ENGLISH LANGUAGE MONTH REPORT

12
SMK KAMPUNG GELAM, 76400 TANJUNG KLING, MELAKA PERKARA HURAIAN TAJUK LAPORAN BULAN BAHASA SMK KAMPUNG GELAM TARIKH 6 23 APRIL 2015 LOKASI SMK KAMPUNG GELAM PENGANJUR PANITIA BAHASA INGGERIS TARIKH LAPORAN 5 MEI 2015 DISEDIAKAN OLEH PN. TANALACHUMI KARUPAYAH

description

LANGUAGE MONTH REPORT

Transcript of ENGLISH LANGUAGE MONTH REPORT

SMK KAMPUNG GELAM,

76400 TANJUNG KLING, MELAKA

PERKARA

HURAIAN

TAJUK

LAPORAN BULAN BAHASA SMK KAMPUNG GELAM

TARIKH

6 23 APRIL 2015

LOKASI

SMK KAMPUNG GELAM

PENGANJUR

PANITIA BAHASA INGGERIS

TARIKH LAPORAN

5 MEI 2015

DISEDIAKAN OLEH

PN. TANALACHUMI KARUPAYAH

1. PENGENALAN

Sebagai memenuhi tuntutan arus pembangunan, keperluan untuk mahir Bahasa Inggeris memang tidak dinafikan lagi. Maka, pihak panitia dengan kerjasama dari semua guru Bahasa Inggeris telah bersetuju umtuk menjayakan program ini sepertti yang dinyatakan dalam takwim sekolah. Adalah amat besar harapan semoga dengan program yang bakal dilaksanakan boleh membantu dan memberi pelajar peluang untuk menunjukkan kebolehan yang baik untuk berbahasa Ingeris.

2. LATAR BELAKANG

Kadar penguasaan Bahasa Inggeris adalah sangat rendah dalam kalangan pelajar SMK Kg Gelam. Maka, Program Bulan Bahasa Inggeris dijalankan pada setiap tahun sebagai landasan untuk para pelajar menunjukkan kemahiran Bahasa Inggeris yang sedia ada disamping membuka ruang kepada pelajar-pelajar untuk meneroka pelbagai aktiviti berteraskan Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, program Bulan Bahasa Inggeris ini juga dapat membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris melalui pelbagai kaedah yang menyeronokkan.

3. PENCAPAIAN

Program Bulan Bahasa Inggeris berjalan dengan lancar dimana penyertaan pelajar dalam semua aktiviti yang dijalankan adalah sangat menggalakkan. Lebih daripada 400 orang pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan bahasa dan seramai 72 orang pelajar telah meraih kemenangan. Pelajar juga turut menunjukkan minat dalam persembahan semasa Majlis Perasmian Penutupan Bulan Bahasa.

4. MASALAH

Terdapat segelintir pelajar yang segan untuk membuat persembahan. Persembahan pelajar juga kurang mantap dan hal ini demikian kerana persiapan yang tidak terancang. Terdapat beberapa aktiviti yang tidak dapat dijalankan kerana bertembung dengan program yang lain

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pelajar dan guru yang terlibat dengan persembahan perlu mulakan latihan lebih awal dan memantapkan persembahan. Penetapan tarikh untuk bulan bahasa juga perlu perancangan yang teliti agar tidak bertembung dengan program yang lain sehinggakan terpaksa batalkan aktiviti.

6. PENUTUP

Program bulan Bahasa Inggeris akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang dengan menambahkan bilangan aktiviti yang lebih menarik dan pada masa yang sama membantu pelajar menguasai Bahsa Inggeris.

Disediakan oleh,

..

(PN.TANALACHUMI KARUPAYAH)

KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS

Lampiran

SMK KAMPUNG GELAM,

76400 TANJUNG KLING, MELAKA

Laporan

BULAN BAHASA INGGERIS

SMK KAMPUNG GELAM 2015

6 23 APRIL 2015

SMK Kampung Gelam

Anjuran

Panitia Bahasa Inggeris SMK KG GELAM

Gambar-gambar yang diambil sepanjang perjalanan program

Pertandingan Spelling Bee yang dijalankan khas untuk pelajar tingkatan satu.

Guru Penyelaras Pertandingan: Cik Nadiah Sahum

Pertandingan Poem Recital yang dijalankan khas untuk pelajar tingkatan dua.

Guru Penyelaras Pertandingan : Hj. Kamaluddin bin Niat

Pertandingan Scrabble yang dijalankan khas untuk pelajar tingkatan tiga.

Guru Penyelaras Pertandingan : Pn. Tanalachumi A/P Karupayah

Pertandingan Grammar Quiz yang dijalankan khas untuk pelajar tingkatan empat.

Guru Penyelaras Pertandingan : Pn. Nadiah binti Kassim

Pertandingan Crossword Puzzle yang dijalankan khas untuk pelajar tingkatan lima.

Guru Penyelaras Pertandingan : Hjh.Norsiah binti Bachik

Pertandingan Riddles yang dibuka kepada semua pelajar SMK Kg Gelam Guru Penyelaras Pertandingan : Pn. Tanalachumi a/p Karupayah

Pertandingan Karaoke Lagu Inggeris yang dibuka kepada semua pelajar SMK Kg Gelam Guru Penyelaras Pertandingan : Pn. Nadiah binti Kassim