Folio Geografi(VIKNESH)
-
Upload
viknesh-the-king -
Category
Documents
-
view
2.553 -
download
5
Transcript of Folio Geografi(VIKNESH)
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2009
Tajuk kajian:
PETEMPATAN DI KAWASAN KG.
SELAYANG BARU DAN
PERBANDINGANNYA DENGAN KAWASAN
LAIN (WOODLAND, SINGAPURA)
ISI KANDUNGAN
Tajuk i
Isi Kandungan ii
Penghargaan 1
Pendahuluan 2
Objektif kajian 3
Kawasan kajian 4-7
Kaedah kajian 8-9
Dapatan kajian1. Jenis dan pola petempatan 10-12
2. Faktor yang mempengaruhi petempatan 13-14
3. Fungsi petempatan 15
4. Masalah petempatan 16-17
5. Langkah mengurangkan masalah petempatan 18-19
Rumusan 20-21
Rujukan 22
Lampiran 23
Penghargaan
Saya Mohamad Azmeer Bin Abdul Jabir ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru geografi saya iaitu, Puan Teo Gee Seow yang telah memberi bimbingan dan
tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini.
Sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya iaitu Abdul Jabir bin Wazir Khan
Fatahudin yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
folio ini.
Tidak ketinggalan juga , kepada kawan-kawan saya iaitu Muhammad Sarifudin,
Muhammad Firman Hadi, Muhammad Zulfikar, Muhammad Aris dan Ameirul Hafizi
yang telah memberi tunjuk ajar dan tanpa mereka, folio ini mungkin tidak dapat di
siapkan dengan sempurna. Mereka juga telah memberi banyak maklumat mengenai kerja
kursus ini.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
telah terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya penduduk di Jalan 29,
Selayang Baru yang telah pun memberikan kerjasama berkongsi maklumat dalam
melengkapkan kajian ini.
Pendahuluan
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk ‘Petempatan di kawasan
Selayang Baru dan perbandingannya dengan kawasan lain (Woodland, Singapura)’
sebagai memenuhi keperluan kerja kursus Geografi PMR 2009 saya. Tempoh masa
kajian yang telah diambil oleh saya untuk menyelesaikan tugasan ini ialah selama 2 bulan
lebih.
Saya telah memilih Selayang Baru, Selangor sebagai kawasan kajian kerana
pemilihannya dilihat dapat memenuhi tema kajian yang saya jalankan. Di kawasan
Selayang Baru terdapat pelbagai jenis petempatan yang menyumbang kepada
kepelbagaian fungsi sebagai sesebuah kawasan petempatan. Selain itu, Selayang Baru
juga terletak berhampiran dengan kawasan sekolah saya yang sekaligus memudahkan
saya untuk menjalankan kajian ini.
Sementara itu, saya juga telah membuat perbandingan tentang petempatan di
Selayang Baru dengan petempatan di Woodland, Singapura. Saya memilih Woodland,
Singapura sebagai negara bandingan kerana saya ingin membandingkan petempatan di
Malaysia dengan petempatan di sebuah negara yang lebih kecil seperti di Singapura.
Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini adalah untuk:
Mengkaji jenis dan pola petempatan Selayang Baru dan perbandingannya dengan
Woodland, Singapura.
Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pola petempatan di kedua-dua
buah kawasan.
Menghuraikan fungsi petempatan di Selayang Baru dengan perbandingannya di
Woodland, Singapura.
Menghuraikan masalah-masalah petempatan di Selayang Baru.
Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di
Selayang Baru dan perbandingannya, Woodland, Singapura.
Menerapkan nilai-nilai dan unsur-unsur patriotisme terhadap kawasan Selayang
Baru.
Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Kg.Selayang Baru, Selangor.
Kg.Selayang Baru bermula pada tahun 1965 dengan penempatan semula penduduk
daripada beberapa buah kampung seperti Kg. Sg. Baru, Kg. Bharu, Kg. Keramat, Kg.
Paintai, Kg. Kerinci, Kg. Konggo, dan Kg. Siam. Kg. Selayang Baru ini telah di
pengerusikan oleh Hj, Mohammad bin Saadon dan mempunyai dua bahagan pentadbiran
politik iaitu Parlimen Selayang dan Gombak.
Berdasarkan hasil bancian penduduk pada tahun 2000, Kg. Selayang Baru ini
memiliki jumlah penduduk seramai 164, 812 orang. Penduduk di Kg. Selayang Baru ini
terdiri dari berbilang kaum dengan majoriti penduduknya ialah orang Melayu iaitu 60%,
diikuti dengan kaum-kaum lain seperti Cina 25%, India 10% dan Lain-lain 5%.
Bentuk muka bumi di sekitar Kg. Selayang Baru ialah kawasan tanah pamah. Hal
ini kerana, Kg. Selayang Baru pada peringkat awalnya ialah sebuah tapak lombong bijih
timah yang diliputi sebanyak 40% dan selebihnya adalah hutan pokok getah. Namun kini,
Kg. Selayang Baru telah pesat membangun dengan bangunan kediaman dan rumah kedai
selain dari tapak-tapak kerajaan dan kawasan perumahan baru.
Lokasi Kg. Selayang Baru terletak tengah-tengah daerah Gombak, Selangor dan
besempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sebelah selatannya. Pekan
yang terdekat dengan kawasan kajian ialah Selayang Centre Point yang terletak lebih
kurang 1 km dari kawasan kajian. Jarak relatif dari bandar Selayang Centre Point ke Kg.
Selayang Baru dengan berjalan kaki ialah 15 minit sementara tempoh masa 5 minit
diambil beserta kos sebanyak RM0.50 sekiranya menggunakan perkhidmatan bas Metro.
Kaedah Kajian
Bagi mendapat maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian ini, beberapa kaedah
telah saya gunakan iaitu:
1. Pemerhatian
Saya dan beberapa orang rakan sekelas telah menjalankan permerhatian terhadap
petempatan penduduk di Jalan 29, Selayang Baru pada 20 Jun, 2009. Antara
aspek-aspek yang diperhatikan ialah jenis-jenis perumahan dan bangunan yang
terdapat di kawasan tersebut beserta dengan bilangannya.
2. Temu bual
Saya besama beberapa orang rakan sekelas telah menemubual 4 orang penduduk
di Kg. Selayang Baru tentang sejarah dan jenis pekerjaan penduduk di Kg.
Selayang Baru. Melalui maklumat lisan yang diperolehi, ia dapat menambahkan
koleksi maklumat dan data yang dikumpul untuk tujuan kajian geografi tempatan
ini serta menjimatkan masa.
3. Rujukan
Saya telah membuat rujukan mengenai negara bandingan iaitu Singapura di
perpustakaan sekolah. Saya juga telah banyak merujuk kepada buku rujukan serta
buku teks Geografi Tingkatan 2 dan 3 untuk menulis dapatan kajian. Di samping
itu, saya juga telah membuat rujukan pada nota yang telah diberi oleh guru
tentang nama dan sejarah Kg. Selayang Baru
4. Melayari Internet
Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya telah melayari beberapa
buah laman web untuk mendapatkan peta negara Singapura serta memperoleh
maklumat tambahan berkaitan dengan Singapura.
Dapatan Kajian
1. Jenis dan pola petempatan
a) Kg. Selayang Baru
Jenis petempatan di Kg. Selayang Baru ialah bandar kerana ia terletak
behampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur dan dapat dihubungkan dengan
jalan-jalan raya utama seperti Jalan Kuching, Jalan Rawang dan Lebuhraya
Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Selain itu, Kg. Selayang Baru juga dikategorikan
sebagai bandar kerana terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jaringan
pengangkutan, sekolah, balai raya, kolam renang awam dan sebagainya.
Bagi pola petempatan pula, Kg. Selayang Baru mempunyai pola
petempatan yang berpusat tetapi tidak terancang. Kediaman penduduk dibina
rapat dan padat dengan susun aturnya berlapis-lapis. Rumah dan bangunan dibina
bertumpu di sekeliling bangunan penting seperti sekolah dan surau yang
memudahkan akses penduduk untuk ke tempat tersebut. Oleh itu, saya sebagai
salah seorang penduduk di Kg. Selayang Baru berasa bangga dan bersyukur
kerana Kg. Selayang Baru mempunyai kawasan petempatan yang berpusat dan
semakin membangun ini.
Sementara itu, berdasarkan hasil pemerhatian yang dibuat di sepanjang
Jalan 29, Kg. Selayang Baru, terdapat pelbagai jenis bangunan dan rumah yang
telah dibina seperti rumah banglo setingkat dan dua tingkat, rumah kedai setingkat
dan dua tingkat, rumah kayu dan lain-lain jenis bangunan. Hasil pemerhatian yang
lebih terperinci dapat dilihat pada jadual di muka surat seterusnya.
Jenis bangunan Bilangan (buah) Peratus (%) Darjah (°)
Banglo setingkat 5 7 25
Banglo dua tingkat 15 22 79
Rumah kedai setingkat 12 17 61
Rumah kedai dua tingkat 30 44 158
Rumah kayu 5 7 25
Lain-lain 2 3 12
Jumlah 69 100 360
Sumber : Pemerhatian sendiri
Jadual 1 : Jenis bangunan di sepanjang Jalan 29, Selayang Baru
b) Woodland, Singapura
Jenis petempatan di Woodland, Singapura juga ialah bandar kerana sama
seperti di Kg. Selayang Baru, pelbagai jenis kemudahan awam turut terdapat di
Woodland. Contoh yang terbaik ialah kemudahan jaringan pengangkutan seperti
stesen MRT (Mass Rapid Transport) yang menghubungkan antara satu tempat ke
satu tempat selain kemudahan-kemudahan seperti sekolah, pusat membeli-belah
dan kawasan rekreasi.
Bagi pola petempatan pula, Woodland mempunyai pola petempatan yang
berpusat, yakni kediaman penduduk dibina rapat dan padat. Namun begitu,
Woodland mempunyai pola petempatan berpusat yang terancang, berbeza dengan
Kg. Selayang Baru. Pembangunan di Woodland ditumpukan pada bahagian
tengah, selatan dan timur kawasan tersebut manakala kawasan perumahannya
terdapat di bahagian utara. Di sini, kebanyakan rumah-rumah yang dibina adalah
dari jenis rumah pangsa dan kondominium.
2. Faktor yang mempengaruhi petempatan
a) Kg. Selayang Baru
Sejarah
Petempatan di Kg. Selayang Baru dipengaruhi oleh faktor sejarah melalui
aktiviti penempatan semula 38 buah keluarga dari beberapa buah kampung ke Kg.
Selayang Baru pada 12 Julai, 1965. Dalam tempoh dua tahun awal pemindahan,
Kg. Selayang Baru hanya dibekalkan dengan kemudahan awam seperti paip air
awam, sebuah surau dan perkhidmatan bas. Kemudahan awam yang lain seperti
sekolah, dewan orang ramai, bekalan air dan elektrik, jalan berturap, pasar harian
dan klinik telah mula dibina secara berperingkat-peringkat. Oleh sebab itu, Kg.
Selayang Baru memiliki petempatan yang berpusat namun tidak terancang.
Kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi penduduk di Kg. Selayang Baru turut mempengaruhi
petempatan di kawasan ini.Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang
terdapat di Kg. Selayang Baru terutamanya kegiatan perniagaan Di samping itu,
selain bidang perniagaan, sebahagian penduduk Kg. Selayang Baru juga turut
terlibat dalam bidang perkhidmatan seperti menjadi guru di sekolah-sekolah yang
terletak di dalam kawasan kajian ini.
b) Woodland, Singapura
Bentuk muka bumi
Di Woodland, Singapura, petempatan penduduknya dipengaruhi oleh
bentuk muka bumi yang terdiri daripada tanah pamah yang rata. Hal ini
membolehkan Singapura untuk membina petempatan-petempatan yang tinggi
seperti kondominium dan rumah pangsa serta bangunan-bangunan pencakar
langit.
Dasar kerajaan
Petempatan di Woodland, Singapura yang berpusat dan terancang juga
turut dipengaruhi oleh dasar kerajaannya yang mengehadkan bilangan rumah-
rumah yang dibina. Hal ini kerana ketiadaan kawasan tanah yang mencukupi
untuk membina lebih banyak rumah kepada penduduk-penduduk Singapura. Di
samping itu, ia juga menyebabkan setiap petempatan di Singapura harus
dirancang dengan lebih teliti terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang
pembaziran terhadap penggunaan tanah di negara yang kecil itu.
Selepas menjalankan kajian ini, saya mendapati bahawa penempatan dan
pemilikan rumah di Malaysia adalah lebih mudah berbanding di Singapura. Oleh
yang demikian, saya sebagai rakyat Malaysia berasa bersyukur kerana berpeluang
menikmati kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan ini
3. Fungsi petempatan
a) Kg. Selayang Baru
Fungsi utama petempatan di Kg. Selayang Baru adalah sebagai bandar perniagaan
kerana rata-rata penduduknya terlibat dalam bidang perniagaan. Hal ini dapat dilihat
berdasarkan hasil pemerhatian yang diperolehi dengan jumlah rumah kedai dua tingkat
yang mewakili peratusan tertinggi dalam jenis bangunan yang terdapat di sepanjang Jalan
29, Selayang Baru. Contoh-contoh premis perniagaan yang terdapat di kawasan ini
adalah seperti bengkel membaiki kereta, kedai perabot, kedai alat-alat tulis dan lain-lain.
Selain bidang perniagaan, sebahagian penduduk Kg. Selayang Baru juga turut terlibat
dalam bidang perkhidmatan seperti menjadi guru di sekolah-sekolah yang terletak di
dalam kawasan kajian ini.
b) Woodland, Singapura
Petempatan di Woodland, Singapura juga berfungsi sebagai bandar perniagaan.
Namun ia lebih komersial kerana kawasan tersebut dibangunkan dengan mempunyai zon
komersialnya tersendiri seperti di Woodland Square. Di Woodland Square terdapat
sebuah tanah lapang yang menjadi lokasi sambutan pelbagai acara mega serta turut
menempatkan sebuah pusat membeli-belah, Causeway Point yang merupakan antara yang
terbesar di Singapura. Bangunan Causeway Point setinggi tujuh tingkat pastinya mampu
menempatkan bilangan premis perniagaan yang banyak seterusnya telah membantu
fungsi Woodland sebagai sebuah bandar perniagaan.
Selepas membandingkan fungsi petempatan di Kg. Selayang Baru dengan Woodland,
Singapura, saya berasa lebih bangga dan bersemangat untuk berkhidmat membangunkan
negara saya, Malaysia ke arah yang lebih maju dan moden.
4. Masalah petempatan
a) Kg. Selayang Baru
Paip air utama yang lama dan pecah
Bekalan air di Kg. Selayang Baru kerap kali terputus disebabkan oleh paip
air utamanya yang pecah. Lebih memburukkan keadaan lagi, paip ini kadangkala
akan pecah di tempat yang sama walaupun setelah dibaiki.
Keadaan longkang yang lama dan bersaiz kecil
Longkang-longkang yang ada di Kg. Selayang Baru ini telah berusia lebih
dari 40 tahun dan kebanyakan longkang Monsun yang ada bersaiz kecil dan tidak
dalam. Akibatnya, longkang ini tidak dapat mengalirkan air hujan dengan
sempurna apabila hujan lebat dan menyebabkan berlakunya banjir kilat.
b) Woodland, Singapura
Kesesakkan lalulintas
Singapura merupakan sebuah negara yang berpenduduk padat tetapi
mempunyai saiz jalan raya yang kecil. Masalah yang sering dihadapi ialah
kesesakkan lalulintas apabila penduduk menggunakan kenderaan masing-masing
di jalan raya. Saiz jalan rayanya yang kecil menyukarkan pergerakan lalulintas
yang lancar di kawasan tersebut.
Kekurangan tempat tinggal
Singapura juga turut menghadapi masalah kekurangan tempat tinggal.
Kekurangan tanah untuk membina bangunan baru menyebabkan kesukaran
kepada negara tersebut untuk menyediakan tempat tinggal bagi menampung
jumlah penduduk yang semakin bertambah.
Oleh itu, saya amat bersyukur dilahirkan di Malaysia kerana walaupun
mengahadapi beberapa masalah petempatan, tetapi saya masih lagi berpeluang
mempunyai tempat tinggal yang luas dan selesa.
5. Langkah mengurangkan masalah petempatan
a) Kg. Selayang Baru
Menukar paip air utama yang baru
Bagi mengatasi masalah paip air utama yang lama dan pecah, saya
mencadangkan agar saluran paip air utama di keseluruhan kawasan Kg. Selayang
Baru ini ditukar dengan yang baru kerana paip air yang ada sekaranag telah
berusia lebih 40 tahun.
Menukar longkang yang baru
Bagi mengatasi masalah longkang yang lama dan kecil, saya
mencadangkan agar semua longkang-longkang yang ada supaya ditukar dengan
yang baru dan bersaiz besar. Longkang-longkang itu juga perlulah dibina dengan
tembok konkrit agar tanah tidak roboh dan memecahkan longkang.
b) Woodland, Singapura
Menggunakan pengangkutan awam
Oleh kerana saiz jalan raya di Singapura, salah satu alternatif yang boleh
diambil ialah dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti
MRT (Mass Rapid Transport) dan perkhidmatan bas. Dengan langkah ini, jumlah
kenderaan di jalan raya yang kecil dapat dikurangkan dan masalah kesesakan lalu
lintas dapat diselesaikan.
Membina lebih banyak rumah pangsa berkos rendah
Punca utama kekurangan tempat tinggal adalah kerana kekurangan tanah
untuk dibina penempatan. Oleh itu, lebih banyak rumah pangsa berkos rendah
haruslah dibina kerana pembinaannya dapat menjimatkan kawasan tapak tanah di
samping membolehkan lebih ramai penduduk memiliki kediaman mereka sendiri.
Melalui perbandingan terhadap langkah penyelesaian masalah penempatan
antara kawasan kajian saya, Kg. Selayang Baru dengan Woodland, Singapura,
saya berasa lebih bertuah dan bersyukur kerana dapat tinggal di Kg. Selayang
Baru. Hal ini kerana Kg. Selayang Baru tidak mengalami masalah yang serius
yang sukar diatasi berbanding di Woodland, Singapura.
Rumusan
Di akhir kajian geografi tempatan yang saya jalankan, saya dapat merumuskan
bahawa petempatan di Kg. Selayang Baru dan negara bandingannya iaitu Woodland,
Singapura mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Kedua-dua lokasi kajian
dikategorikan sebagai bandar namun mempunyai pola petempatan yang berbeza. Kg.
Selayang Baru mempunyai pola petempatan yang berpusat tetapi tidak terancang
manakala Woodland, Singapura pula mempunyai pola petempatan yang berpusat dan
terancang. Petempatan di kedua-dua lokasi juga turut dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
tersendiri seperti faktor sejarah dan kegiatan ekonomi yang mempengaruhi petempatan di
Kg. Selayang Baru manakala petempatan di Woodland, Singapura pula dipengaruhi oleh
faktor bentuk muka bumi dan dasar kerajaannya. Sungguhpun begitu, kedua-dua
petempatan ini mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai bandar perniagaan, dengan
fungsi perniagaan yang lebih komersial terdapat di Woodland, Singapura. Akhir sekali,
kedua-dua petempatan juga turut mempunyai masalah dan langkah penyelesaian masing-
masing. Kg. Selayang Baru berdepan dengan masalah paip utama yang lama dan pecah
serta masalah longkang yang lama dan kecil. Kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan
dengan menggantikan paip air dan longkang yang lama itu. Manakala di Woodland,
Singapura pula, penduduknya berdepan dengan masalah yang lebih serius seperti
kesesakkan lalu lintas dan kekurangan tempat tinggal. Galakan supaya menggunakan
pengangkuan awam dan pembinaan lebih banyak rumah pangsa berkos rendah menjadi
solusi terbaik kepada masalah-masalah tersebut.
Secara keseluruhannya, kerja kursus geografi ini telah memberikan saya
pendedahan tentang petempatan dan perkembangan yang terdapat di Kg. Selayang Baru
serta negara bandingannya, iaitu di Woodland, Singapura. Melalui kajian yang
dijalankan, saya berasa amat bertuah dapat tinggal di Kg. Selayang Baru yang
mempunyai kawasan yang luas dan selesa serta memiliki kemudahan infrastruktur yang
mencukupi untuk dinikmati para penduduknya. Harapan saya, semoga kawasan ini lebih
terus maju dan membangun di masa hadapan
Rujukan
Buku teks
Abd. Rahim Mad Nor, (2004). Geografi Tingkatan 3.
Buku rujukan
Mohammad Ismail, Salbiah Ismail & Sofiya Sufiyan, (2009). Whizz thru Geografi
PMR. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.
Internet
http://en.wikipedia.org/wiki/Housing_and_Development_Board
http://en.wikipedia.org/wiki/Woodlands,_Singapore
http://maps.yahoo.com/
#mvt=m&lat=1.435705&lon=103.78657&zoom=15&q1=woodland%252C
%2520singapore
http://maps.yahoo.com/
#mvt=m&lat=1.29378&lon=103.853256&zoom=16&q1=singapore
Orang sumber
Abdul Jabir bin Wazir Khan,penduduk Selayang Baru di Jalan 37
Fatahudin bin Hj. Imam, penduduk Selayang Baru di Lorong 11C.
Norazam Victor bin Abdullah, penduduk Selayang Baru di Jalan 13 H
Zaini bin Jelani, penduduk Selayang Baru di Jalan 39 A
Lampiran