Final Projek
-
Upload
nazree-kempuchi-monmon -
Category
Documents
-
view
57 -
download
5
description
Transcript of Final Projek
Folio “Kamboja ditepian Melatih Putih”
ELEMEN DAN PRINSIP REKAAN
LAPORAN PROJEK AKHIR
“KEMBOJA DITEPIAN MELATI PUTIH”
No. Nama No. Matrik
1 Nazree Bin Munir D20141067419
2 Muhammad Hafiz bin Hanapi D20141067421
3 Nor Sahirma Bt Abdul Hashim D20141067404
Program : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dengan Kepujian
Fakulti : Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Kursus : Elemen dan Prinsip Rekaan (MSL3032)
Semester : 1 (Sesi 2014/2015)
Nama Pensyarah : En. Abd Razak bin Abd Jabbar
1
Folio “Kamboja ditepian Melatih Putih”
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini
kepada pensyarah tercinta saya, En. Abdul Razak bin Abdul Jabbar kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami
berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan
yang banyak memberi peringatan dan bantuan terhadap kami dalam setiap apa jua keadaan.
Akhir madah, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
2
Folio “Kamboja ditepian Melatih Putih”
PENDAHULUAN
Tugasan projek akhir ini adalah penghasilan kerja secara berkumpulan iaitu tiga orang di
bawah satu kumpulan. Dalam proses penghasilannya, kami bertiga telah memegang pada satu
prinsip iaitu menerapkan aspek-aspek elemen dan prinsip rekaan yang telah kami pelajari di
dalam kuliah sepanjang satu semester ini. Namun begitu, kajian awal dari segi pengumpulan
bunga, kajian garisan dan sebagainya hendaklah dilakukan secara individu terlebih dahulu dan
semua kajian yang telah dihasilkan tersebut akan dikumpulkan untuk membuat pemilihan
karya akhir. Penghasilan projek akhir ini adalah bertemakan ‘Bunga’. Oleh itu, kami
dikhendaki mengambil gambar-gambar bunga. Selepas itu, kami dikhendaki mengkaji
berkaitan jenis bunga, dari segi tekstur bunga, kualiti garisan dan juga kajian warna. Sebanyak
20 jenis bunga yang perlu kami ambil bagi mengkaji dan meneliti secara khusus dan terperinci
ke atas bunga yang telah dipilih.
3
Folio “Kamboja ditepian Melatih Putih”
Pengenalan
Bunga Melati Putih (Jasminum sambac, famili Oleaceae) telah dinobatkan sebagai bunga
rasmi Indonesia oleh Presiden Soeharto pada 5 Julai 1990. Bunga ini merupakan simbol
kepada kesucian, ketulusan dan kebersihan hati. Bunga Melati juga antara bunga yang
menjadi lambang kemelayuan purba dan banyak hikayat yang menyebut nama bunga ini dan
nama wanita yang dikaitkan dengan bunga ini juga adalah perkara biasa. Melati sangat
popular dalam kehidupan masyarakat Melayu, Betawi, Jawa, Sunda, Madura dan Bali kerana
ianya dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan kemakmuran. Pengantin tanpa
lilitan untaian Melati pada keris yang dipakainya akan dianggap kurang sempurna
pernikahannya. Melati dapat dibezakan kepada 2 jenis berdasarkan kepada mahkota
bunganya, iaitu yang berbunga tunggal dan berkumpulan. Bunga Melati berwarna putih dan
berbau harum.
4
Folio “Kamboja ditepian Melatih Putih”
Bunga kamboja (Plumeria rubra L.cv. Acutifolia.) merupakan tanaman yang berasal dari
daerah Amerika tropik dan Afrika. Kamboja termasuk tanaman hias yang ditanam di
pekarangan rumah maupun di dalam pot. Kamboja memiliki beberapa jenis, ada yang kerdil
ada juga yang besar yang bisa mencapai tinggi beberapa meter. Kamboja yang besar biasa
ditanam di tempat pemakaman. Selain ukuran pohonnya, jenis pohon kamboja juga bisa
dibedakan dari daunnya. Ada pohon kamboja yang daunnya lebar dengan ujung lancip, ada
kamboja yang daunnya kecil dan lonjong dengan ujung tumpul. Kembang bunga kamboja
memiliki aneka warna, dari mulai putih, kuning, merah dan merah muda atau kombinasi dari
warna-warna tersebut. Sama seperti tanaman hias lainnya, misalnya bunga melati dan bunga
kenanga, bunga pohon kamboja juga menyebarkan wangi yang khas. Selain bermanfaat
sebagai tanaman hias, bunga kamboja juga sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk
mengatasi beberapa penyakit.
5
Folio “Kamboja ditepian Melatih Putih”
Objektif Kajian
Dalam penghasilan projek akhir ini, terdapat beberapa objektif kajian. Antaranya ialah:
a) Dapat mengaplikasikan segala aspek elemen dan prinsip rekaan yang telah dipelajari
b) Dapat memberi peluang kepada pelajar menerokai keindahan alam persekitaran
c) Dapat melatih pelajar membiasakan diri di dalam proses perlaksanaan projek akhir
d) Dapat memberi kebebasan kepada pelajar menggunakan kepakaran dan ilmu yang
mereka ada di dalam karya akhir
Kaedah Kajian
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pelajar bagi menyempurnakan projek akhir
ini. Antaranya ialah:
a) Menggunakan kamera untuk mengambil/menangkap gambar bunga-bunga di tempat-
tempat kawasan tertentu
b) Melawat kawasan-kawasan perumahan, taman bunga, kedai menjual bunga segar,
pekan, dan sekitar kawasan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
c) Menggunakan kaedah menekap karya yang telah dipilih untuk karya akhir di atas
papan
d) Menembak gambar pada papan menggunakan projektor
6
Folio “Kamboja ditepian Melatih Putih”
Proses Penghasilan Projek/Karya Akhir
Dalam penghasilan projek akhir ini, kami telah diberikan tema iaitu tema ‘Bunga’.
Kmai juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mewakili tiga
orang ahli. Pada peringkat awal, kami dikehendaki mencari 20 jenis gambar bunga dan kerja
ini dijalankan secara individu terlebih dahulu. Selepas mencari kesemua jenis bunga, kami
bertiga dikehendaki membuat peniruan semula di mana kami perlu melukis semula kesemua
gambar bunga tersebut. Selepas itu, kami hendaklah menunjuk kesemua gambar bunga yang
telah dilukis itu kepada pensyarah kami untuk beliau membuat pilihan lima yang terbaik.
Seterusnya kami dikehendaki membuat kajian garisn berdasarkan 5 gambar bunga
yang terbaik tadi. Kami bertiga menggunakan gambar bunga yang sama tetapi setiap kualiti
garisan yang dihasilkan adalah berbeza. Selesai sahaja kajian garisan, kami dikhendaki
menghasilkan kajian tekstur pula, dimana kami dikehendaki mengkaji pelbagai jenis jalinan
yang terdapat di dunia ini untuk diadaptasikan di dalam bunga kami. Setelah pemilihan jalinan
telah dibuat, kami beralih kepada kajian warna. Kami mengkaji tentang warna dan
mengaplikasikannya di dalam lukisan bunga yang telah dimasukkan jalinan tadi.
Setelah selesai ketiga-tiga kajian itu, kami beralih kepada papan. Kami telah diberikan
dua papan. Kami menggunakan kaedah menekap semula di mana kami telah menembak imej
dengan menggunakan projektor dan kami menekapnya. Dengan cara itu, bunga yang telah
kami kaji iaitu kajian garisan, jalinan tidak akan berubah dan gambarnya masih tetap sama
walaupun berada di atas papan.
7
Folio “Kamboja ditepian Melatih Putih”
Kesimpulan
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah kami jalankan mengikut peringkat,
kami mendapati bahawa kami telah berjaya menghasilkan atau menjayakan projek akhir kami
ini. Kami telah mengaplikasikan kesemua aspek elemen dan prinsip rekaan di dalam karya
akhir ini. Di kedua-dua bunga yang telah kami hasilkan, dapat dilihat kualiti garisan yang
telah dibuat, jalinan yang berbeza bagi menimbulkan bunga yang telah kami lakarkan di atas
papan. Jika dilihat pada bunga melati putih, terdapat kekosongan di bahagian latar belakang.
Hal ini kerana kami menekankan konsep ruang sebagai aspek penting di dalam elemen dan
prinsip rekaan. Kedua-dua papan yang kami hasilkan adalah menekankan konsep 3 dimensi.
18