Etika Guru
-
Upload
noormardiana -
Category
Documents
-
view
110 -
download
10
description
Transcript of Etika Guru
Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia
yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan
menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat
demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya
membantu negara mencapai kemajuan.
Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin
dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain
ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini
juga dianggap satu ibadah.
Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak
mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat
dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan
bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-
sungguh.
Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan
pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar
para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika
perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-
1) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.
Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan sikap guru
lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa. Adalah amat
penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak menccemarkan kredibiliti
keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni
seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku
baik dan berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru
dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.
2) Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan : Etika ini
adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah
terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan
mendidik, ada kalanya guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan
sebagainya. Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-
hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh
membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut.
Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur
dan lalai.
3) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur
: Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru
hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran,
nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar
dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan
peribadinya.
4) Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan
antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan
yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana
sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan
pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain
harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya
kepada pelajar.
5) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap
muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.
Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut
keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam,
maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana
berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain
yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh
menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan
India.
6) Guru haruslah bertugas sebagai ’pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat : sebaik sahaja
pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan orang yang
paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu
persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada
anak mereka. Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak
sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak
diperolehi ketika di rumah.
7) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat
asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain : guru mesti melayan dan menyempurnakan
tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa
mengira status pelajar dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang
sama sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah
dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.
8) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya
dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan lain-lain : semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu
yang berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus
peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu
mereka menonjolkan potensinya.
9) Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai
diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan : guru sebagai
seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar
itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama
jika maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.
10) Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara : guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan
seterusnya tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara.
11) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna : melengkapkan
pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus dapat melahirkan
warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
12) Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya : guru harus menjaga dan
menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah
erti dan menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh
menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat guru itu sendiri.
13) Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya : guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan
bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia juga
adalah untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.
14) Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran yang disahkan : tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu
guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan
mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa
sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi
menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.
15) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian : menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi
mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru
dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak
wasangka masyarakat sekeliling.
16) Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya : sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah
bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa mahupun
mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru harus berada di
pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan
sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya boleh memberi panduan
selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.
17) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya : setiap tugas dan tanggungjawab
yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu
bapa mahupun masyarakat.
18) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini bermaksud bahawa
dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan setugas agar nama baik
dan maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar.
19) Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)
untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan : guru sentiasa
mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama unutk
meningkatkan diri dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan
dengan cara mengampu pentadbir sekolah.
20) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan : tugas guru
yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan pelajar
berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan berlumba-
lumba menempa nama. Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk
kebaikan dirinya.
1.0 PENGENALAN
Sebagai seorang guru yang merupakan satu profesion, kita sering lupa dengan kod dan
etika sebagai seorang guru. Etika dan kod etika ini merupakan peraturan dan landasan
yang perlu dituruti oleh seseorang yang bergelar profesional. Malangnya, kebanyakan
guru hanya melihat profesion keguruan ini hanya kepada proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) sahaja dan tidak melihat pada aspek lain menyebabkan ketirisan
dalam dunia pendidikan dewasa ini. Sebagai warga pendidik, kita haruslah sedar
bahawa masalah yang kita hadapi sekarang dan membawa profesion ini kembali ke
landasan yang sebenar supaya tidak lari dari garis sempadan yang ditetapkan.
Etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat dan tingkah laku atau
kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka) yang merupakan prinsip moral atau set prinsip
moral. Etika juga boleh dikatakan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang terhadap masyarakat. Menurut dari perspektif Islam, merujuk kepada tingkah
laku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Manakala, kod etika profesional pula membawa maksud semua garis panduan
yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan
dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan,
dan peradaban termasuk peranan nilai, setiap tingkah laku profesional dalam
masyarakat. Etika profesional ini mencakupi sebahagian besar kehidupan mereka yang
mengamalkan sesuatu profesion kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi. Dalam
Islam pula, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.
Mengambil kira huraian di atas, dapatlah kita membuat konklusi bahawa etika
merupakan satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau
organisasi. Manakala kod etika pula menjelaskan tindakan-tindakan yang betul yang
perlu dituruti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari. Badan profesional
tertentu mempunyai kod etika tertentu, termasuklah profesion perguruan ini. Setiap
profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang
menjalankan pekerjaan tersebut yang dinyatakan sebagai Kod Etika. Oleh itu, etika
profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-
individu mengikut profesional masing-masing. Terdapat 4 Kod Etika Perguruan yang
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Tatasusila Profesion Keguruan
iaitu:
Rajah 1: Empat Kod Etika Perguruan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.0 PENGENALAN
Memikul tugas sebagai seorang guru tidak semudah melontarkan perkataan guru itu
sendiri. Jika dilihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1989), terdapat frasa
yang menggariskan pendidikan sebagai usaha berterusan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni dari aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi. Jika diteliti tugas
untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini amatlah berat. Adalah sukar
untuk membentuk manusia yang pelbagai latar belakang dan acuan rohaninya ke arah
satu matlamat yang sama. Oleh yang demikian guru perlu menjadi insan yang
mempunyai wibawa dalam tugas, mampu menangani masalah murid dan sentiasa
berubah mengikut zaman (Fitri, 2006).
Profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang mendesak. Guru dianggap
pakar dalam segala bidang (Abdul Rahin et al.2000) Tugas guru tidak sekadar masuk
ke kelas mengajar dan memeriksa kertas peperiksaan sahaja namun lebih luas
daripada itu. Kerjaya guru adalah satu profesion yang menuntut kesungguhan
menyebarkan ilmu pengetahuan dengan tujuan untuk membina masyarakat yang
bertamadun tinggi. Begitulah besarnya impak kerjaya guru kepada pembinaan negara.
Begitu besarnya tanggungjawab seorang guru maka begitu besarlah bebanan tugas
guru yang perlu dipikul.
Bebanan tugas dapat didefinasikan sebagai amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada guru sama ada dilakukan di dalam bilik darjah atau di
luar bilik darjah dan bertujuan untuk menyelesaikan kerja-kerja berkaitan dengan
sekolah (Shukri, 1998). Beban tugas ini pula diukur dengan melihat kepada tugas masa
yang diperuntukkan dalam seminggu. Melihat kepada takrifan beban tugas ini dapat
disimpulkan bahawa tugas yang diberikan kepada guru mampu memberi tekanan
apatah lagi jika tugas tersebut diberi secara berlebihan. Tugas yang dibebankan
kepada guru perlulah mengambil kira prioriti tanggungjawab guru tersebut
Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan, pengalaman guru juga
bertambah. Walau bagaimanapun, kemampuan guru untuk menghadapi beban tugas
yang diberikan bergantung kepada individu. Beban tugas yang terlalu besar akan
mengganggu emosi dan seterusnya memberi kesan kepada kualiti pengajaran guru
tersebut (Fitri, 2006).
Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Hal ini untuk
memastikan fokus guru untuk mendidik tidak terganggu. Tidak dinafikan guru juga perlu
bertanggungjawab terhadap pelbagai data berkaitan murid, malah guru juga perlu tahu
data-data muridnya untuk memudahkan guru menyesuaikan kaedah pengajaran namun
begitu tugasan selain mendidik yang diberikan kepada guru perlu berpada dengan
tanggungjawab utama seorang guru.
ETIKA PROFESION KEGURUAN
Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka,
1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.
Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Skop Etika Profesional
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar
peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika
yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. –
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang
luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan
etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas,
serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam
organisasi
Tanggungjawab guru
1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua
kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan
agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku
murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak
kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan,
daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta
dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid
tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa
jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model'
kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat
dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:-
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang
Akauntabiliti keguruan
1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan
dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih.
Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi
makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang
mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti
sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.
2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab
kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,
konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai
sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan
penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk
memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang
telah diambil.
3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,
kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang
bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,
agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah
membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau
hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-
muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi
contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun
semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah
kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian
perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong
dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga
perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya.
Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan
mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal
menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh
menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna
terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti
berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah
sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam
hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran
dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu
guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa
pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial
bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh
merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap
pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping
itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara
guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima
oleh masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan
oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan
melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara
maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu
yang betul dan tepat.
4.0 Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang
sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan
semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik
dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti
seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru
juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya
guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan
menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di
laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya
seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan
seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh
kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN
Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab seseorang terhadap sesuatu.
Etika pula berasal daripada perkataan "ETHOS", Yunani iaitu norma - norma, nilai - nilai kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik.
KOD ETIKA PROFESION-peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip - prinsip yang termaktub demi menjaga imej profession.
3 aspek Fungsi Kod Etika Profesion:1. Pedoman bagi setiap ahli2. Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion berkaitan3. Mencegah campur tangan pihak luar organisasi profesion
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
a. Tanggungjawab Terhadap Pelajar-mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal - hal lain, adil.
b. Tanggungjawab terhadap Ibu bapa-guru perlu merahsiakan maklumat rumahtangga atau anak yang diamanahkan oleh ibu bapa
c. Tanggugjawab terhadap masyarakat dan negara-guru sentiasa memenuhi tanggungjawab sebagai warganegara selain membimbing dan memupuk pelajar untuk menjadi warganegara yang disanjung tinggi d. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion-guru harus menjadi ahli persatuan guru seperti KPPK/NUTP
KONSEP AKAUNTABILIT KEGURUAN
-Akauntabilitii merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan-akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab guru terhadap profesion keguruannya
a. Akauntabiliti terhadap pelajar-mendidik ke tahap cemerlang b. Akauntabiliti terhadap diri sendiri-guru harus berpengetahuan luas dan kompeten dalam bidang mata pelajaran yang diajar jika guru bertanggungjawab terhadap diri sendiri
c. Akauntabiliti terhadap ibu bapa
-melaksanakan tugas mendidik dan membentuk modal insan yang berguna kepada masyarakat
d. Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara-mendukung prinsip Rukun negara serta mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
e. Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan-hubungan baik dengan rakan sejawat agar imej profesion terpelihara
INTEGRITI GURU
-integriti merujuk kepada kesempurnaan atau keikhlasan dan kejujuran,-kualiti unggul
- integriti guru merujuk kepada guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
-guru harus mengamalkan kod etika profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.
Artikel 2: Isu Guru Menjalankan Kerjaya Sambilan
1.0 PENGENALAN ISU
Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan
disanjungi. Guru merupakan seorang yang akan dikenang jasanya oleh anak
didiknya hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai
etikanya tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar
rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yang dihormati serta disegani
dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, profesion perguruan abad ini tidak
terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan seperti isu
penyalahgunaan dadah, salah laku seks, rasuah, salah guna kuasa,
mendera, sakit mental dan sebagainya. Isu-isu yang diperkatakan menjadi
semakin bertambah hari demi hari yang menampakkan keburukan serta
kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri walaupun ianya
berpunca dari individu tertentu yang bergelar guru.
Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan
dan boleh menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat
dinyatakan namun menurut satu laman web (artika.com), isu adalah suatu
masalah yang dikedepankan atau diperkatakan untuk ditanggapi oleh orang
ramai. Ia juga merupakan suatu berita yang tidak jelas asal usulnya dan
tidak terjamin kebenarannya.
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam
apa jua bidang haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab,
amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk
etika seseorang individu tersebut. Etika ditakrifkan sebagai “satu cabang
ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan
dengan kewajiban dan tanggungjawab moral” (Harold Koontz & Heinz
Weihrich – Pengurusan terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah
Sheikh Omar – DBP).
Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkatan Greek ‘ethos’ yang
bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus
Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika
adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan merujuk kepada tingkah
laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak.
Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak
atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar
meliputi aspek-aspek moral yang baik atau buruk serta betul atau salah
sebagai panduan kepada ahli-ahli. Dalam kehidupan manusia memerlukan
satu sistem atau panduan untuk menentukan mereka bertingkah laku.
Perkara ini mendasari perkembangan etika dalam masyarakat tersebut.
Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika sebagai
disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan
serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan
seseorag. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese, etika dikatakan sebagai
kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup
serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Dari sudut pandangan ahli falsafah, etika
merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan
manusia.
Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan
dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam
masyarakat. Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan
ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi. Dalam Islam, etika
ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika berkaitan
dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-
tindakan tersebut membawa seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain
secara berprotokol, sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu juga,
etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira
patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai
yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi komitmen
yang tinggi terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Media massa banyak
melaporkan pelbagai kes dan isu seperti guru memukul murid, guru
menerima rasuah, guru pecah amanah, cikgu cabul murid dan sebagainya
yang menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.
Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun demi setahun.
Berdasarkan pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan ini,
maka saya telah memilih satu artikel yang bertajuk “Guru menjalankan
kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan”. Saya berpendapat
bahawa isu ini melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika
profesion perguruan.
Fenomena masyarakat yang bekerja sambilan merupakan perkara
asas yang jarang diperkatakan. Namun ia bukan sesuatu yang asing dalam
kalangan masyarakat termasuk di kalangan guru pada hari ini. Guru-guru di
Malaysia umumnya tidak diketahui secara jelas sejauhmana seriusnya
mereka terlibat dengan aktiviti pekerjaan sampingan. Bahkan, untuk
mengetahui statistik sebenar golongan yang bekerja sampingan, ia tidak
mudah untuk diperolehi disebabkan kebanyakan mereka yang terlibat tidak
bersedia untuk membuat pengakuan atas alasan-alasan yang tersendiri.
Walaubagaimanapun, fenomena ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah
berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh guru-guru sendiri di
sekolah masing-masing. Kerja sampingan merupakan istilah yang membawa
maksud seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat
menambahkan pendapatannya walaupun memiliki kerjaya utama.
Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan penting
sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Menurut Noriati et. al. (2010),
guru yang komited diperlukan untuk menyediakan program pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti dan berpegang teguh dengan strategi-strategi
akauntabiliti yang berkesan. Guru sebagai kakitangan sekolah pula harus
memberikan sepenuh komitmen kepada pihak pentadbiran bagi
melancarkan urusan berkaitan pengurusan sekolah selain memberikan
sokongan padu dalam merealisasikan visi dan misi sekolah yang telah
digariskan (Abdullah Sani et. al. 2007).
Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting dalam
menentukan kejayaan perubahan sesuatu dasar dan agen pendidikan yang
dirancang. Malah ia bukan sekadar ketika berada dalam waktu bertugas di
sekolah, malah pada bila-bila masa. Selain menjalankan tugas pengajaran
dan pembelajaran, bidang tugas guru turut merangkumi pelbagai perkara
yang berkaitan dengan bidang pengurusan akademik termasuk penglibatan
dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan murid, terlibat dalam
mesyuarat serta menghadiri kursus dan sebagainya (Burnham, 2011).
Keadaan itu telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam
dunia pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring dengan keperluan
semasa (Mohamad Najib, 2004).
Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia guru tetap
memerlukan masa yang perlu diluangkan untuk menguruskan hal-ehwal
peribadi sama seperti individu lain (Lambert, 2003). Ini merupakan hak guru
melakukan semua perkara untuk kepentingan dirinya di luar waktu
bertugasnya di sekolah. Selain melakukan tugas peribadi, mengurus
keluarga atau terlibat dengan sebarang aktiviti komuniti setempat, terdapat
dalam kalangan guru yang mengambil inisiatif melakukan sesuatu yang
dapat menambahkan pendapatannya dengan melakukan kerja sambilan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi ini di mana
kesan-kesan yang wujud daripadanya menjadi kayu ukur kepada tahap
komitmen guru-guru yang terlibat.
Menurut Mariatin (2009), oleh kerana kejayaan sesebuah organisasi
banyak bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh
kakitangan maka, seharusnya tidak ada sebarang halangan yang dapat
menyumbang kepada kegagalan guru dalam memberikan komitmen kepada
organisasinya. Ini disebabkan komitmen semua guru diperlukan bagi
memastikan pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan jayanya kerana
guru adalah sebahagian daripada kakitangan yang menggerakkan organisasi
sekolah bagi mencapai misi dan visi yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani, 2005).
Kerja sambilan merupakan istilah yang diadaptasi daripada perkataan
Bahasa Inggeris iaitu ‘moonlighting’ di mana perkataan ini pada asalnya
diambil daripada perkataan ‘moonlight’. Menurut kamus Oxford (2011), kerja
sambilan membawa maksud seseorang yang mempunyai pekerjaan kedua di
mana kebiasaannya dilakukan pada waktu malam secara rahsia sebagai
tambahan daripada pekerjaan utamanya. Kemudian, Pere (2007) dan Betts
(2002) menyatakan istilah ‘moonlighting’ ini seerti dengan istilaah ‘second
job’, ‘part-time job’, ‘dual job’, ‘multiple job’ dan seumpamanya. Kesemua ini
bermaksud bahawa seseorang yang bekerja sambilan secara separuh masa
namun pada masa yang sama mempunyai pekerjaan lain yang utama di
mana ia dilakukan secara sepenuh masa.
Idea ini selari dengan Champion (2010), Michael (2010) dan Betts
(2006) yang menyatakan ‘moonlighting’ di dalam Bahasa Melayu adalah
kerja luar yang bermaksud mempunyai dua pekerjaan atau lebih separuh
masa serta pekerjaan tambahan ini berlaku kepada seseorang yang memiliki
sesebuah kerjaya yang menjadi pekerjaan utamanya.
Azanza (2000) pula berpendapat bahawa kerja sambilan merupakan
salah satu cara untuk memperolehi pendapatan walaupun seseorang itu
mempunyai pekerjaan tetap. Di samping itu beliau turut menyatakan kerja
sambilan itu merangkumi seseorang yang bekerja sendiri seperti menjadi
perunding, mengajar kelas malam, membuat pelaburan selain menjadikan
hobi dan kemahiran yang dimiliki sebagai cara untuk menambahkan
pendapatan.
Berdasarkan kepada definisi dan konsep kerja sambilan yang telah
dihuraikan di atas, isu ini memfokuskan kepada guru yang terbabit dengan
sebarang kegiatan atau aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan
sampingan semasa berada di dalam kawasan sekolah atau sebaliknya pada
bila-bila masa (Parham, 2006). Keadaan ini sama ada bekerja separuh masa
secara makan gaji di tempat lain selepas waktu mengajar, menjalankan
perniagaan sendiri dengan menjual produk atau sebagai agen jualan,
penyediaan sesuatu perkhidmatan, memiliki syarikat perusahaan sendiri
atau usahasama dengan keluarga atau sebarang sumber yang dapat
menambahkan pendapatan mereka walaupun aktiviti berkenaan dijalankan
secara kecil-kecilan.
2.0 PERKEMBANGAN HUJAH
Isu berkenaan guru yang bekerja sambilan ini bukanlah satu trend atau
khusus di sesebuah tempat malahan di mana-mana tempat dan organisasi
akan wujud kakitangan yang melakukan pekerjaan sampingan. Walaupun
faktor kewangan dilihat lebih dominan dalam kalangan guru yang melakukan
kerja sampingan (Livanos & Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004),
Robinson & Wadsworth (2007) menyatakan ia bukan disebabkan masalah
kewangan atau menerima gaji yang rendah daripada pekerjaan utama
semata-mata. Sebaliknya terdapat juga pelbagai faktor lain yang turut
menyumbang kepada seseorang itu mengambil keputusan untuk melakukan
pekerjaan sambilan yang merangkumi faktor peribadi dan faktor kerjaya
(Betts 2002).
Menurut Betts (2002), dalam laporannya menyatakan salah satu faktor
daripada pekerjaan sampingan itu dilakukan adalah kerana faktor peribadi.
Pandangan ini juga turut diselari dengan para pengkaji yang lain di mana
kerjaya sampingan yang dilakukan itu tidak berkaitan dengan faktor
kewangan dan tidak dipengaruhi oleh unsur lain selain atas kehendak diri
sendiri semata-mata. Kebanyakan mereka yang bekerja sambilan juga
didapati sangat menyukai untuk melakukannya tanpa terikat dengan faktor
kewangan (Hipple, 2010).
Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang yang
menjalankan kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor peribadi iaitu
untuk memenuhi minat serta mengisi masa lapang di luar waktu bertugas
mereka. Bahkan wujud dalam kalangan mereka untuk memenuhi kepuasan
mereka dalam bekerjaya di mana ia tidak diperolehi daripada pekerjaan
utamanya (Dickey et. al. 2011, Panos et. al. 2011) dengan melakukan
sesuatu pekerjaan lain yang diminati.
Winters (2010) dalam kajiannya mendedahkan, walaupun seseorang
itu melakukan pekerjaan sampingan tetapi ia bukan atas alasan kewangan
walaupun memperolehi pendapatan kecil daripada kerjaya utamanya seperti
mana yang dijelaskan oleh Hipple (2010). Malahan kajian ke atas guru
menunjukkan majoriti daripada mereka yang terlibat mengakui mereka tetap
akan melakukan pekerjaan sampingan walaupun tangga gaji mereka sebagai
guru dinaikkan (Pearson et. al. 2001). Keadaan ini menunjukkan mereka
sememangnya menyukai dan gembira dengan kerja sampingan yang
dilakukan (Renna & Oaxaca 2009) walaupun terpaksa mengorbankan masa
lapang di luar waktu bekerja.
Selain itu, seseorang yang menjalankan pekerjaan lain selepas waktu
bertugas adalah bagi meningkatkan bakat dan kemahiran yang dimiliki serta
mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti sampingan yang dilakukan.
Hipple (2010) berpendapat pekerjaan sampingan yang dilakukan seseorang
adalah sebagai cara untuk membina kemahiran baru dan menimba
pengalaman lain yang berbeza daripada pekerjaan utama sedia ada yang
dimiliki (Dickey et. al. 2011, Renna & Oaxaca 2009).
Terdapat juga dalam kalangan individu yang melakukan kerja
sampingan bagi membina rangkain hubungan sosial dengan rakan baru
(Betts 2002). Salah satu tujuannya adalah untuk mengenali seseorang yang
dapat membantunya mencapai sesuatu yang diingini seperti peluang
pekerjaan baharu (Pere 2007). Kesemua alasan-alasan berbentuk peribadi ini
memperlihatkan mereka melakukan kerja sampingan adalah atas dasar
sukarela dan merasa bahagia melakukannya (Hipple 2010, Averett 2001)
walaupun menyedari pelbagai kesan yang akan dihadapi daripada tindakan
melakukan pekerjaan sampingan.
Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa faktor ekonomi atau
kewangan merupakan penyebab utama kepada seseorang itu melakukan
kerja sampingan (Dickey et. al. 2009) termasuklah dari kalangan guru.
Walaupun mempunyai pendapatan daripada pekerjaan utama sebagai guru
secara sepenuh masa, terdapat juga di kalangan mereka yang melakukan
pekerjaan sambilan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.
Hipple (2010) berpendapat bahawa mereka yang memiliki kerjaya lain
yang mendatangkan pendapatan adalah berpunca daripada faktor kewangan
sebagai sebab utama. Beliau turut menyebut keadaan ini adalah disebabkan
mereka mempunyai beban tanggungan hutang atau pinjaman yang perlu
dijelaskan sama seperti mana yang dilaporkan oleh Verma (2008) dan
Averett (2001). Laporan daripada Parham (2006) juga menyebutkan faktor
penyebab guru menjalankan kerja sambilan adalah kerana masalah
kewangan dan ianya sukar untuk dihentikan setelah terlibat dengan aktiviti
bekerja sambilan walaupun mengetahui terdapat kesan di sebaliknya.
Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dengan
memperolehi pendapatan tambahan telah menyebabkan ramai yang
mengambil keputusan untuk bekerja sampingan. Kenyataan ini selari dengan
Hyder & Ahmed (2009), Guanglia & Kim (2004), Kimmel & Conway (2002)
dan Partridge (2002) yang mengemukakan alasan gaji atau pendapatan
yang kecil daripada kerjaya utama menjadi punca kepada seseorang itu
melakukan pekerjaan sampingan.
Terdapat kajian yang menunjukkan individu menjalankan kerja
sambilan adalah disebabkan faktor kerjaya. Keadaan ini bermaksud
seseorang itu menjalankan kerja sampingan atas tuntutan yang berhubung
dengan kerjaya mereka sendiri (Dickey et. al. 2009), untuk menimba
pengalaman baharu (Dickey et. al. 2011), memperolehi pengetahuan bagi
memperkukuhkan kerjaya pada masa depan dan sebagai satu cara bagi
meninggalkan kerjaya perguruan (Henderson 2000) atas pelbagai asalan.
Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh guru-guru pada
masa kini. Ada antara mereka yang mengajar di pusat-pusat tuisyen,
menjadi penceramah dalam sebarang khusus atau seminar, berniaga di
pasar-pasar malam, MLM, memandu teksi malah ada antara mereka yang
mungkin turut terlibat dengan pekerjaan jenayah yang menyalahi undang-
undang negara. Jesteru, fenomena guru menjalankan kerja sambilan telah
mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kementerian telah mengeluarkan
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan
pegawai dan kakitangan di bawah dalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat
tersebut, Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan
membuat pemantauan terhadap mereka yang berkenaan.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah
diterima dan dibangkitkan sama ada di media cetak mahupun elektronik
mengenai salah laku pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun
tenaga pengajar sambilan sama ada mereka telah diberi kebenaran atau
tidak telah didapati tidak mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas
hakiki yang disandang malahan ada yang mengambil kesempatan
menjadikan institusi pendidikan sebagai platform atau medan perniagaan
dalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar yang berunsur kepentingan
peribadi.
Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan
pekerjaan luar atau kerja sampingan yang mendatangkan sebarang bentuk
faedah atau keuntungan sama ada dalam bentuk upah atau keuntungan.
Namun demikian, atas keprihatinan kementerian terhadap keperluan para
murid dalam mendalami ilmu dan menguasai pembelajaran tambahan, pihak
kementerian telah membenarkan para pendidik untuk membimbing murid
melalui kelas persendirian di mana-mana institusi pendidikan swasta dengan
syarat aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan kepentingan
dirinya sebagai penjawat awam.
Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman bagi
memastikan aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tujuan
Surat Pekeliling Perkhidmatan itu dikeluarkan adalah untuk memberi garis
panduan yang terperinci mengenai pengendalian dan syarat-syarat khusus
kepada pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga sambilan bagi
anggota Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, kerja sampingan boleh dilakukan oleh guru
tetapi pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan supaya kerja
sampingan tersebut tidak mengganggu tugas hakiki guru di sekolah. Setiap
guru harus secara bertanggungjawab terhadap tugas sebenar di sekolah dan
menjadikan kerja sampingan benar-benar sebagai sampingan. Guru
sebaliknya tidak boleh sama sekali menjadikan tugas hakiki di sekolah
sebagai kerja sampingan.
Namun demikian, kebenaran ini juga telah disalah ertikan oleh guru
dengan melakukan pekerjaan jenayah sebagai kerja sampingan yang
menyalahi undang-undang. Merujuk kepada laporan berita-berita semasa
yang disiarkan melalui media massa, terdapat pelbagai isu yang melibatkan
guru dikategorikan sebagai melanggar etika profesion perguruan sekarang
ini. Antara salah satu isu hangat yang telah menimbulkan permasalahan
serta memberi kesan terhadap profesion keguruan ialah yang dipetik dari
artikel melalui sumber laman web rasmi, Guru Sains disyaki edar dadah akan
digantung kerja (Berita Harian Online: 21 Februari 2010).
Merujuk kepada laporan akhbar dalam Berita Harian Online
melaporkan: ‘Guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit,
Batu Pahat yang ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah
bakal berdepan tindakan digantung kerja, dipindahkan atau dibayar separuh
gaji. Guru sains tersebut dipercayai mengedar dadah secara sambilan
kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan bergaya.’
Menurut sumber, guru berusia 31 tahun itu baru saja berjinak-jinak
dalam pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dengan menggunakan
kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila
menerima tempahan dan ditahan kira-kira jam 10 malam dalam satu
sekatan jalan raya di sekitar daerah Batu Pahat.
Sumber itu berkata, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd
Dom menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada
guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak
ansur kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion
perguruan di negara ini. Menurut beliau juga, pihaknya memandang serius
kejadian seumpama itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan
tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan profesion
perguruan yang selama ini dipandang tinggi di kalangan masyarakat.
Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal itu jelas
menunjukkan bahawa guru tersebut secara terang melanggar etika profesion
perguruan dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan bahawa
guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan
tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan
sejawat, masyarakat dan negara. Namun dalam kes ini guru telah
membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi. Dengan ini
jelas menunjukkan sikap tidak profesional guru tersebut yang tidak berfikir
dengan wajar tentang impak negatif yang akan dihadapi sebelum melakukan
pekerjaan sambilan tersebut yang jelas menjejaskan masa depannya serta
memburukkan nama baik profesion perguruan yang sepatutnya disanjung
tinggi. Jesteru itu, guru berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib
mengikut peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak
Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja kerana guru
tersebut telah disabitkan melakukan kegiatan jenayah dalam
penyalahgunaan dadah secara kerja sambilan.
Malahan, baru-baru ini sudah terdapat isu berkenaan guru melanggar
etika profesion perguruan iaitu bekerja sambilan telah dilaporkan menerusi
Berita Harian Online: 4 Januari 2010 ‘Guru abai tanggungjawab calar imej
profesion perguruan.’ Menurut sumber, beberapa persatuan guru mengakui
wujud kes terpencil guru lebih mengutamakan ‘kerja luar’ berbanding tugas
hakiki mereka di sekolah kerana mengejar pendapatan yang lumayan.
Dalam laporan tersebut, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guru
yang lebih rajin mencari pendapatan tambahan itu umpama ‘nila setitik
rosak susu sebelanga’. Maka, keadaan ini akan memperlihatkan kesan
negatif terhadap bidang profesion perguruan dimana tindakan guru
berkenaan boleh mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan
guru adalah komited menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing.
Tambahan lagi, isu guru melakukan penyalahgunaan dadah secara
sambilan ini menjadi semakin hangat apabila timbul pula laporan akhbar
yang ditulis oleh M Hifzuddin Ihksan dalam Berita Harian Online melaporkan
‘BETONG: Kegiatan seorang guru dari Semenanjung menjual dadah dan pil
khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di sini terbongkar
apabila polis menahannya bersama 1,862 pil nospan di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai,
berkata suspek yang bertugas di sebuah sekolah di Beladin dipercayai
menjadi pengedar dadah kepada pelajar sekolah sekitar kawasan berkenaan.
Suspek menjalankan kegiatan mengedar dadah di Beladin sejak tahun lalu
dan mempunyai rangkaian pelajar yang dijadikan orang tengah.
Guru yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak
dan kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang
sepatutnya dimiliki oleh seorang pendidik. Selain menggelapkan masa
depannya sendiri, tindakan di luar kewarasannya itu turut memusnahkan
masa depan pelajarnya ke arah melahirkan generasi pengedar dadah yang
sepatutnya di jaga dan dilindungi olehnya sekaligus memburukkan nama
atau mencemarkan nama profesion perguruan. Malah keadaan ini bukan
sahaja mencemarkan imej perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti dan
kepercayaan masyarakat setempat terhadap peranan guru sebagai pendidik.
Profesion perguruan merupakan sebuah profesion yang sangat mulia
dan dipandang tinggi oleh semua golongan lapisan masyarakat. Dengan
kesalahan-kesalahan segelintir guru yang melanggar etika perguruan
sesungguhnya telah mencemarkan kemuliaan profesion itu. Kegagalan
sahsiah guru itu adalah kegagalannya secara individu, namun mungkinkah
ianya adalah kegagalan pihak lain yang menyumbang kepada kesalahan dan
pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri. Jika kesalahan yang dilakukannya
adalah disebabkan faktor kewangan yang mendesak guru tersebut
melakukan kerja sambilan dengan mengedar dadah untuk mendapatkan
pendapatan yang lumayan, perkara ini hendaklah dipandang serius oleh
pihak-pihak tertentu supaya dapat memantau dan mengambil tindakan
tegas terhadap guru yang lebih mengutamakan kerja luar untuk kepentingan
diri sendiri.
Mungkinkah perkara ini tidak berlaku jika guru berkenaan dapat
mengawal kemahuan peribadi yang menginginkan kehidupan mewah dan
bergaya tanpa memikirkan keperluan utama atau dengan tujuan memenuhi
kepuasan mereka dalam bekerjaya. Jesteru itu, sebagai seorang guru yang
berprofesional harus bijak dalam menguruskan bidang kerjaya dan peribadi
dari segi kewangan serta kecenderungan minat kerana kebijaksanaan dalam
pengurusan ini akan memberi kesan kepada kejayaan pengajaran guru di
dalam kelas. Maka, guru perlu mengenalpasti dan merancang setiap
keperluan dan kemahuan dalam kehidupan mereka bagi menjamin kejayaan
dan kualiti hidup sebagai pendidik.
Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kegagalan individu itu
sendiri, namun jika diteliti dan diperhalusi terdapat beberapa faktor lain yang
turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial seperti melakukan
kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai pekerjaan sambilan semata-mata
untuk mengejar kemewahan hidup. Tanpa pegangan agama yang kuat,
kewarasan akal kadang kala tidak dapat menyekat kehendak naluri individu
itu untuk terus cenderung melakukan kesalahan.
Jika menurut teori Maslow (1968), kegagalan manusia mendapatkan
sesuatu keperluan yang utama boleh menyumbang kepada seseorang
cenderung melakukan kesalahan demi mengisi keperluan yang dihajatinya.
Manakala, teori ini juga turut bertepatan dengan teori Psikoanalitik yang
diasaskan oleh Sigmund Frued (1856-1939) melihat manusia dilahirkan
dengan sifat semula jadi dan tingkah lakunya lebih kepada naluri
kehaiwanan yang hanya dapat dibendung dengan pengalaman-pengalaman
dalam masyarakat dan sosialisasi. Sekiranya pengalaman ini tiada atau
kurang, maka ia cenderung ke arah merosakkan peraturan-peraturan dalam
sesebuah masyarakat.
Fenomena bekerja sambilan bukanlah sesuatu yang baru wujud dalam
kalangan masyarakat malah dalam kalangan guru yang bekerjaya pun
situasi ini tidak terkecuali. Faktor kewangan bukanlah satu-satunya punca
yang menyumbang kepada penglibatan guru di dalam aktiviti bekerja
sambilan dengan melakukan kegiatan jenayah dalam kalangan guru bahkan
berkait rapat dengan faktor peribadi dan kerjaya mereka. Walaupun
seseorang yang melakukan kerja sampingan tersebut atas kemahuan sendiri
yang menginginkan hidupan yang mewah serta pendapatan yang lumayan,
namun secara tidak langsung keputusan yang dibuat itu bukan sahaja
memberi kesan kepada diri sendiri tetapi juga melibatkan organisasi di
tempat kerja (Betts, 2002).
3.0 IMPLIKASI HUJAH
Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah semestinya
akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langsung terhadap diri
guru itu sendiri, pelajar, sekolah, masyarakat dan juga negara.
Pembangunan sahsiah seseorang guru sebenarnya terbentuk sejak kecil lagi
bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan suasana di dalam rumah
tempatnya membesar. Peranan keluarga sangat penting sebagai memainkan
peranan utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah hanyalah
program sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang.
Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu dan ia
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti baka dan persekitaran.
Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan
dan pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang
mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang negatif, pembangunan
sahsiah di kalangan guru seolah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang
membimbangkan memandangkan guru merupakan golongan yang menjadi
harapan untuk membangunkan bangsa dan negara.
Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh
seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang dipilih
dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif
yang merupakan tindakan yang sejajar dengan jangkaan masyarakat dan
kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita membanggakan
yang melambangkan sahsiah positif seorang guru seperti guru bertindak
berani menyelamatkan anak muridnya serta ketabahan guru menghadapi
dugaan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran
yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun tindakan
negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru seperti isu guru edar pil
khayal kena tahan dan guru abai tanggungjawab calar imej profesion
perguruan turut menjadi fokus perbincangan utama media massa dan para
penyelidik.
Isu-isu yang positif mahupun negatif sebegini telah memberi impak
yang besar terhadap profesion perguruan. Isu positif akan meningkatkan
semangat dan motivasi para guru, meningkatkan kepercayaan masyarakat
serta turut mengharumkan persada pendidikan. Walaubagaimanapun,
kewujudan isu negatif telah mula menjadikan kebanggaan kita terhadap
profesion perguruan kini semakin pudar. Malah, pihak media, penyelidik
bahkan masyarakat telah memberikan tekanan dan desakan yang hebat
terhadap pihak warga pendidik, sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia
khasnya.
Isu guru mengedar dadah secara kerja sambilan adalah antara isu
yang melanggar etika perguruan dan ianya semakin hangat diperkatakan. Ia
boleh meninggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap pembangunan
sahsiah individu itu sendiri dan terhadap pembangunan sahsiah golongan
guru yang lain. Kesan tindakan itu turut memberi impak terhadap pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung termasuklah pihak sekolah,
Jabatan Pendidikan serta Kementerian Pelajaran Malaysia. Malahan tindakan
guru mengedar dadah menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang
tengah akan turut mendatangkan impak kepada pelajar dan keluarga pelajar
tersebut.
Guru berkenaan telah melakukan satu kesalahan jenayah
menyalahgunakan dadah yang menunjukkan kelakuannya yang dilarang
dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama baik
perkhidmatan profesion perguruan. Kesalahan guru berkenaan akan
dikenakan tindakan tatatertib Peraturan 7 mengikut peraturan tatakelakuan
yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan
hukuman gantung kerja. Malah, berdasarkan laporan akhbar tersebut
menyatakan bahawa guru dipercayai mengedar dadah secara kerja sambilan
kerana mahu menjalani kehidupan mewah. Jesteru itu, kes ini menunjukkan
guru tersebut melanggar peraturan tatakelakuan dan tatatertib iaitu
Peraturan 4(2), di mana guru berkenaan membelakangkan tugas awamnya
demi kepentingan peribadinya. Jika disabitkan kesalahaan tindakan
tatatertib akan dikenakan di mana ia bergantung kepada jenis pelanggaran
tatakelakuan seperti tindakan amaran, denda atau lucut hak emolumen,
tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan penggantungan
kerja.
Guru yang telah melakukan kesalahan jenayah seperti mengedar
dadah secara sambilan ini telah menampakkan sahsiahnya yang sangat
rendah dan martabatnya sebagai guru dikesali kerana seorang guru tidak
sepatutnya memiliki sahsiah sedemikian, bahkan guru antara golongan
terpelajar dan berilmu. Sepatutnya, guru memainkan peranan cuba
membimbing generasi muda mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan
bukannya guru sendiri bertindak membekalkan dadah tersebut kepada pihak
lain. Pembangunan sahsiah guru terbabit akan dikategorikan sahsiah yang
negatif walaupun dia seorang guru yang berkaliber dan berjasa. Moralnya
akan menjadi persoalan dan diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat
serta mendapat cemuhan. Segala kebaikan dan bakti yang dicurahkan
selama ini akan hilang begitu sahaja. Malahan, kes pengedaran dadah ini
juga merupakan satu kegiatan jenayah yang boleh membawa hukuman mati
dan penjara jika disabitkan kesalahan. Jika dia dijatuhkan hukuman,
alangkah rendahnya martabat seorang pendidik yang terpaksa
menghabiskan masa bersama-sama pesalah lain yang rata-rata bukanlah
dari golongan cendikiawan sepertinya.
Sekiranya guru berkenaan sudah selesai menjalani hukuman atau
berjaya membayar denda yang dikenakan, isu ini pasti tidak akan berhenti
begitu sahaja. Isu dan sashsiah guru ini akan tetap menjadi tajuk bualan dan
dia akan dipandang serong oleh orang lain. Di sekolah, guru ini tidak lagi
dihormati malah mungkin akan ditakuti oleh pelajar. Rakan sekerja juga
berkemungkinan akan mempertikaikan tugasnya mendidik pelajar dan jika
dia sudah insaf, guru ini masih terpaksa menerima balasan di dunia
mahupun di akhirat di atas perbuatannya sekiranya ia masih diragui serta
tidak diberi kepercayaan. Malahan guru-guru dari sekolah lain juga akan
menjadikannya sebagai bualan atau akan menjadikannya sebagai sempadan
dan ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi. Masyarakat sekeliling pula
akan turut menjadikan perkara sebegini adalah lumrah di dalam masyarakat
kita dan melabelkan guru tersebut sebagai penjenayah yang boleh
membunuh generasi bangsa. Kesan daripada itu, sahsiah guru yang akan
dibina selepas itu akan menjadi lebih sukar dan dan memerlukan banyak
kesabaran untuk melaluinya. Ia perlulah tabah menghadapinya kerana
tindakan yang dilakukan akan meninggalkan kesan mendalam dan
sepanjang hayat.
Selain itu, kesan buruk seorang guru sebagaimana tertuduh
melakukan kes berkenaan bukan sahaja memburukkan imejnya sebagai guru
secara peribadinya, malah tempiasnya turut dirasai oleh semua guru. Ia
seolah-olah menunjukkan keperibadian guru yang gagal mencerminkan
seorang guru yang sebenarnya sebagaimana yang diaspirasikan oleh
Negara. Melalui kod etika guru yang diperkenalkan, guru bertanggungjawab
terhadap rakan sekerja. Namun, perbuatan jenayah ini diibaratkan telah
mengkhianati rakan sekerja lain yang turut menanggung malu akibat
daripada perbuatan rakan mereka yang bergelar seorang guru.
Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan mengedar dadah
secara kerja sambilan yang dilakukannya menyebabkan masyarakat menilai
sahsiah guru secara umum bahawa guru-guru sekarang sudah tidak
bersahsiah. Adakah benar bahawa guru-guru sekarang menjadi guru bukan
atas dasar minat dan tanggungjawab, tetapi disebabkan mahu mendapat
sesuatu pekerjaan demi menjamin ekonominya? Adakah gaji pekerjaan
seorang guru tidak mencukupi di sebabkan desakan kewangan, tekanan
hidup dan desakan nafsu kemahuan mengejar pendapatan tambahan yang
lumayan serta menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa
mempunyai rasa bersyukur di atas rezeki yang diperolehi sehingga sanggup
melakukan kegiatan mengedar dadah sebagai kerja sambilan? Guru-guru ini
tidak menghayati sepenuhnya akan tanggungjawab, maksud yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan kod etika perguruan
kerana jawatannya dianggap sebagai sandaran untuknya mendapatkan
sumber ekonomi, bukan atas dasar tanggungjawab.
Isu guru menjalankan kegiatan mengedar dadah sebagai kerja
sambilan yang menyalahi undang-undang negara ini biasanya ia dilakukan
tanpa mengira masa sama ada setelah tamat waktu kerja rasmi atau
dilakukan pada waktu malam dan masa terluang. Setelah penat bekerja di
sekolah sepanjang hari, guru menyambung kerja mereka dengan melakukan
kerja sampingan tersebut. Keadaan ini sudah pasti memerlukan tenaga kerja
yang maksimum dan akhirnya guru berkenaan yang akan menerima
kesanya. Mereka pasti akan keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan
harinya dalam keadaan yang lesu dan tidak bermaya atau pergi ke sekolah
sibuk melakukan pekerjaan sampingan. Akhirnya segala perancangan
pengajaran dan pembelajaran tidak dibuat dan tugas mengajar dilaksanakan
secara ala kadar sahaja, sekadar melepaskan batuk di tangga. Guru
seharusnya menjadikan tugas di sekolah sebagai tugas utama, kerja luar
hanya sampingan sahaja. Namun, agak malang kerana perkara yang terjadi
adalah di sebaliknya. Kerja luar sudah menjadi kerja utama, sebaliknya tugas
mengajar pula yang menjadi kerja sampingan mereka. Keadaan ini amatlah
menyedihkan dan sekiranya ia tidak diatasi para murid akan turut menjadi
mangsa tindakan segelintir guru berkenaan.
Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan tumpuan
terhadap kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru berkenaan akan dilihat
kurang memberikan komitmen terhadap tugas seterusnya organisasi mereka
iaitu sekolah. Keadaan ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah lain
yang berhubungkait dengan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke
atasnya. Selain itu, kurangnya komitmen terhadap kerjayanya telah
menyebabkaan prestasi menjadi merosot disebabkan hilang daya tumpuan
semasa melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009) menyatakan individu yang
menjalankan pekerjaan sampingan memperuntukkan masa selepas waktu
bekerja utamanya hingga menjejaskan produktiviti dan prestasi mereka
sendiri.
Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang menyatakan
mereka yang bekerja sambilan ini mengalami masalah kekurangan tenaga
dan kurang daya keupayaan sehingga menjejaskan tumpuan untuk
menjalankan tugas. Ini kerana guru terbabit biasanya menjalankan kegiatan
tersebut pada waktu malam dan memerlukan tenaga untuk menjalankan
pekerjaannya. Maka, keadaan ini juga akan menyebabkan tahap poduktiviti
berkurangan yang dilihat sebagai satu liabiliti kepada pihak sekolah.
Kesan yang wujud hasil daripada perbuatan guru tersebut yang
melakukan pekerjaan sambilan dengan mengedar dadah adalah berhubung
dengan komitmen mereka terhadap sekolah sebagai guru dan kakitangan
perlu dinilai adakah ia menjejaskan komitmennya sebagai guru di sekolah
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, organisasi dan juga
profesion. Ini disebabkan kerjaya perguruan memerlukan komitmen yang
tinggi memandangkan guru merupakan agen yang membawa kepada
perubahan bagi sesebuah negara melalui sistem pendidikan yang bersifat
dinamik.
4.0 CADANGAN/RUMUSAN
Berdasarkan kepada huraian yang dijelaskan berkenaan isu guru
melakukan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan, saya
mencadangkan bahawa setiap guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan
dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini
termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati,
sentiasa bersifat tenang dan mampu menguruskan kehidupan serta
kewangan dengan lebih berkesan. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan
sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang diikutinya semasa menjalani
kursus di institusi perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap
sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran yang berkesan.
Selain daripada menjalankan tugas di dalam bilik darjah, guru juga
perlu sedar akan peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya,
guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan
pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor,
pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang baik dan seterusnya menjadi
contoh sahsiah yang terpuji kepada masyarakat. Sebagai seorang guru perlu
membimbing generasi muda kini tentang keburukan penyalahgunaan dadah
dan bukannya dia sendiri yang bertindak mengherat pelajarnya ke kancah
dadah yang menjadi musuh pembunuh utama negara.
Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti kursus-
kursus dan seminar motivasi pendidikan yang dianjurkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah mengenai etika profesion perguruan. Sebagai contoh, guru boleh
mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan ini penting bagi
seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam
profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks selari dengan era
globalisasi kini. Oleh kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah
untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan
dharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang
berasakan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998) demi meletakkan
nama negara setanding dengan negara maju yang lain.
Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelbagaikan aktiviti dan program
kepada bakal pendidik semasa menjalani kursus latihan di institusi
perguruan lagi. Contohnya, mengadakan bengkel, ceremah, seminar,
pertandingan, aktiviti sukan dan sebagainya. Di dalam program ini guru-guru
pelatih akan didedahkan dengan konsep sebenar berkenaan kod etika dan
akauntabiliti keguruan. Penyediaan program dan aktiviti seperti ini akan
melahirkan pendidik negara bangsa yang beretika dan mempunyai sahsiah
yang tinggi.
Di samping itu, berkenaan isu kegiatan guru mengedar dadah secara
kerja sambilan dengan menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang
tengah perlu dipandang serius oleh pihak berkaitan terutamanya pihak
sekolah, pihak berkuasa dan juga Kementerian Pelajaran. Saya
mencadangkan agar guru terbabit dikenakan hukuman yang berat seperti
buang kerja dan tidak dibenarkan untuk memohon sebarang pekerjaan di
bawah perkhidmatan awam kerana tindakan yang dilakukan merupakan satu
kegiatan jenayah yang bukan sahaja mencemarkan imej profesion perguruan
malah dadah adalah merupakan musuh utama negara. Pandangan saya ini
adalah selari dengan pendapat Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin
Mohd Dom, yang menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang
dikenakan kepada guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak
pernah bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan
imej profesion perguruan di negara ini. Maka, saya sangat bersetuju dengan
pendapat beliau bahawa peraturan dan hukuman sedia ada yang telah
ditetapkan perlu dilaksanakan dengan tindakan yang tegas.
Seterusnya, sebagai guru terlatih kelak seharusnya menunjukkan
penampilan diri sebagai pendidik dengan mempunyai pelbagai ilmu
tradisional dan moden. Guru juga perlulah mempunyai kefahaman terhadap
dasar dan aspirasi pendidikan negara dengan jelas dan mantap. Guru yang
bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan
mereka. Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial
merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok
mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dan pergaulan sehariannya. Guru
haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan dalam
masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi.
Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa mendapat
perhatian walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sering
diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Keadaan ini menjadi satu kewajipan
bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan contoh
akhlak yang baik bagi memelihara martabat profesion perguruan. Oleh
kerana guru ibarat idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya
menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan agar dapat
menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan yang dihadapinya.
Sebagai seorang guru iaitu pendidik generasi bangsa perlu sentiasa
mendalami diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat
mengimbangi pemikiran sedar dan bawah sedarnya supaya setiap tindakan
yang diambil tidak akan menjejaskan etika profesionnya yang akan
meninggalkan impak ke atas semua pihak termasuklah dirinya sendiri.
Sememangnya banyak isu yang timbul atau ditimbulkan melibatkan guru
dilihat sebagai melanggar etika perguruan seperti isu melakukan kegiatan
menyalahgunakan dadah sebagai pekerjaan sambilan. Etika seorang guru
yang perlu dipatuhi melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua pihak
yang terlibat dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelanggaran
etika perguruan sebagai profesionnya akan mengakibatkannya dilabel
sebagi individu gagal dan bersahsiah negatif.
Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa setiap
individu telah dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor
pembelajaran, nilai, pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang
dibuat. Setiap isu yang timbul melibatkan guru sebenarnya bukan
menunjukkan kegagalan guru secara keseluruhannya, namun ia hanyalah
kegagalan guru terlibat secara individu disebabkan kegagalannya
menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan meninggalkan
impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak yang lain. Kebebasannya
untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan menyebabkannya gagal
menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul lantaran wujud
gangguan psikologi kawalan luaran yang menghalangnya daripada membuat
keputusan yang terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan
moral serta akibat beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi dengan
baik.
Kaji jumlah guru buat kerja luar
Utusan Malaysia; KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kajian perlu dilakukan untuk memastikan jumlah sebenar guru yang terlibat membuat kerja luar supaya sistem pendidikan negara tidak terjejas.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai perkara itu, tetapi tiada statistik sebenar dan berharap bilangan guru yang terlibat tidak ramai.
“Kajian harus dilaksanakan bagi mengetahui kenapa dan mengapa guru-guru tersebut perlu membuat kerja luar sedangkan mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak bangsa.
“Sekiranya guru mahu mencari pendapatan lain sekali pun, mereka perlu patuh kepada etika dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai fenomena guru membuat kerja luar boleh mengganggu dasar pendidikan negara.
Sementara itu tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, pihak sekolah perlu menggariskan sasaran yang harus dicapai oleh guru-guru bagi memastikan mereka sentiasa menjalankan amanah mendidik dengan baik.
“Penilaian terhadap guru harus dibuat untuk melihat prestasi mereka ketika mengajar murid di kelas.
“Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan perbuatan guru membuat kerja luar kerana mereka sepatutnya menggunakan masa selepas waktu persekolahan dengan menyediakan bahan mengajar untuk hari esok pula,” katanya.
Dalam pada itu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, bilangan guru yang melakukan tugas luar seperti mengajar di kelas tambahan dan menjadi ejen insurans adalah sedikit dan ia masih terkawal.
“Memang ada segelintir guru yang melakukan tugas luar tetapi mereka akan pastikan tanggungjawab di sekolah selesai terlebih dahulu,” katanya.
Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu kaji
Utusan Malaysia; KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kementerian Pelajaran perlu melakukan pemantauan yang menyeluruh berhubung fenomena guru membuat kerja ‘luar’ kerana ia boleh mengganggu dasar pendidikan negara.
Sambil menyifatkan fenomena itu semakin serius kebelakangan ini, Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.
‘‘Pihak persatuan guru juga pasti akan menafikannya tetapi cubalah bertanyakan kepada ibu bapa kerana sebahagian besar daripada rungutan mengenai perkara ini datangnya daripada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menurut Anuar, antara kerja luar yang sinonim dengan guru adalah mengajar di kelas tuisyen berbayar, terlibat dengan perniagaan skim piramid (MLM), menjadi ejen insurans serta pelbagai produk seperti pakaian, aksesori perhiasan dan barangan kecantikan.
Katanya, disebabkan komitmen pemikiran, masa dan tenaga lebih terarah kepada kerja luar, ada guru yang mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
‘‘Akibatnya guru-guru ini secara fizikalnya akan menjadi letih dan tiada masa untuk membuat
persediaan pengajaran.
‘‘Tidak hairan selepas 13 tahun anak-anak kita di sekolah rendah, namun masih belum berkeupayaan untuk menulis walau hanya sebaris ayat bahasa Inggeris dengan lengkap,” katanya.
Apa yang membimbangkan, kata Anuar, disebabkan sistem pendidikan negara tidak membenarkan ulangan kelas, pelajar yang gagal menguasai pelajaran juga akan tetap mengikuti kenaikan kelas.
Ditanya adakah faktor gaji menjadi penyebab utama, Anuar berkata, skim gaji guru ketika ini sebenarnya masih boleh memenuhi semua keperluan hidup dengan baik dan berkualiti.
‘‘Tetapi ada guru yang masih belum berpuas hati bila membandingkan pendapatannya dengan eksekutif di sektor korporat yang berpendapatan berlipat kali ganda.
‘‘Apa yang lebih diperlukan ialah memastikan setiap guru benar-benar memahami tanggungjawab mereka,” katanya