Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia falsafah barat... · Fakulti Sains Kognitif dan...
Transcript of Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia falsafah barat... · Fakulti Sains Kognitif dan...
-
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
ISlJ-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGANISLAM
Nurfaraheen Binti Mohd Nasir
Bf Sarj'ana Muda Sains Dengan Kepujian
8914 (Sains Kognitif)2011 20 II
60
-
x
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Gred:
JUDUL: ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NURF ARAHEEN BINTI MOHD NASIR
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akadernik,
Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
** sila tandakan (...J )
D (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh DTERHAD organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
0) TIDAK TERHAD
O/b .>SdtVM ............
(T ANDAT ANGAN PENULIS) (T ANDAT ANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
Tarikh: , __~~~~____~L-_________ Tarikh : ---------------------Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, SaJjana dan SaJjana Muda *Jika lesis ini SULIT atau TERHAO, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan
sekali sebab dan tempoh lesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.
-
r -
P.KHIOMAT MAKLUMAT AKADEMIK
111111111 rilRIIIIIIIII 1000224363
ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM
NURF ARAHEEN BINTI MOHO NASIR
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
(Sains Kognitif)
Fakulti S~ins Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
(2011 )
-
r
PENGHARGAAN
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberi kekuatan kepada saya bagi menyiapkan projek ini.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih terutamanya kepada penyelia projek, Dr. Zaimuariffudin Shukri b. Nordin di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau bagi menyiapkan projek ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya, En. Mohd Nasir dan Pn. Saliha yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dan memberi sokongan sepanjang menyiapkan projek ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan baik yang sentiasa sedia membantu dan memberi semangat sepanjang melaksanakan projek ini.
J
-
lSI KANDUNGAN
Penghargaan lsi Kandungan Senarai Gambarajah Abstrak Abstract
BABI-PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1.1 Falsafah 1.2 Falsafah Islam 1.3 Latar Belakang Kajian 1.4 ObjektifKajian 1.5 Gambarajah 1.6 Kesimpulan
BAB 2 - SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0 2.1 2.2
2.3
2.4 2.5 2.6 2.7 2.8
Pengenalan Agama Islam Falsafah 2.2.1 Ciri Falsafah 2.2.2 Persoalan Falsafah 2.2.3 Kategori Falsafah 2.2.4 Sejarah Falsafah di Tanah Melayu Falsafah menurut Islam 2.3.1 Ciri Khas Falsafah Islam 2.3.2 Tokoh-tooh Falsafah Islam Falsafah menurut Pandangan Barat Materialisme Dualisme N aturalisme Kesimpulan
Muka surat
11
IV
V
VI
2 6 8 8 9
10 10 11 12 13 14 15 16 18 19 21 21 23 24 25
11
-
BAB 3 - KAEDAH KAJIAN
3.0 Pengenalan 26
3.1 Bentuk Kajian 27
3.2 Bahan Kajian 28
3.3 Kaedah Kajian 28
3.4 Limitasi Kajian 29
3.5 Kesimpulan 29
BAB 4 - PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan 30
4.1 N aturalisme 30
4.1.1 Konsep Manusia 30
4.1.2 Kejadian Manusia Berdasarkan Sumber AI-Quran 31
4.1.3 Kejadian Manusia Peliama 39
4.1.4 Ciri-Ciri Keistimewaan Manusia 40
4.1.5 Kejadian Manusia mengikut Falsafah Barat 40
4.1.6 Teori Evolusi 41
4.2 Materialisme 43
4.2.1 Fahaman Materialisme menurut Barat 43
4.2.2 Fahaman Materialisme berdasarkan Islam 43
4.3 Dualisme 46
4.3.1 Fahaman Dualisme menurut Barat 46
4.3.2 Fahaman Dualisme menurut Islam 47
4.4 Kesimpulan 48
BAB 5 - KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 49
5.1 Perbezaan di antara Falsafah Islam dan Falsafah Barat 49
5.2 Isu-isu yang bertentangan antara Falsafah Islam dah Falsafah Barat 50
5.2.1 Isu Ketuhanan 50
5.2.2 Isu Kebendaan 52
5.2.3 Isu kejadian Manusia 54
5.3 Persamaan antara Falsafah Islam dan Falsafah Barat 55
5.4 Limitasi Kajian 57
5.5 Cadangan 57
5.6 Kesimpulan 57
RUJUKAN 59
III
-
SENARAIGAMBARAJAH
Muka surat
Gambarajah 1: Falsafah Islam dan Cabangnya 8 Gambarajah 2: Model Interaktif Analisis Data Kualitatif 28
SENARAI AYAT-AYAT AL-QURAN
BAB I-PENDAHULUAN
Surah an-Nahl Surah al-Baqarah
BAB 4 - PERBINCANGAN
Surah an-Nahl Surah aI-Qiyamah Surah al-Mukminun Surah al-Insan Surah as-Sajdah Surah aI-Hajj Surah al-Alaq Surah al-Mukminun Surah as-Sajdah Surah an-Najm Surah an-Nisa' Surah as-Sajdah Surah al-Hijr Surah an-An'am Surah aI-Qaaf Surah al-' Ankabut
BAB 5 - KESIMPULAN
Surah an-An'am Surah aI-Waqiah Surah al-Humazah Surah at-Taubah Surah at-Tiin Surah aI-A' la Surah as-Sajdah
16: 125 4 2:269 5
16:4 33 75:37 33 23:13 34 76:2 34 32:8 35 22:5 35 96:2 36 23:14 37 32:9 37 53:45 38 4:1 39 32:7 39 15:29 30 6:106 44 50:16 45 29:46 45
6:162 51 56:1-2 52 104: 1-4 53 9:103 54 95:4 54 87:2 55 32:9 56
iv
-
ABSTRAK
ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM
NURFARAHEEN MOHD NASIR
Kaj ian ini bertujuan untuk membandingkan antara isu-isu yang terdapat di dalam falsafah terutama yang berkaitan dengan falsafah minda. Ia juga akan mengkaji mengenai falsafah perbandingan sesuatu isu itu dari sudut pandangan Islam dan barat. Perbandingan antara kedua ini akan menghasilkan persamaan dan perbezaan mengenai sesuatu isu itu. Teori yang dikemukakan di dalam isu ini adalah mengenai dualisme, materialisme, dan Darwin. Huraian mengenai teori menunjukkan sebahagiannya boleh diterima dan ada sebahagian lagi yang bertentangan dengan Islam. Kajian ini adalah kajian yang berpaksikan Islam sebagai penanda aras. Isi-isi yang berkenaan dan sesuai dengan Islam diterima di dalam kajian ini walaupun ianya adalah dari falsafah barat. Teori dualisme adalah bersesuaian dengan Islam dan juga barat sementara teol; materialisme bertentangan dengan Islam kerana lebih mementingkan aspek material tanpa ada nilai roh atau kerohanian.
v
-
ABSTRACT
EXAMINE THE ISSUES IN THE WESTERN PHILOSOPHICAL POINT OF VIEW
ISLAM
NURFARAHEENMOHD NASIR
This study aimed to compare the issues in the philosophy, especially which related to the philosophy of mind. It will also examine the comparative philosophy ofan issue from the viewpoint of Islam and the West. Comparison between the viel1!point of Islam and the West would result in similarities and differences on that issue. The theory is set out in this issue are about the dualism, materialism, and Darwin. The description of the theory shows some acceptable and some more are in conflict with Islam. This research is centered on the study of Islam as a benchmark. Fill-relevant content, and in accordance with accepted Islam in this study even though they are from Western philosophy. The theory of dualism is compatible with Islam and the west while the materialism theory opposedfrom Islam because the material aspects is more importantfor materialist without any soul or spiritual value.
VI
-
BAB1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bab ini mempunyai dua bahagian yang membineangkan seeara umum
mengenai falsafah Islam dan falsafah barat. Di dalam bahagian ini Juga
membincangkan permasalahan yang berkaitan antara kedua-dua falsafah.
1.1 Falsafah
Perkataan "falsafah" berasal dari bahasa Greek (Yunani) mengandungi dua
sulrukata, iaitu philo yang membawa maksud einta, dan sophia membawa maksud
hikmat (Abdul Jalil, 1979). Apabila kedua-dua sukukata ini dieantumkan akan
menjadi Philosophia yang membawa erti eintakan hikmat. Perkataan ini telah
digunakan seeara meluas oleh orang Arab dan Islam dengan mengubah sedikit
pada bunyinya sehingga menjadi falsafah, dan ahli-ahli yang terlibat dalam bidang
ini digelar failasuf. Dalam bahasa Inggeris perkataan Philo sophia ini disebut
Philosophy, dan individu yang mahir dalam ilmu ini disebut Philosopher (Abdul
Jalil, 1979).
Menurut pakar-pakar bahasa, perkataan philosophia mula digunakan kira
kira dalam abad ketujuh sebelum Masihi. Individu yang mula-mula menggunakan
1
-
perkataan ini ialah seorang ahli falsafah berbangsa Greek bernama Pythagoras
yang dilahirkan dalam 588 sebelum Masihi (Abdul Jalil, 1979). Perkataan
Philo sophia ini wujud disebabkan peningkatan kegiatan-kegiatan yang melibatkan
pemikiran yang begitu pesat pada masa itu, menyelidik dan membahaskan rahsia
rahsia kejadian alam, persoalan metafisika dan masalah-masalah yang berhubung
dengan persoalan etika.
Falsafah adalah bidang ilmu yang telah wujud bersamaan dengan
kewujudan manusia ke dunia ini, namun falsafah sebagai satu ilmu hanya bermula
pada zaman permulaan Yunani Kuno di Eropah pada permulaan abad. Bidang
perbabasan falsafah adalah sangat luas, ia meliputi perbahasan dan perbicaraan
tentang segal a benda hidup yang wujud di alam ini, sarna ada berkaitan manusia,
binatang ataupun alam sekitar serta makhluk hid up yang lain. Perbahasan falsafah
akan kembali kepada pertanyaan yang penuh keraguan seperti 'Siapakah pencipta
alam ini?', 'Siapakah yang menggerakkan tangan?' atau 'Siapakah tuan punya
keindahan alam ini?'. Semua pertanyaan ini menembusi ruang metafizik yang
tidak dapat ditembusi oleh lima pancaindera yang lain, hanya pancaindera keenam
yang dapat menembusi ruang tersebut iaitu dengan cara berfikir dan menggunakan
akal sebaik-baiknya.
Falsafah merupakan induk kepada segala ilmu, kerana itulah para tokoh
Yunani yang terkenal sebagai filosuf agung, seperti Socrates, Aristotle dan Plato
terus diikuti dan banyak buku-buku karangan mereka menjadi rujukan oleh para
mahasiswa sehingga kini.
1.2 Falsafah Islam
Sebelum kelahiran Islam, tiada istilah falsafah di Tanah Arab. AI-Ghazali,
seorang tokoh falsafah Islam menegaskan ilmu kalam tidak dapat menghasilkan
kesan pemikiran falsafah Islam yang sebenar walaupun para ahli ilmu kalam cuba
menyakinkan peranan aka 1, namun mereka sendiri tidak terdaya untuk mencapai
kebebasan akal yang sebenar (Mahmud Hamdi, 1993). Falsafah Yunani yang
2
-
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai pengaruh yang besar terhadap
pemikiran Islam. Pada ketika itu, falsafah dilihat sebagai salah satu cara yang
dapat membuka pandangan baru kepada pemikiran yang lebih kritis dan logik
tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya dalam bidang
ketuhanan.
Dalam bidang ketuhanan mereka telah membuat keputusan, kesimpulan dan
rumusan hanya mengikut sangkaan dan andaian sahaja. Al-Ghazali menolak
sekeras-kerasnya aliran falsafah sezaman beliau dan telah membuat kritikan yang
keras dan hebat (Mahmud Hamdi, 1993). Di sebalik motifkritikan beliau itu yang
bukan sahaja berusaha untuk membasmi ajaran falsafah yang merosakkan akidah,
malah kritikan beliau juga mempunyai motif atau dorongan yang bersifat falsafah.
Beliau merasakan bahawa ahli falsafah yang lain tidak dapat memelihara kesucian
akal kerana mereka tidak dapat mewujudkan syarat-syarat sebenar yang
diperlukan dalam bidang falsafah menerusi bidang ketuhanan. Mereka memaksa
akal manusia supaya menguasa,i sepenuhnya ke atas segala sesuatu kejadian
walaupun ianya mengorbankan akidah dan mengubah ajaran falsafah yang tidak
adil untuk kepentingan akidah. Namun, Al-Ghazali telah menjelaskan bahawa
huraian yang benar-benar tepat tentang falsafah Aristotle di kalangan bangsa Arab
hanya dapat diungkapkan oleh AI-Farabi dan Ibnu Sina (Mahmud Hamdi, 1993).
Hasil terjemahan daripada falsafah Aristotle oleh pemikir lain tidak sempurna dan
tidak tepat serta mengelirukan pembaca.
Menurut pemahaman Islam yang sebenar, falsafah merupakan satu usaha
untuk mencari kebenaran. Pencarian kebenaran maksud disebalik hakikat hidup
juga merujuk kepada falsafah dalam Islam. Hakikat hidup yang sebenar hanya
Allah sahaja yang mengetahuinya. Segala yang difikirkan menggunakan akal
fikiran sendiri merupakan falsafah individu itu sendiri dan jika tidak bersandarkan
kepada kitab Allah, adalah tidak benar, tidak mutlak dan hanya bersifat relatif
maka, timbullah pelbagai falsafah hasil pemikiran manusia seperti liberalisme,
ideali me dan kapitalisme. Jika sesuatu falsafah itu datangnya dari Allah, prinsip
dan matlamatnya adalah sarna (Mahmud Hamdi, 1993).
3
-
Falsafah Islam ialah falsafah yang mencintai hikmat atau kebenaran
berteraskan wahyu, iaitu AI-Quran dan As-Sunnah. Maka apabila seseorang Islam
yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sarna ada
falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya
tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam
yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami
falsafah lain daripada Islam, menjadikannya sangat susah untuk menerima
falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal
bertentangan dengan kehendak Islam.
Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam AI-Quran dengan maksud
yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Menurut surah An-Nahl ayat 125,
hikmah dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.
-'. i£.~~~11~;it W1.S1;~ \ : /.j\ ~;i ........,,,,, '.J"" ,;',.,. """;' ~J~ ~L
/J./ .6! ,/ "'.-;; /' ", J./''t ,;",} ",~/ -:; r:..,,,,:I' 1. ~ ~ y'J~~;.·JJ0"~~P\ JA ~.J ~l~\~~~
Maksudnya:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang
baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat
darijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.
(Surah an-Nahl 16: 125)
Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "hikmah itu ialah
memabami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya". Ilmu diperlukan kerana ilmulah
penyuluh untuk mengenal dan memahami sesuatu perkara (Muhammad Nasir,
1978). Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Menurut versi yang lain
4
-
Muhammad Abduh mengatakan bahawa "hikmah itu ilmu yang benar yang
menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah."
Orang yang mempunyai hikmah ini digelar 'Hakeem'. la bermaksud orang
yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus
(Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu
yang tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah:
Maksudnya:
Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Baran,g siapa diberi
hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang
dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat.
(Surah al-Baqarah 2:269)
Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan
setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini
jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam AI-Quran. Falsafah Islam cuba
mencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha mencari dan
berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan
oleh Allah untuk hid up di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka
akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang
diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az
Zariyat, 30 AI-Baqarah, 72 AI-Ahzab, 172 AI-A'rafdan lain-lain.
5
-
kepentingan golongan agama dan poUlik. Perkara yang menjadi
tegahan biasa telah menjadi harus dan halal demi keselamatan raja
dan pemerintah. Inilah di antara keistimewaan falsqfah zaman
kebangkitan yang juga menjadi keistimewaan falsafah moden yang
dapat dikembaUkan kepada dua sebab. Pertama, sikap egoisme yang
melampaui batas sama ada dalam bidang kesusasteraan, agama atau
dalam bidang poUtik. Kedua, pemusatan yang berlebihan kepada
sains atau ilmu alat serla usaha unluk mempraktikkannya untuk
menambah keseronokan atau kemewahan hidup. Kesemuanya ini
telah mengesani falsafah yang dipisahkan dari agama. Di samping
itu, ada juga yang mencampur-adukkan beberapa aUran falsafah
yang berlainan dan bertentangan ke dalam satu acuan. Te tap i
generasi manusia masih tetap dalam kebimbangan dan hilang tempat
pegangan. Jikalau ada yang mempunyai pegangan tetapi kerap dan
cepat mengubah pegangan tersebut. "(m.sI7)
Prot: Yusof Karam (Mohd Sulaiman, 1982) mengakhiri penulisannya
dengan satu hukuman yang tepat dengan kedudukan falsafah barat atau moden.
"Zaman sekarang sangat memerlukan kepada pembinaan falsqfah
yang menjamin atau dijamin oleh agama dan akhlaq, tetapi
malangnya zaman sekarang tidak mempunyai syarat dan asas yang
cukup mengenai ilmu falsafah. memang tidak dinafikan segala usaha
telah dicurahkan sehabis-habisan tetapi binaan falsafah itu tidak
dapat berdiri dengan teguh dan kukuh selagi tidak didirikan atas asas
yang konkrit iaitu asas keimanan dan keprcayaan kepada aka!.
Falsafah moden sekarang terumbang-ambing antara penepian dan
keingkaran pada aka I, sebaUknya tunduk kepada kecetekan dan
kesulitan yang lahir dari kebendaan semata-mata. " (m.s 18)
7
-
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji isu-isu falsafah minda
menurut pandangan Islam berdasarkan beberapa kajian so alan.
1. Adakah terdapat perbezaan di antara falsafah Islam dan falsafah barat?
2. Adakah isu-isu yang terkandung dalam falsafah barat bertentangan
dengan Islam?
3. Adakah terdapat persamaan antara kedua-dua teori falsafah barat
dengan falsafah Islam?
1.5 Gambarajab
Allah
D
Ma'arifat (Ghayah)
D
Hikmat
~ ~
Haqiqat Haqiqat
Ketuhanan Kebaikan
~ Cinta / D
WasilaFalsafah ,/ lalan Akal lalan Hati
Gambarajah 1: Falsafah Islam dan cabangnya. (Mohd Sulaiman, 1982, m.s48)
8
-
Berdasarkan falsafah menurut prmslp agama Islam, falsafah diistilahkan
sebagai cintakan hikmat. Meurut Islam, hikmat terbahagi kepada dua iaitu
berdasarkan Ma'rifatu'Llah (haqiqat ketuhanan) dan juga Ma'rifatu'l-Khayr
(haqiqat kebaikan). Oleh kerana hikmat itu hanya kepunyaan dan kekuasaan pada
Allah S.W.T sahaja, maka manusia yang inginkan hikmat itu perlu mencintai dan
mempercayai kewujudan hikmat tersebut. Cinta di sini mempunyai pengertian
yang positif sebagai pemyataan dari rasa cinta iaitu daya usaha atau percubaan
manusia untuk mendapatkan hikmat. Hikmat atau nama lain ialah Ghayah atau
matlamat manakala falsafah pula dikenali sebagai nama Wasilah. Ertinya di sini,
Wasilah atau falsafah merupakan jalan atau asas manusia untuk mencintai,
mencari dan memburu Ghayah atau Hikmat. Falsafah berdasarkan prinsip agama
Islam (Mohd Sulaiman, 1982).
1.6 Kesimpulan
Bidang fa1safah yang sebenar adalah bidang metafizik. Dalam bidang ini,
Islam menekankan akidah ketuhanan sebagai asas dalam intisarinya. Falsafah
yang menyisihkan unsur ketuhanan dan akhlaq, atau menyisihkan unsur
kebenaran adalah falsafah yang telah keluar dari keadaan falsafah itu sendiri. Ia
akan menjadi falsafah kebendaan yang akan melahirkan pertentangan atau
percanggahan dan kemudiannya akan menghasilkan perbalahan antara manusia.
Kesimpulan ini adalah selaras dengan falsafah berdasarkan prinsip agama Islam.
9
-
BAB2
SOROT AN KAJIAN LEPAS
2.0 Pengenalan
Bab ini mengandungi tiga bahagian yang menerangkan mengenai sorotan . kajian lepas yang berkaitan deng~n falsafah barat serta teori-teori yang berkaitan
iaitu materialisme, dualisme serta naturalisme, falsafah Islam dan sedikit
penerangan mengenai Agama Islam.
2.1 Agama Islam
Perkataan agama, ugama atau 19ama, berasal dari bahasa Sanskrit yang
memberi maksud kepercayaan dan pegangan berkenaan ibadat dan perkara
perkara ghaib seperti Tuhan dan hari kiamat (Abdul JaliI, 1979). Dalam bahasa
Inggeris, agama disebut sebagai religion yang berasal dari bahasa Latin iaitu
religio yang membawa maksud kepercayaan tentang Tuhan serta rendah diri.
Menurut Endang Saifuddin Anshari di dalam bukunya yang bertajuk Sains
Falsafah dan Agama menerangkan agama secara umurnnya membawa maksud
suatu sistem kepercayaan terhadap adanya sesuatu yang mutlak di luar
kemampuan manusia. Menurut bahasa Arab, perkataan agama diterjemahkan
10
-
kepada "Ad-Din" yang bermaksud satu cara hidup yang ditentukan oleh Allah
S.W.T.
Agama Islam menurut Endang Saifuddin Anshari, ialah agama yang
diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasul-Nya untuk disampaikan kepada
manusia setiap masa. Agama Islam juga merupakan suatu sistem keyakinan dan
tata ketentuan Ilahi yang mengatur segala kehidupan manusia dalam pelbagai
hubungan, baik hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama
manusia, atau hubungan manusia dengan alam lain. Agama Islam bersumberkan
kitab suci AI-Quran sebagai penyempurnaan wahyu-wahyu Allah S.W.T yang
ingin disampaikan kepada manusia. Menurut bahasa Arab, Islam bermaksud
tunduk atau patuh. Agama Islam merupakan agama yang tunduk dan patuh kepada
Allah S.W.T. Islam telah lahir dalam suasana Semenanjung Tanah Arab dipenuhi
dengan pelbagai corak agama.
Definisi Islam juga dapat difahami ketika Jibril dtg bertanya Rasulullah
tentang Islam: "Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam" Rasulullah
menjawab "Engkau mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan N abi
Muhammmad ialah pesuruh-Nya, mendirikan solat, mengeluarjkan zakat, puasa
bulan ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah jika engkau mampu".
2.2 Falsafah
Menurut AI-Farabi seorang tokoh falsafah muslim terkenal sebagai penafsir
Aristotles mengatakan bahawa falsafah berasal dari bahasa Greek (Yunani) yang
dipinjam oleh bahasa Arab, iaitu berasal dari kata philosophia. Philo bererti cinta
dan sophia bererti hikmah, dan oleh kerana itu philo sophia bererti cintakan
hikmah atau cintakan kebenaran. AI-Farabi (Ahmad Rafaai, 1994) juga
merumuskan, falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud dan
bertujuan meyelidiki hakikatnya yang sebenar. Ahli-ahli falsafah membuat
banyak rumusan mengenai kandungan makna falsafah. Antaranya adalah seperti
(Ahmad Rafaai, 1994):
11
-
) Plato( 427sm-348sm)
Seorang ahli falsafah Yunani yang menyatakan falsafah tidaklah lain
daripada segala yang ada. Falsafah adalah ilmu pengetahuan yang berminat
mencapai kebenaran yang asli.
) Aristotles (382sm-322sm)
Falsafah menyelidiki sebab dan asas segala benda.
) Immanuel Kant (1724sm-1804sm) menyatakan bahawa falsafah ialah
ilmu pokok pangkal segala pengetahuan yang melibatkan empat persoalan
iaitu (Endang Saifuddin Anshari, 1982):
./ Apakah yang dapat kita ketahui?
Jawapan: Metafisika
./ Apakah yang boleh kita lakukan?
Jawapan: Etika
./ Sampai dimanakah pengharapan kita?
Jawapan: Agama
./ Apakah sebenamya yang dinamakan sebagai manusia?
Jawapan: Antropologi
Drs. H. Hasbullah Balay membuat rumusan bahawa ilmu falsafah adalah
ilmu yang menyelidiki sesuatu dengan mendalam mengenai ketuhanan, alam
semesta dan manusia sehingga dapat menghasilkan pengetahuan tentang
bagaimana hakikatnya sejauh yang yang dapat dicapai akal manusia dan
bagaimana sikap manusia itu seharusnya setelah mencapai pengetahuan itu
(Ahmad Rafaa~ 1994).
2.2.1 Ciri Falsafah
Berfalsafah ertinya berfikir. Tetapi tidak semua orang yang berfikir digelar
ahli falsafah atau filsuf Berfalsafah adalah berfikir secara bersungguh-sungguh
12
-
deogan ketentuan batas atau aturan. Berfikir secara falsafah mengandungi tiga
ciri, iaitu (Ahmad Rafaai, 1994):
) Radikal
Radikal berasal daripada perkataan bahasa Yunani iaitu radix yang bererti
akar. Falsafah memerlukan corak pernik iran yang tajam supaya dapat
berfikir sedalam-dalamnya kepada akar sesuatu masalah dan
menyelesaikannya dengan penuh tanggungjawab.
) Sistematik
Berfikiran secara sistematik bererti berfikiran secara logik mengikut
langkah atau susunan yang betul dan saling berhubung dengan teratuf.
) Sejagat
Sejagat bermaksud umum atau menyeluruh. Dalam corak pernik iran ini, . pernik iran tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi
rnerangkumi keseluruhan persoalan. Berfikir mengenai manus la, bukan
sahaja mengetahui masyarakat Melayu, tetapi juga merangkumi masyarakat
benua Afrika, Eropah, India dan lain-lain.
1.1.1 Persoalan Falsafah
Persoalan atau masalah falsafah merupakan topik yang sering diperdebatkan
dalam bidang falsafah. Persoalan falsafah sentiasa disifatkan sebagai soalan yang
sangat rumit, dan memerlukan pernik iran yang bersungguh-sungguh untuk
rnenyelesaikannya. Sesuatu persoalan akan menjadi soalan falsafah apabila soalan
itu tidak dapat diselesaikan melalui kaedah kajian at au kaedah sains. Biasanya,
persoalan falsafah melibatkan persoalan yang berkaitan konsep, ideologi, dan juga
perkara-perkara lain yang abstrak. Contoh so alan falsafah adalah seperti:
) Apakah kehidupan?
) Apakah cantik?
13
-
> Apakah yang dimaksudkan dengan kepandaian? > Apakah ilmu pengetahuan?
Bidang falsafah memberikan nilai yang tinggi kepada soalan yang baik
ltaupun nilai yang mempunyai nilai falsafah kerana soalan yang baik menjanjikan
J&Wapan yang baik. Ini bermaksud so alan-so alan epistemologi yang ditanyakan
pada zaman dahulu seperti, "Apakah kebenaran? Apakah ilmu pengetahuan?"
sebenamya pada zaman kini telah memajukan bidang sains dan teknologi dimana
untuk mencari kebenaran, bidang sains dan teknologi perlu membuat kajian yang
t liti.
1.1.3 Kategori Falsafah
Falsafah dapat dikategorikan kepada lima bidang berdasarkan persoalannya,
iaitu (Mohd Sulaiman, 1982):
> Metafizik Bidang falsafah fit memikirkan tentang kewujudan sesuatu.
Soalannya berbentuk .
./ Apakah jenis benda yang wujud?
./ Apakah sifat semulajadi(nature) benda tersebut?
./ Apakah yang dikatakan sedar?
./ Adakah Tuhan wujud?
> Epistemologi Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Contoh
soalannya adalah seperti:
./ Apa itu pengetahuan?
./ Adakah ilmu pengetahuan benar-benar wujud?
./ Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu?
./ Bagaimana kita tahu terdapat minda yang lain?
14
-
) Etika
Bidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Antara
soalannya adalah:
./ Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan
tindakan yang salah? Jika ada, apakah perbezaannya? Tindakan
yang mana adalah betul dan tindakan mana yang salah? Adakah
nilai tersebut mutlak atau perbandingan semata-mata?
) Logik
Logik merupakan satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan
manusia.
) Estetika
Bidang falsafah yang memikirkan tentang keindahan sesuatu. Contoh
soalannya adalah seperti:
./ Apakah itu indah?
./ Apakah cantik?
2.2.4 Sejarah Falsafah di Tanah Melayu
Kira-kira 450 tahun dahulu, ilmu falsafah telah sampai ke Tanah Melayu
melalui perantaraan orang Melayu yang pergi menuntut ke Mekah dan
mempelajari ilmu agama Islam. Sebelum itu, ilmu ini telah dipelajari di sebuah
sekolah tinggi di Palembang pada zaman kerajaan Sriwijaya. Kebanyakan
penuntut Melayu yang pergi ke Mekah menjadi ulama besar dan mufti di Mekah.
clebihnya pulang ke tempat asal di kepulauan Melayu bagi mengembangkan
ajaran falsafah di samping ilmu-ilmu agama.
2.3 Falsafah meRurut Islam
Apabila membicarakan mengenai falsafah Islam, persoalan apakah yang
dimaksudkan dengan falsafah Islam dan apakah falsafah Islam adalah falsafah
15
-
Rafila~
b. Pada dasamya para ahli tidak sependapat dalam memberikan nama
terbadap falsafah Islam, ada yang menamakannya falsafah Arab dan ada pula
yang menamakannya sebagai falsafah Islam kerana perbezaan sudut pandangan.
Kebanyakan tokoh sarjana ketimuran lebih cenderung dengan nama falsafah
Arab. Pendapat mereka berdasarkan dua alasan iaitu (Ahmad Rafaai,1994):
1. Jika menamakannya falsafah Islam, bererti sumbangan at au pendapat
orang-orang Arab yang bukan Islam dalam falsafah diketepikan dan
disingkirkan sama sekali. Sedangkan mereka berjasa dalam banyak bidang
terutamanya dalam bidang perubatan, fizik, kimia dan matematik.
11. Jika dinamakan falsafah Islam, buku-buku yang dicetak dalam bahasa
lain seperti Parsi dan Turki harus diasingkan.
Oleh kerana dua alas an ini, mereka sependapat menamakan Falsafah Arab
dan bukan Falsafah Islam. Sementara itu, golongan yang lebih cenderung untuk
menarnakannya sebagai falsafah Islam mempunyai sebab-sebab dan hujah-hujah
yang tersendiri. Di antara penulis yang menyokong Falsafah Islam adalah (Ahmad
1994):
a. Shaykb Mustafa Abdul Raziq
"Falsafah ini telah diberikan oleh para ahlinya suatu
nama yang telah merupakan istilah di kalangan mereka,
sehingga kita tidak boleh lagi meninggalkannya dan
memperdebatkannya."( m. s24)
Falsafah Islam ini adalah nama asal yang diberikan oleh para Filosuf,
malah falsafah ini juga berkembang di dalam negara Islam, di kalangan
orang Islam tanpa mengira darjat dan keagamaannya, kerana perbicaraan
falsafah adalah perbicaraan yang berasaskan pemikiran dan tidak hanya
difukuskan kepada bangsa Arab sahaja.
16