Farahdina Fazial

13
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 532 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN WAKAF LESTARI INSTITUSI PONDOK DI NEGERI KEDAH 1 Farahdina Fazial 2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia 11800, Pulau Pinang E-mail: [email protected] Abstrak Wakaf merupakan sumbangan kekal yang mampu untuk menjana pembangunan negara terutamanya dari aspek sosial, pendidikan, ekonomi, kebudayaan Islam dan sebagainya. Wakaf dilihat sebagai salah satu kaedah bagi mengumpul dana untuk kelangsungan pengurusan dan pembangunan institusi pendidikan pada amnya dan pondok khususnya. Pembangunan dalam aspek hartanah wakaf di institusi pondok perlu diambil perhatian yang sewajarnya agar manfaat daripada wakaf tersebut dapat dinikmati oleh masyarakat Islam. Walaupun majoriti institusi pondok di Kedah berasaskan wakaf, namun kebanyakan tanah yang diwakafkan kepada institusi pondok tidak diurus dan dibangunkan dengan sewajarnya sehingga ia tidak dapat meneruskan niat wakaf dan menyalurkan manfaat kepada masyarakat secara berterusan. Oleh itu, adalah penting bagi institusi pondok mengurus dan membangunkan wakaf secara lestari. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan sistem pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Antara aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah kefahaman dalam pembangunan wakaf, pengurusan dan pentadbiran serta pembangunan wakaf lestari. Analisis dilakukan dengan menggunakan data sekunder dan analisis kandungan sebagai alat menganalisis kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan pengurusan institusi pondok di Negeri Kedah masih lemah dan pembangunan pondok masih rendah. Implikasi penting bagi kajian ini ialah institusi pondok di Negeri Kedah mampu untuk memperkasakan pondok melalui pembangunan wakaf yang lestari apabila diurus dan ditadbir dengan bersistematik. Kata Kunci: Institusi pondok, pembangunan wakaf, wakaf lestari 1 Farahdina Binti Fazial ialah calon Ijazah Kedoktoran di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang. 2 Kertas kerja ini dibentangkan di The 9 th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2015) yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dengan kerjasama Institusi Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 8-9 November 2015.

Transcript of Farahdina Fazial

Page 1: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 532

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN WAKAF LESTARI INSTITUSI

PONDOK DI NEGERI KEDAH1

Farahdina Fazial2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia

11800, Pulau Pinang

E-mail: [email protected]

Abstrak

Wakaf merupakan sumbangan kekal yang mampu untuk menjana pembangunan

negara terutamanya dari aspek sosial, pendidikan, ekonomi, kebudayaan Islam dan

sebagainya. Wakaf dilihat sebagai salah satu kaedah bagi mengumpul dana untuk

kelangsungan pengurusan dan pembangunan institusi pendidikan pada amnya dan

pondok khususnya. Pembangunan dalam aspek hartanah wakaf di institusi pondok

perlu diambil perhatian yang sewajarnya agar manfaat daripada wakaf tersebut dapat

dinikmati oleh masyarakat Islam. Walaupun majoriti institusi pondok di Kedah

berasaskan wakaf, namun kebanyakan tanah yang diwakafkan kepada institusi

pondok tidak diurus dan dibangunkan dengan sewajarnya sehingga ia tidak dapat

meneruskan niat wakaf dan menyalurkan manfaat kepada masyarakat secara

berterusan. Oleh itu, adalah penting bagi institusi pondok mengurus dan

membangunkan wakaf secara lestari. Matlamat utama kajian ini adalah untuk

mengkaji pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di Negeri

Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan

merumuskan sistem pengurusan dan pembangunan wakaf lestari institusi pondok di

Negeri Kedah. Antara aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah kefahaman

dalam pembangunan wakaf, pengurusan dan pentadbiran serta pembangunan wakaf

lestari. Analisis dilakukan dengan menggunakan data sekunder dan analisis

kandungan sebagai alat menganalisis kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan

pengurusan institusi pondok di Negeri Kedah masih lemah dan pembangunan

pondok masih rendah. Implikasi penting bagi kajian ini ialah institusi pondok di

Negeri Kedah mampu untuk memperkasakan pondok melalui pembangunan wakaf

yang lestari apabila diurus dan ditadbir dengan bersistematik.

Kata Kunci: Institusi pondok, pembangunan wakaf, wakaf lestari

1 Farahdina Binti Fazial ialah calon Ijazah Kedoktoran di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam

(ISDEV), Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang. 2 Kertas kerja ini dibentangkan di The 9

th ISDEV International Islamic Development Management

Conference (IDMAC 2015) yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

dengan kerjasama Institusi Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 8-9

November 2015.

Page 2: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 533

PENGENALAN

Perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab al-funduq yang bermaksud rumah

tumpangan, rumah sementara atau asrama (L Abdullah, 2011; Sufian dan

Muhammad, 2013). Di Indonesia, pondok dikenali sebagai pesantren dan dayah

(Rosni Wazir dan Mohd Norzi Nasir, 2015; Charlene Tan, 2014). Kamus Dewan

Edisi Keempat (2005) mendifinisikan pondok sebagai madrasah (sekolah), asrama

dan institusi pengajian Islam tradisional untuk proses pengajaran dan hafalan Al-

Quran. Dari segi teknikalnya, madrasah merupakan institusi pendidikan yang

memberi penekanan dalam bidang pendidikan Islam (Farish, Yovinder Sikand dan

Martin, 2008).

Sistem pendidikan pondok merupakan antara sistem pendidikan islam yang tertua di

dunia. Sukatan pembelajaran di institusi pondok dan madrasah adalah tidak tersusun.

Perkara ini bergantung pada kepada kemahiran guru dan tahap kefahaman pelajar

dalam mempelajari kitab-kitab tersebut. Antara subjek yang ditekankan dalam

pendidikan pondok adalah tauhid, fikah, tafsir, nahu, saraf, hadis dan doa-doa harian.

Subjek pengajian utama di institusi pondok adalah Quran, Hadis dan Fiqh (Moulton,

2008). Sesebuah institusi pengajian Islam dapat diiktiraf sebagai sekolah agama atau

institusi pondok apabila memenuhi lima syarat antaranya, Tok Guru atau kiyai

sebagai tenaga pengajar, pondok (asrama), mempunyai masjid, pelajar-pelajar Islam

dan kitab kuning sebagai kitab rujukan (Mustain Tharir, 2014).

Terdapat tiga jenis institusi pondok di Negeri Kedah iaitu institusi pondok tulen

(institusi pondok yang mengamalkan pengajian berbentuk umumi dan nizomi),

pondok tahfiz (institusi pondok yang mengajar tahfiz dan pengajian kitab secara

umumi) dan sekolah agama bantuan kerajaan (institusi pondok yang telah dinaik

taraf menjadi sekolah menjadi sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan

mempunyai silibus akedemik dalam sistem pendidikan).

Kebanyakan institusi pondok merupakan institusi pendidikan wakaf. Penubuhan

pondok melalui konsep wakaf adalah dengan bermulanya kesungguhan masyarakat

Islam yang menyerahkan harta dan kehidupan untuk memartbatkan dan membantu

menegakkan Islam. Antara kaedah yang dapat dilakukan adalah dengan cara

membina masjid, madrasah, mengadakan pengajian-pengajian agama dan menjemput

masyarakat untuk mendalami ilmu agama (Sufian dan Muhammad, 2013). Di Negeri

Kedah, terdapat hampir 50 buah pondok berdaftar. Kebanyakan pondok di Kedah

adalah berasaskan wakaf. Namun, majoriti pondok berdepan dengan cabaran dari

segi kemudahan asas, pembiayaan kewangan dan pembangunan berpunca daripada

pengurusan dan pentadbiran pondok yang lemah (Sinar Harian, 2014).

Oleh itu, kajian ini mengkhususkan mengenai pengurusan dan pembangunan wakaf

lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal

pasti, menganalisis dan merumuskan sistem pengurusan dan pembangunan wakaf

lestari institusi pondok di Negeri Kedah. Kajian turut membicangkan mengenai

sorotan karya, metadologi kajian, analisis dan kesimpulan berkaitan pengurusan dan

pembangunan wakaf lestari di Negeri Kedah.

Page 3: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 534

SOROTAN KARYA

Institusi Pondok

Institusi pondok merupakan institusi pendidikan wakaf terawal di Tanah Melayu

yang menekankan aspek keagamaan dalam pengajian dan pembelajaran. Bagi

sesetengah masyarakat Melayu-Islam, institusi pondok adalah salah satu daripada

warisan pendidikan yang menjadi identiti mereka (Mohd Izzuddin Ramli dan

Mohamad Zaini Abu Bakar, 2013). Rudner (1977) menyatakan institusi pondok di

Malaysia menjadi malap apabila tertubuhnya sekolah sistem sekular selepas

kedatangan penjajah Barat ke Tanah Melayu. Namun, L Abdullah (2011)

menjelaskan, walaupun kebanyakan pondok tutup kesan daripada penubuhan sistem

sekular dan pengambilalihan sekolah agama oleh kerajaan pada tahun 1956, masih

terdapat institusi pondok tradisional yang masih aktif dan mempunyai ramai penuntut

seperti di Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Lubuk Tapah dan Pondok Sungai Durian,

Kelantan. Selain itu, penubuhan pondok-pondok moden menunjukkan bahawa sistem

pengajian pondok masih diterima oleh masyarakat. Gamal Abdul Nasir Zakaria

(2010) dan Kalthoum Mohammed Al Kandari (2004) berpendapat, transformasi

pondok tradisional kepada pondok moden yang semakin bercambah bukan sahaja

dapat melahirkan golongan agamawan seperti ustaz dan ustazah tetapi dapat juga

melahirkan golongan profesional agama.

Cabaran Dan Halangan Pembangunan Wakaf

Antara cabaran dan halangan terbesar institusi pondok di Malaysia untuk kelestarian

dan terus berkembang adalah dari sudut kekurangan kewangan dan pengurusan yang

lemah. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohd Izzuddin Ramli dan Mohamad

Zaini Abu Bakar (2013), institusi pondok di Malaysia bergantung kepada sumber-

sumber kekal seperti tanah dan bangunan wakaf untuk kelangsungan pendidikan

pondok. Selain itu, Mohd Syahiran Abdul Latiff dan Hasan Bahrom (2011)

berpendapat, walaupun terdapat aset wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan,

masalah kekurangan tenaga pakar dalam melaksanakan pembangunan dan

penyelidikan terhadap pembangunan tanah wakaf menyukarkan pihak majlis agama

untuk mengenalpasti corak pembangunan yang sesuai.

Menurut Ahmad Zaki Abdul Latif et.al, (2008) antara masalah-masalah dalam

pengurusan wakaf ialah masalah ketiadaan sumber kewangan yang mencukupi untuk

membangunkan harta wakaf (Sanep Ahmad dan Nur Diyana Muhammad, 2011) dan

pengurusan harta wakaf yang tidak seragam di antara setiap negeri turut

menyumbang kepada kelemahan sistem pengurusan wakaf di setiap negeri (Abdul

Halim, 2005). Mohd Syahiran Abdul Latiff dan Hasan Bahrom (2011) berpendapat,

walaupun terdapat aset wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan, masalah

kekurangan tenaga pakar dalam melaksanakan pembangunan dan penyelidikan

terhadap pembangunan tanah wakaf menyukarkan pihak majlis agama untuk

mengenalpasti corak pembangunan yang sesuai. Di bahagian staf dan pentadbiran

institusi pendidikan wakaf, masalah kekurangan dan ketiadaan kakitangan terlatih

dalam menguruskan perkara berkaitan pengurusan institusi dan pengurusan

Page 4: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 535

kewangan menyebabkan pengurusan sekolah kurang efisen dan bersistematik

(Ahmad Zaki Abd Latiff et.al, 2008).

Sumber Kewangan Institusi Pondok

Empat sumber kewangan utama institusi pondok di Negeri Kedah ialah infaq,

sedekah, zakat dan wakaf. Keempat-empat sumber kewangan ini merupakan ibadah

yang bukan sahaja berkait dengan aspek keagamaan dan ketuhanan tetapi turut

berkait dengan hubungan kemanusiaan terutamanya dari aspek tanggungjawab sosial.

Sumber-sumber dana yang diterima melalui keempat-empat sumber ini juga dapat

digunakan bagi mengurangkan kemiskinan, membangunkan dan menjana ekonomi

umat Islam secara lestari. Melalui kajian yang dilakukan oleh Norhanizah Johari,

Nazifah Mustaffha dan Nor Azlina Ripain (2014), menunjukkan sumbangan tabung

infaq oleh kakitangan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) adalah amat besar

kepada Masjid Al-Azhar bagi membantu pihak masjid melunaskan kos pengurusan

dan perbelanjaan masjid yang semakin meningkat. Abdullah Jalil dan Muhammad

Muda (2008) menyenaraikan empat fungsi dan peranan sedekah dalam sistem

ekonomi dan kewangan Islam iaitu; skim pengagihan semula kekayaan di dalam

sistem ekonomi Islam, dana bagi proses penyucian harta, dana pelengkap kepada

zakat dan wakaf dan dana kecemasan kepada masyarakat.

Selain infaq dan sedekah, sumber zakat turut berperanan dalam pembasmian

kemiskinan umat Islam. Hasil kajian emperikal yang dilakukan di kebanyakan negara

Islam menunjukkan zakat merupakan altenatif bagi memenuhi keperluan asas

golongan miskin. Dari sudut sosio ekonomi, wakaf juga merupakan alat untuk

menggalakkan umat Islam menderma harta mereka seikhlas hati untuk tujuan

kebajikan seperti pembangunan masyarakat seperti pembinaan masjid, hospital,

rumah orang sakit, pembinaan sekolah-sekolah agama, pendidikan, pusat latihan dan

sebagainya (Nik Mustapha Nik Hasan, 1999; M. A. Mannan, 2012).

Potensi Pembangunan Wakaf

Potensi pembangunan wakaf lestari dapat dinilai melalui lima elemen iaitu

kefahaman, pengurusan, undang-undang, pemasaran dan pembangunan wakaf.

Kefahaman masyarakat merupakan elemen yang sangat penting dalam pembangunan

harta wakaf. Mohammad Tahir Sabit dan Abdul Hamid (2006) membincangkan

tentang halangan kepada pembangunan wakaf adalah berdasarkan tahap kefahaman

masyarakat mengenai pembangunan wakaf tersebut adalah masih di tahap yang

sederhana. Perkara ini disebabkan terdapat sesetengah masyarakat berpendapat harta

wakaf adalah kekal dan tidak boleh berpindah milik. Oleh itu, pengkaji

mencadangkan beberapa altenatif bagi permasalahan ini iaitu dengan memberi

pentafsiran yang baru mengenai wakaf. Tahap kefahaman dan keyakinan masyarakat

yang tinggi dalam melakukan amalan wakaf membantu pembangunan harta wakaf

yang lebih berdaya maju dan berpotensi untuk dikembangkan. Ahmad Shaifful

Anuar Ahmad Shukor (2013) menjelaskan, kefahaman merupakan elemen yang

penting dalam meningkatkan kesedaran berwakaf dalam bentuk spiritual dan fizikal.

Kaedah ini dapat membuka mata masyarakat mengenai amalan wakaf yang tidak

hanya dilihat sebagai wakaf tradisional seperti pembinaan masjid, bangunan dan

tanah semata-mata tetapi dapat dijadikan sebagai wakaf produktif yang dapat

Page 5: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 536

membiayai pelbagai sektor pembangunan Amirul Faiz Othman, Sheila Nu Nu Htay

dan Mustafa Omar Muhammad (2012). Abdul Shakor Borham (2011), Hasliza Talib,

Nazneen Ismail dan Nurzatil Ismah Azizan (2014), berpendapat, kefahaman

masyarakat mengenai wakaf perlu diperluaskan dan dikembangkan. Institusi wakaf

perlu memainkan peranan dengan memperkenalkan produk-produk wakaf baru

seperti wakaf tunai, wakaf saham, saham wakaf, takaful wakaf dan sebagainya

kepada masyarakat. Kefahaman mendalam, kesedaran masyarakat dan pengurusan

wakaf produktif yang sistematik merupakan antara pra-syarat kepada peningkatan

kutipan wakaf dan pemerkasaan wakaf di Malaysia (Farhah Saifuddin, Saim

Kayadibi, Refik Polat, Yahya Fidan & Omer Kayadibi, 2014).

Selain itu, isu-isu yang berkaitan dengan permaslahan undang-undang wakaf ialah

berkaitan pemilikan dan pendaftaran harta wakaf, sewaan tanah wakaf, pencerobohan

tanah wakaf, tidak ada pangkalan data yang lengkap berkaitan harta walaf, kesedaran

dan kefahaman masyarakat yang rendah dalam amalan dan pembangunan harta

wakaf, pemasaran wakaf produktif yang masih rendah, konflik bidang kuasa

mahkamah sivil dan mahkamah syariah dan ketidakseragaman undang-undang

wakaf di setiap negeri. Kesan daripada permasalahan ini menyebabkan pembangunan

harta wakaf tidak dapat dijalankan secara efektif dalam menbangunkan dan

menggerakkan ekonomi umat Islam. Pemasaran yang berkesan dapat meningkatkan

jumlah kutipan derma bagi sesuatu projek atau program derma yang dirancang.

Kaedah pemasaran juga merupakan antara strategi yang digunakan oleh pihak

pengurusan wakaf dalam mempromosi harta wakaf bagi sektor pembangunan

pendidikan lestari (Najibah Mustaffa dan Mohd Zamro Muda, 2014).

Sanep Ahmad dan Nur Diyana Muhamed (2011), menyenaraikan tiga potensi wakaf

kepada pembangunan tanah wakaf di Malaysia iaitu keluasan tanah wakaf3,

pengurusan pembangunan professional4 dan peruntukan di bawah Rancangan

Malaysia (RKM)5. Hasnol Zam Zam Ahmad (2007) menyatakan, walaupun Malaysia

mempunyai jumlah tanah wakaf yang banyak, namun tidak semua daripada tanah

wakaf tersebut berpotensi dan berkualiti untuk dibangunkan. Terdapat tiga kaedah

yang dicadangkan bagi memastikan tanah wakaf dibangunkan dengan efisient iaitu

penghijrahan merentas sempadan6, mewujudkan klauster tanah

7 dan penggunaan

3 Malaysia mempunyai tanah wakaf yang sangat luas untuk dibangunkan. Dianggarkan terdapat 10%

daripada tanah wakaf masih tidak didaftarkan dan jumlah keluasan tanah wakaf tersebut adalah

sekitar 20 ribu hektar. 4 Penubuhan Jabatan Wakaf dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) adalah bagi

memastikan harta wakaf diurus dengan lebih cekap dan professional. 5 Di dalam RMK 9 dan RMK 10 kerajaan telah melantik JAWHAR sebagai pemegang amanah dana

program pembangunan harta wakaf RMK9, MAIN sebagai pemegang amanah di peringkat negeri dan

YWM berfungsi sebagai pelengkap kepada pentadbiran tanah wakaf di Malaysia. 6. Penghijrahan tanah-tanah wakaf merentasi negeri ke lokasi yang lebih produktif dan berpotensi

perlu diberi perhatian secara khusus. Kesemua Enakmen Pentadbiran Agama Islam kecuali Johor,

Perlis dan Sarawak mempunyai peruntukan yang membolehkan kaedah ini untuk dilaksanakan. Oleh

itu, kerjasama di antara negeri-negeri diperlukan bagi membolehkan tanah wakaf dapat dimajukan

secara produktif. 7 Klauster tanah diwujudkan bagi mengumpulkan tanah istibdal ke suatu lokasi bagi membolehkan

perlaksanaan pembangunan berimpak tinggi. Kedudukan klauster tanah wakaf bukan sahaja dapat

menarik pelabur untuk melabur tetapi turut meningkatkan potensi tanah wakaf untuk dibangunkan.

Page 6: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 537

istibdal dalam projek-projek pembangunan tanah8. Pembangunan tanah wakaf

perlulah diberi perhatian kerana Malaysia mempunyai tanah wakaf yang sangat luas.

Pembangunan tanah wakaf bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada umat Islam

tetapi turut memberi keuntungan dari aspek ekonomi negara apabila diurus secara

sistematik dan dapat meningkatkan aset umat Islam secara tidak langsung.

METADOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan reka bentuk kajian penerokaan. Menurut

Sabita Marican (2005), kajian penerokaan bertujuan untuk mengumpul dan membina

maklumat yang diperlukan untuk menjawab permasalahan kajian. Reka bentuk ini

digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, mendalam dan terperinci.

Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data primer dan data sekunder. Data

primer diperoleh melalui kaedah temu bual mendalam dengan Pengerusi Jemaah

Pondok-Pondok Negeri Kedah (JPPNK) manakala data sekunder dikumpul melalui

kajian kepustakaan, risalah, tesis, jurnal, buku, surat khabar dan laman sesawang

yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kajian. Maklumat yang

diperoleh melalui data primer dan data sekunder ini akan dianalisis menggunakan

kaedah analisis kandungan. Analisis kandungan digunakan untuk meneliti dan

menjelaskan secara sistematik dan tersusun berkaitan dengan maklumat yang dikaji

(Sabitha Marican, 2005).

ANALISIS KAJIAN

Sumber Dana Institusi Pondok Di Negeri Kedah

Pembiayaan kepada sektor pendidikan amat penting. Bagi institusi pondok Negeri

Kedah, beberapa bentuk bantuan kewangan seperti yuran, zakat, sedekah dan wakaf

yang disumbangkan oleh masyarakat dan organisasi dapat digunakan bagi membantu

institusi pondok dari aspek pengurusan dan pentadbiran pondok. Perkara ini

disebabkan pondok memerlukan sumber kewangan yang besar bagi menampung

keperluan kewangan seperti pembayaran gaji guru dan kakitangan pondok,

pembangunan pendidikan pondok, peralatan dan sebagainya.

Bermula pada tahun 2012, kerajaan Negeri Kedah telah memberi elaun pentadbiran

sebanyak RM2,000 sebulan dan wakaf kitab sebanyak RM20,000 setahun kepada 11

buah pondok yang berdaftar dengan Jemaah Pondok-Pondok Negeri Kedah

(JPPNK). Selain itu, pada tahun 2015, kerajaan pusat turut memperuntukan sebanyak

RM 25 juta kepada institusi pondok berdaftar di seluruh Malaysia. 3 juta daripada 25

juta tersebut telah diperuntukan kepada 11 buah institusi pondok terbabit. Walaupun

terdapat bantuan sumbangan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan,

sumber dana ini masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pengurusan

dan pentadbiran pondok terutamanya bagi pondok yang tidak berdaftar dengan

JPPNK. Oleh itu, kebanyakan sumber kewangan pondok masih bergantung

kepada sumbangan masyarakat seperti zakat, wakaf, infaq dan sedekah

terutamanya bagi pondok tidak berdaftar.

8 Penggunaan kaedah istibdal dalam projek dan pembangunan tanah wakaf dapat membantu

meningkatkan potensi tanah dan meningkatkan pulangan daripada tanah wakaf tersebut untuk tempoh

yang panjang berbanding terus berada di lokasi yang tidak membangun.

Page 7: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 538

Empat jenis sumbangan kewangan yang diterima adalah seperti sedekah, zakat, wang

syubhah dan wakaf. Sedekah ialah pemberian ikhlas kepada seseorang atau institusi

dengan niat untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dan ganjaran di akhirat. Antara

bentuk sedekah yang dilakukan dalam pembiayaan pembangunan pondok ialah

dengan menyediakan pendidikan, kemudahan pembelajaran yang baik dan

bersisitematik kepada pelajar dalam mencari ilmu (Sheila Nu Nu Htay, Syed Ahmed

Salman dan Soe Myint@ Haji Ilyas, 2012).

Zakat daripada segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk

diberikan kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat tertentu. Firman Allah

SWT dalam surah At- Taubah membawa maksud,

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-

orang faqir, dan orang-orang miskin, dan Amil-amil yang

mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan

untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-

orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan

orang-orang musafir (yang putus) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum

yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya)

daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

Bijaksana”. (al-Taubah, 9:60).

Pemberian zakat kepada pihak institusi pondok merujuk kepada zakat fi sabilillah.

Terdapat dua pendapat fuqaha’ dan ulama’ dalam mentafsirkan perkataan fi

sabilillah. Kumpulan pertama menghadkan perkataan fi sabilillah kepada mereka

yang berperang pada jalan Allah semata-mata. Kumpulan kedua membahagikan

maksud fi sabilillah kepada dua kategari iaitu perkara yang mendekatkan seseorang

kepada Allah SWT dan perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum (Hailani

Mujir Tahir, 2009). Al-Qaradawi dan sebahagian ulama’ Mazhab Hanafi

mentafsirkan fi sabilillah dalam kategori kedua iaitu segala perbuatan yang dapat

mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara menuntut ilmu. Pendapat ini

adalah berdasarkan matlamat mendalami ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang

menjadi tuntutan kepada setiap manusia dalam mendalami ilmu Allah SWT.

‘Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan di antara mereka

beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang

agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka

telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”

(al-Taubah 9: 122)

Berdasarkan ayat di atas, tuntutan mendalami ilmu agama adalah sangat penting

kerana kefahaman agama yang tinggi bukan sahaja dapat menghindarkan manusia

daripada terjebak dengan perkara yang tidak bermanfaat malah dapat menyebarkan

manfaat daripada ilmu tersebut kepada orang lain. Oleh itu, dapat disimpulkan

bahawa, sumbangan zakat yang diberikan oleh masyarakat kepada pihak institusi

pondok di Negeri Kedah disalurkan kepada pelajar yang sedang menuntut ilmu

agama di pondok tersebut.

Page 8: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 539

Selain daripada wakaf dan zakat, pihak institusi pondok di Negeri Kedah juga

menerima sumbangan kewangan berbentuk wang syubhah atau wang tidak patuh

syariah bagi pembiayaan pembangunan pondok. Wang syubhah ialah wang yang

diperolehi secara haram dan terdapat larangan ke atas harta tersebut seperti riba’,

gharar, perjudian, rasuah dan sebagainya (Zulkifli Hasan, 2005). Sumbangan

kewangan jenis ini bukan sahaja dapat menyucikan dan membersihkan harta

daripada perkara-perkara haram tetapi juga mampu untuk membantu pihak pondok

dalam membangunkan kawasan pondok. Kaedah yang sama turut digunakan oleh

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menguruskan wang syubhah.

Sumbangan wang syubhah dapat digunakan bagi meningkatkan sosio ekonomi umat

Islam sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 7, Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003:

“maka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan,

mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan

kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam negeri

Selangor selaras dengan hukum syarak”.

Berbanding dengan bantuan kewangan yang lain, wakaf dilihat lebih releven dan

bersesuaian untuk digunakan dalam bidang pendidikan kerana manfaat daripada

wakaf dapat digunakan secara berpanjangan oleh semua golongan pelajar. Perkara ini

secara tidak langsung menjadi pelaburan penting dalam melahirkan insan yang

berkualiti. Selain itu, amalan wakaf dalam bidang pendidikan telah dilaksanakan

sejak zaman Rasulullah SAW dan turut diaplikasikan dalam bidang pendidikan di

Malaysia terutamanya di sekolah- sekolah pondok sejak abad ke18.

PENGURUSAN PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN WAKAF LESTARI

INSTITUSI PONDOK DI NEGERI KEDAH

Masih terdapat beberapa isu dan permasalahan yang timbul berkaitan dengan

pembiayaan pembangunan melalui wakaf. Namun, permasalahan ini akan menjadi

potensi apabila diuruskan dengan cara yang bersistematik dan tersusun. Tiga aspek

penting yang perlu diberi penekanan oleh institusi pondok di Negeri Kedah bagi

memastikan pembiayaan pembangunan pondok berdaya maju untuk dikembangkan

dan dilestarikan ialah melalui kefahaman, pentadbiran dan pengurusan, dan

pembangunan wakaf di institusi pondok.

Kefahaman

Kefahaman masyarakat dalam penjanaan harta wakaf dan kesannya terhadap

pembiayaan pembangunan di pondok adalah sangat penting kerana masyarakat

merupakan tonggak utama kepada kelangsungan sesebuah institusi pendidikan.

Farhana Mohamad Suhaimi (2014) menyatakan, masyarakat Islam mempunyai

kesedaran berkaitan amalan wakaf namun masih perlu dipertingkatkan. Di Malaysia,

tahap kefahaman dan pengetahuan masyarakat dalam aspek penjanaan harta wakaf di

sekolah pondok adalah di tahap yang sederhana.

Hasil kajian yang dilakukan terhadap pengurusan institusi pondok dan masyarakat di

Negeri Kedah menunjukan tahap kefahaman mengenai wakaf adalah sederhana.

Page 9: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 540

Kebanyakan pengurusan institusi pondok hanya melihat wakaf adalah salah satu

sumber dana yang berbentuk sumbangan yang diberikan kepada masyarakat kepada

institusi pondok bagi memenuhi keperluan pondok. Selain itu, tahap kefahaman

mengenai wakaf-wakaf baru seperti wakaf istibdal, wakaf saham, saham wakaf,

wakaf takaful, wakaf korporat adalah sangat rendah dalam kalangan pengurusan

institusi pondok yang turut memberi kesan kepada pembangunan wakaf di pondok

itu sendiri. Kebanyakan pengurusan institusi pondok hanya mengetahui dan

memahami wakaf yang berbentuk tradisional seperti wakaf tanah, wakaf masjid dan

wakaf bangunan. Selain itu, tahap kefahaman yang rendah tentang wakaf dan

pembangunan wakaf secara tidak langsung turut memberi kesan kepada tahap

kefahaman dan kesedaran berkaitan wakaf dalam kalangan anggota masyarakat di

kawasan sekitar. Hal ini kerana, pihak pengurusan pondok sendiri tidak mampu

untuk memperjelas dan memperincikan mengenai manfaat, pembangunan wakaf dan

pembiayaan wakaf kepada masyarakat kerana tahap kefahaman yang rendah

berkaitan wakaf dalam kalangan pengurusan institusi pondok itu sendiri.

Tahap kefahaman dan kesedaran agama yang tinggi dalam kalangan masyarakat

dapat meningkatkan kutipan wakaf dan secara tidak langsung membantu institusi

wakaf dalam melakukan penjanaan harta wakaf bagi membiayai pembangunan di

institusi pondok. Selain itu, kefahaman mengenai wakaf juga bergantung kepada

tahap keyakinan seseorang dalam melakukan amalan wakaf dan institusi yang

melakukan pembiayaan pembangunan wakaf tersebut. Pelbagai usaha perlu

dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan wakaf

dengan menggunakan pendekatan yang berkesan agar peranan wakaf dapat

dipertingkatkan dalam pembangunan masyarakat.

Pengurusan dan Pentadbiran

Pentadbir wakaf merupakan nadi yang menggerakan dan mentadbir harta wakaf

seperti yang diamanahkan oleh pewakaf. Secara umumnya, di Malaysia, MAIN

berperanan sebagai pemegang amanah tunggal dan badan yang bertanggungjawab

dalam mengurus dan mentadbir harta wakaf di setiap negeri. Ini termasuklah dari

aspek mengusahakan harta wakaf, mengumpul dan mengutip hasil, menuntut sewa

bagi hartanah yang diduduki dan sebagainya. Di peringkat institusi pondok, pihak

pengurusan pondok merupakan pemegang amanah yang bertanggungjawab dalam

mengurus dan membangunkan wakaf yang diterima daripada masyarakat.

Dalam membangun dan menjana harta wakaf, pihak pentadbiran pondok Negeri

Kedah berhadapan dengan pelbagai masalah berkaiatan pengurusan dan pentadbiran

wakaf. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan institusi

pondok Negeri Kedah ialah masalah kekurangan dan ketiadaan kakitangan terlatih

serta pakar dalam menguruskan perkara berkaitan pengurusan institusi dan

kewangan. Perkara ini berpunca daripada ketiadaan pembahagian tugas di antara

pihak pengurusan pondok juga menyebabkan institusi pondok tidak dalam

membangun. Hal ini menyebabkan penjanaan dan pembangunan wakaf di institusi

pondok kurang efisen dan bersistematik. Selain it, pengurusan yang lemah dan tidak

teratur juga menyebabkan pihak institusi pondok tidak dapat menguruskan pondok

da pembangunan wakaf dengan cekap.

Page 10: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 541

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pembangunan wakaf di institusi pondok

memerlukan pentadbiran yang cekap, mantap dan bersistematik dapat membantu

pihak pondok dalam menjana dan membiayai pembangunan pondok. Bagi

meningkatkan tahap kecekapan dalam pengurusan pentadbiran dan pembangunan,

institusi pondok di Negeri Kedah bukan sahaja perlu diuruskan oleh kakitangan

dalam bidang agama semata-mata tetapi juga professional.

Ahmad Zaki Abd Latif et.al (2008) menyatakan, bagi memantapkan pengurusan

harta wakaf, pihak pentadbiran wakaf perlu mendapatkan tenaga pakar yang

mempunyai kelayakan akademik untuk mengetahui selok belok pengurusan harta

wakaf yang betul. Kepakaran yang berbeza dalam sesuatu organisasi dapat

menghasilkan satu perancangan dan resolusi yang terbaik dalam mengurus

pentadbiran. Kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berbeza bukan sahaja membantu

institusi pondok untuk menguruskan pentadbiran secara bersistematik dan efektif

malah mempelbagaikan idea dalam menjana dana wakaf bagi membiayai

pembangunan pendidikan. Bagi mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dalam

setiap aspek, institusi pondok perlu menggunakan sepenuhnya perbezaan kepakaran

dan kemahiran yang ada. Di samping itu, perlunya tenaga pakar dan profesional

untuk membantu pihak pondok lebih berdaya maju dalam skop pembiayaan

pembangunan.

Selain itu, pengurusan dan pentadbiran institusi pondok juga mestilah berlandaskan

nilai-nilai Islam. Pendekatan konsep tauhid merupakan satu pendekatan yang

meletakkan ketuhanan sebagai paksi utama. Perkara ini dinyatakan oleh Hairunnizam

Wahid, Abd Razak Dan, Mohd Ali Mohd Nor (t.t) perlaksanaan konsep tauhid

memberi kesan kepada perilaku pekerja dalam sesebuah organisasi. Majikan dan

pekerja yang mengamalkan konsep dan nilai Islam menjadikan diri mereka berkualiti

dan seterusnya dapat membentuk satu pentadbiran yang berkualiti. Hassan Al-Banna

Mohamed, Ab. Mumin Ab. Ghazali dan Siti Arni Basir (2013) berpendapat, konsep

insaniyyah, syura dan istiqomah mempengaruhi pentadbir dan pekerja dalam

memotivasikan diri mereka untuk mempertingkatkan kualiti dan produktiviti kerja di

dalam organisasi. Hal ini kerana, pengurusan yang berlandaskan nilai Islam adalah

bertujuan untuk mencapai mardatillah (keredhaan Allah SWT) dan bukan untuk

mencapai matlamat keduniaan semata-mata.

Pembangunan Wakaf di Institusi Pondok

Pembangunan wakaf di institusi pondok Negeri Kedah melibatkan perkara-perkara

yang berkaitan dengan keluasan tanah, lokasi institusi pondok, kewangan dan

sebagainya. Institusi pondok yang mempunyai keluasan tanah yg luas dan berada di

kedudukan yang strategik membantu pihak pengurusan institusi pondok dalam

membangunkan wakaf di institusi pondok sekali gus dapat memggunakan hasil

wakaf tersebut bagi membiayai pembangunan pondok. Antara kaedah-kaedah yang

digunakan oleh institusi pondok dalam membiayai pembangunan wakaf lestari di

institusi pondok Negeri Kedah ialah melalui empat kaedah iaitu, wakaf kaki, wakaf

tanah, wakaf bangunan, wakaf istibdal dan wakaf tunai.

Bagi wakaf tanah, kebanyakan institusi pondok menggunakan kaedah wakaf kaki

bagi memudahkan masyarakat untuk berwakaf dan secara tidak langsung dapat

Page 11: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 542

melibatkan ramai pewakaf. Selain itu, kaedah wakaf istibdal turut digunakan bagi

memastikan tanah wakaf yang berada di lokasi yang tidak strategik dapat

dibangunkan dan memberi manfaat kepada umat Islam. Kaedah yang kedua bagi

membangunkan wakaf ialah melalui wakaf tunai. Biasanya, wakaf tunai merupakan

wakaf yang paling dominan dalam kalangan institusi pondok kerana masyarakat

dapat melaksanakan wakaf tunai pada setiap masa. Siti Mashitoh Mahamood (2007)

dan Murat Cizakca (1998), menyatakan bahawa kemudahan menggunakan wakaf

tunai dalam melakukan amalan wakaf telah menjadikan wakaf jenis ini dominan

dalam membangunkan ekonomi Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke 15M-

16M. Selain itu, wakaf tunai berpotensi besar dalam membangunkan ekonomi negara

dan sosial masyarakat (Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor, 2013; Surita Hartini

Mat Hassan, 2013). Hal ini dapat dilihat melalui kejayaan yang telah dicapai oleh

Pondok Moden Darussalam Gontor yang bukan sahaja berjaya membangunkan

wakaf dalam membiayai pembangunan pondok melalui wakaf tetapi turut

menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling. Perkara ini secara

tidak langsung dapat membantu meningkatkan sosio mekonomi masyarakat sekitar.

KESIMPULAN

Institusi pondok di Negeri Kedah perlu memperkemaskan sistem pengurusan dan

pentadbiran pondok bagi memastikan pembiayaan pembangunan wakaf lestari dapat

dilaksanakan. Kejayaan beberapa buah institusi pendidikan seperti Universiti Al-

Azhar di Mesir dan Pondok Moden Darussalam Gontor (PMDSG) di Indonesia

dalam menguruskan dan membangunkan wakaf lestari dapat dijadikan panduan dan

kepada institusi pondok di Negeri Kedah untuk melakukan perkara yang sama.

Kesimpulanya, pengurusan dan pembangunan pembiayaan wakaf lestari institusi

pondok di Negeri Kedah dapat diperkasakan melalui kefahaman yang mendalam,

pengurusan kewangan yang efisien, pentadbiran yang tersusun serta pembangunan

wakaf yang sistematik. Oleh itu, peranan lebih serius perlu diambil oleh semua pihak

sama ada kerajaan, NGO dan institusi pondok khususnya bagi melaksanakan

pembiayaan pembangunan wakaf lestari ini.

BIBLIOGRAFI

Abd Shakor Borham (2011). Pelaksanaan pembangunan wakaf korporat Johor

Corporation Berhad (JCORP): Satu tinjauan. Kertas kerja yang

dibentangkan dalam International Conference on Humanities (INCoH),

anjuran Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM),

bertempat di Park Royal Hotel, Batu Feringghi, Pulau Pinang, Malaysia, pada

14-16 Jun.

Abdullah Jalil & Muhammad Muda (2008). Pengurusan dana sedekah secara

sistematik: analisa peranan institusi kerajaan dan swasta. Diakses pada 1

November 2014 daripada

http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2891/2008_Abdullaah

_%26_Muhamad_Muda_-

_Pengurusan_Dana_Sedekah_%28USIM%29.pdf?sequence=1

Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor (2013). Potensi wakaf pendidikan tinggi di

Malaysia. Disertasi Sarjana Sains Kemasyarakatan yang diserahkan kepada

Page 12: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 543

Pusat Kajian Pembangunan Islam (ISDEV). Tidak diterbitkan, Universiti

Sains Malaysia.

Ahmad Zaki Abd Latiff, Abd Halim Ramli, Che Zuina Ismail, Kamarulzaman

Sulaiman& Norzaidi Mohd Daud (2008). Pengurusan harta wakaf dan

potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat Islam di Malaysia. Jurnal

Pengurusan JAWHAR Vol.2, No. 2, 2008.

Asmak Ab Rahman (2009). Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat

Islam. Jurnal Syariah, Jil17, Bil 1, hlm 113-152.

Farhana Mohamad Suhaimi (2014). Kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap

wakaf di Malaysia. Diakses pada 20 Ogos 2014 daripaada

http://www.researchgate.net/publication/263238539_KESEDARAN__KEFA

HAMAN_MASYARAKAT_TERHADAP_WAKAF_DI_MALAYSIA.

Gamal Abdul Nasir Zakaria (2010). Changes and Its Future. Jurnal Of Islamic and

Arabic Education, 2, (2), 2010 45-52.

Hailani Mujir Tahir (2009). Pentafsiran dan pelaksanaan agihan zakat fi sabilillah

mengikut keperluan semasa di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan

dalam Seminar Pengagihan Zakat di bawah SINF Fisabilillah anjuran Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Hailani Mujir Tahir (2009). Pentafsiran dan pelaksanaan agihan zakat fi sabilillah

mengikut keperluan semasa di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan

dalam Seminar Pengagihan Zakat di bawah SINF Fisabilillah anjuran Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Hairunnizam Wahid, Abdul Razak & Mohd Ali Mohd Nor (t.t). Pembaharuan

pentadbiran untuk pembangunan menurut perspektif Islam. Diakses daripada

http://pkukmweb.ukm.my/~hairun/kertaskerja/pentadawam.pdf pada 20 Ogos

2014.

Hassan Al-Banna Mohamed, Ab. Mumin Ab. Ghazali & Siti Arni Basir (2013). The

guidance of moral values towards the consolidation of the quality

management system according to the Islamic perspective. International

Business and Social Science. Vol. 4.No.4.

Kalthoum Mohammed Al Kandari (2004). Islamic school: Challengesand potentials

in the 21st century: A case study of al-amal, a private bilingual school in

Kuwait. Thesis Doktor Falsafah, yang diserahkan kepada Faculty of the

Virginia Polytechnic Institute and State University.

L Abdullah (2011). Latest Development Of Traditional Islamic Education In

Kelantan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam INTED 2011 Conference

pada 7-9 March 2011, Valencia, Spain.

M.A. Mannan (2012). The Role Of Waqf Improving the Ummah Welfare. Kertas

kerja yang dibentangkan dalam International Seminar on Islamic Economics

as Solution anjuran Indonesian Association of Islamic Economists and

Muamalat Institute, Jakarta.

Mohammad Tahir Sabit Mohammad & Abdul Hamid Hj Mar Iman (2006). Obstacles

of the current concept of waqf to the development of waqf properties and the

recommended alternative. FKSG.

Mohd Izzuddin Ramli & Mohamad Zaini Abu Bakar (2013). kearifan tempatan

dalam institusi sekolah pondok: Kajian kes Malaysia. Kertas kerja yang

dibentangkan dalam Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2013

“Memperkukuhkan Kearifan Tempatan ke Arah Pengantarabangsaan” 6-7

Oktober 2013, Sutra Beach Resort, Terengganu, Malaysia.

Page 13: Farahdina Fazial

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 544

Murat Cizakca (1998). Awqaf in history and its implication for modern Islamic

economies. Islamic Economic Studies Vol. 6, No. 1.

Nik Mustapha Nik Hassan (1999). Sumbangan institusi wakaf kepada pembangunan

ekonomi. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sabitha Marican (2005). Kaedah penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Prentice Hall.

Sanep Ahmad & Nur Diyana Muhamed (2011). Institusi wakaf dan pembangunan

ekonomi negara: Kes pembangunan tanah melayu di Malaysia. Kertas kerja

yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI

(PERKEM VI), Melaka, Malaysia pada 5-7 Jun.

Sheila Nu Nu Htay, Syed Ahmed Salman & Soe Myint@ Haji Ilyas (2012).

Integrating Zakat, Waqf And Sadaqah: Myint Myat Phu Zin Clinic Model In

Myanmar. Kuala Lumpur. IIUM Institute of Islamic Banking and Finance

Malaysia. Diakses pada 2 Oktober 2014 daripada

http://irep.iium.edu.my/31228/1/Integrating_zakat_04_June_2012.pdf.

Siti Mashitoh Mahmood (2007). pembentukan dana wakaf menurut perspektif

syariah dan undang-undang serta aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah,

15:2 (2007) 61-83.

Sufian & Muhammad (2013). Pondok " System As a Model for Retirement Village in

Malaysia: a Legal Perspective. Diakses pada 31 Ogos 2015 daripada

http://frsb.upm.edu.my/alamcipta/index.php/alamcipta/article/view/111

2015.

Surita Hartini Mat Hassan (2013). Potensi wakaf dinar emas di malaysia: Analisis

pengalaman zaman Uthmaniah. Disertasi Sarjana Sains Kemasyarakatan

yang diserahkan kepada Pusat Kajian Pembangunan Islam (ISDEV). Tidak

diterbitkan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Wan Ariffin Wan Yon, Mohd Syahiran Abdul Latif & Hasan Bahrom (2008).

Makanisme wakaf: Gagasan awal terhadap pembangunan dan pembiayaan

pusat penyelidikan dan perkembangan islam borneo. Jurnal Pengurusan

JAWHAR Vol 2, No 2.

Wan Ariffin Wan Yon, Mohd Syahiran Abdul Latif & Hasan Bahrom (2008).

Makanisme wakaf: Gagasan awal terhadap pembangunan dan pembiayaan

pusat penyelidikan dan perkembangan islam borneo. Jurnal Pengurusan

JAWHAR Vol 2, No 2.

Zulkifli Hasan (2005). Pengurusan harta tidak patuh syariah. Diakses pada 2 Oktober

2014, daripada https://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/05/pengurusan-

harta-tidak-patuh-syariah.pdf