ESOK NAK NGAJAR 2.docx

6
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT Nama Kelas : Prasekolah Bijak Umur : 5 dan 6 Tahun Bilangan Murid : 24 orang Tarikh : 28 Julai 2015 Masa : 8.30 – 9.10 Pagi (30 Minit) Modul : Teras Tema : Dunia Teknologi Subtema : Pekerjaan Tunjang Utama : Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia Fokus : (BM 2.0) Kemahiran Bertutur Standard Kandungan : (BM 2.2) Bersoal jawab melalui ransangan yang diberi Standard Pembelajaran : (BM 2.2.6) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai Kesepaduan Tunjang : (BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respons. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat i) Berbual dan bersoal jawab mengenai pekerjaan beruniform dengan betul. Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenali pekerjaan beruniform seperti polis.

Transcript of ESOK NAK NGAJAR 2.docx

RANCANGAN PENGAJARAN SLOTNama Kelas :Prasekolah Bijak Umur :5 dan 6 TahunBilangan Murid :24 orang Tarikh :28 Julai 2015 Masa :8.30 9.10 Pagi (30 Minit)Modul :TerasTema :Dunia TeknologiSubtema : PekerjaanTunjang Utama : Tunjang Komunikasi Bahasa MalaysiaFokus :(BM 2.0) Kemahiran BertuturStandard Kandungan :(BM 2.2) Bersoal jawab melalui ransangan yang diberiStandard Pembelajaran : (BM 2.2.6) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuaiKesepaduan Tunjang : (BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respons.Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat i) Berbual dan bersoal jawab mengenai pekerjaan beruniform dengan betul.Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenali pekerjaan beruniform seperti polis.Kemahiran Berfikir (KB) : Menghubung kait, mengenal pasti, menjana idea, mengingat kembali, membanding bezaKecerdasan Pelbagai (KP) : Intrapersonal, Interpersonal, Verbal linguistik

Penerapan Nilai(PN) : Kerjasama, Hormat- menghormati, Bertanggungjawab, Keberanian

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Carta gambar pekerjaan beruniform, Kad gambar pekerjaan beruniform , Lembaran KerjaKosa Kata : beruniform

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi( 5 Minit )Aktiviti Cuba Teka Siapakah Saya?1. Murid mendengar arahan guru dengan menumpukan perhatian dalam kelas.2. Murid ditunjukkan dengan beberapa keping kad gambar oleh guru.3. Murid diminta untuk meneka apakah pekerjaan beruniform berdasarkan kad gambar itu.3. Murid dibimbing oleh guru untuk mengaitkan aktiviti tersebut dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.KB : mengenal pasti, menjana ideaPN : Hormat- menghormati, KerjasamaKP : Intrapersonal, InterpersonalBBM : Kad Gambar Pekerjaan BeruniformKosa kata : beruniform

Langkah 1( 10 Minit )Sesi Soal Jawab

Soalan :1. Apakah benda ini?2. Apakah pekerjaan saya?3. Apakah warna uniform saya?4. Dimanakah tempat saya bekerja?

Cadangan Jawapan:1. Carta gambar2. Askar, Doktor, Polis, Bomba3. Hijau, Putih, Biru gelap, Oren4. Hospital / Klinik, Balai Polis, Balai Bomba, Kem Askar

1. Murid melihat carta gambar pekerjaan beruniform yang ditunjukkan oleh guru.2. Murid bersoal jawab berkenaan nama dan jenis pekerjaan dengan bimbingan guru.3. Murid dipilih secara rawak untuk berbual mengenai pekerjaan beruniform yang diketahui dengan bimbingan guru.KB : menghubung kait, menjana idea, membanding beza, mengingat kembaliPN : Hormat- menghormati, Kerjasama, KeberanianKP : Intrapersonal, Interpersonal, Verbal linguistikBBM : Carta gambar pekerjaan beruniformKosa kata : beruniform

Langkah 2( 10 Minit )Aktiviti Padanan Pekerjaan Beruniform1. Murid mendengar arahan guru mengenai aktiviti padanan pekerjaan beruniform.2. Murid melihat tunjuk cara memadankan pekerjaan beruniform dengan betul oleh guru.3. Murid membuat aktivit padanan pekerjaan beruniform pada lembaran kerja yang diberikan.3. Murid dibimbing oleh guru untuk melakukan aktiviti padanan ini.KB : mengingat kembali, menghubung kait, mengenal pastiPN : Kerjasama, BertanggungjawabKP : InterpersonalBBM : Lembaran KerjaKosa kata : beruniform

Penutup ( 5 Minit)Rumusan Aktiviti Padanan Pekerjaan Beruniform1. Murid ditanya tentang aktiviti yang dijalankan.2. Murid diminta mengingat kembali pekerjaan beruniform yang telah dipadankan dengan betul.3. Murid diberikan pujian oleh guru kerana berjaya melakukan aktiviti dengan baik.KB : mengingat kembaliPN : Hormat- menghormati, Kerjasama, KeberanianKP : Interpersonal, Verbal LinguistikBBM : -Kosa kata : -

Nama: _____________________________________________________________Hari: _______________________ Tarikh : ___________________Padankan gambar dengan nama pekerjaan yang betul.doktor gigi

askar

ahli bomba

polis