Forum

2
Soalan forum 2: Bincangkan kepentingan saling bergantung secara positif (Positive Interdependence) dalam kaedah pengajaran secara koperatif. Saling bergantung secara positif (positive interdependence) boleh ditafsirkan bahawa pelajar itu berupaya untuk memahami apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan adanya sifat ingin menolong antara satu sama lain antara rakan. Manakala pembelajaran secara koperatif adalah proses pembelajaran dimana semua pelajar bekerjasama dalam satu kelas untuk memahami apa yang sedang diajar oleh guru. Dua kaedah ini saling berkait dimana pelajar perlu memahami apa yang dipelajari supaya pelajar yang pandai dapat membantu pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut. Contohnya dalam pembelajaran sains, pelajar hendaklah memahami dan pengetahuan asas perlu dikuasai sebelum mejalankan satu amali secara beramai-ramai. Soalan forum 3: Dengan memilih satu ciri pelbagai kecergasan, jelaskan bagaimana ia dapat diaplikasikan dalam pengajaran kelas. Soalan forum 4: Bincangkan bagaimana kemahiran berfikir kritis dan kreatif dapat diimplementasikan dalam pengajaran kelas. Soalan forum 5: Membina pengetahuan boleh berlaku dalam dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi. Bincangkan bagaimana kedua-dua proses ini berlaku. Proses asimilasi berlaku daripada hasil interaksi pengalaman dengan pengetahuan sedia ada. Pengetahuan ini akan berkembang

Transcript of Forum

Page 1: Forum

Soalan forum 2: Bincangkan kepentingan saling bergantung secara positif (Positive Interdependence) dalam kaedah pengajaran secara koperatif.

Saling bergantung secara positif (positive interdependence) boleh ditafsirkan bahawa pelajar itu berupaya untuk memahami apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan adanya sifat ingin menolong antara satu sama lain antara rakan. Manakala pembelajaran secara koperatif adalah proses pembelajaran dimana semua pelajar bekerjasama dalam satu kelas untuk memahami apa yang sedang diajar oleh guru. Dua kaedah ini saling berkait dimana pelajar perlu memahami apa yang dipelajari supaya pelajar yang pandai dapat membantu pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut. Contohnya dalam pembelajaran sains, pelajar hendaklah memahami dan pengetahuan asas perlu dikuasai sebelum mejalankan satu amali secara beramai-ramai.

Soalan forum 3: Dengan memilih satu ciri pelbagai kecergasan, jelaskan bagaimana ia dapat diaplikasikan dalam pengajaran kelas.

Soalan forum 4: Bincangkan bagaimana kemahiran berfikir kritis dan kreatif dapat diimplementasikan dalam pengajaran kelas.

Soalan forum 5: Membina pengetahuan boleh berlaku dalam dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi. Bincangkan bagaimana kedua-dua proses ini berlaku.

Proses asimilasi berlaku daripada hasil interaksi pengalaman dengan pengetahuan sedia ada. Pengetahuan ini akan berkembang kepada pengalaman yang baru tetapi struktur asas pengalaman tersebut tetap dan tidak berubah. Dengan itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan bantuan pengetahuan sedia ada. Proses akomodasi berlaku apabila pengetahuan sedia ada berubah hasil daripada pengalaman baru dan kerana itu bidang pengetahuan pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak. Apabila seorang pelajar akan cuba mengamilasikan dengan pengetahuan sedia ada dan bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi ini tidak sepadan, kemungkinan yang berlaku adalah pelajar akan membina satu pengetahuan baru berasaskan rangsangan itu dan kemungkinan kedua pula pengetahuan pelajar yang ada boleh dicipta atau dipinda supaya rangsangan baru itu dapat disesuaikan. Daripada kedua-dua kemungkinan ini proses akomodasi akan berlaku.