FADHILAT SIRATURRAHIM.pdf

6
Anda berada di: Laman Utama » Blog » Fadhilat Silaturrahim Fadhilat Silaturrahim Fri, July 8, 2011 No Comments by Ustaz ا ر ة ه أ ر ل ا ا ل ل و : ن أ ن أ و ز ر أ ر ي ر ا ا و رDaripada Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim. (HR Bukari) Pengajaran Hadis : Ceramah Terbaru August 22, 2011 I’tikaf 10 Akhir Ramadhan August 20, 2011 Lailat Al-Qadar August 19, 2011 Nuzul Al-Quran Tag kegemaran ceramah hadith nasihat agama pengalaman tafsir Blog Laman Utama Tentang Blog Page 1 of 6 Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com 2011/08/25 http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

description

agama

Transcript of FADHILAT SIRATURRAHIM.pdf

Page 1: FADHILAT SIRATURRAHIM.pdf

Anda berada di: Laman Utama » Blog » Fadhilat Silaturrahim

Fadhilat SilaturrahimFri, July 8, 2011 No Comments by Ustaz

� أ�� ه���ة ر�� ا�� �ل ا� +*) ا� �'& %$ل �"! ر�

رز%& وأن �'94 8� ��7 أن 345� 2& 1) :�*/& و�*- �,�ل

روا7 اA52$ري –1*/<= ر>"& 2& 1) أ;7�

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka

hendaklah dia menghubungkan silaturrahim. (HR Bukari)

Pengajaran Hadis :

Ceramah Terbaru

August 22, 2011

I’tikaf 10 Akhir Ramadhan

August 20, 2011

Lailat Al-Qadar

August 19, 2011

Nuzul Al-Quran

Tag kegemaran

ceramah hadith nasihat agama pengalaman tafsir

Blog

Laman Utama Tentang Blog

Page 1 of 6Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

2011/08/25http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

Page 2: FADHILAT SIRATURRAHIM.pdf

1. Silaturrahim ( Y*+ -<�2ا ) terdiri dari dua perkataan, iaitu Silat ( Y*+ ) : Hubungan,

dan Rahim ( -<�2ا ) : Kasih sayang atau rahim. Jadi menurut bahasa Siaturrahim

bermakna : Hubungan kasih sayang atau hubungan antara keturunan dari rahim

yang sama. Silaturrahim terbagi dua : 1. ( Y*+ Y8$!2ا�2>- ا ) : Silaturrahim Am, iaitu

hubungan baik dan kasih sayang antara sesama muslim tanpa mengira suku

bangsa dan warna kulit, sebab orang yang beriman itu adalah bersaudara. Ini

sesuai dengan firman Allah di dalam Al-Quran ( ة�"$ ا2"[8'�ن إ] Sesungguhnya : ( إ

orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara (Al-Hujurat : 10) ; Ditinjau dari

sudut lain, Silaturrahim Am ini juga dapat diartikan kerana semua kita berasal dari

rahim yang sama iaitu rahim wanita pertama nenek kita Hawwa ; 2. ( -<�2ا Y*+

Y+$A2ا ) : Silaturrahim Khas, iaitu hubungan baik dan kasih sayang antara kaum

kerabat kerana berasal dari rahim yamg sama, iaitu rahim nenek kita terdekat,

seperti hubungan seseorang dengan adik beradik kandung, saudara mara lainnya

seperti pakcik, makcik, sepupu dan lain-lain.

2. Kedua-dua jenis Silaturrahim diatas wajib dijaga dengan baik, terutama

Silaturrahim Khas, sebab Rasulullah SAW bersabda : Sedekah kepada orang

miskin mendapat pahala sedekah, tetapi sedekah kepada kaum kerabat mendapat

dua pahala, iaitu : pahala sedekah dan pahala silaturrahim. (HR Tarmidzi : Sahih

menurut Al-Albaniy). Para ulama membagi Silaturrahim Khas kepada tiga golongan,

iaitu : 1. Al-Qaathi’ ( _ Orang yang memutuskan Silaturrahim ; Golongan ini : ( ا2,$

tempatnya neraka berdasarkan sabda Nabi SAW : Tidak akan masuk syurga

sesiapa yang memutuskan Silaturrahim. (HR Bukhari) 2. Al-Mukaafi’ ( a1$b"2ا ) :

Orang yang seimbang ; Golongan ini hanya akan berbaik-baik selama kerabatnya

berbuat baik kepadanya. Dia hanya akan menziarahi kerabatnya selama mereka

suka mengunjunginya, atau hanya sekedar balas kunjungan. Namun golongan ini

sudah termasuk baik jika dibandingkan Al-Qaati’ diatas ; 3. Al-Waasil ( =+ا� : ( ا2

Cari

Search

Page 2 of 6Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

2011/08/25http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

Page 3: FADHILAT SIRATURRAHIM.pdf

Orang yang menghubungkan Silaturrahim ; Golongan inilah yang paling baik.

Mereka sentiasa berusaha menghubungkan Silaturrahim dengan kaum kerabatnya,

walaupun terhadap kaum kerabat yang ingin memutuskan hubungan Silaturrahim

dengannya.

3. Berdasarkan hadis Sahih diatas dapatlah diambil kesimpulan betapa besar

fadhilat atau kelebihan bersilaturrahim, iaitu : 1. Panjang Umur ; 2. Murah Rezeki.

Setiap manusia yang waras cara berfikirnya, pasti mengimpikan kedua-dua

anugerah Allah tersebut. Malah kita saling doa-mendoakan jika bertemu rakan,

apalagi bila lama tidak bersua : Mudah-mudahan kamu panjang umur dan murah

rezeki ! Ini membuktikan bahawa dua nikmat tersebut menjadi harapan setiap insan

yang berfikiran waras. Hanya saja yang pasti, kedua-dua kelebihan tersebut akan

diperolehi hanya oleh golongan Al-Waasil. Hal ini diisyaratkan oleh ( ?ACر FGHIJ ) :

Hendaklah dia menghubungkan Silaturrahim. Semoga golongan Al-Mukaafi’ juga

layak mendapat fadhilat tersebut, namun derjat Al-Waasil tahapnya lebih tinggi dan

lebih mulia lagi. Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam hadis yang lain,

sabdanya : Di dalam syurga kelak ada golongan yang setarap dengan para Nabi,

padahal mereka bukan dari kalangan Nabi. Tahukah kamu wahai sahabat, siapakah

golongan manusia itu ? Setelah para sahabat tidak tahu jawapannya, lalu baginda

SAW menjelaskan : Mereka adalah golongan yang suka memberi, walaupun orang

lain bakhil kepadanya, mereka adalah golongan yang suka memaafkan, walaupun

orang lain suka berbuat zalim terhadapnya, mereka adalah golongan yang suka

menghubungi silaturrahim, walaupun orang lain itu ingin memutuskan silaturrahim

dengannya. (Maksud Hadis)

4. Apakah yang dimaksudkan dengan murah rezeki ? – Selaku orang yang beriman

kita tidak pernah meragukan setiap ucapan Rasulullah SAW adalah benar belaka,

Copyright © 2011 drabdullahyasin.com. All rights reserved.

Page 3 of 6Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

2011/08/25http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

Page 4: FADHILAT SIRATURRAHIM.pdf

sebab semua ucapan Nabi SAW adalah wahyu, bukan berdasarkan hawa nafsu.

Allah berfirman : Tidaklah baginda bercakap berdasarkan hawa nafsunya, tetapi

semua ucapannya adalah wahyu belaka. (Al-Najmi : 3 – 4). Mungkin juga hikmah

atau rahasia disebaliknya – Wallahu A’lam – bahawa orang yang suka

bersilaturrahim biasanya orang yang baik relasinya, ramah orangnya dan bermanis

muka bila bersua. Dan orang yang ramah dan baik konteknya dengan orang lain

biasanya, akan banyak pula peluangnya untuk mendapat sumber rezeki. Dan ini

berbeza dengan orang-orang pendiam,tidak ramah dan tidak saling kontek dengan

dunia luar. Sebab-sebab seumpama ini disebut dalam Ilmu Aqidah sebagai Sebab

Syar’iy (Sebab yang termaktub di dalam Al-Quran atau Al-Sunnah).

5. Apakah yang dimaksudkan dengan panjang umur ? Bukankah umur sudah

ditetapkan oleh Allah sejak azali ? Ulama Hadis menjawap : Ada dua makna

panjang umur disini, iaitu : 1. Hidupmya diberkati Allah ; Maksudnya : Seseorang

digolongkan panjang usianya jika hidupnya diberkati oleh Allah SWT seperti

istiqamah (berpegang teguh) dalam beragama dan taat kepada Allah dan Rasul-

Nya, walaupun dia mati muda. Contoh : Imam Syafii, umur pertamanya hanya 54

tahun (150H-204H) tetapi dalam umur keduanya sudah melebihi 1200 tahun di alam

barzakh (204H-1432H) – Lihat Nota No. 10 ; 2. Allah akan anugerah dia anak-anak

yang soleh dan solehah. Maksudnya : Seseorang tergolong panjang usia jika

dianugerahkan anak-anak yang soleh dan solehah, walaupun mereka mati muda,

sebab Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya anaknya adalah usahanya. (HR Ashab

Al-Sunan) Hadis lain : Jika mati anak Adam, maka terputuslah amalannya, kecuali

tiga perkara : 1. Sadakah jariyah ; 2. Ilmu yang bermanfaat ; 3. Anak soleh yang

mendoakan (ibu bapanya). (HR Ibnu Majah)

Page 4 of 6Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

2011/08/25http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

Page 5: FADHILAT SIRATURRAHIM.pdf

6. Kalaulah demikian fadhilat Silaturrahim, maka dapatlah diambil kesimpulan

betapa besar dosa dan siksaan yang bakal diterima oleh orang suka yang

memutuskan Silaturrahim. Kaedah Ushul menyebut ( $ادهd�9� ء$/fg�ف ا!i ) : Sesuatu

dapat diketahui melalui lawannya. Bahaya syirik dapat diketahui memalui betapa

besarnya fadhilat Tauhid ; Bahaya durhaka kepada ibu bapa boleh diketahui melalui

betapa besar ganjaran orang yang berbuat ihsan kepada ibu bapanya ; 3. Bahaya

melarang orang yang menyampaikan kebenaran dan memakmurkan masjid dapat

diketahui melalui betapa besar ganjaran orang yang suka memakmurkan masjid.

Demikianlah, betapa bahaya orang yang memutuskan silaturrahim dapat diketahui

dengan mengetahui betapa besarnya ganjaran yang bakal diterima oleh orang yang

menghubungkan silaturrahim. Ditinjau dari sudut lain pula, kalaulah secara tersurat

(mantuq) demikian fadhilat menghubungkan silaturrahim, maka secara tersirat

(mafhum) bahaya memutuskan silaturrahim pula ialah boleh membawa 1. Sempit

rezeki, dan 2. Pendek umur, sebagaimana pengertian diatas, yakni : 1. Hidupnya

tidak diberkati Allah, walaupun mungkin umurnya mencecah 100 tahun. 2. Allah

SWT akan mempersulitnya untuk mendapat dzuriyat keturunan yang soleh dan

solehah. Na’uudzu Billaahi Min Dzaalik.

7. Oleh itu, jika terjadi persengkitaan antara adik beradik, atau dengan sepupu,

pakcik, makcik dan kaum kerabat lainnya atau sesama muslim lainnya, maka

usahakanlah segera agar jangan berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda : Tidak

halal seorang muslim tidak berteguran dengan saudaranya melebihi tiga hari. Bila

mereka bersua, yang satu melencong kesana dan yang satu lagi melencong kesini.

Orang yang paling baik antara mereka berdua ialah siapa diantara mereka yang

lebih dahulu memberi salam (menyapa) – (HR Bukhari dan Muslim). Jangan segan-

segan untuk menyapa dan memberi salam kepada muslim lain yang ingin

bermusuhan dengan kita. Berusahalah untuk sentiasa menjadi muslim yang paling

Page 5 of 6Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

2011/08/25http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

Page 6: FADHILAT SIRATURRAHIM.pdf

baik disisi Allah, walaupun dimata manusia biasa kita dilihat sebagai orang yang

hina. Semoga kita semua diberi Allah SWT taufiq-Nya sehingga dipermudahkan

untuk melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Amin Ya Rabbal

‘Aalamiin.

Nota ini disiarkan di Blog dan ditag didalam hadith, nasihat agama. Lihat nota ini sepenuhnya.

Page 6 of 6Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

2011/08/25http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/