esei ptk3 che nordin
description
Transcript of esei ptk3 che nordin
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
1
RINGKASAN EKSEKUTIF;
Kertas tugasan ini dimulakan dengan pengenalan berkaitan dengan
integriti sebagai satu keperluan negara dan pelengkap kepada usaha kerajaan
untuk melahirkan generasi modal insan berkualiti minda kelas pertama.
Bahagian ini juga menyentuh serba ringkas pengenalan, objektif dan tindakan
Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam mencapai matlamat Wawasan 2020.
Bahagian kedua kertas ini telah menyentuh tentang definisi beberapa
konsep yang berkaitan dengan tajuk. Antaranya ialah konsep nilai, etika,
integriti, modal insan dan minda kelas pertama. Penjelasan ini bertujuan
memberi panduan kepada kita untuk menghayati konsep tersebut bagi
melahirkan modal insan berkualiti minda kelas pertama.
Seterusnya, kertas ini telah menerangkan nilai-nilai integriti yang
diamalkan oleh penulis sebagai seorang pendidik. Nilai-nilai yang dijelaskan
ialah nilai-nilai mengikut definisi integriti itu sendiri seperti kejujuran,
keikhlasan, amanah, ketulusan, bersih, keutuhan dan kesempurnaan,
Selain daripada itu, kertas ini juga membincangkan nilai-nilai yang
terkandung di dalam Tonggak Dua Belas. Ini kerana Tonggak Dua Belas
mengandungi nilai-nilai yang merangkumi Etika Teras Perkhidmatan Awam,
Nilai Murni Profesional, Etika Pentadbiran Awam serta Nilai dan Etika
Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, penghayatan dan pengamalan nilai-
nilai di dalam Tonggak Dua Belas ini turut memnbentuk nilai, etika dan integriti
seseorang pendidik sebagai penjawat awam.
Di akhir kertas ini penulis membuat kesimpulan bahawa penghayatan
nilai-nilai murni dan integriti bukan terhad kepada guru semata-mata tetapi
pada semua pihak agar hasrat melahirkan modal insan berkualiti minda kelas
pertama seperti yang dihasratkan oleh kerajaan akan tercapai.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
2
“ Setiap daripada kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan bagi
membangunkan negara ini. Walau apa jua bidang yang kita ceburi,
laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab, jujur,
cekap dan berintegriti. Kita harus berusaha unutk mencapai kejayaan yang
tertinggi dan muncul sebagai yang terbaik agar dunia menghormati kita.”
-YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia
Sebagai pendidik di zaman serba mencabar ini, bagaimanakah anda
mengamalkan nilai integriti dalam melaksanakan tugas anda agar berupaya
melahirkan generasi modal insan berkualiti minda kelas pertama.
SOALAN 1
1.0 Pengenalan
Keperluan terhadap integriti sebagai salah satu cabang nilai dalam
kehidupan manusia bermula selaras dengan martabat manusia yang diutuskan
oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, setiap manusia
dianugerahkan dengan sifat-sifat dan nilai-nilai mulia yang menjadi pegangan
setiap manusia secara fitrah dan semulajadi.
Pendidikan adalah merupakan salah satu komponen yang penting
dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan
beretika.
Kerajaan sedar akan kepentingan nilai-nilai integriti perlu diterapkan
secara holistik dan menyeluruh dalam kalangan rakyat khususnya kakitangan
awam di negara kita, selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu
untuk “ membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya,
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
3
dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur, maka kerajaan telah melancarkan
Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004. Pelancaran PIN dan Institut
Integriti Malaysia (IIM) ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah b Hj Ahmad Badawi.
Objektif umum PIN (Datuk Seri Abdullah b Hj Ahmad Badawi, 2004)
ialah untuk memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah
negara maju mengikut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat
yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti
yang luhur”
Dalam melaksanakan dasar dan objektif PIN, strategik jangka panjang
dalam pemantapan integriti harus disertai dengan asas yang kukuh. Asas ini
harus dibina dan melibatkan intitusi paling asas iaitu keluarga, komuniti dan
masyarakat sivil. Napolean Bonaparte dalam kata-katanya ada menyebut
bahawa pendidikan ibu (keluarga) yang bijaksana merupakan jambatan emas
yang akan dilalui oleh anak dalam menuju pantai bahagia.
PIN juga telah menggariskan 8 pelan tindakan sebagai strategi
pelaksanaannya. Dalam konteks soalan ini, Pelaksanaan Agenda Integriti
untuk Institusi Sosiobudaya iaitu strategi keempat di dalam pelan tindakan PIN
adalah amat bersesuaian. Strategi ini akan menfokuskan kepada institusi
sosiobudaya yang merangkumi pendidikan (sekolah, kolej dan universiti),
kesihatan, rekreasi dan sukan, media massa serta seni, sastera dan warisan
dalam usaha membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara.
Atas kesedaran ini juga, Kementerian Pelajaran telah merangka sebuah
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Kementerian Malaysia 2006-2010.
Pelan ini dirangka bagi menyokong Misi Nasional yang menekankan ke atas
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
4
pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya (capacity
building) sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju,
melalui penekanan terhadap pemabangunan dan penguasaan ilmu
pengetahuan. Modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta
pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi seperti ditegaskan di dalam
Pelan Integriti Nasional (PIN). (YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun
Hussein,2007)
2.0 Definisi Konsep
Dalam membicarakan integriti kita tidak dapat lari dari turut
membicarakan tentang nilai dan etika itu sendiri.
2.1 Nilai
Nilai adalah kepercayaan yang mendorong seseorang atau sebuah
institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama
masyarakat.
2.2 Etika
Manakala etika pula bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku
seseorang atau profesyen terhadap masyarakat. Seseorang anggota
perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap
peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam Kerajaan.
2.3 Integriti
Integriti dapat didefinisi dalam pelbagai makna. Presiden Institut Integriti
Malaysia, Datuk Dr. Sulaiman Mahbob bahawa “ Integriti adalah kewibawaan,
Integriti boleh ditakrifkan sebagai keutuhan. Sebenarnya integriti itu adalah
keseluruhan pembawaan kita dari segi peribadi, tutur kata, sopan santun dan
perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
5
seperti jujur, benar, amanah, adil bertanggungjawab, telus, cekap dan
bijaksana ”.
Menurut beliau lagi, “ integriti berasal dari Bahasa Inggeris yang lebih
kurang maknanya berpegang teguh kepada prinsip kejujuran serta mempunyai
prinsip moral yang tinggi ”.
Oxford Dictionary mentafsirkan ‘integrity’ sebagai quality of being honest
and having strong moral principles, the state of being whole and undivided dan
the condition of being unified or sound in construction.
Y.A.Bhg. Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia pula
mengatakan ‘Integriti’ berkait amat rapat dengan pembentukan dan
pengukuhan etika yang baik. ‘Amanah’ dalam pengurusan, umpamanya,
adalah sebahagian daripada etika yang baik.
Mengikut Kamus Dwibahasa, DPB, (1985) integriti bermaksud kejujuran
dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dengan kata lain, integriti
merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar,
berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh
pegang cakapnya, dan sebagainya.
Integriti juga bermaksud peribadi yang utuh, suci, unggul, tidak terjejas
oleh sebarang kecacatan pada bila-bila masa, tempat atau keadaan.
Dari segi pendekatan agama islam, integriti ini perlu dengan
pengukuhan iman dan kepercayaan. Kepercayaan kepada nilai-nilai integriti
akan menjadikan seseorang itu sentiasa memberi keutamaan kepada Allah.
Keimanan adalah satu proses membabitkan hati iaitu unsur kerohanian yang
menghubungkan manusia dengan Tuhannya. Semakin kuat iman seseorang,
semakin mantaplah integritinya.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
6
Seseorang yang memiliki kerohanian, minda dan emosi yang mantap
akan menterjemahkan integriti diri kepada tindakan secara fizikal. Seseorang
itu tidak akan berbohong kerana integritinya mantap. Seseorang itu tidak akan
menipu kerana integritinya mantap.
Dalam konteks soalan perbincangan ini, saya lebih menfokus kepada
integriti individu berbanding integriti organisasi. Puan Asmahan Musa, Ketua
Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar Negara menjelaskan integriti
individu ini merupakan keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu
dengan apa yang dikatanya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip
moral. Etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri
dengan umum. Apa yang dilakukan individu itu perlu cepat, tepat dan bermutu.
Apabila individu bertindak dan bertingkahlaku secara konsisten dalam pelbagai
segi dia dikatakan mempunyai integriti jika berlaku sebaliknya ianya tidak
berintegriti. Oleh itu, integriti ini lahir dari roh seseorang itu bukannya
dilakonkan untuk tujuan tertentu.
Kesimpulannya, Integriti merupakan ciri dalaman seseorang individu.
Sifat individu antara lain jujur, amanah, ikhlas, patuh kepada peraturan, yakin
diri, bebas dari pengaruh yang memesongkan matlamat kerja, setia kepada
kerja sebagai amanah, cinta kepada hasil kerja yang sempurna. Dalam konteks
perkhidmatan awam, integriti ini lebih kepada sifat profesionalisme seseorang
kakitangan awam itu dalam melaksanakan kerja dengan penuh teliti, tekun,
bersungguh-sungguh, kepuasan kerja melalui kepuasan pelanggan.
2.4 Modal Insan
Laman Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/soalanlazim/nb_soalan_lazim.aspx menjelaskan
modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada setiap manusia. Ia
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
7
menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan
mampu menyumbangkan kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan
merupakan sumber yang penting dalam membangunkan negara. Dalam
konteks sekolah, modal insan ini lebih menfokus kepada para pelajar yang
menjadi aset kepada pembangunan negara.
Dato’ Normah bt Md. Yusof, Ketua Pengarah MAMPU dalam ucapannya
sempena Perhimpunan Bulanan MAMPU pada 19 Setember 2007
mengkategorikan modal insan kepada empat “quadrant” iaitu high skill, high
will; high skill, low skill; low skill, high will; dan low skill, low will.
Golongan high skill, high will ialah golongan yang bukan sahaja
mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi juga mempunyai keinginan dan
motivasi yang tinggi dalam melakukan seseuatu perkara. Golongan high skill,
low skill pula mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi tiada kesungguhan atau
motivasi.
Manakala golongan low skill, high will golongan yang perlu diberi latihan
dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka ini mempunyai semangat dan
motivasi yang tinggi. Golongan low skill, low will pula golongan yang sangat
perlu diberi perhatian kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai
kemahiran tetapi juga tiada kesungguhan atau motivasi.
Dalam konteks sekolah, semua golongan (bermula dari pentadbir
hinggalah guru) penting dalam melahirkan modal insan iaitu pelajar yang yang
berminda kelas pertama. Oleh itu pendekatan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran harus disesuaikan mengikut kategori pelajar tersebut.
2.5 Minda Kelas Pertama
Laman Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/soalanlazim/nb_soalan_lazim.aspx juga men-
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
8
takrifkan minda kelas pertama ialah pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi
dari segi ilmu, tindakan, disiplin dan berwawasan. Oleh yang demikian,
peranan guru yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai integriti akan mampu
menyediakan generasi modal insan minda kelas pertama.
Modal insan minda kelas pertama sering dikaitkan dengan taraf
pendidikan seseorang tetapi tidak semestinya bergantung kepada faktor
pendidikan. Nilai modal insan juga bergantung kepada pemilikan ilmu dan
kemahiran yang bergantung kepada situasi atau konteks persekitaran.
3.0 Nilai-Nilai integriti dalam melahirkan modal insan kelas pertama di
sekolah
Nilai-nilai integriti dan nilai-nilai murni ini telah pun terkandung dalam
Tonggak Dua Belas. Nilai-nilai dalam Tonggak Dua Belas ini merangkumi Etika
Teras Perkhidmatan Awam, Nilai Murni Profesional, Etika Pentadbiran Awam
serta Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam. Nilai dan Etika Perkhidmatan pula
merangkumi nilai peribadi asas, nilai mengutamakan pelanggan. Nilai
kepimpinan, nilai profesionalisme, nilai produktiviti/kualiti dan nilai-nilai
keagamaan.
Jamiah Manap dan rakan-rakannya di Universiti Putra, Malaysia dalam
eseinya “Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf
Berkualiti” mengklasifikasikan kesemua nilai-nilai murni tersebut kepada tiga
kategori iaitu kesucian hati (purity), amanah (trustworthiness) dan
kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak (wisdom). Kesemua nilai-nilai ini
adalah penting untuk memastikan pencapaian misi dan visi negara untuk
melahirkan sumber manusia yang mempunyai minda kelas pertama dan kualiti
bertaraf dunia.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
9
Sebagai seorang pendidik, pengamalan nilai-nilai integriti amatlah
penting dalam melahirkan generasi insan minda kelas pertama. Oleh yang
demikian pengamalan nilai-nilai murni ini, bukan sahaja saya perlu
menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi juga turut
diamalkan oleh saya sendiri.
3.1 Kejujuran
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menjelaskan kejujuran membawa
maksud kelurusan hati, tulus dan ikhlas. Sifat jujur dan ikhlas dalam
menyampaikan ilmu dan mendidik anak bangsa seharusnya ada dalam setiap
orang pendidik.
Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, saya akan memperkatakan
suatu perkara dengan betul dan jujur tanpa berselindung. Sifat ini akan turut
membantu para pelajar menghayati dan bersedia menyumbangkan kembali
secara ikhlas kepada sesiapa yang memerlukan. Inilah yang diharapkan agar
setiap pelajar yang dilahirkan dari institusi ini menjadi insan minda kelas
pertama. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan secara
jujur dan ikhlas itu juga melambangkan sifat kesucian dan kebersihan hati
sorang guru itu.
3.2 Keikhlasan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menjelaskan keikhlasan ialah
kesucian hati dan ketulusan. Keihklasan juga dapat dilihat dalam setiap
tugasan yang dilakukan oleh pendidik itu tidak menunjukkan yang dia
mengharapkan ganjaran yang lain selain daripada kejayaan anak didiknya.
Sebagai guru kita akan berasa gembira dan berpuas hati apabila anak didik
kita mencapai kejayaan.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
10
Dari sudut agama, kejujuran dan keikhlasan seseorang pendidik dalam
tugasnya akan menambahkan keberkatan ilmu itu sama ada ilmu yang
disampaikan secara langsung atau tidak langsung. Ilmu itu nanti akan
membawa kepada kejayaan sesaorang pelajar yang matang dan mampu
menjadi seorang insan yang berfikiran kelas pertama.
Keikhlasan sebagai pendidik, juga dapat dilihat dalam membuat kelas-
kelas tambahan kepada pelajar. Kelas-kelas tambahan yang saya jalankan itu
tidak mengharapkan sebarang ganjaran daripada sesiapa. Sebagai pendidik,
saya sanggup untuk datang ke sekolah pada sebelah petang atau pada hari
cuti bagi membantu para pelajar khususnya para pelajar yang akan menduduki
peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tugas yang
dilakukan dengan penuh kerelaan itu diharap dapat membantu pelajar belajar
dalam suasana yang tenang tanpa tekanan. Ini pasti akan membentuk peribadi
pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani dan seterusnya melahirkan
generasi yang berfikiran minda kelas pertama. Oleh yang demikian, keikhlasan
dalam menjalankan amanah sebagai pendidik amatlah penting bagi melahirkan
modal yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
3.3 Amanah
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi
pernah menyarankan “ kita yang diberi amanah hendaklah beramanah”. Ini
menunjukkan bahawa sifat amanah ini amat penting diamalkan oleh semua
penjawat awam. Oleh itu, seorang pendidik adalah pemegang amanah dalam
usaha mendidik para pelajar. Dewan Edisi Keempat (2007) pula menjelaskan
amanah bermaksud kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang, boleh
dipercayai dan jujur.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
11
Menurut Habibah (1997), setiap anak-anak mempunyai personaliti yang
unik dan perkembangan personaliti bergantung kepada beberapa faktor,
termasuklah faktor genetik, nilai kelas dan kumpulan etnik dan pendedahan
kepada tingkah laku lain. Kalaulah di rumah, ibu bapa mereka yang
bertanggungjawab maka di sekolah, para guru merupakan orang yang di
amanahkan dalam usaha mendidik dan mengasuh pelajar menjadi insan yang
berguna. Dengan kata lain, asuhan dan didikan itu seperti mendidik anak
mereka sendiri.
Dalam dunia hari ini, terdapat juga gelagat para pendidik yang disebut
sebagai “haruan makan anak” atau “harapkan pagar, pagar makan padi”. Oleh
itu sebagai seorang pendidik yang amanah, sifat takutkan Pencipta perlu ada.
Jika tidak, amanah yang diberikan itu akan dikhianati.
Selain dari itu, sebagai seorang pendidik, kita mestilah sentiasa tulus
dan jujur dalam melaksanakan amanah. Seorang pendidik itu tidak seharusnya
mendapatkan balasan lain dalam menjalankan tugasnya selain daripada
gajinya. Jika tidak, seseorang itu tidak akan dapat menumpukan perhatiannya
kepada bidang tugasnya.
Sebagai seorang pendidik, saya seharusnya berlaku adil dalam semua
hal termasuklah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Ini akan
memastikan semua pelajar akan tetap mendapat ilmu yang sama tanpa rasa
diri diabaikan. Malah bukan itu sahaja, sebagai pendidik juga, setiap tugas,
ganjaran dan denda seharusnya adil dan saksama. Ini akan membolehkan
setiap pelajar mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif,
menyeluruh dan bersesuaian. Jika tidak, para pelajar yang merasakan dirinya
disisih, akan memberontak jiwanya atau rasa rendah diri. Jika ini berlaku,
matlamat untuk menwujudkan minda kelas pertama tidak akan tercapai.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
12
Jika dalam perkhidmatan awam yang lain, seseorang pegawai akan
terdedah dengan amalan rasuah yang menggugatkan kejayaan PIN,
seseorang pendidik juga tidak terlepas daripada amalan buruk ini. Walau
bagaimanapun rasuah dalam pendidikan ini lebih kepada ‘rasuah masa’. Oleh
yang demikian, seorang guru tidak harus meninggalkan proses pembelajaran
dan pengajaran di kelas tanpa alasan yang munasabah. Sebagai seorang
pendidik, penggunaan masa yang sebaik-baiknya adalah amat mustahak. Kita
tidak mungkin akan dapat menggantikan masa yang telah terlepas.
3.4 Ketulusan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menjelaskan ketulusan membawa
maksud lurus hati, ikhlas, jujur, terus terang, kebersihan dan kesucian hati,
kejujuran dan berterus terang.
Saya seharusnya sedar bahawa saya merupakan seorang kakitangan
awam yang perlu mendokong nilai dan etika dalam perkhidmatan awam seperti
yang digariskan dalam PIN. Oleh yang demikian, sikap bertanggungjawab dan
tulus harus sentiasa disemai dalam diri. Sebagai seorang pendidik juga, kita
bukan sahaja bertanggungjawab kepada pelajar yang menjadi asas kepada
modal insan negara tetapi juga kepada majikan dan seterusnya kepada
pemerintah. Seorang pendidik, saya juga mesti bertanggungjawab bukan
sahaja kelas yang diajar tetapi seluruh pelajar di sekolah. Saya seharusnya
sentiasa menggunakan masa proses pembelajaran dan pengajaran dengan
berkesan. Istilah ‘tuang kelas’ seharusnya tidak ada dalam kamus seorang
guru seperti saya.
Sebagai seorang penjawat awam, saya juga seharusnya sanggup
diperiksa atau dinilai atas apa juga keputusan atau tindakan yang telah
dilakukan. Contohnya, saya juga harus bertanggungjawab terhadap keputusan
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
13
peperiksaan yang dicapai oleh para pelajarnya. Ini kerana keputusan
peperiksaan itu juga mencerminkan tindakan dan kerja buat kita sebagai
seorang pendidik.
3.5 Bersih
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) memberi maksud bersih sebagai
tidak kotor, jujur, ikhlas, suci, murni dan bebas daripada amalan tidak baik.
Seorang pendidik yang ingin melahirkan pelajarnya sebagai modal insan kelas
pertama seharuskan mempunyai perwatakan yang bersih. Bersih yang
dimaksudkan ini ialah bersih dari segi rohani dan jasmani.
Dari segi rohani, saya seharusnya mempunyai jiwa yang bersih, tulus
dan ikhlas dalam menjalankan tugas. Ketulusan dan bersih jiwa terutama
daripada penyakit-penyakit hati yang lain akan memperlihatkan peribadi yang
unggul. Ini kerana sifat dalaman yang baik akan memancarkan cahaya
keimanan itu pada jasadnya. Penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki,
takabur, riak dan pelbagai penyakit hati ini akan menjadi duri dalam daging
seseorang pendidik itu. Hasilnya usaha yang dilakukan oleh guru-guru ini tidak
akan mendapatkan kebaikan kepada pelajarnya. Oleh yang demikian, saya
akan memastikan sifat bersih jiwa dan rohani, keikhlasan dan ketulusan akan
sentiasa tersemat dalam diri. Caranya dengan bermuhasabah diri pada setiap
waktu.
Selain dari itu, seseorang pendidik juga perlu bersih dari segi jasmani.
Cara berpakaian yang kemas, perwatakan yang bersih selaras dengan
tuntutan agama, akan memberi keyakinan kepada para pelajar untuk
mendapatkan ilmu. Ilmu-ilmu yang disampaikan oleh guru ini mudah diterima
dengan penuh keyakinan. Para pelajar juga mudah untuk meniru perwatakan
yang baik dari gurunya. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan generasi pelajar yang
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
14
cemerlang dan terbilang bukan sahaja dapat dicapai dari segi rohani tetapi juga
jasmani.
Kebersihan diri juga merangkumi kebersihan harta dan rezeki iaitu
mendapatkan rezeki yang halal. Jika seseorang guru itu menjalankan tugas
dengan penuh ikhlas, bertanggungjawab, dedikasi sudah pasti rezeki yang
diperolehinya juga halal. Ini akan dapat melahirkan imej guru yang baik. Imej ini
pula akan dijelmakan kepada para pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya.
3.6 Keutuhan
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) memberi maksud
keutuhan sebagai perihal (sifat, keadaan) utuh,kebulatan dan kesempurnaan.
Perkataan utuh pula bemaksud tidak rosak, sempurna, tidak berpecah-pecah,
bulat, dan lengkap. Keutuhan juga dimaksud adalah keutuhan dari seluruh
aspek kehidupan, terutama antara perkataan dan perbuatan.
Dalam konteks sekolah, sebagai seorang guru, saya menjaga tutur kata
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tutur kata juga harus dijaga
semasa di luar kelas. Ini adalah kerana ianya akan memperlihatkan
kepribadian kita sebagai seorang guru. Peribadi yang baik dan sempurna akan
memberikan pandangan baik kepada para pelajar. Penggunaan bahasa yang
kasar semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan mendidik pelajar
juga menjadi seorang yang kasar. Ini amat bertentangan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan generasi seimbang dari segi
jasmani, rohani dan intelek. Tutur kata yang baik bukan sahaja penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran malah perlu di amalkan dalam hubungan
sesama rakan sejawat. Jika perkara ini dianggap remeh, hasrat kerajaan mahu
melahirkan generasi minda kelas pertama akan terkubur.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
15
Selain itu, seorang pendidik juga harus mempamerkan keperibadian
cukup menyakinkan para pelajar. Contohnya sikap dedikasi, gigih dan
bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasnya . Sikap ini biasanya akan
seiring dengan sifat rajin dan berdikari. Contoh yang ditunjukkan oleh pendidik
pastinya akan membakar semangat anak-anak didik. Semangat tidak
mengenal penat dan lelah dalam mencurahkan ilmu sama ada di dalam kelas
atau luar kelas boleh menyedarkan pelajar bahawa seorang guru itu sangat
mengharapkan para pelajarnya mencapai kejayaan.
Sikap pelajar yang lemah dalam pembelajarannya bukanlah alasan
seseorang guru itu mengabaikan anak didiknya. Malah kehadiran pelajar yang
lemah boleh menjadikan seseorang pendidik itu menjadi lebih kreatif kerana
sentiasa mencari jalan untuk membantu pelajar tersebut memperolehi ilmunya.
Kesungguhan dalam membantu pelajar ini akan dapat memberi maklumat yang
lebih banyak dan membantu pelajar mencapai kejayaan memberi kesan
bahawa setiap kejayaan itu harus diusahakan tanpa mengenal putus asa.
3.7 Kesempurnaan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) memberi maksud kesempurnaan
sebagai lengkap dan teratur. Teori Keperluan Maslow (1962) (dalam Zuraidah
1994), kesempurnaan merupakan tatatingkat keperluan manusia yang tertinggi.
Teori ini menegaskan bahawa keperluan manusia terhadap sesuatu objek
bermula dengan keperluan paling rendah iaitu fisiologi, kemudian diikuti oleh
keselamatan, bersosial, penghargaan diri dan akhir sekali kesempurnaan diri.
Sebagai seorang muslim, kita juga dituntut untuk sentiasa
bermuhasabah diri untuk menjadi orang sempurna imannya serta
kesempurnaan sahsiah dan wibawa diri. Selain daripada itu, sebagai seorang
guru kita seharusnya sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu. Kedangkalan
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
16
ilmu seseorang guru pastinya akan menjejaskan penyampaian ilmu kepada
para pelajar.
Dalam membentuk kesempurnaan diri, kita juga harus memiliki sikap
ketekunan. Ketekunan menuntut seseorang pendidik itu mengutamakan
kepentingan tugas daripada kepentingan diri. Ini dapat dilihat apabila
seseorang pendidik itu sanggup berkorban masa dalam usaha menjalankan
tugas mendidik anak bangsanya. Contohnya mereka sanggup bersama para
pelajar menjalankan perkhemahan badan beruniform pada masa cuti sekolah
atau hujung minggu tanpa dibayar elaun atau sebagainya. Ini semua adalah
disebabkan rasa tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa.
Sebagai guru yang sentiasa cuba mempertingkatkan prestasi diri dan
para pelajarnya, saya sentiasa mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan
profesion perguruan seperti dalam bidang teknologi maklumat bagi
menambahkan ilmu dan kecekapan. Langkah ini akan dapat meningkatkan
produktiviti. Perkembangan dunia pendidikan yang semakin mencabar, kita
dituntut untuk sentiasa menambah dan memperkayakan ilmu bagi menghadapi
cabaran yang lebih global. Jika kita masih ditakuk lama, sistem pengajaran
dan pembelajaran juga tidak berubah. Ini pastinya usaha kerajaan untuk
melahirkan modal insan kelas pertama tidak akan tercapai. Prinsip
pembelajaran sepanjang hayat seperti yang dituntut oleh Islam perlu dihayati.
Kejayaan yang dicapai inilah yang akan menjurus kepada penghasilan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sesuai dengan matlamat
kerajaan menjadikan pelajar sebagai modal insan minda kelas pertama.
Kejayaan ini tidak mungkin akan dapat dicapai tanpa semangat dedikasi,
kesungguhan, rasa tanggungjawab dan ketekunan seseorang guru. Tidak lupa
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
17
juga kerjasama dan semangat ingin berjaya yang ditunjukkan oleh para pelajar
itu sendiri membantu agenda PIN dapat dicapai.
Jelasnya, kesempurnaan menuntut seseorang guru itu sentiasa
berusaha, kreatif, berfikiran positif serta proaktif dalam melaksanakan
tugasnya. Ini kerana tatatingkat kesempurnaan diri berbeza dari individu
dengan individu yang lain iaitu bergantung kepada “mind setting” dan
tanggapan seseorang.
3.8 Tonggak Dua Belas
Nilai-nilai murni dalam Etika Kerja Perkhidmatan Awam amat perlu
dihayati dan ditafsirkan nilai-nilai terkandung dalam Tonggak Dua Belas.
Tonggak Dua Belas ini adalah dikenalpasti oleh Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) berlandaskan ilham daripada Tan Sri Dato’ seri Ahmad Sarji Bin Abdul
Hamid, Ketua Setiausaha Negara, dalam Seminar Nilai dan Etika pada 2 Mac,
1992 (Mak Soon Sang,2007)
Nilai-nilai murni dalam Tonggak Dua Belas ialah:
3.8.1 Bertanggungjawab Dalam Perkhidmatan Awam
Di antara amalan positif yang saya amalkan ialah menepati masa,
MENGHARGAI
MASA
KETEKUNAN
MEMBAWA
KEJAYAN
KESERONOKAN
BEKERJA
KEBIJAK-
SANAAN
BERHEMAT
KEUTAMAAN
KESABARAN
NIKMAT
MENCIPTA
PENINGKATAN
BAKAT
KEMULIAAN
KESEDER-
HANAAN
KETINGGIAN
PERIBADI
KEKUATAN
SIFAT
BAIK HATI
PENGARUH
TELADAN
KEWAJIPAN
MEJALANKAN
TUGAS
TONGGAK DUA BELAS
MENGHARGAI
MASA
KETEKUNAN
MEMBAWA
KEJAYAN
KESERONOKAN
BEKERJA
KEBIJAK-
SANAAN
BERHEMAT
KEUTAMAAN
KESABARAN
NIKMAT
MENCIPTA
PENINGKATAN
BAKAT
KEMULIAAN
KESEDER-
HANAAN
KETINGGIAN
PERIBADI
KEKUATAN
SIFAT
BAIK HATI
PENGARUH
TELADAN
KEWAJIPAN
MEJALANKAN
TUGAS
TONGGAK DUA BELAS
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
18
menyegerakan tugas, mempunyai perancangan waktu, bijak mengurus
tempoh masa yang diberi, memupuk masa pada kerja-kerja yang
produktif dan kreatif, menetapkan "target date" untuk menyiapkan kerja
dan menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.
Saya akan cuba untuk menghindari amalan-amalan negatif
seperti berbual-bual kosong, melengah-lengahkan tugas, tidak ada
"sense of urgency", tidak merancang pekerjaan, tidak ada prioriti,
melayan tetamu yang tidak berkenaan, tinggalkan pejabat untuk urusan
peribadi, membuat kerja peribadi di pejabat, berniaga di waktu pejabat,
membuat kerja yang tidak mustahak, ke kantin dalam waktu bertugas
dan tidak peka kepada pembaziran masa.
3.8.2 Keseronokan bekerja
Dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selesa dalam iklim
persekolahan, saya semestinya menjadikan kerja itu satu keseronokan.
Di antara perkara yang dilakukan ialah gigih berusaha dalam
melaksanakan tugas yang mencabar, rajin dan sentiasa berusaha, tekun
dalam menjalankan tugas, sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan,
berdisiplin dalam setiap pekerjaan, berpandangan jauh, bersemangat
dalam melaksanakan tugas yang diarah, dedikasi dalam mencapai
matlamat organisasi, sanggup berkorban, cekal menghadapi kesulitan
semasa bertugas, tidak patah semangat dan bercita-cita tinggi.
Dalam masa yang sama saya akan mengelakkan daripada
mudah tersinggung, kurang berdisiplin, mudah putus asa, tidak tekun,
mudah mengalah, tidak bercita-cita tinggi, tidak bersemangat, tidak
tahan kena marah, tidak ada inisiatif, tidak kreatif, suka bertangguh dan
menjadi seperti pahat dengan pemukul.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
19
3.8.3 Tekun Dalam Perkhidmatan Awam
Di antara amalan positif yang diamalkan dalam tonggak 12 ini
ialah menganggap kerja sebagai ibadat, mempunyai inisiatif sendiri,
menghasilkan sesuatu yang berfaedah, mempunyai komitmen terhadap
kerja, sedia memberi kerjasama. Manakala perkara yang saya hindari
ialah menganggap kerja sebagai beban, tidak komited, sentiasa
mengharap dorongan oleh ketua, tidak diberi masa yang mencukupi,
kerja tidak diiktiraf, hanya menunggu arahan, tidak berdisiplin, tidak suka
menolong, tidak diberi tanggungjawab yang mencabar, tidak peluang
untuk meningkat dan tidak dipercayai dan selalu dicurigai
3.8.4 Kemuliaan Kesederhanaan
Nilai ini bermaksud perlakuan dan amalan kita itu jelas dan jitu
dalam pemikiran, penulisan dan percakapan, tidak tamakkan pangkat
dan kedudukan dan tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat,
bersifat pemaaf dalam pergaulan, boleh menerima teguran, berlaku adil
dalam semua tindakan, menepati janji, sedia menerima cadangan dan
nasihat, jujur dan ikhlas, merendah diri, bijaksana dalam membuat
pertimbangan, bermaruah dan berhemah tinggi, berjimat cermat, cermat
dalam kata-kata, tidak memperagakan kemewahan, mesra dalam
pergaulan dan senang didampingi oleh semua pihak.
Saya akan mengelak daripada menonjol-nonjol diri, bercakap
dengan menggunakan perkataan "boombastic", berkelakuan mengada-
ngada, sombong dan meninggi diri, menyukarkan persoalan yang
mudah, memperbesar-besarkan perkara kecil, kedekut atau berlebihan
dalam memenuhi keperluan organisasi, berlebih-lebihan mengampu
ketua, memperagakan kemewahan dan kedudukan, membazir dan
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
20
merosakkan harta Kerajaan dan bersifat melampau dan keterlaluan
dalam semua hal.
3.8.5 Ketinggian Peribadi
Amalan positif yang diamalkan dalam kehidupan saya sebagai
pendidik ialah bertertib dan baik budi bicara, menambah ilmu supaya
berpengetahuan luas, sentiasa membuat kebajikan, bersopan-santun
dan sederhana dalam kelakuan, bekerjasama dan saling hormat-
menghormati, bertanggungjawab dan bersih dari sifat dengki
Manaka sifat-sifat seperti sombong dan suka menunjuk-nunjuk,
sukar untuk membuat kebajikan, mengumpat dan memfitnah rakan
sejawat, tamak mengejar pangkat dan kedudukan, menghina dan
merendahkan usaha orang lain, hasad dengki, berpura-pura dalam
tindakan,emarah dan tidak sabar akan dielakkan.
3.8.6 Kekuatan Sifat Baik Hati
Sebagai pendidik juga saya akan berusaha menjadi seorang
pemaaf dan berhemah tinggi, bertimbang rasa, simpati kepada
kesusahan dan masalah orang lain, pemurah dalam usaha kebajikan,
ramah,berbudi mulia, berkerjasama dan boleh menerima teguran.
Manakala saya cuba mengelakkan daripada mengamalkan sifat-sifat
seperti kasar, kurang sopan, berdendam, bermuka-muka, mudah buat
kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan, suka hina dan caci orang,
sombong, penting diri sendiri, cepat menuduh dan menghukum tanpa
siasatan.
3.8.7 Pengaruh Teladan
Amalan kepimpinan melalui teladan juga mempengaruhi para
pelajar. Mereka boleh menjadi guru sebagai idola. Menurut Jas Laile
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
21
(2000), remaja gemar untuk menjadikan seseorang yang difikirkan
dominan untuk dicontohi. Tingkah laku dan teladan yang tidak baik
boleh mempengaruhi peri laku pelajar juga. Oleh itu sebagai pendidik,
kita mesti menjadi guru yang bermoral dan berakhlak tinggi, tertib dan
beradap sepanjang masa, rajin dan kuat kerja, amanah dan
bertanggungjawab, berbudi mulia serta merendahkan diri, gemar dan
cintakan ilmu yang bermanafaat.
Manakala sifat-sifat seperti buruk perangai, jahil dan tidak suka
membaca, dengki dan buruk sangka, mempersendakan agama,
kedekut, suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab, sensitif
dan pemarah akan dielakkan.
3.8.8 Kewajipan Menjalankan Tugas
Sebagai pendidik, saya akan sentiasa bertangungjawab terhadap
tugas yang diberi, tekun dan sabar menjalankan tugas, boleh di harap
untuk menyempurnakan tugas, mementingkan kualiti, bersikap
profesional, cekap, cepat, cermat, berdisiplin dan inisiatif. Saya akan
cuba mengelak daripada bersikap tidak boleh diharap, suka
membangkang dan berdalih apabila diberi tugas, tidak bersungguh-
sungguh, tidak peka kepada kualiti, tidak taat kepada arahan, selalu
buat silap, tidak ikut peraturan dan suka bertangguh.
3.8.9 Kebijaksanaan Berhemat
Saya juga akan sentiasa berhati-hati berbelanja wang peruntukan
yang disediakan kerajaan bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran
kerana ianya datang dari rakyat. Saya juga mesti bertanggungjawab ke
atas setiap perbelanjaan dan tahu membezakan antara keperluan
dengan kemewahan.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
22
3.8.10 Keutamaan Kesabaran
Dalam proses mendidik, saya akan pastikan saya sentiasa
tenang menghadapi masalah yang rumit, mempunyai perhitungan jauh,
tahan menerima cabaran, tidak putus asa, pemaaf dan berhemah tinggi
dan cermat dalam tutur kata. Sifat seperti cepat mengalah,
berpandangan sempit, tidak tahan menghadapi kesusahan, tidak
sanggup berkorban, takutkan cabaran, selalu mengubah pendirian dan
keputusan patut dielakkan.
3.8.11 Peningkatan Bakat
Dalam usaha membentuk modal insan minda kelas pertama,
saya akan sentiasa memberi perhatian dalam memberi dorongan
terhadap kreativiti, memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal,
menggalakkan percambahan fikiran, memberi galakan kepada
pemikiran baru, berani mencuba idea-idea baru, mengenal dan
memupuk bakat yang ada dan menyediakan persekitaran yang dapat
melahirkan idea-idea baru kepada para pelajar saya. Saya tidak akan
memperkecilkan usaha orginal dan berpuashati dengan tahap bakat
yang ada.
3.8.12 Nikmat Mencipta
Saya juga akan menggalakkan pelajar saya supaya berani
mencuba, sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah,
gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pembelajaran,
sentiasa dalam cabaran intelektual, merasa puas kerana sesuatu idea
atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan. Saya juga akan
menanam semangat dalam diri pelajar supaya tidak takut menemui
kegagalan, tidak memandang remeh usaha orang lain, tidak
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
23
berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada dan sabar dalam
pembelajaran.
Secara umumnya, Tonggak Dua Belas merupakan
himpunan nilai-nilai murni yang harus diamalkan dan dihayati oleh
semua penjawat awam termasuk guru. Kejayaan seseorang guru dalam
menghayatinya, secara tidak langsung memberi kesan positif kepada
para pelajar. Dengan itu hasrat kerajaan yang ingin melahirkan modal
insan minda kelas pertama dan berintegriti seperti yang terkandung
dalam Misi Nasional, dan dalam Bab 10 Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) melalui teras Membangun Modal Insan akan
tercapai.
4.0 Penutup
Dalam usaha kerajaan untuk melahirkan generasi modal insan berkualiti
minda kelas pertama, pengamalan nilai-nilai murni, etika, nilai integriti oleh
para pendidik amat penting. Kita tidak dapat nafikan, sistem pendidikan
merupakan agen yang penting untuk melatih dan melahirkan modal insan
berkualiti minda kelas pertama. Tidak mungkin acuan yang tidak sempurna
dapat membuahkan hasil yang sempurna. Walau bagaimanapun, peranan
melahirkan modal insan tidak harus dipertanggungjawab kepada warga
pendidik semata-mata. Ini kerana peranan mendidik pelajar hanya terhad
semasa waktu persekolahan sahaja. Oleh itu peranan ini juga harus dijalankan
oleh semua pihak sama ada institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan. Jika
tidak hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti minda kelas
pertama akan terkubur. Dengan kata lain, matlamat Wawasan 2020 yang
inginkan sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri dan masyarat yang
berintegriti tidak akan tercapai.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
24
SENARAI RUJUKAN
Habibah Elias dan Noran Fauziah (1997). Psikologi personaliti. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jas Laile Suzana (2000).Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dwibahasa, (1985). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kertas kerja dibentangkan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
bertajuk “Mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintegriti Melalui Sistem
Pendidikan Berkesan” sempena Sidang Plenary Konvensyen Integriti
Nasional, Institut Integriti Nasional (IIM) di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya pada 06 September 2007.
Mok Soon Sang (2007), Kursus penilaian tahap kecekapan (P.T.K),,
Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.
Pelan Integriti Nasional (2004), Edisi Pelancaran PIN, Institut Integriti Nasional
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Perancangan Bersepadu Penjana
Kecemerlangan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Petikan Ucapan Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri
Malaysia, semasa melancarkan Gerakan Pemantapan Keutuhan
Pengurusan Kerajaan Malaysia, di Ibu Pejabat BPR Persiaran Duta, 8
Januari 1998.
Petikan Ucapan Y.Bhg Dato’ Normah Bt Md. Yusof, Ketua Pengarah MAMPU
semasa Perhimpunan Bulanan MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, 19
September 2007.
No. Kad Pengenalan: 641226-03-5477
25
Zuriadah Abdul Rahman (1994), Kaunseling dalam pengurusan, Kuala Lumpur:
times Book Internasional.
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/soalanlazim/nb_soalan_lazim.aspx