Esaimen muzik

download Esaimen muzik

of 8

description

Muzik

Transcript of Esaimen muzik

Aaron Lee Hsien Liang PISMP BI SK 1 Jan 2013Huraikan perkembangan vokal kanak- kanak dan remaja.Perkembangan vokal boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu kanak-kanak dan remaja peringkat asas kanak-kanak (6-7 tahun), peringkat pertengahan kanak-kanak (8-9 tahun), dan peringkat akhir kanak-kanak (10-11 tahun). Perkembangan vokal mereka adalah berbeza kerana kematangan suara mereka dan kematangan ini boleh memberi mereka menyanyi dengan cara yang berbeza serta dapat menarik nada vokal yang berbeza sama ada tinggi ataupun rendah. Pada peringkat bawah kanak- kanak adalah daripada umur 6 tahun sehingga 7 tahun. Kanak kanak sekolah rendah dan kanak kanak pra sekolah mempunyai ciri- ciri yang sama dalam vokal mereka. Ciri yang pertama adalah mereka mempunyai pertuturan yang agak kurang jelas. Ini mungkin kerana gangguan struktur gigi depan yang kemungkinan besar untuk tanggal kerana penumbuhan gigi yang baru. Selain itu, mereka tidak mengenali melodi dan irama secara semula jadi. Mereka perlu imitasi melodi dan irama oleh guru belajar bunyi dan cara imitasi ini berguna untuk menarik perhatian mereka. Renj suara mereka juga luas kerana suara mereka belum matang tapi kurang stabil. Walaupun mereka masih kecil tetapi kesedaran mereka terhadap tonality adalah baik kerana dapat merasa nada yang dinyanyikan. Mereka juga berupaya untuk memainkan alat perkusi yang mudah kerana pembinaan kemahiran motor mereka semakin luas. Untuk membantu mereka, guru boleh membuat latihan dalam kumpulan untuk membantu mereka untuk bekerjasama dan membantu dari aspek nyanyian mengikut pic yang betul.

Bagi pengalaman muzikal pula dalam peringkat ini, mereka dapat menyanyi lagu- lagu dalam skel pentatonik yang paling mudah seperti Twinkle twinkle little Star yang menggunakan skel pentatonik do.Lagu seperti ini memudahkan mereka untuk menyanyi dan mengenali bunyi lagu tersebut. Untuk renj vokal mereka adalah antara not D hingga not D. Ia bermaksud renj ini boleh satu satu oktaf lebih tinggi dari C tengah dan dua oktaf lebih tinggi dari C tengah. Mereka juga boleh membuat aktiviti yang bercorak boneka dan prop untuk membantu respon mereka terhadap lagu. Mereka boleh menggunakan objek ataupun gambar untuk membantu mereka untuk memahami apa yang mereka tengah nyanyi.

Peringkat seterusnya adalah peringkat pertengahan kanak- kanak. Peringkat ini adalah daripada umur 8 tahun sehingga 9 tahun. Pada peringkat ini, perkembangan mereka dapat membantu mereka dalam menghasilkan aktiviti muzikal yang semakin baik. Kanak-kanak pada peringkat ini telah boleh berinteraksi dengan elemen-elemen muzik dalam permainan yang berbentuk kreatif. Terdapat beberapa ciri berbentuk individu yang boleh dikenalpasti. Ciri yang pertama adalah kemahiran motor halus mereka semakin meningkat. Perkembangan motor halus ini adalah penting kerana dengan perkembangan ini guru boleh berfikir dan merancang kesesuaian aktiviti yang akan dijalankan di dalam kelas. Motor halus ini adalah seperti memegang pensil dan lebih kepada kekuatan jari. Oleh itu, dengan perkembangan motor halus ini, cikgu boleh memberi murid- murid mereka untuk menggunakan alat perkusi yang senang ataupun boleh menggunakan bunyi dari jari mereka seperti memetik jari sambil menyanyi. Selain itu, pada peringkat ini, keinginan mereka untuk belajar dan mengetahui sesuatu adalah tinggi kerana mereka adalah masih kanak kanak. Oleh itu, setiap benda yang mereka melihat akan membuat mereka berasa curiga dan sikap ingin tahu. Selain itu, mereka akan mengambil cikgu mereka sebagai role model dalam hidup mereka sebab mereka akan imitasi atau meniru model orang yang lebih dewasa menjadi ikutan mereka. Cikgu harus berhati- hati ketika mengajar subjek muzik ini kerana kalau ilmu yang diajar adalah salah maka mereka akan mengikuti bersama sebab mereka masih kecil dan tidak dapat berfikir betul atau salah.

Bagi ciri- ciri muzikal mereka pula adalah mereka mempunyai kebolehan untuk menyanyi dengan pic yang tepat dan betul kerana pemikiran mereka mula untuk matang dan mereka dapat mengingat bunyi pic tetapi cikgu harus sentiasa mengulang bunyi tersebut supaya mereka dapat menangkap bunyi tersebut dan ingat dalam ingatan mereka. Renj vokal mereka adalah antara not C hingga ke E. Ini bermaksud mereka dapat membunyikan bunyi vokal satu oktaf lebih tinggi dari C dan dua oktaf lebih tinggi dari C tengah. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk melakukan improvisasi untuk membantu nyanyian suara dalam koir dan karektor nyanyian mereka diperkembangkan dan semakin jelas. Oleh itu, bentuk nyanyian seperti ostinato,pusingan,dron dan lapisan suara mudah boleh diperkenalkan. Pengalaman mereka dalam bidang muzik ini juga boleh meningkat melalui improvisasi membantu dalam literasi muzik seperti mencipta bunyi irama ataupun rentak irama muzik yang lain tetapi menggunakan tempo yang sama.

Peringkat yang terakhir adalah peringkat kanak- kanak yang berusia daripada usia 10 tahun sehingga 11 tahun. Peringkat akhir kanak-kanak dipengaruhi oleh tumbesaran yang ketara dan menimbulkan ketidak selesaan kepada mereka. Pada peringkat ini aktiviti berbentuk ensembel muzik,vokal dan kebolehan intelek berada diparas yang baik.Pada peringkat ini, kita boleh melihat perbezaan pertumbuhan fizikal ketara antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mempunyai kebolehan berfikir meningkat dan kemampuan menyatakan idea abstrak dan pemikiran simbolik. Mereka juga mempunyai perasaan ingin tahu tentang dunia luar begitu ketara.Pada peringkat akhir ini, ciri- ciri muzikal mereka adalah bagi suara lelaki mencapai tahap perubahan dan suara perempuan telah boleh mencapai renj antara Bb ke F. Mereka juga mempunyai koordinasi yang baik. Mereka mempunyai kebolehan untuk memainkan alat seperti piano, alat orkestra dan perkusi berpic sebab otot- otot di jari mereka semakin kuat. Ini menyebabkan mereka untuk senang menekan atau bermain alat muzik. Koordinasi mereka juga membantu mereka untuk bermain alat muzik yang melibat beberapa anggota badan untuk bergerak serentak. Namun begitu, beberapa aktiviti pergerakan berbentuk muzikal kurang diminati namun mereka berminat dalam bentuk muzik yang mengikut trend serta boleh menilai kebolehan sendiri. Pada peringkat ini juga sesuai untuk unsur muzik yang pelbagai sudah boleh diterapkan pada masa ini kerana mereka dapat belajar dengan laju dan pendedahan yang awal kepada mereka.

Cadangkan beberapa teknik yang sesuai dilaksanakan untuk menangani masalah nyanyian dalam bilik darjah.

Dalam bidang muzik atau nyanyian, terdapat juga masalah- masalah yang boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran muzik ini terganggu. Oleh it, bagi mengatasi masalah kekangan masa, guru ataupun pengarah muzik boleh menyediakan prosedur latihan yang lebih jelas dengan menyediakan satu jadual terperinci berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan secara teliti dapat membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar dan melatih dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat menjimatkan masa yang banyak sekali gus mengelakkan daripada buku dan skor latihan telah diterbitkan untuk tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati timbulnya pelbagai masalah kelak.

Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru menjadikan latihan corak irama sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warmup. Perkenalkan beberapa corak irama pada setiap kali latihan yang dijalankan. Ia perlu diperkenalkan mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah kepada tahap yang lebih mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti menerusi laman web yang boleh diterokai menerusi Internet. Latihan ini telah disediakan mengikut tahap-tahap tertentu oleh golongan profesional. Guru juga boleh menganalisa nilai bagi corak irama tersebut agar pelajar faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian. Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang lambat dan lajukan tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga pelajar dapat menguasainya secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain ialah corak irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama denganbetul. Selain itu, latihan nanyian berbentuk vocal drill berupaya menangani masalah dalam nyanyian. Bentuk latihan seperti huming, penggunaan vocal ma,me,mi mo turut boleh membantu memperbaiki nyanyian

Contoh latihan nyanyian yang boleh diaplikasi ketika vocal drill. a)Membunyikan H

b)Bunyi bisikan

c)Latihan suspension secara legato.

Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain dengan ton yang baik. Kaedah ini memerlukan kepada beberapa arahan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan dengan member arahan atau panduan kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta mudah difahami. Ini penting agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan diperhatikan. Pelajar perlu diminta untuk membuat komen terhadap persembahan tersebut sebaik sahaja persembahan tamat. Bagi mengatasi masalah berkaitan sinkopasi pula, satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Selain itu, pelajar perlu menanda downbeats dengan pensel pada skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.

Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit sekiranya tidak diatasi dengan baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar latihan pendengaran dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi latihan. Latihan ini akan memberi fokus kepada ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan semasa melakukan warm-up. Selain itu, cikgu di sekolah juga boleh mengajar bahawa proses menghasilkan vokal menggunakan pernafasan daripada diafragma. Pelajar atau kanak-kanak yang menyanyi dengan pernafasan yang tidak betul akan menghasilkan pic yang tidak tepat dan suara yang tegang. Postur yang betul turut mempengaruhi penrnafasan dan ini membantu dari segi penghasilan vokal yang baik. Contoh postur yang betul

Memberi arahan semasa permainan ensembel bertujuan untuk memperbaiki persembahan terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula dan akhir, frasa, dinamik, artikulasi dan sebagainya. Terdapat dua kaedah yang digunakan semasa latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan menggunakan suara. Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak badan dan tangan dengan disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya berkesan jika pelajar telah dilatih dengan betul. Ia memerlukan latihan yang berterusan sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi semua murid.

Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian di dalam nyanyian. Konduktor perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut ekspresi yang diinginkan. Konduktor perlu memberi penerangan mengenai bagaimana dan kenapa ekpresi sangat penting semasa persembahan. Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif.

Selain itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sampingan berkaitan kumpulan penyanyi yang akan dibentuk di sekolah, uji bakat perlu dilaksanakan. Uji bakat adalah bertujuan mendapatkan ahli-ahli yang benar-benar mempunyai potensi dan kemampuan dalam nyanyian. Dalam hal ini, kita sebagai guru muzik perlu tahu berapa bilangan ahli koir atau pemuzik yang diperlukan. Jumlah ahli akan mempengaruhi bunyi keseluruhan yang dihasilkan nanti. Ini memudahkan proses keseimbangan bunyi. Melalui uji bakat juga kita dapat memilih ahli yang betul-betul berdisiplin dan komited terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Refleksi

Kerja kursus ini telah mengajar saya banyak benda dan ilmu kepada saya. Melalui kerja kursus ini, saya baru dapat tahu perbezaan vokal kanak kanak dan remaja. Selama ini saya ingat bahawa muzik hanya menyanyi dan diajar begitu sahaja tetapi kalau mengikut peringkat peringkat tersebut mereka mempunyai proses dalam pembesaran serta vokal mereka dan maklumat sebegini dapat membantu saya dalam masa hadapan semasa saya menjalan praktikum atau menjadi cikgu muzik secara rasminya. Saya akan dapat merancang pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya dengan lebih efektif dan berkesan kerana saya mengadakan P&P saya mengikut peringkat mereka. Oleh itu, saya juga tidak harus marah kalau mereka tidak dapat melakukan aktiviti tersebut jika aktiviti saya tidak sesuai dengan mereka kerana mereka tidak bersedia lagi untuk melakukannya atau tidak dapat melakukannya. Saya juga belajar bahawa sebagai seorang cikgu muzik, ilmu saya dalam bidang muzik ini haruslah banyak dan kreatif untuk melakukan aktivit yang menarik kerana saya sedar walaupun saya pandai bermain alat muzik tetapi saya tidak pandai dalam bab teori muzik dan ini akan menyebabkan saya mengalami kesusahan pada masa hadapan kerana muzik bukan sahaja bermain dan bernyanyi tetapi mereka juga kena belajar notasi muzik dan bunyi bunyi tersebut. Oleh itu, kalau saya sendiri tidak mahir, bagaimana saya akan mengajar mereka. Banyak aspek muzik yang saya harus dalami untuk menjadi role model yang baik kepada mereka dan tidak mengajar benda yang salah kepada mereka.Oleh itu, kerja kursus ini telah memberi saya untuk masa untuk berfikir dan mengenal pasti kelemahan saya dan perkara yang saya harus lakukan untuk memperbaiki kelemahan- kelemahan saya ini. Baru saya tahu bahawa mengajar muzik untuk hanya elektif dan hanya 30 minit sahaja di sekolah tetapi 30 minit tu haruslah digunakan dengan baik untuk melaksanakan P&P yang mantap dan subjek ini tidak senang untuk mengajar dan kanak kanak akan senang bosan jika dilakukan benda yang sama sahaja untuk sepanjang tahun tanpa apa apa aktiviti yang menarik dan mereka tidak dapat menimba pengetahuan yang baru dalam bidang muzik. Pada masa ini, saya harus membuat mereka untuk berminat dalam melibatkan diri mereka dalam bidang ini kerana mereka lebih senang untuk belajar berbanding apabila usia mereka semakin meningkat. Tambahan pula, pendedahan awal kepada mereka adalah bagus supaya banyak ilmu dan pengetahuan yang baru dan menarik mereka pelajari pada usia yang muda ini dan senang untuk melatih mereka untuk menjadi lebih bagus sebab mereka mempunyai masa yang panjang untuk meningkat kemahiran mereka lebih lebih lagi kalau mereka berbakat. Bakat sebegini tidak harus dibazirkan begitu sahaja. Saya harap ilmu ilmu ini dapat saya gunakan dan mengaplikasikan pasa masa hadapan. Page | 8