([email protected]) melaporkan. Kesan dwibahasa pada jati ...
[FIRST - 21] BH/DALAM NEGERI/PAGES 24/05/14 Coverage/AFCC 2014/AFCC...EHARYANI ISMAIL...
-
Upload
nguyenliem -
Category
Documents
-
view
229 -
download
0
Transcript of [FIRST - 21] BH/DALAM NEGERI/PAGES 24/05/14 Coverage/AFCC 2014/AFCC...EHARYANI ISMAIL...
EHARYANI ISMAIL
TIDAK pernah terlintas di fiki-ran Cik Jumaini Ariff bahawa be-liau mampu membangun kerjayapenulisan bersandarkan pengala-man harian dua cahaya matanya,Umair dan Humaira.
Selepas meninggalkan kerjayaguru prasekolah dan kemudian pe-gawai keperluan khas di Kementeri-an Pendidikan (MOE) lebih sede-kad lalu, sangkanya hidupnya ha-nya berlegar di sekeliling tugas se-bagai suri rumah.
Rupa-rupanya, idea menghasil-kan buku Siri Ariff Ingin Tahu yangdilancarkan di The Arts House,Mac tahun lalu, ditebar jauh se-hingga membuka peluang demi pe-luang bagi Cik Jumaini, 35 tahun.
Jika dahulu beliau hanya mam-pu melukis tangan dengan penselbagi ilustrasi buku-bukunya, beliauterdorong mengikuti kelas sofweAdobe Illustrator di Akademi SeniHalus Nanyang (Nafa) agar ilustrasibagi versi buku elektroniknya dap-at dilakukan sendiri.
Nikmat terbesar baginya adalahmelihat Siri Ariff Ingin Tahu (seban-yak enam tajuk buat masa ini) diter-bitkan dalam versi elektronik sertaditerjemahkan ke bahasa Inggerisdan bahasa Arab.
Semuanya menjadi kenyataanhasil usaha penerbit bukunya, Pus-taka Nasional, serta sokongan Pen-guasa Pembangunan Media (MDA)dan Majlis Seni Kebangsaan(NAC).
Pada 1 Jun ini, satu lagi peluangbaginya berkongsi pengalamanmenulis terbuka menerusi programawam sempena Pesta Asia bagiKandungan Bahan Kanak-Kanak(AFCC).
Program percuma dalam bahasaMelayu itu bertajuk Melestarikan
Kembali Cinta Kepada Buku Ceri-ta Bahasa Melayu – Kembali Kepa-da Asas dan berlangsung di Perpus-takaan Awam Bedok.
AFCC yang dianjurkan MajlisPembangunan Buku Nasional Sin-gapura (NBDCS) menyatukanpenghasil kandungan bahan ba-caan, program televisyen, filemdan bahan berbilang media buatkanak-kanak.
Ibu bapa, guru, pustakawan dansesiapa sahaja yang berminat mem-pertingkat mutu bahan bacaan dantontonan kanak-kanak di Asia jugadipelawa menyertai pelbagai acarayang disajikan antara 30 Mei den-gan 4 Jun.
Sewaktu ditemui Gah! di ibu pe-jabat NBDCS di Perpustakaan Gey-lang East baru-baru ini, Cik Ju-maini yang begitu teruja dengan pe-luang berkongsi pengalamannyaberkata:
“Saya harus berterima kasihdengan Pustaka Nasional keranamembuka pintu bagi saya menyer-tai AFCC ini. Mereka merasakantentu ada orang awam di luar sanayang mempunyai bakat terpendamdan ingin menulis. Mereka memer-lukan inspirasi daripada penulisyang karyanya sudah diterbitkan.
“Saya menulis kertas saranan ba-gi berkongsi pengalaman dalamAFCC dan ia diterima. Apa yangsaya harap dapat saya kongsi den-gan penulis lain adalah menjadikanpengalaman harian sebagai bahanpenceritaan.
“Karya saya misalnya, tidak ter-henti di sini sahaja. Ada lagi empattajuk yang saya akan usahakan. Siriini akan berkembang dengan mem-besarnya anak-anak saya. Merekayang berusia lapan dan lima tahun,saya didik menerusi buku-buku inijuga. Tentu nanti, watak Ariff yangmeningkat usia remaja akan mulamerungut tentang jerawat di pipin-ya!”
Di bengkel awam itu kelak, CikJumaini akan mengajak peserta me-neliti formula di sebalik kejayaanbukunya yang bertajuk SayangAdik, Bila Dewasa Nanti, JasaAtuk dan Nenek, Kasih Ibu danAyah, Hero Ibu! dan Selamat Ting-gal Siti.
Setiap buku disertakan dengankegiatan yang boleh dibuat bersa-ma ibu bapa dan senarai kosa kata.Peserta sesi juga berpeluangmelakar cerita secara berkumpulandengan menggunakan bahan hari-an sebagai inspirasi. Mereka akandiajar cara menyiapkan papan ceri-ta.
Di akhir sesi bengkel ini, merekaberpeluang mempersembahkankarya ciptaan mereka.
Ketika diminta mengulas ten-tang masalah kurangnya bahan ba-caan kanak-kanak dalam bahasaMelayu selari dengan konteks Sin-gapura, Cik Jumaini akui serayaberkata:
“Tentu bagi keluarga tanpakenderaan sendiri seperti saya, me-mang payah berkunjung ke JohorBahru untuk membeli bahan ba-caan. Lagipun, sukar mencari bukudengan tema yang boleh dikaitkandengan kehidupan di Singapura. Ke-banyakannya tentang kampung
atau kisah dongeng. Bukanlahtidak bagus atau kurang menarik,tetapi tentu kita perlukan bahandengan latar belakang Singapura.
“Keadaannya menyedihkansebab hari demi hari kita kian kehi-langan pembaca muda yang meru-pakan golongan pelapis. Faktor ket-andusan bahan bacaan sesuai itulahyang membuatkan anak-anak initidak minat dengan bahasa Mel-ayu.”
Dengan adanya bengkel itu, CikJumaini berharap beliau dapat kum-pulkan kelompok penulis yang seir-ing jalan ingin menghasilkan bukucerita kanak-kanak bagi projekakan datang.
BELIAU melalui jerih payah me-ngarah filem Melayu, Banting,yang dinanti-nantikan di pawagamsempena musim Lebaran sekitarOgos ini.
Namun, pada 3 Jun ini, penga-rah kreatif syarikat penerbitan Pap-ahan Films, Encik M. RaihanHalim, 32 tahun, akan menjadi pa-nelis sidang puncak media PestaAsia bagi Kandungan BahanKanak-Kanak (AFCC) di Perpusta-kaan Negara.
Encik Raihan akan membincang-kan topik ‘What Are Kids Watch-ing On Local TV?’ (Apakah yangKanak-Kanak Tonton di Televisy-en Setempat?) di sidang itu.
Panelis lain terdiri daripada Ke-tua Pegawai Eksekutif (CEO) danPengarah Kreatif Ochre Pictures,
Cik Jean Yeo; dan Pengarah Pem-programan Kanan, PengurusanSaluran/Strategi Program dan Pe-rancangan Televisyen di saluran ok-to MediaCorp, Cik Catherine Yap.
Pengarah Kreatif The MovingVisuals Co, Encik Galen Yeo, ad-alah moderator sesi itu yang cubamengupas pilihan kanak-kanakmasa kini yang terdedah pada ban-yak pilihan bahan, termasuk didalam talian Internet.
Encik Raihan yang berpengala-man menghasilkan programkanak-kanak bagi saluran Media-Corp Suria, okto, Channel U danVasantham Central, berkata:
“Saya dibesarkan sekitar tahun1980-an. Tentunya dalam menarikgenerasi teknologi canggih, kitatidak mampu menggunakan formu-la dahulu.
“Lihat sahaja kartun Ben 10.Apa yang relevan empat tahun laludah tak boleh diterapkan dalammusim baru kartun itu.
“Kita lihat perubahan sesuai de-ngan konteks dan keperluan masakini.”
Papahan Films, jelasnya, bertu-ah diberi peluang bereksperimendengan beberapa programkanak-kanak yang menyisipkan un-sur kespontanan, realiti dan unsurlama diperbaharui.
What? I’m On A Gameshowyang telah disiarkan adalah pro-gram permainan kuiz yang dibawakepada peserta yang langsungtidak menduga mereka menyertain-ya.
“Kanak-kanak hari ini amat ber-beza. Mereka selalu dahagakan ke-
lainan dan mudah bosan kalauperkara yang sama diulang-ulangkerana mereka banyak pilihan ba-han tontonan,” tambah EncikRaihan yang pernah menghasilkantelemovie Yazid Pakai Lampinyang memenangi Anugerah DramaKhas Terbaik di Pesta Perdana2009.
Bagi siaran tahun depan, pihak-nya akan menghasilkan programuntuk saluran MediaCorp SuriaLegenda yang memberi kesegarankepada kisah-kisah dongeng lamaseperti Badang dan Puteri GunungLedang.
Program Bossa Boys bagi salu-ran okto pula menggunakan sukanbossaball (bermain bola tamparatas pelantar persis bouncy castle)sebagai teras.
Tulis buku buka pintu rezeki
Pengarah seru beri kelainan kepada kanak-kanak
KESPONTANAN DAN INTERAKSI: Pengarah kreatif Papahan Films, Encik M. RaihanHalim menyelami cita rasa kanak-kanak yang sukakan keunikan dalamprogram-program televisyennya.
PROGRAM AWAM (BAHASAMELAYU)
Topik: Melestarikan KembaliCinta Kepada Buku CeritaBahasa Melayu – KembaliKepada Asas
Penceramah:Cik Jumaini Ariff
Tarikh:1 Jun 2014
Masa:11 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat:Perpustakaan Awam Bedok
Keterangan:Cik Jumaini akan berkongsipengalamannya menulis danmelukis buku-buku Siri AriffIngin Tahu.
Topik:Menggalakkan KemahiranBerfikir Aras Tinggi DalamKanak-Kanak
Penceramah:Pensyarah Pendidikan AwalKanak-Kanak dan PendidikanKhas, Universiti PendidikanSultan Idris, Cik Fazeila Isa.Khusus Buat: Ibu bapa
Tarikh:1 Jun 2014
Masa:3 petang – 4.30 petang
Tempat:Perpustakaan Awam Bedok
Keterangan:Bengkel selama tiga jam inimenunjukkan carabagaimana buku ceritabergambar kanak-kanakdapat mendorong enamperingkat cara berfikir anak.Nota: Tiada bayarandikenakan bagi kededuaprogram. Keterangan lanjutmengenai keseluruhan acaraAFCC boleh diperolehimenerusi lamanwww.afcc.com.sg
TERUJA DENGAN SETIAP PELUANG: Cik Jumaini Ariff menggunakan kehidupan harian anak-anaknya, Umair dan Humairasebagai bahan bagi ‘Siri Ariff Ingin Tahu’ yang kini mempunyai versi elektronik dan turut diterjemahkan ke bahasa Inggeris danbahasa Arab. - Foto JOHARI RAHMAT– Foto-foto JOHARI RAHMAT
Suri rumah dan mantan guru prasekolah kongsi pengalamandan panduan hasilkan buku kanak-kanak
PESTA ASIA BAGI KANDUNGAN BAHAN KANAK-KANAK
PROGRAM AWAM PESTA ASIABAGI KANDUNGAN BAHAN
KANAK-KANAK (AFCC)
Berita Harian | Sabtu, 24 Mei 2014 21
Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan