ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep...

28
PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI ERZAWANI BINTI JAMALUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep...

Page 1: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI

ERZAWANI BINTI JAMALUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari
Page 3: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari
Page 4: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP

KONSEP ISLAM HADHARI

ERZAWANI BINTI JAMALUDIN

Laporan Projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malysia

MEI 2008

Page 5: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari
Page 6: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

iii

DEDIKASI

Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untukNya,

Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,

Dengan RedhaNya Atas Segala ketentuanku,

Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia,

Nabi Muhammad s.a.w,

Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia,

Dari Kegelapan Kepada Cahaya.

Ibu dan Ayah yang amat dikasihi..

Jamaludin Bin Hassim dan Fauziah Binti Atan,

Curahan kasih sayang yang tiada bertepian untuk anakmu ini,

Pengorbanan yang tidak mampu kubayar,

Hanya doa yang ku abadikan dalam doa-doaku,

Agar ibu dan ayah sentiasa di bawah lindunganNya,

Di Dunia dan Di akhirat sana Kelak..

Buat suamiku yang dicintai..

Abdul Razali Bin Bachok @ Abd.Rahman,

Terima Kasih di atas tunjuk ajar dan sokongan,

Semoga bahtera yang dibina akan terus berkekalan,

Dikurniakan cahaya mata dan penyejuk hati yang soleh dan solehah,

Bahagia dunia dan akhirat..

Abang-abang dan adik-adik yang disayangi..

Teruskan perjuangan hidup kalian untuk mencapai cita-cita,

Persaudaraan selamanya,

Semoga Allah merahmati kalian selamanya..

Pensyarah-pensyarah yang dihormati..

Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan tidak mampu diungkapkan,,

Sejuta penghargaan di atas semua didikan dan tunjuk ajar,

Semoga redha Allah manjadi milik kalian..

Sahabat-sahabat yang budiman..

Mengharungi perjuangan ini bersama kalian tidak mungkin dilupakan,

Salam ukhwah yang tiada berpenghujung,

Selamanya dihati,

Hidup Biar Berjasa..

Page 7: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T

pentadbir sekalian alam diatas keizinan dan limpah rahmat-Nya jua maka dapatlah

penulis menyiapkan kajian Projek Sarjana Muda ini. Tidak dilupakan, selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-

sabahat Baginda.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek penulis yang

dedikasi, Prof. Madya Ustaz Ajmain Bin Safar yang telah banyak membantu dan

membimbing penulis untuk menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih yang tidak

terhingga juga kepada semua pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan

Sosial dan Fakulti Pendidikan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam membantu penulis menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-

rakan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terutamanya pelajar

tahun empat yang sering memberikan kerjasama dan bertukar idea demi menyiapkan

projek ini.

Diharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pembaca.

Ribuan kemaafan dipohon di atas apa juga kelemahan terhadap kajian ini. Semoga

segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.

Page 8: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

v

ABSTRAK

Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar

Universiti Teknologi Malaysia terhadap konsep Islam Hadhari. Fokus kajian ini

adalah untuk melihat sejauh mana pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar

terhadap konsep Islam Hadhari. Sampel kajian adalah seramai 135 orang responden

yang terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam) dari tahun satu hingga tahun empat. Instrumen yang digunakan

dalam kajian ini berbentuk soal selidik yang mengandungi lima soalan berkaitan latar

belakang responden dan 32 item soalan berkaitan persoalan kajian. Nilai

kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.862. Data yang diperolehi menerusi kajian

ini dianalisis dengan menggunakan perisian Satistical Package For Social Science

(SPSS) for Windows versi 14.0 bagi mendapat kekerapan, peratusan dan min. Hasil

kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan responden memberikan persepsi yang

positif terhadap pengetahuan konsep Islam Hadhari dan negatif terhadap kefahaman

dan penerimaan konsep Islam Hadhari. Beberapa cadangan turut dikemukakan

kepada beberapa pihak tertentu untuk diambil perhatian. Diharap kajian ini dapat

memberi manfaat kepada semua pihak untuk lebih memahami konsep ini.

Page 9: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

vi

ABSTRACT

The descriptive research aims to look at students of University Technology

Malaysia's perception towards the concept of Islam Hadhari. The focus of this

research is to investigate student's perceptions towards the knowledge, understanding

and acceptability of Islam Hadhari concepts. The respondents involve were 135

students of Science in Education (Islamic Studies) from year one until year four. The

instrument used was a set of questionnaire, which contained five items related to the

respondent's background information and consisting 32 items focusing on the area of

the research. The value of the research instrument's reliability was α = 0.862. The

data obtained was analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS)

For Windows version 14.0 software in order to find out the mod, percentage and the

mean. The findings showed that most of the respondents had positive perception

toward knowledge the concept of Islam Hadhari and negative perception towards the

understanding and acceptability the concept of Islam Hadhari. Several suggestions

were given to certain individuals and organizations for them to take further actions. It

is hoped that this study would be beneficial to all in understanding the concept of

Islam Hadhari.

Page 10: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN TESIS

PERAKUAN PENYELIA

JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 6

1.6.2 Jabatan Agama Islam Johor 6

Page 11: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

viii

1.6.3 Universiti Teknologi Malaysia 7

1.6.4 Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) 7

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Istilah/Takrif 7

1.8.1 Persepsi 7

1.8.2 Pelajar 8

1.8.3 Konsep 8

1.8.4 Konsep Islam Hadhari 8

1.9 Kesimpulan 9

BAB II SOROTAN PENULISAN 10

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Sejarah perkenalan Konsep Islam Hadhari 10

2.3 Ideologi konsep Islam Hadhari 11

2.3.1 Visi Konsep Islam Hadhari 11

2.3.2 Misi Konsep Islam Hadhari 11

2.3.3 Objektif Konsep Islam Hadhari 12

2.3.4 Prinsip-Prinsip Asas Konsep Islam Hadhari 12

2.4 Pendekatan Konsep Islam Hadhari 16

2.4.1 Menjaga, Mermartabatkan dan Memperkasakan Agama 16

2.4.2 Menjaga, Memartabatkan dan Memperkasakan Akal 17

2.4.3 Menjaga, Memartabatkan dan Memperkasakan Nyawa 17

2.4.4 Menjaga, Memartabatkan dan Memperkasakan Harta 17

2.4.5 Menjaga, Memartabatkan dan Memperkasakan

Keturunan 18

2.5 Pelaksanaan Konsep Islam Hadhari 18

2.6 Aktiviti JAKIM 19

2.6.1 Perkampungan Hadhari 20

2.7 Kesimpulan 23

Page 12: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN 24

3.1 Pendahuluan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Populasi Kajian 25

3.4 Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.5.1 Soal Selidik 27

3.5.1.1 Bahagian A 28

3.5.1.2 Bahagian B 28

3.6 Tatacara Kajian 29

3.6.1 Kajian Rintis 29

3.6.2 Kajian Sebenar 30

3.7 Analisis Data 31

3.8 Kesimpulan 32

BAB IV ANALISIS DATA 33

4.1 Pendahuluan 33

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 34

4.2.1 Jantina Responden 34

4.2.2 Umur Responden 35

4.2.3 Tahun Pengajian responden 35

4.2.4 Responden yang pernah mengikuti seminar Islam

Hadhari di kampus 36

4.2.5 Maklumat bilangan responden mengikuti

seminar Islam Hadhari 36

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 37

4.3.1 Maklumat pengetahuan pelajar UTM terhadap

konsep Islam Hadhari 37

4.3.2 Analisis keseluruhan bagi objektif pertama 44

Page 13: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

x

4.3.3 Maklumat kefahaman pelajar UTM terhadap

konsep Islam Hadhari 46

4.3.4 Analisis keseluruhan bagi objektif kedua 51

4.3.5 Maklumat penerimaan pelajar UTM terhadap

konsep Islam Hadhari 53

4.3.6 Analisis keseluruhan bagi objektif ketiga 58

4.5 Kesimpulan 60

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 61

5.1 Pendahuluan 61

5.2 Perbincangan 61

5.2.1 Maklumat latar belakang responden 62

5.2.2 Pengetahuan pelajar UTM terhadap konsep

Islam Hadhari 63

5.2.3 Kefahaman pelajar UTM terhadap konsep

Islam Hadhari 65

5.2.4 Penerimaan pelajar UTM terhadap konsep

Islam Hadhari 67

5.3 Rumusan 68

5.3.1 Rumusan pengetahuan pelajar UTM terhadap konsep

Islam Hadhari 69

5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep

Islam Hadhari 69

5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep

Islam Hadhari 70

5.4 Cadangan 71

5.4.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 72

5.4.2 Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) 72

5.4.3 Universiti Teknologi Malaysia 73

5.4.4 Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) 74

Page 14: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

xi

5.5 Cadangan kajian Lanjutan 74

5.6 Kesimpulan 75

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 15: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah populasi pelajar Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam) 25

3.2 Jumlah sampel mengikut tahun pengajian

responden 26

3.3 Pengkelasan Skala Likert 28

3.4 Taburan soalan berdasarkan persoalan kajian 29

3.5 Skala pemeringkatan Likert untuk min 32

4.1 Taburan responden mengikut kelompok jantina 34

4.2 Taburan responden mengikut umur 35

4.3 Taburan responden mengikut tahun pengajian 35

4.4 Taburan responden yang mengikuti seminar

Islam Hadhari di kampus UTM 36

4.5 Taburan bilangan responden yang mengikuti seminar

Islam Hadhari di kampus UTM 36

4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 37

4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 38

4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 38

4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 39

4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 39

4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 40

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 40

4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 41

4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 41

4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 42

4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 42

4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 43

Page 16: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

xiii

4.18 Taburan kekerapan, peratus responden

dan min bagi kefahaman pelajar

UTM terhadap konsep Islam Hadhari 44

4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 46

4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 46

4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 47

4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 48

4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 48

4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 49

4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 49

4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 50

4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 50

4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 51

4.29 Taburan kekerapan, peratus responden

dan min bagi pengetahuan pelajar

UTM terhadap konsep Islam Hadhari 51

4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 53

4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 54

4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 54

4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 55

4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 55

4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 56

4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 56

4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 57

4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 57

4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 58

4.40 Taburan kekerapan, peratus responden

dan min bagi penerimaan pelajar

UTM terhadap konsep Islam Hadhari 58

\

Page 17: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

xiv

SENARAI SIMBOL

α - Alpha

n - Sampel Kajian

Page 18: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

xv

SENARAI SINGKATAN

JAIJ Jabatan Agama Islam Johor

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

PWTC World Trade Centre

PWTC Pusat Dagangan Dunia Putra

s.a.w Sallallahualaihiwassallam

SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

S.W.T Subhanahu Wa Taala

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Y.A.B Yang Amat Berhormat

Page 19: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang soal selidik

Page 20: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Islam adalah agama fitrah yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh

umat manusia. Ia adalah agama yang dapat memandu manusia menuju ke arah

kejayaan kehidupan di dunia dan akhirat.

Islam adalah "ad-Din" sejagat yang akan memberikan kesejahteraan dan

kebahagiaan kepada semua makhluk. Islam juga adalah agama yang lengkap dan

syumul sehingga akhir zaman dan akan terus dipelihara oleh Allah S.W.T. Firman

Allah S.W.T dalam surah Ali Imran, ayat 19 :

¨βÎ) š⎥⎪ Ïe$! $# y‰Ψ Ïã «!$# ÞΟ≈ n=ó™ M}$# 3 ∩⊇®∪

Maksudnya : “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.”

Islam juga menggesa umatnya agar menyeimbangkan kehidupan di dunia dengan

di akhirat kelak. Ini bermakna, mencari kenikmatan dan kesenangan di dunia

perlulah tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan mestilah bermatlamatkan untuk

Page 21: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

2

kebahagiaan di dunia dan akhirat (Said Ibrahim:1996). Firman Allah S.W.T dalam

surah al-Qasas, ayat 77:

Æ tGö/ $# uρ !$yϑ‹ Ïù š9 t?# u™ ª!$# u‘# ¤$! $# nο tÅzFψ $# ( Ÿωuρ š[Ψ s? y7 t7ŠÅÁtΡ š∅ÏΒ $u‹ ÷Ρ‘‰9 $#

(

Maksudnya : "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia”.

Oleh itu, adalah disarankan kepada seluruh umat Islam supaya kembali

kepada ajaran Islam yang sebenar berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Jika al-

Quran dan as-Sunnah tidak dijadikan panduan hidup maka masyarakat dan negara

tersebut akan menjadi porak peranda. Selain itu, bala daripada Allah S.W.T akan

turun sama ada di dunia ataupun balasan azab di akhirat kelak. Menurut Harun

Yahya (2005), al-Quran itu sangat mudah untuk difahami namun bagi mereka yang

telah buta hatinya maka mereka tidak akan sekali-kali akan mendapat cahaya dari al-

Quran itu.

Dalam negara meniti kemerdekaan yang ke-50 tahun, maka menjadi negara

yang maju dan moden menjadi matlamat negara. Kemerdekaan yang dinikmati

seharusnya menjadi pendorong kepada rakyat di negara ini untuk memastikan negara

terus berada dalam keamanan dan jauh daripada kuasa luar yang akan merosakkan

kemerdekaan negara. Segala pertahanan dan strategi perlu disusun dengan baik

termasuklah menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani di seluruh

dunia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah sosial merupakan salah satu masalah yang melanda negara yang

maju dan membangun. Di dalam media cetak mahupun media elektronik banyak

Page 22: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

3

memaparkan pelbagai masalah sosial yang melanda negara terutamanya yang

membabitkan remaja. Di antara masalah yang sering berlaku ialah penyalahgunaan

dadah, minum arak, mat rempit, pelacuran dan sebagainya. Salah satu faktor yang

perlu di ambil kira ialah kurangnya penghayatan agama di dalam masyarakat.

Amalan gaya hidup Islam perlu di tanamkan kembali di dalam diri anggota

masyarakat supaya menjadi benteng daripada melakukan perkara yang tidak

bermoral.

Peristiwa 11 September 2001 pastinya masih segar di dalam kotak fikiran

kita. Serangan pengganas ke atas bangunan PWTC di Amerika Syarikat telah

mengorbankan ribuan nyawa mereka yang tidak berdosa. Apa yang dikesalkan ialah

orang Islam dituduh mendalangi serangan tersebut tanpa usul periksa. Peristiwa

tersebut telah mencemarkan imej Islam. Oleh itu, salah tanggapan tersebut harus

diperbetulkan dengan memperkenalkan Islam yang tidak menyukai peperangan dan

pertelingkahan sehingga menumpahkan darah.

Serangan terhadap beberapa buah negara Islam di tanah Arab seperti Iraq dan

Afghanistan oleh kuasa Barat perlu di anggap penting oleh rakyat di negara ini.

Masyarakat dunia seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil tindakan yang

sewajarnya ke arah pedamaian sejagat. Umat Islam pula disarankan untuk

mempertahankan negara Islam daripada terus menjadi mangsa keganasan manusia

yang tidak berperikemanusiaan.

Selain itu, peristiwa karikatur Nabi Muhammad s.a.w di Jerman dan filem

Fitna di Belanda yang menghina Islam telahpun membawa api kemarahan di

kalangan umat Islam di seluruh dunia. Pelbagai kempen dan demonstrasi di lakukan

bagi memboikot karikatur tersebut dan meminta pihak yang bertanggungjawab untuk

memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia. Melalui filem tersebut pula,

masyarakat telah sepakat untuk memboikot semua barangan buatan Belanda yang

berada di pasaran negara-negara Islam. Semua peristiwa ini merupakan isu yang

serius kerana ianya melibatkan sentimen keagamaan di seluruh dunia. Ia juga

menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati agama lain di samping

mewujudkan rasa hormat-menghormati di kalangan masyarakat dunia.

Page 23: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

4

Oleh itu, salah satu faktor Islam Hadhari diperkenalkan adalah untuk umat

Islam di Malaysia menjadi pelopor tamadun baru yang mampu memimpin

masyarakat dan membawa perubahan yang progesif dan holistik (Dato' Dr Abdullah

Md.Zin: 2005). Pembinaan tamadun Islam yang maju dan moden ini sebenarnya

menjadi matlamat di dalam Islam untuk memastikan umat Islam hidup di dalam

kemajuan di samping menunjukkan betapa pentingnya pembangunan di dalam

sesebuah negara Islam. Pembangunan yang ingin dibina haruslah berdasarkan ajaran

Islam dan berpaksikan kepada al-Quran dan as-Sunnah supaya ianya tidak terpesong

dari ajaran Islam yang sebenar.

1.3 Pernyataaan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan adalah sesuai

membuat kajian dengan lebih terperinci kerana pemahaman dan penerimaan yang

baik dalam masyarakat akan membawa kepada pembangunan masyarakat dan negara

Islam yang maju. Melalui kajian ini, pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil

kira faktor ketidakfahaman masyarakat dan seterusnya mengambil langkah yang

bijak sekiranya terdapat kecelaruan dalam memahami konsep Islam Hadhari.

Selain itu, terdapat segelintir masyarakat di Malaysia kurang memahami

konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh pemerintah. Salah faham atau

kekeliruan terhadap konsep ini akan menjadi penghalang utama untuk merealisasikan

hasrat tersebut. Penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu dilakukan kepada

seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa. Menurut pandangan

Abdul Hadi Awang (2005), konsep Islam Hadhari adalah hasil daripada pemikiran

orientalis untuk mengelirukan ummah dari kefahaman Islam yang sebenar. Ia boleh

dikira mewujudkan Islam dalam bentuk baru dengan hanya menggunakan perkataan

Islam dan beramal dengan sebahagian yang lain.

Page 24: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

5

Kembali kepada cara hidup hidup Islam yang merangkumi aspek akidah,

syariat dan akhlak adalah cara terbaik bagi menangani setiap masalah yang yang

dihadapi oleh masyarakat. Al-Quran dan as-Sunnah diturunkan sebagai panduan

lengkap hidup manusia untuk memandu ke arah kejayaan dan kecemerlangan hidup.

Masyarakat yang berpegang teguh kepada dua asas pegangan umat Islam ini tidak

akan hanyut walaupun ditelan arus pemodenan yang terus berkembang. Malah

masyarakat akan menjadi lebih matang serta dapat menyiapkan diri untuk

menghadapi segala kemungkinan yang berlaku dengan berbekalkan iman di dada.

Oleh itu, penyelidik merasakan bahawa kajian ini perlu dilakukan untuk

melihat persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap konsep Islam

Hadhari yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Kajian ini akan

memperlihatkan sejauh mana konsep Islam Hadhari ini difahami serta diterima oleh

pelajar Universiti Teknologi Malaysia.

1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar UTM terhadap konsep

Islam Hadhari. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

i. Mengkaji persepsi pelajar terhadap pengetahuan tentang konsep

Islam Hadhari ii. Mengkaji persepsi pelajar terhadap kefahaman tentang konsep Islam

Hadhari iii. Mengkaji persepsi pelajar terhadap penerimaan tentang konsep Islam

Hadhari 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada objektif kajian, persoalan kajian yang hendak dikaji ialah :

Page 25: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

6

i. Apakah persepsi pelajar terhadap pengetahuan tentang konsep Islam Hadhari?

ii. Apakah persepsi pelajar terhadap kefahaman tentang konsep Islam

Hadhari?

iii. Apakah persepsi pelajar terhadap penerimaan tentang konsep Islam Hadhari?

1.6 Kepentingan Kajian Di harapkan daripada hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang

tertentu bagi melihat sejauhmana kefahaman, pengetahuan dan penerimaan

responden terhadap konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan ini. Hasil kajian ini

akan dapat menjadi panduan kepada penyelidik dan juga kepada pihak-pihak tertentu

yang dibahagikan kepada empat sasaran utama.

1.6.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Melalui kajian yang dijalankan diharapkan juga hasil kajian ini boleh

dijadikan rujukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai

badan kerajaan yang bertanggungjawab menguar-uarkan serta memberi kefahaman

tentang konsep Islam Hadhari kepada rakyat di negara ini. Pihak JAKIM juga boleh

menggunakan hasil dapatan daripada kajian ini untuk penambah baikkan ke atas

segala program atau aktiviti yang dijalankan untuk memberi pemahaman kepada

masyarakat.

1.6.2 Jabatan Agama Islam Johor

Kajian ini juga boleh dimanfaatkan juga oleh Jabatan Agama Islam Johor

(JAIJ) dalam meneruskan usaha kerajaan dalam memberi kefahaman dan

Page 26: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

7

pengetahuan tentang konsep Islam Hadhari ini terutamanya kepada rakyat di negeri

Johor.

1.6.3 Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia juga boleh menjadikan kajian ini sebagai garis

panduan dalam mendapatkan maklumat tentang kefahaman Islam Hadhari

terutamanya kepada warga Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

1.6.4 Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam)

Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

ini adalah bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa akan datang.

Oleh itu, pengetahuan dan pemahaman yang jelas terhadap konsep ini perlu ada

supaya dapat diterapkan di dalam perkhidmatan mereka.

1.7 Skop Kajian

i. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

yang mengikuti program perdana seramai 135 orang responden.

ii. Masa kajian bermula pada Julai 2007 hingga Mei 2008

1.8 Istilah/Takrif 1.8.1 Persepsi

Page 27: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

8

Persepsi merujuk kepada makna gambaran atau bayangan dalam hati atau

fikiran tentang sesuatu pandangan melalui pancaindera atau tanggapan terhadap

sesuatu (Kamus Dewan: 2002)

Istilah persepsi di dalam kajian ini bermaksud pandangan, pendapat serta

kefahaman pelajar UTM terhadap konsep Islam Hadhari.

1.8.2 Pelajar Pelajar merujuk kepada orang yang belajar atau orang yang mengaji atau

menyelidiki ilmu (Kamus Dewan: 2002).

Pelajar yang dimaksudkan di sini ialah pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia yang

mengikuti program perdana.

1.8.3 Konsep Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ketiga, konsep membawa maksud

kepada pengertian yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu tanggapan,

gagasan atau idea (Kamus Dewan: 2002).

Di dalam kajian ini, konsep membawa maksud pandangan, pendapat dan

kefahaman pelajar UTM terhadap konsep Islam Hadhari.

1.8.4 Konsep Islam Hadhari

Page 28: ERZAWANI BINTI JAMALUDIN · 2013. 11. 19. · 5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari 69 5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep Islam Hadhari

9

Islam berasal daripada perkataan arab 'salima' yang bermaksud selamat dan

sejahtera. Daripada perkataan tersebut terbentuk juga perkataan 'aslama' iaitu

memelihara dalam keadaan selamat dan jga bermaksud menyerah diri. Oleh itu,

orang yang memeluk Islam dipanggil sebagai Muslim yang membawa maksud

menyerah diri dan taat hanya kepada Allah S.W.T.

Hadhari pula bermaksud peradaban atau tamadun. Di dalam bahasa Inggeris,

Hadhari disebut sebagai 'civilaization' yang membawa maksud peradaban. Dari segi

istilahnya, 'hadhari' ialah yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek

tamadun (Abd. Manaf Ahmad: 2005).

Secara kesimpulannya, konsep Islam Hadhari ialah suatu pendekatan

pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh

berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. (Kertas perbentangan Islam Hadhari

Penjana Kecemerlangan Ummah oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,

Kementerian Pelajaran Malaysia)

Di dalam kajian ini, konsep Islam Hadhari merujuk kepada dasar yang

diperkenalkan dan yang dibawa oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Persoalan

yang ingin dikaji adalah dari segi pengetahuan, kefahaman dan penerimaan

responden terhadap konsep ini.

1.9 Kesimpulan Dalam bab I ini penyelidik membincangkan tentang pengenalan untuk kajian

ini. Penyelidik juga telah menyatakan latar belakang masalah, pernyataan masalah,

objektif kajian dan persoalan kajian. Penyelidik juga telah menyatakan tentang

kepentingan kajian serta beberapa istilah dan takrif yang berkaitan dengan kajian ini.