Folio Geografi -Hantar
-
Upload
jantan-jantan-bandau -
Category
Documents
-
view
465 -
download
2
Transcript of Folio Geografi -Hantar
SMK(A)TUN SAID,KOTA BELUD SABAH.
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN2010
BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA:DI KAMPUNG TALANTANG 1, KOTA MARUDU, SABAH.
NAMA PELAJAR: NURUL SAKINAH BINTI MOHD. YUNUS
TINGKATAN : 1 HAFIZ
NAMA GURU : CIKGU RUSLEE MAKSUD
0
1.0` PENGHARGAAN.
Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi yang
memberi kesihatan tubuh badan kepada saya untuk menghasilkan folio ini sehingga saya dapat
menyiapkannya seperti yang ada sekarang. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengetua SMK(A)Tun Said.Puan Seraya Sulaiman
kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Ucapan penghargaan ini
juga saya tujukan khas buat Guru Mata Pelajaran Geografi Tingkatan Satu, Cikgu Ruslee
Maksud, yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menghasilkan
kajian ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih ini juga saya tujukan khusus kepada
kedua-dua ibu bapa saya yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan kepada
saya untuk menyiapkan kajian ini. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada abang
saya Mohd. Baharin Bin Mohd. Yunus yang telah menjadi jurufoto untuk kajian saya.
Seterusnya, ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada penduduk Tempatan khususnya
penduduk Kampung talantang 1 yang memberikan maklum balas semasa kajian ini dijalankan.
1
2.0 PENDAHULUAN
Saya telah memilih Kampung Talantang 1 sebagai kawasan kajian saya. Kampung Talantang 1
terletak dalam daerah Kota Marudu. Kampung Talantang 1 merupakan salah sebuah kampung
yang terletak dalam kawasan mengundi Talantang yang terdiri daripada 10 buah kampung yang
jumlah penduduknya seramai 3,617 orang. Kawasan kajian ( Kampung Talantang 1,
penduduknya seramai 823 orang. Rujukan Peta 1.1.
Saya memilih kawasan ini untuk dikaji kerana Kampung Talantang 1 merupakan sebuah
kawasan yang diliputi oleh tanah pamah yang luas dan penanaman padi sawah yang terbesar
dalam daerah Kota Marudu. Oleh itu, Kampung Talantang 1 merupakan penyumbang utama
kepada hasil keluaran padi sawah dalam Daerah Kota Marudu. Daerah Kota Marudu pula adalah
merupakan daerah kedua terbesar selepas Kota Belud yang menyumbangkan hasil keluaran padi
di negeri Sabah.
Untuk menjalankan kajian ini, saya menjalankan kajian pada waktu cuti sekolah. Saya
mudah untuk menjalankan kajian ini kerana keluarga saya juga terlibat secara langsung dalam
aktiviti penanaman padi sawah. Masa yang diperuntukan untuk menghasilkan kajian ini ialah
selama lapan minggu. Data dan maklumat yang telah dikumpulkan di lapangan juga saya
membuat laporan secara individu.
2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini untuk:
a) Menyenaraikan kegiatan penanaman padi di kawasan kajian dan pelbagai faktor yang
mempengaruhinya.
b) Mengkaji sumbangan penanaman padi kepada pembangunan kawasan kajian.
c) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi
d) Mengenal pasti kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Kampung Talantang yang terletak dalam daerah Kota Marudu , yang
termasuk dalam kawasan mengundi N5 Tandek. Kampung ini letaknya kira-kira 5km dari jalan
raya utama Jalan Damai- Masalog. Perhatikan Peta 1.2. Kawasan kajian ini mempunyai
keluasan 10km persegi, iaitu meliputi Kampung Talantang 1 hingga ke Kampung
Mangkalua.Jalan ke kawasan kajian agak sempit dan berlubang-lubang kerana jalan ini
merupakan jalan yang merentangi taliair ke kawasan-kawasan sawah padi.
Muka bumi Kampung Talantang merupakan tanah pamah yang luas dan bertanih aluvium
yang mudah menakung air. Kebanyakan petempatan dibina berjajar di sepanjang jalan dan
taliair. Penduduknya terdiri daripada Kaum Dusun etnik Talantang. Mereka bekerja sebagai
petani (pesawah padi), pemandu lori pengangkut padi, pemandu jentera pembajak dan jentuai.
Terdapat sebahagian penduduk bekerja sebagai jurutera, guru, peniaga kecil, dan sebagai
kakitangan kerajaan di pejabat kerajaan yang terletak di Kampung Mangkalua (Pejabat
Penyelidikan Perikanan di Tasik Buyut). Penduduknya boleh menggunakan kereta melalui jalan
raya ke pekan yang berhampiran. Rujukan Peta Lakar Kawasan Kajian.
3
5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan pelbagai keadah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah
i) Pemerhatian: Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis kegiatan
ekonomi ,ciri-ciri bentuk muka bumi, sumber-sumber dan kemudahan yang boleh
membantu pesawah padi yang terdapat di kawasan kajian. Saya juga memerhatikan kesan
kegiatan penanaman padi sawah di kawasan itu.
ii) Soal Selidik: Saya menemu bual 18 orang responden dalam kalangan penduduk
kampung yang terlibat secara langsung dengan kegiatan yang berkaitan dengan
penanaman padi sawah.
iii) Temu bual: Saya mengumpul maklumat dengan menemu bual Penolong Pegawai
Pertanian Kota Marudu yang juga Penyelia Pembangunan Penanaman padi daerah, Encik
Sitem Bulukun yang sedang membuat pemantauan semasa kerja-kerja menuai dijalankan
serta beberapa orang penduduk tempatan.
iv) Rujukan Kepustakaan: Saya merujuk risalah dan Buku yang dikeluarkan oleh
Jabatan pengairan dan Saliran daerah Kota marudu, serta merujuk surat khabar (New
Sabah Times) , Buku Teks Geografi Tingkatan Satu dan internet.
v) Lain-lain kaedah: Lawatan ke Pameran Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah kota
Marudu sempena Pelancaran Pesta Menuai Peringkat Negeri di Padang Jagung Kota
Marudu.
4
Foto 1.1 Beberapa orang responden yang membantu semasa kajian.
5
6.0 DAPATAN KAJIAN.
6.6.1 KEGIATAN PENANAMAN PADI DI KAMPUNG TALANTANG DAN FAKTOR-
FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA.
Hasil kajian mendapati kegiatan penanaman padi sawah di Kampung Talantang merupakan
kegiatan utama penduduk kawasan ini sejak dahulu lagi. Padi merupakan tanaman utama
penduduk kampung ini dan membekalkan jumlah pendapatan hampir 90% kepada kawasan ini.
80% daripada pekerjaan penduduk kawasan ini merupakan pesawah padi yang giat.
Banyak faktor yang membolehkan penanaman padi dapat dijalankan secara giat di
kawasan ini. Salah satunya ialah kawasan tanah pamah yang luas dan tanih yang subur jenis
aluvium. Selain itu, kawasan ini juga mempunyai sistem pengairan dan saliran yang baik dan
lengkap telah disediakan oleh kerajaan sejak tahun 80-an lagi. Rujukan Foto 1.2 dan Foto 1.3.
Para petani di kawasan ini dapat mengoptimumkan hasil keluaran, kerana penanaman padi dua
kali setahun dapat dijalankan . Sistem penanaman padi secara moden dapat dijalankan bermula
dari membajak sehinggalah penuaian hasil. Ini kerana para petani di kawasan ini disediakan
dengan pelbagai kemudahan moden seperti jentera pembajak dan jentera menuai. Menurut
penerangan Penolong Pegawai Pertanian daerah kota Marudu, Encik Sitem Bulukun terdapat 55
jentera pembajak dan 54 jentera penuai yang disediakan oleh sector swasta untuk kemudahan
para petani. Kilang padi yang terbesar di negeri Sabah iaitu Kilang Padi Simpangan Jaya yang
terletak di Kampung Simpangan, juga dapat menjamin hasil keluaran padi di kawasan ini dapat
dipasarkan dengan cepat.
6
Foto 1.2 Talir air yang membekalkan air ke sawah padi
Foto 1.3 Kunci air
7
Dasar kerajaan yang menggalakkan para petani untuk meningkatkan hasil keluaran
dengan memberikan subsidi seperti racun dan baja kepada para petani, juga menyumbang kepada
kejayaan tersebut. Kemudahan pengangkutan seperti lori pengangkut padi yang terdapat di
kawasan ini juga membolehkan hasil tuaian dapat dipasarkan dengan segera dan dapat menjamin
mutu padi yang tinggi. Para petani di kawasan ini juga merupakan petani yang berpengetahuan
luas dalam bidang penanaman padi kerana Jabatan pertanian daerah Kota Marudu sentiasa aktif
untuk memberikan ceramah-ceramah dan pendedahan mengenai system penanaman padi yang
betul. Selain itu, baka padi yang bermutu tinggi dan cepat mengeluarkan hasil iaitu dapat dituai
dalam masa dua setengah bulan yang dibekalkan oleh jabatan pertanian seperti Padi Sarawak,
Padi Wangi dan Padi Batu juga membolehkan para petani dapat mengeluarkan padi yang banyak.
Menurut Encik Sitem Bulukun, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kota Marudu, para petani
dapat mengeluarkan padi sebanyak 6.5 tan metric sehektar, malah terdapat sesetengah petani
sudahpun mampu mengeluarkan antara 9.8 dan 10 tan metric sehektar.
Menurut Encik Sitem Bulukun lagi, satu lagi factor penting yang dapat menyumbang
kepada kejayaan program penanaman padi di kawasan ini adalah kerana adanya penyelarasan
dan kerjasama yang baik antara pelbagai agensi berkaitan dengan bidang pertanian seperti Bank
pertanian Malaysia Cawangan Daerah kota Marudu, Pejabat daerah, Lembaga pertubuhan
Peladang (LPPK) dan juga sokongan kuat daripada pemimpin masyarakat.
Melalui soal selidik dengan beberapa orang responden yang terdiri daripada kalangan
petani (pesawah padi), sikap para petani yang rajin dan aktif serta sentiasa memberikan
sokongan kepada usaha-usaha kerajaan menyelaraskan aktiviti pengeluaran padi bermula dari
membajak hinggalah menuai, juga factor penyumbang kepada kejayaan penanaman padi di
kawasan ini. penuaian yang disediakan oleh jabatan pertanian. Dengan ini,semua kegiatan yang
dirancang berkaitan dengan proses penanaman padi dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
8
Foto 1.4 Padi yang sedang menguning, sedia untuk dituai
9
7.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI
BENTUK MUKA BUMI
90% daripada kawasan permukaan bumi Kampung Talantang adalah merupakan kawasan tanah
pamah. kawasan tanah pamah yang luas ini menggalakan penanaman padi secara besar-besaran.
TANIH
Kawasan penanaman padi di Kampung Talantang terdiri daripada tanah yang subur, daripada
jenis alluvium yang mudah menakung air,merupakan keperluan utama padi sawah.
SEJARAH
Kampung Talantang sejak dahulu lagi merupakan sebuah kawasan penanaman padi sawah. Pada
masa dahulu penanaman padi dijalankan secara tradisional atau sara diri, menggunakan peralatan
tradisional seperti cangkul dan parang. sistem penaaman padi juga secara tradisioanal dari
membajak (menggunakan kerbau) hinggalah menuai padi ( menggunakan sabit).
TEKNOLOGI
Penggunaan sistem pengairan yang moden, penggunaan jentera yang berteknologi tinggi
contohnya jentera membajak,jentera menuai, mesin pengisar padi, alat penyembur benih moden
kilang yang lengkap,menjadi teras utama dalam meningkatkan industri penaaman padi sawah di
kampung Talantang.
10
IKLIM
Iklim khatulistiwa, panas dan lembap sepanjang tahun dengan hujan tahunan yang sekata sekitar
2600mm, suhu yang tinggi dan sekata iaitu min suhu 27 darjah Celsius, julat suhu tahunan kecil,
iaitu 1 darjah celsius hingga 2 darjah celsius. iklim sedemikian amat menggalakkan untuk
penanaman padi.
DASAR KERAJAAN
Insentif kerajaan terhadap pesawah padi telah membantu meningkatkan hasil keluaran padi di
kawasan ini. Kerajaan memberikan subsidi padi baja dan racun. Dalam hal ini Jabatan Pertanian
Daerah Kota Marudu dengan kerjasama daripada Bank Pertanian serta Lembaga Pertubuhan
Kawasan banyak memainkan peranan memajukan dan mengembangkan industri penanaman padi
di kawasan ini.
11
Foto 1.5 Teknologi moden- menuai padi dengan menggunaka jentera menuai
12
8.0 SUMBANGAN KEGIATAN PENANAMAN PADI SAWAH TERHADAP
PEMBANGUNAN KAMPUNG TALANTANG.
i) PELUANG PEKERJAAN
Jadual 1 dan graf satu menunjukkan jenis-jenis pekerjaan yang berkait rapat dengan
aktiviti penanaman padi sawah di Kampung Talantang. Aktiviti penanaman padi memberikan
sumbangan yang besar terhadap pembangunan ekonomi Kampung Talantang, juga sumbangan
terhadap sosioekonomi penduduk setempat. Daripada 18 orang responden, didapati lebih banyak
penduduk bekerja sebagai petani daripada bekerja di sector swasta dan kerajaan. Pekerja kaum
wanita dan kaum lelaki sebagai petani hampir seimbang. Kaum lelaki juga terlibat secara
langsung dalam aktiviti yang berkaitan dengan industri padi, misalnya sebagai pemandu jentera
penuai padi, jentera pembajak, pemandu lori pengangkut padi dan peniaga padi. Manakala kaum
wanita pula selain petani terdapat juga yang melibatkan diri dalam perniagaan makanan dan
pengusaha kedai runcit.
Jantina
13
Jenis Pekerjaan JumlahLelaki Wanita
Peniaga Padi 2 3 5
Pemandu Lori 2 - 2
Pemandu jentera menuai 3 - 3
Pengisaran padi 2 - 2
Peniaga runcit 1 1 2
Peniaga makanan 1 1 2
Lain-lain 1 1 2
Jumlah 13 5 18
Jadual 1 - Jenis-jenis Pekerjaan mengikut jantina.
14
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
Bil
an
ga
n
Lelaki Wanita
Jantina
Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Jantina
Peniaga Padi
Pemandu Lori
Pemandu jenteramenuai
Pengisaran padi
Peniaga runcit
Peniagamakanan
Lain-lain
ii) PENINGKATAN TARAF HIDUP
Dengan kemajuan industri pengeluaran padi di kawasan ini juga, sosioekonomi penduduk
setempat telah meningkat. Jadual 2 dan graf 2 menunjukkan pendapatan bulanan responden.
Secara umumnya kebanyakan penduduk di kawasan kajian mempunyai pendapatan bulanan di
antara RM300.00 hingga RM500.00 sebulan. Sebanyak 5 orang responden mempunyai
pendapatan antara RM 550.00 hingga RM600.00 merupakan responden yang pendapatan kedua
tertinggi. Terdapat 2 orang responden yang memperoleh pendapatan tertinggi iaitu di anatara
RM 1000.00 hingga RM3000.00 ke atas.
Pendapatan Bulanan Bilangan
Kurang RM 300.00 3
RM 300.00- RM 500.00 7
RM 550- RM 600.00 5
RM 700.00- RM 800.00 1
RM 2000.00 ke atas 2
Jumlah 18
Jadual 2 Pendapatan bulanan.
15
Jenis Harta Bilangan
Rumah Kedai 2
Kenderaan 5
Rumah Kediaman 7
Lain-lain 4
Jumlah 18
Jadual 3 Pemilikan harta.
Jadual menunjukkan pemilikan harta oleh responden di Kampung Talantang. kajian ini
mendapati sebanyak 7 orang daripada jumlah responden memiliki rumah sendiri, 2 orang
responden memiliki rumah kedai, 5 orang memiliki kenderaan dan 4 orang memiliki harta lain
seperti kerbau, tanah dan kobota. Dari segi tabungan pula, sebanyak 15 orang responden mampu
untuk menabung secara berterusan manakala 4 orang responden tidak mempunyai tabungan
kerana berkeluarga besar yang memerlukan perbelanjaan yang banyak. Keadaan ini
menunjukkan kegiatan penanaman padi sawah dapat membangunkan kawasan kampung
Talantang dan meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.
16
Perkembangan kegiatan penanaman padi di kampung Talantang juga memberikan impak
positif terhadap system pengangkutan, kaedah pembajakan dan penuaian padi. Keadaan ini
secara tidak langsung memberikan sumbangan yang besar kepada penduduk setempat seperti
pertambahan peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, perkembangan sistem pengangkutan,
dan penaiktarafan kawasan setempat serta taraf hidup penduduk.
iii) SUMBANGAN TERHADAP PENDAPATAN NEGARA.
Penanaman padi secara giat di kawasan ini secara tidak langsung kawasan kajian ini
memberikan sumbangan yang besar terhadap pengeluaran beras kepada negeri Sabah dan kepada
Negara Malaysia. Hasil pengeluaran padi di kawasan kajian adalah tinggi iaitu antara 6.5 tan
metrik padi sehektar hingga 9.8 tan metrik padi sehektar, malah menurut Penolong Pegawai
Pertanian Daerah Kota Marudu terdapat kalangan petani yang mampu mengeluarkan 10 tan
metrik padi sehektar. Tidak hairanlah daerah Kota Marudu merupakan daerah pengeluar padi
antara yang terbesar di negeri Sabah. Menurut perangkaan Jabatan pertanian Daerah Kota
Marudu pada tahun 2004, Kota Marudu mengeluarkan kira-kira 25,841 tan metrik atau 22 %
(RM 24.5 juta) hasil pengeluaran padi di negeri ini dan antara penyumbangnya ialah kawasan
kajian sendiri.
17
iv) PENINGKATAN INFRASTRUKTUR
Dengan kemajuan industri pengeluaran padi di kawasan ini, kemudahan
infrastruktur telah meningkat . Tali air yang membekalkan air ke kawasan sawah
padi membolehkan penanaman padi dapat dijalankan 2 kali setahun Rangkaian
jalan raya lebih baik dan lebih panjang untuk menghubungi satu kawasan ke satu
kawasan yang lain telah diasediakan. Kawasan penanaman padi dihubungkan
dengan kemudahan jalan raya untuk membolehkan hasil keluaran padi dapat
diangkut dan dipasarkan ke kilang-kilang padi yang berhampiran. Kemudahan
asas juga disediakan di kawasan ini seperti elektrik dan bekalan air graviti.
Terdapat juga kemudahan rekreasi yang lain seperti padang dan gelanggang bola
tampar. Terdapat juga pusat aktiviti masyarakat seperti dewan orang ramai dan
balai raya. Kawasan ini juga terdapat kemudahan pendidikan seperti Tadika
Kemas dan sekolah. Rumah-rumah ibadat juga di sediakan di kawasan ini, seperti
surau dan gereja.
v) PEMINDAHAN TEKNOLOGI
Beberapa teknologi yang sebelum ini tidak diketahui oleh para petani telah
digunakan. Bermula dari system pembajakan secara tradisional dengan
menggunakan kerbau, kini beralih kepada system pembajakan secara moden
dengan menggunakan jentera membajak padi, begitu juga dengan syste
penanaman padi yang dahulunya menggunakan tugal kini para petani
menggunakan system penabur padi yang moden hinggalah kepada menuai padi
dengan menggunakan jentera penuai padi yang moden.
18
9.0 KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR
Terdapat beberapa masalah yang timbul akibat aktiviti penanaman padi secara giat di
Kampung Talantang. Terutama sekali kerana timbulnya kecenderungan para petani menebus
guna tanah untuk kawasan penanaman padi, contohnya kawasan yang ditanami oleh getah dan
kelapa diteroka untuk membuka kawasan penanaman padi yang baru. Begitu juga dengan amalan
yang dilakukan oleh petani menyembur racun rumput dan serangga perosak. selain itu, para
petani juga cenderung melakukan pembakaran ke atas jerami padi selepas menuai. Antara kesan
kegiatan penanaman padi yang dikenal pasti di kawasan kajian ialah:
a) JEREBU
Jerebu berlaku disebabkan oleh kecenderungan para petani membakar jerami padi selepas
menuai, pembakaran hampa padi dari kilang-kilang mengisar padi, pelepasan asap
daripada kenderaan bermotor yang kian bertambah juga penyebab berlakunya jerebu di
kawasan ini. Kesan yang ketara daripada fenomena jerebu yang berlaku di kawasan ini,
jarak penglihatan berkurangan dan memungkinkan berlakunya penyakit mata seperti
mata kemerahan dan sebagainya.
b) KESAN RUMAH HIJAU
Aktiviti para petani yang cenderung membakar jerami padi selepas menuai, pelepasan
asap kenderaan, pelepasan asap akibat pembakaran hampa padi dari kilang-kilang
mengisar padi, akan menyebabkan peningkatan kandungan gas karbon dioksida dalam
atmosfera. Karbon dioksida dan bahan kotor yang terperangkap dalam atmosfera
menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan
semula ke bumi, akibatnya atmosfera menyimpan lebih banyak haba, dan bumi menjadi
semakin panas. Kesannya, suhu di Kampung Talantang lebih panas berbanding kawasan-
19
kawasan lain. Tambahan pula kawasan ini tiada lagi pokok-pokok besar yang boleh
menyerap haba.
c) KEPUPUSAN SUMBER
Dengan penanaman padi secara giat di kawasan ini menyebabkan beberapa sumber
penting seperti kelapa yang merupakan salah satu bahan penting dalam masakan telah
pupus, begitu juga dengan hidupan liar seperti burung yang habitatnya di atas pokok
besar tiada kelihatan lagi, selain memusnahkan khazanah hutan yang lain yang berguna
dalam perubatan tradisional.
d) PERUBAHAN LANSKAP
Pembukaan kawasan penanaman padi secara giat di Kampung ini telah mengubah
pandang darat kawasan ini yang pada ketika dulu merupakan kawasan penanaman koko,
getah dan kelapa kepada tanaman sejenis iaitu padi sawah.
20
10.0 LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP
ALAM SEKITAR DI KAMPUNG TALANTANG
a) Pendidikan / Ceramah.
Melalui pendidikan dan ceramah-ceramah yang diberikan oleh Jabatan
Pertanian mampu mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar. Jabatan pertanian perlulah menerangkan kepada para petani akan peri
pentingnya menjaga alam sekitar misalnya melalui tunjuk cara yang betul
penggunaan dan penyemburan racun serangga perosak dan penyemburan racun
rumput, dan ceramah-ceramah tentang kesan buruk yang menimpa manusia
akibat penerokaan alam sekitar yang tidak terkawal seperti berlakunya hakisan
tanah, banjir kilat dan sebagainya.
CARA MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TENAGA
GANTIAN
PERHUTANAN SEMULA
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
21
KITAR SEMULA
PENDIDIKAN/CERAMAH
b) Perhutanan Semula.
Alam sekitar dapat dipulihkan dengan menggalakkan pengekalan pokok-
pokok dan tumbuhan semula jadi di sekeliling sawah padi ataupun menanam
pokok-pokok di sekitar kawasan sawah padi.
c) Penguatkuasaan undang-undang
Jabatan Alam Sekitar telah menguatkuasakan undang-undang dengan melarang
para petani melakukan pembakaran terbuka. Petani yang melakukan
pembakaran terutama sekali jerami padi selepas menuai hendaklah didenda.
Begitu juga dengan kecenderungan para petani membuang sisa-sisa racun ke
dalam parit, para petani hendaklah diberi peringatan bahawa perbuatan mereka
boleh memusnahkan hidupan akuatik seperti ikan
d) Kitar Semula
Bahan-bahan buangan daripada kegiatan penanaman padi seperti jerami padi
selepas menuai boleh dikitar semula untuk dijadikan baja kepada padi dan
tumbuhan lain seperti sayur-sayuran. Begitu juga dengan bahan buangan dari
kilang-kilang mengisar padi, hampa padi tidak perlu dibakar, malah sebaliknya
boleh dikitar semula untuk dijadikan makanan ayam, makanan ikan dalam
kolam atau dijadikan tanah campuran yang subur untuk tanaman pokok-pokok
hiasan seperti bunga. Dengan ini dapat mengelakkan para petani melakukan
pembakaran terbuka yang boleh mengundang pencemaran dan jerebu.
22
e) Bahan api fosil dan tenaga gentian.
Racun-racun rumpai yang digunakan untuk meracun rumput dan serangga
perosak akan memudaratkan semua hidupan, perlulah digantikan dengan
kaedah yang lebih efisen dan secara biologi yang tidak memudaratkan
persekitaran contohnya dengan membuang sendiri rumput-rumput yang tumbuh
di kawasan padi sawah seawal mungkin atau memasang lampu di persekitaran
rumah untuk menarik perhatian serangga perosak seperti kutu beruang pada
waktu malam.
23
11.0 RUMUSAN
Saya berasa bangga kerana daerah saya mempunyai kawasan tanah pamah yang luas dan
subur, sekali gus dapat ditanami oleh pelbagai jenis tanaman khususnya penanaman padi secara
giat. Dengan adanya kegiatan pertanian yang berorentasikan penanaman padi secara komersial,
taraf hidup penduduk di kawasan kajian semakin baik dan masa depan penduduk di kampung ini
lebih terjamin kerana peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Hal ini juga boleh mengelakkan
kaum belia berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Pendapatan kaum petani lebih tinggi,
secara tidak langsung kuasa beli dalam kalangan mereka lebih tinggi yang sudah tentunya akan
menyumbang kepada ekonomi Negara. Hasil pengeluaran padi yang tinggi di kawasan kajian
menyumbang kepada hasil keluaran Negara dan secara tidak langsung dapat mengurangkan
kadar import beras Negara dari Negara luar.
Didapati masih lagi terdapat kawasan tanah pamah yang luas di kawasan sekitar kawasan
kajian yang belum diterokai untuk penanaman padi kerana system pengairan yang sedia ada
tidak dapat menampung keperluan air ke atas kawasan yang lebih luas. Oleh yang demikian,
kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, pemimpin –pemimpin tempatan
disarankan untuk membantu meningkatkan lagi hasil pengeluaran padi di kawasan kajian.
Kerajaan hendaklah menyegerakan pembinaan system pengairan yang baru agar lebih banyak
kawasan baru dapat dibuka untuk penanaman padi.
Masalah-masalah yang timbul seperti kerosakan slip-slip yang menjadi laluan air ke
sawah-sawah padi hendaklah diselenggara dengan segera. Begitu juga halnya dengan ancaman
padi oleh serangga perosak seperti kewujudan siput gondang emas yang sukar dihapuskan,
kerajaan hendaklah mencari satu formula untuk menyelesaikan masalah tersebut. Para petani
pula perlulah mengekalkan sifat-sifat rajin untuk terus meningkatkan hasil pengeluaran padi dan
pendapatan yang dapat mengubah taraf hidup mereka dan genarasi yang akan datang.
24
SENARAI RUJUKAN:
1. Jawatankuasa Kecil Penerbitan Buku Cenderamata Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat
Negeri Sabah, 2006. Kota Kinabalu Datuk Dr.Haji Hamzah Haji Amir: Kerajaan Negeri Sabah.
2. Rapeah Binti Ahmad dan rakan-rakan,2002. Buku Teks Tingkatan 1 : Arus Intelek Sdn.Bhd.
3. Encik Sitem Bulukan, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kota Marudu.
6. Rujukan Individu.
25
Senarai Kandungan
TAJUK MUKA SURAT
1.0 Penghargaan 1
2.0 Pendahuluan 2
3.0 Objektif Kajian 3
4.0 Kawasan Kajian 3
5.0 Kaedah Kajian 4 - 5
6.0 Dapatan Kajian 6 - 9
7.0 Faktor Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi 10- 11
8.0 Sumbangan Kegiatan Penanaman Padi Sawah Terhadap
Pembangunan Kampung Talantang 12 -17
9.0 Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar 18 - 19
10.0 Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Di Kawasan Kajian. 20 - 22
11.0 Rumusan 23
Senarai Rujukan 24
Lampiran
26