GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016...

21
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 1 LAMPIRAN Pihak yang diperihalkan di dalam Seksyen 1(a) Jadual Pertama (“Penggadai”) telah pada hari ini menggadai hartanah yang diperihalkan di dalam Jadual Gadaian dan di dalam Seksyen II Jadual Pertama (“Hartanah”) kepada AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D) (“Bank”) sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai lesen di bawah Akta Perbankan dan Kewangan 1989 (kemudiannya dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kemudian dari ini dinyatakan di dalam Gadaian. RESITAL 1. Penggadai adalah pemilik berdaftar dan benifisial Hartanah. 2. Peminjam telah memohon dan Bank bersetuju menyediakan dan/atau terus menyediakan Pinjaman kepada Peminjam tertakluk kepada terma-terma dan syarat- syarat terkandung di dalam Perjanjian Pinjaman. 3. Sebagai balasan tersebut di atas, Penggadai bersetuju menandatangani Gadaian berpihak kepada Bank, berkaitan dengan Hartanah untuk menjamin pembayaran semula dan pembayaran Keterhutangan Peminjam kepada Bank. MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:- 1.0 Definisi 1.1 Di dalam Gadaian ini, perkataan-perkataan berikut hendaklah mempunyai makna dinyatakan terkandung kemudian ini:- “Kumpulan AmBank” semua syarikat berhubungkait dan syarikat mempunyai kaitan dengan Bank dan syarikat pemegangannya. “BNM” Bank Negara Malaysia, subsidiarinya, agensi dan biro yang ditubuhkan olehnya. “Kadar Asas” kadar rujukan yang ditentukan oleh Bank dari masa ke masa bagi penetapan harga kadar terapung pinjaman/kemudahan pembiayaan, dan pengiraan mengikut penetapan oleh Bank Negara Malaysia sebagaimana yang boleh dikenakan dari semasa ke semasa atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank di Malaysia. “Peminjam” bermaksud pihak yang telah diperihalkan di dalam Seksyen 1 (b) Jadual Pertama kemudian ini.

Transcript of GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016...

Page 1: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 1

LAMPIRAN

Pihak yang diperihalkan di dalam Seksyen 1(a) Jadual Pertama (“Penggadai”) telah pada hari ini

menggadai hartanah yang diperihalkan di dalam Jadual Gadaian dan di dalam Seksyen II Jadual

Pertama (“Hartanah”) kepada AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D) (“Bank”) sebuah

syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai lesen di bawah Akta Perbankan dan

Kewangan 1989 (kemudiannya dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan

mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja

Chulan, 50200 Kuala Lumpur tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kemudian dari ini

dinyatakan di dalam Gadaian.

RESITAL

1. Penggadai adalah pemilik berdaftar dan benifisial Hartanah.

2. Peminjam telah memohon dan Bank bersetuju menyediakan dan/atau terus

menyediakan Pinjaman kepada Peminjam tertakluk kepada terma-terma dan syarat-

syarat terkandung di dalam Perjanjian Pinjaman.

3. Sebagai balasan tersebut di atas, Penggadai bersetuju menandatangani Gadaian

berpihak kepada Bank, berkaitan dengan Hartanah untuk menjamin pembayaran

semula dan pembayaran Keterhutangan Peminjam kepada Bank.

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:-

1.0 Definisi

1.1 Di dalam Gadaian ini, perkataan-perkataan berikut hendaklah mempunyai makna

dinyatakan terkandung kemudian ini:-

“Kumpulan AmBank” semua syarikat berhubungkait dan syarikat

mempunyai kaitan dengan Bank dan syarikat

pemegangannya.

“BNM” Bank Negara Malaysia, subsidiarinya, agensi dan

biro yang ditubuhkan olehnya.

“Kadar Asas” kadar rujukan yang ditentukan oleh Bank dari masa

ke masa bagi penetapan harga kadar terapung

pinjaman/kemudahan pembiayaan, dan pengiraan

mengikut penetapan oleh Bank Negara Malaysia

sebagaimana yang boleh dikenakan dari semasa ke

semasa atau mana-mana pihak berkuasa lain yang

mempunyai bidang kuasa ke atas Bank di Malaysia.

“Peminjam” bermaksud pihak yang telah diperihalkan di dalam

Seksyen 1 (b) Jadual Pertama kemudian ini.

Page 2: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 2

“Gadaian” Gadaian ke atas Hartanah di bawah Kanun Tanah

Negara 1965/Kanun Tanah Sarawak/Ordinan Tanah

Sabah (mengikut sebagaimana terpakai) di dalam

bentuk sebagaimana yang dikehendaki seperti

dinyatakan sebelum ini di dalam undang-undang dan

termasuk di dalam Gadaian, untuk ditandatangani

oleh Penggadai berpihak kepada Bank sebagai

jaminan Keterhutangan.

‘Penggadai’

pihak dinyatakan di dalam Seksyen 1(a) Jadual

Pertama yang menggadai Hartanah kepada Bank

untuk pembayaran / pembayaran semula

Keterhutangan;

“Kejadian Kemungkiran”

kejadian-kejadian kemungkiran dinyatakan di dalam

Klausa 5.0 Gadaian.

‘Pinjaman’

kemudahan pembiayaan dinyatakan di dalam

Perjanjian Pinjaman.

“Perjanjian Pinjaman”

Perjanjian Pinjaman ditandatangani di antara Bank

dan Peminjam berkenaan dengan Pinjaman,

sebagaimana diperihalkan di dalam Seksyen III

Jadual Pertama.

“CBP” bermakna apa-apa cukai yang perlu dibayar ke atas

pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara

lain mengikut peruntukan Undang-undang CBP.

“Undang-undang CBP" bermakna Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan 2014, perundangan subsidiari, perintah

berkanun dan peraturan yang terpakai bagi

permohonan CBP, sebagaimana yang dipinda dari

masa ke masa.

“Keterhutangan” mana-mana jumlah amaun terhutang oleh Peminjam

kepada Bank (sama ada sebagai prinsipal/penjamin

termasuk prinsipal, faedah, faedah dipermodalkan,

faedah dikompaun, fi, kos, caj-caj lain) di bawah

Perjanjian Pinjaman, Gadaian ini dan/atau lain-lain

Dokumen Sekuriti.

“Pengurusan Perbadanan ”

bermakna Pengurusan Perbadanan seperti dinyatakan

di bawah Akta Strata 1985.

‘Hartanah’

hartanah yang diperihalkan butir-butirnya di dalam

Seksyen II Jadual Pertama terkemudian dari itu.

‘Dokumen Sekuriti’

secara kolektif semua dokumen sekuriti untuk

Pinjaman, termasuk Gadaian.

Page 3: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 3

‘Penjual’

sebagaimana terpakai, mana-mana satu atau lebih

dari pihak-pihak berikut:-

(a) pemaju yang memajukan Hartanah;

(b) pemilik yang memiliki Hartanah;

(c) Penjual yang menjual Hartanah kepada

Peminjam;

(d) Kontraktor yang membina dan membaikpulih

Hartanah;

(e) Pembiaya yang memberi kemudahan

pembiayaan kepada Peminjam.

“Perjanjian JualBeli”

Sebagaimana terpakai, mana-mana satu perjanjian

yang ditandatangani oleh Penggadai, seperti:-

(a) perjanjian jualbeli dengan pemaju dan/atau

pemilik/penjual untuk pembelian Hartanah;

(b) perjanjian pembinaan/pembaikpulih dengan

kontraktor untuk membina/membaikpulih

Hartanah;

(c) kemudahan pembiayaan/perjanjian pinjaman

dengan pembiaya jika Hartanah diletakkan

sebagai jaminan kemudahan diberi kepada

Peminjam.

1.0 Interpretasi Dan Pentafsiran

2.1 Rujukan kepada jantina maskulin hendaklah termasuk termasuk jantina feminine

dan jantina neuter dan sebaliknya dan rujukan kepada perkataan tunggal

hendaklah merangkumi majmuk dan sebaliknya.

2.2 Apabila dua pihak atau lebih memberi ungkapan dan/atau akujanji sebagaimana

dikehendaki, ungkapan dan akujanji hendaklah boleh dikuatkuasakan terhadap pihak-

pihak tersebut sama ada secara bersesama atau berasingan.

2.3 Mana-mana terma berkaitan dengan perkhidmatan perbankan dan pembiayaan yang tidak

ditakrifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut amalan

umum perniagaan dan perdagangan industri perbankan dan pembiayaan di Malaysia.

2.4 Perkataan yang merujuk kepada individu adalah termasuk mana-mana pihak, orang

persendirian, syarikat, perbadanan, persatuan, korporat, firma/ usahasama/ selainnya dan

sebaliknya.

2.5 Rujukan kepada 'undang-undang' hendaklah merangkumi tanpa limitasi: perundangan-

perundangan / statut di Malaysia, enakmen negeri, perundangan subsidiari, undang-

undang kecil, garis panduan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan di

bawahnya dan mana-mana enakmen seperti perundangan / enakmen negeri.

Page 4: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 4

2.6 Jadual 16A atau Memorandum Gadaian hendaklah menjadi sebahagian penting kepada

Perjanjian ini dan hendaklah dibaca dan ditafsir sebagai bahagian penting kepada

Perjanjian ini.

2.7 Apa-apa rujukan kepada "Gadaian" hendaklah termasuk segala pindaan penambahan /

perjanjian tambahan yang dibuat dari masa ke masa di antara Bank dan Peminjam.

2.8 Tajuk-tajuk kepada Seksyen Perjanjian ini adalah dimasukkan untuk tujuan memudahkan

sahaja dan tidak bertujuan untuk memberi kesan kepada interpretasi / pentafsiran

Perjanjian ini.

2.9 Kecuali sebagaimana konteks memerlukan dan melainkan terma-terma Gadaian ini

menyatakan dengan nyata, semua perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan

ditafsirkan di dalam Perjanjian Pinjaman hendaklah mempuyai makna yang sama apabila

digunakan/dirujuk di dalam Gadaian.

2.10 Semua peruntukan di dalam Perjanjian Pinjaman hendaklah dianggap dimasukkan ke

dalam dan adalah sebahagian dari Gadaian (sama ada peruntukan tersebut adalah diulang

di sini atau tidak) tertakluk kepada pemindaan atau perubahan jika perlu untuk

memastikan peruntukan Perjanjian Pinjaman tidak bercanggah dengan peruntukan

Gadaian.

2.11 Sekiranya berlaku mana-mana konflik atau perselisihan antara peruntukan Perjanjian

Pinjaman dan Gadaian, peruntukan Perjanjian Pinjaman hendaklah mengatasi bagi tujuan

mentafsirkan dan melaksanakan Gadaian.

3.0 Gadaian

3.1 Sebagai jaminan untuk pembayaran dan pelepasan Keterhutangan di bawah Perjanjian

Pinjaman, Penggadai dengan ini menggadai Hartanah kepada Bank di atas terma-terma

dan syarat-syarat Gadaian.

3.2 Gadaian hendaklah menjadi jaminan yang berterusan sehingga pembayaran penuh

Keterhutangan oleh Peminjam kepada Bank di bawah Perjanjian Pinjaman.

4.0 Representasi, Waranti, Akujanji Dan Wa’ad oleh Penggadai

4.1 Penggadai mengakui bahwa Bank telah menerima Gadaian di atas kebergantungan penuh

terhadap representasi, waranti dan akujanji dibuat oleh Peminjam seperti berikut:-

4.1.1 bahawa Gadaian adalah obligasi-obligasi diwujudkan mengikut undang-undang,

sah dan mengikat Penggadai;

4.1.2 bahawa Perjanjian JualBeli yang telah ditandatangani oleh Penggadai adalah sah

dan mematuhi undang-undang;

4.1.3 bahawa penandatangani penyerahan dan pelaksanaan Gadaian oleh Penggadai:-

Page 5: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 5

(a) tidak akan melanggar mana-mana peruntukan undang-undang atau

peraturan-peraturan atau mana-mana perintah atau dekri mana-mana

pihak berkuasa, agensi atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa

ke atas Penggadai;

(b) tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana gadai-janji,

kontrak atau akujanji atau instrumen yang mengikat Penggadai sebagai

pihak berkontrak;

(c) tidak akan menyebabkan kewujudan atau mana-mana obligasi untuk

mewujudkan atau mengenakan mana-mana gadai-janji, lien, pajak atau

gadaian atas mana-mana aset Penggadai atau pendapatan mengikut

peruntukkan mana-mana gadai-janji, kontrak atau akujanji lain atau

instrumen.

4.1.4 bahawa semua kebenaran, kelulusan atau pemberikuasaan mana-mana pihak

berkuasa relevan berhubung dengan menandatangani, penghantaran,

pelaksanaan, kesahan dan penguatkuasaan Gadaian telah diperolehi dan mana-

mana syarat-syarat terkandung didalam atau sebaliknya terpakai telah dipatuhi;

4.1.5 bahawa Penggadai adalah tidak melanggar mana-mana perjanjian yang

ditandatangani olehnya sebagai satu pihak berkontrak dan tiada litigasi, timbang

tara atau prosiding pentadbiran boleh memberi kesan kepada kesolvenan

Penggadai dan menjejaskan keupayaan Penggadai untuk melaksanakan obligasi-

obligasi Penggadai kemudian dari ini.

4.1.6 bahawa Penggadai mempunyai kuasa penuh dan muktamad, hak dan otoriti untuk

menandatangani Gadaian dan bahawa tiada pihak lain hendaklah mempunyai

keutamaan melebihi Bank berhubung dengan Hartanah;

4.1.7 bahawa semua butir-butir dan deklarasi yang diberi, disediakan atau dibuat oleh

Penggadai adalah benar, tepat dan betul;

4.1.8 bahawa Penggadai adalah berhak sepenuhnya ke atas Hartanah dari tarikh

terkemudian dari ini, bebas dari mana-mana bebanan, dan tuntutan-tuntutan

bahawa:

(a) tiada pelanggaran mana-mana undang-undang masih berterusan yang

akan memberi kesan secara material atau kesan buruk terhadap nilai

Hartanah atau mana-mana bahagian darinya;

(b) Penggadai telah mematuhi dengan dan hendaklah mematuhi segala

kelulusan dikehendaki berkenaan Hartanah;

(c) tiada pihak ketiga mempunyai kepentingan, hakmilik atau manafaat ke

atas Hartanah atau mana-mana bahagian darinya;

(d) Penggadai belum memasuki mana-mana perjanjian atau perkiraan (sama

ada secara lisan atau bertulis) di mana Penggadai bersetuju untuk

Page 6: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 6

memindah hak, memindah milik, menyerah hak, menggadai atau

mewujudkan mana-mana bebanan ke atas Hartanah atau mana-mana

bahagian darinya;

(e) semua syarat-syarat kegunaan tanah (secara nyata atau tersirat)

berhubung dengan Hartanah dan semua undang-undang lain, kaedah-

kaedah, peraturan-peraturan, telah dan akan dipatuhi;

(f) semua cukai tanah dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan dengan

Hartanah telah dan hendaklah dibayar sepenuhnya oleh Penggadai;

(g) tiada notis atau pengambilan tanah wajib berhubung dengan Hartanah

atau mana-mana bahagian darinya telah diterima oleh Penggadai;

(h) jika Hartanah (atau mana-mana bahagian darinya) adalah dibangunkan,

semua kelulusan yang diperlukan berhubung dengan pembangunan telah

diperolehi dan adalah berterusan semasa permulaan dan sepanjang masa

pembangunan hartanah atau mana-mana bahagian darinya;

4.1.9 jika Penggadai adalah pihak selain dari Peminjam, adalah bermanafaat kepada

Penggadai untuk menandatangai dan melaksanakan Gadaian.

4.1.10 semua representasi dan waranti seperti dinyatakan di dalam Perjanjian Pinjaman

(sebagaimana terpakai) hendaklah mengikat Penggadai.

4.2 Penggadai dengan ini berwa’ad dan bersetuju bahawa sepanjang keberterusan Gadaian,

Penggadai hendaklah:-

4.2.1 membenarkan Bank mempunyai jagaan atau milikan geran hakmilik kepada

Hartanah selagi Gadaian masih belum dilepaskan;

4.2.2 menghuni Hartanah sebagai pemegang lesen Bank dan hendaklah memberi

milikan kosong Hartanah kepada Bank atau pihak atau pihak-pihak sebagaimana

Bank boleh arahkan sekiranya lesen menghuni Hartanah telah dibatalkan melalui

notis bertulis oleh Bank;

4.2.3 mematuhi semua syarat-syarat, sekatan-sekatan dan kategori kegunaan tanah

secara nyata atau tersirat yang dikenakan ke atas atau memberi kesan kepada

Hartanah atau jika Hartanah tertakluk kepada mana-mana peruntukan mana-mana

Akta Parlimen Ordinan atau Enakmen pada masa ia berkuatkuasa dan mana-

mana kaedah atau peraturan atau perintah dibuat terkemudian darinya;

4.2.4 tidak akan menggunakan Hartanah atau membenarkan Hartanah digunakan untuk

tujuan-tujuan selain dari mengikut tujuan ia dibina dengan khusus atau

meletakkan atau membawa ke atas Hartanah mana-mana bahan-bahan khas

mudah menyala, mudah terbakar atau sifat bahaya atau membuat atau

membenarkan apa-apa perkara dibuat atas sebab olehnya mana-mana polisi atau

polisi-polisi insuran boleh dijadikan terbatal atau boleh batal;

Page 7: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 7

4.2.5 membayar cukai tanah, taksiran, caj-caj penyelenggaraan, kadar-kadar, cukai-

cukai dan semua perbelanjaan pasti lain kepada kerajaan atau pihak berkuasa

atau badan statutori atau kepada Perbadanan Pengurusan dari semasa ke semasa

berhubung dengan Hartanah sebagaimana ianya hendaklah menjadi kena dibayar

dan berbayar dan akan memberi kepada Bank apabila dituntut semua resit-resit

bayaran tersebut;

4.2.6 memberi indemniti kepada Bank terhadap semua tuntutan, tindakan, denda,

penalti dan perbelanjaan-perbelanjaan yang ditanggung, dialami atau sebab tiada

pembayaran cukai hartanah, kadar-kadar, caj-caj, belanja pasti dan belanja

dikenakan berhubung dengan Hartanah atau mana-mana bahagian darinya atau

pelanggaran atau kegagalan melaksanakan wa’ad, obligasi-obligasi dan

perjanjian-perjanjian terkandung kemudiannya;

4.2.7 memastikan mana-mana bangunan, struktur atau lekapan sekarang atau pada bila-

bila masa kemudian dari ini dibangunkan atau dilekapkan ke Hartanah di dalam

keadaan pembaikan dan sesuai untuk disewakan dan membenarkan Bank pada

masa-masa munasabah memasuki Hartanah untuk melihat dan memeriksa

keadaan Hartanah. Jika gagal kemudiannya, ianya hendaklah sah tetapi tidak

wajib ke atas Bank untuk melakukan membaik pulih sebagaimana Bank

merasakan perlu di atas kos dan perbelanjaan Penggadai dan semua jumlah

amaun yang dibelanjakan hendakah dibayar semula oleh Penggadai apabila

dituntut berserta dengan faedah yang ditentukan oleh Bank DENGAN SYARAT

WALAUPUN Bank melaksanakan pembaikan pulih dan ia hendaklah tidak

bertanggungjawab sebagai penerima hak dalam milikan.

4.2.8 menyediakan untuk Bank salinan-salinan kepada atau dari semua otoriti kerajaan

berkenaan berhubung dengan Hartanah tidak lebih dari tujuh (7) hari dari tarikh

notis diberi atau notis-notis oleh atau ke atas Penggadai dan mematuhi dengan

semua keperluan kerajaan dan lain-lain keperluan undang-undang dan notis-notis

atau sebaliknya berhubung dengan Hartanah;

4.2.9 memaklumkan kepada Bank jika Hartanah atau mana-mana bahagian darinya

hendaklah pada bila-bila masa menjadi hal perkara di dalam mana-mana notis,

notifikasi atau deklarasi berhubung dengan atau bersabit dengan perolehan oleh

kerajaan atau mana-mana otoriti kerajaan atau apa-apa pertanyaan atau prosiding

berkait dengan perkara sama. Berhubung dengan perolehan tersebut:

(a) Penggadai hendaklah memajukan kepada Bank salinan-salinan mana-

mana notis, notifikasi atau deklarasi sebaik sahaja ianya dihantar atau

diserahkan ke atas Penggadai.

(b) Bank hendaklah berhak di atas perbelanjaan Penggadai untuk

mendapatkan khidmat penasihat-penasihat dan ejen-ejen (termasuk

peguamcara dan penilai) sebagaimana difikirkan sesuai manafaat untuk

tujuan menghadiri atau menasihati jika ada apa-apa pertanyaan atau

prosiding berkaitan atau berhubung dengan mana-mana perolehan.

(c) semua jumlah amaun diterima atau dibayar sebagai ganti rugi untuk

mana-mana perolehan Hartanah atau mana-mana bahagian hendaklah

digunakan untuk pelepasan atau pembayaran Keterhutangan dan

Page 8: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 8

Penggadai mengesahkan bahawa Bank boleh menerima dan membuat

pelepasan untuk semua jumlah amaun diteirma oleh Bank.

(d) jika Penggadai menerima jumlah amaun untuk perolehan dari pihak

berkuasa kerajaan, Penggadai hendaklah memegang semua jumlah

amaun sebagai amanah untuk Bank dan akan membayar Bank dengan

serta merta apabila menerima jumlah amaun untuk membayar

Keterhutangan yang dijamin oleh Gadaian , Penggadai bersetuju:

4.2.10 melaksanakan, mengamal, melepaskan dan mematuhi semua dan setiap

kewajipan, tanggungjawab, liabiliti, obligasi dan wa’ad dikenakan ke atas

Penggadai oleh Kanun Tanah Negara 1965/Kanun Tanah Sarawak/Ordinan

Tanah Sabah/Akta Strata 1985 atau undang-undang kecil atau mana-mana

peraturan-peraturan, resolusi atau undang-undang kecil diluluskan oleh

Perbadanan Pengurusan, berhubung dengan hak-hak Penggadai, penggunaan dan

menikmati Hartanah dan hartanah umum dan tidak akan atau menyebabkan apa-

apa perkara bertentangan atau bercanggah dengan kewajipan-kewajipan seperti

dinyatakan sebelum ini, tanggungjawab-tanggungjawab, liabiliti-liabiliti dan

wa’ad-wa’ad berhubung dengan penggunaan, menikmati dan hak-hak Penggadai

berkaitan dengan Hartanah dan hartanah umum oleh Penggadai.

4.2.11 (a) memastikan Hartanah diinsurankan terhadap sebarang kehilangan atau

kerugian oleh kebakaran dan risiko-risiko lain sebagaimana Bank boleh

menghendaki sehingga nilai insuran penuh dengan syarikat insuran yang

dibenarkan dan Bank dinamakan sebagai penerima pembayaran tunggal

bayaran polisi dan akan meletakkan polisi insuran dengan Bank dan akan

dari semasa ke semasa membayar premium kemudiaannya dan memberi

resit-resit pembayaran kepada Bank.

(b) jika berlaku kemungkiran, Bank hendaklah bebas tetapi tidak

bertanggungjawab untuk mengekalkan atau memperbaharui mana-mana

insuran berhubung dengan Hartanah terhadap risiko insuran sebagaimana

Bank fikirkan sesuai pada kos dan perbelanjaan Penggadai;

4.2.12 hendaklah membayar sumbangan, langganan, tanggungan dan perbelanjaan

kepada tabung pengurusan, dalam gaya dan pada masa sebagaimana ditentukan

oleh Perbadanan Pengurusan, untuk tujuan mengekalkan, mengawal, mengurus

dan mentadbir hartanah umum, membayar sewa, kadar, taksiran, caj pengurusan,

cukai dan premium insuran dan melakukan mana-mana obligasi lain dipihak

Perbadanan Pengurusan. Sekiranya ada kemungkiran, ia hendaklah tidak

bersalahan dengan undang-undang tetapi tidak wajib ke atas Bank untuk

membuat pembayaran atau mana-mana bahagian darinya dan pembayaran

tersebut hendaklah dianggap hutang berbayar dari Peminjam kepada Bank dan

hendaklah sebahagian dari jumlah amaun yang dijamin dengan faedah dikenakan

oleh Bank dan hendaklah atas semua tujuan menjadi berbayar serta merta

apabila dituntut; dan

4.2.13 hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Bank mengenai apa-apa

perubahan berkenaan alamat Penggadai, kegagalan berbuat demikian akan

memberi hak kepada Bank untuk melepaskan dari segala liabiliti-liabiliti dengan

Page 9: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 9

menghantar mana-mana notis ke alamat terkini dan/atau nombor terdapat di

dalam rekod Bank.

4.3 Selagi Gadaian masih berkuatkuasa, Penggadai hendaklah tidak, tanpa kebenaran Bank:-

4.3.1 memindah, menjual, menggadai atau berurusan dengan Hartanah atau mana-

mana bahagian darinya/membiarkan ia tertakluk kepada apa-apa tanggungan,

gadaian, liabiliti atau lien/membuat apa-apa permohonan untuk perubahan

kegunaan tanah atau untuk membuat kegunaan tanah di bawah kategori kegunaan

tanah yang baru berhubung dengan Hartanah atau untuk membatalkan,

pemindahan atau pindaan mana-mana syarat atau sekatan berhubung dengan

Hartanah.

4.3.2 memajak/menyewa/ memberi apa-apa lesen atau melepaskan pemilikan atau

membuat atau menerima penyerahan mana-mana pajakan berhubung dengan

Hartanah atau mana-mana lekapan atau struktur atau mana-mana bahagian

kemudian dari ini kepada mana-mana pihak ketiga. Dalam hal ini, Seksyen 251

Kanun Tanah Negara atau peruntukan yang relevan di dalam Akta-Akta yang

terpakai hendaklah tidak terpakai terhadap Gadaian ini.

4.3.3 merubah/merobohkan/mengubahsuai/mengalih mana-mana binaan, struktur atau

lekapan pada masa ini atau pada bila-bila masa kemudian ini dibina atau

dilekatkan ke atas Hartanah dan hendaklah kemudian dari itu menggantikan atau

membaik pulih sekiranya ubahsuai dibuat;

4.3.4 membenarkan mana-mana individu atau pihak selain dari Penggadai untuk

mendiami Hartanah dan sekiranya Hartanah dijual di Lelongan Awam mengikut

peruntukan terkandung dari ini atau suatu perintah Mahkamah atau Pentadbir

tanah, Penggadai hendaklah apabila dikehendaki oleh Bank pada kos Peminjam

dan perbelanjaan menyerahkan milikan kosong Hartanah kepada Bank atau

kepada mana-mana pihak sebagaimana Bank boleh arahkan;

4.3.5 melaksanakan atau mengekalkan mana-mana insuran terhadap apa-apa risiko

berhubung dengan Hartanah bersama dengan mana-mana lekapan atau struktur di

atasnya jika Bank telah melaksanakan atau mengekalkan apa-apa insuran seperti

dinyatakan sebelum ini.

4.4 ADALAH DIPERSETUJUI bahawa sekiranya Penggadai mengingkari pematuhan

dengan perjanjian dan akujanji yang terkandung di dalam Gadaian ini, Bank boleh tetapi

tidak wajib memperbetulkan pelanggaran dan mana-mana wang yang telah dibayar atau

dibelanjakan oleh Bank bersama-sama dengan faedah selepas itu pada kadar ditentukan

oleh Bank dari tarikh pembayaran hendaklah apabila dituntut dibayar kepada Bank dan

sehingga pembayaran dibuat, hendaklah dianggap sebagai jumlah didahulukan oleh Bank

kepada Peminjam dan hendaklah menjadi sebahagian wang yang dijamin.

4.5 Representasi, waranti, akujanji dan wa’ad dinyatakan hendaklah berterusan dan terpakai

terhadap penandatangani serta pelaksanaan Gadaian dan penggunaan kemudahan

Pinjaman. Penggadai hendaklah disifatkan mewakili, memberi waranti, mengakujanji dan

berwa’ad dengan Bank bahawa representasi, waranti, akujanji dan wa’ad dinyatakan di

sini adalah benar dan betul di dalam segala aspek dan akan terus disifatkan sedemikian

Page 10: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 10

selagi mana-mana wang masih berbayar di bawah Perjanjian Pinjaman dan Gadaian

seolah-olah ia diulang dengan merujuk kepada situasi semasa.

4.6 Bank hendaklah bersetuju menyediakan dan berterusan menyediakan kemudahan

Pinjaman kepada Peminjam di atas kebenaran dan kesahihan representasi, waranti,

akujanji dan wa’ad dinyatakan di sini. Sekiranya mana-mana representasi, waranti,

akujanji dan wa’ad terdahulu hendaklah pada bila-bila masa kemudian ini didapati tidak

benar dan/atau tidak tepat, Bank kemudiannya hendaklah diatas budi bicara mutlaknya

menangguh penggunaan atau pengeluaran atau menyemak atau menamatkan kemudahan

Pinjaman dan/atau melaksanakan hak-hak dan remedi di bawah Gadaian.

5.0 Pelanggaran Perjanjian

5.1 Bank hendaklah berhak untuk menamatkan keseluruhan kemudahan Pinjaman (prinsipal

dan faedah) yang tertunggak, bersama dengan kesemua wang yang dijamin akan dibayar

oleh Peminjam; sekiranya:

(a) Peminjam/Penjamin gagal membayar mana-mana amaun yang perlu dibayar pada

tarikh ia perlu dibayar/ apabila dituntut, sekiranya ia berbayar;

(b) Peminjam/mana-mana Pihak Sekuriti gagal mematuhi/melaksanakan mana-mana

perjanjian, wa’ad, stipulasi, akujanji, terma dan syarat untuk

dipatuhi/dilaksanakan di bawah Gadaian, Perjanjian Penjual/Dokumen Sekuriti;

(c) Peminjam/Pihak Sekuriti mengubah/memaklumkan perubahan/sifat/skop

perniagaan;

(d) Peminjam/Pihak Sekuriti melakukan tindakan kebankerapan/menjadi

bankerap/mati/menjadi gila/dipenjarakan (terpakai untuk Peminjam individu);

(e) Peminjam/Pihak Sekuriti adalah digulung/memasuki mana-mana

komposisi/pengurusan dengan pemiutang/membenarkan mana-mana

penghakiman tidak diselesaikan/memohon kepada Mahkamah untuk mana-mana

perintah sekatan/telah melantik penerima ke atas aset (terpakai sekiranya

Peminjam adalah syarikat);

(f) kemudahan Pinjaman adalah digunakan/dimanafaatkan untuk mana-mana tujuan

selain dari tujuan dinyatakan di dalam Surat Tawaran;

(g) mana-mana representasi didapati tidak benar, tidak tepat/diingkari pada waktu

material;

(h) mana-mana matlumat dan dokumen dibekalkan kepada Bank oleh

Peminjam/Pihak Sekuriti untuk permohonan Pinjaman kemudiannya didapati

tidak benar, tidak sahih, tidak tepat, diubah/dipalsukan;

(i) mana-mana Keterhutangan Peminjam/Pihak Sekuriti, sama ada kepada

Bank/Kumpulan AmBank, menjadi berbayar sebelum tarikh matang;

Page 11: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 11

(j) mana-mana tindakan undang-undang diambil terhadap Hartanah oleh mana-mana

individu/pihak;

(k) mana-mana litigasi/timbang tara dimulakan terhadap Peminjam/Pihak Sekuriti

yang pada pandangan Bank adalah memberi kesan kepada keupayaan

Peminjam/Pihak Sekuriti untuk melaksanakan obligasi di bawah Gadaian/mana-

mana Dokumen Sekuriti;

(l) mana-mana tindakan undang-undang, prosiding/saman dimulakan oleh

Peminjam/Pihak Sekuriti terhadap Bank, sama ada berhubung dengan

Pinjaman/sebaliknya; dan

(m) mana-mana tindakan undang-undang, prosiding/saman dimulakan oleh mana-

mana pihak ketiga terhadap Bank berhubung dengan kemudahan

Pinjaman/Hartanah.

5.2 Setelah berlakunya Pelanggaran, Bank hendaklah selepas itu berhak melaksanakan

semua/mana-mana remedi tersedia ada sama ada melalui Gadaian dan/Dokumen

Sekuriti/melalui undang-undang.

5.3 Bagi mengelak ketidakpastian, Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua remedi

tersedia ada secara serentak, termasuk memulakan remedi melalui penjualan

Hartanah/prosiding penutupan/pemilikan mengikut Gadaian dan/atau Dokumen Sekuriti

dan prosiding sibil untuk mendapatkan keterhutangan yang kena dibayar dan berbayar.

6.0 Remedi Bank

6.1 Setelah dituntut dan/atau kejadian mana-mana Kejadian Kemungkiran sebagaimana

dinyatakan didalam klausa 5.0, Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua atau

mana-mana hak dan kuasa berikut:-

6.1.1 memasuki ke dalam dan/atau mengambil milikan Hartanah;

6.1.2 menyewa, memberi pajak Hartanah atau mana-mana bahagian atau bahagian dari

itu di atas terma-terma sebagaimana dianggap sesuai oleh Bank;

6.1.3 menuntut dan menerima wang sewa terhadap Hartanah dari pemilik semasa

dan/atau menamatkan sewaan;

6.1.4 menjual dan menyerahhak Hartanah sebagai pemilik tanpa bebanan pada harga

dan dalam keadaan sebagaimana Bank hendaklah di atas budibicara mutlaknya

fikirkan sesuai;

6.1.5 bagi tujuan menjual Hartanah (atau menawarkannya untuk jualan), membaiki,

menggantikan dan membangun Hartanah dan memohon untuk mana-mana

permohonan yang sesuai, lesen atau kebenaran pada kos dan perbelanjaan

Penggadai dan/atau Peminjam;

Page 12: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 12

6.1.6 membuka mana-mana lekapan atau struktur/bahagian boleh alih dari Hartanah

dan menjualnya berasingan dari Hartanah sekiranya Bank sifatkan perlu;

6.1.7 memberi notis kepada pemiutang-pemiutang Penggadai lain;

6.1.8 hak-hak dan remedi Bank sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang.

6.2 Apabila Hartanah dijual, Bank akan menggunapakai hasil penjualan di dalam cara

berikut:-

PERTAMA Untuk pembayaran mana-mana caj, perbelanjaan pasti, cukai

dan perbelanjaan berbayar kepada pihak berkuasa berkenaan

berhubung dengan Hartanah atau jika pembayaran telah dibuat

oleh Bank; didalam membayar balik Bank bagi pembayaran

yang telah dibuat;

KEDUA Untuk pembayaran mana-mana yuran, kos dan perbelanjaan

ditanggung atau akan ditanggung oleh Bank kepada

peguamcara (atas asas peguamcara-klien), pelelong, penilai

dan ejen-ejen yang dilantik oleh Bank untuk pelaksanaan atau

dikatakan untuk pelaksanaan Gadaian.

KETIGA Untuk atau terhadap kesemua faedah yang terakru dan masih

belum dibayar berhubung dengan Pinjaman atau baki

terkemudian dari itu yang masih terhutang.

KEEMPAT Untuk atau terhadap pembayaran amaun prinsipal tertunggak

di bawah kemudahan Pinjaman.

KELIMA Untuk atau terhadap pembayaran lain-lain keterhutangan

Penggadai terhutang dan berbayar kepada Bank.

DENGAN SYARAT BAHAWA Bank boleh pada budibicara mutlaknya mengubah susunan

pembayaran di atas atau menyimpan wang di dalam akaun tangguh tanpa faedah.

Walaubagaimanapun, perubahan mengikut susunan pembayaran atau pembayaran ke dalam

akaun tangguh hendaklah tidak memprejudiskan hak Bank untuk menerima amaun penuh yang ia

sepatutnya berhak terima sekiranya susunan pembayaran telah dipatuhi atau mana-mana amaun

yang kurang dan diperolehi dari sekuriti mencukupi sebagai pembayaran. Mana-mana lebihan

setelah pembayaran sepenuhnya kesemua liabiliti Peminjam di bawah Perjanjian Pinjaman dan

Penggadai dibawah Gadaian hendaklah dibayar kepada atau mengikut arahan susunan Penggadai

atau pihak pada masa itu berhak terima.

6.3 Sekiranya amaun diperolehi oleh Bank hasil dari penjualan Hartanah adalah kurang dari

amaun perlu dibayar kepada Bank, Peminjam hendaklah mempunyai liabiliti untuk

membayar kepada Bank perbezaan di antara amaun perlu dibayar dan amaun diperolehi

sehingga pembayaran dan akan juga membayar faedah atas baki pada kadar ditentukan

oleh Bank.

Page 13: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 13

6.4 Bagi mengelakkan ketidakpastian, Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua

remedi tersedia ada secara serentak termasuk memulakan remedi melalui penjualan

Hartanah/prosiding penetupan/pemilikan mengikut Gadaian dan/atau Dokumen Sekuriti

dan prosiding sibil untuk mendapatkan Keterhutangan yang perlu dibayar dan tertunggak

kepada Bank.

7.0 Pindaan Dan Kelonggaran

7.1 Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa-apa cara memberi kesan kepada

sekuriti yang diwujudkan dan tanpa notis terdahulu kepada Penggadai:-

7.1.1 menetapkan, mempelbagaikan, meminda, menstruktur, mengurang/menambah

kemudahan Pinjaman;

7.1.2 memberi kepada Peminjam, Penggadai atau pihak sekuriti lain/penjamin mana-

mana kelonggaran;

7.1.3 mengurus mengenai pertukaran pelepasan atau meminda atau menahan dari

menyempurnakan atau melaksanakan mana-mana sekuriti atau jaminan lain atau

hak yang boleh pada masa sekarang atau pada bila-bila masa kemudian dari ini

dari atau terhadap Penggadai atau pihak lain; berurus dengan, menukar,

melepaskan, meminda/menahan dari menyempurnakan/melaksanakan mana-

mana sekuriti/lain-lain jaminan/hak ia boleh atau dari semasa ke semasa ada

dari/terhadap Peminjam/Pihak Sekuriti.

8.0 Pendedahan Maklumat

8.1 Penggadai memberikan kebenaran kepada Bank untuk mendedah, atas budi bicara Bank,

kesemua/mana-mana maklumat dan dokumen berhubung dengan Gadaian:-

8.1.1 waris terdekat/pentadbir/wasi/benefisiari kepada Penggadai yang meninggal

dunia/peguamcara bertindak bagi pihak mereka bertujuan memohon suatu

perintah mahkamah/pihak yang telah memohon perintah mahkamah berhubung

dengan estet Penggadai yang meninggal dunia;

8.1.2 BNM/pihak berkuasa lain bertindak di bawah kuasa yang diberi oleh mana-mana

undang-undang terpakai;

8.1.3 penginsurer, broker, pengadjust kerugian mengikut mana-mana tuntutan akan

dibuat oleh Bank di bawah polisi insuran berhubung dengan kemudahan

Pinjaman;

8.1.4 tujuan mana-mana saman undang-undang/prosiding difailkan terhadap Bank oleh

mana-mana pihak ketiga berhubung dengan kemudahan

Pinjaman/Gadaian/Hartanah;

8.1.5 tujuan mana-mana saman undang-undang/prosiding difailkan oleh Bank terhadap

mana-mana pihak ketiga untuk mendapat wang bagi menanggung kerugian

dibawah Gadaian/kemudahan Pinjaman/Hartanah;

Page 14: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 14

8.1.6 pihak polis/pihak berkuasa penyiasat lain, bagi tujuan siasatan terhadap mana-

mana jenayah (termasuk mana-mana pengubahan wang haram dan aktiviti

pembiayaan keganasan) sama ada oleh Peminjam/Penggadai/sebaliknya;

8.1.7 pihak polis/pihak berkuasa penyiasat lain, untuk tujuan membuat lapuran

berkenaan oleh Bank dan siasatan kemudiannya, sekiranya Bank adalah

berpandangan bahawa jenayah telah dilakukan/mencegah/mendapatkan wang

menampung kerugian oleh Bank/mencegah jenayah;

8.1.8 mana-mana pihak yang ingin mendapatkan Hartanah menerusi

lelongan/jualan/mana-mana pihak yang ingin mendapatkan kepentingan Bank,

aset dan liabiliti dibawah Gadaian/Keberhutangan/Hartanah;

8.1.9 mana-mana pihak pada masa hadapan boleh menyatakan niatnya untuk

mendapatkan mana-mana kepentingan/pegangan syer di dalam Bank/mengikut

mana-mana cadangan susunan, komposisi, gabungan, pemerolehan/penstrukturan

diantara Bank dan pihak-pihak berkenaan;

8.1.10 penasihat professional luaran pihak Bank dan Kumpulan AmBank Group.

8.2 Dalam kejadian mana-mana prosiding undang-undang dimulakan oleh Bank terhadap

Penggadai di bawah Gadaian untuk mendapatkan Keterhutangan atau mengikut hak-hak

dan remedi di bawah Gadaian, Penggadai memberikan kebenaran kepada Bank untuk

mendedahkan butiran, matlumat berhubung dengan Penggadai dan suratcara kausa

bersabit dengan prosiding undang-undang kepada mana-mana agensi laporan kredit di

Malaysia.

9.0 Notis

9.1 Penggadai hendaklah dengan segera memaklumkan Bank secara bertulis akan mana-

mana perubahan di dalam alamat Penggadai, kegagalan berbuat demikian akan

menyebabkan Bank dilepaskan dari kesemua liabiliti dengan menghantar mana-mana

notis kepada alamat terkini dan/atau nombor yang tertulis di dalam rekod Bank.

9.2 Tiada perubahan terhadap alamat Penggadai walaubagaimanapun hendaklah

berkesan/mengikat Bank sehingga notis rasmi mengenai perubahan alamat diterima dan

diakui oleh Bank.

9.3 Kesemua notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah diserahkan kepada cawangan

Bank ditempat kemudahan Pinjaman dikekalkan.

9.4 Tertakluk kepada Gadaian, Bank boleh memberi notis sebagaimana perlu diberi kepada

Peminjam dengan menghantar notis melalui pos biasa/serahan persendirian kepada

alamat Peminjam sebagaimana terdapat di dalam rekod Bank. Notis hendaklah disifatkan

telah diserahkan kepada pemegang akaun pada hari kelima selepas ianya dihantar secara

pos atau sekiranya diserahkan secara tangan, pada hari ianya diserahkan.

9.5 Di dalam mana-mana prosiding berhubung dengan Gadaian, surat tuntutan, notis,

penyata, peringatan atau sijil iaitu:-

Page 15: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 15

(a) ditandatangani oleh pegawai atau peguamcara atau ejen lain yang dilantik oleh

Bank;

(b) dalam bentuk dokumen cetakan komputer dari Bank tanpa keperluan ianya

ditandatangani;

hendaklah dianggap muktamad dan mengikat Penggadai sebagai bukti muktamad

Keterhutangan di dalam mahkamah undang-undang, kecuali terdapat mana-mana

kesilapan nyata.

10.0 Resolusi Pertikaian

10.1 Semua aduan daripada Penggadai terhadap Bank berkenaan dengan Perjanjian ini akan

dihantar secara bertulis kepada: POBOX 12617 GPO Kuala Lumpur, 50784 Kuala

Lumpur / Nombor Fax: 03-21713171 / Alamat E-mel: [email protected].

10.2 Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia

dan dalam menguatkuasakan Perjanjian ini, Bank adalah bebas untuk memulakan dan

mengambil tindakan / prosiding terhadap Penggadai di mana-mana Mahkamah di

Malaysia yang Bank fikirkan patut.

10.3 Semua suratcara pemula untuk saman terhadap apa-apa prosiding undang-undang yang

dimulakan oleh Bank terhadap Penggadai di bawah Perjanjian ini hendaklah

disampaikan melalui kediri / pos biasa ke alamat Penggadai seperti yang terdapat di

dalam rekod Bank.

10.4 Semua suratcara pemula untuk saman terhadap apa-apa prosiding undang-undang yang

dimulakan oleh Penggadai terhadap Bank di bawah Perjanjian ini hendaklah disampaikan

secara kediri / A.R pos berdaftar kepada alamat berdaftar Bank, yang pada masa material

adalah Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala

Lumpur. Penggadai bersetuju untuk tidak menyerahkan suratcara pemula untuk saman ke

cawangan Bank. Penyampaian sedemikian tidak boleh disifatkan sebagai penyampaian

sah kepada Bank. Penggadai bersetuju tanpa syarat untuk menyerahkan dan ditadbir di

bawah bidang kuasa mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia,

berkenaan dengan semua prosiding undang-undang yang difailkan oleh Penggadai

terhadap Bank.

11.0 Hak Penolakan

11.1 Dalam keadaan Penggadai gagal membayar mana-mana fi, caj, perbelanjaan pasti

(termasuk mana-mana faedah kemudian ini) berhubung dengan Hartanah (‘Bayaran

Ingkar’), Bank hendaklah berhak membekukan baki tersedia ada didalam akaun deposit

Penggadai dengan Bank/AmBank Group yang bersamaan dengan Bayaran Ingkar dan

memberi notis kepada Penggadai untuk menyelesaikan Bayaran Ingkar dibawah Gadaian.

11.2 Dalam keadaan Penggadai gagal menyelesaikan bayaran fee, caj, perbelanjaan pasti

berkait dengan Hartanah dalam tempoh notis, Bank hendaklah berhak menolak dengan

mutlak bahagian dari baki didalam akaun deposit Penggadai dengan jumlah keseluruhan

perlu dibayar kepada Bank dibawah Gadaian.

Page 16: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 16

11.3 Bagi mengelak ketidakpastian, hak Bank untuk membuat penolakan boleh dilaksanakan

oleh Bank:

11.3.1 terhadap akaun deposit Penggadai dipegang oleh Penggadai secara bersama

dengan pihak lain;

11.3.2 terhadap kejadian Penggadai meninggal dunia, kebankerapan/insolvensi,

komposisi dengan pemiutang/mana-mana prosiding undang-undang terhadap

Penggadai.

12.0 Terma Umum

12.1 Tiada apa-apa jua terkandung di sini hendaklah memprejudiskan mana-mana lien yang

mana Bank berhak atau mana-mana sekuriti lain yang boleh dipegang oleh Bank pada

bila-bila masa untuk atau atas akaun wang dengan ini dijamin dan tiada apa-apa

hendaklah terkandung disini dianggap seperti akan bergabung atau memprejudiskan atau

memberi kesan kepada mana-mana bil, nota, jaminan, gadaijanji atau sekuriti lain yang

mana boleh dipegang oleh Bank pada masa ini untuk mana-mana wang yang

dimaksudkan dengan ini atau sebaliknya dijamin atau mana-mana hak atau remedi Bank

kemudian dari ini.

12.2 Setelah pembayaran kepada Bank akan keterhutangan dan kesemua wang dijamin

dibawah Gadaian, bersama dengan kesemua faedah diatasnya pada kadar dinyatakan,

Penggadai hendaklah berhak atas kos dan perbelanjaan (termasuk kos peguamcara untuk

pelepasan Gadaian dan prosiding undang-undang oleh Bank) untuk mendapatkan

pelepasan gadaian dan pelepasan Hartanah dari Bank, pelepasan tersebut adalah di dalam

bentuk dan kandungan sebagaimana Bank hendaklah dalam keadaan tersebut

menganggap sebagai wajar.

12.3 Tiada kegagalan / kelewatan oleh Bank dalam melaksanakan apa-apa hak, kelayakan,

kuasa / kuasa diberikan kepada Bank di sini akan dianggap bahawa Bank telah

membenarkan pengecualian dari melaksanakan apa-apa hak, kelayakan, kuasa/kuasa

Bank.

12.4 Semua caj dan perbelanjaan kos ditanggung / yang diberikan oleh Bank di bawah

Perjanjian ini / Dokumen Sekuriti, sama ada secara tersurat / tersirat akan dibayar oleh

Peminjam kepada Bank atas permintaan Bank dan akan dikenakan faedah ke atasnya jika

tidak dibayar pada tarikh ia perlu dibayar.

12.5 Bank boleh menyerah hak dan / atau memindahkan hak dan obligasi di bawah Perjanjian

ini / mana-mana bahagian daripadanya, mengikut budi bicara yang dianggap wajar,

kepada pemegang serah hak / penerima pindahan hakmilik. Penggadai tidak boleh

menyerah hak mana-mana hak Penggadai di bawah Perjanjian ini.

12.6 Mana-mana terma / syarat / ketentuan / peruntukan / perjanjian / aku janji / representasi

yang terkandung dalam Perjanjian ini yang diputuskan sebagai tidak sah, dilarang / tidak

boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana tribunal / mahkamah yang mempunyai bidang

kuasa berwibawa hendaklah menjadi tidak efektif setakat menyalahi undang-undang,

keterbatalan, larangan / tidak boleh dikuatkuasakan, tanpa membatalkan peruntukan-

peruntukan di dalam Perjanjian ini.

Page 17: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 17

12.7 Bank hendaklah tidak bertanggungjawab untuk mana-mana kegagalan pada pihaknya

untuk melaksanakan mana-mana obligasi disini diakibatkan secara lansung oleh tindakan

atau tiada tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau tempatan, atau mana-

mana mogok, boikot, sekatan, perbuatan Tuhan, gangguan awam atau sebab diluar

kawalan Bank.

12.8 Perjanjian ini hendaklah mengikat Penggadai dan penerima hak Penggadai dan boleh

dikuatkuasakan oleh Bank dan penguatkuasaannya hendaklah untuk kepentingan Bank

dan penerima hakmilik Bank.

12.9 Masa di mana dinyatakan di dalam perjanjian ini hendaklah menjadi intipati perjanjian

Gadaian.

12.10 Sejauh mana undang-undang hendaklah membenarkan pemakaian Seksyen 244(2) Kanun

Tanah Negara dan peruntukan yang bersamaan dengan Akta-Akta berkaitan hendaklah

dihadkan kepada keadaan jika mana-mana dokumen perlu bagi tujuan mana-mana

tindakan atau perkara dimulakan atau dibuat oleh kerajaan atau mana-mana pihak

berkuasa kerajaan dan ianya tidak terpakai jika dokumen tidak diperlukan bagi apa-apa

tujuan atau memberi kesan kepada urusan transaksi atau dimulakan oleh Penggadai DAN

Bank hendaklah dianggap tidak memberi kebenaran (sama ada secara nyata atau tersirat)

terhadap mana-mana tindakan atau transaksi menurut kuasa di dalam Seksyen 244(2)

atau peruntukan yang bersamaan.

12.11 Perjanjian Gadaian ini mungkin menyebabkan Penggadai hilang milikan atau kawalan ke

atas Hartanah apabila Bank melaksanakan hak-haknya di bawah Gadaian ini terhadap

Hartanah. Oleh yang demikian, Penggadai adalah dinasihatkan supaya mendapatkan

khidmat nasihat undang-undang yang bebas berkaitan dengan perjanjian Gadaian ini

sebelum menandatangi perjanjian Gadaian ini.

12.12 Kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam Gadaian ini, pihak-pihak bersetuju bahawa yuran

dan wang lain yang kena dibayar daripada penyediaan apa-apa yang dibekalkan oleh

Bank di bawah Gadaian ini dan Dokumen Sekuriti adalah tidak termasuk GST

sebagaimana yang terpakai di bawah peruntukan Undang-undang GST dan GST tersebut

hendaklah ditanggung oleh Peminjam.

12.13 Perjanjian Pinjaman, Gadaian, dan lain-lain Dokumen Sekuriti adalah instrumen yang

digunakan untuk menjamin kesemua wang atau liabiliti termasuk faedah kemudian dari

itu sepertimana sekarang atau dari masa ke semasa perlu dibayar dan terhutang dibawah

Perjanjian Pinjaman sebagaimana dimaksudkan didalam Seksyen 4 (3) Akta Setem 1949

(Digabung dan Disemak, 1988). Bagi maksud Seksyen tersebut, Perjanjian Pinjaman

adalah disifatkan sebagai instrumen utama atau instrumen prinsipal dan Gadaian, dan

lain-lain Dokumen Sekuriti adalah disifatkan sebagai tambahan atau instrumen sekunder.

(baki halaman ini sengaja ditinggalkan kosong)

Page 18: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 18

DALAM MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT Penggadai dan wakil Bank dengan ini

melaksanakan Perjanjian ini pada hari, bulan dan tahun yang tertulis di atas

DITANDATANGANI oleh ) AmBank (M) Berhad

Dan ) oleh wakilnya:-

Sebagai wakil untuk dan bagi pihak )

)

di hadapan ) ……………………………..

(jika Penggadai adalah seorang individu)

Ditandatangani oleh )

Penggadai )

di hadapan ) …………………………….

(jika Penggadai adalah sebuah syarikat)

Meterai Rasmi daripada )

Penggadai telah mengecap pada lampiran )

mengikut seperti )

kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan )

di hadapan ) .…………. ..……………

Pengarah Pengarah/

Setiausaha

Page 19: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 19

JADUAL PERTAMA

(hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini)

SEKSYEN

PERKARA

BUTIRAN

I(a).

Penggadai

No. K/P

Alamat

I(b).

Peminjam

No. K/P

Alamat

II.

Perihal Hartanah

III

Tarikh Perjanjian

Page 20: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 20

WA’AD OLEH PEMINJAM

(terpakai untuk Gadaian Pihak Ketiga)

Saya/Kami, Peminjam sebagaimana diperihalkan di dalam Seksyen 1(b) Jadual Pertama, dengan

ini mengakui, bersetuju, berwa’ad dan mengakujanji bahawa saya/kami hendaklah mematuhi,

melaksanakan dan mengikat dengan kesemua terma-terma dan syarat-syarat dinyatakan di dalam

Gadaian dan wa’ad selanjutnya untuk mendapatkan pematuhan dengan terma-terma oleh

Penggadai:-

DITANDATANGANI oleh Peminjam )

)

)

)

di hadapan ) ……………………………..

Meterai Rasmi daripada )

Peminjam telah mengecap pada lampiran )

mengikut seperti )

kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan )

di hadapan )

.…………….. ……………………

Pengarah Pengarah/Setiausaha

Page 21: GADAIAN 2016 (RB-Lampiran-V4-042015 (Pihak1&3)ambankgroup.com/Document/Solicitor/GADAIAN 2016 (RB... · pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 21

Bertarikh hb, , 20

DI ANTARA

DAN

________________________________________________________________________

LAMPIRAN

_____________________________________________________