Faktor Masalah Matematik

download Faktor Masalah Matematik

of 3

description

Matematik

Transcript of Faktor Masalah Matematik

  • Kegunaan Matematik dalam Kehidupan Seharian

    Pemulihan Matematik PKP 3118

    Sabtu, 21 September 2013

    4.0 MASALAH MURID PEMULIHAN DALAM MENGAPLIKASIKAN MATEMATIKDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

    Murid pemulihan menghadapi beberapa masalah dalam mengaplikasikanmatematik dalam kehidupan sehariannya. Hal ini disebabkan mereka mengalamimasalah dalam kemahiran mengira. Kemahiran mengira adalah asas dalam konteksmatematik. Sebelum murid pemulihan mengaplikasikan matematik dalamkehidupannya mereka haruslah mahir dalam pembelajaran matematik. Merekaharuslah menguasai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi supaya dapatmenerapkan konsepnya dalam kehidupan.

    Pertama sekali, masalah diskalkulia dalam kalangan murid pemulihan.Merujuk isitilah sastera, Dys dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, Calculiadalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagaimasalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan ataupembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008). Menurut Department forEducation Skills 2001 diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yangmempengaruhi keupayaan menguasai atau memperoleh kemahiran aritmetik.Kanak-kanak seperti ini mengahadapi masalah dalam memahami konsep nomboryang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor, dan bermasalahdalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Sebagai contohnya,mereka 4+5 = 9, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+4=9. Walaupun merekadapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpakeyakinan diri. Berdasarkan pengalaman saya, sebelum ini saya pernah melawatPusat Disleksia di Ampang, Kuala Lumpur untuk mengumpulkan maklumat tentangmasalah murid disleksia serta antara intervensi yang mereka aplikasikan untukmemulihkan kanak-kanak tersebut. Di sana saya juga dapat memerhatikan kanak-kanak yang mempunyai masalah diskalkulia.Guru-guru yang berkhidmat di sana telahmenggunakan pelbagai jenis kaedah, bahan dan terapi untuk memulihkan masalahpembelajaran murid tersebut.

    Masalah diskalkulia ini menyebabkan murid-murid pemulihan mengalamikesukaran dalam menguasai kemahiran operasi asas matematik. Ia menyebabkanmurid-murid tidak dapat menghitung dengan betul apa-apa jua benda yangdiberikan. Dalam kehidupan seharian pula, dia tidak dapat membeli sesuatu bendadalam kuantiti yang betul. Kelemahannya akan menjadi kekuatan kepada orang lain.Hal ini menyebabkan mereka mudah ditipu oleh orang lain. Selain itu, masalah inijuga mengakibatkan murid pemulihan tidak dapat mengira wang dengan betul.Mereka tidak menghargai nilai wang dan menggunakannya secara sewenang-wenangnya.

    Masalah yang seterusnya adalah murid pemulihan masih lagi tidak menguasaikemahiran pranombor. Konsep pranombor yang perlu diajarkan kepada murid-muridpemulihan melibatkan konsep asas terhadap mengenal dan memahami warna, saiz,dan bentuk sesuatu objek. Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam konsep

    2013 (5) September (4)

    1.0 KONSEP APLIKASI MATEMATIK DALAMKEHIDUPAN SEH...

    2.0 PENGAPLIKASIAN NOMBORDALAM KEHIDUPANSEHARIAN...

    4.0 MASALAH MURIDPEMULIHAN DALAMMENGAPLIKASIKAN ...

    5.0 STRATEGI MENGATASIMASALAH MURIDPEMULIHAN DAL...

    Oktober (1)

    Arkib Blog

    eswary krishnan Ikut 0

    Lihat profil lengkap saya

    Mengenai Saya

    1 More Next Blog Create Blog Sign In

    converted by Web2PDFConvert.com

  • Dicatat oleh eswary krishnan di 5:06 PG

    pranombor tidak dapat membezakan antara warna, saiz sesuatu gambar dan jugasuaikan bentuk yang sama. Di samping itu, murid pemulihan juga sukar untukmengenali nombor asas 0-9 dan mudah lupa nombor-nombor tersebut. Manakala,aktiviti pengelasan adalah proses yang penting untuk membentuk konsep nombor.Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu memilih dan membanding,mengumpul, memilih semula, mengasingkan kumpulan, dan memilih objekberdasarkan fungsi dan kegunaan. Malah, murid pemulihan ada yang masih lagitidak dapat menguasai aspek-aspek tersebut.

    Masalah tersebut menyebabkan murid pemulihan tidak dapat mengkelaskansesuatu benda mengikut warna, saiz dan bentuk dalam kehidupan sehariannya.Mereka juga tidak dapat mengukur, menyukat dan menimbang barang-barang dibeli.Impaknya ia boleh menjejaskan masa depan murid pemulihan. Mereka tidak dapatmelibatkan diri dalam bidang yang sesuai. Seperti mana yang kita bincangkan diatas, pada masa kini kebanyakan bidang memerlukan pengetahuan matematikasas. Tanpa pengetahuan matematik mereka sukar melibatkan diri dalam sesuatubidang. Ia akan menggelapkan masa hadapan murid pemulihan.

    Seterusnya, bah kata pepatah masa itu emas menyatakan bahawa masamempunyai nilai yang berharga dan kita haruslah menjaga masa dengan baik.Malah, murid pemulihan pula mengalami masalah untuk menentukan waktu ataumasa juga. Mereka tidak dapat menentukan masa dengan betul berdasarkanjam,minit dan saat.

    Lantaran itu, faktor dalaman juga mempengaruhi kesukaran menguasaisubjek Matematik. Murid pemulihan mengalami masalah dari segi fizikal iaitu cacatpendengaran, masalah pengamatan, ketidakselarasan antara mata dan tangan.Kesannya adalah murid pemulihan sukar untuk mempelajari, memahami, danmengadaptasikan pengetahuan Matematik yang telah dipelajari ke dalam kehidupanseharian. Di samping itu, murid-murid ini juga mengalami kesukaran untuk mengawalkoordinasi motor halus dan kemahiran persepsi penglihatan kerana agak lemahuntuk mengawal secara total pergerakan mata serta refleksi otot-otot yang terlibatsemasa menulis seperti otot lengan, tangan dan jari. Murid yang mengalami masalahpengamatan juga tidak boleh mengesan jarak antara nombor, menulis nombor diatas garisan dan terbalik.

    Selain daripada itu, faktor luaran juga mempengaruhi masalah pembelajarandalam Matematik. Terdapat segelintir guru yang tidak dapat menyampaikanmaklumat yang berkaitan Matematik dengan sempurna dan tersusun.Sekiranya guru yang mengajar tidak dapat memberikan pengalaman yang cukupdengan menggunakan alat-alat yang dapat memberikan kefahaman yang lebih,maka sudah tentu konsep Matematik yang abstrak agak sukar untuk dikuasai dansukar untuk menarik minat para pelajar. Hal ini menyebabkan murid pemulihan hilangminat dalam subjek Matematik kerana menganggap topik-topik Matematik amatsukar untuk dikuasai. Selain itu, persekitaran bilik darjah yang tidak kondusif iaitujarak di antara papan hitam dan kedudukan murid kadang kala tidak diambil kiraoleh para guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

    Kesimpulannya, setiap masalah boleh ditangani melalui menggunakan strategidan kaedah yang sesuai. Guru-guru, ibu bapa dan juga pihak sekolah perlumenitikberatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan dalammatapelajaran matematik supaya dapat dipulihkan dengan segera tanpa ia menjadilebih serius.

    converted by Web2PDFConvert.com

  • Catatan Terbaru Catatan LamaLaman utama

    Langgan: Catat Ulasan (Atom)

    +1 Syorkannya di Google

    Masukkan ulasan anda...

    Ulas sebagai: Pilih profil...

    TerbitkanTerbitkan PratontonPratonton

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Templat Awesome Inc.. Dikuasakan oleh Blogger.

    converted by Web2PDFConvert.com