Epembelajaran Isu Dan Cabaran

1
Soalan: Berdasarkan pembacaan artikel yang diberikan, nyatakan pandangan anda tentang aplikasi epembelajaran dan isu serta cabaran pelaksanaannya di sekolah anda. Penggunaan aplikasi epembelajaran di sekolah merupakan satu kaedah pembelajaran terkini yang amat berkesan serta memberi ruang yang luas kepada guru dan pelajar melaksanakan proses pembelajaran selain kaedah bersemuka di dalam kelas. Walau bagaimanapun kaedah ini telah mewujudkan pelbagai isu dalam kalangan pelajar dan guru seperti isu penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang tidak lengkap dan sesuai. Nisbah pemilikan komputer dalam kalangan pelajar terutama di kawasan luar bandar agak rendah dan menjadikan proses epembelajaran terganggu. Peralatan ICT yang uzur dan alat ganti yang telah tiada di pasaran juga menjadi penghalang kepada proses tersebut. Walaupun pihak kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk penyelenggaraan peralatan ICT di sekolah, tetapi masih belum cukup untuk memenuhi permintaan pihak sekolah. Pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat guru yang rendah juga merupakan satu cabaran pelaksanaan aplikasi epembelajaran di sekolah. Hasil dapatan daripada laporan penggunaan SSQS di sekolah mendapati masih terdapat banyak sekolah yang memperoleh bawah tiga bintang. Keadaan ini memberi gambaran status pengetahuan ICT di kalangan guru dan pelajar di sekolah adalah rendah. Sikap pentadbir, guru dan pelajar yang belum bersedia menggunakan aplikasi epembelajaran sebagai satu proses alternatif menjadi cabaran hebat merealisasikan proses epembelajaran di sekolah. Dalam kalangan mereka yang mempunyai sikap negatif ini menganggap proses penggunaan aplikasi epembelajaran merupakan proses yang membebankan dan melambat proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Perisian penyampaian teknologi maklumat yang tidak lengkap dan sesuai serta pelbagai masalah lain juga menjadikan pelaksanaan aplikasi epembelajaran di sekolah sebagai satu cabaran yang harus dipikul oleh generasi kini. Sebagai seorang pengetua, Guru Besar dan pentadbir sekolah, mereka perlu berani memainkan peranan yang lebih besar dalam menjadikan epembelajaran di sekolah dapat direalisikan, menarik dan berkesan. Negara-negara maju juga menggunakan kaedah epembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Transcript of Epembelajaran Isu Dan Cabaran

Page 1: Epembelajaran Isu Dan Cabaran

Soalan: Berdasarkan pembacaan artikel yang diberikan, nyatakan pandangan anda

tentang aplikasi epembelajaran dan isu serta cabaran pelaksanaannya di sekolah

anda.

Penggunaan aplikasi epembelajaran di sekolah merupakan satu kaedah

pembelajaran terkini yang amat berkesan serta memberi ruang yang luas kepada

guru dan pelajar melaksanakan proses pembelajaran selain kaedah bersemuka di

dalam kelas.

Walau bagaimanapun kaedah ini telah mewujudkan pelbagai isu dalam kalangan

pelajar dan guru seperti isu penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang tidak

lengkap dan sesuai. Nisbah pemilikan komputer dalam kalangan pelajar terutama di

kawasan luar bandar agak rendah dan menjadikan proses epembelajaran terganggu.

Peralatan ICT yang uzur dan alat ganti yang telah tiada di pasaran juga menjadi

penghalang kepada proses tersebut. Walaupun pihak kerajaan telah mengeluarkan

perbelanjaan yang besar untuk penyelenggaraan peralatan ICT di sekolah, tetapi

masih belum cukup untuk memenuhi permintaan pihak sekolah.

Pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat guru yang rendah juga merupakan

satu cabaran pelaksanaan aplikasi epembelajaran di sekolah. Hasil dapatan

daripada laporan penggunaan SSQS di sekolah mendapati masih terdapat banyak

sekolah yang memperoleh bawah tiga bintang. Keadaan ini memberi gambaran

status pengetahuan ICT di kalangan guru dan pelajar di sekolah adalah rendah.

Sikap pentadbir, guru dan pelajar yang belum bersedia menggunakan aplikasi

epembelajaran sebagai satu proses alternatif menjadi cabaran hebat merealisasikan

proses epembelajaran di sekolah. Dalam kalangan mereka yang mempunyai sikap

negatif ini menganggap proses penggunaan aplikasi epembelajaran merupakan

proses yang membebankan dan melambat proses pengajaran dan pembelajaran

mereka.

Perisian penyampaian teknologi maklumat yang tidak lengkap dan sesuai serta

pelbagai masalah lain juga menjadikan pelaksanaan aplikasi epembelajaran di

sekolah sebagai satu cabaran yang harus dipikul oleh generasi kini. Sebagai

seorang pengetua, Guru Besar dan pentadbir sekolah, mereka perlu berani

memainkan peranan yang lebih besar dalam menjadikan epembelajaran di sekolah

dapat direalisikan, menarik dan berkesan. Negara-negara maju juga menggunakan

kaedah epembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.