Jawapan Esei n Srtuktur (Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak)
Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1
-
Upload
norazrinnorrahim -
Category
Documents
-
view
667 -
download
1
Transcript of Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1
MENGESAN PERLAKSANAAN AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
MENINJAU PERSEPSI UMUM DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI
PERKHIDMATAN
Pendahuluan
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan
sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan
perkhidmatan kepada murid, malahan juga kepada warga sekolah dan masyarakat
sekitar di samping menjadi tunggak pengurusan pembangunan murid. ( Muhyiddin
Mohd Yassin,2009).
Melalui petikan kata – kata di atas dapat lah disimpulkan bahawa bimbingan dan
kaunseling mempunyai kepentingan yang amat besar kepada komuniti di dalam
sekolah di mana terdiri daripada guru, pentadbir, murid, dan kakitangan sokongan. B&K
membantu di dalam mebentuk bukan sahaja keperibadian atau jatidiri murid, ia juga
secara langsung membentuk jasmani, emosi, dan sosial murid agar pemeringkatan
berterusan mereka bergerak selari seimbang kesemua aspek dan tidak ada yang
ketinggalan. Hasil daripada keseimbangan kelima spek tersebut maka lahirlah murid
yang mana menepati semua kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan murid yang berketerampilan, berkeyakinan dan bijak.
Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh
dikawal. Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. Guru
bimbingan pula perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan
tidah sihat. Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di
antara guru, murid, guru bimbingan dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang
berkenaan. Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang
bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling. Guru ini tidak digelar
kaunselor kerana meereka tidak ada pentauliahan di dalam bidang kaunseling dan tidak
ada perlantikan dari pihak atasan.
Esei laporan Bimbimngan Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai
Besi 1.
Bahagian A – Perlaksanaan aktiviti – aktiviti kaunseling di SKJSB1
Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi Satu terletak di Kuala Lumpur
mempunyai unit Bimbingan dan Kaunseling yang menawarkan pelbagai perkhidmatan
kepada murid di sekolah tersebut dari segi bimbingan dan juga kaunseling. Oleh kerana
murid di sekolah tersebut tidak melebihi sertus lima puluh orang, jadi hanya seorang
guru kaunselor yang mendapat pentauliahan dalam kaunseling yang mengendalikan
unit tersebut. Bagi aktiviti bimbingan pula semua guru di sekolah tersebut terlibat secara
langsung dan bekerjasama dalam membimbing murid ke arah yang lebih cemerlang.
Seperti yang diketahui setiap unit di naungi oleh guru besar sekolah tersebut,
dan guru besar SKJSB1 adalah Tuan Haji Badarudin Bin Seradi dan di bawah nya
adalahketua unit bimbingan dan kaunselin iaitu Puan Rodzillah binti Mohd Rejab yang
telah dilantik menjadi kaunselor di sekolah tersebut. Sehubungan dengan itu semua
guru diletakkan di bawah Puan Rodzillah sebagai guru pembimbing. Melalui perbualan
bersama kaunselor saya dapat mengumpul banyak maklumat mengenai unit bimbingan
dan kaunseling sekolah tersebut. Pelbagai kenangan pahit manis, cabaran dan
anugerah yang diterima di atas hasil kerja gigih beliau dalam usaha membimbing murid
agar seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara , dan juga visi dan misi sekolah.
Dalam tahun 2010 unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan lebih dari
lima program yang berkisarkan bimbingan dan kaunseling dari pelbagai aspek. Para
guru tidak lokek meyumbangkan tenaga dan wang ringgit dalam mengumpul dana serta
menjayakan aktiviti di bawah tadbiran unit bimbingan dan kaunseling. Antara program
yang telah dijalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling adalah kaunseling, ceramah,
pertandingan, pemilihan, penyelesaian masalah, membantu murid bermasalah,
perkhidmatan nasihat sepanjang masa, pemantauan bertereusan, sesi lawatan, dan
pelbagai lagi aktiviti atau program yang dijalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling.
Saya akan menerangkan setiap satu aktiviti yang telah dijalankan di sekolah
tersebut sepanjang tahun 2010 yang telah dikendalikan oleh unit bimbingan dan
kaunseling. Aktiviti pertama adalah ceramah, ceramah yang berkisarkan bimbingan dan
kanseling. Pihak sekolah akan menjemput penceramah luar yang mempunyai
pentauliahan dan perakuan di mana sesuai untuk menjadi kaunselor memberikan
ceramah mengenai kaunseling kepentignan kaunseling masalah yang boleh dikongsi,
kelebihan kaunseling, apa perkhidmatan yang ditawarkan, hak – hak pelajar, cara
mengendalikan masalah, dan pelbagai lagi. Para guru akan bersama sama
bekerjasama dengan kaunselor sekolah dalam menyediakan segala kelengkapan
untuk ceramah seperti kawasan, pameran, projektor, makan, dan minum pelajar dan
juga penceramah. Selain dari murid didedahkan mengenai kaunseling secara terperiinci
murid juga turut didedahkan mengenai beberapa perkara lain seperti keselamatan di
sekolah dan dirumah, talian – talian yang boleh dihubungi jika berlaku masalah dan
kepada siapa murid boleh mengadu selain dari ibu bapa mereka di rumah.
Aktiviti kedua pula ialah pertandingan yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan
kaunseling SKJSB1. Pertandigan yang dianjurkan oleh unit B&K adalah pertandingan
mewarna bagi murid tahap satu dan pertandingan melukis poster bagi murid tahap dua.
Selain itu ada juga pertandingan perbahasan, pertandingan bercerita, hadiah
disediakan oleh unit B&K sendiri. Murid yang memenangi pertnadingan berpeluang
mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi dan jika mempunyai kemahiran dan
kecekalan murid mungkin boleh mewakili peringkat negeri. Tujuan pertandingan
diadakan adalah untuk menyediakan platform atau landasan murid mencungkil bakat
terpendam mengasha bakat yang sedia ada agar lebih Berjaya dan berpeluang
mengesan kebolehan diri dalam mengecapa kejayaan selain dari cemerlang di dalam
peperiksaan. Pertnadingan biasanya diselaraskan format pertandingan dengan
peringkat zon agar murid boleh menunjukkan potensi mereka sepenuhnya ketika di
peringkat zon. Kaunselor sekolah membanting keringat naik turun PPD agar
pertandingan mencapai objektif dan selaras dengan visi dan misi sekolah.
Selain dari kaunseling dan bimbingan unit B&K juga menyediakan khidmat
nasihat bukan sahaja kepada murid bahkan kepada ibu bapa dan penjaga murid
sekolah tersebut. Mereka boleh membuat temujanji dengan kaunselor dan berjumpa
dengan kaunselor membincangkan masalah berkaitan murid tidak kira lah dari segi
pelajaran, kewangan,perangai, cara mengajar dan sebagai nya selagi ia berkaitan
dengan kecemerlangan murid boleh dibincangkan. Kaunselor akan cuba untuk mencari
kaedah atau cara dalam masalah atau isu yang timbul dan diutarakan ketika
pertemuan. Murid juga boleh duduk berbincang dengan guru pembimbing atau
kaunselor sendiri ketika waktu rehat kerana ketika waktu rehat dibuka untuk murid
bukan sahaja untuk membincangkan masalah bah kan boleh duduk berbincang
mengenai hal pelajaran dengan rakan, berehat, dan juga membaca buku. Ini kerana
suasana kondusif dan teraputik di bilik kaunseling menimbulkan perasaan tenang dan
gembira pada murid, menyegarkan semula badan dan minda mereka untuk
meneruskan sesi P&P selepas rehat.
Selain itu unit B&K juga turut mengadakan program – program membina seperti
ceramah kerjaya, kempen budi bahsa dan pelbagai lagi untuk membina mental, fizikal,
dan sahsiah murid agar setiap murid yang keluar dari sekolah tersebut seimbang dari
segi jasmani, emosi, roahani, intelek dan sosial selaras dengan kemahuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta visi dan misi yang telah ditetapkan.program dan kempen
diadakan dengan bantuan para guru semua, kadang kala unit B&K menjemput
penceramah luar, badan persatuan luar seperti prostar dimana menjalankan kempen
mengenai dadah contohnya. Kadangkala guru atau kaunselor sendiri yang
mengendalikan secara menyeluruh kempen atau program yang telah dirancang.
Kebanyakkan kempen telah dirancang pada awal tahun tetapi ada juga program atau
kempen yang dijalankan secara mengejut atau ad hoc kerana permintaan pihak atasan
suapaya dijalankan disetiap sekolah, dan pihak B&K dipertanggungjawabkan untuk
menjalankan program tersebut contoh program seperti H1N1, denggi, dan beberapa
program lain.
Kaunseling berfokus juga adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh
unit B&K sekolah kepada murid, kaunseling berfokus adalah sesi kaunseling secara
formal dimana masalah murid dikenal pasti murid akan diminta hadir atau pun sukarela
hadir untuk menghadiri kaunseling berfokus. Guru akan menetapkan segalanya murid
hanya perlu hadirdan melibatkan diri dalam sesi kaunseling tersebut, ia terbahagi
kepada dua iaitu individu dan kumpulan. Murid dikehendaki menghadiri kaunseling
individu sebelum pergi menghadiri kaunseling berkumpulan. Hanya kaunselor akan
mengendalikan sesi ini kerana hanya beliau mempunyai pentauliahan bebrbanding guru
kain yang mana hanya dilantik sebagai guru bimbingan sahaja. Kadangkala jika kes
atau masalah yang dihadapi terlampau rumit ibu bapa di minta untuk hadir bersama
agar masalah yang timbul dapat diatasi dan ditangani.
Perkhidamatan terakhir yang ditawarkan oleh unit B&K SKJSB1 adalah lawatan
ke rumah pelajar yang telah dikenali mempunyai masalah yang agak berat. Tujuan
lawatan adalah mencari punca masalah dari akar umbinya, merapatkan hubungan ibu
bapa dengan guru. Selain itu guru dan kaunselor boleh mencadangkan beberapa jalan
penyelesaian kepada ibu bapa agar masalah dapat diatasi dan dielakkan dengan lebih
pantas dan lebih berkesan. Lawatna diadakan dengan dua cara iaitu mengejut atau
dengan menghantar surat kepada ibu bapa pelajar.
Semua perkara diatas adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak B&K
SKJSB1 kepada kurid muridnya agar mereka boleh Berjaya dalam kehidupan dan
cemrelang dalam pelajaran. Contoh perkhidmatan yang telah dijalankan sepanajang
tahun 2010 berdasarkan aspek yang telah diterangkan adalah ceramah kerjaya,
kempen anti dadah, perjumpaan ibu bapa, kempen budi bahasa, ceramah ponteng
sifar, sesi kaunseling berpusat, penjualan air dan batches, bimbingan berterusan,
program anak angkat, dan program motivasi akademik.
Bahagian B – meninjau persepsi guru dan murid mengenai keberkesanan
perkhidmatan.
Melalui temubual guru dan murid disekolah tersebut dapat lah dirumuskan
beberapa perkara iaitu masalah yang sering dihadapi, halangan yang terpaksa dilalui
guru, tahap keberkesanan, serta kelebihan atau kebaikan, hasil daripada semua aktiviti
yang telah dilakukan atau dijalankan oleh unit B&K. perkara pertama yang dirumuskan
adalah jenis masalah yang timbul, melalui temubual dapatlah dirumuskan bahawa
masalah yang seringkali berlaku disekolah tersebut adalah ponteng, tidak kira samada
ponteng kelas atau pun ponteng sekolah. Boleh dikatakan di dalam satu kelas pastinya
ada seorang murid yang akan melakukan kesalahan ini acap kali. Masalah kedua
adalah tidak membawa buku teks dan buku latihan. Masalah ini telah menjadi
kelaziman kepada setiap pelajar bukan pelajar tertentu sahaja tetapi perbezaan nya
adalah kekerapan murid melakukan masalah tersebut. Yang menjadi kemarahan
adalah semua buku teks dibekalkan secara percuma kepada semua murid disekolah
tersebut tetapi murid tidak memanfaatkan buku pinjaman yang telah dibekalkan.
Masalah ketiga adalah ejek mengejek, ia mungkin kelihatan remeh tetapi melalui
ejek ini lah timbulnya masalah murid bergaduh, murid tercedera dan mungkin
membawa kepada pergaduahan luar sekolah serta kemungkinana yang paling teruk
adalah kematian.masalah keempat pula adalah mencuri walau pun perkara ini tidak
selalu berlaku tetapi ia tergolong dalam masalah utama disekolah ini. Ada beberapa kes
yang melibatkan pelajar sekolah tersebut dengan kecuriaan duit, barang dan makanan.
Masalah terakhir yang dapat di rumuskan sebagai masalah utama adalah masalah
keluarga. Kebanyakkan murid di sekolah ini berlatarbelakang kan dari keluarga yang
berpebdapatan rendah. Masalah kelaurga ini boleh menjadi punca kepada kes
kecurian, pergaduahan, dan beberapa kes besar yang mungkin melibatkan pihak polis.
Selain dari jenis masalah melalui temubual juga saya dapat merumuskan
kelebihan yang boleh didapati pada program dibawah unit B&K. antara kelebihan yang
yang sering kali disebut guru dan murid adalah, keberkesanan unit B&K dalam
meingkatkan semangat murid dalam pembelajaran . Selain itu kejayaan unit dalam
membanteras jenayah kecurian, merokok di dalam kawasan sekolah dan juga
mengurangkan aktiviti ejek mengejek diantara murid. Selain itu unit Berjaya
meningkatkan tahap adab sopan dan pemahaman murid norma masyarakat dalam
kehidupan melalui program budi bahasa.
Perkara terakhir yang dapat dirumuskan melalui temubual adalah halangan yang
dihadapi oleh guru dalam menjayakan semua aktiviti yang berpusatkan bimbingan dan
kaunseling serta kepayahan yang dihadapi oleh unit yang dapat dilihat melalui mata
warga SKJSB1. Halangan pertama adalah kekangan masa bagi kaunselor di man
beliau juga diminta untuk mengajar, juga kekangan masa kepada murid dimana jaudal
waktu belajar yang padat. Kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa mengenai hal
kaunseling kerana kepada mereka kaunseling adalah tidak penting dan hanya
membuang masa sahaja. Murid jarang datang secara sukarela ke bilik kaunseling guru
harus mencari, memujuk, membawa murid ke bilik kaunseling untuk terlibat sama
dalam aktiviti kaunseling bagi menangani masalah yang dihadapi.
Menurut dari temubual yang telah dijalankan tahap keberkesanan yang dapat
dilihat dalam setiap program adalah tinggi. Program yang dijalankan meninggalkan
impak yang amat besar kedalam diri sebahagian besar murid disekolah tersebut. Setiap
program dirancang dengan teliti agar masa yang digunakan adalah minimum tetapi
kualiti masa digunakan sepenuhnya. Contohnya yang telah disebutkan oleh guru dan
murid yang memberikan kesan atau impak yang besar ketahap perubahan murid kea
rah kebaikan adalah, program budi bahasa dan perubahan yang dapat dilihat adalah
hampir semua murid kini member salam kepada guru ketika berselisih di sekolah, dan
kesan nya sehingga sekaran dan mungkin berlarutan. Kedua adalah program
kaunseling berfokus dan perubahan yang dapat dilakukan peratus kecurian telah turun
sehingga kosong peratus dan kes ponteng dapat dikurang daripada lima pelajar kepada
dua pelajar sahaja yang masih lagi di dalam pemantauan unit. Satu lagi program yang
menunjukkan hasil yang memberansangkan adalah program motivasi dimana murid
telah mula mengorak langkah untuk menentukan halatuju cita – cita murid telah mula
mempunyai subjek kegemaran mereka yang menjurus kepada cita – cita mereka dan
mencapai kemajuan yang memberansangkan dalam peperiksaan.
Melalui temubual dan rumusan yang telah dibuat boleh dikatakan bahwa unit
B&K mempunyai kepentingan tersendiri di sekolah dan membanut dari pelbagai aspek
dalam meningkatkan pemeringkatan berterusan prestasi pelajar. Walaubagaimanapun
mereka tetap menghadapi beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan kerana tidak
cukup nya kakitangan dan ada sebahagian individu yang tidak ingin membuka minda
untuk bekerjasama bagi meningkatkan perstasi murid agar seimbang dari semua spek.
Beberapa lagi masalah kecil yang tidak dinyatakan kerana ia bukan lah sesuatu hal
yang besar bagi unit B&K seperti kewangan, maslah murid contohnya kurang adab
sopan, tidak menumpukan perhatian dalam kelas, mengganggu murid lain dan
sebagainya kerana ia bukan masalah major yang tidak boleh ditangani oleh guru
bimbingan lain.
Bahagian C – Cadangan penambahbaikkan.
Sudah semestinya di dalam sesuatu usaha akan berlaku nya beberapa kesilapan
di mana kadang kala kita manusia biasa akan terlepas pandang tetapi ada juga yang
akan dapat melihat masalah tersebut. Selain itu juga aka nada halangan yang akan
wujud di mana akan menyulitkan sesuatu perkara tersebut untuk dijayakan.
Walaubagaimana pun disebalik masalah dan halangan pasti akan ada cara untuk
mengatasi masalah tersebut atau cara penambah baikkan yang boleh dilakukan agar
perkara atau kesilapan yang sama tidak berlaku lagi di masa hadapan.
Pertama perkara yang perlu dilakukan adalah menambah bilangan kaunselor di
sekolah tidak perlulah untuk meminta kepada pihak atasan untuk dihantar kaunselor
baru ke sekolah tersebut. Kita boleh menghantar guru – guru yang ada disekolah untuk
kursus untuk melayakkan mereka mereka untuk seorang kaunselor sekurang
kurangnya seorang ini untuk meringkan beban yang terpaksa ditanggung seorang guru
kaunseling di sekolah tersebut. Selain itu dengan perlantikan atau penambahan guru
kaunseling boleh mengoptimumkan penggunaan bilik kaunseling di mana bilik
kaunseling sentiasa akan kaunselor di dalam nya dan murid boleh berjumpa dan
bertandang ke bilik kaunseling pada bila bila masa sahaja.
Kedua adalah bilik kaunseling itu sendiri. Sememangnya bilik kaunseling di
sekolah ini boleh dikatakan kondusif dan teraputik tetapi saiz adalah kecil. Bilik tersebut
hanya boleh menampung beberapa pelajar sahaja pada satu satu sesi. Jika boleh
diperluaskan sedikit bilik tersebut agar bilangan murid yang berada did dalam sesi
bertambah dan murid mempunyai ruang individu dan ruang bebas yang agak luas dan
selesa dan mungkin meningkatkan minat dan keyakinan mereka dalam melibatkan diri
adalam aktiviti atau sesi kaunseling yang telah dirancang oleh kaunselor. Selain itu
kaunselor boleh menambah aksesori atau bahan untuk kaunseling supaya sesi tersebut
lebih berkesan lagi. Ini kerana terdapat lagi bahan yang terpaksa disimpan ditempat lain
akibat daripada ruang legar di dalam bilik yang terhad dan kecil.
Selain itu tugas guru kaunseling juga terlampau banyak. Beliau sering dibebani
dengan tugas yang tidak seharusnya dilakukan oleh beliau seperti mengajar,
menguruskan pusat sumber dan pelbagai lagi. Pada asalnya guru kaunseling sekarang
adalah sepenuh masa tetapi selepas berlaku rombakan penjawatan guru kaunseling
sekarang menajdi guru kaunseling separuh masa. Selain itu dapat dilihat guru
kaunseling dibebankan dengan kerja-kerja yang dilihat tidak relevan dengan tugas guru
kaunseling. Contohnya seperti menjaga kolam ikan serta membaiki peralatan yang
rosak. Ini menyebabkan guru kaunseling kekurangan masa untuk merancang aktiviti
yang berkesan bagi murid disebabkan tugasan yang tidak sesuai dan juga kerana
beliau terpaksa mengajar di dalam kelas. Oleh itu, pihak pentadbir perlu memastikan
bahawa guru kaunseling tidak dibebankan dengan tugasan yang mengarut.
Pada pendapat saya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dipertingkatkan
lagi dari segi pengurusannya supaya pelajar boleh berkunjung ke bilik bimbingan dan
kaunseling dan dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Dalam
memastikan billik tersebut lebih teraputik, bilik tersebut perlulah dipasang penghawa
dingin agar murid lebih selesa ketika sesi kaunseling. Pembelian LCD, Radio mahupun
television perlulah dilakukan dan diletakkan di bilik kaunseling agar ianya dapat
membantu semasa sesi kaunseling. Pemilihan warna dan hiasan dalaman juga akan
menjadikan bilik itu lebih kondusif. Pengedaran risalah dan juga diadakan papan
kenyatan bagi unit bimbingan dan kaunseling agar murid lebih maklum dengan segala
aktiviti ataupun program yang akan dijalankan. Setiap maklumat yang ingin
disampaikan juga haruslah menarik dan mudah difahami oleh murid-murid tersebut.
Harapan saya agar unit B&K dapat mencapai semua sasaran yang telah
ditetapkan pada tahun ini dan mungkin juga menambahbaik dengan cadangan yang
telah diberikan supaya peningkatan murid dapat dimaksimumkan dan bilik kaunseling
menjadi tempat utama yang sering dikunjungi samada bermasalah atua pun tidak.
Lampiran.
soalan temubual.
1. Apakah pendapat anda mengenai bimbingan dan kaunseling disekolah ini?
2. Kelemahan yang terdapat pada unit bimbingan dan kaunseling di sekolah ini.
3. Kelebihan yang ketara dapat dilihat pada setiap program yang dijalankan oleh
unit bimbingan dan kaunseling.
4. Penambahbaikkan yang seharusnya dilakukan.
5. Jenis masalah yang sering berlaku disekolah.
6. Pentingkah bimbingan dan kaunseling ?
Gambar.