Folio Agama Kakak

download Folio Agama Kakak

of 19

Transcript of Folio Agama Kakak

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    1/19

    TOKOH-TOKOH

    ISLAM

    TINGKATAN 5

    NAMA : WAN NUR IZZATI BT WAN MOHAMAD

    AZMI

    TING. : 5 A 1

    NAMA GURU : PN. RUSLINA BINTI

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    2/19

    1.0 RIWAYAT HIDUPNama Sebenar: Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin

    Sina. Beliau dikenal sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di

    Barat.

    Dilahirkan tahun 370H/980M di Afsyanah, Bukhara, Turkistan.

    Berketurunan Turki.

    Bertugas sebagai pakar perubatan di Wilayah Rai dan penasihat

    agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.

    Meninggal dunia tahun 428H/1037M di Hamazan.

    Keperibadian Ibnu Sina :

    Tekun mempelajari ilmu. Taat beragama. Pintar dan menguasai pelbagai ilmu nakliah. Berinovatif dalam menghasilkan karya.

    2.0 PENDIDIKAN IBNU SINAMula mempelajari Al-Quran sejak berusia lima tahun dan

    berjaya menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.

    Mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al-Zahid,

    ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad

    Al-Massah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah, serta ilmu

    sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.

    Menguasai ilmu perubatan semasa berusia 16 tahun. Berkat

    kesungguhannya, beliau muncul sebagai pakar perubatan yang

    terkemuka.

    3.0 KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATANKesarjanaannya dalam bidang perunatan mendapat pengiktirafan

    dunia.

    Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa

    Bukhara Nuh bin Mansur, penguasa Jurjan Al-Amir Syams Maali

    IBNU SINA

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    3/19

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    4/19

    5.0 SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

    Menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik,

    astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik.

    Buku-buku tersebut dihimpunkan oleh Domonican Institute forOriental Studies di Kahirah, Mesir.

    Pada tahun 1950, buku-buku tersebut diterjemahkan ke dalam

    bahasa Arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina (Karya-

    karya Ibnu Sina).

    Ibnu Sina menyatukan antara bidang sains, kemanusiaan, metafizika,

    dan sebagainya.

    Hasil tulisannya menjadi rujukan penting

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    5/19

    1.0 RIWAYAT HIDUPNama Sebenar : Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.

    Lebih dikenali dengan nama Ibnu Khaldun.

    Dilahirkan tahun 732H/1332M dan berketurunan Arab.

    Bapanya seorang sarjana yang terkenal. Ibnu Khaldun sering

    berpindah randah sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun

    749H.

    Meninggal dunia pada tahun 808H/1406M di Kaherah ketika

    berusia 87 tahun.

    Keperibadian Ibnu Khaldun :

    Tekun mempelajari ilmu dan bijak membahagikan masa. Berjiwa pemimpin. Kreatif dalam menghasilkan karya.

    2.0 PENDIDIKAN IBNU SINAMempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada bapanya

    serta ilmu-ilmu fardu kifayah seperti mantik, falsafah, sains,

    dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al-Abili.

    Mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa guru yang

    terkenal seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Muhammad bin

    Abdul Salam semasa di Fez.

    3.0 IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI BIDANGIbnu Khaldun sebagai sejarawan :

    a. Menganalisis tamadun dari segi permulaan, faktorkegemilangan, dan kejatuhan.

    b. Memberi tafsiran sejarah berdasarkan ekonomi, sosiologi,alam sekitar, dan geografi.

    c. Diiktiraf tokoh sarjana dan sejarawan kerana ideamenariknya dalam kitab Al-Muqaddimah.

    IBNU KHALDUN

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    6/19

    Ibnu Khaldun sebagai negarawan :a. Negarawan yang paling banyak berjasa untuk negara.b. Jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau :

    i. Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishak binAbi Yahya dan Sultan Abu Annan.

    ii. Anggota Majlis Ilmiah.iii. Duta Granadaiv. Ketua Hakim (Qadi Qudhah) Mesir.

    Ibnu Khaldun sebagai budayawan :

    a. Penggiat budaya dan kesusasteraan Arabb. Banyak menghasilkan syair sejak zaman kanak-kanak.

    4.0 SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DANPEMIKIRAN

    Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan

    ekonomi, politik dan pendidikan dalam karyanya.

    Memberikan panduan terbaik tentang asas pembinaan sesebuah

    tamadun. Beliau berpendapat tamadun tertegak hasil kombinasi

    antara keunggulan rohani dengan jasmani.

    Pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalambidang sejarah, politik dan ekonomi.

    5.0 KARYA AGUNG IBNU KHALDUNAntara karya beliau yang bermutu termasuklah :

    a) Muqaddimah Ibnu Khaldun yang berkualiti dan berpengaruhkepada pemikiran manusia.

    b) Al-Takrif Bi Ibni Khaldun Wa Rihlatuhu Gharban Wa Syarqan.Ibnu Khaldun berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan

    rasional sebagai karya ukur fakta sejarah.

    Empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian

    dan analisis laporan sejarah :

    a) Membandingkan antara peristiwa-peristiwa denganberdasarkan kaedah yang sedang berlaku.

    b) Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibarkepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    7/19

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    8/19

    1.0 RIWAYAT HIDUPNama Sebenar : As-Sayyid Jamaluddin bin Safdar Al-Afghani.

    Digelar As-Sayyid kerana salasilahnya bersambung dengan

    Saidina Ali dan Rasulullah S.A.W.

    Dilahirkan tahun 1254H/1838M di perkampungan Asad Abad,

    Kabul, Afghanistan.

    Keturunannya turun bersambung dengan Imam At-Tarmizi.

    Pernah dilantik sebagai anggota Majlis Al-Maaarif (Kementerian

    Pendidikan) di Istanbul, Turki.

    Meninggal dunia pada tahun 1314H/1897M ketika berusia 60

    tahun.

    Keperibadian mulia As-Sayyid Jamaluddin :

    Berani memperjuangkan kebenaran. Suka merantau. Tekun menguasai ilmu. Mencintai ilmu dan memiliki akal fikiran yang cerdas, tajam

    dan berpandangan jauh.

    2.0 PENDIDIKAN AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANIMenghafaz Al-Quran ketika berumur 12 tahun dan dapat

    menguasai ilmu seperti AL-Quran, hadis, fikah, tasawuf,

    mantik, falsafah, astronomi, dan sebagainya ketika berumur

    18 tahun.

    Bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan

    matematik moden.

    Menguasai beberapa bahasa dunia seperti Afghanistan, Parsi,

    Arab, Turki, Urdu dan Perancis.

    AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-

    AFGHANI

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    9/19

    3.0 SUMBANGAN AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI DALAMBIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

    Penggerak utama dalam perjuangan menetang penjajah.

    Suka merantau ke beberapa buah negara Islam untuk menyatukan

    dan mengembalikan keyakinan umat Islam supaya mengusir

    penjajah dari tanah air.

    Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik

    semangat umat Islam.

    Karya beliau yang berbentuk ilmiah :

    a. Al-Amal Al-Kamilah.b. Al-Rad Ala Ad-Dahriyyin.c.

    Al-Khatirat.

    d. Tatimmah Al-Bayan Fi Tarikh Afghan.Pengasas kepada akhbar :

    a. Al-Urwatul Wusqadi Perancisb. Misr di Mesirc. Al-Tijarahdi Mesird. Al-Khafiqindi Mesir.

    Idea Islahnya berpengaruh besar dalam jiwa umat Islam hingga

    ke hari ini walaupun beliau tidak menghasilkan kitab-kitab yangbesar.

    4.0 IDEA ISLAH AS-SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANIPengertian Islah : pembaikan atau perubahan terancang ke arah

    yang lebih baik.

    Bentuk-bentuk Islah yang dibawa oleh As-Sayyid Jamaluddian

    Al-Afghani :

    a. Islah untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islamb. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya

    melalui gagasannya, Al-Jamiah Al-Islamiah.

    c. Mengkritik taklid Al Ama tanpa berlandaskan Al-Qurandan As-Sunnah.

    d. Menyeru umat Islam supaya menghindari sikap fanatikkepada suatu mazhab dan menumpukan usaha ke arah

    memerdekakan tanah air.

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    10/19

    Kesan Islah :a. Gerakan Islah dari Asia Barat yang disambung oleh As-

    Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha

    lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan dari India

    yang dipelopori oleh Syah Waliyullah.

    b. Gerakan Islah dikembangkan oleh siswazah dari Universitidi Mesir dan Makkah.

    c. Umat Islam terdorong untuk mengkaji semula fahaman danamalan masyarakat serta membetulkannya menurut

    tafsiran Al-Quran dan As-Sunnah.

    d. Berjaya mengembalikan keyakinan umat Islam tentangkekuatan mereka seterusnya berani membebaskan tanahair.

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    11/19

    1.0 RIWAYAT HIDUPNama Sebenar : Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah.

    Dilahirkan dalam keluarga petani di Tanta, Mesir pada tahun

    1265H/1849M.

    Beliau dibuang negeri tahun 1882 kerana dituduh terlibat dengan

    pemberontakan Urabi.

    Beliau sempat menerbitkan majalah Al-Urwatul Wusqa semasa

    berada di Perancis.

    Meninggal dunia pada tahun 1314H/1897M di Iskandariah, Mesir.

    Keperibadian Muhammad Abduh :

    Berani menyarakan idea-idea Islahnya. Tegas tetapi penyayang. Tokoh ulama yang berketrampilan. Berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan yang bernas.

    2.0 PENDIDIKAN AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUHBelajar membaca dan menulis daripada bapanya. Mempelajari

    ilmu-ilmu Al-Quran dalam masa dua tahun serta mempelajari

    ilmu bahasa Arab di Masjid Al-Ahmadi.

    Mempelajari tasawuf dan tatabahasa Arab dariapada As-

    Syeikh Darwisy Khudr. Di Universiti Al-Azhar pula, beliau

    mempelajari ilmu matematik dan falsafah dengan As-Syeikh

    Hasan At-Tawil.

    Memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar tahun 1877

    Masihi.

    AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    12/19

    3.0 ALIRAN PEMIKIRAN AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH SERTAPERJUANGANNYA

    As-syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi

    daripada gerakan Islah yang dipelopori olek As-Sayyid Jamaludin

    Al-Afghani dan lebih bersikap terbuka berbanding sebelumnya.

    Antara saranan beliau ke arah pembangunan rohani dan jasmani

    umat Islam termasuklah :

    a. Akidah : menyeru mereka supaya kembali kepada ajaranIslam dan menolak taklid Al Ama (taklid buta).

    b. Integrasi ilmu : ilmu fardu kifayah seperti sains,matematik dan geografi dimasukkan ke dalam kurikulum

    sekolah dan universiti.c. Kecekapan pentadbiran : melakukan pengislahan dalam

    sistem pentadbiran kehakiman.

    4.0 FAKTOR AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH MELAKUKANPENGISLAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

    Inspirasi gerakan Islah As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang

    menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu.

    Kesedaran As-Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluanterhadap Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah

    ketinggalan zaman.

    Sistem pendidikan yang menjurus ke arah taklid buta dan pasif

    (jumud).

    Kadar gaji guru yang rendah.

    Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan kepada golongan

    miskin.

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    13/19

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    14/19

    1.0 RIWAYAT HIDUPNama Sebenar: Muhammad Tahir bin As-Syeikh Muhammad bin

    Ahmad Jalaluddin. Dilahirkan pada 7 November 1869M di

    Sumatera Barat, Indonesia. Berasal daripada keluarga yang

    berilmu.

    Bapanya. As-Syeikh Ahmad seorang ulama dan hakim yang

    terkenal berketurunan Melayu Minangkabau

    Memperoleh gelaran As-Syeikhketika menjadi mufti Perak.

    Meninggal dunia pada 26 Oktober 1956M di Perak.

    Keperibadian As-Syeikh Tahir :

    Seorang yang menepati masa Kreatif dan cinta kepada ilmu Tekun dan gigih menyebarakan idea Islah. Tegas dan memiliki semangat juang yang tinggi.

    2.0 PENDIDIKAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDINBelayar ke Mekah ketika usia 12 tahun dan mempelajari ilmu

    agama daripada saudara sepupunya di Masjidil Haram.

    Menyambung pelajaran dalam jurusan falak di Universiti Al-

    Azhar tahun 1893M.

    Pulang ke tanah air tahun 1899M dan mengembangkan ilmunya

    serta membuat pembaharuan untuk memajukan masyarakat

    Islam.

    3.0 METODE AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAMMENYAMPAIKAN IDEA ISLAH

    Melalui penerbitan akhbar : menerbitkan majalah Al-Imam yang

    meninggalkan kesan yang mendalam kepada karyawan Melayu dan

    pembaca di nusantara. Majalah yang lain antaranya ialah Al-

    Munir, NeracadanPengasuh.

    AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    15/19

    Melalui jawatan yang disandang : kesarjanaan beliau terserlahapabila dilantik sebagai mufti Perak dan Johor. Kesempatan ini

    digunakan untuk menyebarkan idea Islah.

    Melalui proses pengajaran : menyebarkan idea dalam kalangan

    murid-murid dan guru-guru sekolah.

    5.0 KEGIGIHAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAMMEMPERJUANGKAN IDEA ISLAH

    Syeikh Tahir tetap gigih memperjuangkan idea Islahnya walaupun

    mendapat banyak tentangan daripada golongan ulama tradisional

    khususnya di Malaysia dan pihak penjajah.

    Akibatnya, beliau dipenjarakan selama sembilan bulan pada tahun1927M atas tuduhan menentang Belanda.

    6.0 SUMBANGAN AS-SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM BIDANGILMU DAN PEMIKIRAN

    Dalam bidang pemikiran : menyalurkan idea Islah serta maklumat

    intelektual Islam menerusi majalah Al-Imamuntuk membebaskan

    masyarakat Melayu daripada unsur penjajahan fizikal dan

    pemikiran.Dalam bidang pendidikan : menubuhkan Madrasah Al-Iqbal AL-

    Islamiah di Singapura tahun 1908M. Penubuhan madrasah ini

    menjadi sumber inspirasi kepada pelbagai penubuhan lain.

    Dalam bidang ilmu falak : beliau bertanggungjawab

    mengembangkan ilmu falak di Malaysia. Digelar Al-Falakikerana

    kemahirannya dalam ilmu falak dan sentiasa optimis dengan

    keperluannya sebagai ilmu yang bersifat futuristik. Ilmu falak

    mula mendapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan.

    Dalam bidang kesusasteraan : beliau adalah penggiat sastera

    melalui penulisannya seperti yang terdapat dalam majalah Al-

    Imam.

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    16/19

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    17/19

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    18/19

    Melalui proses pengajaran : menyebarkan idea dalam kalanganmurid-murid dan guru-guru sekolah.

    4.0 SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRANTokoh ulama yang melakukan pembaharuan besar kepada umat

    Islam di Nusantara.

    Karya-karya beliau dalam bidang agama, falsafah, dan

    kesusasteraan menyentah secara langsung kehidupan umat Islam

    di rantau ini.

    Beliau adalah penyambung idea Islah yang dibawa oleh As-Sayyid

    Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh.

    Tafsir Al-Azhar karangan beliau memberi kesan yang mendalamdalam bidang ilmu dan pemikiran umat Islam.

    5.0 HASIL-HASIL KARYA HAMKABidang agama : Tafsir Al-Azhar, Tasawuf Moden, Arkanul Islam,

    dan Revolusi Agama.

    Bidang falsafah : Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Falsafah

    Ideologi Islam, dan Pandangan Hidup Muslim.

    Bidang sastera : Tenggelamnya Kapal Ven Der Wijck, LailaMajnun, Di Bawah Lindungan Kaabah, dan Menunggu Beduk

    Berbunyi.

    6.0 PERJUANGAN HAMKAMengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan

    Belanda.

    Menganggotai Pertubuhan Muhammadiah dan menentang

    khurafat, bidaah dan tarikat kebatinan yang sesat. Hasilnya,

    beliau menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah.

    Walaupun pernah dipenjara dan sering menghadapi rintangan,

    Hamka tetap gigih dan bersemangat meneruskan perjuangannya.

  • 8/12/2019 Folio Agama Kakak

    19/19