Folio Sivik & Kewarganegaraan -Kepelbagaian Kebudayaan dI Malaysia (Pakaian) TINGKATAN 2
Folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
-
Upload
reva-t-wardan -
Category
Documents
-
view
26.474 -
download
2
Transcript of Folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
FOLIO PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANWARISAN KEPELBAGAIAN MALAYSIA)
NAMA: REVATHI A/P WARDANTINGKATAN: 4 BERLIANNO. MAKTAB: 114124
KANDUNGAN
2.1 Tajuk kajian
2.2 Penghargaan
2.3 Matlamat kajian
2.4 Objektif kajian
2.5 Kaedah pengumpulan
2.6 Pelaksanaan kajian
2.7 Hasil kajian
2.8 Membuat refleksi
2.9 Lampiran
2.10 Rujukan
TAJUK KAJIAN
TEMA 4
WARISAN KEPELBAGAIAN MALAYSIA (hasilkan folio tentang perayaan-
perayaan pelbagai kaum di Malaysia
PENGHARGAAN
Saya, Revathi a/p Wardan, pelajar Tingkatan 4 Berlian, ingin memanjatkan
kesyukuran kerana telah berjaya menyiapkan foilio ini. Terima kasih juga saya ucapkan
kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan sokongan serta
bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga telah banyak memberikan maklumat-
maklumat tambahan. Tugasan kami mungkin bertambah sukar lagi tanpa bantuan dan galakan
mereka. Sekalung ucapan penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah,
Maktab Rendah Sains Mara Muar,Johor terutama kepada Ayahanda Tuan Pengetua,
En. Abdul Rahim Bin Mohamad dan En. Tengku Shamsul Baharin, guru Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam
menyiapkan tugasan ini sekaligus membimbing saya melaksanakan kajian ini. Ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan yang lain yang banyak membantu dan memberikan
kerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat folio ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menyiapkan folio ini.
MATLAMAT KAJIAN
Mengaplikasikan pengetahuan serta nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik
darjah
Menyedarkan pelajar tentang betapa pentingnya mengetahui agama dan
perayaan kaum lain di negara ini.
Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat,agama dan negara.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal perayaan dan latar belakangnya dengan lebih dekat.
Menanamkan sikap menghormati perayaan kaum lain di negara ini.
Membangkitkan semangat patriotik di kalangan pelajar.
KAEDAH PENGUMPULAN
Mengkaji bahan-bahan rujukan seperti buku sejarah, majalah dan berita-berita
tertentu.
Membuat perbincangan atau temu bual dengan guru sejarah yang mempunyai
pengetahuan.
Mencatat,menulis dan menaip bahan-bahan yang diperoleh dengan lengkap
PELAKSANAAN KAJIAN
Mengatur tugas dengan efektif dan tersusun.
Menyediakan gambar dan bahan-bahan yang berkaitan sebagai lampiran.
Mengarang atau menulis bahan-bahan dalam bentuk yang mudah difahamidan
sempurna.
HASIL KAJIAN
A) HARI RAYA AIDILFITRI
LATAR BELAKANG:
Hari Raya Aidilfitri (Arab: الفطر Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada' ;عيد
1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari
Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan
oleh umatIslam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan
lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya
bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia
merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)
ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan,
ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim
Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada
sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
ZAKAT FITRAH DAN TAKBIR
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat
fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa
itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan
puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat
Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit
berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri
adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar
menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi
lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Apabila tarikh Hari Raya telah
ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah.
Tempoh bertakbirbagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari
terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1
Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
SIMBOL:
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah
juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang
dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan
bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang,
lontong, dodol, dan kuih raya. Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti
kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan
lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai
simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
PERSIAPAN:
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai.
Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan
perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan
di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan
ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama
beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh
raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang
pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara
dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
AMALAN LAZIM:
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan
ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara
mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian
mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan
bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya
adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali
persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah
kepada Allah. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari
Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanakmelalui
sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi
daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang
Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu
hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan
syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang
kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan
pemberian hadiah-hadiah. Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan
Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila
malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang
bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah
tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan
membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana
merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan
elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada
bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang
bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah
menerangi masjid-masjid kami.", dan juga riwayat dari Umar ( عنه الله (رضى
menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah
akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " .
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang
bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga
sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang
pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan
dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.
PAKAIAN:
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di
Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di
bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi
mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005,
pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi
dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada
bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
B) HARI DEEPAVALI
LATAR BELAKANG:
Hari Deepavali (Hindi: दि�पा�वली�, Tamil: தீபா�வளி�) juga dikenal
sebagai Diwali dan Divali (Hindi: ��व�ली�) merupakan perayaan yang disambut oleh
semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti
di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti
cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut
pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja
Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh
oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar
mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang
baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar
berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang
dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai
perayaan Deepavali.
KEPENTINGAN DALAM AGAMA HINDU:
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan,
serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan
kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang
diceritakan dalam Ramayana. Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu
pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh
sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah
menjadi Divali, terutamanya di India utara. Pada hari Deepavali, ramai yang memakai
pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India
utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka
pada hari ini.
CERITA BERKAITAN DEEPVALI:
Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan
Deepavali:
Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama,
Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14
tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh
raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita
sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama
pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi
bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih
awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar
Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum
hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam
bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama,
isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini
dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta
rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu
Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya
berwarna-warni.
Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan
bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan)
untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai
kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja
Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma
sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya
mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukankalasha dengan 21 benang dalamnya dan
21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri
vrata.
Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali.
Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna
memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra
dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para
penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah
golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu
perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus
mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan
sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk
kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu.
Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat
Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan
lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui
keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai,
namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan
secara terperinci dalam Bhagavad Gita.
Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana,
Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi
setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan
'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.
SAMBUTAN DEEPAVALI DI MALAYSIA:
Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan
dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana
patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk
rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas
tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan
"kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi(Dewi kekayaan).
C) TAHUN BARU CINA
LATAR BELAKANG:
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.) Tahun
Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga
dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi sepertidaging itik, daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat
golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan
nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih
belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias
yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina,
perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Tahun Baru
Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang
Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong Macau , Filipina, Singapura, Taiwan,
Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan
bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim
qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan
Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
SEJARAH:
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12
ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah
diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari
dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut
catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja
pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10
pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau
kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah
sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal
sampai masa ini.
JAMUAN PERTEMUAN SEMULA:
Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán
fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada
tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini
biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat
kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina
Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan
sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián
yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年年有余), yang bermakna "semoga
ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap
tahun."
AMALAN TAHUN BARU:
Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红
包, pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利
是, 利市 atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang
sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-
mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi
sampul merah ini kepada kanak-kanak. Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang,
sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula
(bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang
tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka
4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati,
maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8
dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu
didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.
Pasar Tahun Baru
Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru.
Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga,
mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk
kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.
Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada
zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim
perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap
batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan
berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi
meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan
ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi
satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.
PAKAIAN:
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.
MEMBUAT REFLEKSI
1.Kejayaan kajian
Projek ini berjaya mencapai objektif yang dihasratkan.
Mengumpulkan cerita / kisah patriotik.
2. Masalah kajian
Mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat atau tugasan yang
ditetapkan.
Kekurangan rujukan tempatan tentang perayaan-perayaan tersebut.
3. Cara Mengatasi Masalah
Mencari maklumat melalui internet
LAMPIRAN
A) HARI RAYA AIDILFITRI
B) HARI DEEPAVALI
C) TAHUN BARU CINA
RUJUKAN
http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanDeepavali.htm
www.harian-metro-online.com/tag/hari-raya-aidilfitri
www.harian-metro-online.com/tag/tahun-baru-cina