FAKTOR - fp.utm.my · DI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR, JOHOR. ... panduan mahupun nasihat ... Sijil...
Transcript of FAKTOR - fp.utm.my · DI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR, JOHOR. ... panduan mahupun nasihat ... Sijil...
FAKTOR- FAKTOR PELAJAR BERMINAT MEMPELAJARI
MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN
DI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR, JOHOR.
AHMAD NADZRI RODZALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR PELAJAR BERMINAT MEMPELAJARI
MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN
DI SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR, JOHOR.
AHMAD NADZRI BIN RODZALI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penulis : AHMAD NADZRI BIN RODZALI
Tarikh : ……………………………………..
iii
DEDIKASI
Untuk ayah dan ibu, Haji Rodzali Haji Omar dan
Hajjah Gayah Binti Ali yang dikasihi yang telah banyak berkorban
memberikan nasihat dan tunjuk ajar
doa ibu bapa memberikan harapan dan semangat
Untuk kakak-kakak dan abang-abang serta adik-adik
inspirasi kalian yang telah berjaya membakar semangat
untuk berjaya
Kepada saudara Salam, rakan-rakan seperjuangan
Tunjuk ajar, keperhatinan dan sokongan anda dikenang sepanjang hayat
Buat yang tersayang
Beban yang dipikul terubat dengan bantuan yang diberikan
Dan buat penyelia Projek Sarjana Muda
Puan Khadijah Daud
Terima kasih atas dorongan, panduan mahupun nasihat
Puan dalam menyiapkan penyelidikan ini
Terima kasih kepada semua.
iv
PENGHARGAAN
Allhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi keranadengan limpah kurnia-Nya,
saya dapat juga menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih saya
ucapkan kepada semua yang terlibat dalam tmenyiapkan penyelidikan ini. Di sini
saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
i) Puan Khadijah Binti Daud, Penyelia Projek Sarjana Muda Saya yang
bertungkus lumus memberikan panduan dan tunjuk ajar. Tidak lupa
juga nasihat dan dorongan yang diberikan beliau sepanjang
penyelidikan ini.
ii) Kepada kedua-dua ibu bapa saya, Haji Rodzali Haji Omar, Hajjah Gayah
Binti Ali yang jauh dimata, namun doa dan dorongan daripada ayah dan mak
amatlah dihargai.Tidak lupa juga kepada Kak Bah, Kak Na, Kak Sina, Kak
Surah, Abang Wa, Abang A dan adik Aslah dan adik Aflah yang sentiasa
peka dengan permasalahan saya.
iv) Buat yang tersayang, terima kasih kerana sentiasa membantu tiap masa dan
ketika. Terima kasih sekali lagi.
iv) Kepada rakan Projek Sarjana Muda, Saudara Salam Selamat, terima kasih
atas bantuan saudara. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang sentiasa
membantu saya.Pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains
Muar, Johor yang sudi menjadi responden saya dan memberikan kerjasama
kepada saya.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
membantu sayasepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) saya ini
baik secara langsung atau tidak langsung.
v
ABSTRAK
Faktor-faktor pelajar berminat mempelajari Matematik Tambahan akan
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Pelajar yang
berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan menunjukkan sikap yang
positif untuk mempelajarinya. Oleh itu, kajian secara deskriktif ini bertujuan
mengetahui faktor yang paling utama diantara empat faktor yang menyebabkan
pelajar berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan. Seramai 100
orang responden dari empat buah kelas telah terlibat sebagai sampel. Borang soal
selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Item-item dalam soal selidik berkaitan
dengan faktor-faktor pelajar berminat mempelajari Matematik Tambahan yang
dinilai dari aspek guru (penyampaian), rakan sebaya dan ibu bapa, persekitaran serta
diri pelajar itu sendiri. Nilai kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.769. Data dianalisis menggunakan
perisian “Statistical Package For Social Sciences” (SPSS Versi 15.0) untuk mencari
min, peratus dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan faktor diri pelajar itu sendiri
merupakan faktor yang paling utama yang menyebabkan pelajar mempelajari mata
pelajaran Matematik Tambahan.
vi
ABSTRACT
Factors of student enthusiasm towards learning Additional Mathematics will
influence their achievement. Students who are interested toward learning this subject
will have positive. The purpose of this study descriptive research is to investigate the
main factors that contributed to enhance student’s interest and abilities in learning
Additional Mathematics. A total of 100 form four students from four classes in
Sekolah Menengah Sains Muar, Johor have been chosen as respondents for this
study. The instrument used in this study is the questionnaire that contains 40 items
in the form of objective questions. Researcher stated four factors to be study, which
are teacher’s method, peers and parents’ factor, environment factor and student
factor. Reliability value for this study was 0.789. Data was analyzed using the
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 15.0) to obtain means, percentages,
and frequencies. Findings showed students factors are the main factors influenced
towards learning Additional Mathematics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Guru 8
1.6.2 Ibu Bapa 8
1.6.3 Pentadbir Sekolah 8
viii
1.6.4 Masyarakat 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi / Takrifan Istilah 10
1.8.1 Faktor 10
1.8.2 Minat 11
1.8.3 Matematik Tambahan 11
1.8.4 Guru 11
1.8.5 Rakan Sebaya 12
1.8.6 Persekitaran 13
1.8.7 Ibu Bapa 13
1.8.8 Pelajar 13
1.8.9 Mata Pelajaran 14
1.9 Kerangka Kajian 15
2 SOROTAN PENULISAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Sorotan Kajian-Kajian Lepas 16
2.3 Minat Terhadap Matematik Tambahan 17
2.4 Faktor Guru 18
2.5 Faktor Rakan Sebaya 21
2.6 Faktor Ibu Bapa 23
2.7 Faktor Persekitaran 24
2.8 Faktor Pelajar 25
2.9 Kaedah Untuk Merangsang Minat 27
Terhadap Matematik Tambahan
2.10 Penutup 27
3 METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Kawasan Kajian 29
3.4 Sampel Kajian 29
ix
3.5 Instrumen Kajian 31
3.5.1 Bahagian A 31
3.5.2 Bahagian B 32
3.6 Prosedur Kajian 34
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Kaedah Analisis Data 36
3.9 Penutup 37
4 DAPATAN KAJIAN 38
4.1 Pengenalan 38
4.2 Pengelolaan Data 39
4.3 Dapatan Kajian Bahagian A 40
4.3.1 Latar Belakang Responden 40
4.3.1.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan 40
Responden Mengikut Jantina
4.3.1.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan 41
Responden Mengikut Bangsa
4.3.1.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan 42
Responden Mengikut Aliran Sains
4.3.1.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan 43
Responden Mengikut Bilangan
Adik-beradik
4.3.1.5 Taburan Frekuensi dan Peratusan 44
Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa atau Penjaga
4.3.1.6 Taburan Frekuensi dan Peratusan 45
Responden Mengikut Pendapatan
Bapa atau Penjaga
4.3.1.7 Taburan Frekuensi dan Peratusan 46
Responden Mengikut Pekerjaan Ibu
atau Penjaga Perempuan
4.3.1.8 Taburan Frekuensi dan Peratusan 47
Responden Mengikut Pendapatan Ibu
x
atau Penjaga Perempuan
4.3.1.9 Taburan Frekuensi dan Peratusan 48
Responden Mengikut Keputusan
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
4.3.1.10 Taburan Frekuensi dan Peratusan 48
Responden Mengikut Minat
Terhadap Matematik Tambahan
4.4 Dapatan Kajian Bahagian B 49
4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 50
Faktor Guru (Penyampaian)
4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 55
4.4.2 (A) Faktor Ibu Bapa 55
4.4.2 (B) Faktor Rakan Sebaya 58
4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 62
Faktor Persekitaran
4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 67
Faktor Diri Pelajar Itu Sendiri
4.5 Peratusan Keseluruhan Faktor Persoalan Kajian 72
4.6 Penutup 73
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 74
5.1 Pengenalan 74
5.2 Responden Kajian 75
5.3 Perbincangan Kajian 75
5.3.1 Faktor-Faktor Pelakar Berminat Mempelajari 76
Mata Pelajaran Matematik Tambahan
5.3.1.1 Faktor Guru (Penyampaian) 77
5.3.1.2 Faktor Rakan Sebaya dan Ibu Bapa 78
5.3.1.3 Faktor Persekitaran 81
5.3.1.4 Faktor Pelajar 83
5.3.1.5 Faktor Paling Utama Menyebabkan 85
Pelajar Berminat Mempelajari
Mata Pelajaran Matematik Tambahan
xi
5.4 Rumusan Bagi Keseluruhan Kajian 86
5.5 Implikasi Kajian 87
5.5.1 Implikasi Kepada Guru 87
5.5.2 Implikasi Kepada Ibu Bapa 88
5.5.3 Implikasi Kepada Rakan Sebaya 88
5.5.4 Implikasi Kepada Pihak Sekolah 88
Dan Masyarakat
5.5.5 Implikasi Kepada Pelajar 89
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 90
5.7 Penutup 91
RUJUKAN 92
Lampiran A 97
Lampiran B 99
Lampiran C 102
Lampiran D 110
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jumlah Pelajar Tingkatan Empat Aliran 30
Sains Tulen Di Sekolah Menengah Sains Muar
3.2 Pemilihan Sampel Bagi Pelajar Aliran Sains Tulen 30
Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
3.3 Peringkat Perskalaan Dalam Skala Likert Lima Mata 32
3.4 Kedudukan Persoalan Kajian Mengikut Nombor Soalan 33
3.5 Senarai Item Soal Selidik Mengikut Item Positif 34
Dan Item Negatif
3.6 Pertimbangan Skor Min Yang Digunakan Pengkaji 37
Untuk menjawab Persoalan Kajian Yang Berkaitan
4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 41
Mengikut Jantina
4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 41
Mengikut Bangsa
4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 42
Mengikut Aliran Sains
4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 43
Mengikut Bilangan Adik-beradik
4.5 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 44
Mengikut Pekerjaan Bapa atau Penjaga
4.6 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 45
Mengikut Pendapatan Bapa atan Penjaga
xiii
4.7 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 46
Mengikut Pekerjaan Ibu atau Penjaga Perempuan
4.8 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden 47
Mengikut Pendapatan Ibu atau Penjaga Perempuan
4.9 Taburan Frekuansi Dan Peratusan Responden 48
Mengikut Keputusan Matematik Penilaian
Menengah Rendah (PMR)
4.10 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden 49
Mengikut Minat Terhadap Matematik Tambahan
4.11 Jadual Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada 50
Skala Tiga Mata
4.12 Min Dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi 50
Item-item Faktor Penyampaian Guru Menyebabkan
Pelajar Berminat Mempelajari Mata Pelajaran
Matematik Tambahan
4.13 Faktor Penyampaian Guru Menyebabkan Pelajar 54
Berminat Mempelajari Mata Pelajaran
Matematik Tambahan.
4.14 Min Dan Bilangan (Perastus) Responden Bagi 55
Item-item Faktor Ibu Bapa menyebabkan Pelajar
Berminat Mempelajari Mata Pelajaran
Matematik Tambahan
4.15 Faktor Ibu Bapa Menyebabkan Pelajar Berminat 58
Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan
4.16 Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Item-item 59
Faktor Rakan Sebaya Menyebabkan Pelajar Berminat
Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan
4.17 Faktor Rakan Sebaya Menyebabkan Pelajar Berminat 61
Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan
4.18 Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Item-item 62
Faktor Persekitaran Menyebabkan Pelajar Berminat
Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan
4.19 Faktor Persekitaran Menyebabkan Pelajar Berminat 66
Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan
xiv
4.20 Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Item-item 67
Faktor Pelajar Itu Sendiri menyebabkan Pelajar Berminat
Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan
4.21 Faktor Pelajar Itu Sendiri Menyebabkan Pelajar Berminat 71
Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan
4.22 Dapatan Peratusan Mengikut Persoalan Kajian 72
xvi
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Pengesahan Status Pelajar 97
B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian 99
C Borang Soal Selidik 102
D Jadual Penentu Saiz Sampel Berdasarkan Populasi 110
Populasi Krejcie dan Morgan
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matlamat utama pendidikan di negara ini adalah untuk memenuhi keperluan
tenaga kerja dan melahirkan masyarakat yang bersepadu, berdisiplin dan terlatih
(Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Kewujudan perpaduan yang kukuh melalui
system pendidikan kebangsaan telah memberi jaminan kestabilan politik, pendidikan
dan keamanan negara sejak merdeka.
Justeru, bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut adalah sewajarnya
reformasi terhadap pendidikan perlu direalisasikan. Reformasi terhadap pendidikan
Matematik khasnya amat perlu bagi melahirkan generasi yang serasi dengan
peredaran masa. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksaaan Dasar
Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah
mula diperkenalkan di semua sekolah menengah di Malaysia pada tahun 1989.
KBSM berteraskan prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan asas daripada
rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), kesepaduan unsur-unsur
intelek, jasmani, rohani dan sosial, pendidikan umum dan pendidikan seumur hidup.
Pendidikan Matematik yang dirancang berlandaskan Falsafah Pendidikan
2
Kebangsaan, menegaskan kepada penguasaan bahasa Matematik, kefahaman konsep,
penguasaan kemahiran mengira dan penggunaan Matematik dalam penyelesaian
masalah (Mak Soon Sang, 1996).
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang
berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta
membuat keputusan. Secara tabiinya, matematik bersifat menggalakkan
pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Tidak dapat dinafikan lagi
bahawa matematik memainkan peranan yang besar dalam memantapkan
pembangunan Negara. Ini dapat dilihat daripada kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi yang dicapai oleh kebanyakkan negara-negara maju seperti Jepun,
Amerika Syarikat dan lain-lain. Kemajuan dalam bidang tersebut mungkin tidak
dapat dicapai tanpa kesedaran tentang pentingnya matematik dalam kehidupan
seharian kita.
Matematik sememangnya menjadi penggerak kepada pembangunan dan
perkembangan bidang sains dan teknologi. Oleh itu, penguasaa ilmu Matematik
perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi melahirkan tenaga kerja yang
sesuai dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Namun, kebanyakkan daripada para pelajar, sama ada pelajar
sekolah rendah atau menengah tidak meminati mata pelajaran Matematik Tambahan.
Matematik Tambahan seringkali dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang tidak
menarik, susah dan berasa takut semasa mempelajari matematik serta persepsi
negatif yang lain (Azizi et al. 2005).
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan
pelajar kurang berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan. Adalah
menjadi tanggungjawab kepada pendidik dan pengkaji untuk mengkaji faktor-faktor
pelajar berminat mempelajari matematik.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila
unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi
kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Kurikulum Matematik Moden yang
dipraktikkan sejak tahun 1970an telah disemak dan dikemaskini. Penyemakan ini
dilakukan bagi memastikan kurikulum yang digunakan dapat memenuhi keperluan
negara yang berkehendakkan tenaga kerja yang berpengetahuan, mahir dan berfikrah
(Sharifah Maimunah, 2000). Oleh itu, pada tahun 1989 satu kurikulum baru telah
diperkenalkan yang diberi nama Kurikulum Bersepadu. Kurikulum ini melibatkan
kedua-dua peringkat persekolahan dan diberi nama Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Dalam
kurikulum ini, pelajar dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertata etika
tinggi, bijaksana serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan.
Berdasarkan kurikulum ini juga, penegasan diberikan kepada faktor minat
yang merupakan perkara penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.
Seseorang guru itu hendaklah berusaha menjadikan pembelajaran pelajar itu menarik
serta menyeronokkan. Apabila pelajar meminati sesuatu pembelajaran, mereka
cenderung memberikan perhatian yang penuh serta sedia menyertai aktiviti-
aktivitinya (Dr. Shahizan et al. 2003).
Zurida et al. (2006) mendapati tujuan pelajar-pelajar bekerja bersama rakan
sebaya atau secara berkumpulan adalah meningkatkan keyakinan, menambahkan
minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Melalui kerja bersama rakan sebaya
atau kumpulan, kebanyakan pelajar tidak berasa malu bertanya soalan, lebih bersedia
menjelaskan kefahaman mereka pada satu konsep dengan ahli kumpulan yang lain
ataupun lebih bersedia memberi cadangan berkenaaan pendekatan yang sesuai
diambil bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tertentu.
4
Sikap keluarga terhadap pelajaran dan jangkaan pekerjaan serta darjah
galakan terhadap kerja-kerja sekolah anak berkait rapat dengan darjah kecerdasan
dan pencapaian anak-anak. Dorongan, minat serta bimbingan dan sikap ibu bapa
yang positif terhadap pendidikan serta galakan yang diberikan terhadap pelajaran
anak-anak akan meningkatkan lagi prestasi akademik, minat dan seterusnya
meningkatkan prestasi pelajar berkenaan (Sherri et al. 2004).
Abu Zahari (1998) (dalam Burhanuddin, 2002) menyatakan dalam kajiannya,
faktor persekitaran iaitu bilik darjah berkait rapat dengan gaya pembelajaran
seseorang. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang baik, peralatan yang
mencukupi akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran serta minat pelajar.
Pakar-pakar pendidikan telah menjalankan berbagai-bagai penyelidikan dan telah
merumuskan bahawa suasana fizikal yang baik akan menjamin kelicinan dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hidup pelajar, minat merupakan satu aspek yang amat penting sebelum
memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Pelajar yang berminat untuk belajar akan
mendapati bahawa proses pembelajaran begitu menarik dan mudah walaupun mereka
sedang mempelajari bahagian yang paling sukar dalam pelajaran itu. Minat
memberikan satu kesungguhan untuk memahami perkara yang sedang diterangkan
oleh guru dalam subjek tertentu itu (Noor Azman, 2008).
Berdasarkan kepada pembolehubah yang telah dibincangkan di atas, maka
adalah wajar untuk pengkaji melihat secara terperinci faktor-faktor pelajar berminat
mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan perbincangan di atas, menunjukkan minat pelajar mempelajari
mata pelajaran Matematik Tambahan adalah di tahap sederhana. Kajian yang
dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993) (dalam Norsuriani, 2008), mendapati bahawa
kebanyakkan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam mata pelajaran
Matematik Tambahan adalah di kalangan mereka yang menggangap mata pelajaran
matematik tambahan adalah suatu mata pelajaran yang sukar dan membosankan.
Anggapan tersebut sebenarnya telah menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk
mempelajari Matematik Tambahan dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka
dalam mata pelajaran tersebut adalah rendah.
Oleh yang demikian, pengkaji merasakan perlu untuk mengkaji faktor-faktor
yang menyebabkan pelajar beminat mempelajari mata pelajaran Matematik
Tambahan. Ini kerana minat akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran ini. Faktor-faktor yang menggalakkan pelajar berminat mempelajari mata
pelajaran Matematik Tambahan ini ditinjau dari segi guru (penyampaian), rakan
sebaya dan ibu bapa, persekitaran serta ibu bapa. Keempat-empat faktor ini diambil
kira sebagai aspek utama pelajar-pelajar berminat mempelajari mata pelajaran
Matematik Tambahan.
Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih empat faktor yang
berkait rapat dengan minat pelajar mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan
kerana faktor-faktor tersebut merupakan pembolehubah yang lebih menjurus kepada
minat pelajar mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan.
Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah minat
pelajar mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan bagi pelajar-pelajar
tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
6
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang menyebabkan pelajar berminat mempelajari mata pelajaran Matematik
Tambahan bagi pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Muar,
Muar, Johor. Faktor-faktor tersebut adalah:
i. Faktor penyampaian guru.
ii. Faktor rakan sebaya dan ibu bapa.
iii. Faktor persekitaran.
iv. Faktor diri pelajar itu sendiri.
v. Faktor utama dari empat faktor di atas yang menyebabkan pelajar berminat
mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang berkaitan dengan masalah di dalam kajian ini adalah
seperti berikut:
1.4.1 Adakah faktor penyampaian guru menyebabkan pelajar berminat mempelajari
mata pelajaran Matematik Tambahan?
7
1.4.2 Adakah faktor rakan sebaya dan ibu bapa menyebabkan pelajar berminat
mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan?
1.4.3 Adakah faktor persekitaran menyebabkan pelajar berminat mempelajari mata
pelajaran Matematik Tambahan?
1.4.4 Adakah faktor diri pelajar itu sendiri menyebabkan pelajar berminat
mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan?
1.4.5 Apakah faktor utama dari empat faktor di atas yang menyebabkan pelajar
berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan?
1.6 Kepentingan Kajian
Masalah mengenai pelajar berminat terhadap mata pelajaran Matematik
Tambahan, seringkali menjadi isu yang mempunyai kaitan dengan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Kurangnya kajian yang
menjelaskan serta memberi gambaran tentang faktor yang berkaitan menjadikan
permasalahan minat pelajar ini berlanjutan.
Diharap hasil penyelidikan yang dilakukan ini akan dapat merangka panduan
dan memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak seperti ibu bapa, guru-guru,
pentadbir sekolah, masyarakat mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dalam meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Matematik
Tambahan.