Format Tesis
-
Upload
charles-pennington -
Category
Documents
-
view
63 -
download
3
description
Transcript of Format Tesis
PENGGUNAAN ‘DWI HEXA G’ DALAM MENINGKATKAN
PENGUASAAN AMALI MURID TAHUN 4 TERHADAP HUKUM
MAD JAIZ MUNFASIL DAN MAD WAJIB MUTASIL
NURUL AIN ANISHA BINTI MOHD ALI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR
2015
i
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan amali murid
terhadap hukum tajwid mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil menggunakan
‘Dwi Hexa G’. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa kebanyakan murid dapat
menyatakan tanda mad yang terdapat dalam kalimah secara teori semata-mata dan
lemah dari aspek amali. Di dalam pendekatan ini, ciri-ciri mad wajib mutasil dan
mad jaiz munfasil di jelaskan secara terperinci dan diklasifikasikan dalam bentuk
pengayaan dan praktikal secara visual. Peserta kajian terdiri daripada empat orang
murid tahun empat di salah sebuah sekolah di Tangkak, Ledang yang juga
merupakan pelajar dari kelas kedua. Instrumen pengumpulan data yang digunakan
adalah pemerhatian, rekod kemajuan murid dan rakam video. Data yang telah
dikumpul dianalisis secara statistik diskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan
pencapaian positif peserta kajian dalam menentukan hukum mad pada kalimah-
kalimah yang diberi daripada potongan ayat surah lazim yang dipelajari.
i
ABSTRACT
ii
KANDUNGAN
ABSTRAK.....................................................................................................................i
ABSTRACT.................................................................................................................ii
KANDUNGAN...........................................................................................................iii
PENGESAHAN PENYELIA.......................................................................................v
HALAMAN PENGAKUAN.......................................................................................vi
DEDIKASI.................................................................................................................vii
PENGHARGAAN.....................................................................................................viii
SENARAI LAMPIRAN..............................................................................................ix
SENARAI JADUAL....................................................................................................x
SENARAI RAJAH......................................................................................................xi
1.0 PENDAHULUAN.............................................................................................1
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN....................................................................1
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU....................2
1.3 RUMUSAN...................................................................................................3
2.0 FOKUS KAJIAN /ISU KEPRIHATINAN.......................................................4
2.1 TINJAUAN MASALAH...............................................................................4
2.2 ANALISIS MASALAH................................................................................5
2.3 KAJIAN LITERATUR.................................................................................6
2.4 RUMUSAN..................................................................................................10
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.......................................................................................11
3.1 OBJEKTIF KAJIAN....................................................................................11
3.2 SOALAN KAJIAN......................................................................................11
3.3 RUMUSAN.................................................................................................11
4.0 SUBJEK KAJIAN...........................................................................................12
4.1 KUMPULAN SASARAN..........................................................................12
4.2 RUMUSAN..................................................................................................13
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN.............................................................14
5.1 PELAN TINDAKAN...................................................................................14
5.2 PELAKSANAAN PENGUNAAN ‘DWI HEXA G’...................................17
iii
5.3 RUMUSAN..................................................................................................19
6.0 PENGUMPULAN DATA...............................................................................20
6.1 CARA MENGUMPUL DATA.........................................................................20
6.1.1 UJIAN.....................................................................................................20
6.1.2 REKOD KEMAJUAN MURID...............................................................20
6.1.3 PEMERHATIAN MELALUI RAKAMAN VIDEO..............................20
6.2 CARA MENGANALISIS DATA...............................................................21
6.2.1 ANALISIS UJIAN..................................................................................21
6.2.2 ANALISIS REKOD KEMAJUAN MURID...........................................21
6.2.3 ANALISIS RAKAMAN VIDEO...........................................................21
6.3 RUMUSAN..................................................................................................22
7.0 DAPATAN KAJIAN............................................................................................23
7.0 ANALISIS REKOD KEMAJUAN MURID...............................................24
iv
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan
pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti
untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Tandatangan :...............................................................
Nama Penyelia :...............................................................
Tarikh :................................
v
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”.
Tandatangan : .............................................................
Nama Penulis : .............................................................
Tarikh : .............................................................
vi
DEDIKASI
Syukur Alhamdulillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Terima kasih
diucapkan kepada
Suami tercinta
Muhammad Zakwan bin Abu @ Hussin
Kerana banyak membantu dan memberikan sokongan moral kepada adinda
sepanjang menjalankan kajian tindakan ini tanpa sekelumit keluhan sentiasa
memberikan buah fikiran yang bernas untuk penambahbaikkan.
Khas buat mak dan ayah tercinta
Umi Kalthom binti Mohd dan Mohd Ali bin Mahadi
Yang banyak memberikan kata-kata semangat untuk anakanda bagi menyelesaikan
segala tugasan dengan baik
Buat mak dan abah mertua
Abu @Hussin dan Misrah binti Hj Amin
Yang juga banyak memberikan kata-kata nasihat dan semangat agar saya
menjalankan tugasan dengan baik dan lancar.
Buat pensyarah penyelia saya yang berdedikasi
Ustaz Mohd Anuar bin Hayyan juga pensyarah bimbingan Ustazah Asma Nabihah
Rahman yang banyak member tunjuk ajar tanpa penas dan lelah.
Terima kasih sekali lagi tidak terhingga kerana banyak memberikan teguran, nasihat
serta ilmu yang bernilai dalam menambahbaik kajian saya dengan jayanya. Semoga
kalian semua dalam redha Allah dan dirahmatiNya.
vii
PENGHARGAAN
viii
SENARAI LAMPIRAN
ix
SENARAI JADUAL
x
SENARAI RAJAH
xi
1.0 PENDAHULUAN
Kelemahan murid dalam kemahiran membaca al-Quran berkaitan dengan ilmu
pengetahuan hukum tajwid yang perlu diberi perhatian yang serius. Jika masalah ini
tidak ditangani segera, ia akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran.Masalah ini juga menyebabkan murid hilang fokus ketika membaca al-
Quran.Hal ini terjadi kerana, kebanyakan murid keliru dengan hukum-hukum tajwid
yang sedia ada.
Oleh yang demikian,untuk menangani masalah ini pendekatan terbaik ialah
menggunakan bahan yang boleh membantu dan menarik perhatian murid untuk
menguasai hukum-hukum tajwid perlu dipertimbangkan. Dengan itu, penyelidikan
tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan terhadap hukum tajwid yang
lebih berfokus kepada mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil.
Kajian dijalankan berpandukan Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992). Pengunaan ‘Dwi Hexa G’ dalam kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan
masalah ini. ‘Dwi Hexa G’ bermaksud dua hexagon bergaya. Dalam pengunaan
bahan ini murid akan didedahkan dengan bagaimana untuk menguasai hukum-hukum
tajwid dan membezakannya. Ianya berfokus menggunakan dan merangsang deria
murid dari VAK (Visual, Auditory, and Kinestetik).
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Menurut falsafah Pendidikan Islam, Pendidikan Islam adalah satu
usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Allah berfirman dalam surah al-Qamar ayat 17 yang bermaksud :
‘dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi
peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan
dan pelajaran daripadanya?’
1
Dalam Pendidikan Islam juga amat menekankan aspek pembelajaran ilmu Al-
Quran. Di dalam pembelajaran ilmu tersebut lebih memfokuskan pembacaan yang
bertajwid selain daripada memahami tafsirannya yang mencerita lebih 1001 kisah
istimewa. Ini kerana, dengan membaca 1 huruf ganjarannya adalah 10 pahala. Oleh
yang demikian, pembacaan Al-Quran bertajwid merupakan satu kewajipan yang
amat dituntut.
Sebagai seorang Guru Pendidikan Islam, kita seharusnya berusaha sehabis
baik untuk memastikan murid-murid kita dapat menguasai hukum tajwid dalam
pembacaan Al-Quran dengan baik. Secara umumnya, kita mengetahui bahawa Al-
Quran adalah satu-satunya warisan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad selain
sunnahnya. Sekiranya Guru Pendidikan Islam sendiri tidak memainkan peranan
sewajarnya dalam menerapkan dan mementingkan tajwid dalam Al-Quran, maka,
anak-anak pada zaman globalisasi ini akan terus hanyut melupakan dan
meninggalkannya.
Guru perlulah menggunakan pelbagai usaha untuk menarik minat murid-
murid untuk terus mempelajari dan mengusai kemahiran membaca Al-Quran dengan
baik. Dalam arus pembangunan bidang pendidikan ini juga, tidak mustahil untuk
seorang Guru Pendidikan Islam menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah
pengajaran yang lebih menarik dan maju sebagai tujuan menarik minat murid
seterusnya dapat menguasai ilmu Al-Quran dengan cemerlang.
Dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kesan penggunaan ‘Dwi Hexa G’
dalam meningkatkan penguasaan hukum-hukum tajwid kepada murid-murid.
Diharap usaha yang dicipta ini dapat memberi manfaat dan berkesan kepada
Pendidikan Islam dalam bidang Al-Quran bagi mengetengahkan pemahaman murid
terhadap maksud hukum tajwid yang sering dipandang mudah.
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Semasa saya menjalani sesi latihan praktikum di salah sebuah sekolah di
daerah Ledang, saya mendapati murid-murid sekolah rendah menghadapi masalah
dalam menentukan hukum-hukum tajwid. Murid-murid juga dikenal pasti kerap kali
2
keliru dengan membezakan hukum tajwid. Saya mengenal pasti perkara ini semasa
saya mengajar murid-murid dalam bidang Al-Quran dengan memfokuskan
penguasaan tajwid.
Melalui pemerhatian saya, murid-murid keliru terhadap hukum tajwid kerana
keliru dengan tanda dan penulisannya. Ini kerana, kebanyakan hukum-hukum tajwid
yang dipelajari mempunyai tanda yang lebih kurang sama. Lebih-lebih lagi pada
hukum mad. Ianya lebih ketara pada mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil.
Selain itu, saya juga memerhati dan mendapati murid-murid tertarik dengan
pembelajaran menggunakan kaedah pergerakan gaya. Di samping mereka
bergembira semasa belajar, mereka dapat memperoleh suatu pembelajaran yang
bermakna bagi mereka. Tambahan lagi, melalui pemerhatian yang telah jalankan,
saya dapati murid-murid lebih bersemangat untuk belajar sekiranya saya
menggunakan kaedah yang merangsang pergerakan mereka. Mereka bersemangat
dalam menjalankan aktiviti apabila diberi ganjaran kupon jika melakukan aktiviti
dengan baik. Melalui aktiviti seperti ini, persaingan sihat antara murid-murid dapat
diwujudkan.
Seorang guru yang baik perlulah sentiasa memperbaiki mutu dan tahap
pengajarannya. Saya juga telah meminta maklum balas daripada murid berkaitan
teknik atau kaedah yang mereka gemari untuk mempelajari matapelajaran
Pendidikan Islam. Rata-rata murid gembira sekiranya guru mereka menggunakan
teknik pergerakan dalam pengajaran. Ini kerana, psikomotor murid-murid dapat
dirangsang sekaligus dapat meningkatkan kecerdasan emosi mereka. Tambahan
pula,tekanan yang diterima oleh murid-murid berkurang kerana mereka dapat
belajar dengan gembira.
1.3 RUMUSAN
Menerusi latar belakang kajian dan refleksi pengajaran dan pembelajaran
yang lalu, dapatlah saya menilai dan menemui permasalahan yang diketengahkan
untuk kajian ini. Oleh yang demikian, saya berperanan besar dalam mencari
penyelsaian masalah serta melakukan inovasi untuk menambahbaik pengajaran dan
pembelajaran.
3
2.0 FOKUS KAJIAN /ISU KEPRIHATINAN
Bahagian ini membincangkan mengenai isu kajian dan kajian literature yang berkaitan dengan kajian yang telah dilaksanakan.
2.1 TINJAUAN MASALAH
Sepanjang tempoh saya menjalani praktikum di salah sebuah sekolah di
Daerah Ledang, saya telah dapat mengesan masalah yang agak ketara dalam
kalangan murid-murid di sekolah ini. Masalah tersebut adalah masalah dalam
pembelajaran tajwid. Hal ini dapat dikesan kerana saya memfokuskan tajwid dalam
pembacaan pengajaran Al-Quran dan latihan. Masalah berkaitan hukum tajwid ini
bukan hanya melibatkan murid-murid yang lemah dalam pelajaran, bahkan,
melibatkan murid-murid yang berprestasi baik dalam pelajaran. Kebanyakan murid
memberikan tindak balas bahawa mereka keliru dengan hukum tajwid tersebut dan
kurang mengingati perbezaan antaranya.
Menurut Noraini dan Shuki (2009), tahap penerimaan pelajar terhadap
sesuatu perkara yang disampaikan adalah berbeza, di mana ada pelajar yang dapat
menerima maklumat yang disampaikan dengan baik manakala segelintir lagi
mungkin akan menghadapi kesulitan untuk memahaminya. Kenyataan ini
menyokong pernyataan bahawa murid-murid akan berasa bosan sekiranya guru
hanya menggunakan kaedah yang sama pada setiap kali sesi pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, setiap guru perlulah mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan menambah baik amalan mengajar mengajar pada setiap masa.
Kamarul Azmi et al (2011) menyatakan bahawa alat bantu mengajar
merupakan antara yang kerap digunakan oleh Rasulullah dalam pengajaran dan
pembelajarannya sehinggakan asas-asas ini menjadi kepentingan dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam. Maka, penggunaan alat bantu mengajar dan
kaedah yang menarik merupakan suatu faktor penting dalam menarik minat murid
untuk mempelajari sesuatu pelajaran.
Pembacaan bertajwid dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran
merupakan satu tuntutan yang wajib ditunaikan oleh guru-guru Pendidikan Islam di
negara ini. Oleh yang demikian, guru-guru juga perlulah memastikan murid-murid
dapat menguasai hukum tajwid ini dengan sebaiknya. Seperti yang dinyatakan
4
sebelum ini, murid-murid yang bermasalah dalam pembacaan Al-Quran bertajwid ini
bukanlah murid-murid yang berprestasi rendah. Mereka mampu mencapai
pencapaian yang lebih baik dalam bidang Al-Quran sekiranya mereka dapat
menguasai hukum tajwid dengan baik. Saya percaya dengan mengintegrasikan
kemahiran merangsang deria kanak-kanak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan melalui bimbingan secara individu, murid yang dipilih dalam
kajian ini akan dapat meningkatkan potensinya.
2.2 ANALISIS MASALAH
Oleh yang demikian, saya mendapati murid menghadapi masalah menentukan
hukum tajwid bagi sesuatu kalimah. Lebih- lebih lagi, mereka menghadapi masalah
kekeliruan memahami perbezaannya pada hukum mad jaiz munfasil dan mad wajib
mutasil yang lebih kurang sama bunyinya dan penulisannya. Namun, ada perbezaan
ciri antara keduanya.
Tahap Kefahaman Murid
FahamKurang Faham
56%
44%
Rajah 1: Peratusan Kefahaman Murid Terhadap Dua Hukum Mad
Merujuk Rajah 1 di atas, seramai 44% murid kurang memahami perbezaan antara
dua mad yang menjadi fokus masalah kajian. Mereka juga terdiri daripada kalangan
murid yang rendah pencapaiannya.
5
2.3 KAJIAN LITERATUR
Kajian tentang penguasaan hukum tajwid telah banyak diperkatakan. Dalam bab ini,
pengkaji akan membincangkan dan menghuraikan kajian yang telah dilakukan oleh
pengkaji, antaranya, Che Rozali bin Hussain dalam kajiannya yang bertajuk,
Penguasaan Tajwid Hukum Lima di Kalangan Murid Tahun Lima.
Penyelidikan tentang kajian-kajian lepas dibuat untuk meneliti, memahami
serta menilai sejauh manakah tahap pencapaian murid dalam menguasai hukum
tajwid dalam bidang tilawah al-Quran yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran
Pendidikan Islam. Masalah ini bukanlah merupakan satu masalah baru, ianya telah
berakar umbi membelenggu masyarakat dari dulu dan masih lagi jelekit dalam
masyarakat kita hingga ke hari ini. Masalah ini juga, telah hangat diperkatakan oleh
segenap lapisan masyarakat sama ada orang perseorangan, golongan pendidik, dan
pakar-pakar serta tokoh-tokoh agama juga dari pihak kementerian sendiri,. Namun
hasilnya tidak begitu banyak perubahan yang berlaku.
Berdasarkan tinjauan lepas, hari ini didapati kebanyakkan umat Islam di
negara kita Malaysia, sama ada golongan dewasa, remaja dan khususnya murid-
murid sekolah masih lagi keciciran dalam penguasaan ilmu al-Quran dari sudut
pembacaan secara bertajwid. Mengikut fakta daripada Bahagian Hal Ehwal Islam
(BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri (1995), didapati lebih 40% golongan remaja
khususnya pelajar di negara ini, buta Al-Quran dan jawi. Sebagai muslim, ini adalah
merupakan tanggungjawab kita semua.
Tambahan lagi, pembacaan Al-Quran yang tidak menjaga makhraj huruf,
tajwid dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pembacaan ayat-ayat suci al-
Quran akan berdosa dan dimurkai oleh Allah s.w.t. Berdasarkan apa yang telah
dinyatakan oleh Abdullah Sidek (1980), yang membawa maksud bahawa kita perlu
membaca al-Quran dengan betul sebagaimana bacaan junjung besar kita nabi
Muhammad s.a.w. semasa menerima wahyu pertama melalui malaikat Jibril a.s. di
Gua Hira’.
Selain daripada itu,menurut Ahmad Mohd Salleh (2008) pengajian Al-Quran
merupakan salah satu dasar pembelajaran bagi seluruh kurikulum sekolah di semua
negara Islam. Ini adalah kerana al-Quran merupakan salah satu syiar agama Islam
6
yang menguatkan lagi aqidah dan meresapkan iman ke dalam jiwa setiap insan yang
mempelajari dan memahaminya.
Merujuk takrif tajwid dari aspek bahasa pula, menurut Abdullah al-Qabbani,
1990 ia bermaksud memperelok atau mencantikkan. Dari segi istilah tajwid ialah
merujuk kepada suatu ilmu untuk melafaz huruf-huruf Al-Quran dengan betul.
Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dan beramal dengannya
adalah fardhu „ain. Oleh yang demikian, banyak kajian-kajian lebih memfokuskan
tentang hukum tajwid dan menghuraikannya lebih terperinci mengapa hukum tajwid
ini perlu dititikberatkan.
Mahmud Lutfi Abdul Hadi dan Sabri Mohamad (2013) dalam kajian mereka
mengenai Peranan Waqf dan Ibtida' dalam Khilaf Qira'at Mutawatirah menyatakan
bahawa ilmu tajwid berperanan menjaga keelokan bacaan al-Quran supaya menepati
bacaan yang diajar Jibril kepada Rasulullah s.a.w serta memelihara daripada lahn jail
dan khafi, manakala al-waqf dan al-ibtida’ menjaga maksudnya. Ini kerana, jika kita
salah mengaplikasikan hukum tajwid dan sesuka hati memberhentikan bacaan tanpa
tujuan jatuh hukumnya berdosa.
Lebih- lebih lagi,menurut Abdul Aziz Abdul Rauf, 2011 waqaf didefinisikan
sebagai tempat berhenti di suatu kata ketika membaca al-Quran, baik di akhir ayat
mahupun di tengah ayat yang disertai nafas. Sedangkan berhenti dengan tanpa nafas
disebut saktah. Berhenti ketika melakukan tilawah Al-Quran memerlukan
pengetahuan yang khusus.
Menurut kajian yang telah dilaksanakan oleh guru pelatih Institut Pendidikan
Guru kampus Dato‟ Razali Ismail iaitu Nurul Syahirah (2011) mengatakan dengan
menggabungkan multimedia dalam pembelajaran membantu murid meningkatkan
pencapaian mereka di dalam pelajaran al-Quran. Beliau telah menjalankan kajian
berkaitan Keberkesanan Smart Multimedia membantu murid mempelajari hukum
tajwid terhadap lapan orang murid SK Bukit Cempaka.
Nurul Mardhiah Abd Wahab (2013) pula, dalam kajian beliau telah
mendapati elemen warna berkesan dalam membantu murid mengenal pasti hukum
mad asli dengan betul di samping menarik minat murid untuk membaca al-Quran.
Terbukti bahawasannya murid perlu dirangsang dengan baik dan teliti. Ini kerana,
perlu kita ketahui lain murid lain gaya pembelajarannya. Hal ini bertepatan apabila
banyak teori yang wujud menjadi penyelesaian kepada masalah-masalah yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran.
7
Muhammad Nazir Mohammed Khalid (2013) telah mencipta satu buku yang
berjudul Teknik Memahami dan Mengingati Cara Pantas Pintar al-Quran. Kata
beliau dewasa ini banyak teknik yang diperkenalkan untuk menjadikan al-Quran
sebagai perkara yang seronok untuk didalami. Sebagai contoh, buku tajwid menjadi
nilai tambah untuk mempelajari al-Quran dengan lebih sempurna dan betul.
Selain daripada itu, kita perlu mengetahui bahawa murid akan dapat
menguasai sesuatu pembelajaran apabila deria-derianya dirangsang dengan baik.
Menurut psikologi pendidikan pula, pembelajaran merupakan satu proses yang
melibatkan pemikiran, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman. Hasil daripada
itu, perubahan tingkah laku dalam diri individu pun berlaku sama ada ianya
membawa kepada positif ataupun negatif.
Berdasarkan Teori Pelaziman Operan E.L Thorndike (1874-1949), beliau
memperkenalkan teori connection. hubungan atau connection antara rangsangan
dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkkan
atau memuaskan. Bertepatan sekali kepada seorang guru untuk mengamalkan teori
ini dengan menggunakan deria untuk merangsang murid agar menunjukkan minat
dalam pembelajaran. Ini kerana, murid di sekolah adalah klien yang masih kecil dan
masih di dalam alam dunianya yang penuh keseronokan dan kegembiraan. Oleh yang
demikian, tidak salah guru memanfaatkannya dan menyelami jiwa anak-anak dan
menyerapkan aktiviti rangsangan deria dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Ustaz Mohd Arif Asa’ad Johari, pengasas modul OMT (Oh,
Mudahnya Tajwid) mengatakan pembelajaran tajwid dengan menggunakan simbol
lebih berkesan dan mudah. Menurut beliau sebagai seorang Profesional Learning
Facilitator, membimbing anak-anak dalam mengenali hukum tajwid adalah mudah
apabila menggunakan kaedah merangsang deria visual mereka. Dalam modulnya,
beliau telah menekankan pengenalan hokum tajwid dalam kalimah menggunakan
symbol-simbol khas yang telah sedia ada di dalam ayat Al-Quran.
Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila
manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk
pemahaman, kesedaran, kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini terdapat
beberapa kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan oleh individu. Kecenderungan
ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajari
sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat
kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi.
8
Dengan menggunakan teori behavioris, yang juga telah diperkenalkan oleh
B.F Skinner (1957) dipetik dalam buku Mohd. Sharani Ahmad yang bertajuk
Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar (2004), teknik peneguhan amat sesuai
digunakan. Menurut beliau, peneguhan perlu diberikan kepada kanak-kanak pada
peringkat umur 4-6 tahun supaya mereka boleh mengingat apa yang telah dipelajari
mereka sepanjang bersama dengan guru.Disamping itu juga, kanak-kanak bukan
sahaja diberi peneguhan di sekolah sahaja, bahkan di rumah juga. Ibu bapa
memainkan peranan dalam memberi pengukuhan dan peneguhan positif supaya
kanak-kanak boleh menguasai suku kata.
Menurut Adli Aziz bin Abdillah (2012) dalam kajiannya yang bertajuk
Mimik mukaku. Murid juga perlu diberi peluang untuk berfikir dengan cara yang
kreatif supaya apa yang mereka pelajari dapat diadaptasikan dalam kehidupan harian
mereka. Jika proses pengajaran satu hala sahaja, IQ murid tidak akan berkembang
dan mereka juga hanya menerima input daripada guru dan guru tidak membuat
penilaian tahap perkembangan yang telah mereka peroleh. Oleh itu, pengajaran ini
tidak boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak yang lambat menerima pengajaran
guru dan mereka perlu menjalani pembelajaran dan pengajaran dua hala supaya
pemikiran mereka berkembangan dengan baik.
Walau bagaimanapun, dalam hasil kajian beliau berpendapat bahawa dengan
menjalankan pengajaran menyebut suku kata kepada kanak-kanak dengan
menggunakan ekspresi atau mimik muka berkesan berbanding menggunakan kaedah
lisan. Mimik muka yang beliau gunakan adalah dengan menggunakan pergerakan
mulut. Bagi membolehkan kanak-kanak mengetahui cara sebutan suku kata, guru
menunjukkan bagaimana mereka boleh mengingat suatu suku kata terbuka tersebut
dengan membuat mimik muka.
Jelas di sini, beliau mengabungjalinkan dan merangsang deria wajah untuk
menyampaikan sesuatu kefahaman kepada murid. Begitu juga pada hukum tajwid
yang menjadi fokus kajian pengkaji yang memfokuskan gaya sebagai satu
penyampaian kefahaman dan ingatan maksud hukum tajwid kepada murid.
Kesimpulannya, kajian tentang hukum tajwid bukanlah asing lagi namun,
ianya perlu ditiitkberatkan dari segi penyampaiannya. Ini kerana, seringkali masalah
berlaku apabila murid keliru dengan perbezaan maksud hukum itu sendiri. Masalah
ini yang selalu dipandang enteng oleh pihak Guru Pendidikan Islam, namun
demikian, tanpa pengajaran yang terperinci pada awal maka pemahaman tentang
9
hukum tidak dapat mencapai objektifnya. Oleh yang demikian, bertepatanlah tajuk
kajian pengkaji tentang penggunaan ‘Dwi Hexa G’ dalam meningkatkan penguasaan
murid terhadap maksud hukum tajwid. Ianya berfokus penguasaan murid terhadap
hukum mad, ini kerana mempelajari hukum tajwid amatlah penting. Tambahan lagi,
jika tiada permulaan maka pertengahan dan pengakhiran pembelajaran tidak akan
dapat mencapai objektifnya dengan baik.
2.4 RUMUSAN
Berdasarkan tinjauan literatur yang lalu, terdapat pelbagai kajian yang
dijalankan mengenai masalah murid memahami hukum tajwid. Perlu ditekankan
bahawasannya, permasalahan ini akan menjadi serius jika tidak dibendung. Ini
kerana, kanak-kanak akan hilang minat untuk mengenali Al-Quran dik disebabkan
tidak menguasai tajwid dengan baik. Sebagai guru pendidikan ini, peranan ini perlu
dimainkan untuk memupuk kesedaran kanak-kanak bahawasannya seronok
mempelajari Al-Quran dengan mewujudkan pelbagai aplikasi atau bahan yang
menarik dan memudahkan kefahaman mereka sewaktu belajar.
10
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Bahagian ini membincangkan tentang objektif kajian dan persoalan kajian
yang berkaitan. Ianya amat penting bagi menyatakan prosedur atau kaedah
pelaksanaan yang dijalankan.
3.1 OBJEKTIF KAJIANKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji :
1. Meningkatkan penguasaan amali murid terhadap hukum tajwid
mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil menggunakan ‘Dwi
Hexa G’.
2. Meningkatkan kemahiran murid dalam pembacaan Al-Quran
dengan bertajwid agar lebih baik.
3.2 SOALAN KAJIANKajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut :
i. Adakah penggunaan ‘Dwi Hexa G’ berkesan dalam meningkatkan
penguasaan amali murid terhadap hukum tajwid mad jaiz munfasil
dan mad wajib mutasil?
ii. Bagaimana pelaksanaan ‘Dwi Hexa G’ Berjaya meningkatkan
kemahiran murid dalam pembacaan Al-Quran bertajwid dengan
baik.
3.3 RUMUSAN
Secara keselurahannya, ianya memperjelaskan lagi tentang proses
kajian. Ianya bertumpukan kepada rekabentuk kajian yang dijalankan.
Dengan adanya objektif juga, dapat membantu saya menyediakan insturmen
yang akan digunakan dalam kajian.
11
4.0 SUBJEK KAJIAN
Bahagian ini menbincangkan tentang kumpulan sasaran yang dipilih untuk
menjadi responden dalam kajian. Mereka dipilih berdasarkan ujian diagnostik yang
dilaksanakan pada awal kajian.
4.1 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dilaksanakan kepada murid-murid bermasalah dalam pelajaran
tajwid di salah sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Ledang. Subjek kajian yang
dipilih ialah empat orang murid tahun 4 bermasalah dalam pelajaran al-Quran.
Murid-murid ini dipilih di kalangan murid yang lemah.
Peserta kajian dipilih berdasarkan ujian diagnostik dan pemerhatian. Empat
orang yang berpencapaian rendah dalam ujian diagnostik dipilih sebagai subjek. Di
antara markah murid yang menjadi subjek kajian adalah yang memperolehi markah
dari 20%-60%. Subjek kajian yang telah dipilih juga perlulah menyukai
matapelajaran pendidikan Islam dan mempunyai masalah dalam bidang tajwid.
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M90%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
PERATUS% UJIAN DIAGNOSTIK
PERATUS%
M1-M9: MURID
Rajah 2: Peratus Ujian Diagnostik Terhadap Satu Kelas Murid Tahun 4
Merujuk rajah 2 di atas merupakan peratusan ujian diagnostik yang telah
dijalankan terhadap satu kelas murid tahun 4, terdapat empat orang murid yang
12
mendapat markah terendah dalam ujian tersebut telah saya pilih sebagai subjek
kajian. Ciri keempat-empat murid tersebut juga berbeza. Dua orang daripadanya aktif
dan banyak bergerak, berlainan dengan dua orang lagi yang berkelakuan pasif dan
pendiam.
4.2 RUMUSAN
Rumusannya, bahagian ini menjelaskan dengan lebih terperinci tentang
subjek kajian yang diambil sepanjang kajian dijalankan. Laporan mengenai
pemilihan dan faktornya juga jelas dinyatakan. Di bahagian seterusnya pula terdapat
pelan dan rancangan tindakan yang dijalankan untuk kajian ini.
13
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Sebelum melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah merancang
beberapa aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan data dan
seterusnya menganalisis data yang diperlukan.
5.1 PELAN TINDAKAN
Rajah 3: Proses Penyelidikan Tindakan Model Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992)
Kajian ini menggunakan Model Kajian Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992) yang mana ianya terdiri daripada 5 langkah yang utama. Diantaranya :
1. Mengenalpasti aspek amalan bagi penambahbaikkan.
Sesuatu kajian adalah berasal dari permasalahan yang timbul
untuk membuat sesuatu penambahbaikkan. Bagi mengenal pasti
sesuatu masalah, mulanyasaya mencari isu-isu yang timbul daripada
14
refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Antara isu nya ialah murid-
murid berhadapan dengan masalah kekeliruan menentukan hukum
tajwid. Lebih ketara ianya terjadi apabila saya mengajar topik hukum
mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil. Kemudian, Saya membuat
tinjauan awal iaitu untuk menghimpun fakta berdasarkan pemerhatian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Merancang tindakan.
Langkah seterusnya, saya telah merancang tindakan yang
sesuai bagi menyelesaikan masalah tersebut. Objektif utama
perancangan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan amali
murid terhadap hukum tajwid mad jaiz munfasil dan mad wajib
mutasil menggunakan ‘Dwi Hexa G’.
3. Melaksanakan tindakan.
Jadual 5: Langkah-langkah pelaksanaan pengunaan ‘Dwi Hexa G’
Minggu Langkah Perkara
Minggu 1Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Guru menjalankan ujian pra kepada murid yang dipilih.
Guru mengajarkan kepada murid tentang definisi mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil berserta contoh.Murid berperanan untuk bersoal jawab dengan guru tentang apa yang menjadi kekeliruannya.
Guru mengajarkan kepada murid cara membuat nota dalam memahami definisi dan perbezaan kedua hukum mad tersebut.
Murid menghafaz nota perbezaan kedua hukum mad yang menjadi kajian utama.Ujian menulis semula nota dijalankan.
15
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Guru memperkenalkan murid dengan penggunaan ‘Dwi Hexa G’.Guru memberikan murid merasai dan mencuba aplikasi bahan ‘Dwi Hexa G’ dalam pembelajaran.
Guru membuat penambahan dalam nota murid dan memberikan isyarat gaya yang bertepatan menunjukkan tanda hukum mad yang perlu diingat.Ujian gaya dijalankan.
Ujian menggunakan ‘Dwi Hexa’ di jalankan ke atas murid dengan soalan yang sama dengan ujian pra.
Pemantapan penggunaan ‘Dwi Hexa G’ dijalankan kerana masih terdapat murid yang keliru terhadap dua hukum mad.
Guru memberikan nota tambahan mengenai simbol yang berkaitan dengan hukum mad jaiz munfasil (-l—l-) dan mad wajib mutasil (--ll--).
Murid di minta menghafaz semula definisi dan mengingati gaya dan pergerakan.
Guru memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan ‘Dwi Hexa G’ dalam latihan pemantapan pemahaman murid.
Guru menjalankan ujian pasca kepada murid
Murid menerangkan dengan jelas secara individu daripada hasil pembelajaran baru yang mudah untuk memahami mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil.
Guru memberi penghargaan kepada setiap kumpulan.
16
.
4. Melihat kesan tindakan
Langkah seterusnya adalah melihat kesan tindakan. Semasa
proses pelaksanaan berlangsung, saya membuat pengawasan terhadap
kajian yang dilakukan melalui ujian, rekod kemajuan dan pemerhatian
video. Pemerhatian yang dilakukan telah direkodkan dalam borang
senarai semak yang bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon
murid terhadap kaedah yang diperkenalkan.
5. Membuat refleksi terhadap tindakan.
Langkah yang terakhir, bagi peringkat membuat refleksi, saya
membuat analisis terhadap instrumen yang dilaksanakan bagi
mendapatkan hasil dapatan kajian. Saya juga menilai dan mereflek
kembali kekuatan dan kelemahan yang ada pada bahan ‘Dwi Hexa
G’. Seterusnya, cadangan penambahbaikan dirancang berdasarkan
maklumbalas yang diperoleh dalam dapatan kajian bagi melihat
sejauh mana objektif yang telah dinyatakan tercapai. Dapatan kajian
yang diperoleh dijadikan sebagai rumusan kajian dan sebagai panduan
bagi kajian masa hadapan.
5.2 PELAKSANAAN PENGUNAAN ‘DWI HEXA G’ ‘Dwi Hexa G’ ialah gabungan pengunaan bahan maujud dan teknik
pengayaan. ‘Dwi Hexa berasal daripada perkataan dua hexagon. Ianya
merupakan bahan maujud yang dibina bertujuan menjana psikomotor murid
dalam mengerakkan fizikal dan mental sekaligus bagi mengigat dan
17
menguasai perbezaan antara dua hukum mad yang menjadi fokus kajian.
Ianya ialah inovasi daripada permainan kanak-kanak di taman permainan
yang mencantumkan antara huruf-huruf berpusing. Tambahan lagi, G pula
disandarkan kepada gaya. Murid-murid akan diajar ketika menggunakan
bahan ‘Dwi Hexa’ dengan gaya yang menampakkan perbezaan antara kedua
mad. Berikut merupakan aktiviti intervensi yang dilaksanakan berdasarkan
pengunaan ‘Dwi Hexa G’:
1. Aktiviti 1 – Memperkenalkan kegunaan ‘Dwi Hexa’
1) Saya memaparkan kepada murid bahan maujud yang diberi nama ‘Dwi
Hexa’. Di badan bahan tersebut mempunyai kad kalimah yang berkaitan
dengan soalan. Murid-murid diajar bagaimana untuk menggunakan ‘Dwi
Hexa’ dalam menjawab soalan.
2) Saya memberikan murid beberapa ayat Al-Quran dan mengarahkannya
membulatkan hukum mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil . Oleh itu,
peranan ‘Dwi Hexa’ telah dilaksanakan dengan cara murid memutarkan
bahan tersebut sehingga berbentuk perkataan yang sama di dalam
potongan ayat alquran.
3) Setelah menjumpainya murid akan disoal sama ada kalimah tersebut
berhukum mad jaiz munfasil atau mad wajib mutasil. Dari itu, melihat
sama ada kalimah di ‘Dwi Hexa’ itu bercantum mahupun tidak. Jika huruf
mad thobi’i tidak bersebelahan dengan hamzah (tidak bersambung dalam
satu perkataan) maka jawapannya kalimah itu mengandungi mad jaiz
munfasil dan sebaliknya.
2. Aktiviti 2- Memperkenalkan kaedah gaya bagi mengenali perbezaan
hukum mad.
1) Saya menunjukkan cara bagi murid mengaplikasikan perbezaan kedua
hukum yang menjadi fokus kajian dengan kaedah tunjuk cara gaya.
2) Apabila selesai murid menggunakan ‘Dwi Hexa’, seterusnya murid
mengaplikasikan pengayaan bagi memantapkan ingatan mereka terhadap
perbezaaan kedua mad.
18
3) Rangsangan visual dan audio juga berperanan di sini kerana murid
mengayakan bagaimana penuilisan kalimah mad jaiz munfasil yang
terdapat dua kalimah dan mad wajib mutasil yang penulisannya dalam 1
kalimah.
4) Antara gaya dan sebutan yang digunakan untuk mengingat ialah:
Mad Wajib
Mutasil
Mad Jaiz
Munfasil
Arah
Tangan
Tangan
Kanan
Tangan Kiri
Simbol
Tangan
----ll------ -l-----l-
Sebutan Bercantum Bercerai
5.3 RUMUSAN
Bahagian ini telah melaporkan mengenai pelan tindakan dan cara
pelaksanaan bahan kajian. Ianya menunjukkan bagaimana proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dalam kajian yang berinovasi ini.
19
6.0 PENGUMPULAN DATA
Aktiviti mengumpul data ini merupakan satu langkah yang penting. Ianya bertujuan
untuk mengenal pasti aspek amalan yang perlu ditambah baik dengan lebih teliti. Ini
kerana, tanpa data yang sempurna tidak akan wujud teknik penambahbaikkan
baginya .
6.1 CARA MENGUMPUL DATA
6.1.1 UJIAN
Ujian pra dan pasca diberi kepada murid-murid untuk menilai
peningkatan penguasaan amali murid. Ujian pra diberi sebelum memulakan
sesi ujian rawatan yang menggunakan ’Dwi Hexa G’. Selepas selesai sesi
rawatan, saya memberikan ujian pasca bagi menilai tahap pencapaian /
penguasaaan murid setelah diberi rawatan. Ujian pra dan pasca ini berkaitan
dengan:
1. Mengenalpasti dan menggeluarkan kalimah yang mengandungi hukum
mad jaiz munfasil dan mad wajib mutasil.
2. Menentukan hukum kalimah yang dikeluarkan daripada potongan ayat
yang diberikan.
Ujian tersebut mengandungi 5 soalan yang terdiri daripada potongan
ayat daripada surah lazim yang dipelajari dalam matapelajaran Pendidikan
Islam KSSR tahun 4
6.1.2 REKOD KEMAJUAN MURID
Dalam kajian ini, rekod kemajuan merupakan salah satu instrumen
yang penting. Rekod kemajuan murid ialah suatu rekod yang mengandungi
catatan perkembangan dan peningkatan murid sepanjang rawatan ini
dijalankan. Melalui rekod ini, saya membuat penilaian kemajuan murid,
seterusnya merumuskan kesan rawatan kepada murid sama ada kesan yang
baik atau sebaliknya.
Selain itu, rekod kemajuan ini memberi peluang kepada saya untuk
memberi perhatian dan tumpuan kepada kemahiran yang belum dikuasai oleh
murid.
20
6.1.3 PEMERHATIAN MELALUI RAKAMAN VIDEO
Dalam kajian ini juga, saya telah merakam rawatan-rawatan yang
telah dijalankan menggunakan rakaman video. Saya merakam setiap sesi
rawatan yang membolehkan saya mengkaji tingkahlaku murid, menganalisis
kekuatan dan kelemahan setiap kali sesi rawatan dijalankan. Selepas itu, saya
dapat membuat penambahbaikan dan melaksanakan penambahbaikan itu pada
sesi rawatan seterusnya sehingga mendapat keputusan ujian murid yang baik.
6.2 CARA MENGANALISIS DATA
Analisis data bermaksud mengolah dapatan kajian supaya menjadi
sesuatu informasi yang mudah difahami dan bermanfaat untuk menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah ditimbulkan. Analisis data perlu dibuat
bagi menjadikan kajian tersebut boleh diceritakan dan difahami. Tujuan
menganalisis maklumat adalah untuk meningkatkan pemahaman dan
menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui. (Poh, 2005).
6.2.1 ANALISIS UJIANDalam kajian ini, pencapaian murid diukur melalui ujian pra yang
dijalankan sebelum rawatan dan ujian pasca yang akan dijalankan selepas
rawatan. Markah ujian pra menunjukkan prestasi murid sebelum rawatan,
manakala markah ujian pasca adalah prestasi murid selepas rawatan
dijalankan. Perbezaan markah dia antara ujian pra dan ujian pasca
membuktikan keberkesanan rawatan yang dijalankan terhadap murid tersebut.
6.2.2 ANALISIS REKOD KEMAJUAN MURIDRekod kemajuan murid dianalisis berdasarkan catatan yang ditulis
oleh saya berdasarkan perkembangan murid di dalam setiap rawatan. Analisis
dibuat secara kualitatif berdasarkan kemajuan yang telah dicapai oleh seorang
murid bukannya skor markah yang diperolehi. Dalam sesi rawatan, murid
diperkenalkan dengan lebih mendalam tentang perbezaan kedua mad yang
menjadi kajian saya. Murid membuat nota catatan untuk di hafal tanda dan
gayanya. Disamping menentukan kemajuan murid, saya juga dapat
memahami secara mendalam masalah yang dihadapi oleh murid dan
membantunya menyelesaikan masalah tersebut.
21
6.2.3 ANALISIS RAKAMAN VIDEOSetelah rakaman video setiap sesi dijalankan, saya memainkan semula
rakaman tersebut berulang kali dan menganalisis data yang terdapat dalamnya
melalui proses rawatan.
Terdapat tiga aspek utama yang dititikberatkan ketika menganalisis
iaitu tingkahlaku murid, keberkesanan penggunaan ’Dwi Hexa G’ dan
peranan saya ketika sesi rawatan berlangsung. Analisis tingkahlaku murid
boleh memberi gambaran tentang penglibatan mereka sepanjang rawatan,
menganalisis pengunaan ’Dwi Hexa G’ dapat menilai keberkesanan teknik itu
dapat meningkatkan kefahaman murid dalam membezakan hukum-hukum
tajwid dan seterusnya menganalisis peranan saya dapat memberikan
maklumat tentang bimbingan yang diberikan oleh saya kepada murid.
6.3.1 RUMUSAN
Bahagian ini telah menjelaskan secara mendalam tentang cara pengumpulan
data yang digunakan. Terdaapat tiga instrument pengumpulan data yang digunakan
antaranya ialah ujian, rekod kemajuan murid dan pemerhatian video. Setiap dapatan
data yang diperolehi melali teknik-teknik ini telah dianalisis dan dilaporkan pada
dapatan kajian.
22
7.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan tentang keputusan hasil dapatan sepanjang kajian dijalankan. Ianya mengandungi profil murid, keputusan pencapaian ujian pra dan pasca dan kesan pengunaan ’Dwi Hexa G’. Ianya juga bertujuan untuk menjawab persoalan yang ada dinyatakan dalam objektif kajian.
7.1 Profil MuridMaklumat mengenai murid telahpun saya kumpul daripada buku maklumat murid
yang terdapat pada pentadbiran sekolah. Selain itu, saya juga dibantu oleh guru untuk
memberi sedikit maklumat latar belakanh murid yang menjadi subjek kajian saya.
Subjek yang dipilih
Keputusan ujian pra:
M1 M2 M3 M40%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
40%
PERATUS MARKAH UJIAN PRA
Rajah 4: keputusan ujian Pra
Keputusan Ujian Pasca:
23
M1 M2 M3 M40%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
MARKAH UJIAN PASCA
7.0 ANALISIS REKOD KEMAJUAN MURIDDalam sesi tersebut saya mengesan kelemahan dan kekuatan murid. ½
daripada empat orang yang menjadi subjek kajian saya merupakan insan yang
dominan kepada kinestatik. Mereka lebih mudah mengingat dan memahami
pembelajaran dengan hanya mengerakkan anggota badan dengan gaya. Manakala
sebahagian daripada mereka pula merupakan insan yang dominan audio yang banyak
menggunakan deria mendengar dan perjelasan melalui percakapan dan visual.
Rekod kemajuan ini juga dilihat daripada hasil nota yang dibuat oleh subjek
kajian semasa sesi rawatan. Pada sesi rawatan pertama masih terdapat kesalahan dan
kekeliruan yang dilakukan. Berlainan pula peningkatan bagi sesi rawatan kedua
apabila ’Dwi Hexa G’ telah diaplikasikan. Hasilnya menunjukkan peningkatan
kefahaman murid bertambah baik dalam membezakan kedua hukum mad yang
menjadi kajian saya pada kali ini.
24
Gambar : hasil rekod kemajuan murid berbentuk nota.
25