EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

93
U NIVERSITI P UTRA M ALAYSIA FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA JABATAN SENIBINA LANDSKAP . ANALISIS PERKEMBANGAN BANDAR PUTRAJAYA (PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PUSAT) evolusi pembandaran LAN 3600 DISEDIAKAN OLEH: AHMAD ZAMIL ZAKARIA 99020 DAHLIA FARAHANA MUHAMAD 103046 BACELOR SENIBINA LANDSKAP

Transcript of EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Page 1: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

U NIVERSITI P UTRA M ALAYSIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA JABATAN SENIBINA LANDSKAP

.

ANALISIS PERKEMBANGAN BANDAR PUTRAJAYA

(PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PUSAT)

evolusi pembandaran LAN 3600

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD ZAMIL ZAKARIA 99020

DAHLIA FARAHANA MUHAMAD 103046 BACELOR SENIBINA LANDSKAP

Page 2: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

i

BAB M / Surat

BAB 1 - PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan

1.2 Tujuan Kajian

1.3 Objektif Kajian

1.4 Skop Kajian

1.5 Kajian Teoritikal

1.5.1 Penganalisaan Data

1.5.2 Cadangan

BAB 2 - KAJIAN TEORITIKAL 5

2.1 Pengenalan

2.2 Elemen-Elemen “Responsive Environment”

2.2.1 ‘Permeability’

2.2.2 ‘Variety’

2.2.3 ‘Legibility’

Page 3: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

ii

BAB M / SURAT

2.2.4 ‘Robustness’

2.2.5 ‘Visual Appropriatenes’

2.2.6 ‘Richness’

2.2.7 ‘Personalisation’

BAB 3 KAWASAN KAJIAN 10

3.1 Sejarah

3.2 Konsep

3.3 Pembinaan

3.4 Kos Dan Lokasi

3.5 Tujuan

3.6 Putrajaya Dalam Konteks Wilayah

3.7 Sistem Jaringan Jalanraya

3.8 Infrastruktur dan Kemudahan Sediada Kawasan Sekitar

Page 4: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

iii

BAB M / SURAT

3.8.1 Taman Taman Di Putra Jaya

3.8.2 Kemudahan Yang Disediakan

3.8.3 Cadangan Pembangunan Masa Hadapan

3.9 Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536)

3.9.1 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

3.9.2 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

3.9.3 Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

3.9.4 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

3.9.5 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)

3.9.6 Akta Pemaju Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 (Akta 118)

3.10 Aktiviti Masyarakat Di Putrajaya

3.10.1 Peranan Penduduk

3.10.2 Pencegahan Jenayah Melalui Program Pengawasan Sejiran

Page 5: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

iv

BAB M / SURAT

BAB 4 ANALISIS KAJIAN FAKTOR PERKEMBANGAN PUTRAJAYA 65

4.1 Faktor Politik

4.2 Faktor Ekonomi

4.3 Faktor Sosial

4.4 Faktor Kebudayaan dan Intelektual

4.5 Rumusan

BAB 5 - ANALISIS KAJIAN “RESPONSIVE ENVIRONMENT” 67

5.1 Kajian ‘Responsive Environment’

5.1.1 Permeability’

5.1.2 Variety’

5.1.3 Legibility’

5.1.4 ‘Robustness’

5.1.5 ‘Richness’

Page 6: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

v

BAB M / SURAT

5.1.6 ‘Visual Appropriates’

5.1.7 ‘Personalisation’

5.2 Penemuan Kajian

5.2 Rumusan

BAB 6 ANALISIS BAGAIMANA REKABENTUK PUTRAJAYA MEMPENGARUHI AKTIVITI PENDUDUK 75

6.1 Susunan Dan Pembahagian Kawasan

6.1.1 Presint Sivik Dan Kebudayaan

6.1.2 Presint Sukan Dan Rekreasi

6.1.3 Presint Pentadbiran

6.1.4 Presint Pembangunan Campuran

6.1.5 Presint Perdagangan

6.2 Senibina

6.2.1 Rekabentuk Kawasan Perumahan

Page 7: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

vi

BAB M / SURAT

6.2.2 Seni Bina Pejabat Pentadbiran

6.2.3 Kehadiran Boulevard

6.3 Kemudahan asas

6.4 Taman Rekreasi

6.5 Rumusan

BAB 7 - KESIMPULAN 84

RUJUKAN 85

Page 8: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

vii

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan berkat dan izinnya kami dapat menyiapkan kerja kursus terakhir bagi mata pelajaran ini

dengan jayanya walaupun terdapat sedikit halangan dan dugaan sepanjang menjalankannya.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah bagi kursus LAN 3600 Urban Evolution iaitu Puan Norsidah Ujang dan juga Puan

Kamariah Dola kerana banyak membantu kami mengenali pembandaran dengan lebih mendalam didalam setiap kelas yang diadakan. Terima

kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada sahabat handai Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah 07 dan 08, Universiti

Teknologi MARA, Shah Alam kerana bantuan mereka kami dapat mengutip sedikit sebanyak maklumat yang tidak disangkakan dapat

diperolehi oleh kami. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa kami yang tidak mengerti penat lelah memberikan sokongan kepada

kami sepanjang kami berada didalam kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu didalam

memberikan maklumat-maklumat terkini tentang kerja kursus ini disamping perbincangan yang dilakukan banyak memberikan manfaat kepada

kami.

Kepada anda semua budi dan jasa anda hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya. Dengan ini saya mulakan dengan

Bismillahhirrahmanirrahim, semoga apa yang telah disampaikan didalam kerja kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Sekian, Terima kasih.

AHMAD ZAMIL BIN ZAKARIA DAHLIA FARAHANA BINTI MUHAMAD 99020 103046 BACELOR SENIBINA LANDSKAP BACELOR SENIBINA LANDSKAP

Page 9: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

BAB 1 - PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Perancangan rekabentuk bandar (urban design) adalah merupakan suatu elemen yang penting di dalam perancangan sesebuah bandar. Ianya merangkumi kajian terhadap bangunan dan kawasan sekelilingnya. Ia juga mengenai perancangan bentuk-bentuk fizikal sesebuah bandar, bangunan dan ruang. Kajian terhadap rekabentuk bandar meliputi pengurusan rekabentuk pembangunan yang juga mengandungi aspek-aspek seperti ketinggian, skala, pembentukan karektor dan kepelbagaian di dalam kawasan perbandaran.

Seseorang perancang bandar perlu memahami setiap teori, prinsip-prinsip dan konsep di dalam merekabentuk bandar. Ini bertujuan membolehkan pengenalpastian terhadap faktor-faktor rekabentuk visual yang berbeza karektor. Selain itu, ia juga menterjemahkan kepentingan elemen-elemen perbandaran di dalam perlaksanaan perancangan. Kajian terhadap elemen-elemen rekabentuk bandar juga penting untuk mengenalpasti keadaan semasa, isu dan masalah serta kewujudan persekitaran di dalam kawasan bandar. Kajian ini akan menyentuh salah satu elemen di dalam teori dan prinsip merekabentuk bandar iaitu “Responsive Environment”. Elemen ini adalah suatu elemen yang penting selari dengan teori dan prinsip merekabentuk bandar yang lain seperti “serial Vision”, “Image Characteristic”, dan “Urban Character”. “Responsive Environment” adalah penting di dalam membentuk imej sesebuah bandar. Penerapan elemen-elemen yang terkandung di dalam prinsip ini akan menjadikan imej sesebuah bandar itu menonjol dan wujud nilai-nilai estetik sesebuah bandar. 1.2 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan ialah untuk :

Mengkaji sejauh mana penerapan elemen-elemen “Responsive Environment” di dalam perancangan Bandar Putrajaya dan corak perkembangan bandar ini.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

1

Page 10: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, beberapa objektif telah dikenalpasti. Objektif-objektif kajian ini dibentuk untuk mencapai tujuan kajian yang telah ditetapkan dan ia juga dijadikan sebagai panduan di dalam menjalankan kajian ini. objektif-objektif tersebut ialah :-

• Mengenalpasti elemen-elemen yang terkandung di dalam “Responsive Environment”;

• Menilai kepentingan prinsip “Responsive Environment” dalam membentuk imej bandar; • Menjalankan kajian teoritikal terhadap prinsip “Responsive Environment”;

• Mengkaji dan menilai perancangan kawasan kajian;

• Membuat pemerhatian di kawasan kajian untuk mengenalpasti penerapan elemen-elemen “Responsive Environment”; dan

• Membuat cadangan yang sesuai bagi memastikan penerapan prinsip “Responsive Environment” di kawasan kajian.

1.4 SKOP KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, skop kajian telah dibentuk bagi memastikan kajian ini tidak tersasar daripada tujuan dan objektif yang telah digariskan. Kajian ini meliputi:-

i. Kawasan kajian adalah meliputi Bandar Putrajaya yang mana merupakan sebuah bandar baru yang sedang dibangunkan;

ii. Kajian teoritikal berkenaan prinsip-prinsip rekabentuk bandar (Urban Design) terutamanya mengenai prinsip “Responsive Environment”

iii. Kajian analisis tapak mengenai penerapan elemen-elemen di dalam prinsip “Responsive Environment”, dan iv. Mengetahui pengaruh pembentukan Bandar.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

2

Page 11: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

1.5 KAJIAN TEORITIKAL

Hasil boleh diperolehi daripada pembacaaan risalah – risalah, jurnal dan lain – lain sumber yang berkenaan dengan kajian iaitu mengenai prinsip-prinsip di dalam merekabentuk bandar terutamanya prinsip “Responsive Environment”. Penumpuan kajian adalah terhadap penerapan elemen-elemen di dalam “Responsive Environment” di Putrajaya. Ia bertujuan untuk menilai sejauh mana penerapan elemen-elemen tersebut di dalam perancangan rekabentuk Bandar Putrajaya.

1.5.1 PENGGUMPULAN MAKLUMAT DAN DATA

Untuk menggumpulkan maklumat terdapat 2 cara digunakan di mana ia terdiri daripada kaedah pengamatan dan juga kaedah temubual.

a) Kaedah Pengamatan Kaedah ini dijalankan dengan melakukan pengamatan terhadap persekitaran Bandar Putrajaya bagi mengenalpasti sama ada wujud penerapan elemen-elemen di dalam “Responsive Environment” di bandar tersebut.

b) Kaedah Temubual Kaedah ini pula dijalankan untuk mendapatkan gambaran sebenarnya penilaian orang ramai yang sama ada tinggal ataupun bekerja di Bandar Putrajaya terhadap rekabentuk bandar tersebut. Kaedah ini dapat membantu untuk melihat penilaian orang ramai yang ditemubual sama ada bandar ini memenuhi citarasa, keselesaan dan kehendak mereka untuk dijadikan sebagai tempat tinggal dan tempat bekerja.

1.5.2 PENGANALISAAN DATA

Setelah semua data dan maklumat diperolehi tugas seterusnya ialah menganalisa data atau maklumat yang diperolehi. Dalam melakukan analisa data ini beberapa kaedah di gunakan antaranya ialah dengan menggunakan data pengamatan yang telah dijalankan dan juga data-data temubual terhadap orang ramai.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

3

Page 12: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

1.5.3 CADANGAN Hasil daripada analisa yang dibuat, beberapa cadangan perlu dibuat agar suatu perancangan untuk masa hadapan dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif. Cadangan yang dibuat juga perlu menilai atau menerima pakai segala garispanduan serta piawaian yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ini penting agar perlaksanaan cadangan akan dapat mewujudkan suatu perancangan yang terbaik.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

4

Page 13: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

BAB 2 - KAJIAN TEORITIKAL 2.1 PENGENALAN Prinsip “Responsive Environment” bukan hanya mengenai lakaran, melukis atau merekabentuk di pelan tetapi ia adalah untuk merancang bandar, bangunan dan reruang di dalam bandar dengan lebih efektif dengan tujuan untuk menonjolkan imej yang tertentu. Pada masa kini senibina moden dan perancangan sering mengetepikan idea, aspek dan kesan terhadap sosial dan politik. Walaupun ada sebilangan kecil perancangan dan senibina masakini yang cuba menerapkan idea, tetapi ia masih tidak mencukupi. Perancangan pada masa kini hanya menggabungkan dan mengambilkira ciri-ciri alam persekitaran. Prinsip “Responsive Environment” adalah penting dalam perhubungan antara “social life” dengan perancangan pembangunan persekitaran. 2.2 ELEMEN-ELEMEN “RESPONSIVE ENVIRONMENT” Terdapat 7 elemen yang terkandung di dalam “Responsive Environmet” iaitu : 1) ‘Permeability’ 2) ‘Variety’ 3) ‘Legibility’ 4) ‘Robustness’ 5) ‘Visual Appropriatenes’ 6) ‘Richness’ 7) ‘Personalisation’

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

5

Page 14: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

2.2.1 ‘PERMEABILITY’ Elemen ini membolehkan sesebuah tempat untuk mudah dihubungi melalui banyak pintu masuk. Contohnya jika dilihat pada rajah (A) di bawah, ia mempunyai lebih banyak laluan untuk dipilih berbanding dengan rajah (B). Ini bermaksud bahawa rajah (A) mempunyai elemen ‘permeability’ yang kuat.

Rajah (A) Rajah (B)

Elemen ini perlu diambilkira pada peringkat awal di dalam perancangan. Rekabentuk sesebuah bandar perlu untuk mengambilkira mengenai aspek-aspek seperti berapa banyak laluan yang perlu diwujudkan?, ke mana arah laluan-laluan yang ingin dirancang? dan bagaimana untuk membentuk sempadan yang bersesuaian dengan laluan yang dirancang?. 2.2.2 ‘VARIETY’ Elemen ini berkait rapat dengan elemen ‘permeability’. Sesebuah kawasan atau bandar yang mudah untuk dihubungi adalah tidak lengkap kecuali kawasan atau bandar itu dapat memberikan suatu suasana yang dapat membentuk pengalaman orang ramai. Dengan adanya elemen ‘variety’ di dalam sesebuah kawasan atau bandar akan menjadikannya sebagai sebuah tempat yang bermakna dan menarik untuk dilawati dan dijadikan tempat tinggal.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

6

Page 15: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

CarParks

Shops

Shops

MagnetStore

MagnetStore

Workshop

Housing

Open Shops

Housi g n

CentrCommunity

e

Space OfficesBlock

2.2.3 ‘LEGIBILITY’ Elemen ini membawa maksud bagaimana orang ramai dapat memahami apa yang diterjemahkan daripada susunatur bangunan dan runga di dalam bandar. Langkah pertama dan kedua di dalam perancangan sesebuah bandar ialah dengan menonjolkan rangkaian laluannya dan juga jenis-jenis aktiviti yang bakal diwujudkan.

Elemen ini boleh diterjemahkan di dalam dua bentuk iaitu bentuk fizikal dan bentuk aktiviti. Elemen fizikal sesebuah bandar dan aktiviti di dalamnya akan mewujudkan suatu identiti dan imej yang jelas terutamanya terhadap elemen-elemen lain seperti ‘nodes’, ‘edges’, ‘paths’, ‘district’ dan ‘landmarks’. Pada kebiasaannya ‘legibility’ ditunjukkan di dalam bentuk 3 demensi.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

7

Page 16: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

2.2.4 ‘ROBUSTNESS’ Ia membawa maksud di mana sesebuah tempat itu dapat dijadikan sebagai tempat untuk pelbagai aktiviti yang berbeza. Peringkat ini tertumpu kepada bangunan-bangunan persendirian dan kawasan-kawasan luar bangunan. Sebagai contoh, ruang tamu dapat dijadikan sebagai tempat rehat, menonton TV dan menyambut tetamu.

Elemen ‘robustness’ dapat diwujudkan sekiranya rekabentuk ruang dalaman dan luaran sesebuah bangunan memberikan banyak pilihan kepada orang ramai untuk menjalankan aktiviti berbanding dengan bangunan yang hanya direkabentuk untuk satu tujuan sahaja.

Sesebuah kawasan yang baik perlu mempunyai ruang terbuka untuk persendirian dan awam, laluan pejalan kaki, laluan kenderaan dan menawarkan pilihan aktiviti yang pelbagai kepada pengguna.

2.2.5 ‘VISUAL APPROPRIATENES’ Ia menumpukan kepada imej pandangan luaran sesebuah bangunan dan kawasan persekitarannya. Ia turut memberikan tumpuan terhadap bagaimana untuk mewujudkan sebuah pemandangan yang menarik dan senang mata memandang. Contohnya jika dilihat kepada sebaris rumah teres yang lurus, ia akan menonjolkan keadaan yang ‘monotonous’ dan rasa bosan terhadap oarang ramai tetapi jika kawasan tersebuty mempunyai rumah teres yang berbeza dari segi rekabentuk dan aktiviti di persekitaranya, ia kan mewujudkan suatu suasana yang menyenangkan dan selesa.

Jika dilihat kepada aspek reruang, rekabentuk yang berbeza dan selesa akan mampu untuk minat orang ramai menggunakan setiap ruang yang disediakan.

2.2.6 ‘RICHNESS’ Ia membawa maksud suatu ‘sense of experiences’ yang orang ramai akan perolehi daripada sesebuah kawasan atau bandar. ‘Sense of experiences’ ini termasuklah pemandangan, pendengaran, sentuhan dan bau. Contohnya jika seseorang itu berada di dalam kawasan taman bunga, ia akan merasakan suatu suasana pemandangan yang cantik dan bauan yang menyenangkan.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

8

Page 17: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Dengan penerapan elemen ini di dalam merekabentuk sesebuah bandar, ia akan mewujudkan suatu suasana yang selesa, menyenangkan dan menarik. Ini akan dapat menarik minat oarang ramai untuk menjadikan bandar itu sebagi tempat tinggal dan tempat untuk dilawati. 2.2.7 ‘PERSONALISATION’ Rekabentuk sesebuah bandar harus menerapkan elemen ini supaya kewujudan bandar tersebut akan menonjolkan suatu imej dan personaliti yang tersendiri. Sesebuah bandar harus mempunyai elemen yang membolehkan orang ramai untuk menonjolkan suasana mereka sendiri di kawasan di mana mereka tinggal dan bekerja. Ia perlu diwujudkan bagi memungkinkan orang ramai untuk mengenalpasti suasana di persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja mereka. Dengan ini, suatu identiti yang ter4sendiri bagi sesebuah kawasan dapat diwujudkan.

Terdapat 2 cara di dalam mewujudkan elemen ‘personalisation di dalam rekabentuk sesebuah bandar iaitu : i. meningkatkan kegunaan dan kemudahan yang lebih praktikal; dan ii. mengenalpasti imej yang tidak bersesuaian. Terdapat 3 faktor yang mempangaruhi pembentukan elemen ‘personalisation’ iaitu : i. hakmilik; ii. jenis bangunan; dan iii. teknologi.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

9

Page 18: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

BAB 3 KAWASAN KAJIAN

3.1 SEJARAH

Idea untuk menubuhkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru ini adalah pertama kali dicadang atau diutarakan pada tahun 1980. sepanjang tahun 1990, satu pusat baru dapat dilihat melalui pembangunan sistematik yang terdapat di kawasan 25 km dari Kuala Lumpur. Putrajaya merupakan bandar termuda yang mendapat taraf Wilayah Persekutuan berbanding dua Wilayah Persekutuan yang lain. Wilayah Persekutuan Putrajaya ini mendapat statusnya pada 1 Februari 2001.

Malaysia mula mencari bandar baru sejak dekad yang lalu. Idea untuk memindahkan jentera pentadbiran bandar dari Kuala Lumpur ke satu kawasan lain adalah selaras dengan polisi Kerajaan untuk menyediakan suatu pembangunan yang seimbang dan berterusan di luar Kuala Lumpur sambil memperbaiki persekitaran dan kualiti hidup di Kuala Lumpur. Selepas membuat tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di Pahang , Dato’ Sri Dr Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan “ Putra” dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”. Putrajaya dirancang dan didirikan untuk rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia sendiri. Bandar ini merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” dibawah projek Koridor Raya Multimedia (MSC), satu projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.

Putrajaya akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih ibu bandar dari Kuala Lumpur dan meninggalkannya sebagai pusat ekonomi dan komersial bandar. Perpindahan pentadbiran bandar dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang daripada sebelumnya. Perkembangan kehidupan di Kuala Lumpur telah mendorong keputusan ini diambil serta memastikan perkembangan kemajuan di seluruh Lembah Klang.

Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan Malaysia. Terletak di dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC), kewujudan Putrajaya mencatatkan sejarah baru dalam pembinaan bandaraya moden Malaysia. Putrajaya telah dicadangkan untuk menjadi contoh bandar-dalam-taman lengkap dengan jaringan infomasi berdasarkan teknologi multimedia. Oleh itu, sebagai �andar contoh, Putrajaya adalah pusat rakyat Malaysia dan tempat yang ideal untuk pekerjaan, penempatan, bersukan dan pelbagai aktiviti rekreasi.Putrajaya menjanjikan kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti kepada penduduknya.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

10

Page 19: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Tidak ada sebarang sejarah lama mengenai pembentukan Putrajaya, tetapi ianya adalah lebih kepada siri upacara-upacara kelahirannya sebagai Wilayah Persekutuan. Acara-acara yang berlaku adalah seperti berikut:

• 2 Jun 1993 Kabinet setuju dengan pemilihan Prang Besar yang terletak di Sepang sebagai lokasi untuk membangunkan Putrajaya.

• 22 Februari 1994 Kabinet meluluskan Pelan Induk Putrajaya • 12 Oktober 1994 Kabinet setuju dan meluluskan untuk menukar nama

Prang Besar kepada Putrajaya sebagai memperingati serta mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

• 29 Ogos 1995 Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir mohamad secara rasminya melancarkan Putrajaya di tapak projek Putrajaya.

• 19 Oktober 1995 Putrajaya Holdings ditubuh serta dikorporatkan dan menjadi pemaju rasmi bagi Putrajaya .

• 10 September 1996 Dato Seri Dr Mahathir Mohamad melakukan upacara pemecahan tanah di Presint Pentadbiran Putrajaya.

• 31 May 1999 Bahagian Keselamatan Negara dan Unit Koordinasi dan implimentasi daripada Jabatan Perdana Menteri mencatatkan sejarah sebagai jabatan pertama yang memindahkan operasi mereka di kompleks pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

• 18 June 1999 Sembahyang Jumaat pertama yang dilangsungkan di Masjid Putrajaya yang boleh memuatkan seramai 15000 orang pada sesuatu masa.

• 21 June 1999 Dato Seri Dr Mahathir Mohamad memulakan kerja di pejabat barunya di Putrajaya.

• 23 June 1999 Mesyuarat Kabinet pertama yang yang diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru.

• 6 July 1999 Pusat Pentadbiran Kerajaan dibuka kepada orang awam.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

11

Page 20: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

• 19 Oktober 2000 Timbalan Perdana Menteri, dato Seri Abdullah Ahmad badawi mengumumkan bahawa kabinet bersetuju untuk mengisytiharkan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

• 7 November 2000 Persetujuan ditandatangani di antara Yang Dipertuan Agong (wakil Kerajaan) dan Tengku Idris Shah (wakil Kerajaan Selangor)

• 1 Februari 2001 Putrajaya diisytiharkan secara rasminya sebagai Wilayah Persekutuan.

3.2 KONSEP

Wawasan Pelan Induk dan reka bentuk bandar raya Putrajaya merangkumi komponen berikut.

1. Kawasan Utama (Core area) 2. Kawasan Pinggiran (Peripheral Area)

Perancangan Putrajaya memberi tumpuan kepada pemeliharaan eko-sistem dan dalam masa yang sama menggalakkan dan mewujudkan suasana kehidupan yang aktif, harmonis dan membentuk masyarakat penyayang. Bandar raya ini direka bentuk dengan memberi ruang kepada bentuk kehidupan yang bebas daripada tekanan kehidupan moden masa kini. Putrajaya adalah Bandar terancang yang dibina berasaskan garis panduan dan polisi komprehensif yang berkaitan dengan kegunaan tanah, sistem pengangkutan, utiliti, kemudahan awam, infrastruktur, perumahan, teknologi maklumat dan kawasan tanah.

PERANCANGAN DAN REKABENTUK Dari lima rekabentuk yang dikemukakan kepada kerajaan, konsep Bandar Dalam Taman telah dipilih untuk pembangunan Putrajaya. Berdasarkan konsep ini, sebuah Pelan Struktur telah disediakan untuk merangkumi tanah seluas 14,780 hektar dengan persetujuan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelaraskan pembangunan di Putrajaya dan kawasan persekitarannya. Pada keseluruhannya kawasan Pelan Struktur ini akan menampung kira-kira 570,000 orang penduduk; dimana, 250,000 orang akan mendiami dikawasan Putrajaya. Pada masa yang sama sebuah Pelan Induk yang memberikan penumpuan pada pembangunan kawasan Putrajaya seluas 4,400 hektar, telah disediakan. Ini adalah termasuklah Kawasan Core, kawasan kejiranaan, kawasan hijau dan taman serta pelbagai kemudahan sokongan. Adalah dijangkakan 76,000 pekerja awam dan 59,000 pekerja swasta akan bekerja dikawasan Putrajaya.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

12

Page 21: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Pelan Induk Putrajaya

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

13

Page 22: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Putrajaya berkonsepkan “Bandar-dalam-taman” . Oleh itu beberapa penekanan diberikan untuk mencapai matlamat yang dirancang :

LANDSKAP 38% dari tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap Malaysia.

KEADAAN BANDAR Dirancang mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya. Pandangan panorama, bangunan-bangunan dan infrastuktur yang unik menampakkan Putrajaya sebagai bandar yang berketerampilan.

VISI PUTRAJAYA

Putrajaya diilhamkan berdasarkan 3 ideologi :

• Manusia dan Penciptanya • Manusia dan manusia • Manusia dan alam

Konsep ini adalah mudah. Putrajaya ialah sebuah bandar-dalam-taman yang mempunyai kualiti kehidupan dan suasana kerja yang seimbang dan ideal.

Dari segi senibinanya, Putrajaya akan menjadi bandar berwajah serba moden. Dengan perancangan yang teliti, bandar “intelek” ini bakal memberi peluang kepada rakyat untuk hidup dalam masyarakat yang lebih progressif.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

14

Page 23: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

KONSEP KEJIRANAN

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

15

Page 24: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Pelan Contoh Unit Kejiranan Formal.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

16

Page 25: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Pelan Unit Kejiran Yang Tidak Formal.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

17

Page 26: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

HURAIAN DARI PELAN INDUK • Bandar taman yang cuba digambarkan melalui Putrajaya menggabungkan ciri-ciri berikut iaitu:

1) Jalan yang menumpu kepada titik tumpuan 2) Menstrukturkan kawasan utama (core area) dalam bentuk Presint-Presint yang

pelbagai. 3) Menyediakan kawasan bagi aktiviti rasmi dan tidak rasmi 4) Mengadakan peenghutanan semula dan menyerlahkan landskap semulajadi 5) Memperuntukkan kawasan bagi kawasan lapang 6) Mengadakan pemandangan yang menarik 7) Mengadakan landskap bandar yang menark

Kawasan Teras • Terdapat 5 Presint yang terdapat dikawasan utama iaitu:

Presint Kerajaan Presint Sivik Dan Kebudayaan Presint Komersial Presint Sukan dan Rekreasi Presint Pembangunan Campuran

• Terdapat boulevard disepanjang 4.2 km yang menjadi latarbelakang kepada Putrajaya. • Presint Sivik dan Pentadbiran terletak di tengah jalan sepanjang Boulevard dan jambatan. Presint Perkembangan Campuran pula terletak

di sebelah utara, manakala Presint Komersil pula berada di sebelah utara. Kawasan-kawasan ini merupakan tempat yang menunjukkan bahawa pembangunan Putrajaya turut menitikberatkan perkembangan intelektual. Pusat kerajaan berada disebelah utara boulevard manakala Presint Sukan dan Rekreasi pula terletak di sebelah selatan boulevard. Ditengah kedua-dua Presint ini terdapat 3 lagi Presint iaitu Priesint pembangunan campuran, Presint Sivik dan Kebudayaan serta Presint Komersial.

Kawasan Pinggiran • Terdapat 14 buah kawasan kejiranan. Kawasan ini menawarkan suatu pengalaman yang baru kepada penghuninya dimana alam

semulajadi adalah berharmoni dengan kawasan sekitarnya. Setiap Presint akan mempunyai pusat komunikasi dan kejiranan, taman, kawasan keagamaan dan pelbagai kemudahan awam yang lain pada abad ke21.

• Kawasan ini juga akan menyediakan “Housing Catering” kepada penduduk yang terdiri daripada pelbagai peringkat pendapatan.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

18

Page 27: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

PELAN STRUKTUR PUTRAJAYA

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

19

Page 28: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

KAWASAN-KAWASAN UTAMA DALAM PUTRAJAYA

Kawasan utama Putrajaya meliputi 1,069 hektar yang dibahagikan kepada 5 presint. Terdapat sebatang jalan berhias (boulevard) sepanjang 4.2km yang menghubungkan presint-presint tersebut. Setiap presint mempunyai identiti tersendiri melalui penetapan aktiviti ekonomi tertentu.

PRESINT 1

Presint kerajaan adalah terletak di sebelah utara Kawasan Utama. Kawasan ini menempatkan kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan pusat.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

20

Page 29: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

RESINT 2

Presint pembangunan campuran merupakan pintu utama ke kawasan utama Putrajaya dari arah utara. Presint ini mengandungi bangunan perdagangan dan kerajaan, taman-taman, kawasan-kawasan lapang dan kawasan perumahan.

Dua kementerian ditempatkan di kawasan berkenaan iaitu:

• Kementerian Kewangan • Kementerian Luar Negara

PRESINT 3

Presint Sivik dan Kebudayaan sedang dibangunkan untuk menempatkan kementerian-kementerian dan institusi-institusi yang berkaitan dengan pembangunan kesenian dan kebudayaan.

PRESINT 4

Presint ini akan dibangunkan sebagai kawasan utama bagi aktiviti perdagangan dan perniagaan di Putrajaya.

PRESINT 5

Presint ini sedang dibangunkan untuk tujuan konvensyen dan rekreasi. Selain daripada pusat konvensyen, kemudahan lain adalah termasuk akademi-akademi sukan dan rekreasi air.

KAWASAN CORE Kawasan Core Putrajaya akan meliputi lima Presint yang tersusun disepanjang paksi utama bandar. Kelima-lima Presint ini akan dikenali mengikut fungsi utama masing-masing. Presint-presint itu ialah:-

1) Presint Kerajaan 2) Presint Perdagangan

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

21

Page 30: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

3) Presint Sivik dan Kebudayaan 4) Presint Pembangunan Campuran 5) Presint Sukan Dan Rekreasi

Presint Kerajaan Presint Kerajaan terletak dilokasi yang strategik dengan pemandangan panorama yang menarik. Ia menempatkan pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan. Jabatan Perdana Menteri sebagai tumpuan pentadbiran kerajaan ditempatkan di lokasi tertinggi, searah dengan paksi utama Putrajaya. Sebuah Dataran Upacara Rasmi dihadapan Jabatan Perdana Menteri dihubungkan dengan Presint Perdagangan di seberang tasik dengan sebuah jambatan. Presint Perdagangan Presint perdagangan memusatkan kegiatan perniagaan dan perdagangan Putrajaya. Cirri-ciri utamanya termasuklah Menara Telekomunikasi, Pusat Sains dan Teknologi yang dikelilingi oleh sebuah serta pelbagai bangunan komersial dan kerajaan. Kawasan perumahan presint ini akan disepadukan dengan pembangunan yang menceriakan persekitaran bandar. Presint Kebudayaan Presint ini merupakan pusat kebudayaan dan seni Putrajaya dimana terdapatnya muzium, galeri seni, perpustakaan dan dataran Khazanah. Terminal utama pengangkutan awam untuk Kawasan Core yang terdapat di Presint ini.

Presint Pembangunan Campuran Presint ini menempatkan adunan pelbagai kemudahan perumahan, perdagangan, riadah dan kemudahan awam. Bangunan-bangunan utama Presint ini termasuk Masjid Besar Putrajaya, Dataran Mahkamah dan Bangunan Perbandaran. Persekitarannya dirancang untuk mengwujudkan satu suasana bandar yang sentiasa hidup, riang dan memberangsangkan. Presint Sukan Dan Rekreasi Pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi akan tertumpu di Presint ini. Sebuah Stadium Utama, Kompleks Sukan, Pusat Sukan Air dan perumahan akan dibangunkan di Presint ini. Boulevard Perarakan Rasmi akan bermula di Presint ini dan berakhir di Presint Sivik dan Kebudayaan. Kawasan Kejiranan Kediaman di Putrajaya akan dirancang mengikut konsep kawasan kejiranan. Sebanyak 15 unit kawasan kejiran akan dibangunkan.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

22

Page 31: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Tiap-tiap kawasan kejiranan akan dilengkapi dengan dewan serbauna, klinik, tadika, sekolah, surau serta kemudahan masyarakat dan infrastruktur awam yang diperlukan. Pengangkutan Strategi pengangkutan Putrajaya mementingkan perkhidmatan yang berkesan dari segi hubungan wilayah dan pergerakan dalaman. Kenderanan persendirian tidak digalakkan di Kawsan Core. Oleh itu pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam akan disediakan. Rangkaian Jalanraya Sebuah jalanraya khusus akan menghubungkan Putrajaya dengan Kula Lumpur dan KL International Airport. Di samping itu empat laluan masuk utama akan disediakan dari rangkaian lebuhraya. Rel Ekpress Perkhidmatan rel ekspress akan menghubungkan Putrajaya dengan Kula Lumpur International Airport. Terminal Pusat Lima terminal pengangkutan awam, termasuk sebuah terminal Pusat dibina di lokasi-lokasi yang strategik. Semua terminal ini dibangunkan mengikut kosep ‘ park & ride’. Trem Perkhidmatan ini disediakan dikawasan Core dengan perhentian dijarak yang sesuai untuk mengurangkan jarak berjalan kaki. Transit Aliran Ringan (LRT) Sistem ini akan mempunyai stesen-stesen di nod-nod utama di kawasan Core. Bas Awam Perkhidmatan bas awam dirancang untuk kawasan di luar jangkauan perkhidmatan trem dan LRT. Teksi Perkhidmatan teksi dibenarkan di Kawasan Core dan dipadukan dengan pengangkutan lain. Feri Kemudahan perkhidmatan feri dirancang untuk menghubungkan kawasan-kawasan persisiran tasik dengan Kawasan Core.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

23

Page 32: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Persekitaran Putrajaya dirancang untuk mengwujudkan satu persekitaran bandar yang memenuhi keperluan penduduknya. Ia memberikan pengertian yang padu dalam memajukan bandaraya berteraskan pengekalan eco-culture, peka dengan keceriaan alam sekitar, setiakawan lagi penyayang serta kebudayaan Malaysia. Satu lambang kualiti, kepakaran dan kebanggaan negara.

3.3 PEMBINAAN

Pada tanggal 22 Februari 1994, Kerajaan telah meluluskan Pelan Induk Putrajaya yang berkonsepkan sebuah bandar raya bestari dalam taman. Putrajaya Holdings Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 19 Oktober 1995 sebagai pemaju utama projek ini diikuti dengan penubuhan Perbadanan Putrajaya selaku Pihak Berkuasa Tempatan pada 1 Mac 1996. Kemuncak peristiwa bersejarah di Putrajaya adalah Perasmian Majlis Pecah Tanah di Presint Kerajaan yang telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 10 September 1996. Kerja-kerja pembinaan bagi Fasa 1 projek ini bermula apabila kerja-kerja pembersihan kawasan tapak telah dijalankan oleh kontraktor bagi pakej pembinaan jalan R1 pada 5 November 1996. Bermula dari tarikh ini, semua pihak yang terbabit telah bekerja keras untuk merealisasikan Putrajaya yang dahulunya bermula dengan suatu wawasan. Kini, sebahagian besar daripada Fasa 1 telahpun siap dibangunkan manakala pembangunan bagi Fasa 2 akan digiatkan pada tahun 2000. Keseluruhan projek Putrajaya dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2010.

Kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek ‘real-estate’ terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak, telah bertungkus lumus untuk menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama Jun 1999.

Proses pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya 10% sahaja yang diimport dari luar negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.

3.4 KOS DAN LOKASI

Putrajaya adalah sebuah projek besar yang terletak 22 km di selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar.

Putrajaya meliputi kawasan seluas 4,931 hektar. Kedudukannya ialah 25km di sebelah selatan Kuala Lumpur dan 20km di sebelah utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

24

Page 33: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

3.5 TUJUAN Tujuan utama penubuhan Bandar Putrajaya ialah untuk dijadikan sebagai sebuah bandar yang menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bandar Putrajaya direkabentuk dengan menerapkan konsep ‘Bandar Pintar’ dan juga ‘Bandar dalam Taman’.Keluasan keseluruhan Bandar Putrajaya ialah 4581 hektar. Bandar ini direkabentuk dengan mengambilkira sepenuhnya alam semulajadi disekitarnya. Kira-kira 40% daripada keluasan keseluruhan bandar ini adalah persekitaran semulajadi yang mana ia meliputi taman-taman botani, ‘wetland’ dan tasik yang luas. Bandar Putrajaya dibahagikan kepada 20 buah presint yang mana setiap presint ini mempunyai peranan-peranan yang tersendiri. Ada yang berfungsi sebagai kawasan kediaman, kawasan pejabat pentadbiran kerajaan, kawasan komersil dan kawasan rekreasi.

3.6 PUTRAJAYA DALAM KONTEKS WILAYAH Dalam konteks Wilayah, Putrajaya merupakan Wilayah Persekutuan yang baru dan telah menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Kuala Lumpur. Selain itu, perletakannya adalah di dalam kawasan Multimedia Super Coridor (MSC) dan terletak berdekatan dengan projek-projek mega yang sedang membangun. Antaranya yang mempunyai hubungkait dengan tapak cadangan adalah seperti Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya, Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pusat Perniagaan dan Pelancongan 'The Mines'. Hubungkait perletakan di atas menjadi lebih ketara lagi dengan terdapatnya sistem perhubungan yang canggih di sekitar bandar ini. Antara sistem perhubungan yang dimaksudkan adalah Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, Lebuhraya Kajang - Putrajaya - Puchong, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan dan Jalan Persekutuan. Putrajaya terletak lebih kurang 25km dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan 10km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari aspek kemudahsampaian, ia mempunyai aksesbiliti yang baik, iaitu terletak berdekatan dengan Lebuhraya Damansara Puchong-Putrajaya/Kajang. Ia juga dikelilingi oleh beberapa laluan utama seperti cadangan Lebuhraya Selatan Lembah Klang (SKVE) dan Lebuhraya Damansara Puchong-Kajang yang merupakan pintu masuk kedua untuk Putrajaya.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

25

Page 34: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

3.7 SISTEM JARINGAN JALANRAYA Sistem jaringan jalanraya yang lengkap diperlukan bagi menjayakan sesuatu cadangan pembangunan. Bandar Putrajaya berada di tengah-tengah rangkaian jalanraya negeri, jalanraya persekutuan dan lebuhraya. Kedudukan Putrajaya yang berada di kawasan Lembah Klang telah memberikan kemudahan yang amat baik dari aspek kemudahsampaian. Bandar Putrajaya umumnya dilingkari oleh beberapa laluan utama seperti berikut : i. Lebuhraya Utara selatan Kuala Lumpur - Seremban PLUS ii. Lebuhraya Damansara Puchong LDP iii. Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah ELITE iv. Lebuhraya Lembah Klang Selatan SKVE Putrajaya juga mudah untuk dihubungi melalui jalan negeri dan jalan tempatan memandangkan kedudukannya menggunakan laluan masuk melalui Jalan Lebuh Perdana Selatan dibahagian utara tapak. Selain itu, ia juga boleh dihubungi melalui jalan monorel laluan 2 yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2005.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

26

Page 35: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

KEMUDAHSAMPAIAN KE PUTRAJAYA

Pelan Rangkaian Lebuhraya Dan Jalanraya

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

27

Page 36: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

RANGKAIAN LEBUHRAYA DAN JALANRAYA Selain dari Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban, Putrajaya dihubungkan ke Pelabuhan Klang, Bangi, Kajang dan Seremban melalui rangkaian jalan sisian yang akan dibina.

Pelan Rangkaian Keretapi Ekspress (ERL)

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

28

Page 37: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

RANGKAIAN KERETAPI EKSPRES (ERL)

Syarikat Express Rail Link (ERL) akan menyediakan pengangkutan rel awam yang pantas menghubungkan Kuala Lumpur dan KLIA. Stesen ERL terletak di bahagian barat bandar raya Putrajaya. Jalan rel yang sama juga akan digunakan oleh Commuter Rail Service (CRS) untuk menghubungkan KLIA, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pelan Sistem Pengangkutan Putra Jaya

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

29

Page 38: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Pelan Pengangkutan Kawasan Core

3.8 INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN SEDIADA KAWASAN SEKITAR Infrastruktur dan kemudahan sedia ada di kawasan sekitar bandar ini adalah masih kurang lengkap. Ini memandangkan kawasan persekitarannya terdiri daripada kawasan yang sedang membangun dan sedang dibangunkan. Oleh itu adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa penyediaannya mencukupi untuk kemudahan masyarakat atau penduduk di sekitar tapak cadangan. Walaupun begitu, penyediaan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, sistem telekomunikasi, pembentungan berada pada tahap yang memuaskan dan tidak terdapat sebarang gangguan yang nyata seperti masalah bekalan elektrik terputus, gagguan bekalan air dan sebagainya.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

30

Page 39: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

3.8.1 TAMAN TAMAN DI PUTRA JAYA

1. TAMAN WETLAND

Pelan Taman Wetland

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

31

Page 40: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Taman Wetland menempatkan Pusat Penghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, tempat perkelahan, tapak semaian Wetland, tempat letak kereta dan kawasan hijau serta kemudahan awam yang lain. Terdapat 2 denai alam didalam kawasan taman yang dilengkapi dengan papan tanda di lokasi-lokasi strategik.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat Penghayatan Alam adalah :

• i- ruang tamu juga menempatkan kaunter pertanyaan • ii- ruang pameran • iii- anjung pemerhati • iv- bilik pandang dengar • v- dokumentari video • vi- kedai cenderamata • vii- pameran kraftangan wetland • viii- kafe wetland • ix- pejabat pentadbiran

Pusat Penghayatan Alam menggalakkan nilai-nilai yang berkaitan dengan wetland seperti :-

• keupayaan tumbuhan wetland menapis air • pemuliharaan habitat wetland dan hidupan liar yang bergantung padanya • pembangunan yang mesra alam • kegunaan hasil-hasil wetland

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

32

Page 41: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Foto : Taman Wetland

SUMBER UNIK WETLAND

Wetland boleh dianggap sebagai “penapis air” bumi kita. Ia merupakan uatu benteng terhadap kemusnahan alam sekitar. Wetland Putrajaya direkabentuk untuk memperbaiki kualiti air yang mamsuki Tasik Putrajaya.

Tumubuhan-tumbuhan Wetland mempunyai beberapa fungsi iaitu :-

• sebagai penapis yang memerangkap mendapan dan lain-lain bahan apungan • menyerap nutrien. • menyingkirkan bahan toksid

Dengan ini air yang mengalir melalui sel-sel wetland dibersihkan secara sistematik, sekaligus memastikan Tasik Putrajaya selamat untuk aktiviti rekreasi.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

33

Page 42: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

PEMBINAAN WETLAND

Wetland Putrajaya merangkumi kawasan seluas 162 hektar yang meliputi 24 sel wetland.

Sumber air utama untuk wetland ini mengalir dari Sungai Chua dan Sungai Bisa. Tumbuhan wetland yang sesuai telah ditanam untuk membentuk kawasan rawang dan paya di sel-sel wetland tersebut.

70 spesis tumbuhan wetland asli telah disemai di Tapak Semaian Wetland Putrajaya sebelum Proses penanaman secara berperingkat djalankan. Seterusnya 24 spesis ikan air tawar tempatan telah dilepaskan untuk meningkatkan lagi kepelbagaian biologi sel-sel wetland ini.

Foto : Menara Pandang

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

34

Page 43: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

KEPELBAGAIAN HABITAT

Wetland Putrajaya merangkumi habitat yang berbeza iaitu kawasan rawang, hutan paya dan kawasan air terbuka.

Pembangunannya merangkumi Taman Wetland yang mempunyai kawasan seluas 136 hektar. Setiap habitat wetland berbeza di antara satu sama lain dari pelbagai aspek, termasuklah :-

• komposisi flora dan faunanya • paras airnya • kualiti airnya

AKTIVITI-AKTIVITI WETLAND

Pusat Penghayatan Alam akan berkembang menjadi pusat maklumat wetland yang serba lengkap demi memenuhi keperluan pengunjung sasaran yang berbeza, dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Bahan-bahan yang dipamer atau diedarkan di pusat ini akan bersilih ganti dan dikemaskinikan.

Pusat ini bersedia untuk menganjurkan acara seperti :-

1. seminar dan bengkel 2. acara-acara sambutan khas 3. kursus latihan wetland

Matlamat pusat ini juga untuk menjalin kerjasama di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan universiti-universiti dan lain-lain pusat wetland antarabangsa untuk meningkatkan penyelidikan secara usaha sama berhubung dengan wetland serta pertukaran maklumat.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

35

Page 44: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

2. TAMAN BOTANI

Taman Botani terletak di bahagian utara Presint 1. Ia direka bentuk sebagai sebuah 'Acadia', yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pemeliharaan tumbuhan tropika untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

Foto : Taman Botani

3. TAMAN PUTRA PERDANA

Taman Putra Perdana terletak di puncak tertinggi Presint 1. Taman ini dikelilingi oleh Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan bertindak sebagai pemangkin kepada kawasan semulajadi di utara dan kawasan-kawasan pentadbiran dan komersil di selatan dan timur. Lokasi taman ini yang tinggi di pusat bandaraya menjadikannya antara tempat terbaik untuk menikmati pemandangan sekitaran Putrajaya.

Foto : Taman Putra Perdana

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

36

Page 45: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

4. TAMAN RIMBA ALAM

Taman Rimba Alam terletak di Presint 14 dan 15 Putrajaya. Taman ini di kelilingi oleh Perkampungan Kedutaan (Enklaf Diplomatik) dan pembangunan-pembangunan perumahan di sekitar Presint 14 dan 15.

Taman ini berkonsepkan taman rimba tropika dan akan memaparkan koleksi spesis tumbuhan hutan tropika digabungkan dengan sebuah taman rekreasi metropolitan yang menarik.

Gamabarajah : Bangunan Pentadbiran Di Taman Rimba Alam

5. TAMAN WARISAN

Taman Warisan Pertanian terletak di bahagian selatan Presint 16. Taman ini bertujuan mempamerkan pertanian dan penanaman tanaman komersil di Malaysia yang di usahakan sejak zaman-berzaman.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

37

Page 46: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Foto : Taman Warisan

6. TAMAN SELATAN

Terletak di Presint 20 di bahagian paling ke selatan Putrajaya. Taman ini berfungsi sebagai pintu masuk serba hijau dari arah selatan Putrajaya dan dibangunkan sebagai tanah perkuburan untuk penganut agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.

Gambarajah : Taman Selatan

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

38

Page 47: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

7. TAMAN WAWASAN

Taman Wawasan terletak di bahagian utara Core Island. Taman ini dikelilingi oleh tasik dan terusan Putrajaya di bahagian utara dan timur, manakala bahagian baratnya bersempadankan bangunan-bangunan kerajaan dan keindahan jalan berhias (boulevard).

Taman Wawasan dibangunkan sebagai salah satu daripada taman metropolitan utama di Putrajaya.

Gambarajah : Taman Wawasan

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

39

Page 48: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

3.8.2 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1. TERMINAL BAS

Terminal ini digunakan untuk bas pengangkutan awam menurun dan mengambil penumpang. Perkhidmatan bas di kawasan Putrajaya dikendalikan oleh sistem pengangkutan bas tempatan iaitu Nadiputra.

Terminal sementara ini akan digunakan sehingga Terminal Pengangkutan Barat (Western Transport Terminal) di Presint 7 siap dibina pada tahun 2002.

Kemudahan-kemudahan di terminal ini termasuk :

1. Platfom menunggu 2. Surau 3. Tandas 4. Pejabat Pentadbiran 5. 30 petak bas 6. 12 petak teksi

Foto : Terminal Bas

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

40

Page 49: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

2. BANGUNAN PERDANA MENTERI

Bangunan Perdana Putra berada pada kedudukan 50m di atas aras laut dan terletak pada aras yang tertinggi di Presint 1. Ianya dapat dilihat dengan jelas dari tasik Putrajaya. Struktur batu berwarna semulajadi dengan bumbung dan kubah berbentuk bawang yang berwarna kehijauan serta di kelilingi oleh empat kubah kecil, telah menampilkan bangunan ini sebagai salah satu daripada bangunan mercu tanda Putrajaya. Kompleks ini menempatkan pejabat-pejabat:

• Perdana Menteri • Timbalan Perdana Menteri • Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri • Ketua Setiausaha Negara • Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) • Penasihat Sains • Unit Teknologi Khas • Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MiGHT)

Bangunan Perdana Putra, Masjid Putra, Dataran Perdana dan Sesiaran Perdana adalah komponen pembangunan di dalam Presint 1.

Foto : Bangunan Perdana Menteri

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

41

Page 50: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

3. BOMBA

Bangunan ini menempatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Dengan adanya segala kemudahan dan berfungsi seperti Ibu Pejabat yang lain, ianya dinaikkan taraf menjadi Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Foto : Bangunan Bomba

4. MASJID PUTRA

Masjid Putra yang dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Putra dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Dari masjid ini boleh dapat dilihat dengan jelas keindahan tasik dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar kawasan masjid dikelilingi oleh tasik Putrajaya. Ini menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung-apung di permukaan tasik. Selain dari itu ianya juga membolehkan udara segar dari tasik bertiup masuk untuk menyejukkan kawasan masjid. Jambatan Putra dan Kompleks Perdana Menteri juga boleh dilihat dengan jelas dari masjid ini.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

42

Page 51: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Foto : Masjid Putra

KONSEP MASJID

Pada keseluruhannya, konsep rekabentuk Masjid Putra adalah berdasarkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe. Senibina tradisional digunakan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segiempat (Dewan Solat) kepada bentuk bulat (kubah) dengan mempekenalkan segilapan (oktagon) sebagai bentuk perantaraan.

Foto : Masjid Putra

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

43

Page 52: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

5. BOULEVARD

Jalan Berhias Putrajaya melambangkan penerusan sejarah Malaysia sejak Merdeka. Reka bentuk dan landskap Jalan Berhias digunakan sebagai tempat meraikan perayaan atau 'Melting Pot' yang menemukan rakyat Malaysia berbilang kaum yang kaya dengan adat resam dan budaya.

Corak turapan Jalan Berhias diilhamkan daripada corak songket dan perabut jalan (street furniture) pula diilhamkan dari bentuk periuk tanah liat.

Ia direka bentuk untuk upacara perarakan seperti sambutan Hari Kebangsaan. Perarakan boleh bermula dari Dataran Rakyat dan berakhir di Dataran Wawasan.

Foto : Boulevard

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

44

Page 53: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

6. KOMPLEKS KERAJAAN

Kompleks kerajaan dibina untuk menempatkan jabatan-jabatan kerajaan sejajar dengan matlamat negara untuk menjadikan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan Malaysia. Kemasukan ke kompleks ini dikawal rapi demi menjaga keselamatan para pekerja. Kompleks ini merupakan tulang belakang kepada pembentukan Presint Kerajaan. Masjid Putra, yang terkenal dengan keunikannya terletak berhampiran kompleks ini.

• Jabatan-jabatan yang telah dipindahkan ke kompleks serba baru ini adalah antaranya • Jabatan Kastam dan Eksais Diraja • Kementerian Dalam dan Luar negara • Jabatan Perkhidmatan Awam • dan sebagainya

Selain itu juga kompleks ini tidak dibuka kepada umum sepertimana yang terdapat di Sri Perdana, Masjid Putra ,Dataran Putra dan sebagainya.

Bangunan yang dihiasi landskap yang menarik dari arah pandangan tasik yang luas dan di rentasi dengan sebuah jambatan yang lebih dikenali sebagai Jambatan Putra menambahkan lagi seri skop pemandangan pelancong-pelancong dalam dan luar negara.

Foto : Kompleks Kerajaan

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

45

Page 54: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Foto : Kompleks Kerajaan

7. HOSPITAL PUTRAJAYA

Hospital Putrajaya seluas 11 hektar di Presint 7, merupakan salah sebuah hospital yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan IT sepenuhnya di Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan adalah khidmat runding pesakit luar, pembedahan biasa, traumatologi, ENT (telinga, hidung dan tekak), pediatrik, otopedik, perbidanan, pergigian, sakit puan dan psikiatri. Melalui pembangunan Fasa 1, Hospital dapat menyediakan sejumlah 272 buah katil pesakit. Setelah siapnya Fasa 2, jumlah katil akan bertambah sehingga 480 buah.

Foto : Hospital Putrajaya

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

46

Page 55: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

8. ENKLAF POLITIK

Enklaf Diplomatik Putrajaya telah dirancang dengan teliti pembinaannya bagi memenuhi permintaan untuk mewujudkan suasana bekerja dan kediaman yang lebih terancang untuk komuniti diplomatik.

Ia akan dibangunkan sebagai sebuah kota kecil yang mempunyai kemudahan lengkap untuk komuniti diplomatik yang akan menetap di sini. Rekabentuk kawasan ini bakal mewujudnya sebagai kawasan eksklusif yang tersendiri, dengan keselamatan yang terjamin dan selesa sebagaimana yang diingini oleh komuniti tersebut..

Kemudahan jalan raya dan pengangkutan awam yang selesa juga akan memudahkan perhubungan untuk mereka di sini. Pusat pembangunan campuran meliputi kemudahan pusat membeli-belah, sebuah pusat penerangan dan sebuah dataran untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk akan disediakan.

Selain daripada itu, sekolah antarabangsa (international school), tempat beribadat, kelab rekreasi dan pusat maklumat juga akan diwujudkan bagi menyumbang kepada bentuk kehidupan yang berkualiti.

Gambarajah : Enklaf Politik

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

47

Page 56: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

9. ISTANA MELAWATI

Istana Melawati dibina untuk kediaman Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, tempat mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Negeri, mengendalikan acara rasmi dan lawatan peribadi mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Ianya terletak di Presint 1, di atas Taman Putra Perdana dalam lingkungan Persiaran Persekutuan. Ciri unik senibina istana ini ialah terdapatnya bumbung piramid yang berasaskan segi empat sama dan senibina tropika Melayu berkonsepkan "bumbung limas" atau dirujuk juga sebagai "bumbung perabung lima".

Salah satu ciri utama yang membentuk gaya yang menonjol dan tersendiri dan dapat dilihat pada masjid-masjid lama yang diperbuat daripada kayu di Kelantan, Melaka dan Terengganu serta bangunan-bangunan rasmi klasik di rantau Asia Tenggara ialah bumbung piramid bersegi empat. Penggunaannya di Istana Melawati sebagai struktur menara atau sebagai menara pandang keselamatan, menambahkan keistimewaan tarikannya dan sifat seni bina siluet (berbayang). Satu lagu ciri seni bina tropika Melayu yang digunakan ialah bumbung limas atau dikenali juga sebagai bumbung perabung lima (five-ridge roof).

Bumbung Istana Melawati disusun bertingkat-tingkat untuk menggambarkan kepentingan bangunan ini sebagai kediaman di Raja. Perhiasan tumpu kasau (decorative fascia pieces) juga digunakan untuk menambahkan daya tarikan istana ini. Beranda terbuka adalah ciri yang boleh dilihat di sekitar Istana Melawati. Ia berfungsi sebagai perantara penting untuk menghubungkan alam sekitar dengan seni bina tropika bangunan ini. Beranda tersebut juga boleh digunakan untuk menikmati suasana tanaman bungaan dan herba di Taman Indera, Istana Melawati.

Gambarajah : Model Istana Melawati

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

48

Page 57: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

10. KOMPLEKS KEHAKIMAN DAN MAHKAMAH

Kompleks Kehakiman dan Mahkamah akan menempatkan Jabatan Perundangan dan Mahkamah-mahkamah. Kompleks tersebut mengandungi sebuah bangunan Kompleks Kehakiman (5 tingkat), Mahkamah (2 tingkat) dan satu tingkat tempat letak kereta di bahagian bawah. Komponen-komponen di dalam Kompleks ini terdiri daripada:

• Bilik Peguam • Bilik Pendakwa Raya • Majlis Persidangan Hakim • Auditorium • Bilik Bicara • Bilik Ante • Dewan Banquet/Menunggu • Pejabat Ketua Pendaftaran Mahkamah Persekutuan • Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan • Pejabat pendaftaran • Mahkamah Rayuan • Pejabat Pendaftran Mahkamah Tinggi • Pusat Rekod Mahkamah

11. PANGKALAN POLIS MARIN, PRESINT 8

Pejabat Polis Marin dibina mengikut peruntukan Akta Ordinan Perkapalan Perdagangan (Merchant Shipping Ordinance Act).

Pangkalan Polis Marin terletak di atas tapak strategik di Presint 8 iaitu bersebelahan dengan Jambatan Seri Perdana. Pejabat tersebut juga berada pada kedudukan yang mudah dihubungi oleh rangkaian jaringan sistem pengangkutan dan operasi marin.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

49

Page 58: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Foto : Pangkalan Polis Marin

12. IBU PEJABAT POLIS DAERAH

Terletak di Presint 7, Ibu Pejabat Polis Daerah ini berada di tengah-tengah antara Balai Bomba & Penyelamat dengan Hospital Putrajaya. Ibu Pejabat ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif kerana dilengkapi dengan kemudahan IT dan alat komunikasi.

Foto : Ibu Pejabat Polis Daerah

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

50

Page 59: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

13. KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 9

Kawasan ini mempunyai landskap untuk menghijaukan suasana bangunan bersesuaian dengan konsep terbuka. Di antara Medan Selera dengan Pusat Kejiranan terdapat pejalan kaki, sebuah kawasan pameran serta sebuah pasar malam.

Kompleks ini mempunyai kemudahan rekreasi untuk pelbagai peringkat umur termasuk kolam renang untuk kanak-kanak, panggung wayang, sebuah dewan serbaguna, 3 gelanggang badminton, 1 gelanggang bola tampar, bilik persalinan, tandas, gimnasium, gelanggang skuasy dan galeri. Kemudahan-kemudahan yang lain adalah dewan ping pong, bilik sembahyang, kolam renang, kawasan membaca, gelanggang tenis dan boling 8 lorong

Gambarajah : Kompleks Kejiranan

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

51

Page 60: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

14. PASAR PRESINT 8

Dibina dengan reka bentuk yang lazim dan berimej kontemporari, pasar ini mengandungi gerai-gerai yang menjual ikan, daging, sayur-sayuran, bunga, akhbar-akhbar; serta kedai-kedai menjual pakaian.

Bangunan ini juga menyediakan kemudahan lain seperti sebuah bilik beku dingin, bilik mampat bahan buangan, surau, tandas dan tempat letak kenderaan.

Foto : Pasar Presint 8

15. SESIARAN (PROMENADE)

Sesiaran seluas 20m adalah merupakan zon penampan sepanjang pinggiran Tasik Putrajaya. Terdapat tiga (3) jenis sesiaran : 'Soft Edges', 'Semi-hard Edges' dan 'Hard Edges'.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

52

Page 61: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Foto : Promenade

16. PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN PRESINT 8

Pusat Pembelajaran Kejiranan direka bentuk mengikut konsep mesra pengguna dan selesa. Keadaan di dalam pusat pembelajaran ini juga sesuai untuk melakukan aktiviti dalaman (indoor). Kedudukan Pusat Pembelajaran Kejiranan ini amat strategik di mana ianya berdekatan dengan kawasan kejiranan dan menjadi tempat perbincangan dan melakukan aktiviti sosial.

Pusat Pembelajaran Kejiranan ini merupakan salah satu kemudahan awam yang terdapat di Presint 8.

Ia direka khas untuk kegunaan semasa dan akan datang dan fungsi utamanya adalah untuk menggalakkan minat membaca di kalangan penduduk melalui penyediaan buku-buku, majalah, CD-ROM dan kemudahan internet. Pusat Pembelajaran ini juga membekalkan kemudahan maklumat melalui multimedia. Pusat Pembelajaran Kejiranan ini juga akan digunakan sebagai tempat mengadakan pameran dan seminar.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

53

Page 62: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Foto : Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 8

17. SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA 1, PRESINT 8

Sekolah Bestari Putrajaya Presint 8 ini dibangunkan di atas kawasan seluas 15 ekar.

Sebuah Sekolah Rendah yang boleh memuatkan seramai 1000 murid.

Kemudahan yang disediakan ialah:-

• Bengkel Dewan Serbaguna dengan muatan seramai 1188 orang Surau yang boleh memuatkan seramai 310 orang • Padang permainan dan pavilion • Pondok keselamatan, perhentian bas dan bangunan tambahan • Pembinaan bangunan ini mengambil kira ciri dan unsur-unsur semulajadi seperti keadaan mukabumi, cahaya matahari dan arah angin.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

54

Page 63: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bangunan ini juga dibahagikan mengikut blok-blok tertentu yang direka khas di mana terdapatnya perkarangan sekolah lanskap yang menarik dan sebuah 'amphitheatre'. Perkarangan sekolah digunakan sebagai tempat berlangsungnya perhimpunan dan aktiviti sekolah yang lain dan ianya juga menghubungkan antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain di dalam sekolah.

Foto : Sekolah Rendah Kebangsaan Putrajaya 1, Presint 8.

18. SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA 2, PRESINT 9

Sekolah ini dilengkapi dan beroperasi sebagai sekolah bestari. Kemudahan di sekolah rendah ini adalah seperti berikut:

Kemudahan yang disediakan:

• Surau • Kantin • Perpustakaan / Pusat Sumber

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

55

Page 64: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

• Padang Permainanpondok Keselamatan • Perhentian Bas

Foto : Sekolah Kebangsaan Presint 2

19. KOMPLEKS SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PRESINT 16

Sekolah Bestari ini mengandungi sekolah rendah dan sekolah menengah dan boleh menampung seramai 2310 murid serta menyediakan 180 orang tenaga pengajar. Terletak di atas kawasan seluas 15 ekar di tengah-tengah kawasan kejiranan Presint 16.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

56

Page 65: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

20. SELERA PUTRA

Halaman makanan Selera Putra terletak di Sesiaran, Dataran Putra di Presint 1. Halaman makanan ini yang bersebelahan dengan Masjid Putra, menyediakan pelbagai sajian kosmopolitan iaitu sajian tempatan dan antarabangsa yang enak. Keluasannya boleh menampung 800 pengunjung dalam satu masa dan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin. Kedudukan Selera Putra yang berhadapan dengan sebuah tasik yang indah menjanjikan suasana riadah yang nyaman dan permai untuk pengunjung menikmati pelbagai sajian yang disediakan

21. SURAU PRESINT 9

Pebinaan surau di Presint 9 adalah untuk mengekalkan kualiti senibina dan konsep pelan terbuka sepertimana pembinaan surau di Presint 8. Bangunan ini diilhamkan dari ide Masjid Kampung Laut di Nilam Puri, Kelantan.

Komponen bangunan ini termasuklah Ruang Depan Pintu Masuk, Bangunan Tambahan dan Surau yang selesa. Di Bangunan Tambahan pula, terdapat Dewan Serbaguna, tempat mengambil wuduk dan kuarters untuk Imam dan Naqib. Surau ini terletak di sebelah utara dan dikelilingi dengan landskap yang menarik.

Surau ini juga boleh memuatkan seramai 250 jemaah dan kawasan sembahyang utama dihubungkan dengan pintu yang membolehkan jemaah masuk dengan mudah. Kawasan utama ini juga akan dibina dengan siling yang diperbuat dari kayu untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional tempatan. Kawasan keliling surau tidak akan dipagar bagi mengekalkan suasana harmoni yang ada di sekitar kawasan Presint9.

22. SURAU PRESINT 8

Surau ini yang terletak di Jalan P8B adalah surau yang pertama dibina di Putrajaya dan merupakan salah satu kemudahan awam yang disediakan di kawasan kejiranan Presint 8.

Surau ini boleh memuatkan seramai 250 jemaah dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini adalah pejabat, bilik stor, bilik serbaguna, pancutan air, tempat meletak kenderaan dan taman permainan kanak-kanak.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

57

Page 66: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Foto : Surau Presint 8

3.8.3 CADANGAN PEMBANGUNAN MASA HADAPAN

1. PASAR PRESINT 16

Cadangan untuk membina sebuah tempat membeli-belah yang selesa telah diberi keutamaan di dalam pembangunan pasar di kawasan kejiranan ini. Di ruang masuk utama melalui kawasan lobi yang berada di tingkat bawah, terdapat kawasan landskap menarik yang berfungsi sebagai ruang menunggu.

Bangunan ini akan menempatkan pasar, kedai-kedai kopi, tandas awam dan sebuah kaunter penerangan bagi aktiviti harian di pasar tersebut.

Barangan yang akan dijual adalah seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain makanan laut

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

58

Page 67: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Gambarajah : Pasar Presint 16

2. KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 16

Berdasarkan konsep 'clubhouse', pusat ini menyediakan kemudahan-kemudahan untuk aktiviti dalaman dan luaran (indoor & outdoor). Pusat Kejiranan ini juga mempunyai padang permainan yang terletak di kawasan yang mudah dihubungi oleh pejalan kaki dan ianya melalui kawasan hijau di sepanjang perjalanan ke kompleks ini. Terdapat juga laluan untuk mereka yang kurang berupaya.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini adalah :

Dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk menampung majlis seramai 500 orang, 4 gelanggang badminton, sebuah gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring dan gelanggang bola keranjang.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

59

Page 68: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

• Gimnasium • 2 gelanggang skuasy • Kolam renang, bilik persalinan dan tandas • Pusat penjagaan kanak-kanak, Kawasan permainan kanak-kanak • Surau • Bilik permainan • Ruang pameran, bilik mesyuarat • Pusat komersial, perpustakaan • Pejabat pengurusan, Bilik kelab • Medan selera, kafetaria, siber kafe • Panggung wayang • Padang permainan

Gambarajah : Kompleks Kejiranan Presint 16

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

60

Page 69: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

3. SEKOLAH RENDAH PUTRAJAYA, PRESINT 11

Pembangunan Sekolah Presint 11 merangkumi 2 fasa iaitu :

Fasa 1 dan 2

• Kompleks Sekolah Menengah • Dewan Serbaguna

3.9 AKTA PERBADANAN PUTRAJAYA 1995 (AKTA 536)

3.9.1 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)

Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan(Perbadanan Putrajaya) 1999

Pembetulan-Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan(Perbadanan Putrajaya) 1999

Undang-Undang Kecil Kedai Dobi (Perbadanan Putrajaya) 1999

Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Perbadanan Putrajaya) 1999

Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (Perbadanan Putrajaya) 1999

Undang-Undang Kecil Krematorium (Perbadanan Putrajaya) 1999

Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Kerajaan Tempatan (Perbadanan Putrajaya) 2000

Pemberitahuan Kawasan Perbadanan Putrajaya (Pengubahsuaian Pemakaian) (Akta Kerajaan Tempatan 1976) (Pindaan) 1999

Undang-Undang Kecil Kolam Renang (Perbadanan Putrajaya) 2000

Undang-Undang Kecil Kereta Jenazah (Perbadanan Putrajaya) 2000

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

61

Page 70: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

3.9.2 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)

Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) (Kawasan Perbadanan Putrajaya) 1997

Kawasan Perbadanan Putrajaya Perintah (Pengubahsuaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976) 1998

Kaedah-Kaedah Pengawalan dan Perancangan (Am) (Kawasan Perbadanan Putrajaya) (Pindaan) 1999

3.9.3 AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133)

Pemberitahuan Kawasan Perbadanan Putrajaya (Peluasan Pemakaian) (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) (Pindaan) 1998

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor (Pindaan) 2000

Undang-Undang Kecil Kerja-Kerja Tanah (Perbadanan Putrajaya) 1996

Undang-undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Kawasan Perbadanan Putrajaya) Jalan, Parit dan Bangunan 1999

3.9.4 AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (AKTA 333)

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1999 (Akta A1065)

3.9.5 KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56)

Perwakilan Kuasa Di Bawah Seksyen 13 Kanun Tanah Negara

Arahan Kepada Pentadbir Tanah Putrajaya Di Bawah Seksyen-Seksyen 135(2), 136(1)(c)(iii), 140(2) dan 141(1)(c) Kanun Tanah Negara

Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

62

Page 71: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

3.9.6 AKTA PEMAJU PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966

(AKTA 118)

Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 1998

3.10 AKTIVITI MASYARAKAT DI PUTRAJAYA

Dalam melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Kerajaan Tempatan, Perbadanan Putrajaya telah melaksanakan pelbagai program untuk kebajikan komuniti Putrajaya

3.10.1 PERANAN PENDUDUK

Penglibatan penduduk dalam program ini adalah secara sukarela, untuk sama-sama mengawasi kawasan masing-masing, dan mengelakkan tindak-tanduk yang boleh mengundang penjenayah.

Pengawasan yang dimaksudkan bukanlah dalam bentuk rondaan atau berkawal. Penduduk sekadar perlu bersikap prihatin dan berwaspada dengan perlakuan di sekitaran masing-masing, seperti:

• Kejadian jenayah • Kehadiran orang luar yang mencurigakan • Aktiviti yang dicurigai • Kejadian kacau ganggu, dan • Salahlaku-salahlaku lain

Sekiranya penduduk ternampak mana-mana kejadian seperti di atas, apa yang perlu dilakukan ialah untuk segera memberitahu Polis Putrajaya atau Perbadanan Putrajaya.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

63

Page 72: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Maklumat (tip-off) ini akan membolehkan pihak polis atau penguatkuasa Putrajaya bergerak segera ke tempat kejadian untuk mengambil tindakan yang perlu. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan, dan pemberi maklumat tidak akan dilibatkan dalam tindakan selanjutnya.

Program ini diyakini berkesan untuk mencegah jenayah kerana, rata-ratanya penjenayah tidak berani bertindak di kawasan yang diketahuinya wujud kerjasama erat di kalangan penduduk dan pihak berkuasa.

Selain itu, penduduk juga hendaklah peka dengan taktik-taktik bogus(palsu) penjenayah, dan mengelakkan tindak-tanduk yang boleh mengundang penjenayah, seperti meninggalkan petanda bahawa kediaman telah beberapa hari tidak berpenghuni.

3.10.2 PENCEGAHAN JENAYAH MELALUI PROGRAM PENGAWASAN SEJIRAN

Ke arah merealisasikan matlamat menjadikan Putrajaya sebuah "Bandar Selamat", Perbadanan Putrajaya dan Polis Putrajaya telah merangka untuk melaksanakan satu program penglibatan penduduk bagi membantu pihak berkuasa mencegah kejadian jenayah di kawasan kediaman.

Program ini dinamakan PROGRAM PENGAWASAN SEJIRAN PENDUDUK PUTRAJAYA.

Ianya mengambil contoh daripada program "Neighbourhood Watch" atau "Country Watch" yang telah dipraktikkan di banyak tempat di beberapa buah negara luar. Kejayaan program ini di tempat-tempat berkenaan dikatakan sangat menggalakkan.

Program ini sebenarnya lebih berupa penghidupan semula amalan tradisi masyarakat kampung, yang hidup sebagai satu unit; saling bertanggungjawab , bekerjsama, dan saling menjaga kepentingan sesama sendiri termasuklah dari segi keselamatan.

Pelaksanaan program ini juga adalah seiring dengan matlamat pembentukan masyarakat penyayang di kalangan penduduk Putrajaya.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

64

Page 73: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

BAB 4 ANALISIS KAJIAN FAKTOR PERKEMBANGAN PUTRAJAYA • Politik • Ekonomi • Sosial • Kebudayaan dan Intelektual Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang pertama di Malaysia yang bermula dari sebuah estet yang kosong, tanpa sebarang prasarana serta infrastruktur. Dari sebuah estet yang dipenuhi oleh pokok –pokok, kawasan ini bertukar menjadi bandar yang maju, teratur serta berfungsi untuk diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya, setelah melalui rancangan pembangunan yang teliti. 4.1 FAKTOR POLITIK Putrajaya merupakan sebuah bandar pintar yang berkembang atas dasar politik. Bandar ini dihasilkan untuk mengangkat martabat bangsa Melayu secara total. Sebagai buktinya, kawasan perumahan di kawasan ini adalah hak milik kerajaan . ini adalah kerana Melayu merupakan majoriti dalam sektor kerajaan dan golongan inilah yang akan memenuhi kawasan perumahan tersebut. Apabila bangsa Melayu mendominasi bandar Putrajay a yang telah diisytiharkan secara rasminya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini, maka sudah tentunya kegiatan ekonomi dan sosial akan dapat dikuasai oleh bangsa ini.

4.2 FAKTOR EKONOMI Jikalau diperhatikan secara teliti, kegiatan ekonomi di negara kita adalah dikuasai oleh bangsa Cina. Bangsa Melayu yang merupakan kaum majoriti pula, kebanyakannya berada di sektor-sektor swasta, manakala India pula menguasai estet-estet.

Putrajaya merupakan cetusan idea dari yang amat Berhormat, Dato Seri Dr. mahathir Mohamad, bagi memastikan bangsa Melayu bangkit menguasai ekonomi negara serta meninggikan taraf hidup masing-masing. Kesedaran beliau tentang pernyataan bahawa, “perniagaan menyumbang 1/10 daripada kekayaan dunia” telah menyebabkan terbinanya Putrajaya yang dipenuhi dengan ciri astetik serta komersil. 4.3 FAKTOR SOSIAL Faktor sosial juga turut menyumbang kepada pembentukan Putrajaya iaitu bertujuan untuk meninggikan taraf sosial bangsa Melayu, bagimembolehkan negara ini terus kekal di bawah bangsa yang telah berusaha ubtuk mencapai kemerdekaan serta bertungkus-lumus menjadikan ia sebagai sebuah bandar moden sudah dikenali ramai.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

65

Page 74: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

4.4 FAKTOR KEBUDAYAAN DAN INTELEKTUAL Kewujudan Putrajaya ini juga adalah untuk memastikan ciri-ciri budaya Melayu serta budaya kaum lain terus terpelihara dalam persekitaran yang terancang. Faktor kebudayaan hadir sebagai pendorong kepada pembentukan Putrajaya adalah untuk mewujudkan suasana yang ‘livable’ serta menyeronokkan. Bandar yang lengkap dan teratur seharusnya bukan sekadar menekankan kewujudan kawasan perumahan, pusat perniagaan serta kemudahan awam semata-mata, tetapi turut menitik beratkan kemampuan untuk menempat dan menyesuaikan dirinya di luar bidang fungsi serta kemudahan asas yang sedia ada. Oleh itu,sesuatu ruang atau aktiviti yang menitikberatkan kegiatan budaya serta intelektual perlu diadakan bagi memastikan perkembangan pelbagai budaya dapat dipelihara, diwarisi serta dikekalkan. Ini terbukti dengan wujudnya Presint Sivik dan Budaya atau dikenali sebagai Presint 3 yang menyediakan aktiviti kebudayaan. Presint Sivik dan Budaya (Presint3) ini mengandungi elemen-elemen seperti berikut, iaitu: I) Masjid Besar Putrajaya

• Terletak menghala ke arah kiblat dan masjid ini menjadi sebagai suatu latar yang menarik serta menakjubkan bagi Presint ini. • Terdapat ‘Waterfront Promenade’ yang menunjukkan ‘Western Edge’ bagi kawasan ini serta berfungsi sebagai pintu masuk bagi

orang awam.

II) Dataran Putrajaya • Berfungsi sebagai pentas dan tempat perbarisan rasmi yang melalui ‘Boulevard’ dan terus menuju ke Dataran Putrajaya.

III) Dataran Mahkamah

• Plaza yang dikelilingi oleh bangunan kerajaan IV) Dataran Kebudayaan

• Plaza di mana aktiviti kebudayaan dijalankan 4.5 RUMUSAN Putrajaya adalah sebuah bandar yang penuh dengan perkara yan menarik dan bakal menempuhi detik-detik kegemilangan bersama-sama negara pada masa hadapan. Perkembangan Putrajaya yang sudah dibuat perancangan terperinci ini sudah tidak boleh disangkal lagi kerana perancangan yang sangat terperinci telah dibuat sejak satu dekad yang lalu. Pembangunan demi pembangnan akan berterusan ehinggalah diakhir perancangannya pada tahun 2010. Kesan daripada pembangunan Putrajaya ini ialah negara dapat mempunyai sebuah bandaraya pentadbiran yang maju setanding dengan pembangunan negara yang semakin berkembang selain itu ia juga banyak memberikan kelebihan kepada pekerja-pekerja di sektor awam yang rata-ratanya adalah tergolong dalam golongan Melayu. Ia telah menjadi keazaman negara supaya orang Melayu dapat menandingi bangsa-bangsa yang lain dalam negara ini dan dapat memajukan dirinya sendiri.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

66

Page 75: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

BAB 5 - ANALISIS KAJIAN “RESPONSIVE ENVIRONMENT”

5.1 KAJIAN ‘RESPONSIVE ENVIRONMENT’

Kajian “Responsive Environment “ adalah sangat penting kerana ianya dapat menentukan adakah sesebuah bandar mempunyai dan mempraktikkan ciri-ciri ini dalam pembangunan bandar tersebut serta dapat merancang bangunan dengan lebih efektif. Di Putrajaya juga telah dijalankan kajian ini dimana ianya merangkumi 7 elemen yang utama seperti dibawah ini.

5.1.1 ‘PERMEABILITY’ Pergerakan dan pemandangan seseorang dilihat dalam mengenalpasti keadaan sekitar. Di Putrajaya dapat dilihat bahawa pergerakan seseorang adalah jelas dan dapat merangkumi semua kawasan contohnya melalui laluan-laluan pejalan kaki yang menyeluruh disamping ruang-ruang terbuka yang sangat luas untuk memberi keselesaan kepada pengunjung bagi tujuan bersiar-siar dan beristirehat. Maka secara tidak langsung ini dapat meluaskan lagi pengalaman seseorang. Pengaruh corak jalan amat mempengaruhi faktor perasaan pengunjung dalam menerap pemandangan yang ada bagi tujuan memperolehi pengalaman.

Foto : Sirkulasi Jalanraya Di Bandar Putrajaya

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

67

Page 76: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

68

Bandar Putrajaya mempunyai tahap kemudahsampaian yang sangat baik. Putrajaya terletak lebih kurang 25km dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan 10km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari aspek kemudahsampaian, ia mempunyai aksesbiliti yang baik, iaitu terletak berdekatan dengan Lebuhraya Damansara Puchong-Putrajaya/Kajang. Ia juga dikelilingi oleh beberapa laluan utama seperti cadangan Lebuhraya Selatan Lembah Klang (SKVE) dan Lebuhraya Damansara Puchong-Kajang yang merupakan pintu masuk kedua untuk Putrajaya.

Ini menunjukkan bahawa elemen ‘Permeability’ diterapkan dengan baik di bandar ini. salah satu tujuannya adalah bertujuan menjadikannya pemangkin untuk menarik minat orang ramai untuk tinggal dan bekerja di bandar ini.

5.1.2 ‘VARIETY’

Dari segi kepelbagaian Putrajaya menawarkan kepelbagaian aktiviti dan pengalaman yang terhad. Aktiviti dominan Putrajaya adalah aktiviti pasif seperti bersiar-siar di Tasik Putrajaya serta menghayati senibina bangunan-bangunan di Putrajaya seperti Masjid Putrajaya dan Bangunan Perdana Menteri.

Kepelbagaian makanan dapat diperolehi di Medan Selera Putrajaya yang menyediakan pelbagai jenis makanan sama ada makanan tempatan mahupun makanan asing. Walaubagaimanapun bilangan gerai makanan ini adalah terhad dimana hanya terdapat sebaris deretan gerai sahaja. Pengunjung yang berkunjung untuk menjamu selera di sini akan dihidangkan dengan hidangan di atas pingggan besar yang dapat menonjolkan kelainan dan pengalaman yang berbeza menikmati makanan disini berbanding medan selera yang lain.

Page 77: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

69

Foto : Taman Rekreasi yang disediakan di Bandar Putrajaya

Kewujudan beberapa kawasan rekreasi di sekitar bandar ini juga menjadi aspek penting di dalam mewujudkan elemen ‘variety’. Taman-taman seperti Taman Wetland, Taman Botani dan sebagainya diwujudkan untuk menarik minat orang ramai untuk menjadikan bandar ini sebagai kawasan kediaman, tempat bekerja malahan juga sebagai tempat untuk berekreasi dan bersantai.

5.1.3 ‘LEGIBILITY’

Kejelasan visual dapat ditentukan melalui pengamatan dan banyak dipengaruhi pada kawasan seperti pintu masuk, aktiviti yang dijalankan dan mercutanda. Putrajaya boleh dikatakan mempunyai kejelasan visual yang jelas contohnya melalui mercutanda seperti Masjid Putra tetapi nilai senibinanya tidak menerapkan unsur tempatan sebaliknya diadaptasi daripada unsur-unsur senibina dari negara-negara seperti Turkistan, Kazakhstan dan Maghribi.

Bangunan Pejabat Perdana Menteri mempunyai kekuatan dari segi pandangan visual yang meluas dan tidak terhalang. Senibinanya pula menggabungkan pelbagai pengaruh Eropah ke dalam unsur-unsur senibina Melayu dan Islam. Bangunan ini berbumbung hijau dan bersambung di kubah kecil yang melambangkan warisan Melayu dan Islam di negara ini. Muka hadapan bangunan pula memiliki unsur-unsur keseimbangan, harmoni dan simitrikal. Aspek-aspek ini sesuai di dalam mewujudkan elemen ‘legibility’ di Bandar Putrajaya ini. Ia juga dapat di lihat mampu untuk berfungsi sebagai mercutanda bandar ini.

Page 78: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Foto : Bangunan Wisma Perdana

5.1.4 ‘ROBUSTNESS’

Ketahanan Bandar Putrajaya dapat ditentukan melalui bahan binaan yang digunakan pada senibina dan rekabentuk bangunannya. Adalah dipastikan bahawa ketahanan elemen bangunan di Putrajaya adalah sangat kukuh dan baik kerana diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi contohnya seperti Masjid Putra yang dibina menggunakan granit dan tinta.

Foto : Masjid Putrajaya

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

70

Page 79: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Elemen ‘robustness’ diterapkan dengan baik di bandar ini dengan gabungan reruang dan bangunan yang sempurna. Salah satu contoh yang terbaik ialah Dataran Putra yang mana ia bukan sahaja dapat dijadikan sebagai tempat untuk beriadah, malahan juga dengan adanya Masjid Putrajaya berhampiran membolehkan orang ramai yang beragama Islam beribadat di masjid tersebut.

5.1.5 ‘RICHNESS’

‘Richness’ dapat ditentukan dengan menggunakan perasaan untuk memberi keputusan sesuatu yang mengalaminya seperti menggunakan deria sentuh, dengar, hidu, lihat dan rasa. Dapat dilihat bahawa disekitar bandar ini banyak diwujudkan kawasan yang menarik seperti tasik, taman-taman rekreasi selian daripada penyediaan lanskap yang cantik. Ia dapat mewujudkan suatu suasana yang selesa dan menyenangkan.

Walaubagaimanapun, Putrajaya dari segi ‘sense of motion’ adalah lemah dan kaku kerana hanya pada waktu tertentu sahaja dapat dilihat pergerakan manusia yang lebih ramai yang melibatkan pekerja-pekerja pergi dan pulang dari kawasan berkenaan. Keadaan ini mungkin disebabkan kawasan ini masih lagi sedang giat dibangunkan dan kawasan kediaman di sekitar bandar ini masih lagi belum dipenuhi pada masa ini.

Foto : Dataran Di Taman Putra Perdana

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

71

Page 80: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

5.1.6 ‘VISUAL APPROPRIATES’

Kesesuaian visual dapat ditentukan melalui elemen-elemen yang dibina seperti bangunan, perabot jalan dan infrastruktur lain perlu menyelaraskan bentuk rekabentuk atau visual adalah bersesuaian dengan fungsi atau perkhidmatan yang ada. Elemen ini di Putrajaya adalah tidak jelas kerana bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan kajian sukar untuk diketahui aktiviti bagi bangunan tersebut terutama bagi pengunjung baru. Ini kerana tidak wujud pengkhususan struktur bangunan yang melambangkan aktiviti tertentu.

Foto : Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan di yang terdapat Parcel D

Jika dilihat kepada bangunan jabatan-jabatan kerajaan di atas, adalah sukar bagi orang ramai yang datang ke bandar ini untuk mengenalpasti fungsi sebenar bangunan tersebut memandangkan tiada pengkhususan terhadapnya. Tidak mustahil jika ada yang beranggapan bahawa bangunan tersebut adalah hotel memandangkan kepada keadaan persekitaranya yang lenih mirip kepada persekitaran sebuah hotel kelas atasan.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

72

Page 81: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

5.1.7 ‘PERSONALISATION’

Personaliti atau keperibadian bermaksud seseorang akan dapat mengetahui tentang aktiviti atau perkembangan tentang sesuatu keadaan. Bagi Putrajaya ianya tidak mempunyai personaliti yang tersendiri disebabkan nilai senibinanya adalah dipengaruhi oleh senibina luar maka dengan kata lain ianya tidak mempunyai identiti yang tersendiri.

Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan kajian Putrajaya bercirikan senibina luar. Senibina masjid di Putrajaya diambil daripada senibina Parsi di zaman safawi, manakala Bangunan Perdana Menteri diambil daripada senibina Rome. Ini menjadikan tidak wujud ‘sense of place’ yang boleh menonjolkan ciri-ciri senibina negara, ‘sense of belonging’ bagi penduduk tempatan dan ‘sense of time’ bagi menggambarkan masa pembinaan Bandar Putrajaya yang membezakan usia bangunan sedia ada.

Foto : Jambatan Putra Yang Menerapkan Senibina Padang Pasir

Walaupun ada unsur-unsur senibina Melayu diterapkan di bandar ini, contohnya dapat dilihat pada senibina bumbung apartment dan lampu-lampu di sepanjang jalan, namun ianya masih belum dapat mewujudkan suatu suasana bandar yang betul-betul menerapkan senibina Melayu.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

73

Page 82: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

5.2 PENEMUAN KAJIAN Hasil daripada analisis yang telah dijalankan, dapat dikenalpasti bahawa prinsip “Responsive Environment” diterapkan dengan baik di dalam perancangan Bandar Putrajaya. Walaupun ada sedikit kelemahan di dalam penerapan elemen-elemen di dalamnya, namun ianya hanyalah kelemahan yang kecil dan ia tidak dapat dilihat dengan jelas. Namun begitu kelemahan yang paling ketara ialah di dalam elemen ‘personalisation’ yang mana konsep senibina bangunan di bandar ini banyak yang menggunapakai senibina negara-negara lain terutamanya senibina arab dan eropah. Ini dapat dilihat kepada senibina yang diterapkan terhadap Masjid Putrajaya. Kelemahan-kelemahan lain tidak begitu ketara.

Perancangan rekabentuk Bandar Putrajaya ini bolehlah dianggap sebagai menarik yang mana penerapan elemen-elemen semulajadi telah banyak mempengaruhi elemen-elemen yang terkandung di dalam “Responsive Environment”. Suasana yang selesa dan menyenangkan berjaya diwujudkan dengan penerapan elemen air dan tumbuhan semulajadi. 5.3 RUMUSAN Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa rekabentuk Bandar Putrajaya secara keseluruhannya mengambilkira penerapan prinsip-prinsip di dalam merekabentuk bandar terutamanya prinsip “Responsive Environment”. Walaupun terdapat sedikit kelemahan, namun ia tidak terlalu ketara yang mana penerapan elemen-elemen “Responsive Environment” ini berjaya mewujudkan suatu suasana yang harmoni dan selesa.

Dengan ini, jelas sekali bahawa bandar ini sememangnya sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah kawasan kediaman dan tempat bekerja yang menarik dengan adanya keharmonian dan penggabungan prinsip-prinsip di dalam merekabentuk sesebuah bandar yang ideal.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

74

Page 83: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

BAB 6 ANALISIS BAGAIMANA REKABENTUK PUTRAJAYA MEMPENGARUHI AKTIVITI PENDUDUK

Jikalau kita lihat secara kasar,bandar-bandar yang lain, lazimnya penduduk itu sendiri yang mempengaruhi.rekabentuk bandar tersebut,tetapi berlainan pula degan Putrajaya, rekabentuk bandar itu sendiri yang mempengaruhi aktiviti penduduk.ini dapat dilihat melalui aspek aspek seperti berikut:

• Susunan dan pembahagian kawasan • Senibina • Kemudahan asas • Kehadiran Taman Rekreasi

6.1 SUSUNAN DAN PEMBAHAGIAN KAWASAN Presint-presint yang wujud secara tidak langsungnya telah memprogramkan kegiatan penduduk,contohnya: 6.1.1 PRESINT SIVIK DAN KEBUDAYAAN

Menggalakkan penduduk bergiat dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan, contohnya dengan terbinanya plaza yang membolehkan aktiviti kesenian dijalankan.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

75

Page 84: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Pelan Presint Sivik Dan Kebudayaan

Gambarajah Amphiteater Di Tepi Tasik. Gambarajah Kompleks Sivik Dan Kebudayaan. Gambarajah Plaza Kebudayaan.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

76

Page 85: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

6.1.2 PRESINT SUKAN DAN REKREASI Membolehkan penduduk bergiat aktif dalam bidang sukan yang dikehendaki serta menggalakkan penduduk untuk menjaga kesihatan persendirian.

Gambarajah Pemandangan Dari Udara Kawasan Presint Sukan Dan Rekreasi

Gambarajah Stadium Utama Gambarajah Kemudahan Sukan Air.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

77

Page 86: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

6.1.5 PRESINT PENTADBIRAN Mendekatkan penduduk dengan cara pengurusan sesebuah negara serta memberi lebih informasi kepada penduduk tentang jentera pentadbiran negara

6.1.6 PRESINT PEMBANGUNAN CAMPURAN Dapat mendidik serta mengajak para pengguna lebih mesra serta mengenali budaya etnik sesebuah kaum

Pelan Presint Pembangunan Campuran Gambarajah Kawasan Membeli Belah

6.1.7 PRESINT PERDAGANGAN Memprogramkan penduduk supaya terlibat dalam aktiviti ekonomi semasa dengan kehadiran pasar serta kompleks-kompleks perniagaan yang lain.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

78

Page 87: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Gambarajah Pemandangan Dari Udara Kawasan Presint Perdagangan

Gambarajah Keratan Rentas Kawasan Presint Perdagangan.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

79

Page 88: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Gambarajah Bangunan Pejabat Kerajaan Di Kawasan Presint Perdagangan

Gambarajah Menara Telekomunikasi

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

80

Page 89: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Semua presint-presint ini mengelakkan penduduk dari melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang tidak berfaedah. Selain itu,kehadiran kawasan ini dapat membentuk identiti Putrajaya itu sendiri.

6.2 SENIBINA

Dari hasil analisis kajian, didapati bahawa senibina sesuatu bangunan itu juga turut mempengaruhi aktiviti penduduk di kawasan Putrajaya iaitu melalui:

6.2.1 REKABENTUK KAWASAN PERUMAHAN Rekabentuk kawasan perumahan yang tidak berpagar menjadikan penduduk lebih mengenali dan senang untuk menziarahi jiran tetanggga, ini menjadiakan hubungan sosial lebih rapat serta erat.

Gambarajah Kawasan Perumahan Di Tepi Tasik

6.2.2 SENI BINA PEJABAT PENTADBIRAN Pejabat pentadbiran yang baru ini pula mengamalkan sistem mesra rakyat yang sedia menerima serta mewlayan orang awam yang berkunjung. Secara tidak langsungnya. Ini akan meningkatkan aktiviti bersiar-siar serta melancong dengan lebih berinformasi.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

81

Page 90: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

Gambarajah Bangunan Pejabat Kerajaan

6.2.3 KEHADIRAN BOULEVARD

Boulevard merupakan jalan berhias yang mampu mempengaruhi penduduk untuk melakukan aktiviti yang lebih ringan serta menenangkan

Gambarajah Landskap Tropika Dalam Bandar

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

82

Page 91: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

6.3 KEMUDAHAN ASAS Kemudahan asas yang lengkap pula mempengaruhi penduduk di kawasan Putrajayauntuk berada di kawasan tersebut sepanjang masa. Selain itu,kemudahan asas yang mempunyairekabentuk yang menarik, unik serta tersendiri ini menjadikan pelajar-pelajar dari jurusan Rekabentuk serta Senibina berminat untuk mengkaji serta mendalaminya. Ini menjadikan aktiviti pengkajian berkembang di Putrajaya.

6.4 TAMAN REKREASI Taman rekreasi yang mempunyai rekabentuk yang unik serta mengguanakan bahan yang terpilih menyebabkan berlakunya aktiviti ‘sight-seeing’ serta pelancongan yang melibatkan masyarakat tempatan serta luar negara. 6.5 RUMUSAN Secara total, disimpulkan bahawa Rekabentuk Bandar Putrajaya telah berjaya mempengaruhi serta mengawal; aktiviti yang berlaku di situ serta dapat mengelakkan kegiatan sosial yab\ng tidak berfaedah buat masa ini.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

83

Page 92: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

BAB 7 - KESIMPULAN Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang pertama yang dibina di Malaysia,yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang lain yang membolehkannya diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berbeza berbanding bandar-bandar yang lain,kerana bandar terlebih dahulu dirancang sebelum dibanjiri oleh penduduk. Selain itu, Putrajaya juga adalah berkembang hasil dari kemajuan serta pengaruh politik yang kuat untuk memajukan warga Melayu. Ini juga menjadikan ianya berbeza daripada bandar-bandar yang lain yang berkembang akibat kegiatan ekonomi, perlombongan, perdagangan dan sebagainya. Putrajaya yang dibangunkan dengan konsep Bandar Dalam Taman menggabungkan ciri-ciri susunatur yang terancang, landskap yang beridentitikan Malaysia, serta rekabentuk bandar yang bersesuaian dengan iklim, topografi serta kebudayaan tempatan.

Bacelor Senibina Landskap 04______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Fakulti Rekabentuk Dan Senibina Universiti Putra Malaysia

84

Page 93: EVOLUSI PERBANDARAN PUTRAJAYA

Permulaan Perbandaran Putrajaya – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Urban Evolution ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAN 3600

RUJUKAN B. G. Arthur, E.Simon, (1986), THE URBAN PATTERN, Van Nostrand Reinhold Company, New York.

Halmi Zainol, (1997),PENDAHULUAN KEPADA PERANCANGAN FIZIKAL, Biroteks Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak,

Universiti Teknologi MARA.

I.Bentley, A.Alan, M.Paul, M.Sue, S.Graham, (1985), RESPONSIVE ENVIRONMENTS, The Architectural Press Ltd, London.

Internet : Putrajaya Holding Web Site

L. Kevin, (1996), THE IMAGE OF THE CITY, The MIT Press, Massachusetts Institutes Of Technology, United States Of America.

Putrajaya Holding, (1996), PUTRAJAYA – PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, , Malaysia.

Yahya Ibrahim, (1995), PEMBANDARAN DAN KEJIRANAN, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

85