Folio Sejarah Tingkatan 2
Transcript of Folio Sejarah Tingkatan 2
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
1.0 TAJUK KAJIAN
HARI DEEPAVALI
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 1
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
2.0 KANDUNGAN
1.0 TAJUK KAJIAN.....................................................................................................................1
2.0 KANDUNGAN......................................................................................................................2
3.0 PENGHARGAAN.................................................................................................................3
4.0 OBJEKTIF KAJIAN..............................................................................................................5
5.0 KAEDAH KAJIAN................................................................................................................6
6.0 HASIL KAJIAN.....................................................................................................................8
6.1 Perayaan Tradisi..........................................................................................................8
6.1.1 Nama perayaan / Nama lain perayaan....................................................8
6.1.2 Pihak / etnik / kaum yang terlibat.............................................................9
6.1.3 Tarikh / Tempoh masa dirayakan.............................................................10
6.1.4 Tujuan perayaan................................................................................................10
6.2 Latar Belakang...........................................................................................................12
6.2.1 Sejarah / Asal usul perayaan......................................................................12
6.2.2 Upacara khusus dalam perayaan.............................................................14
6.2.3 Tempat khusus sambutan dijalankan.......................................................17
6.3 Persiapan Sambutan Perayan...........................................................................18
6.3.1 Sebelum perayaan............................................................................................18
6.3.2 Semasa perayaan..............................................................................................22
6.3.3 Selepas perayaan..............................................................................................27
6.3.4 Peraturan/pantang larang/amalan sampingan................................28
6.4 Kesan perayaan.........................................................................................................30
6.4.1 Keluarga.................................................................................................................30
6.4.2 Perpaduan.............................................................................................................32
6.4.3 Pelancongan.........................................................................................................33
6.4.4 Peluang perniagaan.........................................................................................35
7.0 RUMUSAN..........................................................................................................................36
8.0 LAMPIRAN..........................................................................................................................38
9.0 RUJUKAN............................................................................................................................43
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 2
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
3.0 PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pengetua Sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk
menjalankan kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Cik
Anis kerana telah memberikan panduan, nasihat, teguran serta
bimbingan sepanjang masa kajian ini telah dijalankan.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang
kukuh kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus yang
cemerlang. Mereka juga telah menyediakan pengangkutan untuk
saya pergi ke Perpustakaan Negara bagi mengumpul sumber-
sumber yang saya perlukan. Selain itu, kos penggunaan internet
juga adalah di bawah tanggungan mereka.
Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan
terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi
sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini.
Terima kasih juga diucapkan atas segala perkongsian maklumat
antara kita semua.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 3
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Sekalung budi dan penghargaan saya rakamkan di atas kerjasama
yang diberikan oleh orang sumberku, Puan Jaya iaitu makcik saya
yang merupakan seorang guru sejarah. Jasa baik dan ketulusan hati
beliau dalam membantu saya memberi maklumat berguna
sepanjang kerja kursus ini dijalankan akan sentiasa saya kenang.
Sekian, terima kasih.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 4
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan
tradisi kaum di Malaysia. Perayaan yang dipilih oleh saya ialah Hari
Deepavali.
Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:
a) Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan Dua.
b) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih yang akan
membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara
yang betul, jelas dan tepat.
c) Mengetahui tentang perayaan Hari Deepavali dengan lebih jelas
iaitu asal-usul, adat dan pantang larang perayaan ini.
d) Memberi peluang kepada saya mengumpul dan menyimpan
maklumat berkaitan perayaan tradisi justeru mengelakkan
budaya ini daripada luput daripada ingatan saya.
e) Memperkaya pengalaman hidup saya terutamanya kemahiran
berkomunikasi dengan orang lain iaitu melalui temu bual saya
dengan orang sumber bagi kajian ini.
f) Menanamkan semangat patriotisme dalam diri saya dan juga
kalangan generasi muda melalui kajian ini.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 5
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini iaitu:
a) Temu ramah
Saya telah menemu ramah Puan Jaya yang beralamat di No.1, Jalan
SS2/7, Petaling Jaya, Selangor. Sebelum kaedah ini dijalankan, saya
terlebih dahulu menyusun soalan yang bakal dikemukakan kepada
beliau. Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan
latar belakang sejarah Hari Deepavali. Saya telah mendapat
kerjasama yang baik daripada orang sumber saya. Segala soalan
yang saya ajukan dijawab dengan jelas oleh beliau. Hasilnya, saya
mendapat banyak maklumat tentang Perayaan Hari Deepavali.
b) Pemerhatian
Setiap kali perayaan Hari Deepavali disambut di rumah saya dan
rumah nenek saya, saya telah memerhatikan segala persiapan yang
dilakukan oleh ibu bapa dan nenek saya. Pemerhatian yang saya
buat sedikit sebanyak telah digunakan sebagai bahan dalam kerja
kursus saya ini.
c) Internet
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 6
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Melalui kaedah melayari internet, saya memperolehi pelbagai
maklumat mengenai Perayaan Hari Deepavali dengan lebih
terperinci dan mendalam lagi. Saya telah memuat turun maklumat
tersebut dan menganalisisnya agar ia bersesuaian dengan kajian
yang dijalankan.
d) Penyelidikan dan Perpustakaan
Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Negara untuk
membuat penyelidikan lebih lanjut berkaitan tajuk kerja kursus
saya. Saya telah mendapatkan fotokopi bahan-bahan yang relevan
daripada buku-buku ilmiah, surat khabar dan majalah untuk dibawa
balik dan dianalisis isi kandungannya.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 7
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Perayaan Tradisi
6.1.1 Nama perayaan / Nama lain perayaan
Hari Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya
merupakan perayaan yang paling popular dan ditunggu-
tunggu setiap tahun oleh semua penganut yang beragama
Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan
perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Dengan kata lain,
Deepavali bermaksud ‘sebarisan lampu atau pelita’.
Barisan pelita yang menjadi hiasan pada Hari Deepavali
Cahaya daripada pelita yang terang menandakan kecerahan
dan kebaikan mengatasi kegelapan dan kejahatan.
Kemenangan yang diperoleh hasil perjuangan dan
pengorbanan yang besar dalam usaha mengatasi dugaan dan
rintangan tentunya patut diraikan bersama-sama.
Sambutan Hari Deepavali oleh sebuah keluarga di Malaysia
6.1.2Pihak / etnik / kaum yang terlibat
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 8
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Perayaan Hari Deepavali disambut oleh semua penganut
agama Hindu di seluruh dunia.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 9
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
6.1.3Tarikh / Tempoh masa dirayakan
Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan
Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November). Masyarakat di selatan India meraikannya selama
tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara
negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari
tetapi terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah
terbuka sebanyak mana hari yang mereka mahu. Namun
begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang dan
estet menyambut perayaan itu lebih lama dalam suasana
kampung.
6.1.4Tujuan perayaan
Perayaan Hari Deepavali disambut sebagai pesta meraikan
kemenangan pihak yang baik, jujur dan benar dalam
mengatasi pihak yang jahat, tidak jujur dan berperangai
buruk. Dengan kata lain, perayaan ini adalah sebagai suatu
kejayaan atas nilai-nilai kebaikan yang mengatasi nilai-nilai
kejahatan.
Perayaan Deepavali berkait rapat dengan konsep
kepercayaan agama dan ‘Hukum Karma’ mereka yang telah
menetapkan bahawa kebaikan dan kejujuran itu akan
mendapat ganjaran yang baik. Sebaliknya, kejahatan pula
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 10
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
akan dibalas dengan pembalasan yang setimpal. Biasanya,
tatkala meraikan sambutan yang disulami dengan rasa
kesyukuran, pesta yang penuh warna-warni itu bagaikan
memberi cahaya kegembiraan yang mampu menghilangkan
tekanan fikiran buat seketika.
Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa
Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu
yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.
Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita
menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut
kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari
dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya).
Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan
kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan
keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya
akan disedari.
Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan
menghindari manusia daripada berbuat jahat.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 11
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
6.2 Latar Belakang
6.2.1Sejarah / Asal usul perayaan
Terdapat dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan
Hari Deepavali iaitu:
a) Kembalinya Dewa Rama ke Ayodhya
Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula
apabila Dewa Rama, iaitu Raja Ayodhya pulang ke Ayodhya
selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang ke
negaranya dengan isterinya, Sita dan adindanya, Lakshamana
selepas membunuh raja syaitan Ravana, seorang yang jahat.
Sepanjang perjalanan apabila Dewa Rama serta keluarganya
balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari India
Selatan, orang yang tinggal di situ menyalakan pelita minyak
sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan
berikutan kematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita
di sepanjang perjalanan Dewa Rama kembali ke tanah
jajahannya.
Dewa Rama membunuh Ravana Dewa Rama dan isterinya Sita
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 12
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
b) Pembunuhan Narakasura
Menurut lagenda, perayaan Deepavali dikatakan disambut
pada hari di mana salah seorang dewa Hindu iaitu Dewa
Krishna berjaya membunuh seekor syaitan durjana yang
mencetus huru-hara dan selalu memeras rakyatnya iaitu Raja
Narakasura, pemerintah Pradyoshapuram sehari sebelum
perayaan Deepavali. Sebelum kematian Raja Narakasura, dia
meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama bahawa semua
orang patut menyambut kematiannya dengan cahaya
berwarna-warni. Raja Narakasura meminta semua manusia
agar mereka merayakan hari kemenangan itu sebagai
peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu
dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar
berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan
sesama manusia. Dengan kata lain, untuk meraikan kejayaan
kebaikan mengatasi kuasa kejahatan, perayaan Deepavali
diraikan.
Raja Narakasura Dewa Krishna membunuh Raja
Narakasura
6.2.2Upacara khusus dalam perayaan
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 13
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
a) Upacara Jyothi Villaku
Salah satu upacara kerohanian khusus yang diadakan pada
mana-mana hari sebulan sebelum tibanya Deepavali ialah
upacara memasang pelita yang dinamakan Jyothi Villaku.
Malangnya dalam zaman sekarang, sebahagian besar
penganut Hindu tidak mengadakan upacara ini. Upacara ini
sebenarnya bersangkut-paut dengan penghayatan terhadap
kuasa cahaya atau dikenali sebagai jyothi dalam bahasa
Tamil. Semasa upacara ini, penganut Hindu akan
menyediakan barangan sembahyang yang paling asas seperti
kemenyan, bunga melor, buah-buahan dan sedikit juadah
makanan. Mereka akan menjemput sekumpulan orang yang
terdiri dari beberapa orang dewasa, kanak-kanak dan remaja
yang berusia di antara empat hingga tujuhbelas tahun ke
rumah mereka. Upacara Jyothi Villaku dimulakan sekitar pukul
7.30 malam di mana pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-
kanak ke rumah mereka yang menjemput kumpulan itu yang
kemudiannya disusun di hadapan tempat sembahyang.
Kumpulan itu kemudiannya mengambil tempat duduk di atas
lantai sebelum melengkapkan tiga pusingan persiapan
menyanyikan lagu keagamaan. Pertama, Mounam
(bertafakur) disusuli Thyanam (duduk dalam posisi bersila
dengan tangan di atas paha) dan akhirnya Pranavam
(menyebut perkataan 'Aum' sebanyak tiga kali).
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 14
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Apabila selesai, barulah kanak-kanak itu akan melagukan
enam buah lagu selama 30 minit. Sambil memanjatkan
kepujian dan kesyukuran kepada Tuhan, pelita yang dibawa
dipastikan tidak terpadam dengan menuang minyak yang
cukup. Sebelum berangkat pulang, semua orang yang terlibat
akan disajikan dengan hidangan tradisional seperti vadai dan
minuman jus. Upacara ini dapat membangkitkan kesedaran
dalam diri penganut Hindu supaya sentiasa taat kepada Tuhan
dan mendoakan yang terbaik buat seisi keluarga.
Pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak semasa upacara
Jyothi Villaku
Lagu keagamaan dinyanyikan semasa upacara Jyothi Villaku
b) Upacara pemujaan khas untuk memperingati
sanak saudara yang telah meninggal dunia
Sehari sebelum perayaan Deepavali juga, penganut agama
Hindu akan membuat upacara sembahyang untuk
memperingati sanak saudara yang telah ‘pergi’ buat selama-
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 15
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
lamanya. Dalam upacara ini, telah disediakan pelbagai
barangan untuk dipersembahkan kepada roh-roh tersebut.
Antaranya termasuklah pakaian yang terdiri daripada baju
yang cantik atau pakaian sanak saudara yang telah meninggal
dunia itu yang masih disimpan dalam keadaan baik. Selain itu,
makanan kegemaran sanak saudara yang telah meninggal
dunia itu disediakan dan seterusnya dipersembahkan di
hadapan gambar mereka. Ini diikuti dengan upacara berdoa
serta menyeru roh yang biasanya diketuai oleh ketua
keluarga. Seterusnya makanan itu dimakan oleh ahli keluarga
dan ada kalanya ianya akan diberi kepada haiwan.
Bagaimanapun, pemujaan roh ini mungkin tidak akan
dilakukan oleh sesebuah keluarga sekiranya mereka
mengalami kecelakaan seperti kemalangan atau kematian
salah seorang ahli keluarga menjelang perayaan Deepavali.
Hal ini demikian kerana upacara kematian dan pemujaan roh
sudah diadakan ataupun roh orang yang baru mati itu baru
sahaja disucikan oleh api dan tidak perlu lagi dipuja,
memadailah mengingatinya sahaja.
6.2.3Tempat khusus sambutan dijalankan
Amalan balik kampung turut menjadi salah satu kemestian
bagi penganut agama Hindu untuk menyambut perayaan
Deepavali di kampung halaman bersama sanak saudara.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 16
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Bagi hari pertama Deepavali iaitu sebelah pagi, selepas
bermandikan minyak bijan dan memakai pakaian baru,
penganut agama Hindu akan bersembahyang di rumah
mereka dan seterusnya di kuil sebelum pulang untuk
bersarapan. Seboleh-bolehnya penganut agama Hindu tidak
akan keluar rumah untuk seharian bersama keluarga dan
melayan tetamu yang datang bertandang.
Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Lakshmi, iaitu dewi
kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah
mereka pada hari Deepavali. Jadi segala persiapan telah
dibuat untuk menyambutnya.
Dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan dan kemakmuran
6.3 Persiapan Sambutan Perayan
6.3.1Sebelum perayaan
Seperti kemeriahan perayaan lain, penganut agama Hindu
juga membuat persiapan awal, biasanya bermula sebulan
sebelum perayaan itu bagi menjadikan sambutan Deepavali
mereka lebih bermakna tahun demi tahun. Mereka
membersihkan rumah dan juga membuat kuih-muih
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 17
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
tradisional seperti muruku, neiurundai, atherasam, omapodi,
halwa, laddu, palkova, bundhi, achi muruku dan chippi. Tetapi
pada masa kini, biskut dan kek juga merupakan juadah hari
Deepavali selain daripada kuih-muih tradisional masyarakat
India. Walau bagaimanapun, bagi golongan wanita yang
bekerja, kebanyakan mereka berpeluang membeli pelbagai
kuih tradisional, kek dan biskut yang dijual di gerai-gerai yang
didirikan sempena sambutan perayaan Hari Deepavali.
Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membeli
pakaian baru seperti sari dan sut punjabi untuk perempuan
dan kurta untuk lelaki, pelbagai jenis aksesori seperti gelang
tangan dan kaki serta peralatan hiasan rumah untuk
sambutan hari Deepavali.
Sesetengah penganut agama Hindu juga membersihkan diri
dan jiwa mereka dengan mengamalkan puasa, hanya makan
sayuran, dan bermeditasi pada hari-hari tertentu sebelum
perayaan Deepavali disambut.
Kad ucapan juga biasanya dihantar kepada beberapa pihak
sebagai satu cara mengucapkan selamat Hari Deepavali
kepada orang tersayang, ibu bapa, kenalan dan sanak
saudara yang terdekat. Malah apa yang menariknya, kad
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 18
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
ucapan turut dihantar oleh rakan taulan pelbagai kaum di
negara ini dengan semangat muhibah. Pada masa sekarang,
kad ini dihantar dalam bentuk e-mel, sistem pesanan ringkas
(sms) dan sistem pesanan bergambar (mms).
Sehari sebelum perayaan Deepavali, rumah akan dihiasi
dengan langsir baru, kad-kad ucapan yang diterima, pelita
atau lampu dan kolam yang dihiasi indah di hadapan pintu
masuk ke dalam rumah. Bagi penganut agama Hindu,
sambutan Deepavali kurang serinya kalau kediaman tidak
dihiasi dengan kolam, biarpun kecil tetapi mesti ada. Kolam
adalah lukisan bermotifkan bunga-bungaan di atas lantai
rumah yang diperbuat daripada beras berwarna-warni. Selain
mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di
sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada
serangga-serangga kecil seperti semut. Ini secara tidak
langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat
kolam tersebut. Hiasan kolam juga merupakan lambang
penyembahan dewa Lakshmi, dewi kekayaan yang dipercayai
hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai
hiasan kolam di pintu masuk rumah mereka.
Hiasan kolam di pintu masuk rumah
Kemeriahan perayaan Hari Deepavali lebih menyerlah
seandainya barisan pelita yang diperbuat daripada tanah liat
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 19
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
disusun rapi menghiasi kawasan persekitaran rumah
penganut agama Hindu. Perbuatan menyusun pelita itu amat
penting kerana ia secara langsung menterjemahkan maksud
kegelapan hidup yang dilalui selama ini akan diterangi cahaya
yang membawa kebahagiaan dan kesejahteraan.
Barisan pelita di persekitaran rumah penganut agama Hindu
Sehari sebelum Deepavali disambut juga, kaum wanita sibuk
memasak juadah untuk dipersembahkan semasa upacara
memperingati sanak saudara yang telah meninggal dunia
yang akan diadakan pada hari tersebut. Pelbagai juadah
kegemaran sanak saudara yang telah meninggal dunia
disediakan.
6.3.2Semasa perayaan
Pada pagi Deepavali, seawal pukul 3 pagi, penganut agama
Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan
rumah. Kuih-muih serta buah-buahan untuk upacara
pemujaan diletakkan di atas daun pisang bersama-sama
dengan pakaian baru dengan dikelilingi pelita yang sedang
menyala untuk melambangkan sesuatu yang baik. Pada waktu
tersebut, sebiji buah kelapa akan dibelah dua dan
kemudiannya diletakkan di tempat hidangan. Ini diikuti
dengan upacara sembahyang oleh setiap ahli keluarga sambil
membakar setanggi dan kemenyan.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 20
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Seterusnya, ketua keluarga akan meletakkan sedikit minyak
bijan ke atas kepala setiap ahli keluarga sebelum mereka
mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri. Selepas
upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang
baru, mereka sekeluarga akan memakai pakaian baru mereka
itu.
Bagi kaum wanita, mereka memakai sari iaitu sebidang kain
berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dililit pada badan
dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas
bahu kiri. Kanak-kanak perempuan pula dan juga sesetengah
kaum wanita memakai salwar kameez atau dikenali sebagai
baju punjabi iaitu blaus panjang yang dipadankan dengan
seluar panjang yang longgar. Kanak-kanak perempuan juga
ada yang memakai pavadai thavani iaitu berupa skirt panjang
yang dililit dengan separuh daripada kain sari.
Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai kurta iaitu sejenis
pakaian berupa kemeja panjang yang sampai ke lutut dan
lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen. Kemudian,
mereka sekeluarga akan bersembahyang lagi di rumah
mereka. Ini diikuti dengan kunjungan ke kuil di mana patung
dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 21
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Bagi menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia,
masyarakat India tidak akan menjamah sebarang makanan
sebelum mereka habis menghadiri upacara sembahyang di
kuil. Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang telah
tiada, tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan
kesejahteraan diri dan keluarga.
Sedikit sama cara amalan raya Deepavali dan Aidilfitri,
mendapat restu daripada orang tua sebelum bersarapan
dengan keluarga adalah satu amalan yang wajib. Pada hari ini,
pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan
mendapat penghargaan. Anak-anak digalakkan sujud di kaki
ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta
restu.
Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan
yang dimasak seharusnya “vegetarian” iaitu hanya makanan
yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan).
Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada
hari yang bermakna ini.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 22
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Tetapi pada masa kini, terdapat juga penganut yang memasak
makanan yang bukan “ vegetarian”. Deepavali tetap diserikan
dengan banyak makanan tradisi yang enak seperti tosai,
capati, idli, idiyapum, puttu, kari ayam, kari kambing dan
pemanis mulut seperti halwa dan laddu yang memenuhi meja.
Semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan bersama.
Sesetengah penganut agama Hindu akan mengadakan
sambutan perayaan secara besar-besaran dengan
menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu sanak-saudara
dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Hindu.
Sambutan sebegini selalunya berlangsung dalam tempoh satu
atau dua hari dan dapat mengeratkan perpaduan di kalangan
masyarakat di Malaysia dan menyemarakkan lagi semangat
1Malaysia. Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-
kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit ini
selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak
melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna. Amalan
ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali.
Sesetengah daripada mereka akan berkunjung ke rumah
saudara dan sahabat handai. Di kalangan penganut agama
Hindu, perayaan Deepavali yang muncul setahun sekali
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 23
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
sememangnya ditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk
mereka merapatkan hubungan persaudaraan sesama ahli
keluarga, sanak saudara dan teman-teman.
Rumah terbuka yang diadakan pada Hari Deepavali
Di negara kita, perayaan Deepavali telah diisytihar sebagai
cuti umum di seluruh negara, maka amalan kunjung-
mengunjung dapat dilakukan. Amalan ini mencerminkan
semangat kekitaan dan perpaduan serta keharmonian hidup
berbilang kaum di Malaysia.
Makanan, kuih tradisional dan manisan juga dihantar kepada
jiran-jiran terdekat tidak kira bangsa dan agama supaya
Deepavali yang disambut menjadi lebih meriah.
Pada waktu malam hari Deepavali, bukan sahaja lampu-lampu
pelita dinyalakan malahan lampu-lampu moden yang
berwarna-warni turut dipasang.
6.3.3Selepas perayaan
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 24
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih
diteruskan selama beberapa hari selepas Hari Deepavali untuk
mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim.
Di Malaysia, kebanyakan rumah-rumah terbuka yang
dianjurkan oleh penduduk beragama Hindu di sesebuah
taman perumahan serta rumah terbuka peringkat daerah,
negeri atau kebangsaan anjuran pemimpin negara dan kaum
juga diadakan beberapa hari selepas Hari Deepavali itu
sendiri. Melalui amalan rumah terbuka, persefahaman di
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat
dipupuk.
Semua rakyat tidak kira tua, muda, besar dan kecil dijemput
hadir ke majlis rumah terbuka tersebut. Khemah dipasang dan
penyediaan makanan dilakukan secara gotong-royong.
Upacara tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan
tradisional dan moden yang sungguh lazat seperti nasi
beriani, kari ayam, kurma, tosai, muruku, achi muruku,
omapodi dan manisan seperti laddu dan neiurundai
disediakan untuk dijamu selera oleh semua yang hadir di
jamuan tersebut.
6.3.4Peraturan/pantang larang/amalan sampingan
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 25
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Salah satu amalan yang masih diikuti sehingga hari ini ialah
amalan berkabung bagi menghormati sanak saudara yang
telah meninggal dunia. Semua ahli keluarga terdekat bagi
seseorang yang telah meninggal dunia dilarang menyambut
perayaan Deepavali selama setahun, kecuali melawat ke
rumah rakan-rakan seagama. Selain penghormatan kepada
ahli keluarga yang telah tiada, tindakan ini juga bertujuan
mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga.
Manisan berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu.
Manisan seperti jilepi, mysore pak, palkova, halwa, laddu dan
atherasam dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutan
Deepavali lebih bermakna dalam kehidupan setiap
penganutnya. Kehadirannya bukan sahaja dijadikan penyeri di
atas meja, malah merupakan pelengkap identiti bagi perayaan
masyarakat India. Manisan merupakan acara pembuka bagi
perayaan hari Deepavali kerana dikatakan membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan
yang berpanjangan ke dalam diri seseorang. Mengikut
kepercayaan penganut agama Hindu, manisan yang dibuat itu
tidak boleh dimakan selagi manisan itu belum mendapat restu
daripada Tuhan. Maka, pada pagi Deepavali, masakan dan
beberapa jenis manisan dipersembahkan semasa penganut
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 26
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Hindu bersembahyang di rumah, untuk mendapat restu
daripada Tuhan. Selepas bersembahyang, barulah hidangan
dengan pelbagai manisan yang disediakan dan juga makanan
istimewa lain boleh dinikmati.
Manisan wajib disediakan semasa perayaan hari Deepavali memandangkan
manisan merupakan tanda pengenalan atau identiti masakan kaum India
Walaupun sibuk macam-mana sekalipun, penganut agama
Hindu akan masak sekurang-kurangnya satu jenis kuih
tradisional seperti muruku, omapodi atau achi muruku di
rumah mereka. Ini adalah kerana mengikut kepercayaan
penganut agama Hindu, kalau periuk tak berisi minyak,
maknanya ada kematian di rumah mereka.
Seorang penganut agama Hindu sedang menyediakan muruku bagi
sambutan Hari Deepavali
6.4 Kesan perayaan
6.4.1Keluarga
Pelbagai jenis perayaan antara kaum memang memberi kesan
terhadap institusi kekeluargaan. Setiap perayaan merupakan
penantian bagi ahli keluarga pada setiap tahun untuk bertemu
dengan sanak saudara dan rakan-rakan yang datang
berkunjung ke rumah. Biasanya sanak-saudara yang
berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 27
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
perayaan ini. Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati
masing-masing.
Sanak saudara berkumpul dan bersama-sama meraihkan Hari Deepavali
dengan penuh kemeriahan
Pada kebiasaannya sepanjang sebulan sebelum Hari
Deepavali disambut, setiap keluarga akan sibuk membuat
persiapan di rumah termasuk membuat kuih-muih, menjahit
langsir dan alas meja serta membersihkan rumah. Situasi
seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Bagi penganut agama Hindu, hubungan kekeluargaan
semakin erat apabila mereka bersarapan pagi dan makan
tengah hari bersama pada Hari Deepavali yang melibatkan
seluruh ahli keluarga. Persediaan makanan tersebut juga
dilakukan bersama-sama oleh ahli keluarga.
Selain itu, amalan anak-anak memohon restu daripada ibu
bapa dan orang tua dan amalan isteri memohon restu
daripada suaminya pada Hari Deepavali akan menimbulkan
suasana harmoni dalam keluarga.
6.4.2Perpaduan
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 28
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Perayaan dapat menghidupkan perpaduan di antara
rakyat, ini kerana semua orang yang ada di Malaysia
atau di mana juga tidak kira agama dan bangsa mereka
mempunyai perayaan masing-masing. Di hari perayaan,
amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjung
menjadi amalan rutin perayaan supaya dapat disambut
bersama dan kemeriahannya juga dikongsi bersama.
Justeru itu, perpaduan dan keeratan hubungan antara
kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.
Dengan adanya perpaduan, kita mampu mewujudkan
suasana kehidupan yang harmoni, kestabilan politik,
kekuatan ekonomi dan keseimbangan sosial dalam
masyarakat dan negara. Bukan mudah bagi sebuah
negara yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup
dengan rukun damai serta saling hormat-menghormati
antara satu sama lain. Keadaan yang aman ini telah
membolehkan kerajaan merancang pembangunan
negara dan membawa kemajuan dan kemakmuran
untuk rakyat jelata. Perpaduan adalah kunci kepada
keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan
negara.
Semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yang
terjalin antara rakyat pelbagai kaum semasa majlis
rumah terbuka diadakan merupakan faktor penting bagi
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 29
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
memastikan generasi baru Malaysia terus menikmati
suasana kehidupan yang harmoni.
6.4.3Pelancongan
Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat
semasa perayaan berlangsung kerana ramai pelancong
asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan
ini kerana mereka ingin menghayati secara lebih dekat
perayaan yang ada di Malaysia ini yang dianggap unik
dan mempunyai sentuhan sendiri. Aset ataupun daya
tarikan ini mempunyai potensi yang besar untuk
diperluaskan lagi agar negara Malaysia dapat terus
dipromosikan sebagai satu destinasi pelancongan yang
terkenal bagi pelancong-pelancong asing. Ini akan
mempunyai kesan gandaan ke atas ekonomi negeri ini
di mana sektor perhotelan dan perkhidmatan-
perkhidmatan lain juga akan turut berkembang di
samping menyediakan peluang-peluang pekerjaan
kepada rakyat di negara ini. Seperti mana kita sedia
maklum, industri pelancongan berupaya memberi
sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara.
Rumah-rumah terbuka yang diadakan sempena sesuatu
perayaan itu mencerminkan identiti masyarakat yang
harmonis di mata pelancong asing. Pada hari ini,
Malaysia sudah terkenal hampir seluruh pelosok dunia
sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 30
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
bangsa yang hidup dalam suasana aman, bersatupadu
dan saling menghormati antara satu sama lain
walaupun mempunyai perbezaan daripada segi suku
kaum, bangsa, kepercayaan dan adat resam.
Sebenarnya, keunikan inilah yang menjadi teras
perpaduan dan kecemerlangan bangsa Malaysia
sehingga menjadi negara contoh kepada negara-negara
lain di dunia yang sering menghadapi berbagai-bagai
masalah sosial dan politik.
6.4.4Peluang perniagaan
Perayaan Hari Deepavali memberi peluang perniagaan
kepada para peniaga untuk menjual barangan yang
diperlukan untuk persiapan sambutan perayaan seperti
pelita, lampu elektrik berwarna-warni, hiasan rumah,
pakaian tradisional dan kuih-muih.
Banyak gerai-gerai sementara juga didirikan sempena
sambutan perayaan ini. Terdapat suri rumah yang
mengambil peluang membuat kuih dan biskut yang
mempunyai pelbagai rupa dan rasa. Secara tidak
langsung, kemunculan perayaan telah membolehkan
masyarakat Malaysia meningkatkan sumber pendapatan
mereka.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 31
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan sempena sambutan Hari Deepavali
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 32
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
7.0 RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyiapkan kerja kursus Sejarah
saya ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan
kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang
telah saya pelajari.
Melalui kerja kursus ini, saya telah dapat menguasai kemahiran
membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta
meningkatkan kemahiran berkomunikasi saya.
Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa bangga dan bersyukur
kerana di negara kita terdapat masyarakat pelbagai bangsa dan
agama yang turut sama memeriahkan perayaan Hari Deepavali
yang disambut oleh penganut agama Hindu.
Kajian ini telah menyedarkan saya bahawa kita sepatutnya
bekerjasama untuk mengekalkan pelbagai perayaan tradisi yang
disambut oleh masyarakat di Malaysia dengan mengamalkan
amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan supaya
perpaduan kaum dapat dipupuk.
Di samping itu, kita haruslah bersatu padu dan berharmoni sesama
kaum. Untuk merealisasikan misi 1Malaysia, tidak seharusnya ada
sebarang salah faham di antara kaum. Dengan ini, kita dapat
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 33
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
mengekalkan keharmonian di negara ini sekaligus mengeratkan lagi
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Kita juga haruslah bertimbang rasa supaya tiada kaum di Malaysia
yang akan tersisih tetapi sebaliknya merasa kegembiraan berada di
bumi negara ini. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang
aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Saya amat
menyayangi negara Malaysia.
Salam Satu Malaysia.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 34
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
8.0 LAMPIRAN
Kad ucapan Hari Deepavali
Kad ucapan Deepavali yang dihantar kepada kawan-kawan dan sanak saudara terdapat dalam pelbagai rupa, bentuk dan saiz.
Menyalakan Pelita Pada Hari Deepavali
Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang
menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.
Kuih-muih Tradisional Masyarakat India
Muruku Atherasam Neiurundai OmapodiKuih-muih tradisional masyarakat India yang disediakan sempena sambutan
Hari Deepavali
Upacara Mengingati Ahli Keluarga Yang Meninggal Dunia
Upacara memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia yang diadakan sehari sebelum Deepavali
Hiasan Kolam
Hiasan kolam memeriahkan suasana Deepavali
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 35
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Upacara Mandi Minyak
Upacara mandi minyak bijan pada pagi Hari Deepavali sebagai lambang penyucian badan dan semangat
Pakaian Baru Pada Hari Deepavali
Penganut agama Hindu berpakaian baru pada hari Deepavali
Pakaian Tradisional Kaum India
Sari Salwar kameez Kurta Pavadai thavaniPakaian tradisional kaum wanita, lelaki dan kanak-kanak yang dipakai pada
Hari Deepavali
Pada Hari Deepavali
Penganut agama Hindu bersembahyang di rumah sebelum mengunjungi kuil
Suasana di kuil semasa Hari Deepavali Beberapa juadah hari Deepavali
Suasana meriah Deepavali di rumah. Manisan merupakan hidangan wajib pada
sambutan Deepavali
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 36
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Rumah Terbuka Pada Hari DeepavaliAmalan rumah terbuka Deepavali yang dapat memupuk perpaduan melalui
perkongsian perayaan ini dalam suasana yang aman dan harmoni
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 37
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
9.0 RUJUKAN
Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali
http://www.kosmo.com.my
http://www.mstar.com.my
Buku ilmiah
Muhammad bin Harun, 2007, Siri Adat dan Budaya Masyarakat Malaysia-Adat dan Budaya Masyarakat India, Scientific Focus Sdn. Bhd.
Zabri Zakaria, 2005, Siri Variasi Seni dan Budaya - Perayaan Masyarakat Majmuk
Zabri Zakaria, 2005, Siri Variasi Seni dan Budaya - Pantang Larang dalam Masyarakat
Akhbar
Berita Minggu,18 Oktober 2009
Utusan Malaysia,17 Oktober 2009
Berita Harian, 20 Oktober 2009
Berita Harian, 18 Oktober 2009
Majalah
Dewan Budaya,Oktober 2009, halaman 10 -19
Orang Sumber
Puan Jaya yang beralamat di No.1, Jalan SS2/7, Petaling Jaya, Selangor.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 38