Gabungan Hpu Bm Dan Aras Tingkatan 1 Bm Sekolah Menengah

13
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran BAHASAMELAYU TINGKATAN 1 !NNA ANAK "AN#!G SMK BATU KA$A %&1' (USAT (E"KEMBANGAN KU"IKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menenah Sukatan Pelajaran BAHASA MELAYU Disediakan oleh; Jonna Randog, SMK Batu Kawa, 2013

description

BM

Transcript of Gabungan Hpu Bm Dan Aras Tingkatan 1 Bm Sekolah Menengah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Sukatan Pelajaran

BAHASAMELAYU

TINGKATAN 1

JONNA ANAK RANDOGSMK BATU KAWA2015

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan PelajaranBAHASA MELAYUISBN

RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-citauntuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalanganseluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidupdemokratik; mencipta masyarakat yang adil bagikemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersamasecara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberalterhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya danberbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresifyang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN

HASIL PEMBELAJARANHasil pembelajaran menjadi teras kepada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa, komponen kesusasteraan Melayu, dan pengisian kurikulum. Selain itu, kemahiran menonton wajar diberikan perhatian selaras dengan keperluan bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Hasil pembelajaran yang dapat dicapai bagi Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik dinyatakan di bawah.

I. Hasil Pembelajaran Bidang InterpersonalBidang Interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila. Bidang ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi social atau berurus bagi tujuan komersial. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang boleh dicapai oleh murid dalam Bidang Interpersonal ialah berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan, memujuk, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

HASIL PEMBELAJARANHASIL PEMBELAJARAN URAMAARASHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN

1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra 1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan, dan masyarakat dengan menggunakan kata,sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai.1

ii. Berbual dengan keluarga dengan menggunaan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.

iii. Menyapa dan memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada orang lain dengan mesra dan santun.

iv. Memahami dan menggunakan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi seseorang

1.2 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain.vii. Memohon maaf dan memberikan kemaafan kerana kesilapan yang dilakukan dan kelalaian

viii. Mengucapkan terima kasih dan membalas terima kasih secara ikhlas atas sesuatu pemberian yang berbentuk material dan bukan material

2i. Mendengar sesuatu perkara dengan teliti dan memberikan reaksi yang menunjukkan empati

1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai. ii. Memberikan respons secara sopan terhadap soalan yang dikemukakan dengan memberikan maklumat yang diperlukan

iii. Memberikan ucapan selamat kepada seseorang secara lisan dan dalam bentuk nota

1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.iv. Memberikan panduan tentang sesuatu perkara kepada seseorang.

3i. Menyatakan perasaan diri sendiri kepada seseorang.

1.5 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi. ii. Mengemukakan pandangan dan kritikan yang membina

1.6 Menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan.iii. Memilih topik yang sesuai untuk memulakan perbualan yang lebih membina.

2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagaisumbangan dalam perbincangan

2.1 Mencetuskan idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.1i. Mengenal pasti isi penting dan isu yang dibincangkan dalam pergaulan sosial.

2.2 Menghuraikan idea yang bernas secara kritis dan kreatif.ii. Mengemukakan idea yang sesuai dalam perbincangan.

2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti. 2i. Mengenal pasti dan menggunakan kata-kata yang dapat memberikan impak dalam penyampaian.

2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan.ii. Menyatakan hubung kait antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain

3i. Menghuraikan sesuatu perkara berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

ii. Membuat kesimpulan semua pendapat yang dikemukakan oleh pelbagai pihak dalam perbincangan.

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuandan kata sepakat

3.1 Berbincang dengan menggunakan ragam bahasa dan gaya pengucapan yang betul semasa berunding. 1i. Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai dalam perundingan.

ii. Mengemukakan pandangan dengan menggunakan sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

3.2 Berbincang untuk menerima dan menolak pandangan orang lain secara terbuka untuk mencapai kata sepakat.2i. Mengemukakan pandangan peribadi dan pandangan balas secara kritis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman dalam perundingan.

ii. Menjelaskan pendirian tentang sesuatu perkara

3.3 Menyatakan pendirian yang jelas denganmengemukakan maklumat yang relevan.3i. Membuat pertimbangan yang wajar dan mencadangkan langkah penyelesaian terhadap pendapat yang dikemukakan dalam perundingan.

3.4 Mempertimbangkan semua aspek yang dikemukakan dalam perundingan secara rasional untuk mencapai kata sepakat supaya diterima oleh semua pihak.

4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan

4.1 Mengesan kecondongan pendapat danmenimbangkan pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.1i. Mengenal pasti kecondongan pendapat berhubung dengan sesuatu isu.

2i. Mengambil kira pandangan pelbagai pihak untuk membuat pertimbangan.

4.2 Menjelaskan dan membuktikan pertimbangan secara rasional dan adil bagi meyakinkan pihak yang terlibat.3i. Mengemukakan fakta sebagai bukti untuk meyakinkan orang lain dalam membuat keputusan.

5.0 Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain untukmelakukan sesuatu

5.1 Berbicara dan merayu dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang dapat memberikan kesan memujuk untuk mendapatkan sesuatu.1i. Mengemukakan pendapat untuk memujuk pihak lain dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, intonasi, dan gaya pengucapan yang sesuai.

5.2 Menggunakan hujah yang bernas dan meyakinkan untuk mempengaruhi pihak lain dalam pelbagai situasi.2i. Mengemukakan hujah dan alas an yang sesuai untuk meyakinkan pihak lain.

ii. Memberikan penegasan dan menunjukkan kesungguhan terhadap idea yang dikemukakan untuk meningkatkan keyakinan seseorang.

5.3 Merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan untuk memujuk pihak lain.

3i. Menyusun idea dan membuat hubung kaitan dengan kesukaan seseorang untuk menimbulkan minat dan rasa ingin tahu bagi tujuan mempengaruhinya.

6.0 Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkanbarangan dan perkhidmatan

6.1 Menggunakan sebutan, intonasi, dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.1i. Mengenal pasti gaya pengucapan dan kata panggilan yang sesuai untuk berhubung dengan pihak tertentu melalui telefon atau di kaunter.

6.2 Menggunakan perkataan, ungkapan, ayat, dan laras bahasa yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

6.3 Mengambil tindakan susulan terhadap pihak tertentu yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan.ii. Membuat pertanyaan untuk mendapatkan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan dan memberikan respons yang sesuai apabila memperoleh maklumat tersebut.

iii. Memesan barangan secara bersemuka atau melalui cara yang lain dengan menggunakan kata, ayat dan laras yang sesuai.

iv. Melengkapkan borang pesanan.

2i. Mendapatkan butiran lanjut tentang barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan unsur paralinguistic dan gaya pengucapan yang sesuai.

ii. Menggunakan etiket yang betul ketika berurus melalui telefon.

3i. Memberikan respons terhadap pihak yang telah menawarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dengan memilih kata dan ungkapan yang sesuai.

II. Hasil Pembelajaran Bidang MaklumatBidang Maklumat berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu. Pemerolehan maklumat didapati melalui aktiviti mendengar, berbual, membaca, serta mengakses maklumat daripada multimedia. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang dapat dicapai oleh murid dalam Bidang Maklumat ialah mendapat, memproses, dan menyampaikan maklumat.

HASIL PEMBELAJARANHASIL PEMBELAJARAN UTAMAARASHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN

7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton

7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting, dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton.1i. Mendengar dan memahami pelbagai teks.

ii. Membaca pantas untuk mengenal pasti bahan atau penerbitan yang sesuai untuk menyiapkan suatu tugasan.

7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks.

iii. Mengenal pasti dan menyatakan gambaran umum dan idea utama dalam pelbagai bahan.

7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

iv. Memahami dan menyatakan makna kata yang sukar berdasarkan konteks.

7.4 Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai bahan bercetak dan bahan elektronik.

v. Mengemukakan soalan bertumpu aras rendah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.

7.6 Membezakan fakta dengan pandangan dalam bahan yang dirujuk.vi. Mencerakin maklumat daripada gambar dan bahan grafik

7.7 Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahan untuk memperoleh maklumat.

vii. Meneliti dan memahami maklumat tentang panduan menggunakan perkhidmatan awam.

viii. Menyenaraikan isi tersurat dalam petikan.

2i. Membina dan mengemukakan soalan bertumpu aras rendah dan aras tinggi untuk mendapat penerangan.

ii. Mengenal pasti dan menyatakan maksud tersirat.

3

i. Mengulas bahan dengan menyatakan isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.

ii. Menyenaraikan dan mengemukakan pernyataan fakta dan pandangan dalam petikan.

iii. Menyatakan penggunaan diksi dalam bahan yang menggunakan laras sains dan laras klasik untuk memahami maklumat.

8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu

8.1 Menyaring maklumat mengikut klasifikasi.1i. Mengenal pasti maklumat yang diperlukan.

8.2 Menyusun maklumat mengikut keutamaan.ii. Menyusun maklumat untuk tujuan tertentu.

iii. Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan dalam perenggan

8.3 Membuat pertimbangan secara teliti terhadap maklumat yang telah disusun.2i. Membina semula maklumat dengan menghubungkaitkan fakta.

8.4 Mengolah maklumat secara koheren untuk tujuan tertentu.ii. Menentukan makna kata dengan memahami pembentukan kata dan petunjuk konteks.

8.5 Mentafsirkan maklumat yang telah dipilih secara rasional untuk membuat inferens.

iii. Menghuraikan maklumat secara logik untuk membuat inferens.

8.6 Menyemak semula maklumat dan memutuskan sama ada hendak menerima, menambah, atau menolak pilihan.

iv. Memeriksa semula maklumat untuk menentukan kekuatan dan kelemahannya.

8.7 Menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat dengan memberikan alasan yang kukuh.

v. Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks.

8.8 Membuat rumusan dengan alasan yang munasabah.

3i. Membaca dan merujuk secara ekstensif pelbagai bahan.mengemukakan alasan.

ii. Menentukan kesesuaian maklumat dengan topik atau tugasan serta

iii. Merumuskan idea dengan alas an yang dapat diterima.

9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu

9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa, dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif.1i. Membentangkan idea dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, simpulan bahasa dan ayat tunggal yang sesuai.

9.2 Menentukan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.ii. Menginterpretasi tajuk pembentangan atau penulisan yang diberikan.

9.3 Menyediakan kerangka penyampaian dan bahan edaran untuk membuat pembentangan.iii. Menyatakan dan mengilustrasikan format pelbagai format lisan dan penulisan.

9.4 Menyediakan hujah dan alasan serta menyampaikan maklumat untuk sesuatu pembentangan.iv. Menyampaikan panduan menggunakan sesuatu atau tunjuk cara.

v. Merangka pendahuluan yang baik bagi persembahan secara lisan dan penulisan.

vi.Menyampaikan maklumat atau mesej secara tersusun dan kohesif dengan menggunakan kata, frasa dan rangkai kata yang sesuai dengan khalayak.

2i. Mengenal pasti format penyampaian pesanan, ucapan, cerita danpengumuman

ii. Mengecam format penulisan surat, kad ucapan, pesanan dan cereka.

iii. Menyampaikan hujah dengan intonasi dan gaya yang sesuai.

3i. Melakar kerangka penyampaian pesanan, ucapan, cerita dalam bentuk nota ringkas dan menyediakan bahan edaran yang sesuai.

ii. Mengolah pendahuluan, isi kandungan dan penutup penyampaian.

iii. Menyampaikan maklumat secara spontan.

iv. Menyediakan hujah dan alasan berdasarkan contoh, fakta dan pengalaman.

III. Hasil Pembelajaran Bidang EstetikBidang Estetik berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang Estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang Indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi, dan penghayatan. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dicapai oleh murid dalam Bidang Estetik ialah memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

HASIL PEMBELAJARANHASIL PEMBELAJARAN UTA MAARASHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN

10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera

10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan.1i. Menyatakan idea keseluruhan dan mengesan urutan peristiwa sesebuah karya.

10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

ii. Mengecam perkara yang menarik dalam karya.

10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi.iii. Mendengar secara teliti untuk memahami maksud dan menghayati keindahan karya.

10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.

iv. Melafazkan puisi dengan sebutan, intonasi dan gaya pengucapan yang menunjukkan pemahaman dan penghayatan.

10.5 Menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan unsur bunyi dalam puisi.

10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan.v. Menyatakan jenis, ciri, bentuk dan nada puisi.

vi. Memerihalkan watak-watak dalam karya.

vii. Memerihalkan latar dalam cerita.

2i. Memberikan pandangan tentang aspek jalinan peristiwa dalam karya.

ii. Menghuraikan maksud puisi.

iii. Mengemukakan tema, persoalan dan pemikiran dalam karya.

3i. Menjelaskan penggunaan gaya bahasa dalam karya.

ii. Membaca untuk menghuraikan pengajaran dalam karya puisi dan prosa.

i. Menyatakan makna kata dan ungkapan dalam karya dengan meneka maksud berdasarkan konteks atau merujuk kepada kamus.

ii. Menulis ulasan puisi.

11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif

11.1 Mengenal pasti gaya bahasa dalam karya bukan sastera serta menggunakannya dalam penulisan bukan kreatif.1i. Mengecam diksi, istilah dan ayat tunggal dalam karya bukan sastera.

ii. Mengesan gaya bahasa dalam prosa dan puisi.

iii. Mengenal pasti maksud bahasa kiasan dan peribahasa yang terdapat dalam karya dan menggunakannya dalam konteks.

11.2 Menganalisis gaya bahasa dan unsur bunyi dalam karya sastera serta menggunakannya dalam penulisan kreatif.

2i. Mengesan aspek keindahan bunyi dalam sajak

ii. Menggunakan kata-kata puitis dalam pantun, syair dan sajak.

11.3 Membandingkan penggunaan laras bahasa dalam pelbagai genre.iii. Menggunakan kata dan ayat yang tepat dalam penulisan prosa.

3i. Mencipta kata dan pengucapan yang indah dan slogan yang menarik.

ii. Menjelaskan penggunaan bahasa dan istilah dalam laras sastera dan laras sukan

12.0 Menghasilkan penulisan kreatif aan bukan kreatif

12.1 Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib, dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.1i. Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.

ii. Mengenal pasti ayat topik dan ayat huraian dalam perenggan yang berbentuk deduktif.

12.2 Mengemukakan isi yang bernas dan membina kerangka penulisan.iii. Memilih diksi yang sesuai untuk membina baris pantun dua kerat dan empat kerat.

iv. Menulis karangan berpandu.

12.3 Membina ayat topik dan ayat huraian untuk membina perenggan yang kohesif.2i. Mengemukakan dan memutuskan isi dalam bentuk grafik yang sesuai.

12.4 Menyusun isi dan menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang koheren.ii. Mengemukakan isi mengikut urutan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.

12.5 Membina baris puisi dengan kemas dan indah.iii. Menggunakan diksi dan simile yang sesuai untuk menghasilkan pantun dua kerat dan empat kerat.

12.6 Mengedit dan memurnikan sesuatu karya yang telah dihasilkan.

3i. Mengolah perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

ii. Menggunakan diksi yang sesuai untuk membina baris sajak berdasarkan tema tertentu.

iii. Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan tanda baca dan ejaan dan menyemak semula isi yang bersesuaian dengan tajuk.

Disediakan oleh; Jonna Randog, SMK Batu Kawa, 2013