adalah hanya semata- mata golongan pemuas nafsu yang boleh
dibuat apa sahaja. Namun begitu, wanita pada masa kini sudah bijak untuk mengatur
hidup mereka walaupun tanpa lelaki di dalam hidup mereka.
Pelbagai inisiatif lain perlu diambil bagi memastikan golongan wanita ini sentiasa
dipelihara maruahnya serta memberikan keadilan kepada mereka setanding golongan
lelaki. Hal ini akhirnya telah menyebabkan kerajaan mengambil tindakan dengan
memubuat dasar-dasar yang berkaitan dengan menjaga hak-hak wanita. Sebagai contoh
Dasar Wanita Negara, Dasar Wanita dan Pembangunan Keluarga serta persatuan-
persatuan yang menjaga dan melindungi wanita juga telah dibuat bagi mengelakkan
golongan wanita ditindas kepada golongan lelaki. Disamping itu juga, bagi mengelakkan
gangguan seksual berlaku di tempat-tempat awam atau di dalam pengangkutan awam,
kawasan atau bahagian khas untuk wanita telah disediakan dan golongan lelaki tidak
dibenarkan menggunakan bahagian atau kawasan tersebut. Hal ini adalah kerana bagi
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
mengelakkan golongan lelaki melakukan sesuatu terhadap golongan wanita terutama
melakukan gangguan seksual.
Selain itu juga, ceramah dan motivasi kepada para pelajar sama ada di sekolah
mahupun di institusi pengajian tinggi perlu diberikan terutama di dalam memperkenalkan
apakah hak-hak wanita serta undang-undang kepada golongan lelaki sekiranya mereka
melakukan gangguan seksual atau penindasan terhadap golongan wanita. Perkara ini
penting kerana institusi pengajian merupakan satu medium penting bagi membantu
pelajar atau mengajar mengenai apakah keburukan yang wujud sekiranya berlaku
penindasan terhadap golongan wanita ini.
Akhirnya, gangguan seksual ini tidak akan berlaku lagi. Selain itu juga,
penindasan terhadap golongan wanita serta sistem patriarki ini juga sudah tidak relevan
lagi di dalam sesetengah perkara kerana dianggap telah menyebabkan berlakunya
penindasan golongan lelaki terhadap wanita. Oleh yang demikian, gerakan feminisme
golongan kedua dan ketiga akhirnya telah mendatangkan semangat baru kepada golongan
wanita agar meletakkan mereka setanding dengan lelaki yang boleh belajar, bekerjaya
serta hidup dengan aman dan selesa setanding dengan golongan lelaki pada masa kini.
BIBLIOGRAFIBUKU
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
Badriyah Salleh (1988). Kajian Jangka Pendek Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang 1986-1088: Kajian
Jangka Gangguan Seksual di dalam Kampus USM. Anjuran Persatuan Kakitangan Islam,
Universiti Sains Malaysia dan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia.
Carol Brooks Gardner (1995). Passing By: Gender and Public Harrasment. Carlifornia: University of
California Press.
Christine Webb (2006). Workpalce Bullying in The NHS. Seattle: Radcliffe Publishing.
Constance Backhouse (1981). Sexual Harassment on The Job, How to Avoid The Working Woman`s
Nightmare. America: United States.
Fitzgerald, L.F.& Ormerod, A.J. (1993). Breaking The Silence: The Sexual Harassment of Women In
Academia And The Workplace. Dlm. F. Denmark and M. Paludi (Pnyt), Psycgology of Women: A
Handbook Of Issued And Theories. New York: Greenwood Press.
Gary Namie (2000). The Bully At Work, What You Can Do To Stop The Hunt Ang Reclain Ypur Dignity On
The Job.
Gayle Letherby (2003). Feminist Research in Theory and Practice. Philadelphia: Open University Press.
Holly A. Foss (1999), Feminist Rhetorical Theories. United States Of America: SAGE Publications, Inc.
Karen Kearl (2010). Stop Street Harrasment: Making Public Places Safe and Welcoming For Women.
United States of America: Library of Congress Cataloging-ini-Publication Data.
Maggie Humm (1992). Feminisme. Portmouth: Inforum Typesetting.
Robin Gourlay (1998). Dealing With Difficult Staff In The NHS. London: Kogan Page Limited.
Rohana Ariffin (1996). Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Penyediaan Kepada Latihan Sumber
Manusia. Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia.
Saal, F.E, Johnson, W. & Weber, N. (1989). Friendly or Sexy?. It May Depend on Whom You Ask.
Psychology of women quarterly.
Yeap Joo Kim (2006). The Patriarch. Singapore: Times Books International.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
AKHBAR
Zalina Yahaya (1995, April 4). Gangguan Seksual Di Sekolah. Berita Harian.
LAMPIRAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
CONTOH 1: Gangguan seksual di tempat awam
CONTOH 2: Gangguan seksual di institusi pendidikan
CONTOH 3: Gangguan seksual di tempat kerja
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
CONTOH 4: Gangguan seksual melalui isyarat
CONTOH 5: Gerakan perjuangan golongan Feminis supaya menghentikan penindasan
terhadap golongan wanita
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS