FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN KOMPUTER DI ...€¦ · guru-guru mata pelajaran...
Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN KOMPUTER DI ...€¦ · guru-guru mata pelajaran...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN
KOMPUTER DI KALANGAN GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK BINTULU SARAWAK
MOHD AIMAN ABDULLAH
@ SIGAN AK ISA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN
KOMPUTER DI KALANGAN GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK BINTULU SARAWAK
MOHD AIMAN ABDULLAH
@ SIGAN AK ISA
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
iv
DEDIKASI
Buat insan yang sanjungi
Isteri yang dikasihi
Pn Zuraidah Binti Ibrahim
Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang diberikan selama ini.
Pengorbanan dan Ketabahan mu menjadi pendorong kejayaan ku
Ayah dan Ibu
Isa ak Digat, Niah ak Kuri
Terima kasih atas doa dan sokongan ayah dan ibu.
v
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah
S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Dr Zainudin bin
Abu Bakar yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa
rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Bintulu Sarawak serta guru-guru yang telah banyak
memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
vi
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan komputer di kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Bintulu
Sarawak. Faktor-faktor yang dikaji ialah seperti faktor umur, faktor jantina, faktor
galakan pentadbir, faktor kemudahan komputer dan faktor keyakinan guru. Seramai 50
orang responden yang terlibat dalam penyelidikan ini. Sampel kajian terdiri daripada
guru-guru mata pelajaran teknikal di sekolah Menengah Teknik Bintulu Sarawak sahaja.
Data yang di kumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis
menggunakan perisian “ Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS).
Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan,
peratus dan min. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa faktor galakan pentadbir,
kemudahan komputer dan keyakinan guru mempengaruhi penggunaan komputer di
kalangan guru-guru. Beberapa cadangan juga di bincangkan.
vii
ABSTRACT
This research aims to explore the factors that influence the use of computers
among the technical teachers in Sekolah Menengah Teknik Bintulu, Sarawak. Among
the factors investigated are the age, gender, encouragement from the administrators,
access to computers and also the teachers’ level of confidence. Fifty respondents are
involved in this study. The data is collected using questionnaires and analyzed using the
Statistical Package of the Social Sciences (SPSS) software. Analysis is made using the
descriptive statistics method and presented in frequencies, percentages and averages.
The findings indicate that encouragement from the administrators, access to computers
and the level of teachers’ confidence influence the use of computers among the teachers
in Sekolah Menengah Teknik Bintulu. Some suggestions and recommendation are also
discussed.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kepentingan komputer dalam pendidikan 11
2.3 Umur 12
2.4 Jantina 13
2.5 Galakan pentadbir 15
2.6 Kemudahan komputer di sekolah 17
2.7 Keyakinan guru 18
2.8 Penutup 19
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Reka bentuk Kajian 20
3.3 Tempat Kajian 21
3.4 Sampel Kajian 21
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Prosedur kajian 24
3.7 Kajian rintis 24
3.8 Analisis data 25
3.9 Penutup 26
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 27
4.2 Profil Responden 28
4.2.1 Taburan responden mengikut Umur 28
4.2.2 Taburan responden mengikut jantina 29
4.2.3 Taburan responden mengikut pemilikan komputer 29
Sendiri.
4.2.4 Taburan responden mengikut pilihan menggunakan 30
Komputer.
4.2.5 Taburan responden mengikut kemudahan komputer 31
Di sekolah
4.3 Analisis mengikut persoalan kajian 31
4.3.1 Dapatan Persoalan 1 32
4.3.2 Dapatan Persoalan 2 40
4.3.3 Dapatan Persoalan 3 48
4.4 Analisis perbandingan 56
4.5 Penutup 57
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Ringkasan kajian 58
5.2 Perbincangan Terhadap Dapatan Kajian 59
5.3 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian 64
5.4 cadangan Kajian Lanjutan 65
5.5 Rumusan 66
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN 72
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pecahan item soal selidik 23
3.2 Skor skala Likert 23
3.3 Tahap min 26
4.1 Profil responden mengikut umur 28
4.2 Profil responden mengikut jantina 29
4.3 Pemilikan komputer sendiri 29
4.4 Pilihan menggunakan komputer 30
4.5 Kemudahan komputer di sekolah 31
4.6 Taburan responden mengikut frekuensi bagi faktor
Galakan pentadbir. 32
4.21 Taburan responden mengikut frekuensi bagi faktor
Kemudahan komputer. 40
4.36 Taburan responden mengikut frekuensi berhubung
dengan keyakinan terhadap penggunaan komputer. 49
4.51 Analisis perbandingan faktor-faktor yang mempengaruhi
Penggunaan komputer di kalangan guru teknikal di Sekolah
Menengah Teknik Bintulu 57
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 72
B Surat EPRD (Surat Kebenaran Daripada Bahagian 78
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM)
C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri 79
D Pengesahan Pelajar 80
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dunia hari ini semakin maju. Setiap hari terdapat berbagai-bagai barangan dan
ciptaan baru yang dihasilkan. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, negara-
negara Eropah dan Jepun berlumba-lumba untuk mengatasi antara satu sama lain dalam
penghasilan teknologi terkini. Dalam perlumbaan dunia menggunakan teknologi
maklumat ini, negara kita juga tidak ketinggalan. Malaysia sebagai sebuah negara yang
pesat membangun kini sedang memasuki dan berada dalam era teknologi maklumat,
industri berat dan teknologi tinggi.
Perkembangan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan teknologi
pendidikan begitu pesat sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Teknologi
pembuatan yang begitu popular pada tahun-tahun 80-an telah ketinggalan. Sekarang ini,
era teknologi maklumat dan satelit sedang pesat berkembang dan kita sedang memasuki
era teknologi yang tinggi dan canggih ini.
2
Menurut Ismail Zain, CD-ROM yang dikategorikan sebagai bahan Pukal
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan bahan multimedia, sama ada
difokuskan kepada mata pelajaran tertentu mengikut sukatan pelajaran, berfokuskan
maklumat umum atau berfokuskan kepada sesuatu bidang atau topik.
Menyedari hakikat akan kepentingan peranan teknologi khususnya teknologi
maklumat dan teknologi pengkomputeran ke arah menjana negara menjadi negara maju
menjelang tahun 2020, mantan pemimpin negara kita turut terpanggil untuk merancang
dasar dan wawasan negara. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed
di dalam ucapan beliau sempena Persidangan 1 Majlis Perdagangan Malaysia, telah
melahirkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar
maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat
membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, politik, sosial,
kerohanian dan kebudayaan. Dr Mahathir, (1991); dalam Zahidi ( 2002).
Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas memberi penekanan terhadap sains dan
teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian baru menjelang
tahun 2020. Oleh itu pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu kemestian
untuk membolehkan negara bergerak ke hadapan.
Sehubungan itu, para guru perlu bersedia dengan pengetahuan komputer. Ini
kerana jika kemudahan komputer diperkenalkan sepenuhnya di sekolah-sekolah, ia
tidak menjadi satu kejutan atau bebanan kepada mereka.
3
1.2 Latar Belakang Masalah.
Dalam era teknologi maklumat ini, penggunaan komputer dalam segenap bidang
kehidupan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ini kerana melalui penggunaan komputer
akan dapat memudahkan lagi tugas-tugas seharian. Oleh itu, guru-guru hendaklah
mempunyai inisiatif untuk melengkapkan diri serta meningkatkan kemahiran dalam
penggunaan komputer bagi tujuan pengurusan dan pengajaran di sekolah khasnya guru-
guru teknikal kerana mereka ini terlibat secara langsung dalam pengajaran yang
berkaitan dengan bidang teknologi. Melalui cara ini guru-guru teknikal tidak akan
ketinggalan dengan perubahan teknologi semasa. Menurut John, (1992); dalam Zahidi
(2002 ) , komputer boleh digunakan untuk mengajar semua mata pelajaran dan bukan
tertumpu kepada mata pelajaran sains dan matematik sahaja. Dengan ini terpulang
kepada guru teknikal itu sendiri sama ada mahu mempelbagaikan kaedah pengajarannya
atau tidak.
Sehubungan dengan itu, Mantan Menteri Pelajaran, Tan Sri Musa Muhamad,
(2001), telah mengingatkan para guru bahawa “kerajaan telah berbelanja besar dalam
menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah dan para guru hendaklah menggunakan
teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang
cemerlang”.
Kewujudan teknologi seperti televisyen satelit, internet dan komputer yang
diaplikasikan dalam bidang pendidikan boleh mengurangkan jurang perbezaan antara
sekolah luar bandar dengan sekolah di bandar. Ini kerana teknologi pengkomputeran
mampu untuk menyalurkan maklumat yang sukar diperolehi sebelum ini. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa wujud beberapa kelemahan dalam proses pendidikan di negara
ini, namun usaha yang berterusan dengan penggunaan teknologi terkini akan dapat
4
memperbaiki kelemahan itu. Ini semua hanya akan tercapai jika para guru teknikal
mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat.
1.3 Pernyataan Masalah
Penyebaran dan penyampaian maklumat secara berkesan kepada pelajar biasanya
kurang diberi penekanan oleh kebanyakan guru. Secara tradisi, ramai guru yang
mungkin mengandaikan bahawa setiap pelajar mampu menerima apa sahaja yang
disampaikan oleh guru. Pada hakikatnya setiap pelajar mempunyai perbezaan individu
dari segi kemampuan memproses maklumat serta cara belajar, tumpuan dan sebagainya.
Oleh itu komunikasi yang lebih efektif amat penting dalam pengajaran. Salah
satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam pengajaran ialah
melalui aplikasi teknologi komputer. Walau bagaimanapun, sejauh mana guru-guru di
sekolah memanfaatkan kemudahan teknologi komputer yang ada tidaklah di ketahui.
Menurut Anderson dan Ronald E (1987) dalam Chin Sak Fatt (1993) , kebanyakan
guru tidak menggunakan komputer di sekolah mereka. Inilah yang menjadi persoalan
dan tanda tanya penyelidik untuk membuat kajian ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa guru-guru teknikal adalah orang
yang terlibat secara langsung dalam pengajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan
di sekolah menengah teknik dan vokasional. Oleh itu, mereka ini mestilah mampu untuk
menguasai kemahiran pengkomputeran yang merupakan salah satu sumber penting
untuk mendapat maklumat mengenai perkembangan teknologi semasa yang boleh
dikongsi bersama dengan pelajar.
5
Selaras dengan kemajuan negara, profesion perguruan hari ini juga semakin
mencabar. Golongan guru teknikal seolah-olah dituntut untuk menyahut cabaran negara
di mana pada bahu merekalah terpikul tanggungjawab untuk melaksanakan dan
menjayakan segala rancangan pendidikan negara bagi melahirkan pelajar yang
berkemahiran dalam bidang teknologi agar impian negara untuk mencapai Wawasan
2020 menjadi kenyataan. Tajul Ariffin (1997), mendapati dalam banyak hal kerap kali
diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap ‘fobia’ atau takut komputer
serta negatif untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, pemusatan utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk melihat
faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi penggunaan komputer di kalangan guru
teknikal Sekolah Menengah Teknik Bintulu Sarawak bukan sahaja dalam pengajaran
tetapi meliputi kerja seharian seperti menulis surat, membuat laporan, mengira markah
dan sebagainya.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti sama ada faktor galakan pihak pentadbir mempengaruhi
penggunaan komputer di kalangan guru teknikal.
ii. Melihat sama ada faktor kemudahan komputer di sekolah mempengaruhi
penggunaan komputer di kalangan guru teknikal.
iii. Melihat sama ada faktor Keyakinan guru di sekolah mempengaruhi
penggunaan komputer di kalangan guru teknikal.
1.5 Persoalan Kajian.
Antara persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah:
i. Adakah faktor galakan pihak pentadbir mempengaruhi guru terhadap
penggunaan komputer.
ii. Adakah faktor kemudahan komputer di sekolah memberi kesan terhadap
penggunaan komputer di kalangan guru teknikal.
iii. Adakah faktor keyakinan guru memberi kesan terhadap penggunaan komputer
di kalangan guru teknikal.